suptem vii 22-25 mei 2017, batu pahat johorbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/suptem2017/... ·...

12
1 | PERATURAN AM SUPTEM 7 SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ POLY-TECH MARA SE-MALAYSIA KALI KE-7 (SUPTEM 7) 2017 Disediakan oleh; Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan SUKAN KOLEJ POLY-TECH MARA SE-MALAYSIA KALI KE-7 (SUPTEM 7) 2017 Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat, Lot 2133, Jalan Gading Emas 6, Taman Gading Emas, Sri Gading, 83300 Batu Pahat, Johor.

Upload: hakien

Post on 30-Jan-2018

254 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUPTEM VII 22-25 MEI 2017, BATU PAHAT JOHORbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/Suptem2017/... · 3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain ... Bola Tampar Wanita

1 | P E R A T U R A N A M S U P T E M 7

SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ POLY-TECH MARA

SE-MALAYSIA KALI KE-7 (SUPTEM 7) 2017 Disediakan oleh; Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan SUKAN KOLEJ POLY-TECH MARA SE-MALAYSIA KALI KE-7 (SUPTEM 7) 2017 Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat, Lot 2133, Jalan Gading Emas 6, Taman Gading Emas, Sri Gading, 83300 Batu Pahat, Johor.

Page 2: SUPTEM VII 22-25 MEI 2017, BATU PAHAT JOHORbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/Suptem2017/... · 3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain ... Bola Tampar Wanita

2 | P E R A T U R A N A M S U P T E M 7

SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Sukan Kolej Poly-Tech MARA Se-Malaysia

kali ke-7 (SUPTEM 7) 2017.

2. PENGELOLA

2.1 SUPTEM 7 ini dianjurkan oleh Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat, Bahagian

Hal Ehwal Pelajar KPTM dengan kerjasama semua Kolej Poly-Tech MARA

seluruh Malaysia.

2.2 Bagi maksud pengelolaan, KPTM Batu Pahat bertanggungjawab dengan

perkara-perkara dasar dan boleh menyerahkan kuasa pengelolaan serta aktiviti

sukan kepada mana-mana KPTM atau satu Jawatankuasa Pengelola yang

ditubuhkan oleh KPTM Batu Pahat .

2.3 Adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Pengelola menerangkan secara

lengkap dan jelas peraturan pertandingan SUPTEM 7 kepada badan /

persatuan sukan dan orang perseorangan yang terlibat dalam pelaksanaan

SUPTEM 7 2017.

3. KELAYAKAN

3.1 Semua Pelajar Kolej Poly-Tech MARA .

3.1.1 Semua pelajar yang berdaftar dan status aktif di KPTM seluruh

Malaysia.

3.1.2 Semua pelajar yang berdaftar dan menghadiri kursus Sijil, Matrikulasi /

Pengajian Asas, Diploma dan Ijazah Pertama.

3.1.3 Setiap pelajar hanya layak mewakili Kolej dimana mereka mendaftar.

3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain yang

bukan pelajarnya akan dikenakan tindakan seperti berikut:

i. KPTM tersebut tidak akan dibenarkan bertanding dalam acara

tersebut. Surat pemakluman secara rasmi dari KPTM Batu

Pahat akan dimajukan kepada Pengarah kampus masing-

masing.

Page 3: SUPTEM VII 22-25 MEI 2017, BATU PAHAT JOHORbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/Suptem2017/... · 3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain ... Bola Tampar Wanita

3 | P E R A T U R A N A M S U P T E M 7

SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR

ii. Keputusan perlawanan sebelumnya akan ditentukan oleh

Jawatankuasa Bantahan dan Juri Rayuan sepertimana Perkara

15.

iii. Seseorang pemain yang digantung permainannya tidak

dibenarkan menyertai sebarang pertandingan dalam tempoh

pergantungannya.

