bmm3033e pentaksiran jsu

24
BMM3033E: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TUGASAN 1 MENGHURAIKAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM BENTUK ESEI DAN PENGURUSAN GRAFIK. Pentaksiran. Pentaksiran ialah proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Maklumat tersebut termasuklah hal yang berkaitan topik, bukti dan prestasi. Pentaksiran juga membawa maksud suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah: Pengujian. Pengujian selalunya mendukung maksud yang lebih sempit dan khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard dan perlu dijawab ataupun satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian kecerdasan (IQ Test0 dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh AIZUL ZAKARIA HAMZAH 1 instrumen kumpulan yang ditaksir respon kumpulan yang menaksir skor

Upload: aizul-zakaria-bin-hamzah

Post on 02-Oct-2015

116 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

BMM3033E Pentaksiran JSU

TRANSCRIPT

BMM3033E: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM3033E: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TUGASAN 1MENGHURAIKAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM BENTUK ESEI DAN PENGURUSAN GRAFIK.Pentaksiran.Pentaksiran ialah proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Maklumat tersebut termasuklah hal yang berkaitan topik, bukti dan prestasi. Pentaksiran juga membawa maksud suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:

Pengujian.Pengujian selalunya mendukung maksud yang lebih sempit dan khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard dan perlu dijawab ataupun satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian kecerdasan (IQ Test0 dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstroverti atau introverti bagi ujian personaliti atau rabun warna bagi ujian penglihatan.Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik daripada Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan menjadi dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2.)Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji. Melalui proses pengujian, seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.Proses pengujian :

Penilaian.Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan pelbagai cara. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining and providing useful information for judging decision alternatives. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.Selain itu, Popham (1975) mentafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini, guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah keadaan, penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu, tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kunatitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka. Maklumat tersebut boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor.

Kepentingan penilaian ujian di bilik darjah:

TUGASAN 2 MENGHURAIKAN ARAS-ARAS TAKSONOMI BLOOM. MENGANALISIS UPSR TAHUN 2014 BERDASARKAN ARAS TAKSONOMI BLOOM.

Aras-aras Taksonomi Bloom.Taksonomi Bloom merupakan taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. Dalam hal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan) dan setiap domain tersebut dibahagi dalam bahagian yang lebih terperinci berdasarkan hierarkinya.Tujuan pendidikan dibahagi kepada tiga domain, iaitu:1. Cognitive Domain (Ranah Kognitif) yang mengandungi perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian dan keterampilan berfikir.2. Affective Domain (Ranah Afektif) mengandungi perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri.3. Psychomotor Domain (Ranah Psikomotor) mengandungi perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang dan mengoperasikan mesin. Dari setiap domain tersebut, dibahagi kembali menjadi beberapa kategori dan sub kategori yang berturutan secara berperingkat bermula dari tingkah laku yang sederhana sehingga tingkah laku yang kompleks. 1. Domain kognitif.Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam peringkat. Domain tersebut terdiri dari dua peringkat. Peringkat yang pertama ialah pengetahuan, manakala peringkat yang kedua ialah kemampuan dan keterampilan intelektual.Hirarki kognitifKata kunci

1. Pengetahuan (Knowledge)Kemampuan untuk mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar daripada pembelajaran yang lepas.Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension)Kemampuan membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual, diagram, arahan serta menterjemahkan idea-idea utama ke dalam ayat sendiri, menterjemah dan memberi contoh.Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application)Menggunakan maklumat dalam situasi baharu termasuk menyesuaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.Selesaikan, ramalkan, cari kesilapan, bina alat.

4. Analisis (Analysis)Mampu menganalisis maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian yang lebih kecil. Membezakan fakta daripada pendapat. Mengenal dan membezakan antara faktor penyebab dan akibat daripada sebuah senario yang rumit.Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis)Menjelaskan struktur atau pola dari sebuah situasi sebelumnya, menyatupadukan, ,mencantum idea menjadi satu usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi.Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6. Penilaian (Evaluation)Kemampuan membuat penilaian terhadap penyelesaian, membuat pertimbangan termasuk memberi alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.Pilih, berikan, alasan, kritikan, buktikan.

