buletin khas sejarah k3 2016

26
BULETIN KHAS SEJARAH 2016 TEAM CIKGU SEJARAH JPN KEDAH BIL 2/2016 EDARAN PERCUMA KUPASAN ISU DASAR LUAR MALAYSIA MATLAMAT DASAR LUAR MALAYSIA Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa. Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia. BENTUK HUBUNGAN LUAR MALAYSIA Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu, contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan negra ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). FAKTOR-FAKTOR / ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR NEGARA Faktor Sejarah Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu dalam bentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu seperti dengan Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britian dan negara Komenwel lain seperti Australia dan New

Upload: isharsmiaa

Post on 07-Jan-2017

1.664 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Khas Sejarah K3 2016

BULETIN KHAS SEJARAH 2016 TEAM CIKGU SEJARAH JPN KEDAH BIL 2/2016 EDARAN PERCUMA

KUPASAN ISU DASAR LUAR MALAYSIA

MATLAMAT DASAR LUAR MALAYSIA

Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Matlamat

dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.

Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan

ekonomi. Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk mengekalkan

kerjasama di peringkat antarabangsa. Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global

yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia.

BENTUK HUBUNGAN LUAR MALAYSIA

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral

dan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu,

contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu hubungan luar

juga diadakan dengan negra ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti

Britian dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk

kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel,

Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

FAKTOR-FAKTOR / ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR NEGARA

Faktor Sejarah

Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China,

Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu dalam bentuk hubungan perdagangan. Pada

masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu seperti dengan Indonesia, Brunei,

Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan

meneruskan hubungan diplomatik dengan Britian dan negara Komenwel lain seperti Australia dan New

Page 2: Buletin Khas Sejarah K3 2016

2 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti

Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini

mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama,

Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.

Faktor Ekonomi

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan menjalin hubungan baik dengan

negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajah British lagi

Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin

hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat.

Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-

negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini

diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang

tahun1980-an, melalui Dasar Pandang Ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di

Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan

negara-negera sedang membangun dan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan

keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.

Faktor politik

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia

berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.

Dasar luar Malaysia juga menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya dasar

Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga

berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi

memelihara keamanan dunia. Oleh itu Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi

yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

Faktor Geografi

Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan negara

seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-

kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan

meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.

Page 3: Buletin Khas Sejarah K3 2016

3 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Faktor Demografi

Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar

dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik

dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan menceroboh dan menindas peribumi Palestin.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diberikan kebebasan sepenuhnya untuk

mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited

terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di

Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara

berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh

itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

PERKEMBANGAN / PERUBAHAN DASAR LUAR MALAYSIA – BUKTI DASAR LUAR

MALAYSIA TIDAK STATIK TETAPI BERSIFAT DINAMIK

(i) Tahap Pertama / Dasar Pro-Barat / Tunku Abdul Rahman

Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta

dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku

Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Faktor politik merujuk pada ancaman komunis

di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia

memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New

Zealand. Bagi menyekat perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian

Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956.

Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh

mana-mana negara.

Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini

disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti

konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan

keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara

jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina,

MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967

bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Page 4: Buletin Khas Sejarah K3 2016

4 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga

kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling

yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Kedua, Malaysia masih

memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan

sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Ketiga, pelabur Britain masih menguasai

peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian. Bagi

mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian

perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi

mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru.

(ii) Tahap Kedua / Dasar Berkecuali / Tun Abdul Razak (1972-1976) & Tun Hussein Onn (1976-1981)

Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-

baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh

AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan

yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.

Bagi mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti

mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota

negara ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis

seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. Malaysia turut mengadakan

hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat

diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

(iii) Tahap Ketiga / Dasar Kepentingan Ekonomi / Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)

Tahap ini masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada

kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama

dalam kalangan negara membangun. Bagi mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah mengadakan

hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan

Kampuchea.

Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan

Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan

rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara,

kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.

Page 5: Buletin Khas Sejarah K3 2016

5 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi

lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika

Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap misi lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan

turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah

pihak.

DASAR LUAR MALAYSIA ERA TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

Dasar luar Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2003-2009 disifatkan

telah melalui proses evolusi yang dinamik. Beliau meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era

Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan mengkonsolidasi dasar luar sedia ada. Di

bawah kepimpinan beliau, inisiatif dasar luar negara terus diperhalusi untuk memperlihatkan:

Respons pragmatik dalam menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi semasa pandangan Malaysia

disampaikan dengan lebih jelas.

Keteguhan sebagai lanjutan dinamik kepada dasar sedia ada.

Peranan kepimpinan yang berpengaruh sebagai Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali

(NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan ASEAN; dan Malaysia sebagai contoh terkemuka

sebuah negara Islam yang bertoleransi dan progresif – Islam Hadhari

Oleh itu, perkembangan dasar luar negara di bawah kepimpinan perdana menteri yang silih berganti ini

menunjukkan tindak balas pragmatik terhadap perubahan geopolitik dan ekonomi pada tempoh tersebut.

Untuk terus relevan dengan keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh statik. Walaupun perubahan

dalam keutamaan menjadi ciri asas bagi dasar luar negara Malaysia, namun kesinambungan juga jelas

kelihatan. Perubahan dan kesinambungan ini memperlihatkan tahap keyakinan dan kematangan negara

yang lebih tinggi dalam mengendalikan hubungan antarabangsanya. Malah, kepimpinan Malaysia turut

diiktiraf dalam pelbagai isu yang menarik minat negara membangun.

DASAR LUAR MALAYSIA ERA DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pada 3 April

2009 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dalam era pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri,

beliau telah mengorak langkah ke hadapan dengan menekankan kepada dasar luar yang lebih proaktif dan

dinamik berbanding era Tun Abdullah.

Page 6: Buletin Khas Sejarah K3 2016

6 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Beliau meneruskan dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap,

dinamik dan mudah pulih. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau, terutama dengan ASEAN, OIC,

NAM dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga menekankan peri penting dalam menjalinkan hubungan

dua hala (diplomasi dua hala) dengan Negara-negara yang merupakan negara ‘trading partner’ dengan

Malaysia, terutamanya dalam bidang ekonomi, seperti China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan

sebagainya. Diplomasi dua hala dikatakan lebih efektif dan telus kerana ianya hanya melibatkan dua

negara dalam membincangkan isu-isu yang ada kena mengena di antara kedua-dua negara tersebut. Di

samping itu, ia juga dikatakan lebih efektif kerana kurangnya kerenah atau halangan yang boleh

membantutkan usaha-usaha ke arah persepakatan dan kerjasama antara dua buah negara yang terlibat.

Namun demikian, walaupun wujudnya perubahan pemimpin dan pendekatan dalam dasar luar

Malaysia tetapi objektif dan matlamat negara tetap sama iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

yang maju dari segi ekonomi, stabil dari segi politik, dihormati oleh semua masyarakat dunia dan

mampu memberikan sumbangan di arena antarabangsa. Bagi mencapai hasrat ini, Malaysia harus

mempunyai dasar luar yang bukan sahaja dinamik, tetapi juga berupaya mengubah corak dan oreintasinya,

selaras dengan maklum balas yang diterima oleh kerajaan dan setimpal dengan tuntutan semasa. Dengan

pendekatan ini diharapkan Malaysia akan terus mengorak langkah menuju ke arah sebuah negara maju

menjelang tahun 2020.

