case study - inguinal hernia (angin pasang)

47
TAJUK : INGUINAL HERNIA PENGENALAN KEPADA TOPIK Objektif Am: Mempelajari perawatan terhadap pesakit Inguinal Hernia yang menjalani Herniorrhaphy. Objektif Spesifik: Mempelajari definisi Inguinal Hernia Mempelajari etiologi Inguinal Hernia. Mempelajari manifestasi klinikal dan penyiasatan diagnostik untuk mengesahkan Inguinal Hernia. Memberi penjagaan pre dan post operation bagi pesakit yang menjalani Herniorrhaphy. Menjalankan tindakan kejururawatan untuk pesakit Inguinal Hernia. 1

Upload: kyn-sakinasi

Post on 27-Jun-2015

2.502 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

case study - inguinal hernia-definisi-sejarah pesakit- pre & post Operation-nursing intervension-others

TRANSCRIPT

Page 1: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

TAJUK : INGUINAL HERNIA

PENGENALAN KEPADA TOPIK

Objektif Am:

Mempelajari perawatan terhadap pesakit Inguinal Hernia yang menjalani

Herniorrhaphy.

Objektif Spesifik:

Mempelajari definisi Inguinal Hernia

Mempelajari etiologi Inguinal Hernia.

Mempelajari manifestasi klinikal dan penyiasatan diagnostik untuk

mengesahkan Inguinal Hernia.

Memberi penjagaan pre dan post operation bagi pesakit yang menjalani

Herniorrhaphy.

Menjalankan tindakan kejururawatan untuk pesakit Inguinal Hernia.

1

Page 2: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

RASIONAL PEMILIHAN TAJUK

Keadaan ini biasa dialami pada bila–bila masa bagi bayi, kanak–kanak dan

dewasa lelaki berbanding dengan perempuan (statistik sila rujuk lampiran 1).

Selain itu, saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang Inguinal

Hernia kerana ia dapat membantu dalam pembelajaran saya.

2

Page 3: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

PENGENALAN PESAKIT

Nama: En. A

Umur: 70 tahun

Nombor RN: ASxxxxxxxx

Jantina: Lelaki

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Alamat: *************

Wad: *************(surgikal)

Date of Admit: 27 September 2009 @ 7pm

Tarikh jagaan: 27 September 2009

Tarikh pembedahan: 28/9/2009

Date of Discharge : 30 September 2009 @ 7pm

3

Page 4: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Kemasukan ke Wad:

En. A telah dimasukkan ke wad pada 27/9/2009 selepas berjumpa dengan

doktor pakar di Surgical Out Patients Department (SOPD) untuk menjalani

Herniorrhaphy seperti yang ditetapkan (28/9/2009)

Keadaan pesakit

Conscious

Alert

Tanda vital : (Sila rujuk lampiran 3)

Keadaan am : Pesakit kelihatan gelisah kerana takut dan bimbang untuk

menjalani pembedahan.

Aduan Pesakit

Pesakit mengadu bengkak pada celah paha kanan sejak 3 tahun yang

lepas. Pada kali pertama bengkaknya kecil sahaja (1cmx1cm) dan

sekarang bengkak semakin membesar.

Pada mulanya bengkak itu hilang dengan sendiri tetapi sekarang pesakit

terpaksa melakukan sendiri untuk mengurangkannya kebengkakkan

Kesakitan dapat dirasai apabila pesakit melakukan kerja–kerja berat

Pesakit mengadu sembelit sejak 2 tahun yang lepas lagi.

4

Page 5: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Pemeriksaan Fizikal:

Palpasi dilakukan dan didapati swelling pada Right Inguinal Region.

Saiznya lebih kurang 6cm x 3cm.

Tiada haematuria, dysuria atau castistud symptom.

Sejarah Medikal:

Pesakit tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti

hypertension, diabetes melittus atau masalah jantung dan tidak

mengalami alahan terhadap ubat–ubatan.

Sejarah Surgikal:

Pesakit pernah menjalani Percutaneous Cystoscopy Lithotripsy

Nephrostomy pada 3 tahun yang lepas untuk membuang kidney stone.

