cnth asgmnt -jsu

Upload: sktgbijat

Post on 14-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    1/15

    Zalekha Bt Elie / 660325135610Edelind Chuat Guchi / 640909135544

    Kandungan Muka Surat

    1.0 Pengenalan

    2.0 Jadual Penentuan Ujian

    2.1 Langkah Pembinaan Jadual Penentuan Ujian TatabahasaBahasa Melayu Tahun 4

    2.2 Jadual Penentuan Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    3.0 Item Ujian

    3.1 Langkah Pembinaan Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    3.2 Item Ujian Aneka Pilihan Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    4.0 Analisis Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    4.1 Indeks Kesukaran Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    4.2 Indeks Kesukaran item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    5.0 Kesimpulan

    Lampiran 1

    Rujukan

    HBEF3203

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    2/15

    Zalekha Bt Elie / 663025135610Edelind Chuat Guchi / 640909135544

    1.0 Pengenalan

    Perancangan ujian amat penting dalam proses penilaian. Guru perlu merancang ujian

    yang sesuai dan meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang ingin dinilai.

    Perancangan ujian ini penting agar objektif pengajaran dan pembelajaran itu dapat

    dicapai dengan lebih berkesan lagi. Jadual Penentuan Ujian ( JPU ) merupakan alat

    yang penting dalam merancang item ujian yang ingin dibina. Jadual Penentuan ujian

    ini perlu disediakan untuk memastikan pemberatan yang wajar bagi topik topik sertaaras kemahirannya yang sesuai dengan kebolehan pelajar keseluruhannya.

    Pembinaan item ujian adalah berdasarkan Jadual Penentuan Ujian ( JPU ) yang telah

    dibina dan mengikut langkah-langkah pembinaan item ujian. Pembinaan JPU dan

    item ujian yang baik akan menjamin keberkesanan ujian tersebut. Pembinaan JPU

    dan item ujian akan mempengaruhi Indeks Kesukaran Ujian dan Indeks Diskriminasi

    Ujian. JPU dan Item ujian yang baik akan menjamin kebolehpercayaan dan kesahan

    ujian dan dapat menilai pencapaian pelajar dengan lebih berkesan lagi.

    2.0 Jadual Penentuan Ujian ( JPU )

    Jadual Penentuan Ujian ( JPU ) adalah carta dua-hala yang mengandungi objektif

    pengajaran dan kandungan pengajaran. Objektif objektif pengajaran ditulis pada lajur

    carta ini. Kandungan pengajaran pula ditulis pada baris carta ini. JPU hendaklah

    mewaklili keseluruhan sukatan pelajaran yang meliputi aspek yang ingin diuji seperti

    pengetahuan, kemahiran dan sikap. JPU merupakan panduan kepada guru untuk

    membina item ujian. Guru akan menentukan kandungan ataupun sukatan pelajaran

    HBEF3203

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    3/15

    Zalek Zalekha Bt Elie / 660325135610

    Edeline Chuat Guchi/ 640909135544

    yang perlu diuji. Selain itu, JPU juga menjadi panduan kepada guru untuk

    menentukan agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. JPU

    sepatutnya dibina lebih awal iaitu sebelum sesuatu pengajaran dimulakan agar

    kemahiran yang ingin diuji dapat ditentukan lebih awal.

    2.1 Langkah Pembinaan JPU Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4Menurut Mok Soon Sang (2004), terdapat empat langkah yang perlu dilaksanakan

    bagi membina JPU. Kami telah bersetuju untuk memilih mata pelajaran Bahasa

    Melayu iaitu aspek Tatabahasa untuk dibina JPU dan item ujian bagi tugasan ini.

    Kami memilih subjek ini sebab kami memang mengajar mata pelajaran ini. Kami telah

    meneliti dan mengikut langkah-langkah bagi membina JPU untuk mata pelajaran

    tersebut seperti langkah berikut.

    2.1.1 Mengkaji Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4

    Kami telah mengkaji sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4. Kami memutuskan

    untuk memilih aspek sistem bahasa iaitu Tatabahasa untuk dinilai. Kami memilih

    aspek Tatabahasa yang telah diajar iaitu Kata Nama, Kata Ganti Diri, Kata Adjektif,

    Kata hubung dan Penanda Wacana, Kata Kerja, Penjodoh Bilangan, Simpulan

    Bahasa dan Ayat. Setiap aspek Tatabahasa tersebut dikaji berdasarkan skop

    pengajarannya, pendekatan dalam pengajaran bagi aspek tersebut, kepentingan

    setiap aspek, kompleksiti aspek tersebut serta masa yang diperuntukkan untuk setiap

    aspek tersebut.