2. Domain Afektif.Pembahagian domain ini disusun oleh Bloom bersama dengan David Krathwol.Domain Afektif

1. Penerimaan (Receiving/ Attending)Kesediaan untuk menyedari adanya fenomena dalam lingkungannya. Sebagai contoh, mendapatkan perhatian, mempertahankannya dan mengarahkannya.

2. Tanggapan (Responding)Memberi reaksi terhadap fenomena yang terdapat di persekitaran. Meliputi persetujuan, kesediaan dan kepuasan dalam memberikan pendapat.

3. Penghargaan (Valuing)Nilai yang diterapkan pada suatu peristiwa, fenomena atau tingkah laku. Penilaian berdasarkan pada rangkaian nilai tertentu yang diekspretasikan ke dalam tingkah laku.

4. Pengorganisasian (Organization)Menyatupadukan nilai-nilai yang berbeza, menyelesaikan konflik di antaranya dan membentuk sistem nilai yang konsisten.

5. Karakter Berdasarkan Nilai ( Characterization by a Value or Value Complex)Memiliki sistem nilai yang mengendalikan tingkah laku sehingga menjadi perwatakan yang bersesuaian dengan gaya hidupnya.

3. Domain Psikomotor.Perincian dalam domain ini tidak dibuat oleh Bloom, tetapi dilakukan oleh ahli lain berdasarkan domain yang dibuat oleh Bloom.Domain Psikomotor.

1. Persepsi (Perception)Penggunaan alat pancaindera untuk menjadi pegangan dalam membantu pergerakan.

2. Persediaan (Set)Persiapan secara fizikal, mental dan emosi untuk melakukan pergerakan.

3. Respon Terpimpin (Guided Response)Tahap awal dalam mempelajari keterampilan yang kompleks, termasuklah imitasi dan pergerakan percubaan.

4. Mekanisme (Mechanism)Menyesuaikan pergerakan-pergerakan yang telah dipelajari sehingga yakin.

5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)Gerakan motor yang berketerampilan yang di dalamnya terdiri dari pola-pola pergerakan yang kompleks.

6. Penyesuaian (Adaptation)Keterampilan yang sudah berkembang sehingga dapat disesuaikan dalam pelbagai situasi.

7. Penciptaan( Origination)Membuat pola pergerakan baru yang disesuaikan dengan situasi atau permasalahan tertentu.

Analisis soalan UPSR Tahun 2014 berdasarkan aras Taksonomi Bloom.Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Melayu (Pemahaman) soalan UPSR 2014.SOALANKEMAHIRAN BAHASAARASCATATAN / ULASAN

1Kata namaPengetahuanMemerlukan pengetahuan sedia ada murid

2Kata ganti namaPengetahuanMemerlukan pengetahuan sedia ada murid

3Kata kerjaPengetahuanMemerlukan pengetahuan murid berdasarkan gambar

4Kata imbuhanPengetahuanMemerlukan pengetahuan sedia ada murid

5Kata adjektifPengetahuanMemerlukan pengetahuan murid berdasarkan gambar

6Kata adjektifKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

7Kata adjektifPengetahuanMemerlukan pengetahuan sedia ada murid

8Kata adjektifKefahaman

9Kata hubungPengetahuanMemerlukan pengetahuan sedia ada murid

10Kata adjektifKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

11Kata hubungKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

12Kata sendi namaKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

13Kata kerjaKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

14ImbuhanKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

15Perkataan paling tepatPengetahuanMemerlukan pengetahuan sedia ada murid

16Kata gandaKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

17Kata gandaKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

18Penjodoh bilanganKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

19Perkataan seertiKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan

20Perkataan berlawananAplikasiMurid harus mengenal perkataan berlawanan yang sesuai

21Ayat betulAplikasiMurid harus mengenal pasti ayat yang betul

22Ayat betulAplikasiMurid harus mengenal pasti ayat yang betul

23Ayat tanyaAnalisisMurid harus mengenal pasti ayat tanya yang sesuai dengan jawapan