MANFAAT / FAEDAH YANG MALAYSIA PEROLEH HASIL POLISI DASAR LUAR

MALAYSIA - KEPENTINGAN DASAR LUAR

Manfaat yang diperolehi Malaysia melalui penggubalan dasar luar negara sehingga kini ialah dalam

aspek politik, ekonomi dan sosial. Dalam aspek politik, wujudnya kestabilan serantau. Hal ini kerana

melalui ASEAN, hasil daripada Deklarasi Kuala Lumpur. Malaysia telah mencadangkan supaya negara-

negara ASEAN diisytiharkan sebagai Zon Aman Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN). Dengan adanya

perisyitharan tersebut rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni serta dapat

menjamin kestabilan politik di negara ini. Secara tidak langsung kedaulatan negara kita dapat dikekalkan.

Di samping itu negara kita bebas daripada ancaman senjata nuklear apabila ASEAN

mengisytiharkan rantau ini sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear (SEAWFZ) yang tidak membenarkan mana-

mana kapalmenggunakan perairan rantau ini untuk membawa senjata nukleardengan ini rakyat Malaysia

bebas daripda ancaman senjata nuklear.

Seterusnya, hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah memudahkan kita untuk

mendapatkan bantuan jika negara diceroboh atau dilanda bencana contohnya peristiwa tsunami yang

melanda Asia pada tahun 2004. Contohnya Jepun, China dan Britain Oleh hal yang demikian, negara- negara

Page 7: Buletin Khas Sejarah K3 2016

7 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

di dunia akan menghulurkan bantuan kepada Malaysia kerana wujudnya hubungan baik yang sedia terjalin

dengan mereka.

Selain itu, hubungan baik dan erat dengan negara serantau juga dapat meningkat dan memakmurkan

ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) antara negara

ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka

meningkatkan piawaian produk dan perkhidmatan. AFTA juga memberi faedah dari segi perdagangan dan

pasaran bagi membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat. Dengan demikian rakyat

Malaysia juga dapat membeli barangan yang berkualiti dari negara ASEAN. Disamping itu dengan

Penubuhan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) berdasarkan konsep dan idea ASEAN + 3

melibatkan negara Cina, Jepun dan Korea Selatan yang dikemukakan Malaysia telah meluaskan lagi

kerjasama ekonomi bagi rantau Asia dan Asia Tenggara.

Seterusnya Malaysia turut diiktiraf diperingkat antarabangsa dalam misi pengaman di bawah PBB

contohnya penghantaran pasukan pengaman ke Namibia, pasukan pemerhati ke Somalia (MALBATT) dan

ke Lubnan (UNIFIL).

Sementara itu dalam bidang sosial juga hasil daripada hubungan serantau yang dijalinkan Malaysia

maka wujudnya kerjasama kebudayaan dan kesenian dengan penubuhan tabung kesenian ASEAN dan

pertukaran rancangan televisyen antara negara-negara ASEAN seperti rancangan Salam Muhibbah RTM-

RTB, dan RTM-RRI. Malaysia juga mendapat faedah dari segi pelancongan dengan melancarkan Tahun

Melawat Malaysia buat kali pertama pada tahun 1992 dan akan diteruskan pada tahun hadapan untuk kali

keempat dalam usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita.

Selain itu wujud kerjasama dalam bidang sukan. Negara kita telah berjaya mengambil bahagian

dalam kejohanan SUKAN SEA dan pernah menjadi tuan rumah untuk kejohanan tersebut. Malah Malaysia

juga turut mengambil bahagian dalam kejohanan sukan Olimpik yang diadakan di Rio baru-baru ini serta

berjaya membawa pulang 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Kejayaan cemerlang tersebut secara tidak

langsung dapat menjulang nama Malaysia di arena antarabangsa.

Faedah seterusnya ialah dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita hasil daripada

wujudnya kerjasama dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN

(SEAMEO). Hasil daripada kerjasama tersebut pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik

(RECSAM) telah diadakan di Pulau Pinang. Penubuhan itu telah memberi banyak manfaat kepada rakyat

negara ini terutama dalam bidang R & D.

Page 8: Buletin Khas Sejarah K3 2016

8 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan bergiat secara aktif seperti dalam

Komanwel, PBB, NAM, Kumpulan Selatan-Selatan dan Pertubuhan Persidangan Islam OIC.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah mesyuarat Ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) pada

tahun 1989 di mana Deklarasi Langkawi yang berkaitan isu pencemaran alam sekitar telah diisytiharkan. Isu

ini berkaitan tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengatasi masalah pencemaran. Malaysia

juga pernah menjadi tuan rumah sukan Komanwel pada tahun 1998.

Malaysia memainkan peranan yang aktif di peringkat PBB dengan menghantar pasukan pengaman

ke Congo/ Zaire, Namibia dan Bosnia. Kita juga menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran/ Iraq,

Kampuchea, Timor Leste, Lubnan dan lain-lain. Contoh MALBAT bertugas dengan UNPROFOR mengawasi

genjatan senjata dan perlucutan senjata di Bosnia dan Lubnan.

Malaysia juga berpendirian tegas mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestine dengan

menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestine di Kuala Lumpur. Malaysia telah

menyarankan Benua Antartika dijadikan warisan dunia.

Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang Dipertua Persidangan Anti Dadah di Vienna, Austria

pada tahun 1987. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail dilantik menjadi Pengerusi Perhimpunan

Agung PBB dan wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik di Myanmar.

Pada Oktober 2015 di Perhimpunan Agung PBB, Perdana Menteri Dato Seri Najib telah menyatakan

kesediaan Malaysia menerima 3000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun dalam usaha menyelesaikan

isu pelarian perang Syria. Hal ini direalisasikan secara berperingkat-peringkat mulai Mei 2016. Kerajaan

Malaysia juga telah mencadangkan PBB menganjurkan persidangan antarabangsa untuk mengkaji punca

munculnya kumpulan pengganas pada abad ke 21.

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pernah menjadi Setiausaha Agung pertama OIC dan penubuhan

OIC sendiri merupakan idea beliau. Penubuhan UIAM di Kuala Lumpur telah menyediakan peluang

pendidikan kepada negara-negara anggota. Di samping itu Malaysia pernah mengesyorkan penggunaan

dinar emas dalam kalangan negara untuk urusan perdagangan dan ekonomi yang lain. Malaysia turut

berperanan negara-negara anggota dalam bidang kewangan melalui Bank Pembangunan Islam.

Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) sebanyak 11 kali membuktikan

komitmen Malaysia dalam meningkatkan perdagangan produk-produk halal ke seluruh dunia.

Page 9: Buletin Khas Sejarah K3 2016

9 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Penubuhan Negara-negara Selatan merupakan idea Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad semasa

Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe. Kumpulan 15 (G15) telah ditubuhkan dan mewujudkan Pusat

Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan SITTDEC iaitu kerjasama dalam bidang

sains dan teknologi dalam kalangan negara anggota.

PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN PERINGKAT

ANTARABANGSA - *** ISI SAMA SEPERTI SUMBANGAN

Antara peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa ialah membantu menyelesaikan konflik

antarabangsa. Contohnya sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih menyertai pasukan pengaman di bawah

panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo dan pada tahun 1990 an, Malaysia juga telah

menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pengaman ke

Bosnia. Selain itu, Malaysia juga lantang bersuara di PBB dalam menentang dasar apartheid di Afrika

Selatan dan menyarankan Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik

bersama.

Seterusnya, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam memelihara keamanan dan

kedaulatan dunia melalui penganjuran persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara

Islam melalui OIC pada tahun 2002. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan

usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin

di Kuala Lumpur.