4. ACARA-ACARA YANG DI PERTANDINGKAN

4.1 Jawatankuasa Pengelola SUPTEM hendaklah menganjurkan 10 acara sukan

yang telah ditetapkan iaitu;

1. Futsal Lelaki

2. Futsal Wanita

3. Bola Tampar Lelaki

4. Bola Tampar Wanita

5. Bola Jaring Wanita

6. Sepak Takraw Lelaki

7. Badminton (Perseorangan Lelaki dan Wanita, Beregu Lelaki dan

Wanita dan Beregu Campuran)

8. Ping Pong (Perseorangan Lelaki dan Wanita, Beregu Lelaki dan

Wanita dan Beregu Campuran)

9. Tenpin Boling (Perseorangan Terbuka, Beregu Terbuka dan Trio

Campuran)

10. Petanque (Perseorangan Lelaki dan Wanita, Beregu Lelaki dan

Wanita dan Triple Campuran)

4.2 Semua acara yang di pertandingkan tertakluk kepada Perkara 10 (peraturan

am).

5. KAD PELAJAR (ID)

Semua peserta dikehendaki membawa bersama kad pelajar atau surat pengesahan

pelajar yang ditandatangani oleh Pegawai Sektor Pendaftaran dan Rekod Statistik

kolej masing-masing di sepanjang SUPTEM 7 dijalankan.

Page 4: SUPTEM VII 22-25 MEI 2017, BATU PAHAT JOHORbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/Suptem2017/... · 3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain ... Bola Tampar Wanita

4 | P E R A T U R A N A M S U P T E M 7

SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR

6. BILANGAN PEGAWAI / PESERTA DAN SUKAN YANG BOLEH

DIPERTANDINGKAN

6.1 Bilangan pegawai dan peserta maksimum mengikut jenis-jenis sukan ialah

seperti berikut:-

Bil Perkara Bil.

Pegawai Bil.

Peserta

1 BOLA JARING (W) 1 10

2 BOLA TAMPAR (L)

1 10

BOLA TAMPAR (W) 10

3 FUTSAL (L) 1 8

FUTSAL (W) 1 8

4

PETANQUE (PERSEORANGAN LELAKI)

1

1

PETANQUE (PERSEORANGAN WANITA) 1

PETANQUE (BEREGU LELAKI) 2

PETANQUE (BEREGU WANITA) 2

PETANQUE ( TRIPLE CAMPURAN - 2 LELAKI + 1 WANITA)

3

5

BADMINTON (PERSEORANGAN LELAKI)

1

2

BADMINTON (PERSEORANGAN WANITA) 2

BADMINTON (BEREGU LELAKI) 2

BADMINTON (BEREGU WANITA) 2

BADMINTON (CAMPURAN) 2

6

PING PONG (PERSEORANGAN LELAKI)

1

2

PING PONG (PERSEORANGAN WANITA) 2

PING PONG (BEREGU LELAKI) 2

PING PONG (BERGU WANITA) 2

PING PONG (CAMPURAN) 2

7

TENPIN BOLING (PERSEORANGAN TERBUKA)

1

1

TENPIN BOLING (BEREGU TERBUKA) 2

TENPIN BOLING (TRIO - 2 LELAKI + 1 WANITA) 3

8 SEPAK TAKRAW 1 5

6.2 Pengesahan Penyertaan

6.2.1 Setiap KPTM yang ingin mengambil bahagian dikehendaki mengemukakan

borang pendaftaran pemain mengikut jenis sukan kepada pihak Pengelola

sebelum atau pada 17 Mei 2017 (Rabu) jam 5.00 petang.

6.2.2 Borang pendaftaran pemain mengikut jenis sukan perlu diserahkan kepada

pihak Pengelola melalui faks (07-4345697) atau emel

([email protected] / [email protected]).

Page 5: SUPTEM VII 22-25 MEI 2017, BATU PAHAT JOHORbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/Suptem2017/... · 3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain ... Bola Tampar Wanita

5 | P E R A T U R A N A M S U P T E M 7

SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR

6.2.3 Penyertaan bagi setiap permainan terhad kepada 8 pasukan yang

mengesahkan penyertaan dengan lengkap.

6.2.4 Pengesahan penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa

Pengelola.