Sejarah Sosial:

Pesakit merupakan seorang pesawah dan seorang perokok sejak berusia

18 tahun. Kekerapan beliau merokok sebanyak 3-4 batang sehari.

Sejarah Keluarga:

Pesakit telah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak dan semuanya

sihat. Tiada yang mengalami Inguinal Hernia.

RUJUKAN MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN PENYAKIT

5

Page 6: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Definisi:

Keadaan dimana usus terkeluar dan turun ke bawah dan masuk ke kawasan

inguinal (scrotum). Disebabkan ketidaksempurnaan penutupan trek yang

membentuk laluan testes ke scrotum semasa pembentukan fetus.

(Le Mone,P and Burke,K Medical-Surgikal Nursing (kritikal thinking in

client care),fourth Edition,Prentice Hall,UK.)

Terbahagi kepada dua:

1. Direct Inguinal Hernia

Akibat dari saluran Inguinal yang lemah disertai bertambahnya tekanan

intrabdominal.

2. Indirect Inguinal Hernia

Keadaan semulajadi dimana salur Inguinal gagal menutup dengan

sempurna selepas penurunan testes dan ini boleh berlaku pada bila–bila

masa bagi bayi, kanak–kanak atau dewasa.

(Le Mone,P and Burke,K Medical-Surgikal Nursing (kritikal thinking in

client care),fourth Edition,Prentice Hall,UK.)

Etiologi:

6

Page 7: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

En. A mendapat Inguinal Hernia disebabkan oleh:

Kelemahan pada dinding kaviti otot abdomen berkait dengan post surgery

3 tahun yang lalu dan peningkatan umur beliau yang semakin tua.

Peningkatan dalam tekanan intraabdomen – Sembelit sejak 2 tahun yang

lalu menyebabkan meneran semasa membuang air besar lalu

meningkatkan tekanan dalam abdomen.

Manifestasi Klinikal:

Tanda-tanda yang ditunjukkan oleh En.A mendapat Inguinal Hernia adalah:

Timbul benjolan di celah paha. Apabila palpasi dilakukan didapati saiz

benjolan adalah 6cm x 3cm.

Kelihatan semasa mendapat tekanan seperti membuang air besar atau

melakukan kerja-kerja berat.

Denyutan dirasai di bahagian benjolan.

Terasa sakit disebabkan gangguan pada selaput peritoneum dan tarikan

di struktur yang terlibat terutamanya apabila melaku kerja-kerja berat.

Komplikasi:

7

Page 8: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Strangulated Hernia perforation peritonitis

Recurrent Hernia

Hematoma dan edema di scrotom

Intestinal obstruction.

Rawatan Surgikal:

1. Herniorrhaphy

Satu prosedur dimana pembuangan sac hernia dan membaiki dinding

abdomen yang lemah (sila rujuk lampiran 2).

METHODOLOGY

8

Page 9: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

ASESMEN – Beberapa masalah kejururawatan dikenalpasti apabila pesakit

dimasukkan ke wad.

27/9/2009:

En. A dirujuk oleh pakar untuk menjalani herniorrhaphy pada 28/9/2009.

beliau dimasukan ke wad 1 hari sebelum pembedahan dijalankan. Tanda vital

diambil (sila rujuk lampiran 3 ). Semasa assesmen dilakukan didapati pesakit

kelihatan takut dan bimbang tentang pembedahannya dan beliau juga turut

mengadu mengalami sembelit sejak 2 tahun yang lalu.

Penyelidikan dan penyiasatan darah telah diambil (sila rujuk lampiran 4)

seperti RBC. ECG dan CXR telah dilakukan . Penjagaan pre operative telah

dilakukan (sila rujuk lampiran 7 ). Consent telah diambil dan ditangani oleh

pesakit selepas penerangan yang jelas diberi oleh doktor bedah.

Pesakit diarahkan berpuasa bermula pukul 12 malam. IV drip 5 pints/ 24 jam

dimulakan iaitu 3 pints Normal Saline, 2 pints dextrose Saline (sila rujuk lampiran

5) bila pesakit mula berpuasa.

DIAGNOSA: Gangguan emosi: Takut dan bimbang berkait dengan pembedahan.

