eseimen jsu
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
1.0 PENDAHULUAN
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru
apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur
prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil
hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi
secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan
ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik
ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau
dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang
keputusan yang tepat.
1.1 PENGENALAN PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan
tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan
suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan
atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kewujudan ciri “penguasaan”
sesuatu matapelajaran yang diajar oleh guru-guru kepada pelajar dinilai dengan memberi
skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran
tentang prestasi para pelajar dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk
menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya,
mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta
membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang
dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau
sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta
melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti
menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid.
Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti, keobjektifan iaitu
berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan, kebolehtadbiran
susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau
berasaskan sekolah, pentafsiran terhadap calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang
calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan ujian
menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.
[Author Name] 1

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran iaitu
seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan
pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui
pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui
temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk
mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian
pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak bersifat mutlak,
misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara
tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara
tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya,
seseorang pelajar yang mendapat skor 90% tidak boleh dianggap mengetahui dua kali
ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45%, walaupun skor 90% itu dua kali ganda
45%. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai
tidak mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas
menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana
ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru, seseorang guru perlu
menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan pentaksiran yang tepat. Jika alat yang
digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak
tepat.
1.2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM SUBJEK SEJARAH
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik,
iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif
yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung dan sumatif yang dijalankan di
akhir satu unit pembelaran yang. Terdapat beberapa komponen PBS dalam pentaksiran
subjek sejarah iaitu antaranya ialah pentaksiran sekolah yang dirancang, dibina, ditadbir,
diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru subjek sejarah di sesebuah sekolah. Contoh
instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz,
senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Selain itu, pentaksiran pusat
pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru subjek sejarah
berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
dalam tempoh yang ditetapkan dalam mata pelajaran sejarah. Disamping itu terdapat
[Author Name] 2

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
pentaksiran pkisometrik yang dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur
kebolehan semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat,
kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Ini dinilai oleh guru subjek sejarah tersebut
keatas murid-murid di dalam kelas.
Justeru, pendidikan Sejarah bermatlamat untuk memupuk dan memperkukuh semangat
setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Sebahagian dari
matlamat ini diukur dalam bentuk PBS apabila murid terlibat secara langsung dalam
menghasilkan projek-projek kerja kursus Sejarah di sekolah yang mana, melalui
pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan,
murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan
sejarah dunia
1.3 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN DAN PENILAIAN
Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks,
pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. Penggubalan sesuatu
kertas ujian mata pelajaran sejarah perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu
mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan,
kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk
memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan
pelajaran dan objektif pengajaran. Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item
tersebut juga perlu dilakukan oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi
memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya,
pengukuran yang adil. Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua
hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta
tersebut menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula
menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Oleh itu pengubalan
kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan terlebih dahulu menyediakan JSU,
diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum
item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi panduan kepada guru sejarah tentang sukatan
pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi
pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru sejarah supaya item-
item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.
Antara kepentingan JSU adalah untuk mengelakkan daripada seseorang guru sejarah itu
membina ujian secara sembarangan. Dengan berpandukan JSU tersebut, seseorang guru
[Author Name] 3

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
sejarah itu akan menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh murid-muridnnya setelah
melalui beberapa garis panduan yang telah ditetapkan. Antara perkara yang diambil kira
dalam pembinaan soalan termasuklah tahap kemampuan murid serta bentuk soalan itu
sendiri. Dengan itu, seseorang guru itu akan dapat mengelakan daripada memberikan
penilaian kepada murid secara sesuka hati. Disamping itu, JSU juga berperanan untuk
menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian itu. Selain itu ianya juga dapat menimbulkan
kepentingan sesuatu topik-topik dan aras-aras kemahiran yang diuji. Dalam menghasilkan
JSU, seseorang guru sejarah itu perlu menyenaraikan topik-topik yang telah beliau ajar dan
sepatutnya telah dikuasai oleh murid-murid. Dengan adanya proses menghasilkan JSU,
guru tersebut akan memilih topik-topik yang akan diuji dan dalam masa yang sama dapat
merasakan kepentingan satu-satu topik itu untuk dijadikan soalan. Seseorang guru sejarah
juga dapat menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang
akan diuji kepada murid-muridya sekiranya mereka membina JSU. Selain itu JSU juga dapat
memperlihatkan kertas ujian dapat dibina secara sistematik dan terancang. Kesahan dari
segi persampelan sukatan pelajaran juga adalah terjamin, sebagai seorang guru, tahap
kefahaman murid tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan penglibatan dalam kelas sahaja
oleh itu, melalui penilaian dan memberikan ujian berkaitan topik tersebut maka guru dapat
melihat tahap kefahaman muridnya. Pembinaan JSU juga dapat membantu guru dalam
membentuk soalan. Bentuk-bentuk soalan samada objektif, subjektif, struktur ataupun esei.
Bilangan soalan pula adalah bergantung kepada pentingnya satu-satu topik itu atau merujuk
pada objektif pelajaran. Melalui bentuk yang telah ditetapkan itu, guru akan mudah untuk
memberikan penilaian atau memberikan markah pada soalan-soalan yang telah dijawab
murid.
Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa guru untuk menyemak kertas-kertas jawapan
murid. Contohnya bagi soalan-soalan berbentuk objektif, seseorang guru memerlukan masa
yang lebih singkat untuk memeriksa atau menyemak kertas jawapan murid berbanding
dalam bentuk struktur atau esei. Disamping itu, penilaian dijalankan kepada murid-murid
setiap tahun. Soalan-soalan yang diberikan tentunya berbeza-beza antara satu tahun
dengan tahun yang lain. Tanpa adanya JSU kemungkinan tahap atau aras kesukaran ujian-
ujian itu amat berbeza antara tahun ke setahun. Jadi, JSU berperanan untuk menstabilkan
aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun. Dengan itu, topic-topik yang akan yang diajar
kepada murid-murid sememangnya telah disusun mengikut keutamaan. Bilangan masa
yang ditentukan setiap topik adalah berpandukan kepada banyak atau luasnya sesuatu topik
itu. JSU juga mengambil kira masa yang diperuntukan untuk sesuatu topik. Oleh yang
demikian penilaian untuk satu-satu topik itu dapat dilaksanakan secara adil. Perbandingan
[Author Name] 4

