bm folio

Upload: tarrsh31

Post on 06-Jan-2016

68 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

JAJAJJAJAJAJAJ

TRANSCRIPT

FOLIO KARANGAN

Nama:MUGILAN THEVARAJ

Tingakatan:1RK1

Nama Guru:SHARIFAH

Definisi KesihatanMenurut WHO, kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial. Kesihatan fizikal merangkumi tujuh aspek iaitu:i. sihat dan sempurna tubuh badanii. keadaan dalam dan persekitaran rumah yang bersih dan teraturiii. keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan hidupaniv. tempat tinggal yang sempurnav. pemakanan yang seimbangvi. bekalan air yang bersihvii udara yang bersih

Kesihatan mental dan rohani merangkumi empat bidang utama iaitu:i. daya pemikiran dan sikap yang positifii. dapat menyesuaikan diri dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakatiii. ada perasasn kasih dan sayangiv. ada rasa penerimaan, penghargaan dan bersyukur

Kesihatan sosial pula adalah perhubungan yang baik dengan ahli keluarga, rakan sebaya, jiran dan juga masyarakat setempat.

KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN

Berjogging,bermain badminton,berenang

Otak menjadiOtak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat.Otak yang cerdas jugamembolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kitaakan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yangkreatif dan inovatif untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi.Jikakita ingin menjadi pemimpin masyarakat yang berjaya, kita juga mesti mempunyai kesihatan yangbaik.

cergas

Stroke,kanser paru-paru,penyakit jantung konorer

menjimatkan kos rawatanKita dapat menjimatkan kos rawatan dan menyimpan wang.Orang yang sakit memerlukan wang untukberbelanja bagi merawat penyakit yang dihidapi. Tambahan pula kos rawatan bagi penyakit yang berbahaya dan kronik amat mahal.Adakalanya rawatan penyakit tersebut hanya terdapat di luarnegara. Jika kita sihat, wang yang kita miliki itu boleh digunakan untuk melancong, membuatkebajikan atau membeli barang-barang keperluan yang lain.

Singapura,amerika,autralia,kanada

Menikmati kehidupanKita dapat menikmati hidup kita jika kita menjaga kesihatan.Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kitamenghidap penyakit kencing manis, makanan yang sedap seperti ayam dan udang tidak dapat kitamakan walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapat melancong ke luar negara walaupunkita mempunyai banyak wang.

kita

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESIHATAN

Sayur-sayuran,ikan,buah-buahan,nasiamalkanuntukmenjagakesihatanadalahdenganLangkahpertamayangperlukitaamalkanuntukmenjagakesihatanadalahdengan mengambil makananyangberkhasiatdanseimbangsetiaphari.Justeru,kitaharus mengambil makanandaripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh pyramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein.Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja

mengambilmakananyangberkhasiat

Berjogging,permain badminton,bermain bola sepak perlu beriadah dan melakukan kita perlu beriadah danmelakukan senamanataubersukan.Haliniperluditekankansekiranyakitajarangmelakukan kerja berat.Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan ototbadandanmembolehkannya berfungsidenganbaik.Disampingitu,kitajugadapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh kejantung dan mengurangkan risiko penyakitjantung.Pihakkerajaanmenggalakkanmasyarakatmelakukan aktivitisukanuntukmencegahseseorangdaripadamenghidapikencing manis,sakitjantung,dantekanan darah tinggi.

senamanatau bersukan

Daya tahan badan berkurang,meningkatakan risiko kematian,kansar dan strokeMengambil ubatyangpalingmujarabuntukmengekalkankesihatanseseorangadalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidakkurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil.Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukanperhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah merekamudah berasa letih dansenang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakanpelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen Rakyat Sihat, Negara Maju. Rakyat yangsihat dapat menyumbang kepadapembangunan negaradan menjadipekerjayangproduktif.Justeru,setiaprakyatharus bertanggungjawabuntukmenjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat

tidur yang cukup

KESAN JIKA TIDAK MENJAGA KESIHATAN

mengganggu Peredaran darah, limfatik dan Sistem pernafasansistem-sistem utama badanKesan jika tidak menjaga kesihatan ialah mengganggu sistem-sistem utama badan.ini kerana,kekurangan senaman dan makanan tidak seimbang.jika kita makan banyak gula,pankrease kita akan menjejes.ini menyebabkan pankrease kita tidak menghasilkan ensim yang secukupnya .Jadi,tahap gulkose akan meningkatkan dan meyebabkan diabetis.Seperti inilah sistem-sistem utama badan akan diganggu.

