pentaksiran bm azni

32
1.0 Pengenalan Dalam menempuh kehidupan seharian, kita sering kali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya. Pentaksiran dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, Mohamad Sahari Nordin (2002), proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh. Istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian murid- murid di sekolah. Menurut Popham (2000), beliau menyatakan istilah- istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Menurut Siti Rahayah Ariffin (2003), pentaksiran murid lebih menekankan kepada usaha ke arah penambahbaikan (improvement) serta perkembangan (development) dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata Selain itu, maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, 1

Upload: annenhafurqhani

Post on 17-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cth

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran BM Azni

1.0 Pengenalan

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita sering kali berhadapan dengan

apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua

keadaan  yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan.

Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam

bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran  yang berlangsung.

Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan

pengulangan semula dan sebagainya.

Pentaksiran dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah satu proses yang

sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi

membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti

tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, Mohamad Sahari Nordin (2002), proses

dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan

menginterpretasi maklumat yang diperoleh. Istilah “pentaksiran” mula digunakan

dalam penilaian pencapaian murid-murid di sekolah. Menurut Popham (2000), beliau

menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara

silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.

Menurut Siti Rahayah Ariffin (2003), pentaksiran murid lebih menekankan

kepada usaha ke arah penambahbaikan (improvement) serta perkembangan

(development) dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata Selain itu,

maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran

merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan

harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-

kanak, teori perkembangan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran.

1

Page 2: Pentaksiran BM Azni

2.0 Konsep Pentaksiran

Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang (2008), pentaksiran merupakan satu proses

mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu

pendidikan. Dari konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam

proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,

memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar

bagi sesuatu tujuan.

Bhasah (2003) pula menyatakan pentaksiran merupakan sebahagian proses

pembelajaran, melibatkan satu proses mengumpul data yang bertujuan membuat

keputusan tentang individu atau kumpulan. Dengan kata lain, pentaksiran

merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi

pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Daripada

penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi pengujian,

pengukuran dan penilaian. Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan

maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang

produk sesuatu proses pendidikan.

Pentaksiran dikatakan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan

aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam konteks pendidikan juga

pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti

menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan

maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.

Aktiviti pentaksiran mestilah dijalankan secara berterusan. Hasil pentaksiran

dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai.

Terdapat beberapa aspek yang perlu diketahui dalam mneguasai bab

pentaksiran. Antaranya ialah instrumen iaitu alat atau bahan yang digunakan untuk

mentaksir, kumpulan yang ditaksir iaitu pelajar, respon iaitu tindak balas selepas

proses pentaksiran oleh responden dan kumpulan yang menaksir, kumpulan yang

menaksir iaitu seseorang yang ditugaskan untuk menguji dan menilai pelajar serta

skor iaitu markah.

2

Page 3: Pentaksiran BM Azni

3.0 Konsep Penilaian

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2010), penilaian didefinisikan

sebagai perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran. Menurut Gay di dalam Ee Ah

Meng (2002), penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan

menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan

itu tercapai. Hal ini bagi membolehkan guru membuat pertimbangan yang tepat

berhubung pengajaran dan pembelajaran murid.

Penilaian dikatakan sebagai satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan

dengan cara yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku

seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan

selepas sesuatu pengajaran. Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik

perlu mempunyai tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Melalui pengujian seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya

telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan oleh

guru. Oleh yang demikian, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh

dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan

guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian

amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum

yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Nitko (2004), penilaian ditakrifkan sebagai prosedur bersistem yang

menggunakan instrumen untuk mencerap dan memperihalkan ciri murid dengan

menggunakan skala numerikal atau skema pengelasan. Dalam konteks pendidikan,

penilaian ialah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul

maklumat tentang strategik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pendapat Mok

Soon Sang (1998), penilaian juga membolehkan pendidik membuat analisis yang

bertujuan untuk membuat sebarang tindakan seperti merancang aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

3

Page 4: Pentaksiran BM Azni

Dalam situasi ini kita boleh mengatakan guru tersebut sebenarnya mengukur

pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan akan dilakukan

guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang

berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Selain itu, dalam sesetengah

keadaan, penilaian dibuat tanpa sebarang pegukuran yang melibatkan ujian, tetapi

hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata. Izharnya, penilaian dapat

dilaksanakan dengan menggunakan maklumat atau data berbentuk kuantitatif atau

data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali.

