bmm 3043e

25
Nama Pengkaji MAWARNI BINTI ABDUL RASHID MTE B (SEM7) AMBILAN FEBRUARI 2015 Tajuk Kajian MENINGKAT PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA MENGGUNAKAN KAEDAH PISTOL DAN TUKUL 1

Upload: wanierashid

Post on 23-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bmm 3043e kemahiran membaca dan prinsip penyediaan bbm

TRANSCRIPT

Nama Pengkaji

MAWARNI BINTI ABDUL RASHID

MTE B (SEM7)

AMBILAN FEBRUARI 2015

Tajuk Kajian

MENINGKAT PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB NOMBOR TIGA DIGIT

DENGAN DUA DIGIT YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA

MENGGUNAKAN KAEDAH PISTOL DAN TUKUL

1

1.0 PENGENALAN

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sebagai seorang guru matematik, saya dapati empat orang murid daripada Tahun 5

Abu Daud tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan

yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan

pengumpulan semula. Apabila saya bertanyakan kepada murid, bahagian topik yang

mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa

mereka langsung tidak faham tentang apa yang dipelajari dalam bab ini. Jawapan murid

yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan yang hebat sebagai seorang guru

matematik. Saya rasakan penyampaian saya dalam pengajaran dan pembelajara kurang

berkesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang

diberikan, secara tiadak langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan

membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian

dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pada sangkaan saya, penerangan bersama

contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang

diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan

ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya.

Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda.

Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik

ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah

berusaha dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid

tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya teruja untuk

mengkaji permasalahan ini. Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya

jalankan.

1.2 SOALAN KAJIAN

Sejauh mana penggunaan alatan Pistol dan Tukul ini akan dapat membantu murid-murid

tahun 5 Abu Daud ini untuk memperbaiki tahap penguasaan murid-murid ini di dalam

operasi darab tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.

2

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

1.3.1 OBJEKTIF UMUM

Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab.

1.3.2 OBJEKTIF KHUSUS

1.3.2.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit

dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.

1.3.2.2 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan

kemahiran mendarab.

1.3.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan

harmonis.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak

sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti Kaedah Pistol dan Tukul

supaya pelajar dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna.

Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan

kaedah yang sesuai supaya dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi

menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga

dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid

dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna .

Adalah diharapkan penemuan awal kajian ini dapat dijadikan asas perancangan

pendidikan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pengurusan pendidikan khususnya

Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPN Johor), pejabat-pejabat Pelajaran Daerah dan

sekolah-sekolah. Sebagai usaha lanjutan, pihak yang relevan dan bertanggungjawab dapat

menyambung usaha ini dengan bekerjasama dengan membantu pihak Jabatan Pelajaran

Peringkat Negeri Johor dan Daerah mengatasi masalah pembelajaran Matematik,

terutamanya bagi sekolah-sekolah di luar bandar yang serba kekurangan dan lemah pula

dalam mata pelajaran Matematik.

Dengan menggunakan data-data dan penemuan kajian sebagai landasan untuk

memulakan sesuatu usaha bagi memahami faktor dalaman diri pelajar seperti faktor sikap.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula

3

dapat menjadikan dapatan kajian, untuk menganalisis dan menilai kurikulum Matematik

yang sedia ada.

Daripada analisis yang dibuat, satu penilaian yang lebih tepat dapat dilakukan

terhadap keupayaan kurikulum Matematik bagi meningkatkan profisiensi murid-murid dalam

mata pelajaran ini.

Adalah menjadi tanggungjawab Pusat Perkembangan Kurikulum untuk merangka

satu sukatan pelajaran dan modul-modul pembelajaran yang lebih menarik dan dinamik

sifatnya selaras dengan prinsip-prinsip psikologi pembelajaran supaya dapat membentuk

sikap yang positif dan meningkatkan motivasi murid dan guru terhadap pengajaran

Matematik pada masa kini.

