ciri hots add math 2015

2
BENGKEL SKOR A MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2015 9 Mei 2015 (Sabtu) , 8.00 pg. hingga 2.00 ptg. Bilik Seminar PPD Jasin, Melaka. Definisi KBAT / HOTS KPM. Menurut definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT / HOTS) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT atau HOTS) ialah kemahiran berfikir yang tidak menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga membawa maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Seseorang itu perlu lebih kreatif apabila menghadapi masalah dengan mempunyai lebih dari satu penyelesaian. Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM (Matematik Tambahan). Ciri-ciri soalan KBAT / HOTS mengikut pendapat peribadi saya berdasarkan pemerhatian soalan HOTS Add Math SPM 2014 K1 dan K2 1. Item / soalan tidak berulang. - Item / soalan berbeza setiap tahun. - Ini bertepatan dengan ulasan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia semasa mengumumkan keputusan SPM 2014 bahawa, kelemahan ketara calon SPM 2014 ialah mengharapkan bentok/format soalan adalah sama seperti soalan SPM tahun-tahun lepas. 2. Bentuk soalan buku teks. - Bentuk soalan mempunyai persamaan dengan yang terdapat dalam buku teks. - Malah soalan Add Math sebelum ini juga sedemikian sifatnya. - Hal ini bersesuaian dengan prinsip keadilan kepada semua pelajar dan prinsip memperkasakan buku teks. - Kenyataan yang sama pernah diberitahu oleh seorang guru BM dan Ekonomi Asas (EA) yang berpengalaman bahawa tajuk-tajuk karangan/soalan EA dalam soalan BM/EA SPM terdapat seumpamanya dalam buku teks. 3. Situasi sebenar dalam kehidupan. - Soalan berbentuk suatu masalah kehidupan sebenar yang penyelesaiannya menggunakan pengetahuan / kemahiran matematik tambahan yang telah dipelajari. - Maka soalan adalah berbentuk ayat dan cerita berkaitan. 4. Bentuk soalan bukan kelaziman. - Format soalan tidak semestinya berbentuk seperti kelazimannya. - Soalan berbentuk “ Given that ……………, find …….” / “Solve …………” Bukanlah suatu pilihan sekarang. 5. Back to the basic. - Soalan mungkin menguji pengetahuan/ kemahiran asas dalam matematik tambahan yang selalunya tidak diambil berat atau tak pernah ditanya dalam SPM sekurang-kurangnya selepas SPM tahun 2000

Upload: smkpthoe

Post on 06-Dec-2015

55 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Add Maths

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri HOTS Add Math 2015

BENGKEL SKOR A MATEMATIK TAMBAHAN SPM 20159 Mei 2015 (Sabtu) , 8.00 pg. hingga 2.00 ptg.

Bilik Seminar PPD Jasin, Melaka.

Definisi KBAT / HOTS KPM.

Menurut definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT / HOTS) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. 

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT atau HOTS) ialah kemahiran berfikir yang tidak menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga membawa maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Seseorang itu perlu lebih kreatif apabila menghadapi masalah dengan mempunyai lebih dari satu penyelesaian.

Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM (Matematik Tambahan).

Ciri-ciri soalan KBAT / HOTS mengikut pendapat peribadi saya berdasarkan pemerhatian soalan HOTS Add Math SPM 2014 K1 dan K2

1. Item / soalan tidak berulang.- Item / soalan berbeza setiap tahun.- Ini bertepatan dengan ulasan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia semasa mengumumkan

keputusan SPM 2014 bahawa, kelemahan ketara calon SPM 2014 ialah mengharapkan bentok/format soalan adalah sama seperti soalan SPM tahun-tahun lepas.

2. Bentuk soalan buku teks.- Bentuk soalan mempunyai persamaan dengan yang terdapat dalam buku teks. - Malah soalan Add Math sebelum ini juga sedemikian sifatnya.- Hal ini bersesuaian dengan prinsip keadilan kepada semua pelajar dan prinsip

memperkasakan buku teks.- Kenyataan yang sama pernah diberitahu oleh seorang guru BM dan Ekonomi Asas (EA)

yang berpengalaman bahawa tajuk-tajuk karangan/soalan EA dalam soalan BM/EA SPM terdapat seumpamanya dalam buku teks.

3. Situasi sebenar dalam kehidupan.- Soalan berbentuk suatu masalah kehidupan sebenar yang penyelesaiannya

menggunakan pengetahuan / kemahiran matematik tambahan yang telah dipelajari.- Maka soalan adalah berbentuk ayat dan cerita berkaitan.

4. Bentuk soalan bukan kelaziman.- Format soalan tidak semestinya berbentuk seperti kelazimannya.- Soalan berbentuk “ Given that ……………, find …….” / “Solve …………” Bukanlah suatu

pilihan sekarang. 5. Back to the basic.

- Soalan mungkin menguji pengetahuan/ kemahiran asas dalam matematik tambahan yang selalunya tidak diambil berat atau tak pernah ditanya dalam SPM sekurang-kurangnya selepas SPM tahun 2000

- Ini bermakna soalan HOTS tidak semestinya aras tinggi tetapi mempunyai maklumat tersirat yang mencukupi untuk menjana pemikiran kreatif/kritis pelajar, tetapi konsep/formula matematik yang akan digunakan dalam penyelesaiannya tidaklah terlalu kompleks.

6. Gabungan topik- Mungkin lebih banyak soalan SPM 2015 yang menggabungkan dua konsep matematik /

dua topik dalam satu soalan.- Contohnya soalan “Area under curve” dengan “Turning Point” dalam satu soalan.

7. 40% soalan HOTS dalam SPM 2015- 30% soalan HOTS Add Math SPM 2014 (8/25 soalan K1) dan (2/15 soalan K2).- 40% soalan HOTS Add Math SPM 2015 (10/25 soalan K1) dan (6/15 soalan K2).- Soalan Section B dan Section C dalam Add Math Kertas 2 sememangnya selama ini telah

berbentuk HOTS. Contohnya soalan dari topik Probability Distribution, Index Number, Linear Programming atau Motion Along a Straight Line.

Page 2: Ciri HOTS Add Math 2015

Hj. Busrah Bin Md. SehSMK Jasin. 2015