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
antara satu ujian dengan ujian yang lain juga dapat dibuat sekiranya seseorang guru itu
membina JSU. Perbandingan yang dimaksudkan seperti tahap pencapaian atau
penguasaan yang ditunjukkan melalui markah yang diperolehi oleh seseorang murid itu.
2.0 KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT
Dalam melaksanakan tugasan ini beberapa kaedah mengumpul maklumat telah
digunakan antaranya dengan mencari bahan seperti buku-buku berkaitan dengan
pentaksiran, penilaian, JSU dan cara membuat item soalan. Kesemua bahan tersebut dapat
diakses kepada peminjaman buku-buku di perpustakaan Ibnu Sina dan sahabat-sahabat di
dalam Unit Sejarah. Selain itu, buku rujukan Pentaksiran dalam Matapelajaran Sejarah
penulisan Dr. Ismail bin Said dan Mohamad Munir Bin Ismail menjadi panduan utama dalam
menghasilkan tugasan projek Pentaksiran Dalam Mata Pelajaran Sejarah ini. Selain itu,
pencarian melalui internet juga digunakan dalam penghasilan tugasan projek ini.
Jurnal bertajuk Penerimaan Guru Terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Dengan Komitmen Guru Dalam Melaksanakan PBS memberikan pendedahan mengenai
guru-guru di sekolah yang memerlukan usaha kuat mereka dalam mengikut arus globalisasi
ini bagi menghasilkan modal insan yang berjaya pada masa akan datang malahan
membantu negara dalam mencapai kemajuan pada masa akan datang. Selain itu maklumat-
maklumat mengenai pentaksiran yang terdapat di internet banyak memberikan kefahaman
dan membantu dalam penulisan ini malahan blog-blog dan Laman Rasmi Kementerian yang
diakses menjadi panduan dalam mengira item aras kesukaran bagi mendapatkan formula
yang terbaik dalam mengenalpasti soalan-soalan yang sesuai dapat dihasilkan.
Disamping itu, proses menemubual sahabat-sahabat dan guru-guru yang biasa
menggunakan JSU dalam penyediaan tugasan projek ini juga banyak memberi maklumat
tambahan disamping menambahkan lagi kefahaman mengenai JSU yang merupakan
perkara wajib untuk para guru dalam proses penyediaan soalan peperiksaan. Guru yang
ditemubual antaranya ialah Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Beliau merupakan guru di
sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, Mantin, Negeri Sembilan dan merupakan guru
cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu semenjak tahun 2009 hingga kini. Pengalaman
beliau dalam menyediakan soalan-soalan peperiksaan banyak membantu dalam
pemahaman kepada JSU subjek Sejarah ini.
Disamping itu, contoh-contoh soalan peperiksaan sejarah Tahun 4 yang didapati di
internet juga membantu dalam proses penulisan dan penyediaan soalan-soalan bagi
[Author Name] 5

