buku log

8
CERITA HUTAN Suatu ketika dizaman dahulu seorang pemotong kayu dengan dua orang anaknya ke hutan seeonee untuk memotong kayu. Hutan seeonee letaknya tidak berapa jauh dari bandar Jabalpor, iaitu sebuah bandar di bahagian tengah India. Di dalam hutan itu sudah tentu banyak binatang-binatang buas dan ganas dan terdapat sekumpulan keluarga serigala yang hidup aman dan damai tinggal di dalam sebuah gua . Pemotong kayu terpaksa bermalam kerana kerjanya belum selesai di dalam sebuah pondok, api dinyalakan untuk mendapatkan cahayanya dan tidur dengan nyenyaknya. Di hutan itu ada seekor harimau tempang yang dipanggil Shere Khan atau Maharaja Belang. Shere Khan merangkak dan mengendap perlahan-lahan ke pondok untuk menangkap mangsanya, oleh sebab terlalu asyik melihatkan mangsanya maka terpijaknya bara api yang tersedia ada. Sakitnya bukan kepalang hingga menggemparkan suasana pada malam itu dan melarikan dirinya ke dalam hutan. Ketiga itu juga dengan pantas pemotong kayu bingkas bangun sambil mendukung seorang anaknya dan seorang lagi telah terpisah dari keluarganya lalu bersembunyi ke dalam belukar seorang diri. Bapa serigala telah terjumpa dengan kanak-kanak itu dan menggonggong bawa balik ke guanya dan di peliharalah kanak itu oleh keluarga serigala dan dinamakan “MOWGLI” Dari semenjak itu mowgli dipelihara oleh keluarga serigala sehingga besar dengan bantuan BALOO ( Beruang ) ,BAGHEERA

Upload: echon-alif

Post on 23-Jun-2015

1.637 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku log

CERITA HUTAN

Suatu ketika dizaman dahulu seorang pemotong kayu dengan dua orang anaknya ke hutan seeonee untuk memotong kayu. Hutan seeonee letaknya tidak berapa jauh dari bandar Jabalpor, iaitu sebuah bandar di bahagian tengah India. Di dalam hutan itu sudah tentu banyak binatang-binatang buas dan ganas dan terdapat sekumpulan keluarga serigala yang hidup aman dan damai tinggal di dalam sebuah gua .Pemotong kayu terpaksa bermalam kerana kerjanya belum selesai di dalam sebuah pondok, api dinyalakan untuk mendapatkan cahayanya dan tidur dengan nyenyaknya. Di hutan itu ada seekor harimau tempang yang dipanggil Shere Khan atau Maharaja Belang. Shere Khan merangkak dan mengendap perlahan-lahan ke pondok untuk menangkap mangsanya, oleh sebab terlalu asyik melihatkan mangsanya maka terpijaknya bara api yang tersedia ada. Sakitnya bukan kepalang hingga menggemparkan suasana pada malam itu dan melarikan dirinya ke dalam hutan.Ketiga itu juga dengan pantas pemotong kayu bingkas bangun sambil mendukung seorang anaknya dan seorang lagi telah terpisah dari keluarganya lalu bersembunyi ke dalam belukar seorang diri.Bapa serigala telah terjumpa dengan kanak-kanak itu dan menggonggong bawa balik ke guanya dan di peliharalah kanak itu oleh keluarga serigala dan dinamakan “MOWGLI” Dari semenjak itu mowgli dipelihara oleh keluarga serigala sehingga besar dengan bantuan BALOO ( Beruang ) ,BAGHEERA ( Harimau Kumbang ) ,KAA ( Ular Sawa ) ,SAHI ( Landak ) ,HATHI (Gajah), RAMA ( Seladang ) , CHILL ( Burung Ruak-Ruak ) dan lain-lain…..

RUKUNEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 2: Buku log

LOGO PENGAKAP

Page 3: Buku log

Logo Pengakap Malaysia hampir serupa dengan logo Pengakap Sedunia.Logo ini mengandungi sebuah lambang asas yang berbentuk kepala anak panah yang bercabang tiga. Tiga cabang ini melambangkan tiga prinsip asas yang terkandung di dalam persetiaan pengakap, iaitu : Cabang ke atas melambangkan persetiaan pertama – Taat Kepada Raja

dan Negara. Cabang ke kanan melambangkan persetiaan yang kedua –Menolong

Orang Pada Setiap Masa. Cabang Ke Kiri melambangkan persetiaan yang ketiga –Menurut

Undang-undang Pengakap.

Ketiga-tiga cabang ini diikat oleh satu ikatan yang melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli pengakap.Ikatan ini juga mengingatkan ahli-ahli pengakap supaya membuat kebajikan pada setiap masa.Bintang pecah 14 yang terletak di tengah-tengah anak panah melambangkan negeri-negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.Bulan Sabit yang terletak di bawah dan dua bintang yang terletak di kiri dan kanan anak panah melambangkan agama islam sebagai agama rasmi negara ini.Logo ini menggunakan tiga warna iaitu warna merah, kuning dan hijau. Warna merah melambangkan keberanian, kuning melambangkan kedaulatan Raja dan Negara dan hijau merupakan warna rasmi pengakap.Logo Pengakap sentiasa digunakan pada bendera pengakap, lencana-lencana dan pakaian seragam pengakap.