    HBEF3203

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    4/15

    Zalekha Bt Elie / 660325135610

    Edelind Chuat Guchi / 640909135544

    2.1.2 Menganalisis Objektif Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    Seterusnya kami telah menganalisis objektif pengajaran untuk menentukan

    pengetahuan dan kemahiran serta tahap kesukaran yang perlu diuji. Kami telah

    membahagikan aspek Tatabahasa yang ingin diuji berdasarkan aras kemahiran

    dalam bidang kognitif di bawah kategori Taksonomi Bloom yang meliputi aras

    pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Kami juga telahmembahagikan aspek yang ingin dinilai berdasarkan tahap kesukaran iaitu tahap

    mudah, pertengahan dan sukar. Hasil daripada analisis ini telah menjadi panduan

    kepada kami untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina.

    2.1.3 Menentukan Jenis Soalan Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    Kami telah memilih soalan objektif aneka pilihan untuk menguji aspek Tatabahasa

    dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 ini. Kami akan menguji item ujian ini

    berdasarkan domain kognitif. Soalan aneka pilihan amat sesuai digunakan untuk

    mengukur domain kognitif pelajar dalam menguasai aspek Tatabahasa dalam

    pelajaran Bahasa Melayu.

    2.1.4 Menentukan Bilangan Soalan Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    Kami telah memutuskan untuk membina dua puluh soalan aneka pilihan untukmewaklili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat

    pengajaran yang hendak diukur. Bilangan soalan ini merangkumi semua aspek

    Tatabahasa yang telah diajar mengkut domain kognitif dan aras kesukaran yang telah

    ditentukan. Bilangan soalan ini dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahan ujian

    HBEF3203

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    5/15

    ini kerana bilangan soalan ini dapat mengukur aspek yang hendak dinilai.

    Zalekha Bt Elie / 660325135610

    Edelind Chuat Guchi / 640909135544

    2.2 Jadual Penentuan Ujian ( JPU ) Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    Jadual 1 menunjukkan Jadual Penentuan Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    yang telah dibina.

    Jadual 1: JPU Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    SukatanPelajaran

    TajukObjektif Pelajaran Pemberatan

    I II III Bil.Soa-lan

    Pera-tusSoalan

    M P S M P S M P S

    SISTEMBAHASA

    Tatabahasa

    1. Kata Nama 1 1 2 10

    2. Kata GantiDiri

    1 1 1 3 15

    3. Kata Adjektif 1 1 2 10

    4. Kata Hubungdan PenandaWacana

    1 1 2 10

    5. Kata Kerja 1 1 2 10

    6. PenjodohBilangan

    1 1 2 10

    7. SimpulanBahasa

    1 1 2 10

    8. Ayat 5 25

    a. MembinaJawapan

    1

    b. Menentukanmaksud ayat

    1

    c. Kata banyakmakna

    1

    d. Memilih ayatyang betul

    1 1

    Jumlahsoalan

    Peratusan

    2

    10

    2

    10

    1

    5

    2

    10

    5

    25

    3

    15

    1

    5

    3

    15

    1

    5

    20

    100

    HBEF3203

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    6/15

    I : Pengetahuan M - MudahII : Pemahaman dan Aplikasi P - PertengahanIII: Analisis, Sintesis, Penilaian S - Sukar

    Zalekha Bt Elie / 660325135610

    Edelind Chuat Guchi / 6409091355443.0 Item Ujian

    Berdasarkan JPU yang telah dibina, kami telah memilih item ujian objektif aneka

    pilihan untuk menguji aspek Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4. Item ujian

    mengandungi dua puluh soalan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab item-item

    ujian ini ialah selama 30 minit.

    3.1 Langkah Pembinaan Item Ujian Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    Kami telah mengikut langkah-langkah dalam penyediaan item ujian objektif aneka

    pilihan seperti yang disarankan di dalam modul. Berikut merupakan langkah-langkah

    tersebut.

    3.1.1 Menyediakan JPU Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    Kami telah menyediakan JPU seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Kami telah

    membina item ujian berdasarkan JPU yang telah dibina. Penggunaan JPU ini

    memudahkan kami membina item ujian kerana ia meliputi keseluruhan kandungan

    mata pelajaran yang telah diajar mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran

    yang telah ditentukan sebelum pengajaran dimulakan.

