contoh kerja kursus bahasa-melayu

54
PENDAHULUAN Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Upload: godokboy

Post on 10-Aug-2015

999 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bmm ppg

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam

Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua

sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia.

Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap

bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan

sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi

bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa

Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat

kewarganegaraan.

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa

Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan

berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat.

Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada

mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan

tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan

Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa

ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan

dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran

seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan

rekreasi.

Page 2: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai

gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.

Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah

adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa

murid.

Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang

kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat,

objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi

Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian

Kurikulum. Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai

Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan

pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun,

iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.

MATLAMAT

Page 3: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk

melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi

untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan

urusan harian.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah

murid dapat :

i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati

pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam

pelbagai situasi;

iii.Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,

mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan

menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh

ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya

pembelajaran berterusan;

vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan

penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; 

vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan

berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses

penulisan yang sesuai dan betul;

Page 4: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,

dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan

menulis;

ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan

karya berunsur ilmu; dan

x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat

patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan

fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil

Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar

dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil

Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan

disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 5: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan

menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Page 6: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti

, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta

dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin

hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea

Page 7: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.

Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan

tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan

lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi

kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis

dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran Menulis 

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat

dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan

dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan

menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta

tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan

kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan

dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan

kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan

grafik.

I. Kemahiran Mendengar dan Bertutur

o Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid

memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai

situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal.

o Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan

persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar.

o Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan

tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan.

o Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah

berbual, bercerita, menyampaikan maklumat dan berbincang.

Page 8: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi

formal dan tidak formal.

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian

menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang

sesuai.

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu

perkara.

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan

intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.

1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan

tersirat.

1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam

urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton,

dibaca , atau dialami.

2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi

yang baik dan jelas.

2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat\

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul,

menarik, dan berkesan

Page 9: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk

menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa

yang sesuai.

3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan.

3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang

terancang.

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila

4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara

secara terperinci, tepat , dan tersusun.

4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian,

pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu

pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam

aktiviti yang terancang.

4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan

pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.

II. Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera

dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta

memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek

pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik

membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca.

Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat,

memahami maklumat, menaakul, dan menghayati teks.

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya

pembacaan yang sesuai

Page 10: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang

betul dan memahami perkara yang dibaca.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang

betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai

teks

6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang

sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang

menyeluruh.

6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.

6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi

dalam bahan ilmu.

7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan

tersirat.

7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya

bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa

kesan tertentu kepada pembaca

7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera

yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

Page 11: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

III. Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan

membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis

penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui,

bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah

menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul.

Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil

pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah keupayaan menggunakan

pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat,

menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan.

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Page 12: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu

penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.

8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu

perkara.

8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam

satu perenggan bagi sesebuah karangan.

8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat

9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang

didengar atau dibaca.

9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan

yang didengar atau dibaca secara kohesif.

10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang

mudah, menarik dan bermakna.

10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau

dibaca

Page 13: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah

karya.

11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea,

ayat, wacana, nilai dan pengajaran.

11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan

persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.

11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang

disampaikan oleh pihak lain.

SISTEM BAHASA

Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa

Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi,

kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan

sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan

istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.

Page 14: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa,

ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Penerangan ringkas

bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

1.0 Tatabahasa

Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan

secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan

tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

Page 15: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

1.1 Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan

penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau

lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula

ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada

proses pengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan

keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang

sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:

a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi

i. kata asli bahasa Melayu ii. kata pinjaman bahasa

Melayu

b. Bentuk kata

Page 16: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

i. kata tunggal ii. kata terbitan iii. kata majmuk iv. kata

ganda

• Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:

i. pengimbuhan

ii. penggandaan

iii. pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah

sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberi

kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna.

c. Golongan kata

i. kata nama ii. kata kerja iii. kata adjektif iv. kata tugas

1.2 Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan

binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian

tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah

penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk

membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang

berikut :

a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek

Page 17: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat,

b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan,

c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif,

d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang,

e. binaan dan proses penerbitan ayat:

i. ayat dasar

ii. ayat tunggal

iii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan

f. aspek tanda baca

2.0 Sistem Ejaan

3.0 Sebutan dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan

ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang

dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek

dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu

makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah

hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

i. Sebutan

i. pola keselarasan huruf vokal

ii. ejaan kata pinjaman

iii. ejaan kata dasar dan kata terbitan

Page 18: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul.

Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan

bahasa Melayu baku.

ii. Intonasi

Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:

a. Jenis ayat b. Susunan ayat c. Ragam ayat

i. ayat penyata

ii. ayat tanya

iii. ayat seruan

iv. ayat perintah

i ayat biasa

ii. ayat songsang

i ayat aktif

ii. ayat pasif

Nota:

* Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa

pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

* Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan

yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran

4.0 Kosa kata

Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata

perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu

dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.

5.0 Peribahasa

Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah,

bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan

dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat,

Page 19: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan

nilai murni masyarakat Malaysia.

PENGISIAN KURIKULUM

Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada

pelbagai bidang ilmu,nilai,kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya, dan

kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa

depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran secara konstruktivisme,

dan kontekstual.

Page 20: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

1.0 Ilmu

Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam

bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk

memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga

termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam

pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Nilai

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk

melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu,

penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda

yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman

bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara

langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman

di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

3.0

Kewarganegaraan

Page 21: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran

dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan

tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan

warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap

bangsa dan negara.

4.0 Peraturan

Sosiobudaya

Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi

kesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang diamalkan dalam

masyarakat Malaysia.

5.0 Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai

dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang

global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan

kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan

pembelajaran.

Page 22: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir,

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara

belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran

konstruktivisme, dan kontekstual. Penjelasan tentang kemahiran bernilai

tambah dinyatakan di bawah.

5.1 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang

memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur,

membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir , sama ada dari segi

Page 23: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan

penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid

supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi

seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian

dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui

internet.

5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka

peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran

ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk

menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran

seumur hidup.

5.4 Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik

murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang

berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid

dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan

supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

5.5 Kecerdasan Pelbagai

Page 24: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logikmatematik, muzik,

kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu,

guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan

gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka

kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

5.6 Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid

yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini

menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar

sepanjang hayat.

5.7 Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi

pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam

pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang

pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir.

Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan

pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan

pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Page 25: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 26: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Pendekatan Berpusatkan Murid

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu

haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan

menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid

dapat membina dan memantapkan keyakinan berbahasa.

Kepelbagaian Teknik

Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan

pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan

penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan

menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif berkomunikasi dan

berinteraksi.

Page 27: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Kepelbagaian Sumber Bahan

Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan sumber seperti akhbar,

majalah, buku rujukan, kamus, internet, serta bahan sastera dan bahan

berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan

juga untuk bacaan ekstensif.

Penggunaan Tatabahasa yang tepat

Pendidikan Bahasa Melayu, sekolah rendah menekankan penggunaan

tatabahasa mengiut kemampuan murid. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru

perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan

berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan

bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Bacaan Luas

Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan

membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat

membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa melayu

dengan menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera. Pengajaran dan

pembelajaran dapat dilaksanakan melalui penyerapan.

PENEKANAN KONSEP 5P

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep

penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini

selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Fasafah

Pendidikan Kebangsaan.

Page 28: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

a. Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai

serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses

pembelajaran. Kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang

terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran

lain.

b. Penyerapan

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur itlu, nilai dan kemahiran bernilai

tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian

masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu

dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.

c. Pengayaan

Page 29: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah

Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan,

keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza

untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan

seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh

diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa

yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

d. Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid dan menguasai

kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan.

Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan, maujud, alat

permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat

daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah

mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

e. Penilaian 

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripadda proses pengajaran dan

pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan

makluma yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif

pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlualah dijalankan

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui

proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang

perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan

pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis

aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

REFLEKSI

Page 30: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Syukur kepada Allah S.W.T yang memberi kekuatan dan

semangat kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini dalam masa

yang diperuntukkan. Terima kasih kepada pensyarah Encik Hj.Rosli Bin

Ab.Ghani yang telah banyak membantu saya dalam tugasan kali ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan

seperjuangan yang banyak berkongsi maklumat dan pendapat.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi

pelbagai masalah. Masalah utama adalah untuk mencari buku rujukan

yang memenuhi kehendak soalan. Sesetengah buku yang diperolehi

hanya menyentuh sedikit sahaja perkara yang terkandung dalam soalan.

Oleh itu, saya perlu membaca dan menganalisis terlebih dahulu bahan

bacaan yang saya perolehi. Dengan dorongan dan semangat serta

tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah serta rakan-rakan

seperjuangan, akhirnya saya dapat juga menyiapkan kerja kursus ini

dengan sempurna.

Sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini, banyak

pengetahuan yang sebelum ini tidak saya ketahui dapat saya pelajari.

