masyarakat murut

Upload: celine-tie

Post on 01-Mar-2016

116 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

budaya Masyarakat Murut

TRANSCRIPT

  • Masyarakat Murut merupakan suku bangsa yang tertua sekali di Sabah, dan dipercayai datang dari Annam, Indo-China dan sampai ke Sabah melalui kepulauan Filipina. Merupakan kaum ketiga terbesar di Sabah.

  • Secara umumnya kaum murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan SarawakTempat tinggal mereka termasuk Tenom, Rundum, Pensiangan dan Keningau.Mereka tinggal di dalam rumah panjang dalam keluarga yang besar.

  • Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungaiMereka juga menjalankan pemungutan hasil hutan seperti damar, rotan dan madu lebah.Masyarakat Murut utuh dengan budaya hidup berkelompok dalam minoriti merekaTerdapat juga taburan penutur Murut di kampung-kampung lain yang membentuk daerah Temburong, namun jumlah mereka amat sedikit

  • Manakala di Sarawak, etnik ini mendiami bahagian utara Sarawak iaitu di perbatasan Brunei Darussalam dan Sarawak melalui Daerah Temburong. Di Temburong, kebanyakan puak Murut khususnya di kalangan orang tua mewarisi pekerjaan turun-temurun generasi terdahulu sebagai pesawah

  • Terdapat juga di kalangan mereka menanam padi bukit dan melakukan pekerjaan bersifat sara diri seperti berburu, menangkap ikan, menternak ayam dan itik dan menganyam kraftangan sebagai sumber ekonomi sampinganManakala generasi muda yang berpendidikan lebih berminat berkhidmat di perkhidmatan awam dan swasta.

  • Pada zaman dahulu mereka mempercayai amalan animisme iaitu setiap batu, pokok, sungai, dan bukit mempunyai roh tersendiriMenurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno adalah kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya yang berada di bumi, termasuk orang.Terdapat pelbagai kepercayaan suku kaum murut seperti mempercayai semangat terutamanya semangat padi

  • Kepercayaan mereka yang agak popular dan digeruni ramai ialah kegemaran mereka memburu kepala untuk memuja semangat dan dijadikan persembahan.Pada kira-kira abad ke-17 hingga abad ke 18 masyarakat Murut masih lagi mempunyai kepercayaan bahawa tengkorak manusia boleh membawa kebaikan kepada mereka lalu menggantung beberapa biji tengkorak manusia di atas Tangkob(peti)

  • Bagi mengelakkan semangat padi diganggu dan rezeki pemilik padi akan bertambah maka tengkorak manusia digantung di sebelah atas tangkob bersama-sama beberapa buah kerang gergasi, daun silad kering dan tulang binatang.Mengikut cerita-cerita lisan nama tapak arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna yang kini di bawah jagaan Muzium Sabah kononnya bersempena dengan penemuan banyak tengkorak manusia di lereng bukit tersebut pada zaman dahulu.

  • Kaum murut merupakan di antara kaum terbesar yang terdapat di Borneo dan menggunakan beberapa bahasa untuk berkomunikasi ia berikutan dengan kaitan bahawa kaum Murut itu merupakan rumpun suku kaum Dayak yang terdapat di utaraKalimantan Timur,BruneidanSabah dan Sarawak,Malaysia Timur

  • Kelompok bahasa kaum murut ini terbahagi kepada 3 kelompok besarKelompok Bahasa Murut Kelompok bahasa Utara Kelompok bahasa Tidung Kelompok Bahasa Murut diamalkan oleh suku kaum Okolod dan Selungai Murut yang terdapat di sekitar Kalimantan Timur, Keningau Murut yang tinggal di sekitar Keningau juga Tagal Murut, Timugon Murut dan Paluan yang terdapat sekitar Sabah.

  • Kelompok bahasa utara yang diamalkan oleh suku Bookan di SabahKelompok bahasa Tidung diamalkan oleh suku Tidung yang tinggal di sekitar Kota Taraken, suku Bulungan di sekitar Kabupaten Bulungan. Di sekitar Sabah ialah suku Kalabakan, Sembakung Murut dan Serudung Murat

  • Dari segi pengelompokan bahasa, hasil daripada kajian Appel (1968) dan Prentice D.J. (1971) bahasa Murut digolongkan dalam keluarga bahasa Murutik iaitu salah satu daripada tiga cabang keluarga bahasa yang dikelompokkan di bawah keluarga bahasa IdahanSubrumpun bahasa Murut tersebut merupakan bahasa yang sama, perbezaan yang wujud dalam bahasa mereka hanyalah perbezaan variasi (Bolang dan Harrison 1949, Asmah Omar 1983, Ipoi Datan 1989).

  • Adat berkunjung Tetamu akan dilayan dengan sebaik-baiknya, dijamu makanan dan diberi minum tapaiKaum wanita yang tiada suami atau kaum keluarga lelaki tidak dibenarkan menerima tetamu di kalangan lelaki yang tiada pertalian dengannya.membuktikan adat kesopanan mereka

  • Setiap rumah yang hendak dilawati mesti mempunyai ketua lelaki di rumahTetamu yang melawat pada malam hari perlu membawa lampu suluh supaya tuan rumah yang mendengar suara dari luar, dapat menjenguk dari dalam dan mengenali tetamu yang datang sebelum menjemputnya naik.

  • tarian tradisi kaum Murut Timugon dari daerah Tenom. Magunatip berasal dari perkataan apit yang bermakna jepit (ketika menari kaki penari akan diapit dengan dua buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya). Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magginakan yang memuja semangat padi. Tarian Magunatip bertujuan memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.

  • Adat merisik sama seperti adat merisik yang diamalkan oleh masyarakat lain. Tiada adat meminang yang khusus di dalam masyarakat MurutPilihan jodoh merupakan urusan ibu bapa dan biasanya usia gadis yang dipinang oleh ibu bapa si teruna ialah pada umur 13 tahun dan umur si teruna ialah 15 tahunIstiadat perkahwinan dijalankan selama lima hari berturut-turut, dua hari di rumah pengantin lelaki dan tiga hari pertama di rumah pengantin perempuan

  • Pengantin lelaki tidak akan ikut bersama apabila rombongan daripada pihak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Dia akan menunggu sahaja ketibaan rombongan pengantin perempuan. Setiap ahli daripada pihak lelaki yang hadir juga diwajibkan membawa wang dan dua ela kainPada hari kedua, ibu bapa pengantin perempuan akan membentang seutas tali di dewan perkahwinan dan pihak lelaki akan menggantung kain-kain yang telah mereka bawaDengan ini mereka dapat mengetahui keikhlasan hati pihak lelaki untuk memiliki anak perempuan merekaPada hari ketiga pula akan diadakan pertandingan minum tapai dan para tetamu dipelawa memasuki pertandingan yang berupa pertandingan perpisahan ini.

  • tidak boleh memegang atau mengusik sesuatu yang ganjil.dilarang berdiri di tepi pintu kerana perbuatan ini akan mempengaruhi anak di dalam kandungannyadiadakan upacara Kangkab yang akan dilakukan bomoh untuk menjauhi malapetaka ketika hendak melahirkan anakSelepas bersalin, seorang ibu tidak dibenarkan makan lauk selama sebulan dan hanya makan bubur nasi dan air akar-akar kayuSeorang bidan yang berpengalaman dalam bidang ini akan menjaga ibu itu sehingga beberapa hari.

  • Pemilihan nama amat dititikberatkan oleh masyarakat Murut kerana kebanyakan nama yang diberi adalah berdasarkan nama alam semulajadi atau disebabkan sesuatu peristiwa tertentuBayi akan dinamakan sempena nama pokok, sungai atau tempat. Anak diberi nama mengikut keinginan ibu ketika mengandung seperti mengidam hendak makan sesuatu, umpamanya pelanduk dan kijang. Selepas genap 40 hari, diadakan upacara Angiru Ralarompirot yang bermaksud pembuangan tali pinggang si ibu di rumah mertua

  • Apabila berita kematian diketahui, keluarga si mati akan memukul gongSeluruh penduduk kampung yang sibuk bekerja akan segera pulang ke rumahahli keluarga atau saudara perempuan si mati akan meratapi kematian tersebut sebagai tanda kesedihanMayat akan berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau (keranda) yang dikenali sebagai bangkalan oleh masyarakat Murut

  • Tajau tersebut akan ditutup dengan kayu dan di atasnya dipasang lampu kecil bertujuan untuk menakutkan hantu syaitan. Setelah empat malam keesokan paginya tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah perkuburankeluarga si mati, terutama kaum perempuan akan menangis kerana mereka percaya dengan berbuat demikian, roh si mati akan selamat sampai ke syurga disamping bertujuan mengucapkan selamat jalan kepada si mati. Bagi sesiapa yang menghantar tajau mayat tersebut , mereka akan dikenakan pantang larang tertentu selama empat hari tidak terkecuali bagi balu si mati di mana dia tidak boleh keluar rumah kecuali atas beberapa sebab-sebab tertentu dan dia juga perlu memotong pendek rambutnya.

  • guru akan merancang pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai di dalam kelasGuru juga boleh mendalami dan memahami pelbagai kaum serta budaya untuk menambah pengetahuan dan pengalamannya sebagai guru lalu membentuk suasana bilik darjah yang lebih mesra budayaguru lebih peka terhadap perkara-perkara yang sensitif terhadap budaya sesuatu kaum dan mengelakkan murid-murid berasa tersinggung jika guru secara tidak sengaja mempersendakan kepercayaan atau adat resamnya

  • guru juga akan menggunakan bahasa dalam konteks situasi dan sosial yang sesuaiGuru juga akan melayan murid dari pelbagai budaya dengan adil dan saksama tanpa memilih kasih dan mengasing-asingkan mereka.Guru sendiri perlu menjadi role model kepada murid dengan mengamalkan semangat muhibah di kalangan rakan sekerja dan kakitangan sekolah.

  • murid dapat mempelajari tentang kebudayaan pelajar lain menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka di dalam hubungan sosial dalam dan luar bilik darjahmurid dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi kehidupan terutamanya di kalangan masyarakat setempat.Melalui pengalaman mereka bergaul dengan rakan dari pelbagai kaum ini komunikasi yang berkesan dan pembelajaran efektif dapat dijalankan dengan lancar

  • Murid juga secara tidak langsung dapat mengelakkan diri daripada menyentuh hak serta sensitiviti rakan terutamanya dari kaum lain.Murid selain itu dapat menambah rakan-rakan daripada pelbagai latarbelakang, bangsa dan agamaMurid perlu berusaha melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan jayanya dan mengelakkan perasaan tidak selesa bersama kaum lain sewaktu menjalankan sesuatu aktiviti

  • menjadikan sekolah lebih peka terhadap pelancaran sesuatu aktiviti yang melibatkan penyertaan semua muridPihak pengurusan sekolah juga dapat melaksanakan persekitaran sekolah yang mesra budaya dan menghidupkan suasana muhibah di kalangan warga sekolah. Majlis-majlis yang memupuk semangat nasional dan cintakan negara juga diperbanyakkan bagi membentuk pelajar yang bersatu padu dalam mempertahankan kesejahteraan Malaysia

  • Pihak sekolah juga dapat mempelbagaikan aktiviti dan pertandingan yang memerlukan kerjasama pelbagai kaum sesuai dengan pembentukan masyarakat majmuk yang bekerjasama.

  • (lakonan dan drama)suatu teknik yang boleh menarik minat kanak-kanak.pengajaran dan pembelajaran boleh dilakonkan atau dihidupkan dengan menggunakan teknik lakonanguru hendaklah mencari cerita yang sesuai dan hendaklah menyentuh semangat kerjasama dan tolong-menolong sesama masyarakatguru juga boleh mencari cerita lakonan yang menceritakan tentang sesuatu kaum itu

  • Sebagai contoh kaum Murut guru boleh menyuruh murid melakonkan watak di dalam cerita Si Poringan.guru mengarahkan murid yang dipilih menjadi pelakon berlatih dan membiasakan diri dengan dialogMurid-murid lain perlu melibatkan diri dengan penyediaan bahan dan prop yang boleh digunakan untuk berlakonmurid dikehendaki mencari nilai moral di dalam cerita ini iaitu supaya tidak hidup berpuak-puak dan menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan kaedah perundinganSecara tidak langsung murid dapat memahami budaya kaum Murut melalui penceritaan di dalam lakonan itu

  • (Perbincangan)melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid dan murid dengan murid sendiriKaedah perbincangan yang paling sesuai untuk suasana mesra budaya ialah kaedah sesi BuzzKaedah ini dijalankan dengan guru memilih murid daripada pelbagai kaum dan dibahagikan kepada 4 ke 6 orang bagi satu kumpulanPerbincangan yang dilakukan hendaklah diselia oleh seorang ketua kumpulan

  • Guru perlu memastikan pelajar dapat bekerjasama dengan baik dan ketua kumpulan dapat mengawal disiplin kumpulan dengan baik.Murid mesti menghormati rakan dan juga pendapat yang diberi olehnyaMurid juga perlu bekerjasama di kalangan ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk menyelesaikan masalah yang telah diberikanKetua perlu memastikan setiap ahli kumpulannya berbincang serta memberi sekurang-kurangnya satu ideaIdea-idea yang dipersetujui bersama akan disampaikan kepada guru untuk penilaian.

  • Melalui kaedah ini murid dapat belajar bekerjasama tidak kira kaum untuk menyelesaikan sesuatu masalahSelain itu murid dapat belajar nilai bertoleransi di kalangan rakan sekumpulan yang terdiri daipada pelbagai budayaMurid juga dapat belajar untuk menghormati dan mematuhi arahan ketuaMurid juga secara tidak langsung memahami bahawa setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan mudah melalui perbincangan.