bm eseimen pentaksiran

15
Penghargaan Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran kehadarat ilahi atas limpah dan keizinannya dapat saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini pada masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Encik Patarai bin Haji Cholen, Pensyarah Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang telah membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan bantuan daripada beliau tidak mungkin dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada warga Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff(1) yang telah memberikan kerjasama dan berkongsi ilmu yang mereka ada serta memberikan peluang kepada saya untuk mentakbir ujian pada Tahun 5. Terutama pada Guru Bahasa Malayu Tahun 5 iaitu Puan Suhaida binti Ahmad. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Salwa Binti Ibrahim dan En. Mohd Nor Bin Hamzah. Tanpa restu dan keberkatan daripada mereka saya tidak mungkin berada di sini pada ketika ini. Akhir sekali terima kasih diucapkan rakan-rakan seperjuangan yang sedikit sebanyak membantu dalam menyiapkan kajian yang diberikan.

Upload: nurulhi

Post on 28-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

Page 1: bm eseimen pentaksiran

Penghargaan

Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran kehadarat ilahi atas limpah dan keizinannya dapat saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini pada masa yang ditetapkan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Encik Patarai bin  Haji Cholen, Pensyarah Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang telah membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan bantuan daripada beliau tidak mungkin dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada warga Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff(1) yang telah memberikan kerjasama dan berkongsi ilmu yang mereka ada serta memberikan peluang kepada saya untuk mentakbir ujian pada Tahun 5. Terutama pada Guru Bahasa Malayu Tahun 5 iaitu Puan Suhaida binti Ahmad.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Salwa Binti Ibrahim dan En. Mohd Nor Bin Hamzah. Tanpa restu dan keberkatan daripada mereka saya tidak mungkin berada di sini pada ketika ini.

Akhir sekali terima kasih diucapkan rakan-rakan seperjuangan yang sedikit sebanyak membantu dalam menyiapkan kajian yang diberikan.

Page 2: bm eseimen pentaksiran

1.0Pengenalan

1.1Laporan sebelum

Sebelum membuat soalan untuk ditakbir, saya telah melakukan satu nota

grafik berkaitan dengan pentaksiran, pengujian dan penilaian. Nota grafik ini perlu

dilakukan sebelum saya melakukan pratikum fasa kedua. Hal ini disebabkan oleh,

semasa pratikum nanti, saya hanya perlu membina soalan dan mentakbir soalan.

Ini akan memudahkan kerja sama semasa menjalani praktikum fasa kedua.

Sebelum membina soalan, saya perlu membaca apa kehendak soalan.

Selain daripada itu, saya juga perlu membuat sedikit kajian tentang soalan-soalan

mengikut aras dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Saya juga perlu menelaah

semula cara membuat soalan mengikut JSU. Setelah membina soalan, saya telah

berjumpa dengan Encik Patarai bin  Haji Cholen untuk diperiksa. Selepas di periksa

oleh Encik Patarai bin  Haji Cholen, saya mendapati banyak soalan yang salah dan

perlu diperbetulkan semula. Setelah mendengar terangan daripada Encik Patarai

bin  Haji Cholen, saya telah membuat pembetulan ke atas soalan saya

berdasarkan beberapa tips yang telah diberikan.

1.2Laporan semasa

Pada hari selasa, 16 September 2013, pada jam 08.35 sehingga 09.35 saya telah

mentadbir satu ujian ringkas kepada murid Tahun 5 Marikh di Sekolah Kebangsaan

Yaacub Latiff(1). Sebelum memasuki kelas tersebut, saya perlu meminta kebenaran

guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 iaitu Puan Suhaida binti Ahmad. Puan

Suhaida memberikan kebenaran untuk mentadbir ujian Bahasa Melayu tersebut. Saya

mengambil masa satu jam untuk proses mentadbir ujian tersebut. Sebelum

mengedarkan kertas ujian, saya perlu memberikan sedikit penerangan kepada murid

Tahun 5 tentang Ujian tersebut. Saya juga perlu meminta kerjasama daripada murid

tahun 5 untuk menjawab soalan tersebut agar mereka menjawab dengan bersungguh-

sungguh. Sebelum memulakan ujian, saya perlu mengira kehadiran murid tahun 5.

Pada hari tersebut seramai 18 orang daripada 19 orang telah hadir.

Page 3: bm eseimen pentaksiran

Saya mula mengedarkan kertas pada jam 08.45. Murid dikehendaki menulis nama

dan tahunpada kertas tersebut. Selepas memberikan kertas soalan, murid dikehendaki

memeriksa kertas jawapan tersebut, jika terdapat kesilapan terhadap kertas soalan.