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
tugasan projek ini. Soalan-soalan yang mudah, sederhana dan sukar berjaya dibezakan
bagi membuat soalan-soalan yang sesuai bagi responden yang akan diuji.
3.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
3.1 RESPONDEN : MURID TIDAK MINAT MATA PELAJARAN SEJARAH
Responden yang dipilih bagi kajian ini adalah para pelajar yang tidak minat dalam subjek
sejarah. Selain itu, reponden berada di sekolah di sekitar Bandar yang mempunyai
kelengkapan yang lengkap Cuma kelemahan diri mereka iaitu tidak minat kepada subjek
sejarah menjadi fokus untuk dilihat bagi mengenalpasti kelemahan soalan yang diberikan.
Ini kerana soalan yang ditujukan kepada responden tersebut berada dalam aras kesukaran
yang mudah dan sederhana. Perkara ini dilaksanakan dengan cara ini supaya dapat
mengubah pandangan negatif para pelajar terhadap mata pelajaran sejarah yang
dikategorikan sebagai subjek yang sukar membosankan oleh sebilangan pelajar-pelajar di
Malaysia. Selain itu, terdapat berbagai-bagai sebab yang menyebabkan munculnya keadaan
yang menyedihkan terhadap mata pelajaran sejarah ini. Salah satu di antaranya ialah
kecenderungan tumpah tindih dalam kurikulum sejarah. Kurikulum sejarah berada ditakuk
lama iaitu lebih menyajikan rekonstruksi peristiwa dan aktiviti manusia masa lampau yang
kebanyakannya bersifat abstrak. Hal ini menyebabkan pembelajaran sejarah di dalam kelas
tidak lebih daripada aktiviti hafal-menghafal atau terbatas kepada pengembangan ingatan
sahaja. Fenomena ini juga telah disuarakan sendiri oleh Prof. Khoo Khay Kim. Beliau
menyifatkan pembelajaran sekadar menghafal dan meluahkannya kembali di dalam
peperiksaan sebagai “burung kakak tua.”
Faktor seterusnya pula melibatkan kaedah pengajaran guru sejarah. Menjadi kelaziman
di kalangan guru kini, mata pelajaran sejarah diajarkan dengan satu kaedah sama ada
“ceramah” atau “ceramah bervariasi”. Tumpuan pembelajaran lebih berfokuskan kepada
hasil iaitu pelajar dan mahasiswa sebagai objek dan produk semata-mata. Proses
pembelajaran dilupakan. sebenarnya proses inilah yang menentukan hasil atau produk yang
akan dikeluarkan. Dyah Kulamasari (2005:12) menyimpulkan bahawa terdapat sekurang-
kurangnya empat komponen yang saling berkait dan menjadi penyebab munculnya masalah
dalam pembelajaran sejarah. Pertama, tenaga pengajar sejarah yang kebanyakannya
miskin wawasan kesejarahan yang berpunca daripada sifat malas untuk menggali dan
[Author Name] 6

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
mengkaji sumber-sumber sejarah. Hal ini menyebabkan mereka tidak mampu merangsang
dan mengembangkan daya imaginasi pelajar untuk menimbulkan rasa ingin tahu tentang
mata pelajaran sejarah. Kredibiliti guru sejarah yang rendah ini pastinya akan menghalang
objektif pengajaran sejarah daripada tercapai. Komponen kedua pula ialah kerana
penggunaan buku-buku sejarah dan media pembelajaran sejarah yang masih terbatas.
Salah satu punca yang menyumbang kepada fenomena tersebut ialah kerana kebanyakan
pengajaran guru terlampau terikat kepada buku teks. Malahan nota-nota yang diberi juga
disalin seratus peratus daripada buku teks. Media pembelajaran yang diguna pula tetap
sama iaitu dengan cara guru membaca buku teks di hadapan kelas. Walaupun penggunaan
buku teks mempunyai beberapa kelebihan seperti mempunyai ringkasan dan rumusan
sejumlah maklumat penting yang berkaitan dengan sesuatu topik, memudahkan pelajar
memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan dan menyediakan sumber
maklumat yang seragam. Walau bagaimanapun, pergantungan yang sepenuhnya kepada
buku teks menyebabkan maklumat dan pengalaman pembelajaran yang ingin diterapkan
kepada pelajar-pelajar menjadi terbatas dan kaku. Selain itu, ia juga menyumbang kepada
beberapa masalah yang lain. Antara masalah tersebut ialah kesukaran murid memahami
istilah yang sukar, abstrak dan di luar pengalaman mereka. Bagi mengatasi kekurangan dan
masalah tersebut, maka guru sejarah perlu bijak menggunakan media-media dan sumber-
sumber sejarah dalam proses P&P tanpa mengetepikan penggunaan buku teks itu sendiri.
Komponen seterusnya berkait dengan diri pelajar itu sendiri yang kebanyakannya
kurang berminat terhadap pembelajaran sejarah. Deliman menyatakan bahawa penyebab
rendahnya minat belajar terhadap pembelajaran sejarah adalah kerana “bahan yang
disajikan tidak lebih daripada kisah dari rekonstruksi peristiwa dan aktiviti manusia di masa
lampau, yang bagi siswa sifatnya abstrak.” Anhar Gonggong pula dengan kenyataannya
bahawa “sejarah dipandang sebahagian orang sebagai masa lampau, lalu dianggap mata
pelajaran yang membuang-buang waktu.” Perlulah difahami sesungguhnya minat
mempunyai pengaruh yang besar terhadap aktiviti belajar. Hal ini kerana proses belajar
akan berjalan lancar apabila disertai minat. Oleh sebab itu, guru memiliki tanggungjawab
akademik dan moral untuk mencitrakan mata pelajaran yang dibinanya menjadi menarik dan
diminati para pelajar.
Dengan berdasarkan kesemua faktor-faktor, pelajar tidak meminati subjek sejarah ini
cenderung untuk tidak mengulangkaji pembelajaran sebelum peperiksaan dimulakan. Oleh
itu, fokus soalan-soalan yang diberikan kepada 10 orang responden ini terletak dalam aras
kesukaran yang mudah dan sederhana. Ini kerana pelajar yang tidak meminati subjek
[Author Name] 7