4.0 Konsep Pengujian

Menurut Raminah (1991), ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh

perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau

ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk

membuat penilaian atau pengadilan. Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu

pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali

sebagai ujian pra atau pretest. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian

diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan

yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan

pembelajaran guru.

Menurut Cronbach (1970) pula, ujian adalah satu prosedur yang sistematik

untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan

dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Sebagai

contoh skala bernombor seperti angka 30/100 untuk penglihatan, 100 darjah

kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuaatu mata

pelajaran seperti Matematik. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti

ektrovert atau introvert untuk ujian personaliti dan untuk ujian penglihatan pula sama

rabun warna atau tidak. Hal ini menunjukkan kepentingan pengujian dalam

mengukur perubahan sikap dan tingkah laku.

4

Page 5: Pentaksiran BM Azni

Ujian dikatakan sebagai alat ukur yang selalu digunakan untuk mendapat bukti

empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu,

tumpuan perlu diberi untuk membina ujian yang berkualiti, membina ujian berkenaan

dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Hal ini bagi memastikan

penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan

dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Antara cara untuk memastikannya ialah

dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut

sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan

tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula

dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan ujian dan berakhir dengan

pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui

sama ada pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang

ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat

melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru

dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat

penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang

diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

5

Page 6: Pentaksiran BM Azni

5.0 Perkaitan Antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Rajah 1 : Perkaitan pentaksiran, pengujian dan penilaian

Berdasarkan rajah diatas, ketiga-tiga unsur tersebut mempunyai perkaitan rapat

antara satu sama lain. Hal ini kerana ketiga-tiga unsur ini saling memerlukan dalam

proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran. Tambahan lagi tujuan dan objektif sesuatu penghakiman produk

pengajaran dan pembelajaran membabitkan ketiga-tiga aspek berkenaan.

Perkaitan yang jelas antara ketiga-tiga komponen ini adalah dari segi tujuan

dalam menghasilkan produk dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana

tujuannya ialah sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian

terhadap pengajaran guru, sebagai alat mencari punca kelemahan murid, bagi

mendapatkan maklum balas keberkesanan pengajaran guru, menilai prestasi dan

kemajuan pelajar, mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar,

membolehkan pelajar mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan, membuat ramalan

tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar,

untuk membuat klasifikasi atau pembahagian murid, memudahkan pihak berkuasa

membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik serta membuat sebarang

penyelidikan berkaitan pendidikan.

6

Penilaian

Pengujian Pentaksiran

Page 7: Pentaksiran BM Azni

Selain itu, kepentingan bagi setiap komponen ini juga saling berkait rapat iaitu

dapat membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep

dan kemahiran, membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan

yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran serta membekalkan

rekod dan laporan yang boleh membantu ahli professional lain untuk membimbing

pelajar secara individu. Selain itu, untuk menentukan cara pengajaran kumpulan

efisien dan efektif.

Tambahan lagi, pentaksiran adalah satu pengukuran atau penilaian

pendidikan yang merupakan satu proses menentukan kuantiti atau takat

pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru. Manakala, untuk penilaian

dalam pendidikan pula adalah proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu

yang boleh diterima atau tidak. Seterusnya, perkaitan dengan pengujian pula ialah

merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan

tingkah laku seseorang. Hal ini disebabkan pengujian pasti akan melibatkan ujian,

ujian pula akan melalui proses penilaian dan ujian yang merupakan alat pengukuran

hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar dalam bentuk markah

sahaja.

Perbandingan Pentaksiran Pengujian Penilaian

Definisi

Sebuah proses

yang menentukan

peringkat

pencapaian dan

prestasi

seseorang individu

atau murid

Satu alat yang sistematik

untuk menilai dan

mengukur perubahan

dalam sesuatu aspek

tingkah laku.

Sebuah proses

menentukan perubahan

tingkah laku dan

membuat pertimbangan

nilai.

Tujuan

Bagi membuat

pengelasan

terhadap

pencapaian dan

kedudukan dalam

pembelajaran

Untuk menentukan

pencapaian terhadap

sesuatu pembelajaran

Memberi maklumat

tentang pencapaian

objektif pembelajaran.

Kaedah mengajar dan

kurikulum.