    3.1.2 Menulis Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    HBEF3203

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    7/15

    Jenis item ujian yang kami telah pilih merupakan item objektif aneka pilihan. Kami

    telah melaksanakan prinsip-prinsip am pembinaan item ujian seperti arahan

    Zalekha Bt Elie / 660325135610

    Edelind Chuat Guchi / 640909135544

    menjawab hendaklah jelas dan ringkas, bahasa yang digunakan hendaklah mudah

    dan jelas, dan jawapan hendaklah berkaitan dengan soalan. Menurut Mok Soon

    Sang ( 2004 ), bentuk item aneka pilihan mengandungi satu pokok item yang

    berfungsi sebagai soalan diikuti dengan beberapa gerak balas ( biasanya tiga atauempat) yang berfungsi sebagai pilihan jawapan. Di antara beberapa gerak balas ini,

    terdapat satu sahaja jawapan yang paling tepat yang dinamakan kunci atau petanda.

    Gerak balas yang lain yang bukan jawapan tepat dinamakan pengganggu atau

    distraktor. Item pilihan yang telah dibina ini berbentuk soalan, ayat tidak lengkap dan

    cantuman.

    3.1.3 Menyemak Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    Setelah item ujian siap dibina, kami telah menyemak semula item-item tersebut bagi

    memastikan arahan menjawab jelas, bahasa yang digunakan mudah difahami dan

    mengandungi maklumat yang mencukupi, soalan yang dibina mencukupi dan

    seimbang, soalan aneka pilihan yang dibina tidak mengandungi petanda kepada

    jawapan dan masa yang diperuntukkan adalah berpatutan dengan bilangan soalan.

    3.1.4 Menilai Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    Kami telah meminta Ketua Panitia Bahasa Melayu sekolah kami untuk menyemak dan

    menilai item ujian tersebut. Semakan daripada Ketua Panitia ini bertujuan agar

    perkara-perkara yang telah disemak oleh kami sebelum ini dapat dinilai semula oleh

    HBEF3203

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    8/15

    pakar dalam mata pelajaran ini. Semakan ini akan menjamin kebolehpercayaan dan

    kesahan ujian

    Zalekha Bt Elie / 660325135610Edelind Chuat Guchi / 640909135544

    3.2 Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    Lampiran 1 menunjukkan item ujian bagi Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 yang

    telah dibina. Item ini mengandungi 20 soalan objektif aneka pilihan. Ujian ini

    memperuntukkan masa 30 minit untuk menjawabnya. Item ujian ini telah diuji kepada

    20 orang pelajar Tahun 4 Maju, Sekolah Kebangsaan Abang Aing, Sri Aman pada 22

    Mei 2006 ( Isnin ). Pelajar kelas ini terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan.

    4.0 Analisis Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 Berdasarkan

    Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

    Setelah item ujian ditadbirkan kepada pelajar, item tersebut telah disemak dan

    seterusnya dianalisis untuk menentukan Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi

    bagi setiap item yang telah digubal.

    Bagi mengira Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi, kami telah menyusun

    senarai nama calon yang mempunyai skor tertinggi kepada skor terendah. Kami telah

    merekod prestasi calon atau pelajar daripada item atau soalan yang dijawab oleh

    mereka dengan tanda betul ( ) atau salah ( ) dalam satu jadual seperti Jadual 2.

    Seterusnya kami telah tentukan bilangan calon dalam kumpulan skor tinggi ( R U ) dan

    bilangan calon dalam kumpulan skor rendah ( RL ). Kami telah mengasingkan pelajar

    dari kumpulan skor tinggi sebanyak 30% dan kumpulan skor rendah sebanyak 30%.

    HBEF3203

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    9/15

    Ini bermakna daripada 20 orang calon atau pelajar yang diuji, 6 orang adalah

    daripada kumpulan skor tinggi dan 6 orang daripada kumpulan skor rendah.

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    10/15

    Jadual 2: Jadual Penentuan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi Ujian Tatabahasa BM Tahun 4

    Bil Nama MuridItem

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Sko

    1 Ashikin 19

    2 Emillia

    183 Fadil 18

    4 Fazrina 17

    5 Nurul 16

    6 Shannon 15

    7 Nurazira 14

    8 Zafirah 13

    9 Shafira 12

    10 Salfika 12

    11 Fazmira 12

    12 Azrul 11

    13 Amzar 10

    14 Syafiqah 10

    15 Hafiz 9

    16 Kamisiah 8

    17 Shazwan 7

    18 Khairul 719 Shafiq 5

    20 Samsul 3

    Jumlah jawapanBetul 16 10 20 16 13 20 15 8 10 15 7 10 6 11 9 10 9 8 14 9

    Bilangan JawapanBetul ( RU ) 6 2 6 6 6 6 6 5 6 6 6 4 1 5 4 6 4 6 6 6

    Bilangan JawapanBetul ( RL ) 3 1 6 2 2 6 2 1 1 3 0 0 1 1 2 2 2 2 2 0

    Indeks Kesukaran0.8 0.5 1 0.8 0.65 1 0.75 0.4 0.5 0.75 0.35 0.5 0.30 0.55 0.45 0.5 0.45 0.4 0.7 0.45