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
sejarah ini bukan tergolong dalam kategori pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan
ataupun pelajar yang mendapat nombor terakhir di dalam kelas tetapi kesemua mereka
merupakan pelajar yang sederhana Cuma mempunyai masalah dalam minat dalam subjek
sejarah sahaja. Dengan ini soalan yang diberikan diharap dapat memberikan mereka
pandangan yang berbeza kepada subjek sejarah ini yang jika kita lihat kepada Negara-
negara luar merupakan subjek yang menyeronokan malahan subjek ini juga mampu
menaikkan semangat rasa cinta kepada Negara di dalam jiwa pelajar.
3.2 JADUAL JUSTIFIKASI UJIAN DAN SOALAN UJIAN
Bentuk Soalan Jenis Soalan Konstruk Aras
Kesukaran
Kemahiran
Kandungan
(Bidang/ topik)
Ob
jektif
Mu
dah
Sukar
1. MARI BELAJAR
SEJARAH
13 8 1 77 28
Sejarah dan Kita 1,2,3,
4
/// /
Keluarga Harmoni 5,6 1 // /
Sekolah
Kebanggaan Saya
Tempat Tinggal
Saya
7,8 / /
2. ZAMAN AIR
BATU
6 4 75 25
[Author Name] 8

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
Zaman Air Batu 9,11,
12,13
/// /
3. ZAMAN
PRASEJARAH
3 2 100
Zaman Prasejarah 14,15 / /
4. KERAJAAN
MELAYU AWAL
3 2 1 100
Kerajaan Melayu
Awal
10,16 2 ///
5. TOKOH-TOKOH
TERBILANG
KESULTANAN
MELAYU MELAKA
7 4 75 25
Tokoh Terbilang 17 /
Parameswara
Pengasas Melaka
18,19 //
Tun Perak
Bendahara
Terbilang
Hang Tuah
Laksamana Melaka
20 /
JUMLAH 32 20 2
JADUAL PENENTU/SPESIFIKASI UJIAN ( JPU/JSU ) Mata Pelajaran/Kursus : SEJARAH
Tahun : 4
[Author Name] 9

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
3.3 SOALAN SEJARAH BAGI 10 ORANG RESPONDEN
Soalan Objektif
Bulatkan jawapan yang sesuai
1. Apakah sejarah?
A. Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau
B. Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
C. Sejarah ialah cerita dongeng yang berlaku pada waktu lampau
2. Sumber Sejarah terbahagi kepada dua iaitu?
A. Sumber asli dan sumber baharu
B. Sumber pertama dan sumber kedua
C. Sumber tiruan dan sumber rekaan
3. Apakah artifak?
A. Barang tinggalan yang dicipta oleh manusia
B. Tinggal haiwan atau tumbuhan
C. Naskah tulisan tangan
4. Sumber fosil merujuk kepada
A. Buku, majalah dan akhbar
B. Tempat menyimpan dan mempamerkan tinggalan sejarah
C. Tinggalan haiwan atau tumbuhan dari zaman lampau
5. Keluarga asas terdiri daripada
[Author Name] 10

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
A. Datuk, nenek dan cucu-cicit
B. Bapa, ibu dan anak
C. Bapa saudara, ibu saudara dan anak saudara
6. Siapakah ketua keluarga?
A. Bapa
B. Ibu
C. Datuk
7. Bangunan masjid melambangkan
A. Tempat ibadat orang Islam
B. Tempat ibadat orang Hindu
C. Tempat ibadat orang Kristian
8. Cameron Highland merupakan pusat pelancongan di kawasan
A. Pulau
B. Tanah Tinggi
C. Teluk
9. Zaman air batu merupakan zaman ketika air batu menutupi permukaan ………………
A. Bumi
B. Bukit
C. Dataran
10. Laluan laut yang utama di Zaman Kerajaan Melayu Melaka bagi pedagang-
pedagang ialah
A. Selat Sunda
B. Selat Melaka
C. Selat Tebrau
11. Kilang-kilang industri dan kenderaan mengeluarkan asap menyebabkan
A. Pencemaran Air
B. Pencemaran Bunyi
C. Pencemaran Udara
12. Pembuangan sisa toksik dan tumpahan minyak dari kapal menyebabkan
A. Pencemara Air
B. Pencemaran Bunyi
C. Pencemaran Udara
13. Mengapakah pencairan air batu berlaku
[Author Name] 11