Bentuk 1.  Set ujian bertulis 1.    Pemerhatian 1.    Jadual

7

Page 8: Pentaksiran BM Azni

dengan markah

dan gred

2.    Ujian lisan

3.    Ujian bertulis2.    Gred berdasarkan

teknik perangkaan

Proses

perlaksanaan

Menjalankan

proses pengujian

menggunakan set

ujian dan

kemudian

mencatat atau

merekod markah

serta memberi

gred

Menyediakan set ujian

berdasarkan cara ujian

yang ingin dijalankan.

Melakukan pentadbiran

semasa menjalankan ujian

dan seterusnya

menjalankan 

pemeriksaan terhadap set

ujian yang telah

dijalankan.

Menentukan kaedah

pengukuran yang ingin

dijalankan dan

melakukan proses

pengukuran dan

penganalisaan semasa

pengukuran dilakukan.

Kemudian proses

interpretasi dijalankan

sebelim melapor

dapatan kajian dan

tindakan.

MasaSelepas sesi

pembelajaran

Selepas sesi

pembelajaran

Boleh dijalankan

sebelum, semasa atau

selepas sesi

pembelajaran

liputan

Terhad kepada

sesuatu peringkat

pembelajaran

Terhad kepada sesuatu

kemahiran  atau

pembelajaran yang telah

disampaikan

Menyeluruh terhadap

sesuatu pembelajaran

sehingga kepada

keseluruhan sesebuah

kurikulum

keputusan

Menunjukkan

pencapaian

secara relatif

Menunjukkan prestasi

sesuatu kemahiran atau

penguasaan pembelajaran

yang spesifik

Menunjukkan

pencapaian

keseluruhan seseorang

individu namun tidak

hanya menggambarkan

kebaikan individu

tersebut.

Jadual 1 : Perbandingan pentaksiran, pengujian dan penilaian

8

Page 9: Pentaksiran BM Azni

6.0 Taksonomi Bloom

Menurut Kamus dewan edisi keempat (2010), taksonomi ialah kajian tentang prinsip,

peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan

perbezaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model

yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan

dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti

pengetahuan, afektif dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu

yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana

menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan

berfikir.  Domain afektif pula melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai

pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Seterusnya adalah

domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan

sebagai elemen di dalam pentaksiran. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud

cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia. Domain

taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini

bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam

elemen dalam domain kognitif  Taksonomi Bloom ini. Elemen – elemen tersebut pula

telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan

pemikiran aras tinggi.  Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek

taksonomi dari terendah hinggalah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi

Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.

Rajah 2 : Hierarki Taksonomi Bloom

9

Page 10: Pentaksiran BM Azni

Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling

rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali

fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras

pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan

istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan

tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu

dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang

perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti

siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah

murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah

dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang

telah diajar oleh guru di dalam kelas.

Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan

murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi

kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah

bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah

mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan maksud tersurat

dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens

tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang

diberi.  Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi

mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan

maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering digunakan

dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan,

mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.

Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar

menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan

murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan

masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi

mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering

digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan

susunkan.

10

Page 11: Pentaksiran BM Azni

Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid

untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan

pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti

unsur–unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis

unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari

bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan

iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis

prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan

untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental

analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan

kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan

murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi

aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi

dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada

orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik

untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu

rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu

hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set

hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu

fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi

berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data

atau faktor yang diberi.

11

Page 12: Pentaksiran BM Azni

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan

murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu

membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan,

sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu

seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras

penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan,

idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh

mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam

penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman

iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-

lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam

sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan

pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada

beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai

teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

7.0 Domain Krathwohl

Pengasas bagi taksonomi ini ialah David R. Krathwohl. Krathwohl dan rakan-rakan,

(1965) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’

(affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia.

Domain Krathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan

nilai murid. Aras taksonomi Krathwohl terdiri daripada 5 peringkat iaitu penerimaan,

gerak balas, menilai, organisasi dan perwatakan.

Rajah 3 : Aras Domain Krathwohl

12

Page 13: Pentaksiran BM Azni

Penerimaan berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.

Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan

dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks

pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan,

mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Gerak balas membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila

lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.

Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-

nilainya.

Menilai pula ialah peringkat apabila perlakuan adalah didasarkan atas konsep

dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan

cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika

kepercayaan itu boleh dipratikkan.

Organisasi membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih

daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.

Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-

nilainya.

Perwatakan pula bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan

sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang

itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya

dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau

sogokan dan sistemnilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.

13

Page 14: Pentaksiran BM Azni

8.0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.

Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan

sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi

komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan.

Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan

soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran. JSU juga

menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan

untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Hale (1980) berpendapat bahawa pengubalan kertas ujian perlu mengikuti

pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan

item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah

dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu

untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan

seterusnya, pengukuran yang adil.

Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah

carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.

Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini

pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan

demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang

perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.

Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru

supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada

awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawall mungkin,

misalnya sebelum kita memulakan pengajaran. Dengan erti kata lain, JSU

merupakan jadual yg menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu

konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap

konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

14

Page 15: Pentaksiran BM Azni

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan

sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak

mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk

merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan

rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU

mempunyai peranan yang penting.

8.1 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu

penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan

penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara

lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara

sembarangan, JSU juga menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, hal ini

berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin.

Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari

semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang

akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi

keseluruhan topik pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara

satu ujian dengan ujian yang lain.

Kepentingan JSU yang seterusnya adalah menimbulkan rasa kepantingan

sesuatu topik dan aras-aras kemahiran di samping mengambil kira bilangan masa

yang diperuntukkan untuk sesuatu topik. JSU juga memudahkan para guru iaitu

boleh dijadikan panduan untuk membentuk format ujian yang berkualiti. Selain itu,

kestabilan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun terjamin dengan

adanya penggunaan JSU.

15

Page 16: Pentaksiran BM Azni

9.0 Pembinaan Soalan Objektif Berdasarkan Taksonomi Bloom

1) Aras Pengetahuan

Soalan 1

Siapakah ketua dalam sebuah keluarga ?

A) Abang

B) Kakak

C) Ayah

D) Ibu

Soalan 2

Apakah maksud perkataan “jemaah” ?

A) Orang ramai

B) Peniaga

C) Pelajar

D) Askar

16

Page 17: Pentaksiran BM Azni

2) Aras Kefahaman

Soalan 1

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi penyataan di bawah.

“Setiap murid mestilah mengamalkan semangat untuk bekerjasama dengan rakan-

rakan di dalam kelas”

A) Habis madu sepah dibuang

B) Bagai bulan dipagar bintang

G) Orang mengantuk disorongkan bantal

D) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Soalan 2

Tugas ketua kelas adalah memastikan yang diberikan oleh guru

dilaksanakan dengan betul.

A) Keikhlasan

B) Kemahiran

C) Kedudukan

D) Tanggungjawab

17

Page 18: Pentaksiran BM Azni

3) Aras Aplikasi

Soalan 1

Nyatakan Bentuk kata bagi perkataan bergaris di bawah.

Warga Sekolah Kebangsaan Seri Mawar diundang ke Pertunjukan Seni

Mempertahankan Diri.

A) Kata dasar

B) Kata majmuk

C) Kata Tunggal

D) Kata Terbitan

Soalan 2

Cikgu Harun membawa Nabila dan rakan-rakannya melawat ____________

Muzium negara pada Ahad lepas.

A) Kepada

B) Pada

C) Ke

D) DI

18

Page 19: Pentaksiran BM Azni

4) Aras Analisis

Soalan 1

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Berat badan Ali semakin meningkat.

II. Zamri meningkat dagu di dalam kelas.

III. Bersukan dapat meningkatkan tahap kecergasan kita.

IV. Prestasi persatuan Pengakap semakin meningkat sejak tahun lepas.

A. I dan I! sahaja.

B. III dan IV sahaja.

C. I, III, dan IV sahaja.

D. II, III dan IV sahaja.

Soalan 2

Ramai orang berkerumun di kedai buah itu.

Rangkai kata berkerumun dalam ayat bermaksud

A) Bermain

B) Berkumpul

C) Berkhemah

D) Bergurau senda

19

Page 20: Pentaksiran BM Azni

5) Aras Sintesis

Soalan 1

Nyatakan cadangan yang paling sesuai untuk memelihara dan memulihara flora dan

fauna ?

A) Menyiram pokok bunga di sekolah.

B) Mengitar semula barang-barang terpakai.

C) Mengurangkan penggunaan plastik semasa penjualan.

D) Menanam banyak pokok di persekitaran kita dan elakkan penebangan hutan.

Soalan 2

Zuera menjual setiap batang pen dengan harga dua ringgit. Berapakah harga bagi

lapan batang pen ?

A) Empat ringgit

B) Enam ringgit

C) Dua belas ringgit

D) Enam Belas ringgit

20

Page 21: Pentaksiran BM Azni

6) Aras Penilaian

Soalan 1

Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan

murid-murid adalah

A) Merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin.

B) Meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah.

C) Mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku.

D) Memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan

kaunseling.

Soalan 2

Pada pendapat anda, mengapakah bumi kita semakin hari kian tercemar dengan

pencemaran ?

A) Sikap malas masyarakat.

B) Peraturan penjagaan alam tidak ketat.

C) Orang ramai kurang mahir dalam bidang pertanian.

D) Kurangnya kesedaran dalam diri untuk menjaga alam sekitar.

21

Page 22: Pentaksiran BM Azni

22

Page 23: Pentaksiran BM Azni

10.0 Rumusan

Penilaian dan pengujian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sama

pentingnya dengan proses pengajaran. Matlamat utama penilaian dijalankan ialah

untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek

yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar kepada guru

pelajar serta ibu bapa malah kepada pihak sekolah serta kementerian sendiri

apabila memberikan maklumat yang tepat dan berkesan.

Hasil penilaian dan pengujian yang dijalankan dapat dijadikan asas kepada

guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan

menggunakan maklumat yang diperolehi bagi membuat keputusan yang perlu bagi

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan penilaian

dalam pendidikan khususnya dalam bilik darjah ini dijelaskan kepada beberapa

tujuan seperti untuk tujuan diagnosis, melihat pencapaian, membuat pemilihan,

menempatkan serta memberikan bimbingan kaunseling kepada pelajar.

Seterusnya, taksonomi bloom dan domain krathwohl, juga diperlukan dalam

penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU amat penting dalam pembinaan

dalam sesuatu ujian. Hal ini kerana dalam penyediaan sesuatu ujian perlulah

menyediakan JSU yang merupskan rancangan persediaan item atau soalan.

Tambahan lagi dengan memahami segala keperluan ini guru mampu membina

soalan dan dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai alat penilaian

dalam pendidikan.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian

yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan

guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah

sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi

menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

23

Page 24: Pentaksiran BM Azni

Refleksi Kendiri

Abang Muhammad Fathur Rahman Bin Abg Madehi

K2 ( 27180)

Pada 23 Julai 2012, Encik Noor Azni bin Yahya telah memberikan kami kertas

soalan tugasan untuk mata pelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

di blok Seri Budiman. Sebelum memulakan sesi P&P, beliau terlebih dahulu

menerangkan dengan lebih lanjut kehendak sebenar soalan dan format menjawab

tugasan. Beliau turut menerangkan panduan membuat folio semasa menerangkan

cara menjawab kertas soalan tugasan itu. Selain itu, beliau turut menekankan

kepada kami supaya merujuk banyak sumber semasa membuat tugasan tersebut.

Sebenarnya, soalan tugasan ini tidaklah terlalu sukar kerana Encik Noor Azni

bin Yahya telah memberi banyak nota Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

serta tunjuk ajar kepada kami. Namun begitu, beliau berharap kami mengambil

inisiatif dengan mencari beberapa buku sebagai bahan rujukan tambahan. Kami

diminta memetik beberapa petikan sebagai bukti bahawa kami benar-benar

membuat rujukan dan bukan sekadar mengolah semula nota yang telah beliau

edarkan sebelum ini.

Selain bertanya kepada Encik Noor Azni bin Yahya tentang kaedah

menajawab soalan tugasan, saya turut berbincang dengan rakan-rakan dan melayari

internet untuk mendapatkan maklumat tambahan kerana buku yang saya pinjam

tidak banyak membantu saya untuk melaksanakan tugasan ini.

Ketika membuat kerja kursus ini saya telah banyak mempelajari maksud

sebenar pengujian, pentaksiran dan penilaian. Ketiga-tiganya berkait rapat dalam

memantau perkembangan dan kemajuan murid-murid dalam pembelajarannya.

Seseorang guru mestilah mahir dalam melaksanakan ketiga-tiga perkara ini bagi

menjamin kesahihan keputusan pengujian yang dibuat. Dalam pembuatan kerja

kursus ini saya juga telah mempelajari aras soalan Taksonomi Bloom. Aras soalan

Taksonomi Bloom ini amat membantu dalam penyediaan soalan ujian yang

mempunyai beberapa peringkat kesukaran kepada murid.

24

Page 25: Pentaksiran BM Azni

Bukan itu sahaja, saya juga telah mempelajari Jadual spesifikasi Ujian (JSU)

yang membantu guru dalam penyediaan soalan ujian yang seimbang. Soalan yang

susah dan soalan yang senang mestilah seimbang dan diambil daripada bab yang

berbeza dalam sukatan matapelajaran sesuatu subjek. JSU ini juga dapat

memastikan seseorang guru seperti saya tidak membuat soalan dengan sewenang-

wenangnya.