24Ayat tanyaAnalisisMurid harus mengenal pasti ayat tanya yang sesuai dengan jawapan

25Sama maksudAnalisisMurid harus mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama

26Sama maksudAnalisisMurid harus mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama

27Ayat betulAplikasiMurid harus memahami dan mengenal pasti ayat yang betul

28Ayat betulAplikasiMurid harus memahami dan mengenal pasti ayat yang betul

29PeribahasaKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan berdasarkan peribahasa

30PeribahasaKefahamanMemerlukan murid mengetahui kehendak soalan berdasarkan peribahasa

31Soalan dari petikan PengetahuanMemerlukan pengetahuan sedia ada murid berdasrkan petikan

32Soalan dari petikanKefahamanMemerlukan pemahaman murid berdasarkan petikan

33Soalan dari petikanKefahamanMemerlukan pemahaman murid berdasarkan petikan

34Soalan dari petikanKefahamanMemerlukan pemahaman murid berdasarkan petikan

35Soalan dari petikanAnalisisMurid harus mengenal pasti maksud perkataan

36Soalan dari petikanKefahamanMemerlukan pemahaman murid berdasarkan petikan

37Soalan dari petikanKefahamanMemerlukan pemahaman murid berdasarkan petikan

38Soalan dari petikanKefahamanMemerlukan pemahaman murid berdasarkan petikan

39Soalan dari petikanKefahamanMemerlukan pemahaman murid berdasarkan petikan

40Soalan dari petikanAnalisisMurid harus mengenal pasti maksud perkataan

TUGASAN 3PEMBINAAN JSU MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK TAHUN YANG DIPILIH DAN MEMBINA 20 SOALAN OBJEKTIF MENGIKUT ARAS-ARAS TAKSONOMI BLOOM BERPANDUKAN JSU YANG DISEDIAKAN. No. SoalanBentuk soalanAras Kognitif

1pengetahuan2pemahaman3aplikasi4analisis5sintesis6penilaian

1 Kata nama/

2 Kata adjektif/

3 Kata ganti nama/

4 Kata adjektif/

5Kata hubung/

6Kata seerti/

7kefahaman/

8Lawan kata/

9Membina jawapan/

10Kata banyak makna/

11Kata banyak makna/

12Peribahasa/

13Membina jawapan/

14Ragam ayat/

15Ragam ayat/

16Ragam ayat/

17Ayat sama maksud/

18Ragam ayat/

19Membina jawapan/

20Kesalahan umum tatabahasa/

PENGETAHUAN1. __________________ mangkat semasa dalam pelayaran ke negeri Dayang Senandung.A. DiaB. PatihC. BeliauD. Baginda

2. Saya tidak makan ikan air tawar kerana berbau_______________.A. hapakB. busukC. hanyirD. wangi

3. Pemenang cabutan bertuah majlis makan malam itu akan diumumkan oleh ___________ majlis sebentar lagi.A. juruteraB. jurupanduC. juruacaraD. juruwang

4. Jutawan itu sangat ______________ hati. Dia suka menderma kepada rumah-rumah anak yatim.A. jahatB. kedekutC. murahD. sakit

5. _____________ berkunjung ke Sandakan, mereka sempat melawat ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.A. HinggaB. SekiranyaC. SupayaD. Sewaktu

KEFAHAMANPada malam yang sunyi itu, kedengaran suara orang merungut-rungut. Suara itu adalah suara keresahan Halim. Nyamuk-nyamuk yang berterbangan di atas kepala dan menggigitnya telah mengganggu tidurnya sejak tadi.

1. Perkataan merungut-rungut boleh digantikan denganA. mengeluhB. bersungut-sungutC. bercakap-cakapD. menyesal

2. Mengapakah agaknya Halim menjadi resah?A. Kerana dia tidak dapat tidur akibat digigit nyamukB. Kerana dia terlupa hendak menghantar ayam-ayam kepada Pak LemanC. Kerana dia tidak dapat bangun awal pada keesokan paginyaD. Kerana dia tidak mempunyai kelambu

3. Nasi yang dimakan oleh Ah Meng sudah basi lalu dia meluahkannya ke lantai. Perkataan berlawanan bagi meluahkan ialah________________.A. mengunyahB. menyimpanC. menelanD. menghabiskan

4. Berdasarkan Gambar 1

Gambar 1Apakah yang dilakukan oleh penduduk di kawasan perumahan ini?A. Mereka menyediakan makanan untuk majlis perkahwinan.B. Mereka menyajikan makanan untuk majlis perkahwinan.C. Mereka gembira ketika memasak untuk majlis perkahwinan.D. Mereka berpakat untuk menyediakan hidangan majlis perkahwinan.

