buku panduan amalan 5s

36
SMK KOTA KEMUNING

Upload: tripod87

Post on 14-Dec-2015

302 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

5s

TRANSCRIPT

SMK KOTA KEMUNING

PENGENALAN 1DEFINISI 5S 1FAEDAH MELAKSANAKAN 5S 2KUNCI KEJAYAAN 5S 3

HALATUJU AMALAN 5S SMKKK 3POLISI 5S 3OBJEKTIF 5S 3MATLAMAT 5S 3

PENDEKATAN P-D-C-A DALAM AMALAN 5S 4LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AMALAN 5S 5

LANGKAH 1: MEMBENTUK JAWATANKUASA 6PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JK 5S 6-9CARTA ORGANISASI JK PELAKSANA 5S 10-11

LANGKAH 2: MEWUJUDKAN ZON 5S 12LANGKAH 3: MELAKSANAKAN LATIHAN 5S 13

LANGKAH 4: MELANCARKAN AMALAN 5S 13LANGKAH 5: MELASANAKAN AMALAN 5S 13

AMALAN-AMALAN 5S 13SISIH (SEIRI) 13

PANDUAN TAG MERAH 14-15SUSUN (SEITON) 16SAPU (SEISO) 17-19SERAGAM (SEIKETSU) 19SENTIASA AMAL (SHITSUKE) 20

AUDIT DALAMAN 21-23

KANDUNGAN

Page

1

PENGENALAN

WHAT IS 5S?

Developed by the Japanese Housekeeping System Helps Create a Better Working Environment and a Consistently High

Quality Process

Justeru amalan 5S merupakan satu alat pengurusan persekitaran berkualiti bagi meningkatkan produktiviti, inovasi dan kreativiti serta daya saing sesebuah organisasi.

Amalan 5S merupakan teknik yang berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan atau dikenali sebagai KAIZEN dalam bahasa Jepun.

Bagi menjayakannya penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.

DEFINISI

5S adalah satu akronim yang lahir daripada lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Kelima-limaperkataan ini merupakan langkah utama dalam menjalankan aktiviti 5S iaitu:

1 SISIH - SEIRI - SORT

Menyisih dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik. Pada asasnya, kaedah Tag Merah (Red-Tag) digunakan semasa proses menyisihkan barang.

Page

2

2 SUSUN- SEITON- SET IN ORDER

Menyusun barang-barang yang diperlukan secara teratur dan sistematik supaya ianya mudah dilihat, mudah diambil dan mudah dikembalikan ke tempat asalnya selepas digunakan.

3 SAPU- SEISO- SHINE

Membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara berkala dan menyeluruh supayatiada habuk/kekotoran di atas lantai, mesin dan peralatan.

4 SERAGAM- SEIKETSU- STANDARDISE

Mengekalkan tahap piawaian penyusunan tempat kerja yang tinggi denganmenekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa.

5 SENTIASA AMAL- SHITSUKE- SUSTAIN

Melatih warga kerja mematuhi sIstem persekitaran berkualiti secara berterusan(istiqamah) supaya menjadi amalan dan budaya kerja dalam organisasi.

FAEDAH MELAKSANAKAN 5S Tempat kerja menjadi lebih bersih dan teratur. Tempat kerja menjadi lebih selamat.

Pencapaian boleh dilihat secara tidak langsung yang menggalakkan

penjanaan idea yang lebih banyak dan kreatif. Mengurangkan masa pencarian. Aliran operasi kerja yang cekap. Kaedah-kaedah standard yang jelas. Mengurangkan masa memproses inventori. Memaksimakan penggunaan ruang dan kawasan. Mengurangkan rungutan pelanggan.

ngurusan.

enilaian.

ali.

Page

3

KUNCI KEJAYAAN AMALAN 5S Sokongan dan komitmen berterusan daripada pihak pe

Bermula dengan kesedaran, latihan, pemantauan dan p

Semua orang mengamalkannya dan tiada yang terkecu

Ulangi putaran 5S untuk menjadi budaya.