Kertas ujian tersebut mengandungi 12 soalan objektif dan 6 soalan pemahaman. Murid

mula menjawab pada jam 08.50 sehingga jam 09.20. murid diberikan masa selama

setengah jam untuk menjawab soalan ini. Semasa murid menjawab soalan ini, saya

perlu meronda untuk memastikan murid tidak meniru antara satu sama lain. Pada jam

09.20, masa untuk ujian telah tamat. Murid dikehendaki meletakkan pensil dan guru

akan mula mengutip kertas soalan tersebut. Kemudian saya dikehendaki mengira

jumlah kertas ujian tersebut agar tiada yang tercicir. Masa mentakbir ujian tamat pada

jam 09.35.

1.3Laporan selepas

Selepas mentakbir soalan, saya perlu memeriksa ujian tersebut dan memberikan

markah. Murid yang berjaya menjawab dengan betul akan diberikan hadiah atau

ganjaran. Selepas memeriksa jawapan murid, saya perlu membuat data tentang

jawapan yang diberikan. Data tersebut perlu dihuraikan melalui graf dan karangan.

Kemudian, saya perlu membuat rumusan tentang data yang telah dihuraikan.

Page 4: bm eseimen pentaksiran

2.0Dapatan

Hasil daripada pentakbiran ujian di Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff (1) , terdapat

dua ketagori soalan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif ( pemahaman). Soalan

objektif mengandungi 12 soalan yang terdiri daripada enam aras manakala soalan

subjektif ( pemahaman) pula mengandungi enam soalan yang terdiri daripada enam

aras.

2.1Soalan objektif

Soalan objektif merupakan soalan yang mempunyai jawapan yang tepat. Hanya

satu jawapan sahaja yang betul. Dalam soalan objektif ini terdapat 12 soalan iaitu

setiap aras mempunyai dua soalan yang terdiri daripada tatabahasa.

Penge

tahuan

Penge

tahuan

Kefaham

an

Kefaham

an

Aplikasi

Aplikasi

Analisis

Analisis

Sistes

is

Sistes

is

Penila

ian

Penila

ian

0

2

4

6

8

10

12

14

16

18

Soalan Objektif

Betul Salah

Graf 1.0 Soalan Objektif

Page 5: bm eseimen pentaksiran

Bil. Aras soalan Betul Salah Jum.

Jum. % Jum. %

1. Pengetahuan 15 84 % 3 16 % 18

2. Pengetahuan 15 84 % 3 16 % 18

3. Kefahaman 14 78 % 4 22 % 18

4. Kefahaman 12 67 % 6 33 % 18

5. Aplikasi 15 84 % 3 16 % 18

6. Aplikasi 11 61 % 7 39 % 18

7. Analisis 16 89 % 2 11 % 18

8. Analisis 18 100% 0 0 18

9. Sistesis 8 44 % 10 56 % 18

10. Sistesis 15 84 % 3 16 % 18

11. Penilaian 13 72 % 5 28 % 18

12. Penilaian 6 33 % 12 67 % 18

Jadual 1.0 Soalan Objektif

Berdasarkan jadual 1.0 soalan objektif, soalan satu dan soalan dua , aras

pengetahuan seramai 15 orang murid ( 84%) telah menjawab betul manakalah seramai

3 orang murid (16%) telah menjawab salah bagi jawapan tersebut. Soalan ketiga pula,

aras kefahaman, seramai 14 orang ( 78%) telah menjawab betul, manakala seramai 4

orang (22%) telah menjawab salah bagi soalan tersebut. Soalan keempat pula aras

kefahaman, seramai 12 orang (67%) boleh menjawab soalan tersebut, manakala murid

yang tidak boleh menjawab soalan tersebut pula seramai 6 orang murid (33%).

Seterusnya bagi soalan lima, aras aplikasi seramai 15 orang murid (84%) boleh

menjawab soalan tersebut, tetapi 3 orang murid (16%) tidak dapat menjawab dengan

baik. Soalan keenam pula, 11 orang murid (61%) menjawab dengan betul dan

selebihnya iaitu 7 orang murid ( 39%) tidak berjaya menjaya dengan betul. Soalan aras

analisis iaitu soalan yang ke tujuh pula, 16 orang murid dapat menjawab dengan betul

dan terdapat dua orang murid ( 11%) menjawab salah untuk jawapan tersebut. Soalan

yang kelapan aras analisis lagi, semua murid (100%) dapat menjawab dengan betul.

