budaya makan di malaysia-sivik 2008

28
SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN SAM TET IPOH KERJA KURSUS SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN TIGA TAJUK KAJIAN BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA Nama Calon : CHAN YI JIA Tingkatan : 3C2 (2) Guru Penilan : CIKGU ARTHINI

Upload: reuben-chanyijia

Post on 06-Jun-2015

29.153 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN SAM TET IPOH

KERJA KURSUS SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN TIGA

TAJUK KAJIAN

BUDAYA MAKAN DI MALAYSIABUDAYA MAKAN DI MALAYSIA

Nama Calon : CHAN YI JIA

Tingkatan : 3C2 (2)

Guru Penilan : CIKGU ARTHINI

Page 2: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

ISI KANDUNGAN

No. TAJUK MUKA SURAT

1. ISI KANDUNGAN 2

2 PENGHARGAAN 3

3 PENGENALAN 4-5

4 BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA 6-17

5 PENUTUP 18-19

6 RUJUKAN 20

7 LAMPIRAN 21

2

Page 3: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

P ENGHARGAANENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat, proses

pembuatan folio sehingga terhasilnya kerja khusus Sivik ini yang bertajuk ‘Budaya

Makan Di Malaysia’. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada ibu bapa saya

yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan serta pembantuan dari segi

kewangan sepanjang kajian ini dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Arthini, guru sivik sekolah ini

yang telah memberikan panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa untuk

merealisasikan tugasan ini. Tidak lupa juga Tuan Pengetua sekolah yang telah

memberi kebenaran untuk menjalankankan kajian ini.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua

rakan-rakan sekelas saya yang telah memberi sokongan dan dorongan yang

mencukupi. Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang

tidak disengajakan dalam folio ini

Terima kasih !

3

Page 4: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

PENGENALANPENGENALAN ‘Kepelbagaian’ merupakan perkataan utama apabila kita

memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Masyarakat Melayu kaya dengan

khazanah seni termasuk keindahan dan kreativiti dalam masak memasak atau

penyajian makanan. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan

India. Melayu merupakan masyarakat terbesar dengan 54% daripada populasi

Malaysia. Melayu merupakan masyarakat terbesar dan beragama Islam, berbahasa

Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh

yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada

penduduk Malaysia dan dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat

semenanjung. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Buddha, Taoisme atau

Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih

dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi.

Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain

itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.

Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan

secara meluas.

 Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal

dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-

pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan

sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut. Pengaruh Acheh,

Bugis dan Siam amat ketara di beberapa negeri. Ini dapat dilihat dari segi

penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam.

4

Page 5: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

Di Negeri Melaka, perkembangan sejarah kaum Cina bermula pada abad

ke-15. Ianya bermula dengan lawatan admiral China Yin Ching dan Cheng Ho.

Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut

membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Sultan Mahmud

sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud

dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau

bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan

masakan) dari China ini pada abad ke-18.  Pendatang dari China dibawa bekerja di

lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan

nilai etika kerja.

 Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka

merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil

keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum

India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan

seterusnya menetap disini. Keturunan India dikatakan berasal dari Kalinga

(selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan

dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka

memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila

menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong

yang dipakai oleh kaum India yang lain.

Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya

yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya

menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘Hidangan Malaysia’ dan menjadikan ia

sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga

dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa

menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan.  Kaum Cina, India dan

Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru

dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan

ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain.

5

Page 6: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

BUDAYA MAKAN DI MALAYSIABUDAYA MAKAN DI MALAYSIA

Budaya makanan orang Melayu mempunyai banyak ciri-ciri yang istimewa

dan unik. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi.

Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya.

Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Di

Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai

‘Rice Bowl of Malaysia’. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam

ulaman.  Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan,

cili dan belacan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari

segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Santan merupakan bahan asas dalam masakan. Ia digunakan dalam segala

jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa dalam masakan Melayu adalah seperti

bawang, halia, bawang putih dan cili, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain.

Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun

pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan

buah pala.

Orang Melayu di kampung-kampung pada masa kini masih berlandaskan

pertanian dan penternakan. Hasil pertanian seperti pucuk paku, petai, daun

pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun

menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Hasil-hasilan kaya dengan

sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Selain itu, ia juga boleh

dijadikan ubat untuk mengubati penyakit diabitis dan juga tekanan darah tinggi.

