catatan bedah buku "badiuzzaman & dakwah risalah an-nur"

6
1 BEDAH BUKU: BADIUZZAMAN DAN DAKWAH RISALAH AN-NUR ANJURAN GPTD UNISEL | UNISEL, BESTARI JAYA, SELANGOR | ISNIN, 16 JULAI 2012 oleh Najmuddin bin Mohd Nawi ([email protected]) Tajuk: Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur Penerbit: Biro Kajian Ilmiah Altinbaşak, Penerbitan Altinbaşak, Hayrat Vakfi, İstanbul, Türki Terjemahan: Biro Terjemahan Hayrat Vakfı [Sadik Ozata] [Abdüllah Doğan] [Mohd Firdaus Sahiddin] Biro Kajian Ilmiah Altinbaşak, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia Tahun Penerbitan: 2011 Kulit: Paperback Saiz: 105mm X 147mm (Saiz poket) Ketebalan: 96 mukasurat Warna halaman: Monokrom (Hitam-putih)

Upload: gptd-unisel

Post on 25-Jul-2015

1.082 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Hasil bedah buku tentang sang inspirator dan karyanya...

TRANSCRIPT

Page 1: Catatan Bedah Buku "Badiuzzaman & Dakwah Risalah an-Nur"

1

BEDAH BUKU: BADIUZZAMAN DAN DAKWAH RISALAH AN-NUR ANJURAN GPTD UNISEL | UNISEL, BESTARI JAYA, SELANGOR | ISNIN, 16 JULAI 2012 oleh Najmuddin bin Mohd Nawi ([email protected])

Tajuk: Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur

Penerbit:

Biro Kajian Ilmiah Altinbaşak, Penerbitan Altinbaşak,

Hayrat Vakfi, İstanbul, Türki

Terjemahan:

Biro Terjemahan Hayrat Vakfı

[Sadik Ozata] [Abdüllah Doğan] [Mohd Firdaus Sahiddin]

Biro Kajian Ilmiah Altinbaşak,

Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Tahun Penerbitan:

2011

Kulit:

Paperback

Saiz:

105mm X 147mm (Saiz poket)

Ketebalan:

96 mukasurat

Warna halaman:

Monokrom (Hitam-putih)

Page 2: Catatan Bedah Buku "Badiuzzaman & Dakwah Risalah an-Nur"

2

RANGKUMAN:

1) Mukadimah:

• Al-Quran sebagai penawar semua masalah dan penyakit di dunia

• Bencana akhir zaman yang melanda umat masa kini berpunca apabila umat menyisihkan Islam dari kehidupan

• Ustaz hadir sebagai tokoh yang memperjuangkan al-Quran sebagai penawar dan harapan “Penawar bagi abad yang sakit, bangsa yang berpenyakit, dan anggota yang lumpuh adalah menuruti al-Quran. Penawar bagi benua besar yang malang, negara hebat yang tidak bertuah dan kaum mulia yang tidak bertuan adalah kesatuan Islam.” (Badiuzzaman Said Nursi, Hutbe-i Şamiye, Dimeşk, 1910M) – ms 7

2) Badiuzzaman Said Nursi (1877-1960):

• Latar belakang ringkas peribadi dan pendidikan Ustaz

• Kecerdikan Ustaz sebagai pelajar (genius –pen)

• Peristiwa Gladston ingin memisahkan al-Quran dari kehidupan umat Islam menjadi motivasi buat Ustaz memperjuangkan al-Quran

“Aku akan membuktikan dan memperlihatkan bahawa al-Quran adalah mentari maknawi yang tidak akan padam dan tidak akan dapat dipadamkan!” (Badiuzzaman Said Nursi, Van) – ms 11

3) Kedatangan ke Istanbul Dan Projek Madrasah az-Zahraa’ (1908):

