borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · peraturan sukan bola tampar telah berubah beberapa...

23
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: ANALISIS PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA DI ANTARA PASUKAN UNIVERSITI MALAYSIA DAN PASUKAN UNIVERSITI THAILAND SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya: WONG SIN YIN_____ ____ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: E2-2, EN. SYAHRUL RIDHWAN B. MORAZUKI TAMAN TENGKERA JAYA, 75200 MELAKA Tarikh : _____________________ Tarikh: _______________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). 20 April 2010 20 April 2010

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL:

ANALISIS PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA DI ANTARA PASUKAN UNIVERSITI MALAYSIA DAN PASUKAN UNIVERSITI THAILAND

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya:

WONG SIN YIN_____ ____

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: E2-2, EN. SYAHRUL RIDHWAN B. MORAZUKI TAMAN TENGKERA JAYA, 75200 MELAKA Tarikh : _____________________ Tarikh: _______________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

20 April 2010 20 April 2010

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Tandatangan :

Nama Penyelia : EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI

Tarikh : APRIL 2010

ANALISIS PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA DI ANTARA PASUKAN

UNIVERSITI MALAYSIA DAN PASUKAN UNIVERSITI THAILAND

WONG SIN YIN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

ii

Saya akui karya ini bertajuk “Analisis Perlawanan Bola Tampar Wanita Di Antara

Pasukan Universiti Teknologi Malaysia dan Pasukan Universiti Thailand”

adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah

saya perjelaskan sumbernya.

Tandatangan : Nama Pelajar : WONG SIN YIN

Tarikh : APRIL 2010

iii

DEDIKASI

Buat Keluarga yang Dikasihi,,

Bagi Wong King Pow dan Low Ku Moi serta adik beradik yang dikasihi, kalianlah

semangat untuk saya teruskan perjuangan. Semangat kalian semua telah memberikan

dorongan terhadapku dalam menempuh hidup yang kian mencabar. Setiap kejayaan yang

dicapai adalah untuk kalian. Jasa dan budi kalian semua akan diingati selama-lamanya.

Buat rakan seperjuangan serta Warga SPS yang dikasihi,

Terima kasih atas segala dorongan, bantuan dan kerjasama yang telah diberikan.

Buat yang dikasihi,

Sokongan yang dirimu berikan merupakan ‘bara’ yang kian

menyemarakkan semangatku.

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada

pensyarah penyelia, En. Syahrul Ridhwan Morazuki selaku ‘guru’ yang telah banyak

memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehinggalah kajian ini dapat disempurnakan. Saya

juga berterima kasih di atas kesabaran dan kesungguhan beliau semasa membimbing

saya dan rakan-rakan. Sesungguhnya dorongan dan panduan yang beliau berikan

amatlah berguna dan berharga.

Penghargaan juga diberikan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan

serta jurulatih Pasukan Universiti Malaysia yang turut sama memberikan kerjasama,

pendapat dan nasihat untuk saya melengkapkan lagi projek sarjana muda ini.

Ribuan terima kasih juga ditujukan khas kepada pembantu pasukan yang telah

merakam video semasa perlawanan ini berlangsung di Bangkok, Thailand.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi bantuan

dan pandangan. Akhir sekali saya abadikan ucapan penghargaan ini khas buat keluarga

yang disayangi yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta insan yang sentiasa

di sisi.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti faktor-faktor kemenangan pasukan bola tampar Universiti Thailand ke atas pasukan bola tampar Universiti Malaysia. Seramai dua belas orang pemain dari setiap pasukan bola tampar Universiti Malaysia dan pasukan bola tampar Universiti Thailand terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merangkumi tiga analisis utama iaitu analisis ciri-ciri fizikal pemain, analisis nisbah kerja berbanding rehat dan analisis perlawanan berdasarkan kemahiran-kemahiran yang menyumbang kepada perolehan mata semasa perlawanan bagi kedua-dua pasukan. Dapatan kajian mendapati ciri-ciri fizikal pemain Universiti Thailand (68.9 ± 9.1kg, 174.9 ± 6.4cm, SPmax ; 290.6 ± 13.6cm dan BLmax ; 279.4 ± 11.3cm) adalah lebih tinggi daripada pemain pasukan Universiti Malaysia (57.8 ± 7.5kg; 170 ± 3.9cm; SPmax 265.5 ± 5.7cm dan BLmax 255.5 ± 5.7cm). Analisis Independent-Samples T-Test menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam perbezaan berat badan (p<0.01); ketinggian (p<0.05); lompatan spiking maksimum (p<0.001) dan lompatan blocking maksimum (p<0.001) antara pemain Universiti Malaysia dengan pemain Universiti Thailand. Di samping itu, kajian turut mendapati bahawa perlawanan ini hanya berlangsung selama 54 minit dengan nisbah kerja berbanding rehat adalah 1 : 2.3. Dari segi analisis perlawanan, pasukan Universiti Thailand menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam serangan (SPwon 58%), diikuti dengan kesilapan pihak lawan (25%), servis (SV+ve 12%), blocking (BLwon 13%) dan reception (RC+ve 70.0%, RC-ve 20.0% dan RClost 10.0%). Bagi pasukan Universiti Malaysia, kebanyakan mata diperolehi melalui kesilapan pihak lawan (43%), diikuti dengan serangan (SPwon 14%), servis (SVwon 16% ), blocking (BLwon 2%) dan reception (RC+ve 22.0%, RC-ve 41.0% dan RClost

37.0%). Kesimpulannya, faktor yang menyumbang kepada kemenangan pasukan bola tampar Universiti Thailand adalah faktor fizikal pasukan Universiti Thailand yang lebih bagus, kemahiran serangan yang lebih baik, sangat bagus dalam melakukan reception dan memperolehi banyak mata menerusi kesilapan pihak lawan serta blocking lemah pihak lawan.

vi

ABSTRACT

This study was carried out to determine the factors that contributing the winning of

Thailand’s University volleyball team over Malaysia’s University volleyball team.

Twelve volleyball players from each Malaysia’s University volleyball team and

Thailand’s University volleyball team involved in this study. This study consists of three

main analyses which are the analysis of physical characteristics of players, the work to

rest ratio analysis and analysis based on the skills that contribute to the acquisition of

points during the match for both teams. Results of this study found that physical

characteristics of Thailand’s players (68.9 ± 9.1kg; 174.9 ± 6.4cm; SPmax 290.6 ±

13.6cm and BLmax 279.4 ± 11.3cm) were greater than the Malaysian players (57.8 ±

7.5kg; 170 ± 3.9cm; SPmax 265.5 ± 5.7cm and BLmax 255.5 ± 5.7cm). Independent-

Samples T-Test analysis revealed significant difference in body weight difference

(p<0.01); height (p<0.05); maximum reach of spike (p<0.001) and maximum reach of

block (p<0.001) between Malaysian and Thailand players. Besides, this study also

found that this match was only 54 minutes compared with the work rest ratio was 1: 2.3.

In terms of match analysis, University of Thailand was excellent in attack (SPwon 58%),

followed by the opponent error (25%), service (SV+ve 12%), blocking (BLwon 13%) and

reception (RC+ve 70.0%, RC-ve 20.0% and 10.0% RClost) respectively. For University of

Malaysia, most of the points came from opponent error (43%), followed by attacking

(SPwon 14%), service (SVwon 16%), blocking (BLwon 2%) and reception (RC+ve 22.0%,

RC-ve 41.0% and 37.0% RClost

) respectively. As a conclusion, factors that contributed to

the victory of Thailand’s University volleyball team were their greater physical and

greater attacking skills, very good in reception, got a lot of points from opponent error

and weak blocking.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Hipotesis Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Delimitasi Kajian 6

1.8 Definisi Operasional 7

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Nisbah Kerja dan Rehat (Kerja : Rehat) 12

2.3 Analisis Notasional 13

2.4 Teknologi Video Sebagai Sumber Maklum Balas 15

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Subjek Kajian 16

3.2 Rekabentuk Penyelidikan 16

3.2.1 Data Asas Ciri-Ciri Fizikal Pemain 16

3.2.2 Analisis Nisbah Kerja dan Rehat (Kerja : Rehat) 17

3.2.3 Analisis Perlawanan 17

3.3 Pengumpulan dan Penganalisaan Data 20

4 ANALISIS DATA

4.1 Ciri-Ciri Fizikal 21

4.1.1 Ciri-Ciri Fizikal Pasukan Universiti Malaysia dan

Pasukan Universiti Thailand 21

4.2 Analisis Nisbah Kerja dan Rehat (Kerja : Rehat) 24

4.3 Rumusan Prestasi Pasukan 25

4.4 Analisis Notasional: Servis 27

4.5 Analisis Notasional: Blocking 30

4.6 Analisis Notasional: Serangan 35

4.7 Analisis Notasional: Reception 40

ix

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN

5.1 Ciri-Ciri Fizikal Pemain 43

5.2 Nisbah Kerja dan Rehat (Kerja : Rehat) 45

5.3 Analisis Notasional Dari Segi Kemahiran 46

5.4 Kesimpulan 49

5.5 Cadangan 50

RUJUKAN 51

LAMPIRAN (A1 – B3) 55

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Data ciri-ciri fizikal pemain pasukan Universiti Malaysia dan

pasukan Universiti Thailand 22

4.2 Nisbah kerja: rehat perlawanan 24

4.3 Keputusan Perlawanan 25

4.4 Rumusan Prestasi Pasukan 26

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Klasifikasi Sukan (Read dan Edwards, 1992) 10

2.2 Faktor yang mungkin menyumbang kepada kemenangan

atau meningkatkan prestasi dalam net and wall games

(Hughes dan Bartlett, 2004) 11

3.1 Reka Bentuk Analisis Perlawanan 19

4.1 Perbandingan Lompatan Pemain 23

4.2 Taburan kemahiran servis pasukan Universiti Malaysia 27

4.3 Taburan kemahiran servis pasukan Universiti Thailand 28

4.4 Perbandingan pasukan dari segi kemahiran servis dalam

bentuk peratusan 29

4.5 Taburan kemahiran blocking pasukan Universiti Malaysia 30

4.6 Taburan kemahiran blocking pasukan Universiti Malaysia

dalam bentuk peratusan 31

xii

4.7 Taburan kemahiran blocking pasukan Universiti Thailand 32

4.8 Taburan kemahiran blocking pasukan Universiti Thailand dalam

bentuk peratusan 33

4.9 Perbandingan pasukan dari segi kemahiran blocking

dalam bentuk peratusan 34

4.10 Taburan serangan pasukan Universiti Malaysia mengikut zon 35

4.11 Taburan serangan pasukan Universiti Malaysia dalam bentuk

peratusan 36

4.12 Taburan serangan pasukan Universiti Thailand mengikut zon 37

4.13 Taburan serangan pasukan Universiti Thailand dalam bentuk

peratusan 38

4.14 Perbandingan pasukan dari segi serangan dalam bentuk

peratusan 39

4.15 Taburan kemahiran reception pasukan Universiti Malaysia

dalam bentuk peratusan 40

4.16 Taburan kemahiran reception pasukan Universiti Thailand dalam

bentuk peratusan 41

4.17 Perbandingan pasukan dari segi kemahiran reception dalam

bentuk peratusan 42

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Analisis Independent-Samples T-Test 55

B1-B3 Borang Analisis Data 56

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bola tampar merupakan permainan yang diperkenalkan oleh William G. Morgan

yang dilahirkan di Amerika Syarikat. Pada tahun 1894, beliau telah dilantik sebagai

Pengarah Pendidikan Fizikal di YMCA di Massachusetts. William G. Morgan

memperkenalkan permainan ini setelah mendapati bahawa permainan seperti bola

keranjang tidak sesuai untuk peniaga-peniaga kerana ia melibatkan pertembungan fizikal.

Selain itu, permainan ini turut diperkenalkan berdasarkan inspirasi daripada permainan

tenis yang mana pemain bersaing sesama sendiri di gelanggang masing-masing. Pada

permulaannya, permainan bola tampar diberi nama “Mintonette”. Kemudian, permainan

“Mintonette” ini diubah nama menjadi “volleyball” oleh Professor Alfred T. Halstead.

Bola tampar telah dipertandingkan di Sukan Olimpik pada 1964 untuk kali yang

pertama di Tokyo. Kini, sukan bola tampar telah menjadi salah satu sukan yang

diminati ramai dan merupakan salah satu acara utama dalam kejohanan bertaraf

antarabangsa.

Peraturan sukan bola tampar telah berubah beberapa kali dan perubahan-

perubahan tersebut menyebabkan pemain perlu berada pada tahap fisiologi dan

kemampuan fizikal yang lebih tinggi untuk berada pada prestasi terbaik. Menurut Scates

2

dan Linn (2003), antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang atlet bola

tampar ialah kuasa, kekuatan, kelenturan dan ketangkasan.

Untuk menjadi satu pasukan bola tampar yang berjaya, sesuatu pasukan bola

tampar profesional akan berlatih dengan menggunakan pelbagai kaedah sains sukan

dalam usaha memantapkan setiap aspek yang diperlukan bagi menghasilkan pemain dan

pasukan yang kuat, sekaligus mencapai kejayaan. Di antara aspek yang diberi

penekanan adalah peningkatan tahap fizikal, fisiologi dan psikologi, mengamalkan gaya

pemakanan yang membantu meningkatkan prestasi, mengkaji teknik yang betul dan

berkesan serta melakukan analisis terhadap perlawanan pasukan sendiri dan pasukan

pihak lawan.

Berkenaan dengan analisis perlawanan bola tampar, pelaksanaannya pada masa

kini adalah lebih mudah dan tepat memandangkan kecanggihan teknologi yang wujud

seperti rakaman video digital dan perisian-perisian tertentu yang dapat memproses

maklumat semasa perlawanan serta menterjemahkannya ke bentuk statistik. Analisis

perlawanan bukan sahaja penting untuk menganalisis kekuatan dan kelemahan seseorang

pemain atau sesebuah pasukan tetapi juga dapat memberi gambaran tentang aspek

taktikal pasukan sendiri dan pasukan lawan semasa permainan. Sebagai contoh,

bilangan spike yang berjaya dan gagal, peratusan block yang berjaya, punca utama

pasukan memperoleh atau kehilangan mata, dan sebagainya.

Analisis yang bagus memberi maklumat yang berkaitan dan relevan supaya sesi

latihan dilaksanakan dengan fokus pada teknik dan kemahiran yang terpenting. Selain

itu, jurulatih juga dapat memperolehi maklum balas yang penting untuk melakukan

pembetulan atau perubahan serta merta dalam tempoh perlawanan atau tempoh musim

perlawanan.

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pasukan bola tampar negara Thailand merupakan salah sebuah pasukan yang

kuat bukan saja di Asia Tenggara tetapi juga di benua Asia. Malahan, pasukan bola

tampar peringkat universiti negara tersebut juga baru-baru ini telah menjuarai The 1st

Asian University Women’s Volleyball Championship 2009 di Bangkok, Thailand. Jika

dibandingkan dengan pasukan bola tampar Universiti Malaysia, pasukan negara sekadar

menduduki tempat yang kelima dalam pertandingan tersebut. Pada pertandingan

tersebut juga, pasukan negara tewas mudah kepada pasukan Thailand. Oleh itu, sudah

pasti terdapat jurang perbezaan ketara yang wujud di antara prestasi pasukan bola

tampar Universiti Malaysia dengan pasukan bola tampar Universiti Thailand.

Perbezaan prestasi ini mencetus persoalan apakah faktor-faktor yang

menyumbang kepada kejayaan pasukan Thailand di pertandingan tersebut secara amnya.

Spesifiknya, sebaik manakah prestasi pasukan bola tampar Universiti Thailand

berbanding pasukan bola tampar Universiti Malaysia hingga dapat memenangi

perlawanan dengan mudah.

Justeru itu, kajian ini dijalankan menerusi analisis perlawanan bagi

mengenalpasti dan membandingkan kelemahan dan kekuatan kedua-dua pasukan untuk

dijadikan rujukan bagi meningkatkan prestasi pasukan bola tampar Universiti Malaysia

khususnya pada masa hadapan.

4

1.3 Pernyataan Masalah

Corak permainan bagi setiap pasukan mungkin berbeza memandangkan setiap

pasukan mempunyai kelemahan dan kekuatan sendiri dari aspek fizikal mahupun aspek

teknikal dan taktital. Justeru itu, analisis perlawanan ini dijalankan untuk menghasilkan

satu analisis perlawanan yang berbentuk quantitatif dengan menterjemahkan kekuatan

dan kelemahan pasukan Malaysia dan Thailand melalui percubaan kemahiran yang

dilakukan semasa perlawanan serta melakukan satu perbandingan antara kedua-dua

pasukan dari segi kemahiran servis, serangan, blocking dan reception.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Membuat perbandingan antara pasukan Universiti Malaysia dan Universiti

Thailand dari segi ciri- ciri fizikal seperti berat badan, ketinggian, lompatan

spiking maksimum (SPmax) dan lompatan blocking maksimum (BLmax

).

1.4.2 Mengenalpasti nisbah kerja berbanding rehat (kerja : rehat) dalam perlawanan

tersebut.

1.4.3 Membuat perbandingan antara pasukan Universiti Malaysia dan Universiti

Thailand dari segi kemahiran servis, attacking, blocking dan reception dalam

bentuk peratusan.

5

1.5 Hipotesis Kajian

Ho

1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara berat badan pemain Universiti Malaysia dengan pemain Universiti Thailand.

Ha

1: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara berat badan pemain Universiti Malaysia dengan pemain Universiti Thailand.

Ho

2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ketinggian pemain Universiti Malaysia dengan pemain Universiti Thailand.

Ha

2: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara ketinggian pemain Universiti Malaysia dengan pemain Universiti Thailand.

Ho

3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lompatan spiking maksimum pemain Universiti Malaysia dengan pemain Universiti Thailand.

Ha

3: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara lompatan spiking maksimum pemain Universiti Malaysia dengan pemain Universiti Thailand.

Ho

4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lompatan blocking maksimum pemain Universiti Malaysia dengan pemain Universiti Thailand.

Ha

4: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara lompatan blocking maksimum pemain Universiti Malaysia dengan pemain Universiti Thailand.

6

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini bermanfaat dan memberi faedah kepada beberapa

perkara berikut:

1.6.1 Dapat dijadikan panduan dan dimanfaatkan oleh para jurulatih bola tampar

untuk membentuk program latihan yang bersesuaian bagi memperbaiki

kelemahan dan meningkatkan kemampuan pasukan.

1.6.2 Dapat memberi maklumat kepada jurulatih dan pemain terhadap corak

permainan pasukan yang lebih kuat supaya latihan yang spesifik dapat

dibentuk untuk menyaingi pasukan-pasukan tersebut sekaligus meningkatkan

peluang bagi memenangi perlawanan pada masa akan datang.

1.7 Delimitasi Kajian Kajian ini tidak mengambilkira sebarang aktiviti yang dilakukan oleh kedua- dua pasukan sebelum perlawanan berlangsung.

7

1.8 Definisi Operasional

Definisi bagi istilah- istilah yang digunakan dalam analisis perlawanan ini adalah

seperti berikut:

• SV - Servis

• SVwon -

• SV

Servis yang berjaya memenangi mata.

lost

• SV

- Kesilapan servis yang menyebabkan kehilangan mata.

+ve

dapat menghantar bola tepat kepada setter.

- Servis yang menggugatkan pihak lawan sehingga tidak

• SV-ve -

gugatan.

Servis yang hanya lepas ke pihak lawan tanpa memberi

• SP - Spiking, rejaman atau serangan.

• SPwon

• SP

- Rejaman yang berjaya memenangi mata.

lost

• SP

- Kesilapan rejaman yang menyebabkan kehilangan mata.

neutral

sebarang gugatan.

- Rejaman yang hanya lepas ke pihak lawan tanpa memberi

• BL - Blocking atau hadangan.

• BLwon

• BL

- Hadangan yang berjaya memenangi mata.

lost

• BL

- Kesilapan hadangan yang menyebabkan kehilangan mata.

neutral

• RC - Reception atau penerimaan bola servis atau semasa

- Hadangan yang tidak memenangi atau hilang mata.

pertahanan.

• RC+ve

• RC

- Penghantaran bola tepat kepada setter.

-ve

• RC

- Gagal menghantar bola tepat kepada setter.

lost

kehilangan mata.

- Kesilapan dalam penghantaran bola menyebabkan

• ZL - Zon kiri

• ZC - Zon Tengah

• ZR - Zon Kanan

8

• ZB - Zon Belakang

• SPmax

• BL

- Lompatan spiking maksimum.

max

• Opponent error - Kesilapan yang pihak lawan.

- Lompatan blocking maksimum.