    IndeksDiskriminasi 0.5 0.17 0 0.66 0.66 0 0.66 0.66 0.83 0.5 1 0.66 0 0.66 0.33 0.66 0.33 0.66 0.66 1

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    11/15

    Zalekha Bt Elie / 660325135610Edelind Chuat Guchi / 640909135544

    4.1 Indeks Kesukaran Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    Menurut Mok Soon Sang ( 2004 ), Indeks kesukaran digunakan untuk menentukan

    samada item ujian atau soalan itu terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah untuk

    dijawab. Bagi item ujian aneka pilihan ini, kami telah menggunakan rumus berikut

    untuk mengira Indeks Kesukaran.

    Indeks Kesukaran ( p ) = Bilangan calon yang memberi jawapan betul

    Jumlah calon yang menjawab

    Jadual 3 menunjukkan aras kesukaran item yang boleh ditafsirkan mengikut nilai p

    seperti berikut.

    Jadual 3 : Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

    Bagi mengira Indeks Kesukaran item ujian aneka pilihan ini, kami telah menggunakan

    rumus seperti di atas. Indeks Kesukaran yang telah dikira ditunjukkan dalam Jadual 2.

    Berdasarkan Indeks Kesukaran dalam Jadual 2, didapati 4 soalan iaitu soalan 1, 3, 4

    dan 6 menunjukkan Indeks Kesukaran di antara 0.81 hingga 1.00. Mengikut Aras

    Kesukaran dalam Jadual 3, item ini merupakan item yang terlalu mudah untuk diawab

    kerana ramai pelajar dapat menjawab soalan ini. Ini bermakna item ini tidak sesuai

    digunakan untuk menguji pelajar dan perlu diubahsuai. Soalan 5, 7, 10, dan

    Zalelkha Bt Elie / 660325135610

    Nilai ( p ) Pengkelasan Item

    0.00 0.20 Terlalu sukar

    0.21 0.40 Sukar

    0.40 0.60 Sederhana sukar

    0.61 0.80 Mudah0.81 1.00 Terlalu Mudah

    HBEF3203

    HBEF3203

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    12/15

    Edelind Chuat Guchi / 640909135544

    19 pula menunjukkan Indeks Kesukaran di antara 0.61 hingga 0.80. Berpandukan

    Aras Kesukaran dalan Jadual 2, item ini mudah untuk dijawab dan perlu diubahsuai.

    Terdapat 8 soalan yang menunjukkan Indeks Kesukaran di antara 0.41 hingga 0.60

    iaitu soalan 2, 9, 12, 14, 15, 16, 17, dan 20. Ini bermakna ada sebanyak 41% hingga

    60% pelajar dapat menjawab soalan ini. Berdasarkan Aras Kesukaran dalam Jadual

    2, soalan boleh diterima kerana berada dalam pengkelasan sederhana sukar untuk

    dijawab.

    Soalan yang sukar untuk dijawab adalah soalan 8, 11, 13, dan 18. Soalan-soalan ini

    menunjukkan Indeks Kesukaran di antara 0.0 hingga 0.20. Ini bermakna tidak ramai

    pelajar yang dapat menjawab soalan ini kerana sukar untuk dijawab. Item atau soalan

    ini perlu diubahsuai.

    4.2 Indeks Diskriminasi Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

    Menurut Mok Soon Sang ( 2004 ), Indeks Diskriminasi berfungsi untuk membezakan

    calon-calon daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat. Ini bermakna item

    ujian yang baik akan dapat menentukan perbezaan antara pelajar yang

    berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian rendah. Indeks Diskriminasi

    ini boleh dikira menggunakan rumus berikut.