Berikutnya, peranan Malaysia dalam bidang sosial dapat dilihat dari aspek pendidikan. Malaysia

telah bekerjasama dengan negara-negara Komanwel dengan menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa

dalam bidang pendidikan melalui Rancangan Colombo. Seterusnya, melalui PBB Malaysia telah

mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan

Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNESCO. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari

negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM). Kerjasama dalam bidang sukan

telah dicapai melalui penganjuran sukan Komanwel yang bertujuan mengeratkan hubungan di kalangan

negara anggota misalnya Malaysia telah menjadi tuan rumah pada tahun 1998. Seterusnya peranan

Malaysia membantu negara-negara lain misalnya, memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang

menghadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan.

Bantuan dalam kewangan juga diberikan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan,

Nigeria dan Chad.

Di samping itu, Malaysia juga telah berkerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB.

Contohnya kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan

Pertanian (FAO). Malaysia juga telah mengadakan kerjasama ekonomi dengan negara anggota Pergerakan

Page 10: Buletin Khas Sejarah K3 2016

10 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Negara-Negara Berkecuali (NAM). Malah, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela

kepentingan negara-negara sedang membangun.

Melalui kerjasama Malaysia dengan Negara-Negara Selatan, dapat mengatasi masalah harga

ekspot bahan – bahan mentah serta meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara

anggota tanpa bergantung kepada negara-negara maju. Contohnya penubuhan Pusat Pertukaran Data

Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur dan penubuhan Sistem

Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP) serta penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme

kewangan pembiayaan perdagangan. Sementara itu, peranan Malaysia dalam OIC ialah Malaysia

mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan

kegiatan ekonomi yang lain.

KBAT

Kaitan faktor perubahan kepimpinan serta politik dan ekonomi global dengan perubahan dasar

luar.

Perubahan dasar luar Malaysia mempunyai kaitan dengan pelbagai faktor antaranya adalah

perubahan kepimpinan negara, politik dan ekonomi global.

Semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri (1957 -1970) ialah dasar pro barat yang

anti komunis. Faktor politik khususnya ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan di

Malaysia oleh Parti Komunis Malaya (PKM) memerlukan bantuan pertahanan daripada negara

Komanwel terutamanya Britain, Australia dan New Zealand. Malaysia menandatangani Perjanjian

Pertahanan Inggeris – Tanah Melayu (AMDA) pada 1956 untuk menyekat perkembangan pengaruh

komunis.

Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel pula disebabkan Konfrantasi dengan

Indonesia (1963 -1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 -1965) dan keluarnya Singapura

daripada Malaysia (1965). Dalam usaha memelihara hubungan dengan negara jiran, Malaysia telah

menandatangani beberapa perjanjian yang membawa kepada penubuhan ASA (1962) dan ASEAN

(1967).

Faktor ekonomi pula, memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga

kepentingan ekonomi negara kerana Malaysia adalah anggota blok sterling yang menjalankan urusan

perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Ketika itu juga Malaysia merupakan pengeluar komoditi

Page 11: Buletin Khas Sejarah K3 2016

11 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

utama getah dan bijih timah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan dari negara Barat termasuk

Britain. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutamanya dalam

bidang perladangan dan perindustrian.

Dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua

negara semasa pentadbiran Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981).

Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur.

Selain itu, perubahan dasar luar juga disebabkan pergolakan yang berlaku di Vietnam melibatkan

Amerika Syarikat dan China. Pengisytiharan konsep ZOPFAN bersama dengan anggota negara ASEAN

yang lain dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi seperti Vietnam Utara dan China

memperkukuhkan lagi dasar luar tahap kedua ini.

Di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003) dasar-dasar tahap kedua

dikekalkan tetapi penekanan diberikan kepada kepentingan ekonomi untuk menyelesaikan isu-isu

perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Dasar

pandang Ke Timur (1982) diperkenalkan dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai

model bagi membangunkan negara. Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan bilateral dengan

negara-negara lain melalui lawatan Perdana Menteri ke negara seperti Afrika, Amerika Selatan,

Carribean dan Pasifik Selatan. Melalui lawatan ini, misi perdagangan turut serta dan perjanjian

perdagangan dua hala ditandatangani yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Malaysia juga terus

menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju dan negara dunia ketiga.

Dasar luar Malaysia di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009) disifatkan

melalui proses evolusi yang dinamik. Beliau meneruskan dasar luar Malaysia era perdana menteri

sebelumnya disamping memperhalusi dan mengkonsolidasi dasar luar sedia ada dasar luar sedia ada.

Dasar luar Malaysia di bawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak (mulai April 2009)

dibentuk untuk memelihara dan mempertahankan kepentingan politik, keselamatan dan ekonomi

serta kepentingan utama yang lain. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau terutama dengan

ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya. Beliau juga menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dua

hala dengan negara-negara yang merupakan `trading partner` (rakan dagang) dengan Malaysia

terutamanya dalam bidang ekonomi seperti China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan

sebagainya.

Page 12: Buletin Khas Sejarah K3 2016

12 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Halatuju dasar luar Malaysia pada masa hadapan.

Halatuju dasar luar Malaysia pada masa hadapan boleh dibahagikan kepada dasar yang akan

menjaga kepentingan negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Dasar luar negara sedia ada perlu

dikaji dan ditambah baik pada masa hadapan.

Dari segi politik dan keselamatan negara, Malaysia perlu meneruskan dasar luar negaranya

dengan mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira blok Barat atau blok

Timur. Malaysia juga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya bagi menjamin

keamanan global. Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia, Malaysia terus komited

menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan

diplomasi. Contohnya, Malaysia akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang diceroboh oleh

Israel. Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara, Malaysia perlu mempertahankan

konsep ZOPFAN yang di persetujui dalam ASEAN. Hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC,

PBB, NAM, perlu dipertahankan demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat.

Dalam bidang ekonomi, Malaysia perlu meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira

kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan

ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan

kepada masyarakat di negara kita. Di samping meneruskan hubungan yang sedia terjalin dengan Jepun

dan Korea Selatan sejak Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan, Malaysia juga perlu memperkasakan

hubungan dua hala dengan kuasa ekonomi dunia seperti China dan Amerika Syarikat. Misi lawatan

pemimpin ke negara-negara berkepentingan perlu dirangka bagi membolehkan misi perdagangan

mengambil peluang yang ada. Hubungan baik dengan negara serantau dan negara membangun lain perlu

diteruskan. Dasar ini akan dapat memastikan ekonomi terus berkembang dan berdaya saing, tambahan

pula Perjanjian TPPA telah ditandatangani oleh Malaysia.

Dalam aspek sosial, Malaysia juga akan meneruskan usaha untuk mengadakan pertukaran

rancangan televisyen, Contoh drama Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood termasuk dari Asia

Barat. Selain itu, usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar akan diteruskan dengan

menganjurkan dan menyertai sukan bertaraf antarabangsa seperti Sukan Sea, Asia, Komanwel serta

Olimpik. Kejayaan Malaysia merangkul pingat emas dan Paralimpik di Rio baru-baru ini telah menaikan

nama Malaysia di mata dunia. Begitu juga kejayaan dalam sukan badminton dan squash. Malaysia juga

turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara, contohnya Malaysia telah menganjurkan

Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang

dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisi negara jiran tersebut di Malaysia.

Selain itu, Malaysia perlu meneruskan usaha membangunkan pendidikan serantau dengan

memperkukuh fungsi RECSAM seperti menyebarkan maklumat pendidikan Sains dan Matematik kepada

Page 13: Buletin Khas Sejarah K3 2016

13 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

negara-negara ASEAN dan menganjurkan kursus inovatif dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Program pertukaran pelajar juga akan diteruskan melibatkan pelajar tempatan dengan universiti luar

negara. Universiti tempatan juga membuka cawangan di luar negara. Contohnya USM yang membuka

cawangannya di India. Usaha-usaha seperti ini perlu diteruskan agar dapat menjamin pembangunan

pendidikan di negara kita semakin mampan.

