budaya muflis dlm glgn muda

10
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140415/re_05/Belia-muflis- akibat-belanja-luar-kemampuan http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkem2014/PERKEM_2014_5C4.pdf

Upload: jonathan-teng

Post on 12-Jan-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota budaya muflis dalam golongan muda.

TRANSCRIPT

Page 2: Budaya Muflis Dlm Glgn Muda

Punca Muflis Di Usia Muda

1. Berbelanja mengikut kehendak. Gaya hidup di luar kemampuan sering menjadi punca utama masalah kewangan yang semakin meruncing dalam kalangan remaja.

2. Kos sara hidup yg kian meningkat juga menjadi faktor utama masalah kewangan dalam kalangan mereka.

3. Penggunaan kad kredit tanpa had. Kebanyakan kes yang berlaku disebabkan kegagalan membayar balik hutang kad kredit yang tinggi dan di luar kemampuan mereka.

4. Perancangan kewangan yang lemah dan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan wang menjadi faktor utama masalah hutang.

5. Hutang tambah hutang (buat pinjaman baru untuk menyelesaikan hutang lama).

Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah berkata ramai individu yang merujuk agensi itu untuk mendapatkan khidmat nasihat apabila tidak mampu menyelesaikan hutang akibat perbuatan itu.    "Sebagai contoh, graduan yang baru bekerja mendapat gaji RM2,000 sebulan dan membeli kereta dengan ansuran bulanan RM500 hingga RM600, tanpa mengambil kira kos lain yang perlu ditanggung seperti minyak, penyelenggaraan dan insurans. Jadi mereka akan guna kad kredit untuk tampung kos tersebut.    "Apabila hutang kad kredit meningkat, ada pula yang buat pinjaman peribadi ekspres yang mempunyai kadar faedah tinggi untuk selesaikan hutang kad kredit.

Inilah yang dikatakan 'gali lubang tutup lubang' yang akhirnya tiada kesudahan," katanya kepada Bernama.

Kesan Muflis

Page 3: Budaya Muflis Dlm Glgn Muda

Kegagalan membayar ansuran pinjaman atau hutang kad kredit boleh membawa padah

buruk

Apabila anda gagal menjelaskan sesuatu pinjaman, institusi kewangan akan mengambil

tindakan mahkamah terhadap anda

Sekiranya pinjaman itu adalah pinjaman kereta, institusi kewangan akan menarik balik dan

menjualkan kereta tersebut. Jika ianya pinjaman perumahan, institusi kewangan akan

merampas rumah tersebut dan melelongnya

Seandainya hasil lelongan tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang sepenuhnya, institusi

kewangan akan mengambil tindakan terhadap anda (dan/atau penjamin, jika ada) untuk

menuntut baki hutang

Bagi pinjaman tanpa cagaran, institusi kewangan mempunyai beberapa pilihan untuk

melaksanakan penghakiman yang diperoleh untuk mendapatkan semula hutang mereka

Ini termasuk perintah rasmi rampasan dan jualan, saman prosiding ‘garnishee’, saman

penghutang penghakiman dan petisyen kebankrapan ke atas peminjam (dan/atau penjamin,

jika ada)

Buat masa ini petisyen kebankrapan hanya boleh dimulakan sekiranya jumlah hutang

terkumpul telah mencecah RM30,000 ke atas

Sekiranya anda telah diisytiharkan bankrap, terdapat banyak sekatan dari segi undang-

undang yang akan dikenakan. Pada umumnya anda tidak boleh melakukan perkara berikut:

Memegang apa-apa jawatan awam tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi

Malaysia (KPJIM)

Meneruskan sebarang tindakan mahkamah tanpa izin KPJIM

Meninggalkan negara tanpa perintah mahkamah atau kebenaran KPJIM

Menjadi pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan atau terlibat dalam pengurusan

syarikat tanpa kebenaran mahkamah atau KPJIM

Melibatkan diri dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja di syarikat yang dimiliki oleh

pasangan atau saudara terdekat dan pasangan mereka

Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan yang berdaftar

Page 4: Budaya Muflis Dlm Glgn Muda

Tidak boleh membuat sebarang pinjaman melebihi RM1,000 tanpa memaklumkan kepada

pemiutang tentang status kebankrapan

Jika anda gagal membuat bayaran ke atas pinjaman, dapatkan nasihat dengan segera.