COGANKATA PENGAKAP

Cogankata pengakap sentiasa dilafazkan dan dihormati . Cogankata ini berbeza-beza mengikut jenis pergerakan pengakap.Bagi Pengakap Kanak-kanak cogankatanya “ Buat Habis Baik” .

Page 4: Buku log

PERSETIAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan :- Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Menolong orang pada setiap masa. Menurut undang-undang pengakap.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. DIPERCAYAI2. TAAT3. BERGUNA4. BERSAUDARA5. BERBUDI6. KASIHKAN BINATANG7. MENURUT PERINTAH8. TABAH HATI9. BERJIMAT10.SUCI FIKIRAN ,SUCI PERKATAN SUCI PERBUATAN

HORMAT PENGAKAP

Pengakap sebagai sebuah pertubuhan beruniform mempunyai identitinya yang tersendiri semasa memberi hormat. Biasanya,hormat ini diberikan kepada DYMM raja-raja dan Sultan, pembesar-pembesar negara dan negeri serta tetamu kehormat. Hormat juga diberikan kepada pegawai pengakap sama ada di peringkat negara atau negeri, pemimpin di daerah ataupun di kumpulannya, ketua patrol dan pengakap.Hormat pengakap diberikan selepas kamu menerma hadiah kurniaan dan istiadat mengibarkan bendera.Pengakap kanak-kanak mestilah berada dalam keadaan sedia. Seterusnya angkat tangan kanan ke penjuru kening .

Page 5: Buku log

PERMULAAN PERGERAKAN PENGAKAP

Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell yang lebih dikenali dengan panggilan “BP”. Beliau seorang askar yang terkenal dengan keberanian dan berpangkat Leftenan Jeneral. BP telah ditugaskan di beberapa buah negara di Benua Afrika dan India. Berpandukan pengalaman semasa di Afrika dan India, BP telah menulis sebuah buku bertajuk Scouting for Boys Ramai belia telah membaca buku ini dan tertarik hati dengan pengalaman yang ditulisnya.

Pada tahun 1907, beliau telah menganjurkan satu perkhemahan di pulau Brownsea, England.Seramai 12 orang pengakap telah menyertainya. Inilah perkhemahan pengakap yang pertama di dunia. Selepas perkhemahan tersebut, semakin ramai belia menyertai Pergerakan Pengakap . Beberapa buah negara di luar England telah menubuhkan Pertubuhan Pengakap. Kini seratus buah negara telah menubuhkannya kecuali negara-negara komunis. Pada tahun 1916 ditubuhkan Unit Pengakap Kanak-kanak kerana sebelum ini hanya belia yang berumur sebelas tahun sahaja dibenarkan menyertainya.

Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Malaysia oleh F.C Sands di Singapura pada tahun 1910 . Seramai 30 orang pengakap menyertai kumpulan pertama ini. Dari tahun ke tahun Pergerakan Pengakap ini telah berkembang ke negeri-negeri lain. Pahang telah menubuhkan Pergerakan Pengakap pada tahun 1912 , diikuti oleh Pulau Pinang dan Sarawak pada tahun 1915. Sabah pula menubuhkannya pada tahun 1913, diikuti oleh Perak pada tahun 1920 ,Kedah dan Perlis pada tahun 1922, Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1925. Manakala Selangor dan Terengganu turut menubuhkannya pada tahun 1926, di samping kelantan pada tahun 1927 dan Johor pada tahun 1928.

Sebelum merdeka, Pergerakan Pengakap merupakan satu cawangan daripada Persekutuan Budak-budak pengakap Great Britain yang dikenali sebagai Persekutuan Budak-budak Pengakap Kawasan Malaya termasuk Singapura. Selepas peperangan dunia kedua Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi dua cawangan yang berasingan.

Pertubuhan ini kemudiannya dikenali sebagai Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh pada persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957.

Pada bulan November 1964, Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia telah ditubuhkan mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Budak-budak Pengakap Singapura telah berpisah daripada menjadi ahli Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia pada bulan Ogos 1965.

Persekutuan Pengakap Malaysia tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38, tahun 1968 dengan Pindaan Undang-undang Malaysia Akta 143-Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974.

Page 6: Buku log

REKOD DIRI

NAMA :………………………………………………. NO.SURAT BERANAK : ……………………. TARIKH LAHIR : ………………………………….. KUMPULAN PENGAKAP : ………………………………. DAERAH : ……………………….DARJAH : …………………….. TARIKH MASUK PENGAKAP :…………………………. SEKAWAN :……………………. ALAMAT : ……………………………………………………. …………………………………………………… NAMA BAPA/PENJAGA :…………………………………. ALAMAT BAPA/PENJAGA :…………………………………… ……………………………………