Ayam,burger,sausage,nugget,roti,air gas

Menjadi obesiTiKesan tidak menjaga kesihatan menyebabkan penambahan berat badan akibat makan makanan yang tidak seimbang.ini kerana kita sering makan makanan yang tinggi kolestrol dan mengamalkan makanan yang kurang vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana makanan seperti sayur tidak disukai oleh orang ramai kerana rasanya pahit

Stroke,kanser paru-paru,penyakit jantung konorer

Jangka waktu hayatyang singkatKesan jika tidak menjaga kesihatan ialah jangka hayat akan singkat.Hal ini kerana,makanan yang tidak berkhasiat tidak akan membuat dalam tumbesaran badan.Hal ini disebabkan oleh bahan bahan adetif yang digandungi dalam makanan tersebut tidak sihat dan membunuh sel badan .Akhirnya,ia membunuh seseorang dalam jangka masa yang pendek

Tajuk Tajuk Karangan PT3

Kepentingan memiliki kesihatan yang baik

Semua orang mengimpikan kesihatan yang baik. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik kita perlu menjaga pemakanan agar seimbang dan sentiasa melakukan senaman bagi menyihatkan badan. Kenapakah kesihatan amat baik bagi kita manusia? Jika kita mempunyai kesihatan yang baik terdapat pelbagai faedah yang kita akan perolehi daripadanya.

Pepatah ada mengatakan bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta benda'. Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap penyakit kencing manis, makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita makan walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapat melancong ke luar negara walaupun kita mempunyai banyak wang.

Orang yang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga. Jika seseorang sihat itu bekerja, dia dapat melakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti. Di negara kita banyak kempen telah dijalankan bagi mendidik masyarakat untuk menjaga kesihatan diri seperti menjalankan 'Kempen Gaya Hidup Sihat' supaya rakyat kekal sihat dan dapat bekerja dengan gigih. Keupayaan rakyat bekerja dengan gigih akan dapat menjadikan negara maju dalam pelbagai aspek.

Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat. Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi. Jika kita ingin menjadi pemimpin masyarakat yang berjaya, kita juga mesti mempunyai kesihatan yang baik.

Kesihatan yang baik juga berperanan menjadikan seseorang itu lebih bahagia. Jlka kita sihat, banyak aktiviti yang boleh kita lakukan seperti melancong bersama keluarga. Sesungguhnya, aktiviti yang dijalankan bersama-sama keluarga dapat mewujudkan keluarga bahagia. Sebaliknya, jika kita sakit, kita akan menyusahkan ahli keluarga yang lain. Orang yang tidak sihat akan membebankan keluarga untuk menjaga dan mencari sumber kewangan bagi menampung kos rawatannya.

Orang yang sihat juga dapat menyimpan wang. Orang yang sakit memerlukan wang untuk berbelanja bagi merawat penyakit yang dihidapi. Tambahan pula kos rawatan bagi penyakit yang berbahaya dan kronik amat mahal. Adakalanya rawatan penyakit tersebut hanya terdapat di luar negara. Jika kita sihat, wang yang kita miliki itu boleh digunakan untuk melancong, membuat kebajikan atau membeli barang-barang keperluan yang lain.

Amalan amalan remaja yang sihat

Kesihatan bukan sahaja berkaitan dengan bebas daripada penyakit tetapi juga memiliki pemikiran yang cerdas bersama-sama emosi yang stabil. Pemilikan kesihatan yang baik penting buat remaja kerana tahap kesihatan ketika usia mudalah yang akan menentukan tahap kesihatan mereka pada masa tua kelak. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, remaja harus melakukan amalan yang baik untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi.

Antara amalan yang yang harus dilakukan ialah remaja perlu mempunyai disiplin diri yang baik. Maksud disiplin dalam aspek ini ialah remaja itu mematuhi jadual belajar, menghormati orang tua, guru, rakan-rakan dan peraturan budaya serta undang-undang negara. Remaja yang berdisiplin sebegini pasti tidak akan terjebak dalam sebarang aktiviti yang tidak sihat dalam kehidupan mereka lalu mampu memiliki tahap kesihatan yang baik. Maka, amalan disiplin yang baik menjadikan seseorang remaja itu mempunyai kesihatan yang baik.