Page 6: bm eseimen pentaksiran

Seramai lapan orang (44%) menjawab betul bagi soalan sembilan aras sistesis,

manakala seramai 10 orang murid (56%) tidak dapat menjawab soalan tersebut. Bagi

soalan yang ke sepuluh, aras sistesis , 15 orang murid ( 84%) telah menjawab dengan

betul dan 3 orang murid (16%) lagi tidak dapat menjawab dengan betul. Seramai 13

orang murid (72%) murid telah menjawab dengan betul bagi aras penilaian, soalan ke

sebelas, manakala hanya lima orang murid (28%) tidak dapat menjawab dengan betul.

Akhir sekali bagi soalan objektif, soalan yang ke dua belas, hanya enam orang murid

(33%) dapat menjawab dengan betul dan 12 orang murid (67%) tidak menjawab

dengan betul.

2.2Soalan Subjektif (Kefahaman)

Soalan subjektidf merupakan soalan yang mempunyai pelbagai jawapan yang logik

yang boleh diterima. Dalam soalan ini terdapat enam soalan yang terdiri daripada

pelbagai aras. Soalan ini dinamakan soalan kefahaman, murid perlu membaca teks

terlebih dahulu sebelum menjawab soalan.

Penge-tahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sistesis Penilaian

0

2

4

6

8

10

12

14

16

Soalan Subjektif

Betul Salah

Rajah 2.0 Soalan Subjektif

Page 7: bm eseimen pentaksiran

Bil. Aras soalan Betul Salah Jum.

Jum. % Jum. %

1. Pengetahuan 15 84 % 3 16 % 18

2. Kefahaman 15 84 % 3 16 % 18

3. Aplikasi 10 56 % 8 44 % 18

4. Analisis 7 38 % 11 61 % 18

5. Sistesis 12 78 % 4 22 % 18

6. Penilaian 9 50 % 9 50 % 18

Jadual 2.0 Soalan Kefahaman

Berdasarkan jadual di atas, seramai 15 orang murid (84%) telah menjawab

dengan betul soalan yang pertama dan kedua bagi aras pengetahuan dan aras

kefahaman . Manakala hanya tiga orang murid (16%) sahaja yang tidak dapat

menjawab dengan betul. Bagi soalan yang ketiga, aras aplikasi, 10 orang murid ( 56%)

telah menjawab dengan tepat dan lapan lagi ( 44%) tidak dapat menjawab dengan

tepat. Seterusnya soalan aras sistesis, soalan yang ke lima, seramai 12 orang murid

(78 %) telah menjawab dengan betul dan tepat manakala hanya empat orang ( 22%)

sahaja tidak dapat menjawab dengan betul. Akhir sekali untuk soalan kefahaman aras

yang terahkhir iaitu aras penilaian seramai sembilan orang murid (50%) dapat

menjawab dan separuh lagi iaitu sembilan orang murid ( 50 %) tidak boleh menjawab

dengan betul.

Page 8: bm eseimen pentaksiran

3.0Rumusan

Kesimpulannya, selepas mentakbir soalan ujian ini kepada murid, saya dapat

memahami beberapa perkara. Pertama saya boleh mengetahui aras murid tersebut

walaupun saya tidak mengajar Bahasa Melayu untuk kelas tersebut. Dalam kelas 5

Marikh ini, terdapat murid yang pandai dan terdapat juga murid yang kurang dalam

matapelajaran. Semasa saya mentakbir soalan ini, terdapat seorang murid yang

mempunyai salah satu dalam kesemua soalan yang dijawab. Dia memperoleh 94%

dalam ujian Bahasa Melayu ini. Manakala terdapat seorang murid yang mendapat 27

%, dengan hanya betul 5 soalan daripada 18 soalan.

Berdasarkan data yang saya kumpul diatas, saya mendapati terdapat soalan

analisis yang kesemua murid boleh menjawab. Pada pandangan saya, jawapan untuk

soalan analisis tersebut senang. tiada yang meragukan. Ini menyebabkan murid dapat

menjawab dengan betul. Selain daripada itu, jawapan bagi soalan tersebut juga tiada

kekeliruan diantara soalan yang lain. Murid boleh mengenal pasti jawapan yang betul

dengan mudah. Soalan tersebut telah menjadi mudah walaupun soalan tersebut

dikategorikan sebagai soalan analisis.

Dalam soalan kefahaman, soalan yang keenam soalan penilaian, terdapat 50 %

orang murid dapat menjawab dengan betul dan 50 % lagi menjawab salah. Saya

mendapati separuh daripada kelas tersebut boleh berfikir diluar teks tersebut. Sembilan

orang murid boleh menyatakan sebab amalan gotong-royong berkurangan dikawasan

bandar dan separuh lagi murid tidak boleh berfikir. Terdapat juga pelajar yang tidak

memahami soalan. Hal ini disebabkan oleh, kelas tersebut bercampur kebolehan dan

dan tahap murid tersebut. Mengikut guru mata pelajaran Bahasa Melayu, terdapat dua

orang murid yang agak kurang di dalam kelas tersebut. Mereka berdua berasal

daripada kelas 5 Musytari yang tidak mempunyai kemahiran membaca dengan lancar.