6

Page 7: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

BUDAYA MAKAN MELAYUBUDAYA MAKAN MELAYU

NASI LEMAKNASI LEMAK

Nasi lemak merupakan masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu

di Malaysia. Ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja

menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan

India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini

dijadikan hidangan sepanjang hari. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka

dan dijadikan salah satu menu di hotel-hotel.  Nasi lemak turut diiringi dengan

beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang, sambal dan ayam goreng

Nasi Lemak

RESIPI NASI LEMAK:

Bahan-Bahan:

3 cawan beras, 3 cawan santan cair, 2 helai daun pandan, ½ sudu kecil garam

Cara:

7

Page 8: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

1. Bersihkan beras dan tuskan.

2. Masukkan beras ke dalam periuk bersama santan,garam dan daun pandan.

3.Masak hingga nasi kering dan hidangkan bersama ikan bilis goreng, telur rebus, timun, dan sambal tumis.

NASINASI TOMATOTOMATO

 Di musim perayaan dan di majlis kenduri, nasi tomato beserta lauk

pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam

masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai

Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan nasi dagang, nasi berlauk, nasi

minyak, ayam percik dan lain-lain.

Nasi

Tomato

RESIPI NASI TOMATO

Bahan-Bahan :

2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar

½ cawan minyak sapi, 2 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga, 2 ½ cawan air

2 kuntum bunga cengkih, 2.5 sm kulit kayu manis, 2 cawan beras, ¾ cawan sos

Cara:

Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning.

Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

8

Page 9: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam,

biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan sos tomato. Angkat dan

hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan

daun bawang.

LAKSALAKSA

Selain lauk pauk, terdapat juga makanan ringan seperti laksa Penang, laksa

Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.

RESIPI LAKSA PENANG

Bahan-Bahan:

1 kg laksa (dicelur)

1 kg ikan kembung

2 batang bunga kantan

5 keping asam gelugur

10 biji cili padi

1 tangkai daun kesum

2 sudu besar otak udang

2 batang serai (diketuk) 4 liter air

1 biji timun (dihiris)

sedikit daun salad (dihiris)

2 biji bawang besar (dihiris)

2 sudu besar cili kisar

4 biji telur rebus

Garam secukup rasa

Cara:

9

Page 10: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga

halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili

kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama

20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit.

Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh,

bubuhkan salad, timun & telur rebus.

MANISANMANISAN

Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. 

Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan

keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular.

Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi.

Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut

panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi,

cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka.  Manisan tradisi bagi orang Melayu

pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih

diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran.

Ondeh-Ondeh

10

Page 11: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

Kuih MuihKuih Muih

ROTI JALAROTI JALA

Antara pelbagai jenis kuih-kuih yang dijualkan dalam pasaran, roti jalaAntara pelbagai jenis kuih-kuih yang dijualkan dalam pasaran, roti jala

bukan sahaja telah menjadi kegemaran dalam kalangan orang Melayu malahanbukan sahaja telah menjadi kegemaran dalam kalangan orang Melayu malahan

juga kaum-kaum yang lain seperti Cina dan India.juga kaum-kaum yang lain seperti Cina dan India.

RESIPI ROTI JALARESIPI ROTI JALA

Bahan-BahanBahan-Bahan

1 kilo tepung gandum

2 biji telor ayam

1 tin susu cair Carnation

1 sudu marjerin

Sedikit garam

Setitik pewarna kuning

Cara:Cara:

1.1. Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur.

2.2. Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak

bergentel dan senang untuk dilayang.

3.3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang

telah cair.

11

Page 12: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

4.4. Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga.

NASI KANDARNASI KANDAR

Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. 

Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau

Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di

Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar

dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk

(dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam

goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah

goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain. Nasi kandar mengekalkan

nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di

bahu dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi

kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan

yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia.

Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik.

12

Page 13: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

Nasi

Kandar

 

BUDAYA MAKAN INDIABUDAYA MAKAN INDIA

ROTI CANAI, PARATHA, PURI DAN CHAPATIROTI CANAI, PARATHA, PURI DAN CHAPATI

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran

kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama

dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang

diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk

penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal,

kari dan sambal.

Roti Canai

Muruku

 

NASI BRIYANINASI BRIYANI

13

Page 14: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Ia bukan sahaja

digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi

beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam

dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum

menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup

periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan

tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku

dan suji.  Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. 

 

Nasi

Beriani Gam

KARI KAMBINGKARI KAMBING

RESIPI KARI KAMBINGRESIPI KARI KAMBING

Bahan-BahanBahan-Bahan

1 kg bahu kambing uang bertulang

(dipotong dadu sebesar 2.5 cm.

125 g minyak sapi

1 kuntung bunga lawang

1 camca adas

1 camca kakas

5 cm kayu manis

20 ulas bawang merah (dihiris nipis)

8 ulas bawang putih

2 camca serbuk rempah kari

Sedikit air (digaul menjadi pes)

5 batang lada hijau (digiling)

5 batang lada merah(digiling

2.5 cm kunyit hidup(digiling)

Gram secukup rasa

450 ml pati santan

Cara:Cara:

Pijarkan minyak sapi dalam sebuah kuali besi dan masukkan kesemua rempah

kering tadi. Tumiskan sehingga wangi, Kemudian masukkan bawang merah dan

14

Page 15: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

bawang putih. Kecilkan api dan mask sehingga layu. Masukkan rempah kari dan

kacau rata-rata. Apabila naik baunya, masukkan lada hijau yang telah digiling dan

pes kunyit. Masukkan daging dan garam secukup rasa. Goreng sehingga tergaul

rata.Masukkan santan lalu kacau sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan

mendidih perlahan-lahan sehingga dagaing itu empuk. Rasa garamnya dan

turunkan daripada api.

Kari KambingKari Kambing

BUDAYA MAKAN BABA NYONYABUDAYA MAKAN BABA NYONYA

Masakan nyonya pada masa kini sangat diminati oleh pelbagai kaum di

Malaysia. Kaum nyonya bermastautin di Melaka dan P.Pinang. Anak lelaki mereka

dipanggil baba dan anak perempuan dipanggil nyonya. Masakan dan budaya

nyonya adalah gabungan daripada orang Melayu dan Cina. Contoh masakan

nyonya ialah bubur caca, ikan bakar dan air asam, nasi kerabu dan lain-lain.

Nyonya di Penang dipengaruhi oleh Thailand di mana penggunaan limau dan asam

jawa agak ketara. Masakan nyonya di Melaka mempunyai banyak pengaruh

Indonesia dan Melayu. Jantung pisang, nangka muda, daun keledek dan belimbing

buluh digayakan dalam masakan mereka. Buah-buahan dan sayuran ini

digabungkan dengan daun limau purut, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit

dan daun pandan.  Otak-otak, kerabu, laksa nyonya dan kuih muih nyonya

mendapat tempat di buffet hotel dan restoran. Kuih nyonya terkenal dengan

keenakan dan kepelbagaiannya. Kebanyakan kuih nyonya ini berasaskan resipi

kuih orang Melayu tetapi diperkemaskan dan perbaharui oleh kaum nyonya.

Bahan tani yang digunakan ialah ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, beras pulut,

santan dan gula melaka.

15

Page 16: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

Pulut Tai Tai

Kerabu Bee Hoon

BUDAYA MAKAN CINA

Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya

(tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain. Bahan ini

kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu

seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di

negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong

tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain.  Masakan ini telah diminati

semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja

dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup

merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam

bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat

Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau

ayam kukus. Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau

dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Minuman iringan bagi kaum

Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan

manisan berasaskan kekacang.

Yong Tau Fu

16

Page 17: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

Char Kuey Teow

NASI AYAM

Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan

makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand,

serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan

sedemikian karena asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh

populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi

makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur

masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa makanan di Asia

Tenggara.

Nasi Ayam Hainan

RESIPI NASI AYAM HAINAN

Bahan-Bahan:

17

Page 18: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

4 tin susu beras2 helai daun pandan2 susu mentegaDaun saladTimun

Sop Ayam:4 ulas bawang putih }2 inci halia } kisar

1 ekor ayamGaram Bahan kisar:8 ulas bawang putih 4 inci halia

Sos cili:10 batang cili merahair limau kasturiGula

Cara:

1. Ayam yg telah direbus dipotong 4. Gaul dengan kunyit/tepung jagung/garam lalu goreng dlm minyak penuh.

2. Panaskan periuk tumis bahan kisar.

3. Bila garing masukkan daun pandan & beras bersama 4 tin susu dari sop ayam. Biar nasi masak. Bila dah masak ratakan dengan mentega & garam.