APLIKASI1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.I. Senyum besar orang itu apabila mendapat pujian daripada majikannya.II. Majlis perkahwinan anak bangsawan itu memakan belanja yang besar.III. Kegawatan ekonomi dunia menjadi masalah besar kepada negara.IV. Kompleks Mega itu telah dirasmikan oleh orang besar.A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I,III dan IVD. II,III dan IV

2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.I. Buku-buku di rak itu tersusun kemas.II. Ikatan pada kotak ini sungguh kemas.III. Barang kemas yang dipakainya itu hadiah daripada kakaknya.IV. Ibu sibuk kemas bilik adik yang berselerak itu.A. I,II dan IIIB. I,III dan IVC. II,III dan IVD. I,II,III dan IV

3. Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat.Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari pekerjaan.

A. Ada ubi ada batasB. Ada gula ada semutC. Ada udang di sebalik batuD. Banyak udang banyak garam

4. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di bawah.Emak, siapa yang mengambil pensel saya?A. Maaf, saya tidak sengaja.B. Abang siasatlah sendiri.C. Tolong jangan tuduh saya.D. Adik yang mengambil pensel abang.

ANALISIS1. Pilih ayat yang betul.A. Saya tidak dapat menamatkan semua soalan.B. Dia menjumpai bungkusan itu di tepi jalan.C. Bang Teong menjagakan beberapa ekor burung.D. Eddie membawa basikal barunya ke sekolah.

2. Pilih ayat-ayat yang betul.I. Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara.II. Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu.III. Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci.IV. Pak Dolah menebang lalang di belakang rumahnya semalam.A. I dan IV sahajaB. II dan III sahajaC. III dan IV sahajaD. II,III dan IV sahaja

3. Tiba-tiba aku tersedar,Lamunan yang merugikan terlepas kini, Sejarah hempedu pahit ku lupakan,Kini, ku semaikan benih-benih harapan,Bersama jutaan impian,Aku kan tempuh segala cabaran. Ku semaikan benih-benih harapan bermaksudA. Penulis menanamkan cita-cita untuk berjaya.B. Penulis belajar dengan bersungguh-sungguh.C. Penulis menanam benih-benih baru di ladangnya.D. Penulis mengharapkan dirinya tidak dilupakan.

4. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. Kuah sate ini sedap tetapi agak masin, kata Wati kepada Nurul.A. Wati diberitahu oleh Nurul bahawa kuah sate ini sedap tetapi agak masin.B. Wati menjemput Nurul makan kuah sate yang masin tetapi sedap.C. Wati memberitahu Nurul bahawa kuah sate itu masin tetapi sedap.D. Wati memberitahu Nurul bahawa kuah sate ini sedap tetapi agak masin.

SINTESIS1. Susun ayat di bawah mengikut urutan yang betul.I. Kemudian orang ramai menolong mangsa yang cedera.II. Tiba-tiba dia ternampak kemalangan antara sebuah kereta dengan motosikal.III. Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital untuk dirawat.IV. Fauzi segera ke pondok telefon dan menelefon polis dan ambulans.V. Fauzi sedang menunggang basikal di sebatang jalan raya.A. V, II, IV, I, IIIB. I, III, II, V, IVC. II, III, V, IV, ID. IV, I, III, II, V

2. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menambahkan kelazatan masakan ikan patin?A. Rempah ratus yang cukup dan ikan patin segar menjadikan masakan itu lazat.B. Selain ikan patin, ikan sungai juga sangat lazat untuk dimakan.C. Masakan ikan patin akan menjadi lazat sekiranya ikan itu tidak hanyir.D. Masakan asam pedas memang menambahkan kelazatan ikan patin.