Pada pandangan anda mengapakah dasar luar Malaysia perlu bersifat dinamik dan tidak statik

Pada pandangan saya, dasar luar Malaysia dilihat tidak statik, kerana pembentukannya merupakan

satu proses yang dinamik dan berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta

keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah.

Dasar luar Malaysia mengambil kira perubahan keadaan politik semasa. Selepas kemerdekaan,

Malaysia menghadapi ancaman komunis. Oleh itu, Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman

mengamalkan dasar pro-Barat yang antikomunis. Ini adalah kerana Malaysia memerlukan bantuan

pertahanan dan ketenteraan daripada negara-negara Komanwel seperti Britain, Australia dan New

Zealand. Dasar ini menyebabkan Malaysia dihormati oleh dunia kerana berperanan membendung

ancaman komunis di rantau Asia Tenggara. Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia berubah

kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini

dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam

yang melibatkan Amerika Syarikat dan China. Perubahan ini bagi memastikan keselamatan dan keamanan

negara terpelihara.

Bagi mencapai matlamat dasar luar Malaysia untuk mewujudkan rantau yang aman, beberapa

usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama

ASEAN dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China,

dan Jerman Timur. Walaupun sebelum ini negara kita mengamalkan polisi antikomunis namun keputusan

menjalinkan hubungan dengan negara China yang mengamalkan ideologi komunis perlu dilakukan bagi

menjaga kepentingan negara serta memanfaatkan peluang ekonomi. Dalam masa yang sama

hubungan dengan negara Barat terus dipertahankan.

Dasar luar negara juga perlu bersifat dinamik bagi menjamin kepentingan ekonomi negara.

Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah. Oleh itu, Malaysia telah menjalin hubungan

baik dengan Britain kerana mengharapkan pasaran daripada negara tersebut. Tambahan pula, pelabur

Britain merupakan pelabur utama dalam sektor perladangan dan perindustrian di Malaysia. Namun,

menyedari Malaysia tidak boleh sentiasa bergantung kepada Britain dan Amerika untuk memajukan

ekonomi negara, Malaysia perlu meluaskan lagi pasaran hasil negara selaras dengan prinsip

Page 14: Buletin Khas Sejarah K3 2016

14 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

mengamalkan pasaran bebas. Bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain, Malaysia perlu

mencari pasaran baharu seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman Barat serta sesama negara

membangun. Dasar luar seperti ini dapat meningkatkan sumber pendapatan negara.

Keputusan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur juga

menunjukkan dasar luar negara bersifat dinamik. Sebelum ini negara kita lebih bersifat pro-Barat.

Perubahan ini penting kerana, kita tidak boleh lagi bergantung kepada bidang pertanian dan perlombongan

sahaja tetapi perlu diperluaskan dalam bidang perindustrian. Dasar Pandang ke Timur telah menjadikan

Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia. Dasar ini juga bertujuan

menggalakkan pelaburan dari negara berkenaan ke Malaysia. Hasilnya sekarang Malaysia telah berjaya

memajukan bidang perindustrian. Kejayaan ini telah membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan

pendapatan perkapita negara. Kejayaan Proton dan Perodua merupakan bukti dasar luar perlu bersifat

dinamik. Hubungan Malaysia-Jepun terus diberi perhatian utama dalam dasar luar Datuk Sri Najib Tun

Razak yang masih meneruskan dasar-dasar yang sedia ada. Ini boleh dilihat berdasarkan perangkaan

statistik yang menunjukkan bahawa Jepun masih merupakan antara negara penyumbang penting kepada

Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia.

Perubahan dasar luar Malaysia yang menekankan kepentingan ekonomi juga telah

mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara membangun. Disamping itu hubungan

multilateral melalui pertubuhan KOMANWEL, Selatan-Selatan serta negara Islam melalui OIC perlu terus

dimantapkan. Hal ini bertujuan meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta mengadakan pelaburan

di negara berkenaan contohnya penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP). Selaras

dengan perubahan tersebut juga, Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika,

Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan, Malaysia telah

menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Hubungan multilateral turut diperluaskan dengan wujudnya kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan

negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea Selatan melalui EAEC dan ASEAN +3. Usaha ini giat

dijalankan semasa pemerintahan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad. Ringkasnya hubungan luar negara

tidak boleh statik iaitu tertumpu kepada negara-negara tertentu sahaja tetapi perlu diperluaskan dari

semasa ke semasa menurut perubahan politik dan ekonomi.

Page 15: Buletin Khas Sejarah K3 2016

15 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Sejauh manakah dasar luar yang telah diambil oleh pemimpin-pemimpin negara mencapai

matlamat yang diharapkan?

Hubungan rapat Malaysia dengan negara Komanwel menyebabkan Malaysia dipilih menjadi tuan

rumah bagi persidangan Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM). Dalam

persidangan tersebut, anggota Komanwel telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi 1989 yang berkaitan

dengan tanggungjawab negara-negara anggota dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.

Deklarasi ini telah berjaya meningkatkan kesedaran semua negara dalam usaha meningkatkan kualiti alam

sekitar.

Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga semasa pimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir lebih memberikan

penekanan kepada kepentingan ekonomi. Penekanan tersebut berkaitan dengan isu perdagangan,

pelaburan dan pembangunan dalam kalangan negara membangun. Oleh itu, Malaysia mengadakan

hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN untuk meningkatkan nilai perdagangan negara

kita. Malaysia juga hendak mengurangkan dominasi kuasa Barat terhadap ekonomi di rantau Asia

Tenggara. Hasilnya, wujud kerjasama melalui Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asia

Economic Caucus (EAEC). EAEC melibatkan kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea tetapi

ditentang oleh negara maju terutama Amerika. Namun, Malaysia bersama-sama negara ASEAN juga

mewujudkan kerjasama ekonomi tidak rasmi antara negara ASEAN dengan negara Timur. Kerjasama ini

diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Akhirnya polisi yang diambil oleh negara telah menjadikan ekonomi

negara berdaya saing dan pelabur luar negara berkeyakinan untuk membuat pelaburan.

Dasar luar yang diamalkan oleh negara kita juga telah berjaya membangunkan bidang pendidikan

di negara kita. Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan

Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberi tumpuan kearah kerjasama dalam semua

bidang yang berkaitan. Hasilnya RECSAM telah dibina di Pulau Pinang. Selain itu, penubuhan Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga merupakan bukti kejayaan dasar luar negara. Kos permulaan

UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.

Dasar luar negara juga berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan

stabil. Negara kita bebas daripada ancaman senjata nuklear apabila ASEAN mengisytiharkan rantau

ini sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear yang tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan

perairan rantau ini untuk membawa senjata nuklear. Dengan ini rakyat Malaysia bebas daripada ancaman

senjata nuklear. Masalah ancaman komunis semasa awal kemerdekaan juga berjaya ditangani hasil

hubungan baik dengan negara KOMANWEL seperti Britain dan Australia.

Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala

penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia satu persidangan antarabangsa telah diadakan

Page 16: Buletin Khas Sejarah K3 2016

16 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

di Vienna. Ketegasan Malaysia dalam isu ini telah dapat membanteras kegiatan menjadikan Malaysia

sebagai lokasi pegedaran dadah di rantau ini.