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
A. Peningkatan air laut
B. Peningkatan suhu bumi
C. Pembebasan gas oksigen
14. Aktiviti perdagangan sistem barter mula dijalankan
A. Zaman Paleolitik
B. Zaman Mesolitik
C. Zaman Neolitik
15. Aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Neolitik
A. Berburu haiwan
B. Bercucuk Tanam
C. Mengembala kambing
16. Di antara yang berikut manakah yang betul
A. Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang
B. Kerajaan Gangga Negara di Temasik
C. Kerajaan Santubung di Kelantan
17. Bendahara yang termasyhur di Zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah
A. Tun Seri Lanang
B. Tun Perak
C. Tun Nila Utama
18. Negeri Melaka dibuka dan diasaskan oleh
A. Parameswara
B. Sultan Mansor Shah
C. Tun Perak
19. Nama negeri Melaka diambil sempena nama
A. Sebuah bukit
B. Seekor pelanduk
C. Sebatang pokok
20. Cara-cara untuk memakmurkan Negara ialah
I. bersatu padu
II. saling menghormati
III.mengasingkan diri
A. I dan II
[Author Name] 12

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
B. II dan III
C. I, II dan III
SOALAN SUBJEKTIF
1. Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah.
Bincangkan 5 amalan-amalan yang dapat melahirkan keluarga bahagia
1.____________________________________________________________________
2.____________________________________________________________________
3.____________________________________________________________________
4.____________________________________________________________________
5.____________________________________________________________________
( /5)
2. Namakan 5 nama-nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal.
1.____________________________________________________________________
2.____________________________________________________________________
3.____________________________________________________________________
[Author Name] 13

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
4.____________________________________________________________________
5.____________________________________________________________________
( /5)
3.4 HURAIAN SOALAN
Set ujian yang dibina terdiri daripada 2 bentuk soalan iaitu objektif dan subjektif. 20 item
objektif dengan tahap kesukaran yang berbeza-beza bagi menyesuaikan kepada tahap
pelajar yang tidak minat subjek sejarah ini. Sebanyak 18 item soalan objektif yang dibina
merupakan item aras mudah dan terlalu mudah, 2 item aras sederhana sukar manakala
tiada item aras sukar. Ini dilakukan sebegini supaya mengubah pandangan para pelajar
tersebut untuk memandang subjek sejarah ini sebagai subjek yang mudah yang banyak
memfokuskan kepada ingatan dan pemahaman mereka pada peringkat awal. Kesemua
soalan di dalam set ujian disusun mengikut bab-bab dalam mata pelajaran Sejarah
berdasarkan silibus yang diajar iaitu Mari Belajar Sejarah, Zaman Air Batu, Zaman
Prasejarah, Kerajaan Melayu Awal dan Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka.
Item soalan objektif ini lebih memfokuskan kepada tahap mengingat dan kefahaman para
pelajar kerana ini merupakan soalan pada peringkat pertama mereka bagi menarik minat
mereka kepada subjek ini.
20 item tersebut merupakan soalan yang kearah bertanya secara terus kepada
responden ini bagi memudahkan mereka memahami soalan dan menjawabnya dengan
mudah. Item-item yang dibina juga hanya menggunakan ayat yang pendek dan jelas. Hal ini
[Author Name] 14

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
bertujuan bagi memudahkan semua murid untuk membaca dan memahami ayat-ayat yang
dinyatakan pada item. Disamping itu, distraptor di dalam setiap soalan tidak terlalu
mengelirukan pelajar ketika menjawab soalan-soalan nanti.
Penggunaan ayat yang yang ringkas dan padat pula sebagai kaedah bagi memastikan
setiap murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang pelbagai berupaya menduduki ujian
dengan adil. Sekiranya ayat yang aras tinggi digunakan ke dalam soalan tersebut, mungkin
akan menyebabkan minat pelajar tersebut kepada subjek sejarah itu semakin berkurangan
hingga menyebabkan responden tersebut sukar untuk menjawab soalan yang diberikan.
Sebanyak 8 soalan terdiri daripada bab Mari Belajar Sejarah, 4 soalan daripada bab
Zaman Air Batu manakala 2 soalan daripada bab Zaman Prasejarah, 2 soalan daripada
Kerajaan Melayu Awal dan 4 soalan daripada Tokoh-Tokoh Terbilang Zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Penggunaan bab Mari Belajar Sejarah adalah paling banyak berbanding
bab yang lain. Perkara tersebut adalah bersesuaian dengan jam belajar yang telah
diperuntukan dalam masa P&P dan bertepatan dengan JSU yang telah dirangka. Selain itu,
bab Mari Belajar Sejarah lebih penting ditekankan kepada murid-murid kerana pengenalan
mata pelajaran Sejarah sekolah rendah baru sahaja dilakukan pada tahun tersebut kepada
mereka.
Sebanyak 2 item soalan subjektif yang dibina merupakan item aras mudah. Kesemua
soalan di dalam set ujian disusun mengikut bab-bab dalam mata pelajaran Sejarah
berdasarkan silibus yang diajar iaitu Mari Belajar Sejarah dan Kerajaan Melayu Awal. Item
soalan subjektif ini lebih memfokuskan kepada tahap mengingat dan kefahaman para
pelajar kerana ini merupakan soalan pada peringkat pertama mereka bagi menarik minat
mereka kepada subjek ini.
3.5 ANALISIS ITEM
Analisis item membolehkan guru menilai kesesuaian item tersebut dari segi
kesukarannya, iaitu sama ada item ersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu
kumpulan pelajar. Peratusan calon peperiksan yang menjawab sesuatu item atau soalan
dengan betul di nilaikan dengan nilai p. seterusnya semakin meningkat peratusan calon
menjawab sesuatu item dengan betul, semakin tinggi nilai p.
Gambar rajah 1
[Author Name] 15
Nilai p yang rendah: item semakin sukar
Nilai p yang tinggi: item semakin mudah