• Ustaz mencadangkan dan berusaha menubuhkan Madrasah az-Zahraa’, sebuah

universiti integrasi ilmu Islam dengan ilmu sains teknologi sebagai penyelesaian jangka panjang terhadap permasalahan semasa dan ancaman terhadap khilafah

“Cahaya sanubari adalah ilmu-ilmu agama. Nur bagi akal adalah ilmu-ilmu sains moden. Melaui gabungan kedua-duanya, hakikat (keilmuan – pen) akan muncul. Dengan dua sayap tersebut, keazaman para pelajar akan meningkat. Ketika kedua-duanya, terpisah, akan lahir padanya yang pertama, sifat fanatik dan yang kedua, muslihat dan keraguan.” (Badiuzzaman Said Nursi) – ms 12

4) Perbicaraan di Mahkamah Jenayah Perang (1909):

• Dialog di mahkamah membuktikan tekad Ustaz dalam memperjuangkan syariat

Islam

• Ustaz diberi penghormatan untuk menyampaikan khutbah di Masjid Umawi, Dimasyq (kemudiannya dikenali sebagai Khutbah Syamiyyah) yang dihadiri sekitar 10,000 orang dan di dalamnya terdapat sekitar 100 orang ulama’

• Hasrat penubuhan Madrasah az-Zahraa’ diterima oleh Sultan dan mula dibina, namun tergendala apabila meletusnya Perang Dunia Pertama

5) Tahun-tahun Peperangan (1914 – 1918):

• Ustaz memimpin pasukan askar sukarelawan

• Tafsir Isyaratul I’jaz dikarang ketika Ustaz menyertai peperangan

• Dilantik sebagai ahli majlis fatwa di bawah bimbingan Syeikhul Islam Mustafa Sabri Efendi

Page 3: Catatan Bedah Buku "Badiuzzaman & Dakwah Risalah an-Nur"

3

• Ustaz diberi penghormatan oleh kerajaan di Ankara, namun sikap perwakilan yang mengabaikan solat mendukacitakan beliau

• Ustaz mengarang risalah solat mengandungi 10 perkara yang akhirnya menyebabkan

sebahagian perwakilan mula mendirikan solat, namun usahanya itu tidak disenangi pemerintah

• Ustaz mula beruzlah di samping memikirkan cara untuk mengatasi pemikiran dan gaya hidup Barat yang telah menular di Turki

6) Era Said Baru dan Penulisan Risalah an-Nur (1920 – 1960):

7) Mahkamah Eskişehir (1935-1936) dan Buang Daerah ke Kastamonu (1936 – 1943):

• Ustaz bersama-sama para pelajarnya didakwa di mahkamah dan dipenjarakan

• Dibuang ke Kastamonu

8) Mahkamah Denizli (1943 – 1944), Afyon (1947 – 1949) dan Buang Daerah ke Emirdağ (1936 – 1950):

• Ustaz dan para pelajarnya terus ditahan dan didakwa, dan dibuang daerah

• Ustaz diracun ketika di dalam penjara

9) Perjalanan Terakhir:

• Ustaz semakin uzur, mula mengucapkan selamat tinggal kepada para tetamunya,

seolah-olah tahu ajalnya akan tiba

• Ustaz redha untuk pulang ke akhirat kerana meyakini usaha dakwahnya akan diteruskan pula oleh para pelajarnya

• Ustaz meninggal dunia pada Subuh 25 Ramadhan 1379H / 23 Mac 1960

10) Khidmat Risalah an-Nur:

• Ustaz telah mengesan muslihat untuk merosakkan keimanan umat Islam lebih awal

sebelum terzahirnya gerakan tersebut

• Risalah an-Nur yang berpaksikan al-Quran akan terus menjadi penawar kepada penyakit-penyakit hati dan bencana yang menimpa umat Islam

• Ustaz menegaskan kezaliman yang ditimpakan ke atasnya oleh pemerintah yang zalim sebaliknya hanya memanfaatkan lagi dakwah beliau melalui penyebaran Risalah an-Nur