Kepada guru-guru, dapatan kajian seumpama ini dapat menjadi sebahagian daripada

sumber data untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran., khususnya dalam

mata pelajaran Matematik. Hakikatnya bahawa mata pelajaran Matematik di sekolah

merupakan antara pelajaran yang kurang diminati dan menimbulkan kebosanan. Ianya

bukanlah lagi satu rahsia khususnya pelajar-pelajar di luar bandar. Tambahan pula,

sekarang Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, ini tentu membebankan lagi murid-murid.

Jika fenomena ini dibiarkan berterusan murid-murid semakin tidak bermotivasi dan akan

membentuk sikap dan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran Matematik.

Dapatan kajian ini akan menjadi maklum balas bagi tujuan merancang pengajaran

dan pembelajaran yang lebih bermakna. Dalam konteks ini guru dapat menumpukan aspek

metodologi dan psikologi yang utama untuk membentuk sikap yang positif dan

meningkatkan motivasi murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik.

1.5 FOKUS KAJIAN

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu

pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara

kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu

gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah

pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil

kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid hilang minat terhadap sesuatu

mata pelajaran amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu khususnya dan sekolah

amnya. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan kefahaman serta

minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.

4

Selain daripada itu, guru Matematik yang mengajar kelas tersebut dapat meneruskan

proses proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan di

dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid Tahun 5 Abu

Daud dalam mata pelajaran Matematik.

Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal

dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang

melibatkan pengumpulan semula kepada empat orang murid Tahun 5 Abu Daud di Sekolah

Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi.

Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat

dikuasai oleh murid , mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan

pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan

membantu murid untuk menguasai konsep ini, pelajar akan dapat menunjukkan minat yang

mendalam ketika membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan

yang diberikan dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah.

2.0 TINJAUAN LITERATURE

Kepentingan Matematik

Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu

pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik. Antara usaha

ke arah mencapai wawasan ini, perlu memastikan masyarakat membudayakan matematik

dalam kehidupan seharian. Justeru itu, kemahiran penyelesaian masalah dan berkomunikasi

dalam matematik perlu dipupuk supaya dapat membuat keputusan dengan berkesan.

Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan

dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu matematik perlu

dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan

perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju. Selaras dengan hasrat

untuk mewujudkan sebuah negara yang berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan,

kemahiran penyelidikan dan pembangunan dalam bidang matematik perlu dibina dari

peringkat sekolah.

5

Di Malaysia dan di seluruh dunia, matematik telah dikenal pasti sebagai satu mata

pelajaran yang penting dan oleh kerana itu, ia diajar di semua peringkat pendidikan. Namun,

matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering, sukar dan

membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera,

latihan fizikal (Aplin dan Saunders,1996; Lee dan Cockman, 1995) dan juga sains (Allchin,

1999; Tan, 1997; Proctor, 1991). Masalah ini didapati berpunca salah satunya, daripada

cara pelajar melihat matematik.

Matematik dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan secara

langsung dengan kehidupan seharian dan ini menyebabkan perbincangan tentang mata

pelajaran ini menjadi kaku. Fakta-fakta yang dibincangkan dianggap asing, seolah-olah ia

berada di satu dunia yang lain.

Bagi menjadikan mata pelajaran ini menarik, bermakna dan berguna, ramai

penyelidik masa kini (seperti Chien Chin dan Fou Lai Lin, 2001; Seligman, Olson, dan

Zanna, 1996; Taplin, 2002) berpendapat aspek nilai matematik perlu disemai dan diberi

penekanan dalam pengajaran matematik. Ini kerana nilai matematik membangkitkan rasa

keindahan terhadap matematik, membangkitkan kefahaman tentang kepentingan matematik

dan dapat membantu seseorang menguasai kekuatan matematik dengan lebih baik

(National Council of Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia,

1998).

Kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada kemampuan murid

menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan

rutin. Menurut Aziz (2002), sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan

algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya

seseorang murid perlu berfikir secara mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas

matematik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, ia dinamakan masalah bukan

rutin. Masalah yang berkait dengan kurikulum sekolah rendah lazimnya merupakan masalah

rutin yang berbentuk masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003).

Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik di

Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka

hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan

pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam

menyelesaikan masalah matematik.

Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar ataupun

tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebenarnya terdapat berbagai faktor yang

menjadikan mereka demikian. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak lemah atau tidak

6

pandai terutamanya dalam mata pelajaran matematik ialah disebabkan pengajaran guru

yang sangat biasa.

Menurut Brooks (1993) lima amalan guru yang biasa dilakukan dalam pengajaran

Matematik ialah :

I. guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar dihasratkan meniru apa-

apa yang disampaikan.

II. guru bergantung pada buku teks sebulat-bulatnya dalam pengajaran di bilik darjah.

III. pembelajaran secara koperatif jarang atau tidak dilaksanakan.

IV. kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak diberi keutamaan.

V. pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi dikehendaki menguasai

pengetahuan matematik yang mantap dan tetap.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Matematik

Pelbagai perubahan yang berlaku mempengaruhi kandungan dan pedagogi dalam

pendidikan matematik di sekolah menengah. Perubahan ini memerlukan kepelbagaian cara

matematik diajar di sekolah.

Penggunaaan sumber untuk membantu murid membentuk konsep-konsep matematik

adalah sesuatu yang amat perlu. Guru perlu menggunakan objek sebenar atau objek konkrit

dalam pengajaran untuk memberikan pengalaman dan membantu murid membina idea-idea

yang abstrak, mereka cipta, membina keyakinan diri, menggalakkan sifat berdikari dan

memupuk sikap bekerjasama.

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mengandungi unsur diagnostik

kendiri supaya murid dapat mengenal pasti sejauh mana mereka telah memahami sesuatu

konsep dan kemahiran yang telah dipelajari.

Penerapan unsur sejarah matematik perlu diberi penekanan sewajarnya dalam usaha

untuk mewujudkan murid yang menghargai dan menghayati keindahan matematik. Unsur

sejarah seperti riwayat hidup dan peristiwa tertentu tentang ahli-ahli matematik atau sejarah

ringkas tentang sesuatu konsep dan simbol dapat merangsang lagi minat murid terhadap

sesuatu tajuk itu.

Bagi membantu murid membentuk sikap dan sahsiah yang baik, nilai-nilai intrinsik

matematik seperti kejituan, keyakinan dan pemikiran bersistem perlu diterapkan sepanjang

kursus pengajian ini. Di samping itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan dalam konteks yang

7

sesuai secara bersahaja tetapi terancang. Misalnya, pembelajaran secara kumpulan boleh

membantu murid menerap kemahiran sosial serta memupuk sikap kerjasama dan membina

keyakinan diri terhadap matematik.

Dalam mata pelajaran matematik, unsur patriotisme boleh dipupuk dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah secara terancang melalui tajuk-tajuk yang diajar.

Penekanan yang dibuat adalah secara merentas kurikulum melalui pendekatan menyeluruh dan

bersepadu.

Kepelbagaian pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk

memastikan murid menguasai apa yang telah dipelajari. Pendekatan yang dipilih perlu

mempertimbangkan perkara-perkara berikut

• Kaedah mengajar yang menarik dan berpusatkan murid.

• Tahap kebolehan dan gaya pembelajaran murid untuk memahami sesuatu

perkara.

• Penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dan berkesan.

• Penilaian formatif untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran.

Pemilihan sesuatu pendekatan yang bersesuaian akan dapat merangsang suasana

pengajaran dan pembelajaran di dalam mahu pun di luar bilik darjah.

Dalam proses untuk membantu murid-murid ini menguasai mata pelajaran Matematik

khususnya dalam kemahiran mendarab tiga digit dua digit dengan mengumpul semula,

pendekatan yang difikirkan sesuai ialah pendekatan konstruktivisme.

Konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran

yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Disamping itu,

konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan

pengetahuan sedia ada mereka. Saunders (1992) juga menjelaskan bahawa

konstruktivisme ialah suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri

terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan

pengalaman dan pengetahuan lepas yang diadaptasikan olehnya. Dalam pendekatan

konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan murid-murid menjadi asas yang

penting dan guru bertindak sebagai fasilitator.

8

Menurut http://www.my-rummy.com dalam matematik, kanak-kanak biasanya akan

diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman

yang akan diguna pakai untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang akan

dipelajari pada masa yang akan datang.

Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa:

a) pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid.

b) guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan

dan menyelesaikan masalah.

c) guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan

peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

d) guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah

pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.

e) pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang

dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.

Kesimpulannya pendekatan konstruktivisme adalah seperti yang dinyatakan oleh

Nik Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), konstruktivisme adalah tidak

lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan

sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu

adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh indidvidu tersebut dan bukan sesuatu

maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak

boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang

lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan

pengalamannya secara terpilih.

Pendekatan Konstrukvisme

Antara pelopor konstruktivisme ialah Piaget (1970), Brunner dan Brand (1966),

Dewey (1938) dan Ausubel (1963). Menurut Caprio (1994), McBrien dan Brandt (1997) dan

Nik Aziz (1999), kelebihan teori konstruktivisme ialah murid-murid berpeluang membina

pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu

dengan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid.

9

Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif

seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau

pengalaman baru. Rumelhart dan Norman (1978) menjelaskan seseorang akan dapat

membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan baru

dengan pengetahuan yang sedia ada padanya dan proses ini dikenali sebagai accretion.

Selain itu, konsep-konsep yang ada pada seseorang boleh berubah selaras dengan

pengalaman baru yang dialaminya dan ini dikenali sebagai penalaan atau tuning. Seseorang

juga boleh membina konsep-konsep dalam struktur kognitifnya dengan menggunakan

analogi, iaitu berdasarkan pengetahuan yang ada padanya. Menurut Gagne, Yekovich dan

Yekovich (1993) konsep baru juga boleh dibina dengan menggabungkan konsep-konsep

yang sedia ada pada seseorang dan ini dikenali sebagai parcing.

Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana

murid digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang

dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pada mereka. Dalam proses ini, murid dapat

meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.

Kajian Sharan dan Sachar (1992, disebut dalam Sushkin, 1999) membuktikan

bahawa kumpulan murid yang diajar menggunakan pendekatan konstruktivisme telah

mendapat pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan berbanding kumpulan murid yang

diajar menggunakan pendekatan tradisional. Kajian Caprio (1994), Nor Aini (2002), Van Drie

dan Van Boxtel (2003), Curtis (1998), dan Lieu (1997) turut membuktikan bahawa

pendekatan konstruktivisme dapat membantu murid untuk mendapatkan pemahaman dan

pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan.

Teori konstruktivisme menjelaskan kepada kita bagaimana konstruktivisme

membantu murid membina sendiri makna sesuatu pengetahuan berasaskan pengetahuan

sedia ada mereka. Pengetahuan itu diaplikasikan dengan persekitaran mereka.

Banyak jurnal telah menerbitkan intipati kajian dalam bidang konstruktivisme,

antaranya ialah Needham (1987), Caprio (1994), dan Beybee (1993). Oleh yang demikian,

kajian ini memberikan tumpuan terhadap kesan penggunaan pendekatan konstruktivisme

dalam pengajaran mata pelajaran Matematik. Pendekatan konstrutivisme dipilih kerana

terdapat persamaan antara mata pelajaran Matematik dengan Sains, iaitu pelajar harus

memahami konsep dan fakta.

10

Teori Konstruktivisme

Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan

dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme

telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains. Menurut Susan (1994),

konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama

diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan.

Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominan

dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai

tahun 1980-an. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu

perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang

berasaskan teori kognitif.

Selain itu, ia boleh digunapakai bagi guru untuk menjalankan aktiviti yang

berpusatkan murid.

Pengajaran Berpusatkan Murid (Student Centre Learning)

Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih

dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan

dalam tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta

teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada

murid-murid serta para pelajar. Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif.

Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan

guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya

dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid

sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat

membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam

memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.

Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan

penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk

menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras

tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan

bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan

murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid.

11

Saya memilih konsep berkenaan kerana sebagai guru yang bijak melaksanakan

tugasnya seharusnya bijak mencari ruang dan peluang utuk memilih kaedah mengajar yang

sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Menurut Borich & Tombari

(1997)-Educational Phychology, A Contemporary Approach halaman 177 menyebut:

“Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the opportunity

to construct their own sense of what is being learned by building internal or relationship

among the ideas and fact being taught”.

Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan

peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan

mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari. Konsep ini

dapat di kaitkan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar melalui idea yang dikupas

daripada teori konstruktivisme.

Konstruktif atau konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang

untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan

kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada

pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Keadaan ini menuntut agar guru lebih

prihatin terhadap keperluan dan kehendak murid secara individu. Walaupun begitu

konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi

peluang dan membuka ruang kepada murid di dalam merealisasikan dalam kehidupan

seharian mereka. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme

memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep

atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai

kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat

ditingkatkan lagi.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 Abu Daud yang

didapati mempunyai masalah mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang

melibatkan pengumpulan semula. Murid-murid ini adalah dari kalangan murid-murid

yang sederhana dan berumur dalam lingkungan 11 tahun.

12

4.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

4.1 TINJAUAN MASALAH

Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan

hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan

dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-

4.1.1 Pemerhatian

Saya akan menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon

kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis yang dibuat di dalam buku tulis

dan juga lembaran kerja dan ujian pra. Ia juga tidak dirakamkan dalam audio tape.

Pemerhatian ini tidak dijadualkan secara formal kerana ia berlaku secara spontan di dalam

bilik darjah. Walaubagaimana pun, catatan perlu dibuat bagi menjawab pelbagai

persoalan iaitu Who, What, When, Where, Why dan How.

4.1.2 Temu Bual

Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia dilakukan secara

tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak

langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran

mengingat dan menghafal. Ianya dilakukan secara rambang terhadap murid-murid yang

saya dapati mempunyai masalah dalam mendarab tiga digit dengan dua digit.

Antara soalan-soalan yang akan dikemukakan ialah:

Adakah kamu meminati mata pelajaran Matematik?

Bolehkah kamu membaca sifir 12?

Bagaimanakan kamu mendarab nombor tiga digit dengan dua digit?

Adakah kamu rasa kaedah yang saya ajar ini mudah atau sukar?

4.1.3 Soal Selidik

Boring soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mendarab nombor tiga

digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Borang ini diisi oleh

murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

4.1.4 Ujian Pra

13

Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk

‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Ujian pra dijalankan sebelum sesi

bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan subjektif dan murid-

murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut. Ianya

adalah menggunakan kaedah “Kertas dan Pensel”. Tempoh masa menjawab adalah 30

minit.

Murid-murid ini akan dipanggil dan ditempatkan di dalam sebuah bilik darjah untuk

menjalankan ujian pra ini. Jarak tempat duduk di antara murid ditetapkan iaitu dalam

jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka daripada meniru di dalam ujian tersebut.

Murid-murid ini akan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk meniru kerana

ia akan menyebabkan hasil dapatan daripada ujian pra ini akan diragui.

4.2 AKTIVITI “PISTOL DAN TUKUL”

4.2.1 Kaedah Pelaksanaan

Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti murid.