6.2.5 Hanya pemain yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran permainan

sahaja layak mengambil bahagian.

7. REFERI KEHORMAT/PENGADIL

7.1 Pengadil bertauliah akan disediakan oleh jawatankuasa pengelola bagi tiap-

tiap permainan yang dipertandingan mulai dengan peringkat awal.

7.2 Pengadil kehormat hendaklah disediakan oleh jawatankuasa pengelola

sepanjang pertandingan.

8. PAKAIAN

8.1 Setiap pemain/pasukan hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan dalam

undang-undang permainan berkenaan.

8.2 Jika kedua-dua pasukan memakai pakaian yang sama warnanya, pasukan

yang namanya mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan mestilah

menukar kepada pakaian yang lain warnanya.

8.3 Pakaian semasa kejohanan adalah berdasarkan kepada peraturan pakaian

pertandingan masing-masing. Pelajar Lelaki diwajibkan memakai ”tight”

sekiranya berseluar pendek dan peserta wanita diwajibkan memakai seluar

panjang sukan dan menutup aurat. Pemakaian skirt bagi peserta wanita

adalah tidak dibenarkan. Pengelola layak membatalkan penyertaan peserta

terbabit sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi.

Page 6: SUPTEM VII 22-25 MEI 2017, BATU PAHAT JOHORbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/Suptem2017/... · 3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain ... Bola Tampar Wanita

6 | P E R A T U R A N A M S U P T E M 7

SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR

9. PERALATAN

9.1 Semua jenis peralatan permainan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal

SUPTEM 7 dan hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

9.2 Semua peralatan dan padang/gelanggang hendaklah disediakan oleh

Jawatankuasa Pengelola dan mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

9.3 Jawatankuasa Teknikal SUPTEM 7 hendaklah memaklumkan kepada

Jawatankuasa Pengelola jenis-jenis kemudahan padang atau gelanggang yang

digunakan semasa kejohanan.

10. SISTEM PERTANDINGAN

Sesuatu pertandingan hanya dapat dijalankan atau diadakan sekiranya terdapat 4

(Empat) pasukan atau lebih mengambil bahagian. Sistem pertandingan akan

dijalankan secara Liga dan/atau Kalah Mati. Manakala bagi acara individu,

pertandingan hanya akan dijalankan sekiranya terdapat minima 4 (Empat) penyertaan

(tertakluk kepada Jawatankuasa Pengelola).

10.1 Cara Satu Kumpulan

10.1.1 Sekiranya lima (5) pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan

dijalankan secara Liga Satu Kumpulan.

10.1.2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai Johan,

Kedua terbanyak menjadi Naib Johan dan seterusnya.

10.2 Cara Dua Kumpulan

10.2.1 Pusingan Awal.

10.2.2 Sekiranya enam (6) pasukan atau lebih mengambil bahagian pasukan

akan dibahagikan kepada dua (2) Kumpulan A dan B dan pertandingan

akan dijalankan secara Liga.

10.2.3 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana-mana kumpulan dengan

hanya dua (2) pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam

kumpulan berkenaan, maka pasukan terakhir dalam kumpulan lagi satu

secara automatik dipindahkan ke dalam kumpulan yang kurang.

Page 7: SUPTEM VII 22-25 MEI 2017, BATU PAHAT JOHORbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/Suptem2017/... · 3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain ... Bola Tampar Wanita

7 | P E R A T U R A N A M S U P T E M 7

SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR

10.3 Pusingan Separuh Akhir.

10.3.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan di tempat dalam dua

kumpulan iaitu kumpulan X dan Y seperti berikut:-

10.3.2 Pertandingan dijalankan secara KALAH MATI.

10.4 Pusingan Akhir

Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk

menentukan Johan dan Naib Johan.

10.5 Format Penentuan Kumpulan

10.5.1 Format bagi sistem liga adalah seperti berikut:-

JUMLAH PASUKAN JUMLAH PASUKAN DALAM KUMPULAN

4 LIGA

5 LIGA

6 3,3

7 3,4

8 4,4

10.5.2 Setiap pasukan yang menduduki dua (2) tangga teratas dalam setiap

kumpulan, akan layak ke pusingan seterusnya.