Jangan tunggu sehingga masalah berlarutan dan tidak terkawal

Lebih cepat anda mendapatkan bantuan,semakin mudahlah untuk menyelesaikan

masalah anda

Sumber infoharian.com: KESAN MUFLIS PINJAMAN BANK TIDAK BAYAR BANKRAP 

Langkah Mengelak Muflis

Page 5: Budaya Muflis Dlm Glgn Muda

1. Belanja secara berhemah

Elakkan berhutang dan belanja secara berhemah. Berhutang hanya akan menyebabkan kita hidup dalam kesusahan. Berwaspada dan berpada-padalah ketika berbelanja. Gaya hidup di luar kemampuan sering menjadi punca utama masalah kewangan yang kian meruncing ini. Jadi, usah ghairah berbelanja dan pepatah ‘ukur baju di badan sendiri’ amat sesuai untuk  dipraktikkan. Pengurusan kewangan yang berhemah pasti akan menjamin kedudukan kewangan di tahap yang terbaik.

2. Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit

Setiap bank menawarkan perkhidmatan kad kredit. Kad kredit adalah satu kaedah mudah pembayaran yang membenarkan anda membeli atau mendapatkan barangan dengan pembelian bukan secara tunai. Penggunaan kad kredit ini ada baik dan buruknya. Oleh yang demikian, anda mesti sentiasa berhati-hati. Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal adalah salah satu punca kepada peningkatan kadar individu yang berstatus muflis di dalam negara ini. 

Seboleh-bolehnya, elakkan pembayaran dengan menggunakan kad kredit kerana caj seperti yuran penyertaan, yuran tahunan, caj bayar lewat, caj pendahuluan kewangan boleh dikenakan. Berbelanjalah secara tunai untuk kemudahan dan kesenangan di kemudian hari.

3. Membuat catatan dan merancang pembelian atau perbelanjaan

Anda mestilah bijak dalam berbelanja. Setiap pengaliran tunai yang keluar mesti direkodkan untuk memudahkan anda menjejaki kembali kemanakah wang yang anda belanjakan. 

Berbelanja semasa tawaran murah atau ‘diskaun’ akan memberikan penjimatan dalam perbelanjaan harian anda. Rebutlah tawaran murah tersebut untuk menjimatkan wang anda. Semak dahulu senarai harga di beberapa kedai dan bandingkan harga. Anda boleh melakukannya dari rumah dengan melayari internet dan seterusnya membandingkan promosi diatas talian yang ditawarkan. Ia juga sangat pantas dan menjimatkan masa dan tenaga.

4. Menjaga harta dengan baik

Page 6: Budaya Muflis Dlm Glgn Muda

Harta yang ada mestilah diselenggara dengan baik. Contoh paling relevan mungkin bagaimana kita mengguna dan menjaga kereta kita sendiri. Penjagaan kereta yang betul akan turut menjimatkan kewangan kita. Jika kita menggunakan kereta dengan cara yang kasar, kereta tersebut mungkin akan mengalami kerosakan pada tayar, enjin mahupun brek. Oleh yang demikian pemeriksaan atau servis secara berkala perlu dilakukan untuk memastikan kereta kita dalam kondisi yang baik.s

Dengan penjagaan kereta yang baik, kita dapat menjimatkan wang dan mengurangkan perbelanjaan kepada perkara-perkara yang tidak diperlukan. Akhir kata, sentiasalah berhemah dalam berbelanja. Jangan jadikan isu muflis atau bankrup melingkari hidup kita. Jadilah insan yang bebas hutang dengan mengamalkan hidup secara sihat dan sederhana. Sesungguhnya membazir itu adalah saudara kepada syaitan.

Page 7: Budaya Muflis Dlm Glgn Muda
Page 8: Budaya Muflis Dlm Glgn Muda
Page 9: Budaya Muflis Dlm Glgn Muda