budaya kaum murut

6
BUDAYA KAUM MURUT Penduduk Sabah terdiri daripada berbilang kaum, adat, budaya dan dikatakan lebih dari 30 suku kaum terdapat di negeri ini. Suku kaum di Sabah mudah dikenali melalui kebudayaan dan cara hidup mereka. Budaya yang dimaksudkan di sini ialah keseluruhan cara hidup masyarakat yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Ia merupakan suatu amalan yang diterima oleh sesebuah masyarakat seterusnya dijadikan budaya dalam kehidupan mereka. Salah satu etnik yang ada di negeri Sabah adalah suku kaum Murut yang kaya dengan budayanya. Kaum Murut ini merupakan suku kaum yang tertua di Sabah dan ia juga merupakan suku etnik ketiga terbesar di sabah. Kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman terutamanya di Pensiangan, Kemabong, Tenom, Nabawan dan beberapa daerah di negeri ini. Rajah 1 : Budaya Kaum Murut Seperti suku kaum yang lain di Sabah, suku kaum Murut juga kaya dengan seni budaya yang telah menyerap ke dalam gaya dan cara hidup harian mereka. Kesemuanya mempunyai ciri-ciri tersendiri dan berbeza-beza bagi setiap kaum. Contohnya, bagi suku kaum Murut, mereka mempunyai motif mereka tersendiri. Oleh kerana suku ini lebih gemar tinggal di kawasan hutan sejak berabad lamanya, maka cara hidup mereka sering bergantung pada hasil lautan dan M otif Pakaian tradisional Tarian K ebudayaa n “Pesta Keam atan

Upload: ummi-syafiqah

Post on 29-Dec-2015

373 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Budaya murut

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya Kaum Murut

BUDAYA KAUM MURUT

Penduduk Sabah terdiri daripada berbilang kaum, adat, budaya dan dikatakan lebih

dari 30 suku kaum terdapat di negeri ini. Suku kaum di Sabah mudah dikenali melalui

kebudayaan dan cara hidup mereka. Budaya yang dimaksudkan di sini ialah keseluruhan

cara hidup masyarakat yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Ia

merupakan suatu amalan yang diterima oleh sesebuah masyarakat seterusnya dijadikan

budaya dalam kehidupan mereka. Salah satu etnik yang ada di negeri Sabah adalah suku

kaum Murut yang kaya dengan budayanya. Kaum Murut ini merupakan suku kaum yang

tertua di Sabah dan ia juga merupakan suku etnik ketiga terbesar di sabah. Kebanyakan

mereka tinggal di kawasan pedalaman terutamanya di Pensiangan, Kemabong, Tenom,

Nabawan dan beberapa daerah di negeri ini.

Rajah 1 : Budaya Kaum Murut

Seperti suku kaum yang lain di Sabah, suku kaum Murut juga kaya dengan seni

budaya yang telah menyerap ke dalam gaya dan cara hidup harian mereka. Kesemuanya

mempunyai ciri-ciri tersendiri dan berbeza-beza bagi setiap kaum.

Contohnya, bagi suku kaum Murut, mereka mempunyai motif mereka tersendiri. Oleh

kerana suku ini lebih gemar tinggal di kawasan hutan sejak berabad lamanya, maka cara

Motif

Pakaian tradisional

Tarian Kebudayaan

“Pesta Keamatan”

Page 2: Budaya Kaum Murut

hidup mereka sering bergantung pada hasil lautan dan memburu di samping hasil tanam-

tanaman yang diusahakan dan hasil tangkapan dari sungai.

Pada kebiasaanya perkampungan suku kaum Murut juga telah mempengaruhi cara

hidup mereka untuk berkecimpung dalam bidang pembuatan kraftangan menggunakan hasil

hutan seperti rotan dan kulit kayu serta dari aspek budaya yang telah dijadikan sumber dan

bahan untuk menghasilkan kraf bermotif yang telah menjadi identiti mereka.

Motif yang dinamakan “Nantuapan” atau diertikan sebagai pertemuan adalah motif

yang amat dikenali ramai. “Nantuapan” adalah corak Suku Kaum Murut Daerah

Kinabatangan, Sabah. Corak ini melambangkan pertemuan komuniti (empat orang), dua

orang perempuan dan dua orang lelaki. Di tengah-tengah empat orang itu terdapat sebuah

tajau berisi tapai yang dilambangkan dengan sebuah lingkaran (bulatan kecil). Dengan

tujuan baik, tanda penghormatan dan kesyukuran, tapai diminum secara bergilir-gilir

menandakan semangat komuniti dan kekitaan. Motif ini digemari diletakkan sebagai

penghias pada pakaian, baju batik dan hasil-hasil dinding rumah kediaman serta digunakan

sebagai unsur pada reka bentuk bangunan dan pelbagai lagi.

Rajah 2 : ‘Nantuapan’

Motif “Sinking” juga merupakan motif suku kaum Murut yang membawa maksud

berhampiran yang sering digunakan oleh penduduk negeri ini sebagai motif bagi beberapa

perkara yang berkaitan. Dalam membentuk motif-motif ini, suku kaum Murut gemar dengan

adunan warna hitam sebagai warna utama dicampur dengan warna merah dengan latar

belakang warna pucat, keputihan atau tanpa warna. Warna hitam digunakan bagi

menimbulkan motif sebenar pada rekaan-rekaan tertentu.