Kumpulan X Kumpulan Y

Johan Kumpulan A

Naib Johan Kumpulan B

Johan Kumpulan B

Naib Johan Kumpulan A

Page 8: SUPTEM VII 22-25 MEI 2017, BATU PAHAT JOHORbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/Suptem2017/... · 3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain ... Bola Tampar Wanita

8 | P E R A T U R A N A M S U P T E M 7

SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR

10.6 Undian dan Jadual Pertandingan

Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal Pengelola dan susunan

jadual pertandingan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut

format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal SUPTEM 7 .

10.7 Pemberian Mata

Menang - 3

Seri - 1

Kalah - 0

Atau mengikut syarat pemberian mata peraturan permainan yang mempunyai

sistem pemberian mata sendiri.

11. KELEWATAN

11.1 Borang pendaftaran perlawanan hendaklah diserahkan kepada meja urusetia

permainan lima belas (15) minit sebelum masa perlawanan bermula.

11.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut giliran perlawanan (Running

games). Jadual perlawanan akan dibekalkan sebagai panduan masa

perlawanan.

11.3 Sekiranya masa perlawanan diubah, pihak jawatankuasa pengelola/urusetia

teknikal permainan akan memaklumkan kepada pengurus pasukan tiga puluh

(30) minit sebelum perlawanan bermula.

12. PENANGGUHAN

12.1 Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/jadualkan sama

sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang

mengambil bahagian.

12.2 Jawatankuasa Teknikal Pengelola adalah mempunyai kuasa mutlak untuk

menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih

dahulu atau diputuskan dengan serta-merta.

12.3 Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan Jawatankuasa Teknikal Pengelola

hendaklah menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu.

Page 9: SUPTEM VII 22-25 MEI 2017, BATU PAHAT JOHORbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/Suptem2017/... · 3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain ... Bola Tampar Wanita

9 | P E R A T U R A N A M S U P T E M 7

SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR

13. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

13.1 Setiap pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh

dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan untuk

perlawanan yang akan atau sedang berlangsung. Setiap pasukan dikehendaki

meneruskan permainan walaupun telah layak untuk pusingan seterusnya.

13.2 Jika berlaku kecederaan sebelum perlawanan dan pasukan terlibat memberi

kemenangan kepada pihak lawan maka pemain yang cedera mestilah

mendapat pengesahan doktor daripada mana-mana klinik swasta/kerajaan

atau pasukan perubatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Keselamatan

Pengelola.

14. BANTAHAN

14.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi Borang

Bantahan oleh pegawai/pengurus pasukan dan disahkan oleh Ketua Kontinjen

pasukan berkenaan. Hanya pegawai rasmi dari KPTM sahaja yang dibenarkan

membuat bantahan.

14.2 Borang Bantahan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa

Pengelola/urusetia teknikal permainan atau wakilnya dalam tempoh tidak lebih

dari 30 minit selepas keputusan rasmi sesuatu perlawanan itu diumumkan

dengan disertakan wang tunai sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga

Ratus Sahaja) sebagai cagaran dan yuran proses. Wang cagaran ini tidak

akan dikembalikan sekiranya bantahan itu tidak diterima/ditolak.

14.3 Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan bersama bukti perkara yang

dibantah. Jika selepas 60 minit Borang Bantahan diterima dan tiada sebarang

bukti diperolehi, maka bantahan tersebut secara automatik ditolak.

14.4 Sekiranya bantahan diterima oleh Jawatankuasa Bantahan, maka wang

cagaran sebanyak RM 300.00 akan dikembalikan.

14.5 Semua bantahan hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia.

14.6 Keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

15. JAWATANKUASA BANTAHAN :-

Jawatankuasa Pengelola akan menubuhkan Jawatankuasa Bantahan yang terdiri

daripada Lima (5) orang . Ahli-ahli hendaklah terdiri:-

a. Pengerusi Jawatankuasa Bantahan

Page 10: SUPTEM VII 22-25 MEI 2017, BATU PAHAT JOHORbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/Suptem2017/... · 3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain ... Bola Tampar Wanita

10 | P E R A T U R A N A M S U P T E M 7

SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR

b. Jawatankuasa Teknikal Pengelola atau wakil

c. Dua (2) orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam kes yang

berkenaan.

d. Satu (1) orang wakil daripada Jawatankuasa Pengelola/Induk

16. TINDAKAN TATATERTIB

16.1 Setiap pemain/pasukan yang dikenakan tindakan tatatertib sewaktu atau

selepas kejohanan berlangsung, hukuman yang disyorkan adalah seperti

berikut;

16.1.1 Amaran keras

16.1.2 Denda tidak melebihi RM 200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus).

16.1.3 Semua kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.

17 GANTI RUGI

17.1 Jawatankuasa Pengelola berhak menuntut ganti rugi daripada mana-mana

pemain/pasukan/penyokong pasukan yang bertanding atas sebarang kerosakan

yang dilakukan oleh pemain/pasukan/penyokong pasukan berkenaan.

18 BAHAN TERLARANG

18.1 Semua penggunaan bahan terlarang (dadah, alkohol) adalah tidak dibenarkan.

18.2 Jika perlu, ujian “doping” akan dijalankan secara rambang kepada setiap peserta

yang terlibat. 19 SIJIL

Sijil Penyertaan SUPTEM 7 akan disediakan oleh KPTM Batu Pahat dan akan diberi

kepada semua peserta.

Page 11: SUPTEM VII 22-25 MEI 2017, BATU PAHAT JOHORbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/Suptem2017/... · 3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain ... Bola Tampar Wanita

11 | P E R A T U R A N A M S U P T E M 7

SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR

19. HADIAH

Hadiah SUPTEM 7 akan disediakan oleh KPTM Batu Pahat untuk pemenang-

pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga Bersama dalam acara berpasukan dan acara

perseorangan.

20. PIALA PUSINGAN

20.1 Juara keseluruhan kejohanan akan menggunakan sistem kiraan mata. Setiap

pingat akan diberikan mata mengikut pingat yang dimenangi. Mata untuk setiap

pingat adalah seperti berikut:-

Emas - 3

Perak - 2

Gangsa - 1

Oleh itu, mana-mana pasukan yang mempunyai mata terkumpul yang tertinggi

akan diumumkan sebagai Pemenang Keseluruhan Kejohanan SUPTEM 7.

20.2 Kontinjen yang menang adalah bertanggungjawab ke atas penjagaan Piala

Pusingan.

20.3 Kontinjen yang menang adalah bertanggungawab untuk memulangkan dan

menyerahkan Piala Pusingan dalam keadaan yang baik kepada Jawatankuasa

Pengelola sebelum kejohanan dimulakan.

20.4 Sekiranya Piala Pusingan didapati rosak atau hilang semasa dalam simpanan

kontinjen yang menang, kontinjen berkenaan hendaklah membaiki atau

menggantikannya.

21. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN

21.1 Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada dinyatakan

berlainan dalam pertandingan permainan tertentu.

21.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan

oleh Jawatankuasa Pengelola/Induk SUPTEM 7 dan keputusannya adalah

muktamad.

Page 12: SUPTEM VII 22-25 MEI 2017, BATU PAHAT JOHORbpahat.kptm.edu.my/v3/images/kptm/Suptem2017/... · 3.1.4 Setiap KPTM yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain ... Bola Tampar Wanita

12 | P E R A T U R A N A M S U P T E M 7

SUPTEM 7 | 22-25 MEI 2017 | BATU PAHAT, JOHOR

21.3 Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan peraturan yang ditetapkan

TIDAK DIBENARKAN semasa taklimat Pengurus Pasukan, kecuali mendapat

kebenaran daripada Jawatankuasa Teknikal Pengelola SUPTEM 7.