Dasar Pandang ke Timur juga telah diperkenalkan oleh pemimpin negara, iaitu dengan

menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia. Dasar ini juga

bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima-pakai nilai-nilai yang baik seperti

semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. Hal ini

dapat meningkatkan mutu kerja dan produktiviti barangan dengan lebih efektif.

Dasar luar Malaysia juga, melibatkan hubungan dua hala dengan negara membangun dan negara

Islam. Hal ini bertujuan meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta mengadakan pelaburan di

negara berkenaan. Selaras dengan perubahan tersebut, Malaysia mempertingkatkan hubungan dua

hala dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan,

Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah

pihak.

Hasil hubungan baik dengan China, Malaysia dapat meningkatkan bidang ekonomi negara

dalam sektor perdagangan. Contohnya hubungan dagangan antara Malaysia dan China telah mencecah

$39.06 bilion pada 2008, meningkat sebanyak 10.3 peratus berbanding dengan 2007. Perdagangan dua

hala adalah kurang daripada $100 juta pada 1974 apabila Tun Razak melakukan lawatan bersejarah itu.

China kini menjadi rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dan pasaran eksport keempat terbesar

negara.

Hasil hubungan baik dengan Singapura, Datuk Sri Najib dan Lee Hsein Loong telah bersetuju

untuk mengadakan kerjasama pelaburan di Iskandar Malaysia dan juga mengadakan kerjasama

pelaburan di Singapura dalam memajukan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di negara

tersebut. Ini secara tidak langsung akan memberikan keuntungan kepada kedua-dua negara.

Hubungan Malaysia-Jepun terus diberi perhatian utama dalam dasar luar Najib di mana beliau

masih meneruskan dasar-dasar yang sedia ada. Ini boleh dilihat berdasarkan perangkaan statistik yang

menunjukkan bahawa Jepun masih merupakan antara negara penyumbang penting kepada Pelaburan

Langsung Asing (FDI) di Malaysia. Pada tahun 2009, perdagangan dua hala Malaysia-Jepun sahaja

berjumlah hampir RM109 bilion. Pada tahun tersebut, Malaysia telah mencatatkan surplus perdagangan

dengan Jepun buat pertama kali dalam tempoh hampir 30 tahun.

Page 17: Buletin Khas Sejarah K3 2016

17 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Dasar luar Malaysia turut memberi keutamaan terhadap usaha mengembalikan keamanan sejagat.

Berikan ulasan anda.

Antara usaha Malaysia untuk mengembalikan keamanan sejagat melalui penganjuran persidangan

ketua-ketua negara Asean (ASEAN SUMMIT) yang ke 27 di Kuala Lumpur. Persidangan ini bertujuan

menyelesaikan konflik serantau dan antarabangsa. Malaysia telah berkerjasama dengan negara-negara

ASEAN bagi menguruskan konflik serantau. Malaysia telah memainkan peranan utama dalam usaha

menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, Selatan Filipina. Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao

berakhir dengan termetrinya proses damai antara Bangsamoro dengan kerajaan Filipina pada 27 Mac

2014.

ASEAN berusaha mengekang penyebaran ideologi ekstremisme di rantau ini secara kolektif.

Malaysia berada di kedudukan baik untuk berbuat demikian berdasarkan pengalamannya berkaitan

kempen anti keganasan. Selain itu, negara ASEAN perlukan rangkaian pertukaran risikan yang baik agar

maklumat tepat dan respons segera terhadap sebarang kemungkinan serangan pengganas dapat

dijalankan . Oleh itu, kerjasama yang rapat akan membolehkan ASEAN menjadi rantau yang selamat.

Rondaan bersama pasukan keselamatan Malaysia, Indonesia dan Filipina yang akan dimeterai

merupakan satu lagi langkah mekanikal yang akan mengurangkan kejadian jenayah rentas sempadan di

kawasan Perairan Laut Sulu. Manakala tindakan yang diambil oleh Malaysia dengan penubuhan Kawasan

Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dapat mengurangkan jenayah rentas sempadan.

Sidang Kemuncak Asean di Vientiane, Laos ke-29 diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib

Tun Razak dengan mengadakan dialog ASEAN + China mengenai Kepulauan Spartly. Satu Kod Tata

Perilaku di Laut China Selatan telah disepakati kedua pihak bagi mengurangkan insiden konflik

antarabangsa.

Malaysia mempopularkan konsep Kawasan Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Pemimpin

negara Malaysia berpegang pendirian bahawa ASEAN mesti bebas daripada pertikaian politik kuasa-

kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Rusia dan China.

Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa

ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear (SEAWFZ) . Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan

mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau

senjata nuklear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara-negara ASEAN

terhadap konsep ZOPFAN.

Malaysia sentiasa memperjuangkan agenda Palestin di semua platform antarabangsa dan telah

mencadangkan agar misi pengaman PBB dihantar ke lembah tersebut. Misi pengaman tersebut bagi

Page 18: Buletin Khas Sejarah K3 2016

18 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

membantu memulihkan konflik politik serta memantau persoalan berkaitan hak asasi manusia atau

perlanggaran terhadapnya.

Malaysia telah menjadi perunding damai di antara Hamas dan Fatah di Palestin bagi menubuhkan

sebuah kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah.

Malaysia sudah menyatakan komitmen untuk membantu masalah yang berkaitan dengan pelarian

Syria dan Malaysia telah membuka pintu kepada 3000 pelarian Syria masuk ke negara ini dalam tempoh

tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.

Pemimpin Malaysia sentiasa memberikan komitmen antarabangsa dengan menghantar tentera

pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke negara yang bergolak seperti negara

Timor Leste, Bosnia-Hergegovina dan Lubnan.

Kesimpulannya pendekatan diplomasi yang diamalkan oleh Malaysia telah berjaya menjadikan

negara dan rantau Asia Tenggara berada dalam situasi aman dan stabil. Sehubungan dengan itu Malaysia

telah mengetengahkan pendekatan diplomasi tersebut kepada negara-negara yang sedang bergolak di

peringkat antarabangsa.

Jelaskan kepentingan pelaksanaan dasar luar negara dalam membawa kemajuan ekonomi dan

sosial.

Kepentingan pelaksanaan dasar luar negara dalam membawa kemajuan ekonomi dan sosial ialah

melalui Dasar Pandang Ke Timur, masyarakat disarankan menerima nilai-nilai murni daripada negara

Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan

menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik contohnya prinsip 6S

dan Kaizen untuk diaplikasikan dalam kehidupan serta budaya bekerja seharian. Kesungguhan bekerja

dan menepati masa yang ditetapkan akan membantu peningkatan sektor ekonomi negara melalui

pengurusan kerja yang berkualiti.

Selain itu, hubungan dagang antara Malaysia dengan Jepun akan dapat dipertingkatkan seterusnya

mengurangkan kebergantungan pasaran kepada negara barat khususnya negara Britain. Hubungan ini

membuka ruang untuk berlakunya perpindahan teknologi ke dalam negara terutama dalam sektor

perindustrian. Contohnya pembinaan teknologi dalam industri automobil dan elektronik. Kesannya, akan

wujud industri perkilangan yang akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan. Ini

akan menyebabkan ekonomi negara berkembang pesat.

Seterusnya dasar berbaik-baik dengan negara jiran memberi keuntungan kepada negara melalui

perolehan tenaga kerja sama ada mahir atau separa mahir khususnya dalam sektor pembinaan,

Page 19: Buletin Khas Sejarah K3 2016

19 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

perkilangan dan pertanian. Kesan daripada hubungan baik tersebut, akan mengundang syarikat –syarikat

gergasi dari negara luar untuk membuat pelaburan modal dengan membina kilang-kilang yang seterusnya

akan memajukan sektor perindustrian di Malaysia.