Ilmu yang saya peroleh dapat saya gunakan untuk proses pembelajaran

dan peperiksaan saya. Pada peringkat akhir menyiapkan kerja kursus

ini, saya berasa lega dan berpuas hati dengan hasil yang diperolehi.

Akhir sekali, saya berharap agar kerja kursus ini dapat dijadikan sebagai

contoh kepada pelajar lain untuk menimba ilmu. Dengan melaksanakan

tugasan ini para pelatih guru seperti saya akan mendapat tambahan

kepada pengalaman pembelajaran yang berguna.

Selain meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam bidang

perguruan ini. saya berharap tugasan yang telah disiapkan ini dapat

memenuhi kehendak soalan tugasan yang telah diberikan dan menjadi

sumber rujukan untuk manfaat semua di masa akan datang. Sekian,

terima kasih.

(AHMAD ASYRAF BIN M.SHAIPULAH)

HALAMAN PENGAKUAN

Page 31: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………

Nama : AHMAD ASYRAF BIN M.SHAIPULAH

Tarikh :

:

ISI KANDUNGAN

HALAMAN PENGAKUAN

Page 32: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

ISI KANDUNGAN

PERHARGAAN

PENDAHULUAN

- HASIL PEMBELAJARAN

- KEMAHIRAN BAHASA

- SISTEM BAHASA

- PENGISIAN KURIKULUM

- LANGKAH-LANGJAH PENGAJARAN

LAMPIRAN

REFLEKSI

BIBLIOGRAFI

KOLABORASI

PERHARGAAN

Page 33: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya

dapat juga kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Kami ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kami Encik

Hj.Rosli Bin Ab.Ghani atas bimbingan dan panduan yang telah diberikannya

sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar dan didikan

yang telah beliau curahkan tidak akan saya lupakan.

Jutaan penghargaan dan terima kasih juga kami ucapkan kepada

rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberikan tunjuk ajar serta sokongan

bagi menyempurnakan tugasan ini dengan menyeluruh. kami berharap agar

tugasan bagi subjek ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana

melalui tugasan ini banyak ilmu pengetahuan yang saya perolehi.

Semoga ilmu yang saya perolehi dapat diadaptasikan semasa proses

pengajaran yang akan kami tempuhi di sekolah kelak. Kerjasama daripada

anda semua amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Page 34: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

BUKU

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia,

Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

Kamus Dewan. (1996). Ed. ke-4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

INTERNET

http://www.docstoc.com/docs/20629161/RANCANGAN-

PENGAJARAN-HARIAN-Mata-Pelajaran-Bahasa-Melayu-Kelas

http://www.slideshare.net/guest8fbccf/pengajaran-bahasa-melayu

http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&ct=res&cd=6&ved=0CCgQFjAF&url=http%3A%2F%2Feprints.usm.my%2F6873%2F1%2FDocument-14336_Version-15023_application-pdf_0.pdf&rct=j&q=pengajaran+bahasa+melayu&ei=PD2mS6f9NMO6rAfjlcj3CA&usg=AFQjCNHQI0ZQmEIwM8WbjZIfIHIe2puzmQ

HASIL PEMBELAJARAN TAHUN 4

Page 35: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Fokus Utama 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan

dibaca.

Aras 1 i. Mencatat nota dalam bentuk grafik.

Fokus Sampingan 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat

Aras 2

i.Menerangkan maklumat yang tersurat dan tersirat tentang sesuatu peristiwa.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 i.Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Kemahiran Bernilai Tambah Kecerdasan Pelbagai

verbal linguistik, interpersonal, intrapesonal

Konstektual

bekerjasama, menghubungkait

Konstruktivisme

menilai, boleh menerangkan

Aktiviti 1

Murid mencari isi tersurat dan tersirat mengenai petikan ‘Sayangi Alam Sekitar’ dan persembahkan dalam bentuk peta minda.

Page 36: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Langkah-langkah Murid mendapatkan petikan bertajuk ‘cintailah alam sekitar’ daripada

guru.

Murid berada didalam kumpulan masing-masing.

Murid-murid akan membaca petikan secara senyap dalam kumpulan.

Murid-murid mencari isi tersurat dan tersirat didalam petikan.

Murid-murid akan merangka isi-isi tersebut dalam peta minda.

Wakil setiap kumpulan akan mendapatkan kertas mahjong untuk diisi peta minda.

Murid-murid akan mempersembahkan peta minda di hadapan kelas.

Aktiviti 2 Menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan ’Sayangi Alam Sekitar’

yang dibaca

Langkah-langkah Murid memberikan tumpuan terhadap guru yang bercerita kepada

murid tentang cerita terdapat dalam petikan.

Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan dengan petikan.

Murid mendapatkan lembaran kerja daripada guru.

Murid diberikan masa untuk menjawab lembaran kerja yang diberikan.

Murid membacakan jawapan yang ditulis semasa sesi perbincangan.

Murid membuat pembetulan.

Aktiviti 3

Page 37: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Murid membuat lakonan berdasarkan situasi perbualan petikan bertemakan ‘Sayangi Alam Sekitar”

Langkah-langkah Murid mendapatkan petikan perbualan yang mengambarkan situasi

bertemakan ‘Sayangi Alam Sekitar’ daripada guru.

Murid berada didalam kumpulan masing-masing.

Murid akan membaca petikan secara senyap.

Setiap murid dalam kumpulan akan melakonkan watak masing-masing berdasarkan kepada petikan yang telah dipamerkan.

Murid akan membuat refleksi tentang situasi yang dilakonkan.

Refleksi keseluruhan

Page 38: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

Tugasan Kerja Kursus pendek bagi subjek Pengajian Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah(3101) ini merupakan satu

cabaran baru kepada kami. Subjek dibawah kendalian Jabatan Bahasa

Melayu ini banyak memberikan input dalam kemahiran menganalisis unsur-

unsur dalam sukatan pelajaran, menghayati organisasi sukatan pelajaran

serta dalam merangcang aktiviti berdasarkan aras pembelajaran yang sesuai.

Pensyarah pembimbing dalam subjek ini ialah Tuan Hj Rosli Bin Ab. Ghani,

melalui perkongsian ilmu yang dicurahkan, beliau membekalkan kami dengan

pelbagai persediaan terutama dari aspek teori dan praktikal didalam sesi

kuliah khususnya waktu ditugaskan ke sekolah nanti. Bagi subjek ini, secara

dasarnya dapat kami katakan kandungan pelajarannya adalah lebih kepada

pemahaman sebagai seorang guru terhadap sukatan pelajaran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah. Ia sebagai pendedahan awal kepada guru-guru

pelatih untuk mengkaji dan menghayati Organisasi Kandungan Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu, merancang aktiviti dan membuat langkah-langkah

pengajaran. Selain itu juga ada dibincangkan bagaimana cara-cara membuat

analisis dan menerapkan kemahiran Bernilai Tambah dalam merencanakan

aktiviti.

Pada peringkat awal pembelajaran kursus ini,kami banyak didedahkan

dengan analisis huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahap satu dan

tahap dua.Ini penting bagi mendedahkan pengetahuan awal sebelum belajar

secara lebih mendalam. Seterusnya kami diperkenalkan dengan kebolehan

merancang serta menghubungkaitkan sukatan pelajaran dengan kemahiran

bernilai tambah serta membuat analisis. Didalam kelas juga kami telah

dutugaskan untuk membuat beberapa aktiviti dan dibentangkan didalam kelas

sebagai persediaan awal dalam merancang aktiviti serta membuat langkah

pengajaran

Setelah pembelajaran teori sewaktu kuliah,saya telah menerima

tugasan KKP BMM 3101. Tugasan berdasarkan merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kami menyediakan tiga

aktiviti pengajaran.

Untuk menyiapkan tugasan ini,kami perlu mendapatkan huraian

sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahap satu dan tahap

Page 39: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

dua. Kami membuat beberapa rujukan dan carian bagi mendapatkan sukatan

pelajaran ini. Ianya sedikit merumitkan apabila ada yang tidak dapat dimuat

turun daripada internet. Setelah itu, bagi tugasan yang pertama memerlukan

kami membuat analisis mengenai unsure-unsur dalam Organisasi Huraian

Sukatan Pelajaran. Setelah membuat analisis kami membuat ringkasannya

dalam bentuk grafik.

Seterusnya ialah merancang aktiviti pengajaran,terdapat sedikit

masalah dalam merangcang aktiviti ini. Permasalah tersebut ialah untuk

memilih sukatan pelajaran bagi tahun berapa. Setelah menbuat analisis dan

rujukan kami memilin untuk merancang aktiviti berdasarkan sukatan pelajaran

tahun empat.setelah itu,kami memilih aras pembelajaran yang sesuai dengan

aktiviti yang ingin dirancang. Kami membahagikan aras pembelajaran kepada

fokus utama dan fokus sampingan. Kami marancang aktiviti berdasarkan aras

pembelajaran dengan menerapkan kemahiran bernilai tambah.