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
Gambar rajah 2
NILAI (p) Pengkelasan item
0.00 – 0.20 Terlalu sukar
0.21 – 0.40 Sukar
0.41 – 0.60 Sederhana Sukar
0.61 – 0.80 Mudah
0.81 – 1.00 Terlalu Mudah
Gambar rajah 3
Indeks Kesukaran Item Objektif
Mengikut Wood (1960), indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang
menjawab sesuatu dengan betul. Lagi tinggi peratusan pelajar yang menjawab item dengan
betul, lagi mudahlah item tersebut. Contohnya, item yang dijawab dengan betul oleh 85%
pelajar, nilai p = 0.85, oleh itu indeks kesukaran bagi sesuatu item ialah 0.85, ini bermakna
85% pelajar akan dapat menjawab item tersebut dengan betul
SOALAN OBJEKTIF
PEL
/SOL
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 JUMLAH INDEKS
KESUKARAN
PENGKELASAN
ITEM
1 / / / / / / / / / / 10 1 TERLALU
MUDAH
2 / / / / / / / / 8 0.8 MUDAH
3 / / / / / / / / 8 0.8 MUDAH
4 / / / / / / / 7 0.7 MUDAH
5 / / / / / 5 0.5 SEDERHANA
SUKAR
6 / / / / / / / / / 9 0.9 TERLALU
MUDAH
7 / / / / / / / / / 9 0.9 TERLALU
MUDAH
[Author Name] 16
Bilangan calon beri jawapan betul
Nilai p = _______________________________
Jumlah calon yang menjawab

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
8 / / / / / / 6 0.6 SEDERHANA
SUKAR
9 / / / / / / / 7 0.7 MUDAH
10 / / / / / / / / 8 0.8 MUDAH
11 / / / / / / / / / 9 0.9 TERLALU
MUDAH
12 / / / / / / / / / / 10 1 TERLALU
MUDAH
13 / / / / / / / / 8 0.8 MUDAH
14 / / / / / / / / / 9 0.9 TERLALU
MUDAH
15 / / / / / / / 7 0.7 MUDAH
16 / / / / / / / / 8 0.8 MUDAH
17 / / / / / / / / 8 0.8 MUDAH
18 / / / / / / / / 8 0.8 MUDAH
19 / / / / / / / / / 9 0.9 TERLALU
MUDAH
20 / / / / / / / / / / 10 1 TERLALU
MUDAH
JUML
AH
16 17 16 17 15 17 16 17 15 17 163
Gambar rajah 4 :
INDEKS KESUKARAN ITEM SUBJEKTIF
Gambar rajah 5
Misalnya, jumlah markah untuk 10 pelajar ialah 65, markah purata 65/10 = 6.5
SOALAN SUBJEKTIF
SOALAN/ P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 JUMLAH INDEKS PENGKELSAN
[Author Name] 17
Markah Purata
Nilai p =___________________________
Julat markah penuh

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
PELAJAR MARKAH KESUKARAN ITEM
1 3 5 4 3 4 3 5 5 3 4 39 0.78 MUDAH
2 4 4 4 4 4 4 5 5 5 3 42 0.84 MUDAH
JUMLAH
MARKAH
7 9 8 7 8 7 10 10 8 7 80
Gambar rajah 6
Analisis item
Soalan objektif
Soalan 1
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 1.00. Seramai 10 orang murid daripada 10
orang responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan
betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang terlalu mudah yang bersesuaian
dengan murid. Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 2
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.8. Seramai 8 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
[Author Name] 18

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang mudah yang bersesuaian dengan murid.
Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 3
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.8. Seramai 8 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang mudah yang bersesuaian dengan murid.
Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 4
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.7. Seramai 7 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang mudah yang bersesuaian dengan murid.
Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 5
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.5. Seramai 5 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sederhana sukar yang bersesuaian dengan
murid. Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 6
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.9. Seramai 9 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang terlalu mudah yang bersesuaian dengan
murid. Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 7
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.9. Seramai 9 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang terlalu mudah yang bersesuaian dengan
murid. Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 8
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.6. Seramai 6 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
[Author Name] 19

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sederhana sukar yang bersesuaian dengan
murid. Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 9
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.7. Seramai 7 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang mudah yang bersesuaian dengan murid.
Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 10
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.8. Seramai 8 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang mudah yang bersesuaian dengan murid.
Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 11
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.9. Seramai 9 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang terlalu mudah yang bersesuaian dengan
murid. Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 12
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 1.0 Seramai 10 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang terlalu mudah yang bersesuaian dengan
murid. Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 13
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.8. Seramai 8 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang mudah yang bersesuaian dengan murid.
Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 14
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.9. Seramai 9 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
[Author Name] 20

