pengenalan tempat kerja. konsep asas amalan 5s adalan...

13
5 S JABATAN BENDAHARI PENGENALAN Amalan 5S merupakan satu pendekatan bersistematik amalan penjagaan kebersihan tempat kerja dengan menyusun, membersih, membangunkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang produktif. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja serta dapat mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja. Konsep asas Amalan 5S adalan Sisih (Seiri), Susun (Seiton), Sapu (Seiso), Seragam (Seiketsu) dan Sentiasa Amal (Shitsuke). AJK Pengerusi : Pn Juriah bt Mohamad Ketua Promosi : En Mohd Saipun bin Manshor Ketua Audit : Cik Norhaniza bt Hakim Ketua Latihan : Pn Suriani bt Suhaimi Ajk Promosi : En Mohamad Fadzli Hisyam bin Abdul Hidayah Ajk Audit : 1) Pn Rahimah bt Che Ramli 2) Pn Siti Esah bt Sulaiman Ajk Latihan : Pn Nur Umiraihan bt Mohd Rozaidi

Upload: vantuyen

Post on 15-Mar-2019

293 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

5 S JABATAN BENDAHARI

PENGENALAN

Amalan 5S merupakan satu pendekatan bersistematik amalan penjagaan kebersihan tempat kerja dengan menyusun, membersih, membangunkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang produktif. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja serta dapat mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja. Konsep asas Amalan 5S adalan Sisih (Seiri), Susun (Seiton), Sapu (Seiso), Seragam (Seiketsu) dan Sentiasa Amal (Shitsuke). AJK Pengerusi : Pn Juriah bt Mohamad Ketua Promosi : En Mohd Saipun bin Manshor Ketua Audit : Cik Norhaniza bt Hakim Ketua Latihan : Pn Suriani bt Suhaimi Ajk Promosi : En Mohamad Fadzli Hisyam bin Abdul Hidayah Ajk Audit : 1) Pn Rahimah bt Che Ramli

2) Pn Siti Esah bt Sulaiman Ajk Latihan : Pn Nur Umiraihan bt Mohd Rozaidi

Amalan-amalan 5S (QE)

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk

digunakan

SEISO SAPU

Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM

Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap

masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL

Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya

JK PROMOSI

Jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal promosi Amalan

5S (QE) Universiti.

Fungsi dan Tanggungjawab

1.Merancang dan melaksanakan perancangan aktiviti Promosi bagi setiap tahun (milestone)

2.Membuat perancangan belanjawan bagi menjalankan aktiviti promosi Amalan

5S Jabatan

3.Memastikan usaha-usaha promosi pelaksanaan Amalan 5S dilakukan secara

aggresif dan berkesan

4.Memastikan semua staf menyedari tentang pelaksanaan amalan 5S

5.Menyediakan laporan dan membantu Pengerusi JK Kerja Promosi Peringkat

Induk dalam merancang dan melaksana aktiviti Promosi bagi keseluruhan

UMP

JK LATIHAN

Jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal latihan Amalan 5S (QE) Universiti

Fungsi dan Tanggungjawab

1.Merancang dan melaksanakan perancangan aktiviti Promosi bagi setiap tahun (milestone)

2.Membuat perancangan belanjawan bagi menjalankan aktiviti promosi Amalan 5S Jabatan

3.Memastikan usaha-usaha promosi pelaksanaan Amalan 5S dilakukan secara aggresif dan berkesan

4.Memastikan semua staf menyedari tentang pelaksanaan amalan 5S

5.Menyediakan laporan dan membantu Pengerusi JK Kerja Promosi Peringkat Induk dalam merancang dan melaksana aktiviti Promosi bagi keseluruhan UMP

JK AUDIT

Jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal audit Amalan 5S

(QE) Universiti

Fungsi dan Tanggungjawab

1. 1.Merancang dan melaksanakan perancangan aktiviti Audit bagi setiap tahun (milestone)

2.Membuat perancangan belanjawan bagi menjalankan aktiviti audit Amalan 5S Jabatan

3.Memastikan audit Amalan 5S dijalankan secara berkala pada jangkamasa yang bersesuaian

4.Memastikan kaedah pengauditan yang bersesuaian dan berkesan dilaksanakan

5.Menyediakan laporan dan membantu Pengerusi JK Kerja Promosi Peringkat Induk dalam merancang dan melaksana aktiviti Promosi bagi keseluruhan UMP

Amalan 5S @ UMP

UMP telah melaksanakan Amalan 5S semenjak tahun 2006 berdasarkan keputusan

Jawatankuasa Kualiti dan Produktiviti (yang kemudiannya ditukar kepada Majlis Kualiti

UMP pada 2007).

Bagaimana pun skop Amalan 5S sehingga kini adalah terhad kepada skop `Persekitaran

Berkualiti' sahaja.

Walaupun arahan pengamalan melibatkan kesemua PTJ di UMP, di atas sebab logistik

dan kekangan sumber, proses pensijilan oleh pihak MPC cuma terhad kepada beberapa

PTJ terpilih sahaja.

Ini menyebabkan hasrat pembudayaan Amalan 5S, sekurang-kurangnya dalam skop

`Persekitaran Berkualiti' tidak tercapai sepenuhnya. Itu belum termasuk lagi pencapaian

elemen lain seperti pengurangan kos, keberkesanan proses kerja, `Lean Management' dan

lain-lain.

Selain dari itu, perbincangan dengan pihak PTJ mendapati pengamalan 5S sepertimana

sedia ada lebih dirasakan sebagai bebanan kerja yang tidak menyumbang secara berkesan

terhadap produktiviti kerja.

Maka, untuk proses penambahbaikan, bermula pada 2012, PPKPK selaku Pengerusi dan

Sekretariat J/K Induk Amalan 5S universiti merancang untuk mengkaji semula

pelaksanaan 5S melalui beberapa siri perbincangan, prabengkel dan bengkel.

Falsafah Amalan 5S (QE)

Objektif Amalan 5S (QE)

Konsep Amalan 5S (QE)

Konsep asas Amalan 5S adalah seperti berikut:

1. SISIH (SEIRI)

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

SUSUN (SEITON)

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk

digunakan.

SAPU (SEISO)

Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

SERAGAM (SEIKETSU)

Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap

masa.

SENTIASA AMAL (SHITSUKE)

Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.

Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti secara

berterusan.

Proses Pelaksanaan Amalan 5S (QE)

Rasional Amalan 5S (QE)

Penampilan persekitaran tempat kerja yang cemerlang dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan

Amalan 5S merupakan satu teknik pengurusan persekitaran yang dapat membantu meningkat imej UMP selain daripada meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Menurut Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), konsep Amalan 5S adalah mudah difahami oleh semua kakitangan Jabatan kerana:

-terminologi yang diguna pakai adalah mudah; -konsepnya logik dan bersifat semula jadi terhadap perilaku manusia; -ia boleh diguna pakai oleh semua jenis Jabatan/Agensi.

Faedah Pelaksanaan amalan 5S (QE)

Pelaksanaan Amalan 5S akan menghasilkan pelbagai

faedah dan kesan positif kepada

pengurusan organisasi

termasuk dalam aspek pengurangan kos, kawalan st

ok/inventori, urusan penyelenggaraan serta sistem dan

proses kerja.