PENUTUPPENUTUPUntuk mengakhiri folio ini, saya ingin menyentuh aspek etika sosial dan tata

cara peradaban meja makan di Malaysia. Sebelum itu, mari kita meninjau ke

dapur-dapur orang Malaysia. Terdapat pelbagai kaedah memasak yang boleh kita

pelajari. Bagi kaum Melayu peralatan seperti batu lesung merupakan peralatan

‘mesti ada’ dari nenek moyang kita dahulu hingga sekarang. Kaum Cina dengan

kuali atau ‘wok’nya dan kaum India dengan belanganya pula. Kaum ethenik di

Malaysia menganggap suasana ketika menikmati hidangan adalah aktiviti

komuniti, tidak kira di rumah atau di restoran. Makanan dihidang serentak dan

setiap individu akan dihidangkan dengan nasi dan mereka akan memilih lauk pauk

sendiri. Orang India dan orang Melayu menggunakan tangan dan kaum Cina

dengan penyepit. Menggunakan tangan juga mempunyai etika tersendiri. Kita

hanya menggunakan tangan kanan dan hujung jari sahaja.  Tapak tangan tidak

digunakan dan ia mesti kelihatan bersih tidak comot.  Membasuh tangan bukan

sahaja bersopan tetapi dimestikan dari segi kebersihan. Kita tidak dibenarkan

sama sekali mengambil makanan dari pinggan hidang dengan tangan. Kita

18

Page 19: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

sepatutnya menggunakan sudu yang disediakan dengan mengambilnya dengan

tangan kiri. Anda digalakkan mengambil makanan terdekat dengan anda dahulu

dan tidak terlalu banyak bercakap jangan bercakap ketika mulut masih penuh dan

akhir sekali tidak mengunyah terlalu kuat.

 Bagi kaum Cina memang lasimnya menggunakan penyepit, tetapi di

restoran dan kedai makanan ada juga yang menyediakan sudu dan garpu. Mereka

dianggap tidak bersopan jika menjilat hujung penyepit dan meletakkan penyepit di

atas mangkuk nasi. Letakkan penyepit di tempat yang disediakan dan jangan

berebut-rebut, pastikan anda menunggu giliran apabila memusing bulatan

pemusing. Pada lazimnya hidangan Cina diiringi dengan pelbagai sos, pastikan

anda mengambil sos dengan sudu yang disediakan dan letakkan sos ke dalam piring

kecil yang disediakan dan jangan sekali-kali mencelup makanan di pinggan hidang.

Budaya makan di Malaysia dianggap unik dan istimewa kerana ia

merupakan campuran budaya daripada beberapa kaum yang lain di Asia. Kita

seharusnya menghargainya dan mencintainya supaya generasi masa hadapan dapat

memahami dan menghormati adat resam dan budaya berbilang kaum di Malaysia

ini. Oleh demikian, wujudlah sebuah masyarakat yang beraman-damai, bersepadu,

dan harmonis.

19

Page 20: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

RUJUKANRUJUKAN

1. Buku Teks KBSM Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Ting.31. Buku Teks KBSM Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Ting.3 Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent Selva A/L Santhanasamy,Lim Jin Fou Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent Selva A/L Santhanasamy,Lim Jin Fou Kementerian Pelajaran Malaysia, Percetakan Rina Sdn. Bhd Kementerian Pelajaran Malaysia, Percetakan Rina Sdn. Bhd ISBN 9383-9859-88-9 ISBN 9383-9859-88-9

2.2. http://www.rasamalaysia.com/http://www.rasamalaysia.com/

3. http://www.angelfire.com/tv2/masakanmalaysia/3. http://www.angelfire.com/tv2/masakanmalaysia/

5. http://mimieziss.multiply.com/journal/item/25/PEMBUDAYAAN_MAKANAN_ 5. http://mimieziss.multiply.com/journal/item/25/PEMBUDAYAAN_MAKANAN_ MALAYSIAMALAYSIA

6.06.0 http://resepi.mesra.net/http://resepi.mesra.net/

6.1 6.1 http://resepi.mesra.net/Detailed/2871.shtml

6.2 http://resepi.mesra.net/Detailed/870.sh6.3 http://resepi.mesra.net/Detailed/870.sh6.3

6.3 http://resepi.mesra.net/Detailed/417.shtml 6.3 http://resepi.mesra.net/Detailed/417.shtml

20

Page 21: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

6.4 http://resepi.mesra.net/Detailed/2504.shtml6.4 http://resepi.mesra.net/Detailed/2504.shtml

6.5 http://resepi.mesra.net/Detailed/2469.shtml6.5 http://resepi.mesra.net/Detailed/2469.shtml

LAMPIRANLAMPIRANhttp://www.cafe.com.my/delicacy/malaysiafood.htmlhttp://www.cafe.com.my/delicacy/malaysiafood.html

21

Page 22: BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA-SIVIK 2008

http://mimieziss.multiply.com/journal/item/25/PEMBUhttp://mimieziss.multiply.com/journal/item/25/PEMBUDAYAAN_MAKANAN_MALAYSIADAYAAN_MAKANAN_MALAYSIA

22