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang terlalu mudah yang bersesuaian dengan
murid. Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 15
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.7. Seramai 7 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang mudah yang bersesuaian dengan murid.
Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 16
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.8. Seramai 8 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang mudah yang bersesuaian dengan murid.
Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 17
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.8. Seramai 8 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang mudah yang bersesuaian dengan murid.
Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 18
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.8. Seramai 8 orang murid daripada 10 orang
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang mudah yang bersesuaian dengan murid.
Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 19
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.9. Seramai 19 orang murid daripada 10
orang responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan
betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang terlalu mudah yang bersesuaian
dengan murid. Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 20
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 1.0. Seramai 10 orang murid daripada 10
orang responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan
[Author Name] 21

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang terlalu mudah yang bersesuaian
dengan murid. Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
SOALAN SUBJEKTIF
Soalan 1
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.78. Seramai 4 orang murid mendapat
markah 3/5, 3 orang murid mendapat 4/5, tiga orang murid mendapat 5/5. daripada
responden yang tidak minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul.
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang mudah yang bersesuaian dengan murid.
Soalan ini sesuai dibekalkan di dalam ujian ini.
Soalan 2
Indeks kesukaran item bagi soalan ini adalah 0.84. Seramai seorang murid mendapat 3/5, 6
orang murid mendapat 4/5, 3 orang murid mendapat 5/5 daripada responden yang tidak
minat mata pelajaran sejarah menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang mudah yang bersesuaian dengan murid. Soalan ini sesuai
dibekalkan di dalam ujian ini.
4.0 CADANGAN
4.1 MASALAH-MASALAH SET UJIAN
Terdapat 10 orang responden yang memperoleh markah yang tinggi dalam ujian mata
pelajaran Sejarah ini manakala yang lain-lain memperoleh markah sederhana. Setelah Ujian
pada Tahun 4 dijalankan menggunakan set ujian tersebut, beberapa perkara dan masalah
telah didapati dan dikenal pasti. Antara masalah yang terdapat pada set ujian ini ialah
penggunaan aras kognitif yang tidak mencabar murid. Item-item yang ditetapkan di dalam
JSU kebanyakannya menggunakan aras kognitif yang mudah dan sederhana sahaja.
Sebanyak 8 item berada dalam aras terlalu mudah manakala 10 item merupakan aras
mudah dan 2 item berada dalam aras sederhana sukar. Hasil daripada ujian ini maka
[Author Name] 22

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
kesemua responden mampu menjawab soalan ini dengan berjaya. Namun begitu ini telah
membuktikan bahawa kesemua 10 orang pelajar tersebut mempunyai tahap pemikran yang
tinggi Cuma mereka mempunyai kelemahan iaitu tidak meminati sejarah dapat di atasi
dengan soalan yang seseuai.
Penggunaan distraktor yang kurang berkesan juga turut dikenal pasti dalam set ujian ini.
Selepas set ujian ini dianalisis, ternyata ramai murid yang dapat menjawab dengan betul
walaupun distraktor yang digunakan bagi pilihan-pilihan jawab telah diletakkan bertujuan
mengelirukan murid supaya memilih jawapan yang sebaliknya. Kemungkinan besar adalah
kerana ditraktor yang digunakan mempunyai maksud yang kurang sama dengan jawapan
yang sebenar dengan ini memudahkan responden untuk menjawab dengan. Oleh itu,
distraktor tersebut perlu diubah supaya murid-murid akan lebih berfikir dan berusaha untuk
memilih dan mendapatkan jawapan yang tepat.
Akhir sekali, soalan-soalan yang disediakan dalam set ujian ini hanya berbentuk objektif
dan subjektif. Murid-murid perlu menjawab soalan objektif dengan memilih jawapan yang
sesuai berdasarkan soalan yang diberikan, malahan pilihan jawapan yang diberikan tidak
cukupr mencabar pemikiran aras tinggi para pelajar. Selain itu, dalam soalan subjektif pula,
soalan yang diberikan banyak memfokuskan kepada daya ingatan pelajar untuk mengingat
perkara yang bersifat sejarah namun begitu daya pemikiran luar kotak ‘thinking outside the
box’ tidak disentuh dalam set ujian tersebut. Oleh itu dalam soalan objektif kemungkinan
pelajar untuk meniru adalah tinggi berbanding soalan berbentuk struktur dan esei. Oleh itu,
sebaiknya soalan-soalan sejarah perlu mempunyai peratusan yang tinggi dalam soalan
berbentuk subjektif dan esei.
Kesimpulannya, set ujian yang telah dibina dan diedarkan kepada responden murid
yang tidak minat subjek sejarah ini mempunyai beberapa masalah yang masih boleh
ditanggani pada masa akan datang.
4.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SOALAN
Selepas analisis terhadap set ujian dijalankan, pelbagai masalah telah didapati dan
dikenal pasti yang boleh menyebabkan keputusan murid-murid boleh dipertikaikan. Oleh itu,
beberapa cadangan penambahbaikan mestilah dilakukan bagi mengubahsuai soalan-soalan
yang akan dibina pada masa akan dating lebih baik untuk dijawab oleh para pelajar
bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka. Ini kerana soalan seterusnya perlu lebih
mencabar daripada soalan ini. Namun begitu soalan yang diberikan pada masa akan datang
masih lagi menyentuh kepada aspk minat pelajar kepda subjek sejarah.
[Author Name] 23