Selain itu, Malaysia mengamalkan pasaran bebas serta menjalin hubungan dagang dengan semua

negara untuk mengekalkan kedudukan ekonomi. Ini membolehkan Malaysia menjalin hubungan dagang

dengan negara luar dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan negara melalui kegiatan

eksport dan import.

Malaysia juga mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara untuk

mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok barat atau komunis. Kesannya wujudlah hubungan

diplomatik dengan negara-negara berfahaman komunis seperti China dan Vietnam. Hasilnya masalah

pelarian Vietnam dapat di atasi dengan kerjasama semua negara lain seperti Amerika Syarikat.

Seterusnya akan mewujudkan keamanan dan kesejahteraan negara serantau.

Malaysia juga menyokong piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta menentang dasar

Aparteid yang diamalkan di negara Afrika Selatan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imej

negara di mata dunia. Penubuhan negara Palestin serta sokongan terhadap saranan Benua Antartika

sebagai warisan dunia diharapkan dapat menyelesaikan pertelingkahan dan konflik antara negara

terbabit. Ini menunjukkan Malaysia berperanan penting dalam usaha mewujudkan keamanan sejagat.

Dasar luar yang diamalkan sejak negara merdeka hingga kini telah berjaya meletakkan nama

Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati. Buktikan.

Malaysia membantu menyelesaikan konflik antarabangsa serta menyertai pasukan pendamai

dibawah PBB contohnya menamatkan perang saudara di Congo. Misi ini berjaya sekaligus meningkatkan

imej Malaysia dan dihormati negara luar.

Seterusnya, Malaysia juga mendesak dan menyokong perjuangan penubuhan negara Palestin

dan mengutuk tindakan pencerobohanrejim Israel ke atas Palestin. Kesungguhan ini dibuktikan dengan

sokongan melalui Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan OIC. Ini menonjolkan keprihatinan

Malaysia terhadap isu kedaulatan negara Palestin.

Dalam hubungan serantau, Malaysia melalui ASEAN telah terlibat secara langsung dalam

menyelesaikan konflik di Myanmar dan juga isu pelarian Rohingya. Malaysia juga membantah tindakan

junta tentera terhadap masyarakat Islam Rohingya. Tindakan ini telah meletakkan Malaysia sebagai

sebuah negara yang dihormati dalam memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia.

Page 20: Buletin Khas Sejarah K3 2016

20 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Malaysia juga lantang membanteras ancaman militan diperingkat antarabangsa. Ini dapat

dibuktikan melalui kesungguhan Malaysia menangani ancaman keganasan yang dicetuskan oleh

kumpulan Daesh, Islamic State (IS) dan Abu Sayyaf. Kesungguhan ini dibuktikan dengan penangkapan

ahli-ahli kumpulan berkenaan. Imej Malaysia dalam membanteras keganasan ini mendapat kejayaan

seterusnya menjadikan negara Malaysia dihormati dan disegani.

Dalam aspek ekonomi, Felda telah diberi peluang dalam sector perladangan dan perhotelan di

peringkat antarabangsa. Kejayaan ini telah meningkatkan ekonomi negara dan menjadi contoh kepada

negara luar dalam pengurusan sektor perladangan dan pembangunan tanah seterusnya menjadikan

Malaysia sebuah negara yang dihormati.

Selain itu, Malaysia juga turut membantah Dasar Apartheid di Afrika Selatan iaitu dasar yang

membezakan taraf penduduk mengikut warna kulit. Dasar ini bertentangan dengan prinsip kemanusiaan

yang dipegang oleh Malaysia. Tindakan Malaysia memulaukan Sukan Komanwel di Afrika Selatan

membuktikan bahawa Malaysia bersungguh-sungguh menentang dasar ini sekaligus pendirian Malaysia

ini dihormati oleh semua pihak. Dasar ini akhirnya dihapuskan oleh pemerintah Afrika Selatan.

Seterusnya, Malaysia juga telah menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia dan

diletakkan dibawah hak milik atau kuasa semua negara. Konsep kebersamaan yang diperjuangkan oleh

Malaysia ini telah mendapat sokongan kebanyakan negara luar menyebabkan Malaysia terus dihormati

diperingkat antarabangsa.

Malaysia juga berusaha memerangi penyalahgunaan dadah di peringkat antarabangsa melalui

usul Malaysia dipersidangan antarabangsa yang diadakan di Vienna, Austria. Pelaksanaan hukuman mati

membuktikan kesungguhan Malaysia dalam menangani gejala ini telah menjadikan Malaysia dihormati

oleh kebanyakkan negara. Contohnya negara Singapura melaksanakan hukuman mati atas kesalahan

pengedaran dadah.

Kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),

Malaysia telah terlibat dalam pencegahan penyakit Aids, penularan wabak ZIKA dan SARS. Kerjasama ini

telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen Malaysia dalam menangani penularan wabak berbahaya

diperingkat antarabangsa.

Malaysia juga terlibat dlm pertubuhan pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-bangsa Bersatu

(UNESCO). Malaysia turut terlibat dalam mengekalkan warisan dunia contonhya pengisytiharan Langkawi

Geopark dan bandar warisan di Pulau Pinang dan Melaka. Ini menunjukkan kesungguhan Malaysia dalam

mengekalkan bangunan bersejarah sebagai warisan dunia.

Pengisytiharan negara-negara ASEAN sebagai zon aman bebas dan berkecuali (ZOPFAN) juga

disokong oleh Malaysia yang mengharapkan rantau ini bebas daripada peglibatan kuasa besar dalam

Page 21: Buletin Khas Sejarah K3 2016

21 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

konflik serantau. Malaysia turut menyokong usaha menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai zon bebas

senjata nuclear. Ini dapat mengekalka keamanan di rantau Asia Tenggara.

Malaysia melalui kerjasama ASEAN telah berjaya menyelesaikan konflik di Kampuchea dengan

Malaysia bertindak sebagai orang tengah membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di

bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Malaysia juga bertindak menyelesaikan isu perjuangan

Bangsamoro di Selatan Filipina. Penglibatan Malaysia telah membantu mewujudkan keamanan di rantau

ini seterusnya meletakkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati.

Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998. Kejohanan sukan ini telah dapat

mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat antara negara terlibat. Kejayaan penganjuran ini telah

membuktikan bahawa Malaysia juga mampu menganjurkan sukan yang bertaraf antarabangsa melalui

penglibatan seluruh lapisan masyarakat.

Malaysia menjadi tuan rumah persidangan CHOGM 1989 dan mengisytiharkan Deklarasi Langkawi

iaitu berkaitan mengawal dan mengatasi masalah alam sekitar. Kesungguhan ini membuktikan Malaysia

sebagai sebuah negara yang mengutamakan kelestarian alam sekitar sejagat.

Pentadbiran Malaysia masakini menggunakan pendekatan Wasatiyyah dalam menyelesaikan

sebarang konflik secara rundingan. Ini dapat dibuktikan dengan penyelesaian masalah melibatkan

rundingan antara negara seperti isu Kepulauan Spartly. Tindakan ini menekankan kesederhanaan global

dalam setiap isu yang menjadikan Malaysia dihormati negara luar.

Jelaskan cabaran dan langkah untuk mengukuhkan hubungan baik negara kita di peringkat

antarabangsa

Cabaran yang dihadapi negara kita Malaysia dalam mengekalkan hubungan dengan negara

jiran ialah masalah persempadanan dengan negara jiran terutamanya dengan Indonesia dan Singapura.

Masalah sempadan dengan Indonesia ialah berkaitan dengan Pulau Ambalat dan Pulau

Sipadan.Manakala dengan Singapura pula berkaitan dengan Pulau Batu Putih dan Pulau Pisang. Dalam

usaha untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut Malaysia telah mengambil beberapa langkah yang

dianggap bersesuaian antaranya ialah mengadakan perundingan peringkat menteri, contohnya

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN. Dalam masyuarat tersebut beberapa isu yang boleh mengggugat

kerjasama akan dibincang dan diselesaikan.

Penyelesaian melalui Mahkamah Antarabangsa juga telah dilakukan terutama berkaitan sempadan yang

bertindih. Contohnya perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura dan Pulau Sipadan

antara Malaysia dengan Indonesia.

Page 22: Buletin Khas Sejarah K3 2016

22 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Masalah lain yang dihadapi oleh Malaysia dengan negara jiran ialah masalah pemerdagangan

manusia, barangan salah seperti senjata api, dadah, mercun, haiwan dan lain-lain lagi. Kebanyakan

barang salah yang masuk ke negara kita adalah dari negara jiran terutama yang bersempadan dengan

negara kita. Dalam menyelesaikan masalah jenayah sempadan kerjasama antara pasukan keselamatan

negara ini dengan negara jiran juga telah diwujudkan contohnya menubuhkan APPM, UPP dan ESCOM.

Kerjasama ini bertujuan untuk mengekang kemasukan barang terlarang seperti sejata api, dadah, mercun.

haiwan dan lain-lain lagi.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin atau PATI juga boleh menjejaskan hubungan kita

dengan negara jiran. Kebanyakan pedatang tanpa izin ini adalah untuk mencari ekonomi di negara kita

terutamanya dari Indonesia, Filipina dan Vietnam.Terdapat juga perlarian politik dari negara jiran terutama

pelarian Rohingya dari Myanmar. Mengenai pelarian Rohingya negara kita telah bekerjasama dengan PBB

iaitu menyediakan tempat untuk pelarian UNHCR dari Rohingya.Kita juga telah menyediakan kemudahan

perubatan, pendidikan, tempat ibadat dan lain lagi kepada pelarian tersebut.

Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh Malaysia tentang isu kebudayaan yang boleh

menjejaskan hubungan baik sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana. Contohnya, isu tuduhan

kononnya Malaysia mengambil tarian pendet dari Pulau Jemur Indonesia untuk tujuan promosi

pelancongan telah membawa sentimen anti-Malaysia oleh segelintir rakyat Indonesia. Situasi ini turut

membimbangkan pelajar Malaysia di Indonesia terhadap ancaman keselamatan mereka. Isu sebegini perlu

atasi secara berhikmah. Contohnya, Menteri Luar Malaysia telah menjelaskan kepada rakan sejawatnya

di Indonesia tentang kedudukan sebenar. Sikap rakyat Malaysia juga yang tenang menangani sentimen

anti-Malaysia itu telah menyelesaikan isu tersebut tanpa menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Pecerobohan ruang angkasa oleh negara jiran terhadap negara kita juga boleh menjejaskan

hubungan baik kita dengan negara jiran. Contohya pencerobohan tentera udara Singapura ke dalam ruang

angkasa kita di Johor. Pencerobohan daratan juga berlaku contohnya, pencerobohan Sulu dari Filipina di

Lahad Datu juga mecabar hubungan kita dengan negara Filipina. Tidak ketinggalan juga pencerobohan

maritim oleh nelayan asing di perairan laut kita menyebabkan hubungan kita dengan negara jiran tergugat

Kebanyakan nelayan asing yang menceroboh perairan kita ialah dari Thailand dan Vietnam. Latihan

ketenteraan bersama antara pasukan tertera Malaysia dengan pasukan tertera negara jiran akan

dapat menjalinkan lagi hubungan baik dengan negara jran. Contohnya, latihan Malindo antara tentera

Malaysia dendan tentera Thailand mengeratkan lagi hubungan kita dengan Thailand.

Selain itu, masalah jenayah yang merentasi sempadan juga menggugat hubungan kita dengan

negara jiran. Contohnya, masalah rompakan dan penyeludupan dadah oleh rakyat negara asing di negara

ini sukar untuk kita mengambil tindakan. Ianya memerlukan tindakan bersama dari negara jiran. Isu

tersebut boleh ditangani melalui kerjasama pasukan keselamatan kedua-dua belah negara melalui

Page 23: Buletin Khas Sejarah K3 2016

23 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

rondaan keselamatan bersama di sepanjang sempadan negara. Selain itu, pasukan keselamatan kedua-

dua negara boleh berkongsi maklumat risikan tentang isu jenayah sempadan ini.

Masalah pembakaran terbuka dan jerebu oleh negara jiran juga mengggugat hubungan kita

dengan negara jiran. Hal ini demikian kerana pembakaran yang berleluasa terutama di Indonesia telah

merebak ke negara kita dan ini mengancam kualiti udara di negara kita. Dalam mengeratkan lagi hubungan

kita dengan negara jiran Malaysia telah menghulur bantuan yang diperlukan oleh negara jiran apabila

berlaku bencana alam. Contohnya, Malaysia telah menghantar pasukan bomba untuk memadam

kebakaran di Indonesia. Malaysia telah menghantar bantuan kemanusiaan ke Indonesia dan Filipina

apabila negara tersebut dilanda banjir dan gempa bumi.

Tuntutan pemisah dari negara jiran juga mendatangkan masalah kepada negara kita. Hal ini

demikian kerana mereka menjadikan negara Malaysia sebagai tempat mencari perlindungan dari tindakan

yang akan diambil oleh pihak berkuasa di negara mereka. Malaysia perlu menjadi perantara dalam

menyelesaikan isu tuntutan pemisah tersebut supaya dapat diselesaikan dengan aman. Contohnya,

Malaysia pernah diminta menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian ini. Hasilnya, puak

pemisah bangsa Moro di Filipina telah berjaya memeterai perjanjian gencatan senjata dengan kerajaan

Filipina.

Isu ujian nuklear Korea Utara yang mengancam keselamatan rantau timur. Malaysia telah

mengecam tindakan ujian nuklear yang dilakukan oleh Korea Utara yang jelas mencabuli resolusi-resolusi

Majlis Keselamatan PBB. Langkah mengatasi isu tersebut perlu diselesaikan melalui kerjasama PBB.

Malaysia bersama-sama masyarakat antarabangsa menyeru Korea Utara mematuhi resolusi Majlis

Keselamatan PBB dan semua pihak yang berkaitan mengawal diri dan tidak mengambil sebarang tindakan

yang boleh memburukkan lagi keadaan di rantau ini.

Kritikan media asing terhadap kepimpinan negara juga telah memberi tanggapan yang buruk

terhadap imej negara. Laporan media asing tersebut boleh menggugat kestabilan ekonomi negara kerana

memberi gambaran negatif dalam kalangan pelabur asing. Isu tersebut perlu diselesaikan melalui

tindakan undang-undang terhadap media luar negara yang terlibat dengan tidak menganggu hubungan

antara negara. Selain itu, penjelasan sebenar bagi menangkis tohmahan tersebut perlu dilakukan oleh

Wisma Putra agar isu tersebut tidak berlarutan.

Page 24: Buletin Khas Sejarah K3 2016

24 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Isu dan cabaran global yang dihadapi oleh negara pada abad ke 21.

Isu dan cabaran dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melibatkan kemasukan

pelaburan menyebabkan berlakunya persaingan dengan pengusaha tempatan seperti bidang automatif

yang selama ini dilindungi oleh kerajaan iaitu perusahaan kereta Proton dan Perodua. Kerajaan tidak boleh

mengenakan cukai import dan kastam kepada kenderaan luar yang berbeza. Selain itu juga proton perlu

menepati standard piawaian antarabangsa bagi membolehkan kenderaan mereka dieksport ke negara

anggota TPPA .