Selain itu, remaja juga perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat. Konsep cara hidup yang sihat ini meliputi makanan yang seimbang, melakukan riadah dan aktiviti kemasyarakatan. Sudah banyak kajian yang membuktikan bahawa amalan cara hidup yang sihat menjadikan diri seseorang itu lebih positif dan mampu menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya, cara hidup yang sihat menjamin kesihatan yang seimbang kepada remaja di negara ini.

Malahan, amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu lagi amalan yang turut mampu menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran agama menekankan aspek keseimbangan kehidupan seseorang supaya mampu menjalani satu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat kelak. Sikap mematuhi amalan agama memberikan remaja satu matlamat hidup yang mampu meninggikan tahap kesihatan mereka pada masa yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi ajaran keagamaan boleh memberi remaja satu kepuasan dalam hidupnya yang berupaya juga meningkatkan tahap kesihatan.

Remaja juga perlu bersikap tegas terhadap tindakan-tindakan negatif yang wujud dalam kehidupan mereka. Sikap suka merokok, melepak, dadah dan jenayah haruslah dikikis dalam minda remaja. Ketegasan remaja dalam semua aspek di atas itu mampu menjauhi remaja daripada sebarang kemelut sosial yang melanda negara ini lalu memberikan kesihatan yang baik kepada remaja juga. Bukan sahaja remaja sihat tetapi mereka seolah-olah sedar keperluan atau kepentingan hidup mereka di dunia ini.

Amalan murni yang penting diamalkan seterusnya ialah remaja hendaklah mampu mengawal emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Ketenangan inilah yang memberikan remaja satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang apabila mengalami sesuatu kemelut dalam hidup mereka. Semua tindakan yang diambil ketika berfikir rasional mampu memberikan satu persepi baru yang boleh menunjukkan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi itu. Oleh itu, sikap rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh menjadikan kesihatan seseorang itu lebih baik.

Kesimpulannya, semua amalan yang positif ini perlu dilaksanakan oleh remaja. Kesihatan remaja yang mengamalkan semua amalan ini pasti baik kerana bukan sahaja tubuh mereka sihat tetapi emosi serta pemikiran mereka turut menerima impak positifnya. Remaja yang sihat sebeginilah yang diperlukan oleh negara dalam mengharungi cabaran kehidupan moden kini.

