ceramah pisa

4
SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA JALAN PEKAKA 8/1 SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA 47810 PETALING JAYA KERTAS CADANGAN KURSUS PROFESIONALISME BENGKEL MENJAWAB SOALAN “PROGRAMME FOR INTERNATIONAL STUDENT ASSESSMENT” (PISA) PANITIA MATEMATIK TAHUN 2014

Upload: ongaisuan

Post on 10-Jun-2015

68 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ceramah pisa

SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

JALAN PEKAKA 8/1 SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

47810 PETALING JAYA

KERTAS CADANGAN

KURSUS PROFESIONALISME

BENGKEL MENJAWAB SOALAN

“PROGRAMME FOR INTERNATIONAL STUDENT ASSESSMENT”

(PISA)

PANITIA MATEMATIK TAHUN 2014

Page 2: Ceramah pisa

2

1. TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan memohon pengetua untuk menimbang dan bersetuju :

1.1 mengadakan Bengkel Menjawab Soalan “Programme For International Student

Assessment” (PISA) ; dan

1.2 dengan anggaran peruntukkan sebanyak RM 300.00.

2. LATAR BELAKANG

2.1 PISA bertujuan untuk menilai kecekapan dalam bacaan, Matematik dan Sains

dalam kalangan murid berumur 15 tahun. Tumpuan pentaksiran adalah pada

keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan sebenar.

2.2 Pada masa sekarang kedudukan Malaysia untuk PISA (Profesional

International School Assessment) adalah amat jauh ke bawah jika

dibandingkan dengan Negara-negara Asia yang lain seperti Singapura dan

Thailand. Dari segi kualiti, kementerian berharap kedudukan sistem

pendidikan negara diletakkan dalam kelompok sepertiga teratas dalam PISA

dalam tempoh 15 tahun.

2.3 Melalui bengkel tersebut, guru dan murid dirangsang memiliki kemahiran

berfikir aras tinggi, seterusnya soalan PISA dapat dijawab dengan

berkeyakinan.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Objektif program adalah seperti yang berikut :

(i) Mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru

Mateamtik.

(ii) Menyediakan soalan peperiksaan yang memerlukan kemahiran berfikir

aras tinggi dalam kalangan murid.

(iii) Meningkatkan kedudukan Malaysia dalam PISA.

Page 3: Ceramah pisa

3

4. ASAS PERTIMBANGAN

4.1 Kedudukan Malaysia dalam PISA 2009 menunjukkan bahawa sehingga 60 %

murid Malaysia gagal mencapai tahap minimum untuk mengambil bahagian

dalam kehidupan secara efektif dan produktif.

4.2 Salah satu aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(2013-2025) iaitu kualiti yang menegaskan kedudukan Malaysia dalam

kelompok sepertiga teratas dalam PISA dalam tempoh 15 tahun.

4.3 Maka, guru perlu menerokai soalan dalam bentuk kemahiran berfikiran aras

tinggi dari semasa ke semasa.

5. IMPLIKASI KEWANGAN

5.1 Peruntukkan kewangan berjumlah RM 300.00.

Bil. Perkara Jumlah (RM)

1. Penceramah 200.00

2. Bahan bengkel 100.00

6. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

6.1

Bengkel PISA dicadangkan seperti yang berikut :

Tarikh : 05 Mac 2014

Masa : 2.30 petang – 4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama

Penceramah : Encik Liew Chien Hao (Sila rujuk lampiran)

6.2 Kandungan bengkel :

Soalan-soalan berbentuk PISA yang memerlukan kemahiran berfikiran aras

tinggi.

Page 4: Ceramah pisa

4

6.3 Peserta :

Semua guru Matematik dan 20 orang pelajar Tingkatan 2 yang dipilih dari

kelas 2M, 2C dan 2J.

7. PENUTUP

7.1 Kertas cadangan untuk menjalankan Bengkel Menjawab Soalan “Programme For International Student Assessment” (PISA) dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.

8. ULASAN PENGETUA

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

9. SYOR

Pengetua dipohon menimbang dan bersetuju :

9.1 menjalankan Bengkel Menjawab Soalan “Programme For International Student Assessment” (PISA) dan

9.2 dengan anggaran peruntukkan sebanyak RM 300.00.

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………

……………………………………………... (PN. ONG AI SUAN) (TUAN HAJI MD RAZAK BIN HAMJAR)

Ketua Panitia Matematik

SMK Seksyen 8 Kota Damansara

Pengetua

SMK Seksyen 8 Kota Damansara