Selepas itu, dalam membuat perancangan aktiviti, kami perlu

mendapatkan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap

sabagai panduan untuk membuat langkah-langkah pengajaran. Setelah

berjaya mendapatkan contoh RPH kami telah merancang aktiviti

pembelajaran dengan berpandukan kepada aras pembelajaran,penerapan

kemahiran bernilai tambah dan menyediakan langkah-langkah pengajaran

yang sesuai.

Kesimpulannya, kami telah banyak mendapat pengajaran

daripada kursus ini. Impaknya adalah sebagai seorang bakal guru, saya

bukan sahaja menyiapkan diri saya dengan ilmu dan kemahiran dalam

melaksanakan proses pengajaran-pembelajaran sahaja tetapi juga menjadi

rol model kepada para pelajar pada masa depan. Profesion keguruan perlu

dipelihara melalui personaliti guru. Dengan itu, ciri-ciri dan personal yang

ditunjukkan oleh guru akan dijadikan ikutan dan bebas daripada sebarang

gejala sosial.

REFLEKSI

Page 40: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

(MOHAMAD IZAR BIN KAMARUZAMAN)

Tugasan Kerja Kursus Pendek bagi matapelajaran Pengajian Ssukatan

Pelajaran Bahasa melayu Sekolah Rendah (BMM3101) ini merupakan satu

cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu menyediakan

perancangan tiga aktiviti dan langkah-langkah pengajaran yang bsesuai

dengan menerapkan beberapa unsur-unsur Kemahiran Bernilai Tambah.

Dalam merangcang aktiviti pengajaran ini,saya perlu menelaah Huraian

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terlebih dahulu. Saya

juga membuat rujukan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian(RPH)

guru bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Walaupun saya tidak

begitu mahir dalam merancang aktiviti pengajaran ini.namun hasil bimbingan

pensyarah pembimbing berkaliber Tuan Haji Rosli Bin Ab. Ghani telah

mendedahkan saya dengan beberapa kemahiran iaitu kemahiran mencari isi

kandungan dankefahaman maklumat, merancang dan menghubungkait aras

pelajaran serta membuat analisis sehinggalah untuk merangcang aktiviti

pengajaran.

Saya dan ahli kumpulan saya Ahmad Asyraf telah memilih Sukatan

Pelajaran bagi tahun empat untuk aktiviti pengajaran. Setelah mendapat kata

sepakat memilih tahun empat,saya saya telah membuat pengumpulan

maklumat dan menganalisis unsur-unsur terdapat dalam sukatan pelajaran

tahun empat. Langkah pertama yang dilakukan ialah memilih aras

pembelajaran yang sesuai dan menentukan fokus utama serta fokus

sampingan dalam proses merancang aktiviti. Ini penting bagi menentukan

hasil pembelajaran supaya perancangan aktiviti menjurus kepada fokus

utama terhadap murid.

Berbekalkan bahan yang diedarkan oleh pensyarah semasa

kuliah,antaranya nota-nota serta penerangan kuliah yang jelas telah banyak

memberikan saya panduan dalam merancang aktiviti ini.. Selain itu rujukan

secara ’on-line’ melalui internet dan blog banyak membantu saya. Selain

daripada internet,saya juga membuat rujukan di perpustakaan dengan

mendapatkan buku teks Bahasa Melayu tahun empat disamping

mendapatkan Huraian Sukatan Pelajaran tahun 4. Bahan dari internet yang

Page 41: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

akan dicantumkan dengan bahan dari buku teks untuk mendapatkan hasil

yang lebih matang.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan

ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan

pensyarah juga terganggu karana pensyarah terlibat dalam progran

Memperkasakan Bahasa Melayu dan sukar untuk saya berkolaborasi serta

tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu talian internet

maktab yang menahan website telah menyukarkan saya kerana ada yang

tidak dapat dibuka untuk dibuat rujukan.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru

mengenai mata pelajaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang mahir

merancang aktiviti pengajaran berdasarkan aras-aras pembelajaran. Tugasan

ini juga menjadikan saya teliti dan mempunyai sikap menyelidik untuk

bagaimana menjadikan proses pengajaran yang berkesan. Pengetahuan ini

akan saya terapkan semasa saya menjalankan praktikum disekolah serta

setelah saya bergelar seorang guru nanti,insyaAllah.

Page 42: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

ANALISIS UNSUR-

UNSUR DALAM

ORGANISASI

KANDUNGAN

SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU

SEKOLAH RENDAH

AKTIVITI DAN

LANGKAH-LANGKAH

PENGAJARAN

Page 43: Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu

REFLEKSI

KESELURUHAN

INDIVIDU

KOLABRASI