“Aku rela menghadapi seribu kesusahan seperti ini, asalkan masa depan kubu keimanan dalam keselamatan.” (Badiuzzaman Said Nursi, 1952M) – ms35

• Penerangan ‘Said Lama’ dan ‘Said Baru’

• 8 tahun di Barla, Ustaz menyelesaikan ¾ dari Risalah an-Nur (Sözler, Mektubat, Lem’alar) di Barla

• Risalah an-Nur membicarakan tajuk-tajuk keimanan

• Risalah an-Nur disalin dengan tangan oleh para pelajar, diedar ke seluruh pelusuk Anatolia

Ustaz Bediuzzaman Said Nursi pada tahun pertama dibuang ke Barla

Page 4: Catatan Bedah Buku "Badiuzzaman & Dakwah Risalah an-Nur"

4

11) Asas Bagi Jalan Risalah an-Nur: Khidmat Iman dan Al-Quran:

• Perkara yang membimbangkan Ustaz adalah perkara yang mengancam keimanan telah menyerap masuk ke dalam pemikiran masyarakat tetapi mereka tidak menyedarinya

• Memperjuangkan aqidah Islamiyah dan keimanan kerana 2 perkara itulah tiang asas masyarakat Islam

• Membina kekuatan iman dengan meningkatkan keyakinan melalui ilmu (dengan al-Quran dan sunnah sebagai sumbernya)

• Membina kekuatan sehingga ke tahap haqq al-yakin (keyakinan yang hakiki)

12) Dustur Iqna’:

• Penyebaran kekufuran mutlak melalui pendekatan falsafah dan sains moden; serta manusia sendiri yang mengutamakan kehidupan dunia dari akhirat walaupun tahu

akhirat lebih kekal

• Risalah an-Nur berusaha menunjukkan kelazatan yang terdapt dalam keimanan dan amal soleh serta kesakitan yang terdapat dalam kelazatan dosa dan maksiat

“Untuk memenangi orang yang bertamadun adalah dengan cara memuaskan hati dan akal mereka, bukan melalui paksaan seperti orang Badwi yang tidak memahami kata-kata.” (Badiuzzaman Said Nursi) – ms40

13) Tugas Tajdid

• Mimpi Ustaz

• Risalah an-Nur sebagai penzahiran mukjizat al-Quran melalui kefahaman masyarakat semasa

• Tajdid yang utama dalam Islam adalah tajdid memahami dan mengamalkan hakikat-

hakikat keimanan

14) Penjauhan Diri Daripada Politik:

• Ustaz melihat bahawa khidmat untuk agama dan ilmu melalui politik dalam zaman yang tidak menentu ini tidak akan berjaya

• Politik yang berjalan atas tujuan manfaat individu adalah seperti binatang buas

15) Risalah an-Nur Sebagai Tafsir Maknawi Al-Quran:

• Pembahagian tafsir al-Quran: tafsir yang dimaklumi dan tafsir maknawi yang menjelaskan hakikat keimanan; Risalah an-Nur termasuk dalam kategori tafsir

maknawi

• Penegasan al-Quran sebagai sumber kebenaran hakiki

16) Risalah an-Nur sebagai Pengajian Ilmu Kalam Yang Mantap:

• Takrifan ilmu kalam

• Risalah an-Nur menunjukkan jalan ‘menuju Allah pada semua benda’

17) Penjagaan Huruf Al-Quran:

• Risalah an-Nur yang berfungsi sebagai jambatan dalam memahami hakikat yang

diterangkan oleh al-Quran, ditulis dengan huruf Osmanlıca yang menggunapakai

huruf-huruf Arab (sepertimana tulisan jawi – pen) agar umat Islam dapat membaca al-Quran

Page 5: Catatan Bedah Buku "Badiuzzaman & Dakwah Risalah an-Nur"