HALA TUJU AMALAN 5S SMK KOTA KEMUNING

POLISI 5S

KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA KEMUNING KOMITED UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM 5S BAGI MENGURUS PERSEKITARAN

TEMPAT KERJA YANG KONDUSIF MELALUI PENGAMALAN BUDAYA KERJA YANG CEKAP DAN BERKESAN KEARAH MENCAPAI KECEMERLANGAN ORGANISASI

YANG MEMENUHI KEPUASAN PELANGGAN

OBJEKTIF 5S

P PENINGKATKAN TAHAP KECEKAPAN AKTIVITI DAN OPERASI SEKOLAH.

Q MENGHASILKAN KUALITI PEMBELAJARAN, PENTADBIRAN DANPENGURUSAN YANG BERKESAN.

C MENGAWAL KOS DAN PERBELANJAAN OPERASI SECARA BERHEMAH.

D MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KEPADA PELANGGAN YANG TEPAT PADAMASANYA.

S MEMASTIKAN TAHAP KESELAMATAN PELAJAR TERJAMIN SEMASABERADA DI SEKOLAH.

M MEMBINA KECEMERLANGAN SEKOLAH MELALUI KERJASAMA DANDISIPLIN WARGA SEKOLAH.

Page

4

MATLAMAT 5S SMKKK

Bercita-Cita Tinggi Untuk Mendapat Pengiktirafan daripada AgensiBerkaitan Dalam Tempoh Minimum Seperti Yang Dirancang

Menjadi Sebuah Organisasi Yang Berwibawa, Berketrampilan Tinggi dan Menjadi Contoh Kepada Sekolah – Sekolah lain.

Memastikan Sistem Pelaksanaan 5S Dijalankan Secara Berterusan.

Menjadi Sebuah Institusi Contoh Dalam Organisasi Kementerian PendidikanMalaysia.

Mendapat Persijilan 5S Yang Diiktiraf Serta Menjadi Organisasi PendidikanYang Disegani Oleh Organisasi Yang Lain.

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan

dimintai pertanggungjawaban atas apa yang ia pimpin”.

(Mutafaq ‘alaih)

PLAN

Persediaan Memberi latihan kepada semua Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan 5S Memulakan Blok 5S Menentukan polisi dan objektif 5S Merancang Pelan Tindakan 5S Melancarkan 5S

DO

Pelaksanaan Sisih Susun Sapu Seragam Sentiasa Amal

CHECK

Penilaian Menjalankan/melaksanakan Audit Dalaman 5S Membuat penandaarasan sesama

Program/Bahagian /Kumpulan dan dengan organisasi lain

Memastikkan langkah 5S yang mantap diikutisepenuhnya

ACTION

Penambahbaikan berterusan Menjadikan 5S sebagai satu budaya Membandingkan pencapaian sebenar dengan yang

dirancang Memberi ganjaran dan pengiktirafan atas

penglibatan kakitangan Pendaftaran Persijilan 5S Mengambil bahagian dalam pertandingan 5S Membuat semakan Kitaran P-D-C-A

Page

5

PENDEKATAN P - D - C - A DALAM PELAKSANAAN AM

Pelaksanaan Amalan 5S boleh dilakukan melalui pendekatanAction (P-D-C-A)

Page

6

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AMALAN 5S

LANGKAH PERTAMA MEMBENTUK JAWATANKUASA

Objektif pembentukan Jawatankuasa Pelaksanaan Amalan 5S ialah untuk meningkatkan penyertaan semua peringkat warga sekolah dalammelaksanakan Amalan 5S di samping bagi mewujudkan budaya penambahbaikan berterusan serta semangat kerja berkumpulan warga sekolah ke arah mencapai prestasi dan budaya kerja yang cemerlang.

Jawatankuasa Pelaksanaan Amalan 5S SMK Kota Kemuning :

Jawatankuasa Pemandu 5S

Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Ketua-ketua Jawatankuasa Kerja 5S

Jawatankuasa Kerja 5S

Jawatankuasa Promosi/ Latihan 5S Jawatankuasa Audit Dalaman 5S Jawatankuasa Dokumentasi Jawatankuasa Perlabelan

Jawatankuasa Pelaksana 5S Peringkat Blok

Ketua Blok Ahli Pasukan 5S

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 5S

1 JAWATANKUASA PEMANDU & JAWATANKUASA KERJA

Menenentukan matlamat pelaksanaan sistem amalan 5S. Membentuk pelan pelaksanaan. Menentukan belanjawan atau sumber kewangan. Menetapkan polisi, peraturan serta garis panduan pelaksanaan.