9

Page 10: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

MATLAMAT: Pesakit menyatakan berasa lebih tenang dan menunjukan riak

wajah yang tenang

TINDAKAN KEJURURAWATAN

1. Perkukuhkan penerangan yang telah doktor berikan mengenai pembedahan

yang akan dilakukan iaitu prosedur yang biasa iaitu pembuangan sac hernia

dan membaiki dinding abdomen yang lemah dengan menjahit otot dan

lapisan di sekeliling pembukaannya supaya pesakit faham serta takut dan

bimbang pesakit dapat dikurangkan.

2. Beri penerangan yang jelas tentang proses penyakit iaitu penurunan usus

pada Inguinal Region, dan kesan jika tidak merawatnya iaitu boleh

menyebabkan kesekatan kepada usus dan boleh menyebabkan komplikasi

yang lebih teruk lagi iaitu peritonitis supaya pesakit faham. Dengan itu takut

dan bimbang pesakit dapat dikurangkan.

3. Berada disisi pesakit jika perlu untuk mendengar luahan dan aduan pesakit

supaya takut dan bimbang dapat dikurangkan. Jawab soalan yang ditanya

pesakit dengan jujur dan jelas supaya pesakit faham dan tidak takut.

4. Kenalkan pesakit dengan pesakit lain yang telah berjaya menjalani

pembedahan yang sama supaya pesakit lebih yakin dan tidak lagi bimbang.

5. Galakkan pesakit berdoa mengikut kepercayaan masing-masing supaya

pesakit berasa lebih tenang dan tidak bimbang.

DIAGNOSA : Gangguan keselesaan: Sembelit berkait dengan kelemahan

dinding otot abdomen.

10

Page 11: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

MATLAMAT : Pesakit menyatakan dapat defekasi dengan baik dan sembelit

berkurangan.

TINDAKAN KEJURURAWATAN

1. Galakkan pesakit mengambil cecair yang berlebihan iaitu 2–3 liter sehari

untuk melembutkan feces dan mengurangkan sembelit.

2. Galakkan pesakit mengambil buah–buahan dan sayur–sayuran setiap hari

untuk mengurangkan sembelit dan memudahkan defekasi. Contohnya

mengambil buahan setiap hari selepas makan.

3. Nasihatkan pesakit supaya tidak menangguh untuk membuang air besar.

Segera ke tandas jika terasa ingin membuang bagi mengelak najis menjadi

keras dan menyebabkan sembelit dan elak makan makanan yang boleh

menyebabkan sembelit seperti

4. Nasihatkan pesakit supaya melatih diri membuang air besar setiap hari bagi

mengelak sembelit. Contohnya latih diri ke tandas setiap pagi.

5. Beri Ravin Enema untuk melembutkan feces dan memudahkan defekasi .

28/9/2009 (Operation Day)

11

Page 12: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Persediaan rutin pre op dilakukan (sila rujuk lampiran 7) dan pesakit dibawa

ke bilik bedah pada pukul 9 pagi. IV. Midazolam dan IV Cefoperazone (sila rujuk

lampiran 6) di bawa bersama ke dalam bilik bedah. Operation Right Inguinal

Herniorrraphy dijalankan selama 4 jam dalam bilik bedah.

Pada pukul 1 tengah hari pesakit selamat menjalani pembedahan dan di

bawa ke wad. Keadaan pesakit conscious, alert , dehydrated, pink, comfortable

dan berasa sakit di bahagian luka pembedahan. Tanda vital diambil (sila rujuk

lampiran 3).

IV Cefoperazone 1mg BD dan IV pethidine 50mg QID diteruskan (sila rujuk

lampiran 6).

IV drip 3 pints normal saline diteruskan untuk mengelak pesakit dehidrasi dan

mengimbangi cecair badan dan kandungan elektrolit dalam badan.

Pesakit dibenarkan mengambil clear fluid jika tidak muntah dan kemudian

normal diet. Jika tidak tolareted pesakit diteruskan berpuasa.

Pesakit dipropped up selepas 4 jam pembedahan iaitu pada pukul 4 petang

untuk mengalakkan ambulasi awal dan bladder irrigation diteruskan.

DIAGNOSA: Gangguan keselesaan: Sakit berkait dengan luka insisi .

12

Page 13: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

MATLAMAT: Pesakit selesa dan menyatakan kesakitan di luka insisi

berkurangan.

TINDAKAN KEJURURAWATAN:

1. Rehatkan pesakit dalam posisi Fowler’s atau Semi Fowler’s untuk memberi

keselesaan dan meluaskan ruang thorax supaya pesakit lebih mudah

bernafas dan dapat mengurangkan kesakitan di luka insisinya.

2. Bantu pesakit dalam aktiviti hariannya (ADL) supaya pesakit dapat berehat

dan pergerakannya dapat dikurangkan supaya sakit di luka insisi

berkurangan contohnya bantu pesakit ke tandas dengan menggunakan

kerusi roda.

3. Lakukan prosedur dengan cekap dan lemah lembut supaya kesakitan dapat

dikurangkan. Contohnya semasa propped up pesakit ke kerusi, guna teknik

dan cara yang betul dengan letak kaki antara dua kaki pesakit dan bantu

pesakit bangun dan berjalan perlahan-lahan dan letakkan pesakit dengan

lemah lembut ke kerusi.

4. Nasihatkan pesakit supaya ampu bahagian yang terlibat dengan bantal kecil

dan lembut ketika batuk atau bergerak untuk mengurangkan tekanan ke atas

luka pembedahan dan sakit dapat dikurangkan.

5. Ajarkan pesakit senaman pernafasan dalam untuk mengurangkan rasa sakit

iaitu tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus nafas perlahan-

13

Page 14: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

lahan melalui mulut. Lakukan pernafasan dalam jika terasa sakit terutama

selepas bergerak.

6. Berikan ubatan analgesik seperti IV Pethedine 50mg dan Cap. Tramal 50mg

mengikut arahan doktor untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami pesakit.

14

Page 15: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

29/9/2009 (day 1 post Op)

Keadaan pesakit comfortable, tolerated orally, tanda vital diambil (sila rujuk

lampiran 3) dan didapati pesakit mengalami demam. Tiada tanda–tanda Upper

Respiratory Tract Infection (URTI) atau Urinary Tract Infection (UTI) dan tiada

rasa sakit di sekeliling branula site.

Pesakit NBO, passing flatus dan pain tolerable.

Off bladder irrigation, KIV off CBD, off Pethidine selepas 12 jam pemberian

(29/9/2009 @ 7 pagi) dan mula Cap. Tramal 50mg TDS untuk mengurangkan

rasa sakit.

15

Page 16: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

DIAGNOSA : Perubahan suhu badan: Demam berkait dengan gangguan fungsi

tubuh semasa operation.

MATLAMAT : Suhu badan pesakit didapati pada paras yang normal iaitu 37°C.

TINDAKAN KEJURURAWATAN :

1. Rehatkan pesakit dalam suasana yang kondusif dan mempunyai

pengudaraan yang baik supaya suhu dapat dikurangkan dan pesakit dapat

berehat dengan selesa.

2. Lakukan tepid sponging ke atas pesakit bagi menurunkan suhu badan melalui

pembebasan haba secara proses evaporasi dan konduksi. Ambil semula

suhu badan selepas 30 minit tepid sponging dilakukan untuk mengesan

keberkesanan rawatan.

3. Monitor tanda vital terutama suhu badan dan nadi pesakit setiap 4 jam sekali

untuk mengesan jika berlaku perningkatan suhu badan bagi mendapatkan

rawatan segera.

4. Rancang perawatan bagi mengelak menganggu pesakit rehat. Elak

melakukan prosedur semasa pesakit sedang berehat.

5. Galakkan pesakit mengambil soft diet seperti bubur untuk mengurangkan

penghasilan haba.

6. Teruskan pemasangan infusi intravena untuk meningkatkan kandungan

cecair badan dan meningkatkan penghasilan urin. Haba dapat disingkirkan

melalui pembuangan urin.

16

Page 17: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

7. Berikan pesakit ubat T. Paracetamol 1000mg stat atas arahan doktor bagi

menurunkan suhu badan.

17

Page 18: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

30/9/2009 (day 2 post Op)

Keadaan pesakit baik, consious, alert dan selesa, pesakit mengatakan sakit

pada luka pembedahan berkurangan. Tanda vital diambil (sila rujuk lampiran 3).

Pesakit dibenarkan pulang pada hari ini dan dibekalkan bersama

T. Cefuroxime 250mg BD x 5/7 dan C. Tramal 50mg ON (sila rujuk lampiran)

TCA pada 15/11/2009 di klinik pakar (SOPD).

TCA Stat jika pesakit mengalami demam yang teruk atau mengalami haematuria.

18

Page 19: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

DIAGNOSA : Potensi infeksi berkait dengan luka pembedahan

MATLAMAT : Pesakit tidak mengalami demam dan luka pembedahan kering

serta tidak menunjukkan tanda-tanda infeksi.

TINDAKAN KEJURURAWATAN:

1. Lakukan pemerhatian ke atas luka insisi di lower abdomen pesakit. jika ada

tanda-tanda infeksi seperti kemerah-merahan, bengkak dan discaj rawatan

segera dapat diambil.

2. Ambil tanda vital 4jam sekali terutamanya suhu badan pesakit samaada

meningkat (37.5°C keatas) untuk mengesan tanda-tanda infeksi.

3. Beritahu pesakit elak menyentuh luka insisi dengan tangan yang kotor untuk

elak mendapat infeksi.

4. Nasihatkan pesakit mengambil makanan yang tinggi protein seperti ikan dan

ayam untuk mengalakkan proses penyembuhan luka dan mengambil

makanan yang tinggi vitamin C seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

seperti buah betik untuk meningkatkan daya pertahan badan.

5. Nasihatkan pesakit tidak menyapu sebarang ubatan atau ointmen pada luka

pembedahan untuk mengelak risiko infeksi.

6. Nasihatkan pesakit menjaga kebersihan diri terutama pada luka

pembedahan dengan elak kekotoran pada luka. Beritahu juga pesakit elak

kelembapan pada luka kerana kelembapan adalah medium pembiakan

19

Page 20: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

mikrorganisma. Keringkan kawasan luka pembedahan dengan kain yang

bersih jika basah untuk elak infeksi.

7. Beritahu pesakit tentang kepentingan ubat antibiotik iaitu T. Ceforoxine

250mg BD yang dibekalkan oleh doktor perlu dihabiskan dan diambil

mengikut dos dan masa seperti yang telah ditetapkan untuk membunuh

mikrorganisma dan mengurangkan risiko infeksi. Pengambilan ubat antibiotik

yang tidak mengikut dos dan masa boleh menyebabkan mikrorganisma

resistant terhadap ubatan.

20

Page 21: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

RUMUSAN

En. A yang didiagnoskan mengalami Indirect Inguinal Hernia dimasukkan ke

wad pada 27/9/2009 untuk menjalani Herniorrhaphy kerana mengalami swelling

dan sakit pada bahagian Right Inguinal Region apabila melakukan aktiviti berat.

Persediaan pre op telah dilakukan seperti consent telah ditandatangani oleh

doktor dan pesakit. Herniorrhaphy telah berjaya dilakukan pada keesokan hari

kemasukkan beliau ke wad. Selepas pembedahan En. A tidak mengalami

sebarang komplikasi seperti pendarahan dalaman atau infeksi di luka

pembedahan. Setelah pemeriksaan dilakukan, En. A dibenarkan discharge pada

hari kedua post op dan datang semula pada 15/11/2009 untuk rawatan susulan

di klinik pakar (SOPD).

21

Page 22: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

BIBLIOGRAPHY

Le Mone, P. and Burke, K. Medical-Surgikal Nursing KritikalThinking In Client

Care, Fourth Edition, Prentice Hall,UK.

Joan, A. and Mike, W. Watson’s Medical-Surgical and Related Physiology,

Fourth Edition, Baillieve Tindall, London.

Donna, D and Marilyn, V Medical-Surgical Nursing A Nursing Process

Approach, Ingatvicius Bayne, W.B Sounders Company, Harcourt Brace

Jovanorich, Inc.

Margaret, H. and Jane, C. Alexander’s Care Of The Patient In Surgery, 11

Edition, Mosby.

http://www.wrongdiagnosis.com/i/inguinal_hernia/stats.htm

http://www.springerlink.com/content/j8024v23574208t4/

22

Page 23: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 (statistik Inguinal Hernia)

Statistics for Inguinal hernia were for men and female in England 2002-

2003:

(Hospital Episode Statistics, Department of Health, England, 2002-03)

92% of hospital consultant episodes for inguinal hernia were for men in

England 2002-03

8% of hospital consultant episodes for inguinal hernia were for women in

England 2002-03

23

Page 24: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Hospitalization statistics in Australia 2001-2002 for public hospitals

occurred in males:

(Australian Hospital Data, AIHW, Australia, 2001-02)

4% (1,540) of hospital episodes for inguinal hernia in public hospitals

occurred in males under 1 year old

3.2% (1,255) of hospital episodes for inguinal hernia in public hospitals

occurred in males aged 1 to 4 years.

2.9% (1,142) of hospital episodes for inguinal hernia in public hospitals

occurred in males aged 5 to 14 years

24

Page 25: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

4.54% (1,766) of hospital episodes for inguinal hernia in public hospitals

occurred in males aged 15 to 24 years

7.5% (2,900) of hospital episodes for inguinal hernia in public hospitals

occurred in males aged 25 to 34 years

11.6% (4,513) of hospital episodes for inguinal hernia in public hospitals

occurred in males aged 35 to 44 years

17% (6,578) of hospital episodes for inguinal hernia in public hospitals

occurred in males aged 45 to 54 years

18.3% (7,114) of hospital episodes for inguinal hernia in public hospitals

occurred in males aged 55 to 64 years

17.3% (6,729) of hospital episodes for inguinal hernia in public hospitals

occurred in males aged 65 to 74 years

12% (4,551) of hospital episodes for inguinal hernia in public hospitals

occurred in males aged 75 to 84 years

2.16% (841) of hospital episodes for inguinal hernia in public hospitals

occurred in males aged over 85

25

Page 26: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

LAMPIRAN 2 (jenis-jenis pembedahan Hernia)

Jenis-jenis pembedahan Hernia:

a) Herniatomy:

Ia satu sac dibuka dan kandungan dimasukan semula semula ke

dalam abdomen. Sac dipotong atau dibuang.

b) Herniorrhaphy:

Ia adalah satu pembuangan sac Hernia dan membaiki dinding

abdomen yang lemah. Sac dipotong, ditolak kandungan ke kaviti

abdomen, neck of the sac dipotong. Dinding abdomen yang lemah

diperbaiki dengan menjahit otot dsn lspidsn (fascia) di atas dan

sekeliling pembukaan tersebut.

c) Hernioplasty:

Ia dilakukan apabila dinding otot dan fascia yang tidak berapa kuat

ianya dikukuhkan dengan suture syntetic.

26

Page 27: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

LAMPIRAN 3 (Tanda vital)

Tarikh Tekanan

darah

Nadi Pernafasan Suhu

27/9/2009

Date of

admitted

130/70

mmHg

77/min 20/min 37°C

28/9/2009

(Operation

day)

130/72

mmHg

60/min 20/min 37°C

29/9/2009

(D1 post Op)

131/60m

mmHg

64/min 20/min 37.9°C

30/9/2009

Date of Discaj

136/70

mmHg

70/min 20/min 37°C

Catatan

(normal)

110/60 –

140/90 mmHg

60 - 90/min 18 – 20/min 37°C – 37. 3°C

Catatan:

Tanda vital pesakit dalam keadaan stabil. Tiada pyrexia kecuali pada day 1 Post

Op, suhu badan pesakit adalah 37.9°C. Suhu badan meningkat melebihi suhu

27

Page 28: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

normal (37°C) disebabkan oleh gangguan fungsi tubuh berkait pembedahan

dijalankan. Tindakan kejururawatan telah dijalankan.

LAMPIRAN 4 (Penyiasatan)

PENYIASATAN KEATAS PESAKIT

1.Ujian makmal

Ujian Keputusan Range normal Catatan

Hemoglobin 12.3 g/dl 12.0-15.0 g/dl Normal.

TWDC 8.O5 x 103 /uL 4.00-10.00 x 103 /uL Normal.

pH 3.55 7.350-7.450 Acidosis

Platelet 219 x 103 /uL 150-410 x 103 /uL Normal.

Na+ 135 mEq/L 135-145 mEq/L Normal.

K+ 3.7 mEq/L 3.5-5.0 mEq/L Normal.

Cl- 103 mEq/L 95-105 mEq/L Normal.

Red Blood Cell

(RBC)

4.20 x 106 /uL 3.80-4.80 x 106 /uL Normal.

2. Lain-lain

Chest Xray Untuk menilai keadaan paru-paru dan mengesan jika

terdapat sebarang keabnormalan yang boleh

menyebabkan komplikasi semasa operation.

Electrocardiogram Untuk menilai fungsi jantung dan mengesan keabnormalan

28

Page 29: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

(ECG) seperti sinus bradycardia sebelum operation.

LAMPIRAN 5 (Pengiraan IV Drip & Regime infusi intravena)

IVD 5 pint/ 24 jam:

Isipadu (mls) x jumlah pint x faktor titisan (20)

Masa x 60

= Drop/ min

= 500mls x 5 x 20

24 x 60

= 500000 mls

1440

= 34.72 drop/min

= 35 drop/min

27/9/2009

IVD 5 pint/ 24 jam. 3 pint Normal Saline, 2 pint Dextrose Saline (35 drop/min):

1 pint Normal Saline – 7 pagi – 12 tengahari

29

Page 30: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

1 pint Dextrose Saline -12 tengahari – 5 petang

1 pint Normal Saline – 5 petang – 10 malam

1 pint Dextrose Saline - 10 malam – 3 pagi

1 pint Normal Saline – 3 pagi – 7 pagi

28/9/2009

IVD 3 pint Normal Saline/ 24 jam

Isipadu (mls) x jumlah pint x faktor titisan (20)

Masa x 60

= Drop/ min

= 500mls x 3 x 20

24 x 60

= 30000 mls

1440

= 20.83 drop/min

= 21 drop/min

IVD 3 pint Normal Saline = 21drop/min)

30

Page 31: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

LAMPIRAN 6 (medication)

Nama & dos Kumpulan Tujuan catatan

T. Cefuroxime

250mg BD x 5/7

Antibiotic Pemberi kepada pesakit

yang pernah menjalani

renal impairment.

Galakkan pengambilan

ubatan bersama makanan

untuk menggalakkan

penyerapan ubatan

Cap. Tramal

50mg TDS

Analgesic Mengurangkan rasa sakit

untuk mild atau moderated

pain.

Indikasi: diberi untuk post

operationI pain dan chronic

canser pai

IV Cefoperazone

1mg BD

Antibiotic Bertindak untuk melawan

gram-negative organisms

Pengambilan ubatan mesti

mengikut dos, masa seperti

yang ditetapkan untuk

mengelak organism

resistant terhadap ubatan

IV pethidine

50mg QID

Analgesic Untuk mengurangkan rasa

sakit

Diberi tidak melebihi 12 jam

untuk mengelak ketagihan.

IV. Midazolam Benzodiazepines

(Sedative )

Mengurangkan axiety dan

meransang sedation

Monitor respiratory

depression, hypotension

and drowsiness

31

Page 32: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

LAMPIRAN 7 (Penjagaan pre operative dan post operative)

Persediaan Pre Operative:

1. Semak consent yang telah dilengkapkan oleh doktor dan ditandatangani oleh

pesakit selepas penerangan yang jelas diberi sebagai Medical Legal.

2. Nil By Mouth (NBM)

Arahkan pesakit berpuasa 6 jam sebelum hari pembedahan bermula jam

12 tengah malam bagi mengosongkan gaster dan mengelak terjadi

Aspiration Pneumonia. Beri Ravin Enema untuk mengosongkan rektum

untuk mengelak infeksi semasa pembedahan.

Bantu doktor dalam pemasangan infusi intravena 3 pint Normal Saline dan

2 pint Dextrose Saline untuk mengekalkan keseimbangan cecair dan

elektrolite bagi mengelak pesakit dehidrasi disebabkan pesakit berpuasa

dan untuk pemberian ubatan.

1. Lakukan penilaian keatas pesakit:

Monitor tanda vital terutama nadi, suhu dan tekanan darah setiap 4 jam

sekali. Jika tekanan darah tinggi pembedahan tidak dapat dilakukan untuk

mengelak komplikasi.

Timbang berat badan pesakit untuk pemberian anesthesia.

32

Page 33: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

2. Lakukan penyelidikan:

Blood Uria Serum Electrolyte (BUSE) untuk mengesan keseimbangan

cecair dan elektrolit.

Group Cross Match (GXM) untuk transfudi darah jika berlaku pendarahan

yang teruk atau renjatan.

3. Arahkan pesakit mengosongkan bladder untuk mengelak kecederaan pada

bladder dari terpotong. Masukkan kateter atas arahan doktor dengan

mengekalkan teknik aseptik untuk mengosongkan bladder.

4. Beri sokongan emosi untuk tingkatkan keyakinan pesakit :

Perkukuhkan penerangan yang telah diterangkan oleh doktor tentang

pembedahan yang akan dijalani oleh pesakit iaitu untuk membuang

sarung dan membaiki dinding abdomen yang lemah.

Benarkan pesakit meluahkan perasaannya dan dengar aduannya dengan

menjadi pendengar yang baik. Jawab soalan yang ditanya dengan jelas

dan terang supaya pesakit faham dan yakin.

1. Persediaan routine:

Sediakan consent dan pastikan pesakit telah ditandatangani

Persedian pesakit untuk lawatan dari anaesthetist untuk ases pesakit dan

pra medication.

33

Page 34: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Checklist telah dilengkapkan. Tanggalkan barang–barang kemas, gigi

palsu dan pesakit dipakaikan gown O.T dan cap.

Penjagaan pesakit dengan post operative

1. Posisi

Letakkan pesakit dalam posisi supine (tanpa bantal) dengan dengan

kepala di sisi untuk memudahkan pengaliran sekresi dan mengelak lidah

dari terbalik dan menutupi saluran pernafasan.

Propped up selepas 4 jam pembedahan untuk bagi mengalakkan

pengaliran darah dan mengelak venous return.

2. Pemerhatian

Monitor tanda-tanda vital seperti tekanan darah, nadi, dan suhu 15 minit

pada jam pertama, diikuti 30 minit, 2jam pada peringkat acute dan 4 jam

sekali bila pesakit semakin stabil untuk mengesan sebaranf renjatan.

Lakukan pemerhatian pada luka pembedahan samada terdapat

pendarahan dan perhatikan discaj dari pembebat luka untuk perawatan

selanjutnya. Tanda corak pendarahan dengan menggunakan pen pada

pembebat luka sebagai penilaian untuk mengesan pendarahan samada

semakin teruk.

Lakukan pemerhatian pada kesakitan yang ditunjukkan oleh pesakit

melalui memek muka dan pain score. Beri analgesik atas arahan doctor

jika perlu, IV pethedine 50mg untuk mengurangkan kesakitan.

3. Nutrisi

34

Page 35: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Teruskan pesakit berpuasa selama 6 jam atau sehingga pesakit passing

flatus bagi mengelak pesakit muntah disebabkan dibawah kesan bius.

Mulakan pesakit mengambil clear fluid diikuti dengan nourishing fluid. Jika

pesakit muntah arahkan pesakit teruskan berpuasa. Jika tiada masalah

teruskan dengan mengambil soft diet seperti moi untuk membantu dalam

penghadaman. Seterusnya akan diberi makanan yang seimbang dan

tinggi vitamin untuk membantu dalam penyembuhan luka.

Teruskan pemasangan infusi intravena untuk mengekalkan keseimbagan

fluid and electrolyte.

4. Penjagaan luka

Lakukan pemeriksaan luka dari pendarahan,discaj dari segi warna,amaun

dan bau.

Perhatikan tanda-tanda infeksi seperti kemerahan, bengkak, discaj dan

bau. Pastikan luka sentiasa kering dan jangan menyentuh luka dengan

tangan kotor untuk mengelak infeksi.

35

Page 36: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

36

Page 37: Case Study - Inguinal Hernia (Angin Pasang)

37