Kepentingan makanan seimbang

Sejak kita mentah lagi dan darah hanya setampuk pinang, kita telahpun dididik dan diingatkan berulang-ulang kali oleh ibu bapa dan guru tentang kepentingan pemakanan seimbang. Satu senario yang tidak asing kepada seseorang kanak-kanak adalah apabila ditegur oleh ibu bapa kerana enggan makan sayur-sayuran dan hanya ingin menjamah makanan ringan. Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa pemakanan seimbang tidak begitu vital kepada kesihatan seseorang individu. Menurut persepsi mereka, kehidupan manusia di muka bumi hanyalah sementara dan harus dinikmati sepenuhnya. Oleh itu, mereka memandang enteng terhadap kepentingan pemakanan seimbang. Pandangan ini dapat disangkal dengan mudah kerana impak pemakanan seimbang terhadap kesihatan dan kebahagiaan seseorang amat ketara dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia. Namun demikian, mengapakah masalah obesiti kian bertambah kritikal jikalau kebanyakan komuniti sedar tentang kepentingan pemakanan seimbang? Kajian terkini mendapati bahawa 33% daripada semua penghuni dunia ini menghadapi masalah obesiti. Statistik ini amat meruncing kerana hal ini bermaksud terdapat kira-kira 2 bilion orang di seluruh pelosok dunia yang tergolong dalam kategori obes! Apakah kepentingan pemakanan seimbang yang harus dikupas dan dibugar secara terperinci hingga ke akar umbi, bagi menyedarkan dan menginsafkan masyarakat agar lebih peka terhadap diet mereka dan tidak bersikap bena tak bena terhadap kesihatan dan kebajikan peribadi mereka? Marilah kita mengkaji persoalan yang masih menjadi polemik dalam kalangan masyarakat.. Sebagai pembuka tirai pembincangan ini, salah satu kepentingan atau faedah pemakanan seimbang yang jelas dan nyata adalah untuk menjadikan tumbesaran manusia lebih sempurna dari aspek fizikal dan fisiologi. Tubuh badan akan menerima semua zat yang diperlukan untuk menjalani aktiviti seharian tanpa menjadi lesu. Oleh itu, seseorang yang menjaga dan mengawal pemakanannya akan memiliki keadaan fizikal yang jauh lebih baik berbanding seseorang yang kurang prihatin terhadap diet dan cara pemakanannya. Zat dan mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus penting dalam proses pembentukan gigi dan tulang yang kuat. Kanak-kanak khususnya yang harus mengambil zat-zat ini dalam kuantiti yang optimum supaya dapat membesar sebaik-baiknya. Di samping itu, mineral seperti zat besi penting untuk memastikan sistem peredaran darah seseorang itu efisien dan berfungsi secara lancar. Kanak-kanak dan remaja memerlukan tenaga dan bahan mineral secukupnya untuk membesar, bukan sahaja dari aspek lahiriah seperti ketinggian dan berat badan, malah juga dari segi kelancaran fungsi organ dalaman dan kecekapan sistem-sistem badan. Sekiranya pemakanan mereka tidak seimbang, mereka akan mengalami pertumbuhan yang terbantut serta tidak sempurna. Hal ini akan memudaratkan kesihatan mereka secara keseluruhannya dan akan mengakibatkan mereka kurang berkemampuan untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Satu tamsilan yang amat menyayat hati ialah kanak-kanak yang berada di negara-negara Dunia Ketiga seperti Ethiopia dan Afrika Selatan yang tidak mempunyai akses kepada makanan berkhasiat. Oleh sebab tidak berpeluang mengamalkan pemakanan yang seimbang, kanak-kanak ini tidak dapat membesar dengan sempurna dan kebanyakannya mereka mempunyai jangka hayat yang amat pendek, seperti 7 hingga 12 tahun sahaja. Ironinya, ramai individu di negara yang maju berupaya mengamalkan diet yang sihat dan berkhasiat, namun mereka enggan bertindak sedemikian. Bertitik tolak daripada huraian sebelum ini, manfaat lain yang diperoleh daripada pemakanan seimbang ialah menjamin perkembangan mental seseorang yang lebih cekap dan berkesan. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami semasa meneroka liku-liku kehidupan. Situasi ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif dan rasional berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Dr Andrew McCulloch dari Mental Health Foundation telah menjalankan penyelidikan yang mendapati bahawa pelbagai penyakit mental seperti depresi ( kemurungan ), schizofrenia, penyakit Alzheimer dan ADHD ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder ) dapat dihindari sekiranya mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat. Menurut beliau, otak manusia sebagai pusat kawalan seluruh sistem badan juga dipengaruh oleh nutrien-nutrien yang terdapat dalam diet kita. Kajian saintifik terkini juga mengeluarkan laporan bahawa mineral seperti kalsium dan sodium terlibat dalam proses penghantaran impuls dalam sistem saraf badan kita. Dr McCulloch telah mengutarakan evidens bahawa pemakanan seimbang dapat mengurangkan tekanan emosi serta meningkatkan keupayaan seseorang individu untuk menangani dan mengatasi sesuatu masalah atau pancaroba dengan minda yang tenang dan waras. Sebagai rentetan daripada perbincangan di atas, pemakanan seimbang telah terbukti dapat mengurangkan risiko untuk menghidapi pelbagai penyakit yang berbahaya. Malnutrisi didefinisikan sebagai mempunyai diet