Page

7

Mengenalpasti ahli jawatankuasa, fasilitator dan ketua blok Menetapkan sistem penghargaan dan ganjaran. Mengawasi/menilai kemajuan pelaksanaan dengan bantuan

Promosi, Latihan dan Audit Dalaman. Mengawasi kemajuan program dengan pembentukan ’standard’ yang sesuai

berkaitan sistem 5S yang perlu diwujudkan Memantau kemajuan pelaksanaan Amalan 5S melalui contoh amalan terbaik.

2 SETIAUSAHA AMALAN 5S

Menjadualkan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana 5S.• Menyelaraskan program Amalan 5S.• Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan Amalan 5S.• Menyimpan rekod utama dan minit berkait dengan pelaksanaan Amalan 5S. Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit. Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan Amalan 5S dalam organisasi.

3 JAWATANKUASA PROMOSI & LATIHAN

Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti 5S untuk tempoh 6-12 bulan. Mempastikan pelaksanaan pelan promosi ke arah membina kesedaran amalan 5S kepada semua warga kerja dalam. Menganalisa keberkesanan aktiviti promosi telah dilaksanakan. Merancang dan memperuntukkan bajet bagi memastikan aktiviti promosi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. Sepanduk-sepanduk, cogan-cogan kata, poster-posterdan surat-surat yang diedarkan kepada anggota-anggota Jabatan (newsletter) harus digunakan dengan sepenuhnya untuk menarik perhatian semua pihak kepada program tersebut. Mencetak buku-buku panduan dan risalah-risalah yang menerangkan

“Mengapa 5S’, “Apa itu 5S” dan “Bagaimana untuk melaksanakan 5S” untuk edaran dan rujukan semua pihak terbabit.

Page

8

Menghebahkan maklumat terkini aktiviti pelaksanaan Amalan 5S Blok / kawasan. Menyelaraskan Fail-fail Induk, JK Kerja dan Blok. Menyediakan laporan pengauditan MPC

(Aturcara, Persembahan Taklimat & gambar-gambar). Mengenalpasti latihan yang diperlukan dari masa ke semasa bagi mengukuh

aktiviti Amalan 5S serta amalan peningkatan kualiti yang lain (keperluan latihan yang diperlukan boleh dirujuk kepada hasil keputusan audit aktiviti Amalan 5S) Latihan dijalankan oleh jawatankuasa atau fasilitator yang telah menghadiri latihan dalam Amalan 5S. Membuat kajian semula mengenai pelaksanaan 5S dari masa ke semasa untuk mendapatkan pendapat/maklum balas dan meningkatkan lagi keadaan semasa. Memastikan setiap warga sekolah diberi peluang untuk menghadiri latihan. Menganjurkan latihan asas (in-house training) dan berkongsi pengalaman menerusi program ULKS dan sebagainya bersama jabatan- jabatan yang telah mengamalkan Amalan 5S demi meningkatkan kefahaman terhadap cara-cara jabatan lain melaksanakan Amalan 5S

JAWATANKUASA DOKUMENTASI 5S

Merekodkan & Menyediakan Laporan Kronologi ke arah pensijilan. Merekod Lawatan Pemantauan PPD/ JPNS Merekod Lawatan Bench Marking dari Jabatan/Agensi lain. Merekodkan penganugerahan Sijil Penghargaan & Sijil Pencapaian Sistem

Pengurusan Persekitaran Berkualiti. Mendokumentasikan Pelan Lokasi Zon, Pelan Lantai Zon dan bilik.

5 JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN AMALAN 5S

Merancang dan mengendalikan audit dalaman 5S. Mengenal pasti sebarang masalah dan mengarahkan tindakan

pembetulan diambil dengan memberi cadangan penambahbaikan. Melakukan pemeriksaan dan tindakan susulan jika perlu.

4

Page

9

Menyediakan laporan keseluruhan audit kepada jawatankuasa pemandu amalan 5S SMKKK.

Menyediakan kriteria senarai semak proses audit dan garis panduan perlaksanaan audit.

Mencadangkan penambahbaikan terhadap kelemahan - kelemahan dikenal pasti semasa proses audit.