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negara perlu bersaing dengan syarikat besar di peringkat

antarabangsa yang mempunyai modal dan teknologi terkini serta rangkaian pengedaran yang luas di

serata dunia. Jika gagal bersaing maka IKS tempatan terpaksa “gulung tikar”.

Rasa tidak puas hati dalam kalangan negara anggota ASEAN terhadap kemajuan yang dicapai

oleh Malaysia dalam perkembangan ekonomi. Malaysia mempunyai kemampuan modal dan teknologi

serta kepakaran terkini untuk membangunkan ekonomi dalam tempoh masa yang singkat berbanding

dengan negara lain seperti perusahaan kenderaan Proton dan Perodua.

Isu tuntutan bertindih terhadap kepulauan Spratly di Laut China Selatan melibatkan negara

China, Malaysia, Vietnam , Brunei dan Filipina . Selain itu isu Pulau Ambalat dan Pulau Natuna

melibatkan negara Malaysia dan Indonesia . Hal ini menjadi penghalang kepada hubungan dua hala yang

lebih erat antara negara terlibat . Disamping itu tindakan provokasi oleh angkatan bersenjata negara

terbabit boleh menyebabkan kedaulatan negara terancam seperti penahanan nelayan tempatan yang

melalui kawasan tersebut. Selain itu menyebabkan sumber ekonomi tidak dapat dieksploitasi oleh Malaysia

seperti sektor pelancongan , perikanan dan cari gali seperti petroleum. Hal ini mengancam Zon Ekonomi

Eksklusif (ZEE) negara.

Jerebu menjadi isu utama di negara anggota ASEAN saban tahun. Pembakaran secara terbuka di

Indonesia daripada pembersihan hutan untuk pertanian seperti penanaman kelapa sawit menjejaskan

kualiti udara negara-negara ASEAN yang berjiran dengan Indonesia. Kesan dari jerebu menyebakan

sektor penerbangan di Malaysia terpaksa membatalkan penerbangan tempatan dan antarabangsa . Hal

ini menjejaskan sektor pelancongan negara. Selain itu, menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia kerana

indeks kualiti udara (IPU) yang tidak sihat. Hal ini memudahkan jangkitan penyakit bawaan jerebu seperti

selesema dan batuk.

Isu keganasan antarabangsa melibatan militan Daesh dan IS yang melakukan serangan terbuka

terhadap kepentingan negara seperti letupan bom tangan di pusat hiburan Movida di Puchong, Selangor .

Kumpulan ini bergerak aktif di selatan Filipina dan selatan Thailand. Hal ini mengancam keamanan dan

keselamatan negara.

Page 25: Buletin Khas Sejarah K3 2016

25 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

Kesimpulannya pelbagai isu dan cabaran dalam meneruskan kesinambungan dasar luar berjaya di

atasi oleh Malaysia dengan mengamalkan pendekatan diplomasi dan Gerakan Kesederhanaan Global

(GMM) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencakupi hal ehwal

agama, budaya, ekonomi, sosial, politik atau strategik, konsep kesederhanaan akan digunakan sebagai

teras utama.

IKTIBAR

Iktibar yang diperoleh daripada perkembangan dasar luar negara sejak mencapai kemerdekaan

sehingga kini.

Nilai yang saya peroleh daripada kajian ini ialah, Malaysia perlu mewujudkan dasar berbaik-baik

dengan semua negara di dunia agar kestabilan politik sentiasa terpelihara. Melalui hubungan luar ini

Malaysia akan memperoleh bantuan luar sekiranya dilanda musibah contoh bantuan ketenteraan daripada

Britain dan Asutralia ketika Malaysia berhadapan dengan konfrontasi dan ancaman komunis. Dasar luar

Malaysia menunjukkan pendirian yang tegas dalam menanggani isu-isu antarabangsa contoh isu

pencerobohan Palestin, isu penentangan terhadap dasar apartheid oleh rejim Afrika Selatan dan isu

pergolakan politik di Timur Tengah. Prinsip penyelesaian masalah secara rundingan yang diamalkan oleh

pemimpin Malaysia telah berjaya menaikkan imej negara yang bencikan peperangan seperti yang berlaku

di dunia pada masa kini. Keperihatinan pemimpin Negara terhadap masalah global telah meringankan

beban masyarakat dunia yang ditimpa musibah contohnya isu pelarian Syria dan Rohingya. Sebagai rakyat

Malaysia yang cintakan keamanan, kita wajar menyokong usaha pemimpin negara membanteras gerakan

militan yang boleh menggugat keharmonian hidup rakyat negara ini contoh ancaman militan Daesh, IS dan

sebagainya. Kebijaksanaan pemimpin Negara dalam menggubal dasar luar sewajarnya diiktiraf oleh rakyat

Negara ini kerana perubahan dasar luar dari semasa ke semasa ini berjaya meningkatkan ekonomi dan

mengukuhkan kestabilan politik negara ini, ramai pelancong dan pelabur asing menjadikan negara ini

sebagai destinasi kunjungan mereka.

Page 26: Buletin Khas Sejarah K3 2016

26 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6

KESIMPULAN KESELURUHAN ISI YANG TELAH DIBINCANGKAN:

Sebagai kesimpulannya pengetahuan yang saya peroleh daripada kajian ini ialah pemimpin negara

kita telah mengambil langkah yang dinamik dalam strategi penggubalan dasar luar Malaysia bagi

memastikan negara dapat terus bersaing dengannegara lain. Malaysia turut mengamalkan dasar berbaik-

baik dengan semua negara demi kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Prinsip

penyelesaian masalah secara rundingan dalam penggubalan dasar luar Malaysia telah menjadikan negara

kita sentiasa dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Hubungan luar Malaysia telah berjaya meningkatkan

ekonomi negara, hal ini berlaku melalui kemasukan pelaburan asing dalam pelbagai bidang di negara ini.

Nilai murni yang saya peroleh melalui kajian ini ialah seluruh rakyat perlu memupuk semangat

kerjasama dan saling bantu membantu demi keamanan dan kestabilan politik negara. Dasar luar yang

mengutamakan prinsip-prinsip berbaik-baik dengan semua negara telah menjadikan rakyat Malaysia

mudah diterima oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat Malaysia juga perlu menghormati prinsip dan

kedaulatan negara-negara lain demi mengekalkan keharmonian hidup pada masa hadapan.

Rakyat Malaysia perlu menyokong dasar luar Malaysia yang dipersetujui oleh pemimpin negara ini

agar kedaulatan Negara sentiasa terpelihara. Keperihatinan rakyat Malaysia terhadap isu-isu antarabangsa

seperti perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik

Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan telah meningkatkan lagi imej negara di mata dunia.

Rakyat Malaysia juga perlu berganding bahu untuk mempertahankan kedaulatan negara agar dasar luar

Malaysia dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

Harapan saya agar dasar luar Malaysia sentiasa diterima baik oleh negara-negara lain di dunia dan

mendatangkan manfaat kepada rakyat negara ini dalam bidang ekonomi dan sosial. Melalui dasar berbaik-

baik dengan semua negara di dunia, akan menjadikan negara kita terus aman dan berdaulat pada masa

hadapan. Saya juga berharap Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu

antarabangsa melalui rundingan demi keamanan sejagat. Saya juga berharap Malaysia terus menyuarakan

isu keamanan dunia melalui pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),

NAM dan OIC.