yang tidak seimbang, seperti mengambil nutrien-nutrien dalam kadar yang terlalu banyak ataupun terlalu sedikit. Makanan ringan yang digemari ramai mempunyai kandungan kolesterol, garam, gula dan lemak yang terlalu tinggi. Sekiranya kita terlalu kerap makan makanan ringan, kita akan mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi penyakit obesiti, diabetes, hipertensi dan juga strok. Sebaliknya sekiranya kita kekurangan kalsium, fosforus dan vitamin D dalam diet harian, kita akan menghidapi penyakit osteoporosis dan osteomalacia, iaitu tulang dan gigi menjadi lemah dan mudah retak. Seperti yang berlaku kepada kanak-kanak di negara-negara daif, kekurangan protein akan menyebabkan penyakit kwashiorkor dan marasmus. Penyakit kanser juga terbukti dapat dielakkan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang, terutamanya kanser payu dara, kanser buah pinggang dan kanser hati. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa jikalau kita mengambil semua nutrien, bahan mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang tepat, kita akan mengurangkan risiko diri untuk dijangkiti berbagai-bagai penyakit yang bukan sahaja menderitakan malah juga berpotensi membawa maut. Janganlah sampai nasi menjadi bubur, barulah kita bertindak dan mengambil berat kepentingan pemakanan seimbang kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kepentingan pemakanan seimbang yang terakhir namun tidak kurang signifikannya berbanding kepentingan yang dihuraikan sebelum ini ialah pemakanan seimbang dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan perubatan seseorang, khususnya golongan yang kurang berkemampuan. Suatu soal selidik yang dijalankan iaitu Consumer Expenditure Survey 2009 telah menganggarkan bahawa setiap individu membelanjakan kira-kira 6.37% daripada pendapatan bulanan mereka untuk membiayai perbelanjaan perubatan. Secara amnya, seseorang itu akan membelanjakan sebanyak US$3,126 (RM9,975) setiap tahun semata-mata untuk menjelaskan kos perubatan. Pada tahun 2009, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM13.8 bilion untuk menampuang segala keperluan dan kemudahan perubatan rakyat Malaysia. Senario ini tidak harus berlaku, kerana kita sewajarnya berusaha menjaga kesihatan diri dan tidak bergantung kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah kita. Jikalau kita mengamalkan pemakanan yang seimbang, kita mampu menjimatkan perbelanjaan perubatan sebanyak beribu-ribu ringgit dan wang tersebut dapat disimpan untuk masa kecemasan yang lain. Dari aspek ekonomi negara pula, berbilion-bilion ringgit dapat difokuskan bagi menjana pembangunan dan perkembangan dalam industri lain seperti industri pelancongan dan penyelidikan. Sesetengah pihak akan mengemukakan hujah bahawa pemakanan seimbang tidak begitu penting, kerana sains dan teknologi moden dalam bidang perubatan menjelang era pascaglobalisasi ini mampu mengubati hampir setiap penyakit. Memang benar, bidang perubatan kini semakin canggih hasil daripada daya intelek golongan saintis dan pakar perubatan. Namun demikian, persis madah pujangga Melayu ada berbunyi, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dalam konteks ini, peribahasa ini menegaskan bahawa lebih baik kita menghindari diri daripada menghidapi sesuatu penyakit daripada mengubati penyakit tersebut selepas dijangkiti. Hal ini juga dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan kita. Membeli makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran jauh lebih murah daripada membeli ubat-ubatan daripada farmasi. Tuntasnya, kepentingan pemakanan seimbang amat jelas dan ketara dalam kehidupan seharian setiap manusia di permukaan bumi ini. Sebelum meletakkan mata pena dan menulis noktah terakhir, seruan saya ialah kita mestilah sedar bahawa tabiat pemakanan kita bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap kesihatan fizikal kita, malah akan meninggalkan implikasi terhadap kesihatan kita secara holistik. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda ialah Apa yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Memang tidak payah untuk mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Kita perlulah membina jadual pemakanan yang terancang berdasarkan Piramid Makanan serta mematuhi arahan doktor. Andai kata semua warganegara Malaysia berganding bahu dan bersama-sama mempraktikkan diet dan pemakanan yang seimbang, bukan sahaja individu malah masyarakat dan negara yang akan menerima kesan positif daripada usaha kolaboratif ini. Akhir kata, marilah kita semua mengamalkan pemakanan seimbang supaya negara dan juga dunia kita ini akan lebih sihat dan cergas, sekali gus melahirkan masyarakat yang cemerlang dan berakal tajam, kerana badan sihat, otak cerdas.Contoh Pengenalan & PenutupKepentingan Menjaga KesihatanPengenalanMenjaga kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam kehidupan kita. Lazimnya, kebersihan perlu disemai sejak dari kecil maka, ibu bapalah yang yang memainkan peranan yang penting dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan sama ada kebersihan diri atau kebersihan alam sekitar.