Memastikan aktiviti 5S dijalankan secara sistematik dan berterusan

6 KETUA BLOK AMALAN 5S

Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli pasukan. Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan aktiviti 5S. Merancang aktiviti dan inovasi pasukan. Memberikan maklum balas mengenai status pelaksanaan Amalan 5S kepada

setiausaha. Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar. Menyediakan sudut 5S Zon dan mengemaskinikan bahan informasi.

7 AHLI PASUKAN AMALAN 5S

• Memberikan komitmen secara berterusan. Menyertai aktiviti 5S secara aktif. Bekerjasama dalam pasukan. Menghadiri mesyuarat dan menyumbangkan idea bagi menjayakan

pelaksanaan Amalan 5S. Menghasilkan projek/aktiviti inovasi

Page

10

JAWATANKUASA INDUK AMALAN 5S SMK KOTA KEMUNING

Page

11

MVSBJAWATANKUASA ZON PELAKSANA AMALAN 5S

Page

12

LANGKAH KEDUA MEWUJUDKAN ZON 5S

ZON AMALAN 5S

BLOK APUSAT SUMBER (PN.NORWATI MUDA) BILIK APD (PN. RAFEAH MAHAT) DEWAN GEMILANG (PN. ULFA)

BLOK BBILIK PEPERIKSAAN (PN. PUVANESWARI)BILIK KAUNSELING (PN. CHAI KAR YEE) PEJABAT (CIK LAILATUL ANIS)

BLOK CBILIK GURU 1 & 2 (PN. TAY SHIR LEEN) STOR SUKAN & BILIK PJK (PN. SITI NORISAH) BILIK DISIPLIN (PN. SHARON) BILIK PIBG (PN. OMMATHY)

BLOK DMAKMAL KOMPUTER (PN. RAFIZA RAOF)MAKMAL SAINS (PN. ASNI & CIK CARULLAILI)

BLOK EBILIK MAJALAH (PN. SITI FATIMAH) BENGKEL (PN. NURFAZLIA & EN. ABDUL RAZAK)

BLOK F KANTIN (PN. ANITA TOMPANG & PN. SUGUNAVATHY)

BLOK G SURAU (PN. NORLIA & PN. ROSMAWATI)

KELASKESEMUA KELAS SESI PAGI DAN PETANG (PN. TAN LEE YONG & PN. WAN ZURINA)

Page

13

Setiausaha 5S dan penolong setiausaha akan membuat pembahagian blok 5S. Setiausaha akan menyerahkan tanggungjawab blok dan mengagihkan tugasan mudah. Ini melibatkan:

Memperoleh susun atur tempat kerjasecara keseluruhan setiap kawasan kepada tempat yang lebih kecil

Membahagikan kumpulan mengikut kawasan, menentukan bilangan ahli dalam satu kumpulan dan mempamerkan nama setiap ahli yangterlibat dalam setiap kumpulan dan kawasan yang dipertanggungjawabkan

Memastikan setiap kumpulan mempunyai ketua dan sekurang-kurangnya seorang ahli

Menentukan tanggungjawab bagi kawasan yang dikongsi

LANGKAH KETIGA MELAKSANAKAN LATIHAN 5S

Latihan adalah bertujuan untuk menyebarkan metodologi Amalan 5S dan melatih warga organisasi dengan pengetahuan asas pelaksanaan 5S. Latihan perlu merangkumi:

Kesedaran tentang 5S pada peringkat pengurusan Kesedaran tentang 5S pada peringkat kakitangan Pemahaman Langkah Demi Langkah untuk Ketua Blok Langkah Demi Langkah Audit Dalaman 5S

LANGKAH KEEMPAT MELANCARKAN AMALAN 5S

Pelancaran 5S diadakan adalah bertujuan untuk merasmi dan menyampaikan hasrat pengurusan bagi melaksanakan Amalan 5S

LANGKAH KELIMA MELAKSANAKAN AMALAN 5S

AMALAN-AMALAN 5S

1 SISIH (SEIRI)

Mengenal pasti barang-barang yang tidak diperlukan. Sisih memberikan tumpuan kepada pengasingan dan pembuangan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja

Page

14

Berikut adalah panduan untuk melaksanakan aktiviti sisih secara berkesan

• Mengenal pasti barang-barang yang tidak perlu dengan menggunakan kaedah Tag Merah

• Menentukan tempat penyimpanan bagi barang yang perlu• Bagi barang-barang yang hendak dilupuskan, rujuklah kepada Arahan

Perkhidmatan dan Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa

5

6

Page

15

PANDUAN TAG MERAHPanduan Pelaksanaan Kaedah Tag Merah boleh dilakukan melalui enam langkah seperti yang berikut:

1 Mewujudkan Dasar Tag Merah

Jawatankuasa Pemandu 5S:

• Menetapkan kawasan pengumpulan barang-barang yang tidak perlu dan seterusnya merancang pelupusan barang-barang tersebut

• Menyediakan borang Tag Merah yang sesuai

2 Menentukan Sasaran Tag Merah

Menentukan jenis barang dan ruang kerja yang perlu dinilai.