Hampir keseluruhan kelas ini, dapat menjawab soalan aras tinggi dengan baik.

Terdapat juga beberapa orang yang tidak boleh menjawab soalan aras tinggi dengan

baik pada soalan objektif. Contohnya pada soalan yang kesembilan dan soalan yang ke

12. Hampir separuh kelas telah menjawab dengan salah. Hal ini disebabkan oleh,

Page 9: bm eseimen pentaksiran

kemungkinan, murid tersebut tidak pernah belajar tentang jenis kata majmuk. Murid

yang lemah atau sederhana tidak dapat menjawab dengan baik berbanding dengan

murid yang pandai. Bagi soalan 12 pula, hanya murid yang mempunyai IQ yang tinggi

sahaja dapat menilai peribahasa yang diberikan. Manakala murid yang lemah tidak

dapat memahami kehendak soalan tersebut. Soalan ini telah membezakan murid yang

pandai dengan murid yang lemah.

Bagi soalan kefahaman pula, hanya tujuh orang murid sahaja yand dapat menjawab

dengan betul. Seramai sebelas orang murid tidak dapat menjawab dengan betul. Ini

telah menunjukkan murid tidak mengetahui maksud peribahasa yang diberikan oleh

guru. Saya mendapati murid kelas 5 Marikh ini kurang pendedahan kepada tatabahasa

peribahasa. Peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing merupakan peribahasa

yang sering digunakan untuk kerjasama. Pada pandangan saya, hanya murid yang

pandai sahaja boleh menjawab soalan peribahasa ini dengan betul. Murid yang lemah

hanya meniru semula jawapan didalam teks. Mereka juga tidak memahami maksud

gotong-royong tersebut. Jika mereka dapat memahami maksud gotong-royong mereka

boleh menjawab peribahasa tersebut dengan mudah.

Akhirnya, saya mendapati kelas ini mempunyai murid yang pelbagai latarbelakang

IQ. Guru perlu memberikan penekanan terhadap murid yang lemah dan tidak

mengabaikan murid yang pandai. Terdapat juga murid yang mempunyai kotak ingatan

yang singkat, menyebabkan mereka tidak dapat menyimpan memori dengan terlalu

lama. Melalui ujian ini juga saya boleh mengetahui murid yang boleh menyimpan terus

maklumat yang diajar oleh guru didalam kotak ingatan mereka atau tidak. Terdapat

beberapa orang murid yang tidak dapat menyimpan terus ke dalam kotak ingatan

mereka. Mereka perlu mengulang-ulang semula apa yang diajar agar mereka dapat

mengingati dengan cepat.

Page 10: bm eseimen pentaksiran

  Bibliografi

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan

Alam Belajar.Oxford Fajar Sdn.Bhd

Khairuddin Mohamad, (2011). Literasi Bahasa Melayu.Oxford Fajar Bdn.Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin, (1999).Kemahiran Mendengar dan Bertutur .Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Jabatan Pendidikan Khas (1999a).

Buku panduan perlaksanaan program pendidikan pemulihan khas. Kuala Kumpur.

 Ahmad Fazil IPTS. (2008),PISMP Literasi Bahasa. Jabatan PengajianMelayu

Page 11: bm eseimen pentaksiran

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) BAHASA MELAYU TAHUN 5

NO. SOALAN

TAJUK / BIDANG ARAS KESUKARAN1 2 3 4 5 6

1 Kata Nama /2 Kata Adjektif /3 Kata kerja /4 Kata Tanya 5 Kata Seruan /6 Kata Hubung /7 Kata Sendi Nama8 Kata Perintah9 Kata Bilangan /

10 Kata Bantu11 Kata Majmuk /12 Kata Terbitan 13 Kata Ganda14 Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk15 Jenis Ayat /16 Huruf Besar dan Tanda Bacaan17 Peribahasa /18 Kata Sinonim /19 Kata Antonim /20 Kata Banyak Makna /21 Penanda Wacana 22 Soalan petikan 1 / / / / / /

Jumlah 3 3 3 3 3 3

ARAS KESUKARAN RENDAH 6SEDERHANA 6SUKAR 6

JUMLAH SOALAN 18

Aras Taksonomi Bloom :

1 : Pengetahuan 4 : Analisis

2 : Kefahaman 5 : Sintesis

3 : Aplikasi 6 : Penilaian