5

18) Surat Gula:

“Saya bersumpah menegaskan bahawa orang yang menulis satu risalah kecil dengan kefahaman untuk dirinya, ibarat suatu hadiah yang besar kepada saya, bahkan setiap satu muka suratnya menggembirakan saya seperti satu okka* gula!” (Badiuzzaman Said Nursi) - ms59

*1 okka = 1.283 kg

19) Perkhidmatan Menulis dan Kilang Percetakan:

• Teknologi percetakan tidak akan menyebabakan penyalinan Risalah an-Nur secara tulisan tangan terhenti kerana ia merupakan suatu latihan yang membawa kesan-kesan tertentu

20) Surat Tentang Menulis:

• Kelebihan menulis menurut hadis Nabi

21) Faedah Duniawi dan Ukhrawi Apabila Menulis Risalah an-Nur:

• Faedah yang diperolehi apabila menulis Risalah an-Nur

22) Huruf Uthmani dan Huruf Rumi:

• Penggunaan huruf Uthmani (Osmanlıca ) dalam Risalah an-Nur adalah sebagai usaha

mendekatkan para pembacanya dengan al-Quran

• Penggunaan huruf Rumi untuk Risalah an-Nur hanya dibenarkan pada tahap keperluan tertentu

23) Perkhidmatan Nur dan Ahmad Husrau Altinbasak:

24) Kehidupan Ahmad Husrau Secara Ringkas:

• Latar belakang ringkas Ustaz Hüsrev

25) Husrau Efendi Menurut Kacamata Badiuzzaman:

• Keperibadian Ustaz Hüsrev menjadi piawaian para pelajar Nur

• Membantah Ustaz Hüsrev adalah seperti membantah Risalah an-Nur dan Ustaz

26) Al-Quran Bertawafuq:

• Lafaz ALLAH dalam kedudukan sejajar dari atas ke bawah dalam satu mukasurat, atau dalam keadaan setentang dengan mukasurat berikutnya, atau dalam keadaan

bertindih dengan mukasurat di belakangnya

• Ditulis dengan tangan Ustaz Hüsrev

• Risalah an-Nur dipantau penyebarannya oleh Ustaz Ahmed Hüsrev Altınbaşak

• Satu-satunya pelajar Ustaz Badiuzzaman yang dibenarkan menyunting Risalah an-Nur

USTAZ AHMED HÜSREV ALTINBAŞAK EFENDİ (1899 – 1977)

Page 6: Catatan Bedah Buku "Badiuzzaman & Dakwah Risalah an-Nur"

6

27) Khidmat Risalah an-Nur Selepas Kewafatan Badiuzzaman:

• Ustaz Hüsrev sebagai pengganti Ustaz Badiuzzaman Said Nursi dalam meneruskan pengembangan dakwah Rislah an-Nur

• Ustaz Hüsrev bersama-sama pelajarnya menubuhkan Hayrât Vakfı bagi meneruskan khidmat Risalah an-Nur

• Hayrât Vakfı merupakan badan yang sah bagi murid Nur selepas Ustaz Badiuzzaman dan Ustaz Hüsrev

ULASAN MENGENAI BUKU INI

• Menceritakan secara kronologi

• Penerangan secara ringkas memudahkan pemahaman

• Merupakan terjemahan, struktur ayatnya mungkin boleh mengelirukan sesetengah pembaca

• Oleh kerana dikisahkan secara ringkas, perlu merujuk sumber lain untuk mendalami tajuk-tajuk tertentu

• Secara keseluruhan, disyorkan sebagai bahan bacaan wajib bagi semua yang berminat hendak mengenali Ustaz Badiuzzaman Said Nursi dan dakwah Risalah an-Nur

Pelantikan Koresponden GPTD Türki – Saifuddin, Ahmad Ammar, dan Faiz (tiada dalam gambar)

(İstanbul, Türkiye, 03 Jun 2012)