3 Mewujudkan Kriteria Tag Merah

Berikut adalah panduan bagi menentukan keperluan sesuatu barang:

• Adakah barang tersebut diperlukan?• Berapa kerap penggunaannya?• Berapakah jumlah yang diperlukan?

4 Melekatkan Tag Merah

Aktiviti Tag Merah ini hendaklah disempurnakan sekurang-kurangnya satu minggu sebelum pelaksanaan penyisihan.

Membuat Penilaian Terhadap Barangan Yang TelahDiberikan Tag Merah

Membuat keputusan dan mengambil tindakan terhadap barang yang diberi Tag Merah.

Membuat Catatan atauMendokumenkan HasilDaripada Aktiviti Tag Merah

Barang-barang yang telah dilekatkan Tag Merah hendaklah direkodkan.

Page

16

2 SUSUN (SEITON)

SUSUN merujuk kepada slogan “Setiap barang mempunyai tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”. Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang cekap, berkesan dan selamat. Ini akan menwujudkan kerja yang kemas dan produktif.

Selepas melaksanakan Seiri dengan jayanya, barang yang diperlukan hendaklah disusun mengikut keperluan penggunaan.

Page

17

3 SAPU (SEISO)

SAPU memberikan penekanan kepada penjagaan kebersihan bagi memastikan tempat kerja yang selesa dan selamat untuk peningkatan kualiti kerja dan perkhidmatan. Pembersihan setiap hari diperlukan untuk memastikan ruang kerja sentiasa kemas dan bersih.

Langkah-langkah yang berikut perlu dijadikan panduan untuk melaksanakanSAPU secara berkesan:

1 Mengagihkan Tugasan Pembersihan

Penjagaan kebersihan tempat kerjahendaklah menjadi tanggungjawab bersama. Pembahagian kawasan jagaan hendaklah dijelaskan dengan:

Mengenalpasti kawasan yang perlu diwujudkan hak milik (ownership)

Mengadakan jadual giliran pembersihan untuk kawasan yang telah ditentukan (daily rosters)

kawasan yang telah

4

Page

18

2 Menentukan Hak Milik Bagi Setiap Ahli

Menentukan hak milik (ownership) bagi setiap ahli untuk dikenalpasti.

3 Menentukan KaedahPembersihan

Mewujudkan sistem pembersihan yang akan diamalkan dengan:

• Menentukan perkara/aspek yang perlu dibersihkan• Mengenalpasti peralatan dan bahan pembersihan yang bersesuaian• Menentukan kekerapan dan masa aktiviti pembersihan• Mewujudkan piawaian kerja pembersihan

Menyediakan Peralatan Dan Bahan-Bahan UntukKerja Pembersihan

Keperluan kerja pembersihan hendaklah disediakan dan disusun supaya mudah disimpan dan diambil apabila diperlukan.

5 Melaksanakan KerjaPembersihan

Kerja pembersihan boleh dilaksana melalui:

• Melaksanakan aktiviti pembersihan mengikut piawaian yang telah diwujudkan• Melakukan aktiviti pembersihan dan pemeriksaan terhadap semua peralatan• Memastikan peralatan dalam keadaan bersih, baik dan berfungsi• Merekodkan dan melaporkan segala kerosakan peralatan untuk tindakan

penyelenggaraan

Page

19

Kejayaan pelaksanaan SUSUN boleh diukur melalui: Barangan mudah disimpan di tempatnya selepas digunakan Memudahkan pencarian, penyimpanan dan pencarian semu First-In-First-Out’ (FIFO) diamalkan Mengurangkan masa pencarian barang 4R diamalkan. ‘Right Item, Right Place, Right Quantity dan Right

Method’

4 SERAGAM (SEIKETSU)

SERAGAM merujuk kepada pelaksanaan aktiviti 3S yang pertama secara berterusan. Peringkat ini dapat dilaksanakan dengan cekap melalui pewujudan prosedur dan piawaian yang sesuai.