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan set ujian
Sejarah lebih sesuai ialah penentuan aras-aras kognitif yang sesuai dengan murid-murid.
Berdasarkan pemerhatian terhadap responden murid-murid yang tidak minat subjek sejarah
ini, majoriti daripada mereka merupakan pelajar yang sederhana dan cemerlang.
Penguasaan mereka dalam kemahiran komunikasi dan bahasa juga adalah sangat baik.
Oleh itu, set ujian yang akan dibina pada masa akan datang mestilah menggunakan aras
kognitif yang lebih mencabar dan sukar untuk dijawab oleh murid. Sebagai contoh,
pembinaan item pada aras kognitif yang lebih tinggi boleh digunakan seperti menilai dan
mencipta supaya murid-murid dapat berfikir dengan lebih kritikal dan lebih mencabar
pemikiran mereka. Aras kognitif yang ditentukan juga mestilah seimbang supaya pembinaan
soalan pada masa akan datang adalah lebih sesuai.
Dari segi penggunaan distractor dalam soalan objektif pula, penambahbaikan mestilah
dijalankan supaya soalan-soalan yang dibina menjadi lebih berkesan untuk menguji murid-
murid tersebut. Distraktor-distraktor yang disediakan pada pilihan jawapan perlu mempunyai
makna yang hamper sama dengan jawapan yang sebenar bagi memberikan cabaran
kepada responden untuk menjawab soalan tersebut. Distraktor yang akan disediakan juga
mestilah logik dan tidak melucukan. Hal ini kerana murid-murid tahap sederhana dan
cemerlang dapat mengesan dengan mudah sekiranya terdapat jawapan yang terang-
terangan tidak logik walaupun kelihatan hampir sama dengan jawapan sebenar.
Pembinaan soalan berbentuk subjektif pula harus sentiasa ada dalam setiap ujian
sejarah. Ini kerana dengan soalan berbentuk subjektif ini mampu menguji tahap pemikiran
pelajar dengan lebih berkesan. Para pelajar akan berfikir dengan mendalam ketika
menjawab soalan-soalan tersebut disampin itu ini juga dapa meningkatkan pemikiran berfikir
aras tinggi para pelajar. Guru boleh menguji murid-murid dengan menyediakan soalan-
soalan subjektif yang bersifat sederhana sukar atau sukar bagi membolehkan murid-murid
menjawab mengikut kemampuan dan kefahaman mereka sendiri. Soalan-soalan subjektif
yang akan disediakan itu juga mestilah menggunakan ayat yang jelas dan mudah difahami
supaya murid dapat menjawab dengan baik. Selain itu, dengan soalan subjektif potensi
pelajar untuk meniru adalah kurang kerana setiap jawapan memerlukan ayat yang lengkap
dengan fakta, isi dan conoth. Ini juga dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dalam
sejarah.
[Author Name] 24

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya dalam mebina soalan-soalan kepada murid-murid di sekolah maka JSU
dan pemilihan item yang sesuai untuk dijawab oleh murid-murid amat penting. Dalam
membina soalan peneltitian seiring dengan berpandukan JSU amat perlu supaya soalan
yang diberikan kepada murid dapat menguji tahap pemikiran mereka. Soalan-soalan yang
diberikan perlu berbandukan kepada teksonomi bloom dan menjurus kepada aras menilai
dan mencipta ini kerana pemikiran pelajar cemerlang perlu diuji sedemikian supaya guru-
guru dapat mengenalpasti tahap kefahaman pelajar setelah diajar. Manakala bagi pelajar
tahap rendah pula sebaiknya soalan yang disediakan berada pada tahap mengingat,
[Author Name] 25

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
SJH3093
memahami dan mengaplikasi supaya setaraf dengan tahap pemikiran pelajar tersebut.
Selain itu, bagi pelajar yang kurang minat sejarah pula soalan-soalan yang ditujukan
haruslah pelbagai dengan bergambar, mempunyai rajah dan soalan yang ringkas dan
mudah difahami. Ini kerana pelajar yang kurang minat sejarah ini ada yang lemah dari sudut
akademik malahan ada juga yang cemerlang dari sudut akademik. Oleh itu, kepelbagaian
dan aneka pilihan soalan perlu dititik beratkan oleh guru-guru dalam penyediaan soalan
kepada pelajar disamping mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka.
Dengan ini, banyak perkara yang telah dipelajari dalam penghasilan tugasan projek ini
selain penyediaan item soalan dan penggunaan JSU. Justeru, dengan soalan-soalan yang
sesuai sahaja maka para guru dapat mengenalpasti tahap kefahaman para pelajar selain
dapat memperbaiki kelemahan mengajar dan menambahbaik item-item soalan pada masa
akan datang.
[Author Name] 26