. Selain itu, saya saya telah memperolehi banyak pengalaman sepanjang

menjalankan kerja kursus ini seperti pengalaman mencari maklumat, memproses

maklumat dan pengaplikasian maklumat. Saya harap pengalaman yang saya

perolehi sepanjang membuat kerja kursus pendek ini akan dapat digunakan ketika

saya membuat kerja kursus yang akan datang.

25

Page 26: Pentaksiran BM Azni

Mohd Azam Bin Sulai

K2 ( 27270)

Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah

kekangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi masa mahupun sumber

maklumat. Namun setelah diberi segala penerangan daripada pensyarah subjek

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, saya dapat memahami serta

memudahkan saya merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.

Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa

setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh,

sebelum ini saya kurang memahami tentang bagaimana cara guru membina

sesebuah set soalan berdasarkan jadual spesifikasi ujian yang mengikut standard.

Namun begitu setelah saya mencari maklumat dan membuat rujukan daripada

beberapa buah buku yang berkaitan dengan hal tersebut, saya dapat memahami

perkara ini dengan lebih mendalam lagi. Melalui tugasan ini, saya juga berpeluang

membina beberapa soalan yang beteraskan aras Taksonomi Bloom. Daripada

dapatan saya, pembinaan item ujian hendaklah berdasarkan JSU sebagai panduan

kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan

pengajaran daripada awal hingga akhir.

Saya juga dapat menimba ilmu yang baru iaitu dapat mempelajari konsep

pentaksiran, pengujian dan penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini memberi pengalaman kepada saya untuk mengetahui apa

yang perlu dilakukan oleh guru sebelum, semasa atau selepas proses pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan

ini saya terpaksa berkorban dari segi masa, tenaga, dan sebagainya, saya tetap

berpuas hati kerana hasil kerja keras ini banyak memberi ilmu baru kepada diri saya

dan akan saya diaplikasikan suatu hari nanti.

26

Page 27: Pentaksiran BM Azni

Di samping itu, tugasan ini juga memberi pendedahan kepada saya tentang

domain kognitif Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl. Saya mendapati domain

kognitif Taksonomi Bloom terdapat enam elemen iaitu aras pengetahuan, aras

pemahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian. Manakala,

Ttaksonomi Krathwohl terdiri daripada 5 peringkat iaitu penerimaan, gerak balas,

menilai, organisasi dan perwatakan.

Akhir kata, saya begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga saya

menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Hasil daripada melaksanakan tugasan

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, kini saya mula memahami

bagaimana proses penilaian seseorang murid yang dilakukan oleh guru bagi

membantu mereka dalam sesuatu topik pembelajaran. Seterusnya, saya berasa

lebih minat untuk mengkaji bidang yang berkaitan dengan bahasa agar dapat

meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan bahasa dalam diri saya.

Pengalaman ini tidak akan saya lupakan dan akan dipraktikkan untuk masa akan

datang.

27

Page 28: Pentaksiran BM Azni

Bibliografi

Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik  Darjah. Tanjong Malim, West Malaysia : Quantum Books.

Bloom, B. S. ed. et al. (1956). Taxonomy of Educational Objectives: Handbook 1, Cognitive Domain. New York: David McKay.

Cronbach L.J (1970), Essential of psychological testing (3rd ed.) New York : Harper & row

Ee Ah Meng (2002). Pedagogi III. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Hale, Kenneth (1980). The position of Walbiri in a typology of the base. Bloomington: Indiana University Linguistics Club.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2003). Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Krathwohl, D.R., Bloom, B.s., & Masia, B.B. (1965). Classroom testing construction. Illinois: F.E Peacock Publisher Inc.

Mohamad Sahari Nordin (2002). Pengujian dan penaksiran di bilik darjah. Kuala Lumpur : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mok, Soon Sang (1998). Pendidikan di Malaysia untuk diploma perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Nitko, A. J. (2004). Educational assessments of students. Upper Sandle River N.J Pearson- Merill Prentice Hall.

Popham W.J (1975). Educational evaluation. New Jersey : Prentice-Hall Inc.

Popham W.J (2000). Testing : What every parent should know about school tests. London : Allyn & Bacon.

Siti Rahayah Ariffin (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan

28

Page 29: Pentaksiran BM Azni

Penilaian. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

29