Selain itu, aktiviti penandaarasan amalan terbaik perlu dilaksanakan ke arah penambahbaikan berterusan.

Aktiviti SERAGAM:

Mewujudkan senarai semak tugasan menggunakan teknik 5W1H; (Who, What, Where, Why,When, dan How)

Mewujudkan senarai semak peraturan inventori Mengadakan prosedur kerja pembersihan Mengadakan Jadual Penyelenggaraan

Kejayaan pelaksanaan SERAGAM boleh diukur melalui:

Mempunyai piawaian tempat kerja yang lebih baik Mempunyai sistem kawalan visual yang lebih baik Mempunyai peraturan dan piawaian prosedur kerja (SOP) Perkongsian maklumat mengenai piawaian yang diperlukan Penambahbaikan dari segi operasi dan aliran kerja

Page

20

5 SENTIASA AMAL (SHITSUKE)

SENTIASA AMAL ialah usaha membudayakan amalan 4S (Seiri , Seiton, Seiso , Seiketsu) di tempat kerja ke arah penambahbaikan berterusan. SENTIASA AMAL memerlukan komitmen dan penyertaan seluruh warga serta disiplin diribagi memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan secara berkesan dan cekap.

Aktiviti SENTIASA AMAL:

Meneruskan program kesedaran tentang kepentingan Amalan 5Sdengan mengadakanlatihan yang berterusan

Memastikan audit dalaman amalan 5S dilaksanakan mengikut jadual Memastikan aktiviti promosi berterusan Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan untuk usaha yang

ditunjukkan olehwarga kerja Mewujudkan sistem pemantauan yang efektif dan sistematik

Kejayaan pelaksanaan SENTIASA AMAL boleh diukur daripada:

Prestasi keputusan audit dalaman 5S yang cemerlang Warga kerja mematuhi peraturan di tempat kerja Wujud disiplin dan semangat kerja berpasukan Warga kerja mempunyai daya usaha untuk menambahbaik aktiviti di

tempat kerja Peningkatan kecekapan dan keberkesanan proses kerja Penyertaan dalam konvensyen, pertandingan dan anugerah

membuat Penilaian

Page

21

AUDIT DALAMAN 5S

Audit Dalaman 5S adalah bahagian yang terbaik untukKendiri5S.

Di antara tujuan audit dalaman dijalankanadalah:

Mendapatkan maklumat berkenaan status perlaksanaan amalan 5Sberbanding dengan keperluan sebenar

Mendapatkan maklumat berkenaan kekuatan dan kelemahan amalan 5S bagi bahagian yang diaudit

Dapatan daripada pelaksanaan Amalan5S akan digunakan sebagai asas untuk cadangan penambahbaikkan

Digunakan sebagai faktor motivasi untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan (KAIZEN) serta meningkatkan dan menggalakkan aktiviti- aktiviti kreativiti dan inovasi

Sebagai medium komunikasi bagi menyampaikan keperluan-keperluan

Amalan 5S kepada semua di tempat kerja

Memastikan aktiviti 5S dijalankan secara berterusan untuk memupuk kesedaran dan menjadikannya sebagai satu budaya di tempat kerja

Page

22

Audit Dalaman ZONBoleh dijalankan oleh juruaudit yang dilantik oleh Ketua ZON

Audit Dalaman SMVSBDijalankan oleh Juruaudit yang

dilantik oleh Pengetua

SUDUT 5S

Setiap Zon hendaklah mewujudkan Sudut 5S di lokasi yang strategik untuk perkongsian maklumat oleh semua ahli dan kakitangan.

Maklumat yang perlu dipamerkan termasuklah;

• Polisi, Objektif & Matlamat 5S• Carta Organisasi Amalan 5S• Peta Lokasi Zon 5S• Jadual PDCA (Plan, Do, Check, Action)• Pelan Tindakan Aktiviti 5S• Maklumat Kumpulan• Rekod aktiviti sebelum dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti Amalan

5S (gambar)• Maklumat Keputusan Audit• Bahan promosi – poster, artikel dan buletin• Jadual perjumpaan kumpulan

Page23