4.2.1.1 Aktiviti 1 : Membina pistol dan tukul

Setiap murid akan menggunakan empat helai kertas lutsinar yang berlainan warna.

Murid perlu membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.

Murid melakar pistol dan tukul dengan menggunakan dua helai kertas lutsinar yang

berlainan warna.

Kemudian, ianya digunting.

Guntingkan bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

14

Dengan menggunakan kertas lutsinar yang lain, lakarkan tangga dan kotak

jawapan. Buat dan guntingkan lubang di bahagian tengah kotak.

4.2.1.2 Aktiviti 2 : Mengisi nombor dan menyelesaikan operasi darab.

Setelah pistol dan tukul dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan

mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab nombor 3 digit dengan

2 digit.

o Langkah 1: guru memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik untuk

diselesaikan oleh murid.

Contoh:

246 x 12 = ?

o Murid akan mula mengisi nombor pada pistol dahulu.

o Cara untuk mengisi nombor ialah dengan meletakkan “pistol” di atas sehelai

kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak “pistol”.

Kemudian cari hasil darabnya.

o Langkah 2: Setelah selesai mencari jawapan pada “pistol”, letakkan bentuk

“tukul” pada kertas yang sama, dengan bertindih pada “pistol”.

15

Tangga

Kotak Jawapan

o Murid akan mula mengisi nombor dan menyelesaikan jawapannya. Pada

langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana

barisan nombor pertama telah diisi dalam bentuk “pistol”.

o Langkah 3 : Setelah jawapan “pistol” dan “tukul” dapat diselesaikan, murid

akan menggunakan bentuk “stairs” untuk diisikan dengan jawapan yang telah

dibuat.

o Langkah akhir ialah menggunakan kotak jawapan. Murid akan mencari hasil

tambah bagi jawapan “pistol” dan “tukul”. Jawapan ini akan diisikan ke dalam

kotak jawapan.

5.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

16

BIL AKTIVITI TEMPOH

PELAKSANAAN

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu

2 Menulis proposal kajian 2 minggu

3 Merancang tindakan 1 minggu

4 Ujian Pra 1 hari

5 Melaksanakan tindakan 1 hari

6 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 minggu

7 Ujian Pos 1 hari

8 Refleksi kajian 1 minggu

9 Menulis laporan kajian 2 minggu

10 Pembentangan dapatan kajian 1 minggu

6.0 JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON

BIL JENIS BAHAN

KUANTITI X

HARGA SEUNIT

JUMLAH

KOS

1 Kertas A4 2 x RM 8.90 RM 17.80

2 4 helai kertas transparent yang

berlainan warna

4 x RM 5.00 RM 20.00

3 Printer Cartridge 1 x RM 75.00 RM 75.00

4 Fotokopi bahan dan laporan kajian - RM 50.00

5 Buku Catatan 1 x RM 3.50 RM 3.50

JUMLAH RM 166.30

SOALAN KAJI SELIDIK

17

Jantina: L/P

Bulatkan jawapan mengikut skala:

1-Amat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Setuju 4-Amat Setuju

Item Skala

1) Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati. 1 2 3 4

2) Saya seronok belajar operasi darab dalam matematik. 1 2 3 4

3) Saya selalu membuat latihan pendaraban sendiri di rumah. 1 2 3 4

4) Semakin banyak saya mempelajari operasi darab dalam

matematik, saya semakin menyukainya.

1 2 3 4

5) Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan operasi

darab dengan betul.

1 2 3 4

6) Saya akan cuba menjawab semua soalan operasi darab yang

diberikan.

1 2 3 4

7) Saya telah menghafal sifir 1 hingga sifir 12. 1 2 3 4

8) Saya suka latihan berbentuk pendaraban dalam matematik. 1 2 3 4

9) Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam

pendaraban.

1 2 3 4

10) Saya selalu mengisi masa lapang dengan membuat latihan

tambahan soalan pendaraban.

1 2 3 4

18