    Indeks Diskriminasi ( d ) = ( RU RL )( T ( L + U ) )

    RU = Jumlah calon dalam kumpulan skor tinggi menjawab dengan betul

    RL = Jumlah calon dalam kumpulan skor rendah menjawab dengan betulT = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan skor tinggi dan kumpulan skor

    rendah

    Zalekha Bt Elie / 660325135610 Edelind Chuat Guchi / 640909135544HBEF3203

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    13/15

    Sebagai panduan, aras diskriminasi item boleh ditafsirkan mengikut nilai d seperti

    yang ditunjukkan dalan Jadual 4.

    Jadual 4: Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

    Kami telah membuat pengiraan Indeks Diskriminasi bagi item-item ujian ini

    menggunakan rumus seperti di atas. Hasil pengiraan Indeks Diskriminasi ditunjukkan

    dalam Jadual 2.

    Berdasarkan Indeks Diskriminasi dalam Jadual 2, didapati 14 soalan iaitu soalan 1, 4,

    5, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 14, 16, 18, 19, dan 20 menunjukkan Indeks Diskriminasi yang

    sangat baik dan positif iaitu di antara 0.41 hingga 1.00. Berdasarkan aras diskriminasi

    dalam Jadual 4, sebilangan besar pelajar berpencapaian tinggi dapat menjawab

    soalan-soalan ini dengan betul berbanding dengan pelajar berpencapaian rendah.

    Item-item ujian ini amat sesuai digunakan dan boleh diterima untuk menguji pelajar

    dalam mata pelajaran ini.

    Soalan 15 dan 17 menunjukkan Indeks Diskriminasi di antara 0.31 hingga 0.40.

    Berdasarkan aras diskriminasi pada Jadual 4, item-item ujian ini berada dalam

    pengkelasan baik. ini bermakna soalan atau item ini sesuai dan boleh diterima.

    Zalekha Bt Elie / 660325135610

    Edelind Chuat Guchi / 640909135544

    Nilai ( d ) Pengkelasan Item

    0.00 0.10 Tidak baik

    0.11 0.20 Kurang baik

    0.21 0.30 Sederhana baik

    0.31 0.40 Baik

    0.41 1.00 Sangat baik

    HBEF3203

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    14/15

    Soalan 2 pula menunjukkan Indeks Diskriminasi di antara 0.11 hingga 0.20.

    Berdasarkan aras diskriminasi dalam Jadual 4, item ini berada dalam pengkelasan

    kurang baik. Ini bermakna item ini tidak sesuai digunakan dan perlu diubahsuai

    kerana tidak dapat membezakan pencapaian pelajar cerdas dengan pelajar lambat.

    Soalan 3, 6, dan 13 menunjukkan Indeks Diskriminasi yang tidak baik dan negatif

    iaitu di antara 0.00 hingga 0.10. Item-item ujian ini didapati tidak dapat membezakan

    pencapaian di antara kumpulan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan kumpulan

    pelajar yang berpencapaian rendah. Item-item ujian ini tidak boleh digunakan atau

    diterima.

    5.0 Kesimpulan

    Bermula daripada Jadual Penentuan Ujian, pembinaan item ujian dan hasil daripada

    analisis setiap item ujian dan berpandukan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

    yang telah dibuat, didapati sebilangan besar item-item ini boleh diterima dan dapat

    digunakan untuk menguji mata pelajaran yang diuji. Walau bagaimanapun, tedapat

    juga sebilangan kecil item-item ujian ini yang perlu diubahsuai dan tidak boleh

    diterima langsung kerana terlalu sukar dan tidak dapat dijawab oleh sebilanganpelajar serta tidak dapat membezakan pencapaian di antara pelajar berpencapaian

    tinggi dengan pelajar berpencapaian rendah.

    Secara keseluruhannya, Jadual Penentuan Ujian dan pembinaan item ujian akan

    mempengaruhi Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi setiap item ujian yang

    dibina. Oleh kerana itu, sebagai guru kita perlu membina JPU dan item ujian bagi

    setiap item dengan lebih teliti dan mengambilkira semua langkah pembinaan JPU

    dan item ujian agar penilaian dapat dibuat dengan lebih berkesan lagi.

    Rujukan

  • 7/29/2019 Cnth Asgmnt -Jsu

    15/15

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru Bahasa Melayu

    Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. ( 2005). Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohd Nasar Sukor, Zainal Arifin yusof, & Kamarudin Jeon. (2006). Star Genius

    Bahasa Melayu Tahun 4. Petaling Jaya: Info-Didik Sdn. Bhd.

    Mok Soon Sang. (2005). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 4.

    Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Norida Tan & Fatimah Azzahra Mat Yunus. (2006). Latih Tubi Total Tatabahasa

    Tahun 4. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.