Page 3: Budaya Kaum Murut

Kesemua warisan ini kebiasaannya dihasilkan dengan menggunakan bahan

tumbuhan semulajadi. Sebagai contoh warna merah yang diperolehi daripada getah kulit

buah rotan yang mereka panggil “Lalandang”. Manakala warna hitam dihasilkan daripada

arang.

Terdapat juga motif suku kaum Murut yang membawa makna jenis motif ini agak

kurang popular di kalangan penduduk tempatan di Sabah. Motif-motif suku kaum Murut kian

terkenal di kalangan orang ramai, lebih-lebih lagi kebanyakan motif tersebut dipilih oleh

pereka-pereka fesyen pakaian sebagai motif hiasan pada pakaian baju batik lelaki dan

pakaian kebaya wanita yang sering dipakai khas untuk majlis-majlis rasmi kerajaan yang

lain.

Motif-motif suku kaum Murut juga sering dilihat di bangunan kerajaan, swasta serta

rumah-rumah persendirian agar dapat mengetengahkan budaya tempatan di peringkat

negeri, negara dan global melalui penciptaan barangan cenderamata.

Suku kaum Murut juga amat dikenali mereka yang yang unik dan jauh berbeza

daripada pakaian suku kaum yang lain. Masyarakat Murut mewarisi pakaian tradisional

yang dihiasi dengan manik yang berwarna-warni yang telah direka dengan pelbagai bentuk

dan corak. Kadang-kala orang ramai hanya dapat melihat masyarakat Murut berpakaian

warna-warni yang lengkap dalam sesuatu uparaca khas ataupun dalam majlis-majlis

keramaian seperti Pesta Kaamatan, perkahwinan dan upacara amal ataupun majlis

sambutan anjuran badan-badan tertentu.

Pakaian Adat suku kaum Murut bagi lelaki ialah memakai jaket barbaru dan cawat

dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan

kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita pula menggayakan pakaian pinongkolo

dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga

dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

Page 4: Budaya Kaum Murut

Rajah 3 : Pakaian tradisional Kaum Murut

Selain itu, orang-orang Murut juga terkenal dengan tarian Lansaran serta

Mangunatip yang penuh tenaga. Di kebanyakkan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim

ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan,

penari-penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di bandar-bandar sehingga

menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar negara. Walaupun

terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah diubah namun makna serta gaya tariannya

masih tidak terjejas.

Bagi Tarian Mangunatip, ia merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum

Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna

jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua

batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak

memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan

bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk

memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.Ia juga bertujuan untuk mempamerkan unsur

kegagahan yang ada dalam kaum Murut serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek

moyang mereka agar dapat menjaga mereka. Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan

padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka.

Page 5: Budaya Kaum Murut

Rajah 4 : Tarian Mangunatip

Di samping itu, gaya tarian Mangunatip ini juga amat unik serta mempesonakan

dimana penari lelaki yang memegang parang akan melompat ke atas bambu yang disusun

berselang-seli oleh penari-penari lelaki lain. Selepas itu, penari yang berada di atas itu

( dianggap sebagai seorang pemburu) akan menggunakan penyumpit (buluh yang

dimasukkan sejenis sumpit) untuk memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik

daripada gendang kulit serta somputon akan mengawal rentak tarian ini.

Tarian Lansaran pula merupakan tarian yang agak bertenaga dan juga memenatkan.

Tarian ini diadakan untuk tujuan menyambut hasil padi yang baik, perkahwinan dan juga

sebagai menyambut tetamu. Biasanya lansaran ditarikan sehingga 2 hari lamanya secara

beramai-ramai tidak kira tua atau muda. Para penari akan memijak lantai yang seolah-olah

berspring seperti pada rajah dan selepas itu akan mempunyai rentak tersendiri. Tarian ini

dapat mengeratkan perhubungan di antara kaum keluarga serta sahabat di samping menjadi

suatu daya tarikan pelancong.

Page 6: Budaya Kaum Murut

Rajah 5 : Tarian Lansaran

Selain itu, seperti yang kita sedia maklum, suku Kaum Murut di Sabah terdiri daripada

pelbagai jenis iaitu Baukan, Timugon, Paluan, Tagal atau Tahol, Kolod, Naabai, Sembakung,

Serudung dan Kalabakan. Kepelbagaian jenis Murut ini adalah disebabkan oleh bentuk

muka bumi yang berbukit bukau dan terletak di kawasan penempatan yang berbeza. Suku

kaum Murut di Sabah terpisah-pisah antara satu sama lain sehingga membawa kepada

perbezaan dari segi dialek dan sedikit perbezaan adat resam. Salah satu budaya yang

dikongsi bersama ialah “Pesta Keamatan” (Bahasa Dusun) atau “Pesta Napangaan

Nangotom” (Bahasa Murut). Dalam bahasa Melayu bermaksud “Pesta Selasai Menuai Padi”.

Dari segi agama, ramai suku kaum Murut di Sabah yang beragama Kristian dan

sebilangannya adalah beragama Islam dan Pagan.

Rajah 6 : Pesta Kaamatan