PENILAIAN1. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.A. Amboi, Cantiknya cucu nenek hari ini! Zura hendak pergi ke mana, tanya nenek.B. Amboi, cantiknya cucu nenek hari ini! Zura hendak pergi ke mana? tanya nenek.C. Amboi, cantiknya cucu nenek hari ini! Zura hendak pergi ke mana? Tanya nenek.D. Amboi cantiknya cucu nenek hari ini! Zura hendak pergi ke mana? Tanya nenek.

PENULISAN REFLEKSISaya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan BMM3033E ini dengan jayanya pada masa yang ditetapkan. Pada mulanya, setelah mendapat kerja kursus ini, saya agak tertekan sedikit kerana terpaksa memikirkan banyak tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh terdekat. Di sini saya sertakan laporan refleksi tentang pengalaman melaksanakan tugasan. Saya turut sertakan kekuatan serta kelemahan yang saya perolehi sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini.Berdasarkan maklumat yang saya perolehi dalam tugasan ini, terdapat beberapa perkara yang telah saya fahami. Antaranya ialah, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Beberapa maklumat penting yang telah saya kemukakan dalam tugasan ini mengenai penggunaan kaedah Taksonomi Bloom dalam penggubalan soalan peperiksaan merupakan kaedah yang utama digunakan dalam pendidikan negara. Kaedah Taksonomi Bloom digunakan untuk menilai tahap pencapaian murid-murid. Penggunaan kaedah Taksonomi Bloom yang menyeluruh dapat melahirkan murid-murid yang berilmu, kreatif, berdaya saing dan mampu mengiplementasikan ilmu yang dipelajari. Keadaan ini dapat disokong melalui penggubalan soalan peperiksaan sebenar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014 yang telah saya analisis berdasarkan aras-aras Taksonomi Bloom.KekuatanBersemangat untuk melakukan perancangan aktiviti ini. Saya mula mencari bahan dari pelbagai sumber seperti Internet, buku dan guru yang lain. Berbincang dengan rakan tentang kerja kursus yang hendak dilakukan. Hasil dari perbincangan ini saya telah mengetahui sedikit sebanyak apa yang hendak dilaksanakan. Ia memudahkan saya untuk menyusun isi kerja kursus nanti.

KelemahanKelemahan yang saya alami di sini ialah kurang memahami soalan yang diberi sehinggalah berbincang dengan rakan saya. selain itu,saya turut menghadapi masalah dalam pengurusan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Keadaan ini disebabkan terdapat banyak tugasan sekolah yang turut perlu disiapkan dalam tempoh yang terdekat. Saya terpaksa berjaga hingga lewat malam untuk menyiapkan kedua-dua tugasan tersebut.

LAMPIRAN

RUJUKANAbdul Aziz Talib, 1989. Pengajaran dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.Azman Wan Chik, 1994. Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentafsir. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Chee Kim Mang, 2002. Menilai Pendekatan Pembelajaran Dengan Menggunakan Taksonomi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Pulau Pinang: GERAK Maktab Perguruan Persekutuan.Tan Hui Leng, 1996. Penilaian dalam Proses Pendidikan: Asas Pendidikan 3. Shah Alam: Fajar Bakti.Yayasan Guru Malaysia Berhad, 2014. Kertas Soalan Peperiksaan Tahun-Tahun Lepas 2005-2012 UPSR Bahasa Malaysia. Selangor: Sasbadi SDN.BHD.Aras Taksonomi Bloom, http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html, dipaut pada 20/03/2015.Cara-cara Pembinaan Ujian, http://www.usm.my/education/publication/JPP23-9PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA.pdf, dipaut pada 22/03/2015.Jadual Spesifikasi Ujian, http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf, dipaut pada 21/05/2014.Jadual Spesifikasi Ujian, http://www.geocities.com/kheru2006/iv.htm, dipaut pada 21/03/2015.Taxonomy of Educational Objectives, http://www.answers.com/topip/taxonomy-of-educational-objectives, dipaut pada 20/03/2015.aizul zakaria hamzah

20