PenutupAmalan kebersihan haruslah dilaksanakan setiap masa supaya terhindar daripada sebarang penyakit. Kita juga akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan disanjungi tinggi dengan adanya pendedahan terhadap kepentingan kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga kebersihan perlu disemai dan diperturunkan daripada generasi ke generasi yang lain. Kata-kata hikmat, Negara Bersih, Rakyat Sihat; Badan sihat, otak cergas.Langkah-langkah menjaga kesihatanPengenalanKesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Sudah semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yangbaik buat diri masing-masing.Namun begitu,pelbagai penyakit kini semakin berleluasamalah ada yang menyebabkan kematian.Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.

PenutupAkhir sekali,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat awal lagi.Sesungguhnya,kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai.Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah dikurniakan kepada kita.Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Kesan jika tidak menjaga kesihatanPengenalanMasyarakat Negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian.ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.terdapat beberapa kesan jika tidak menjaga kesihatan

penutupkesan-kesan ini boleh dicegah oleh beberapa cara seperti melakukan aktiviti seperti berjoggingdan makan makanan yang seimbang supaya hidup kita akan lebih sihat kerana sihat adalah lebih penting apapun keranan sakit lebih baik dicegah dari disembuhkan

Frasa Menarik Dalam Karangan

PERIBAHASA

Nasi sudah menjadi bubur :Sesuatu perbuatan/tingkah laku yang sudah terlanjur yang sudah tidak dapat dibaiki lagi.Contoh: Seseorang yang telah mengidap sesuatu penyakit adalah sukar untuk disembuhkan semula.

Sediakan payung sebelum hujan :Kita hendaklah sentiasa beringat-ingat sebelum terjadi sesuatu yang kurang baikContoh: Oleh hal itu, kita perlulah beringat dan sentiasa berwaspada selalu dengan menjaga kesihatan sebelum sesuatu kejadian buruk menimpa diri kita.

Sudah terhantuk baru tengadah:Sesudah menerima kesusahan / kesulitan / masalah baru hendak beringatContoh: Apabila seseorang sudah mengidap penyakit yang berbahaya dan kronik seperti obesiti, darah tinggi, jantung, diabetis barulah sedar perlunya menjaga kesihatan

Melentur buluh biarlah dari rebungnya:Mengajar anak biarlah sejak mereka kecil lagiContoh: Usaha untuk membudayakan pemakanan seimbang oleh ibu bapa kepada anak-anak perlu diterapkan semasa mereka masih kecil agar apabila mereka dewasa tentulah mereka sudah biasa dengan amalan pemakanan yang sihat.

COGAN KATA:Mencegah lebih baik daripada mengubat

FRASA MENARIK

3Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan4Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu5Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam7Alaf baharu - Masa terkini8Mutakhir ini - Pada masa kini9Seantero dunia - Seluruh dunia20Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani21Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu26Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa

PENANDA WACANAPenanda permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini,b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,c) Dalam meniti arus kemodenan ini,d) Dewasa ini,e) Pada masa ini,f) Kini,g) Dasawarsa ini,h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,i) Sejak sedekad yang lalu,j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,k) Kebelakangan ini,l) Belakangan ini,m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharua) Selain itu,b) Di samping itu,c) Sementara itu,d) Lebih-lebih lagi,e) Dalam pada itu,f) Lain daripada itu,g) Pada waktu yang sama,h) Dalam pada itu,

iii) Penanda huraian isi karangana) Hal ini demikian keranab) Hal ini berlaku keranac) Hal ini terjadi keranad) Hal ini disebabkan olehe) Hal ini wujud akibat daripadaf) Hal ini bersangkut-paut dengang) Hal ini berpunca daripadah) Hal ini tercetus apabilai) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangana) Misalnya,b) Contohnya,c) Sebagai contoh,d) Tamsilnya,e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoha) Hal ini mengakibatkanb) Hal ini menyebabkanc) Oleh itu,d) Maka,e) Oleh hal yang demikian,f) Oleh sebab itu,g) Jelaslah bahawah) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isia) Kesannya,b) Natijahnya,c) Akibatnya,d) Akhirnya,e) Dengan itu,f) Dengan berbuat demikian,g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayatContoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justerub) malahc) malahand) tambahan pulae) sementelahanf) sekali gusg) di sampingh) bahkani) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutupa) Kesimpulannya,b) Intihanya,c) Secara tuntas,d) Konklusinya,e) Sebagai penutup wacana,f) Sebagai penghias bicara akhir,g) Sebelum mengakhiri wacana ini,h) Secara keseluruhan,i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbezaa) Walau bagaimanapun,b) Walakin begitu,c) Namun demikian,d) Daripada perspektif yang berbeza,e) Jika dilihat dari sudut lain,f) Dengan kata lain,j) Dalam pada itu,k) Dari sudut lain,

l) Persis kata cendekiawan, .............m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......o) Fenomena ini dikatakanp) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan . Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain .. Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan Hal ini penting dalam Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa Ini menggambarkan bahawa Ini secara tidak langsung akan Ini semua meninggalkan kesan kerana Ini tentu sekali membuatkan Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah Keadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak kebelakangan ini Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Keadaan ini seharusnya boleh Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini Kendatipun demikian, kita masih Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

Sebagai contohnya Biar kita lihat Biar kita ambil contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Sebagai analoginya, Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama