cabaran

Upload: tenwu-azhar-ii

Post on 05-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cabaran 1 malaysia

TRANSCRIPT

CABARAN-CABARAN K E ATAS PERPADU AN SELEPAS K EMERDEKAAN 3.1 Kemuncak mani festasi masa lah perpaduan kau m di Mala ysia dalam Peristiw a 13 Mei 1 969 Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 di mana di dalam pilihanraya itu banyak isu sensitif telah dibangkitkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan melayu. Dalam pilihanraya itu, parti perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam dewan rakyat manakala parti gerakan dan DAP yang berjaya mendapat 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Keadaan ini memberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadapa penghinaan itu. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 mei 1969 itu. 3.2 Faktor -faktor yang mempengaru hi p eristiw a 13 Mei 1969. Hasil dari kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan faktor-faktor berikut: i) Pemisa han tempat ting gal d an tumpuan ekono mi Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. 3 ii) Sist em p endi di kan y an g b eras ing an . Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud 4 aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenakan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan. iii) Perbeza an a gama dan k ebudayaan . Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969. iv) Masalah ekonomi. Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran. v) Persat uan- persatuan Etnik. Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti politik 4 berbentuk perkauman seringkali mengekspoitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga mewujudkan rasa tidak puas hati yang ketara antara kaum. vi) Pendudukan Jepun Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jepun telah memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang melayu berbanding orang cina kerana Jepun masih dipengaruhi sentimen peperangan dengan cina pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Orang melayu dilantik menjadi askar dan polis tetapi orang cina diketepikan. Ketika itu ramai orang cina menyertai MPAJA (Malaysian people anti jappanese army) atau bintang tiga. Keadaan bertambah buruk kerana ramai tentera jepun yang menyerang MPAJ terdiri dari akar melayu dan ini mewujudkan persengketaan antara orang melayu dan cina. Walaupun MPAJ telah ditewaskan setelah British kembali, namun sentimen perkauman ini masih kuat. vii) Memban gkitk an soa l s ensiti f pada Pilih anr aya umum 1969. Parti politik telah memainkan isu-isu sensitif seperti kedudukan istimewa orang melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi di dalam kempem pilihanraya. Setelah parti gerakan dan DAP berjaya menafikan majoriti 2/3 parti perikatan, parti tersebut telah berarak sambil membangkitkan soal-soal sensitif seperti ketuanan melayu. Keadaan bertambah buruk apabila orang melayu di bawah anjuran UMNO bertindakbalas menangkis penghinaan itu dan keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan episod berdarah 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan nyawa dan harta benda yang banyak.