eseimen bahasa melayu

63
PENDAHULUAN Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Upload: ash-asyraf

Post on 01-Jul-2015

4.737 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: ESEIMEN BAHASA MELAYU

PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam

Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua

sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia.

Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap

bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan

sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi

bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di

peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan.

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa

Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan

berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat.

Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada

mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan

tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur,

Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini

membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam

kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup

bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 2: ESEIMEN BAHASA MELAYU

Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai

gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.

Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah

penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.

Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum

Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan

organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa,

Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam

dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk

panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran

ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 3: ESEIMEN BAHASA MELAYU

MATLAMAT

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk

melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk

memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan

harian.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid

dapat :

i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati

pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai

situasi;

iii.Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai

persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan

menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh

ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya

pembelajaran berterusan;

vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan

penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; 

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 4: ESEIMEN BAHASA MELAYU

vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur

pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang

sesuai dan betul;

viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan

sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;

ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan

karya berunsur ilmu; dan

x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat

patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus

kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran

ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur,

Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga

menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen

Pengisian Kurikulum.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 5: ESEIMEN BAHASA MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran.

Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,

Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran

Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Page 6: ESEIMEN BAHASA MELAYU

KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan

menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

KEMAHIRAN

BAHASA

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Membaca

Kemahiran Menulis

Kemahiran Mendenga

r

Page 7: ESEIMEN BAHASA MELAYU

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti ,

memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta

dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin

hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang

kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.

Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan

tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan

lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi

kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan

menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran Menulis 

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat

dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan

ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan

menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta

tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan

kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan

dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan

kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 8: ESEIMEN BAHASA MELAYU

I. Kemahiran Mendengar dan Bertutur

o Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid

memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi

pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal.

o Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan

persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar.

o Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan

tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan.

o Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah

berbual, bercerita, menyampaikan maklumat dan berbincang.

1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi

formal dan tidak formal.

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian

menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan

intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.

1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.

1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam

urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 9: ESEIMEN BAHASA MELAYU

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton,

dibaca , atau dialami.

2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang

baik dan jelas.

2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat\

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul,

menarik, dan berkesan

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan

kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan.

3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila

4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara

secara terperinci, tepat , dan tersusun.

4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman,

dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian

dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang

terancang.

4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat

dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 10: ESEIMEN BAHASA MELAYU

II. Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan

bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta

memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman

dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca

diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Hasil

Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami

maklumat, menaakul, dan menghayati teks.

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya

pembacaan yang sesuai

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan memahami perkara yang dibaca.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang

sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang

menyeluruh.

6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.

6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi

dalam bahan ilmu.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 11: ESEIMEN BAHASA MELAYU

7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan

tersirat.

7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya

bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan

tertentu kepada pembaca

7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang

berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 12: ESEIMEN BAHASA MELAYU

III. Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan

membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera

serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang

gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas

dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis

ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan

menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan

membuat ulasan.

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu

penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.

8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu

perkara.

8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu

perenggan bagi sesebuah karangan.

8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 13: ESEIMEN BAHASA MELAYU

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat

9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar

atau dibaca.

9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang

didengar atau dibaca secara kohesif.

10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang

mudah, menarik dan bermakna.

10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca

11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah

karya.

11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat,

wacana, nilai dan pengajaran.

11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan

persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.

11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan

oleh pihak lain.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 14: ESEIMEN BAHASA MELAYU

SISTEM BAHASA

Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa

Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa

kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis

manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang

terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.

Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa,

ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Penerangan ringkas

bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

SISTEM BAHASA

Tatabahasa

Sistem Ejaan

Sebutan dan

Intonasi

Kosa Kata

Peribahasa

Page 15: ESEIMEN BAHASA MELAYU

1.0 Tatabahasa

Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan

secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan

tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

1.1 Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan

penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau

lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula

ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada

proses pengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan

keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Tatabahasa

Morfologi

Sintaksis

Page 16: ESEIMEN BAHASA MELAYU

a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi

i. kata asli bahasa Melayu ii. kata pinjaman bahasa Melayu

b. Bentuk kata

i. kata tunggal ii. kata terbitan iii. kata majmuk iv. kata ganda

• Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:

i. pengimbuhan

ii. penggandaan

iii. pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem

imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek

penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna.

c. Golongan kata

i. kata nama ii. kata kerja iii. kata adjektif iv. kata tugas

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 17: ESEIMEN BAHASA MELAYU

1.2 Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan binaan

atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum

atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan

perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis

yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut :

a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek

pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat,

b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan,

c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif,

d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang,

e. binaan dan proses penerbitan ayat:

i. ayat dasar

ii. ayat tunggal

iii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan

f. aspek tanda baca

2.0 Sistem Ejaan

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

i. pola keselarasan huruf vokal

ii. ejaan kata pinjaman

iii. ejaan kata dasar dan kata terbitan

Page 18: ESEIMEN BAHASA MELAYU

3.0 Sebutan dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan

ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk

ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam

sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna

dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah

sebutan bahasa Melayu baku.

i. Sebutan

Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul.

Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa

Melayu baku.

ii. Intonasi

Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:

a. Jenis ayat b. Susunan ayat c. Ragam ayat

i. ayat penyata

ii. ayat tanya

iii. ayat seruan

iv. ayat perintah

i ayat biasa

ii. ayat songsang

i ayat aktif

ii. ayat pasif

Nota:

* Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa

pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

* Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yang

menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 19: ESEIMEN BAHASA MELAYU

4.0 Kosa kata

Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata

perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu

dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.

5.0 Peribahasa

Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah,

bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan

dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan

bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni

masyarakat Malaysia.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 20: ESEIMEN BAHASA MELAYU

PENGISIAN KURIKULUM

Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada

pelbagai bidang ilmu,nilai,kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya, dan

kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,

kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran secara konstruktivisme, dan

kontekstual.

1.0 Ilmu

Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam

bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk

memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga

termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam

pengajaran dan pembelajaran.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

PENGISIAN KURIKULUM

Pengetahuan

Nilai

Kewarganegaraan

Peraturan Sosiobudaya

Kemahiran Bernilai Tambah

Page 21: ESEIMEN BAHASA MELAYU

2.0 Nilai

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk

melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan

dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah

tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia

ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak

langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat

antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

3.0 Kewarganegaraan

Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah

air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan

warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa

dan negara.

4.0 Peraturan Sosiobudaya

Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan

bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat

Malaysia.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 22: ESEIMEN BAHASA MELAYU

5.0 Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai

dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global.

Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran

lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Teknologi

Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran Belajar Cara

Belajar

Kajian Masa Depan

Kecerdasan Pelbagai

Pembelajaran kontsruktivism

e

Pembelajaran kontekstual

Page 23: ESEIMEN BAHASA MELAYU

Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir,

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,

kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran konstruktivisme,

dan kontekstual. Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di

bawah.

5.1 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang

memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur,

membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir , sama ada dari segi

mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan

penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid

supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti

menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam

menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka

peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini

membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk

menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran

seumur hidup.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 24: ESEIMEN BAHASA MELAYU

5.4 Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid

agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada

masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat

ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid

mendapat manfaat yang maksimum.

5.5 Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logikmatematik, muzik,

kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru

perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya

pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana

setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

5.6 Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang

boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid

lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 25: ESEIMEN BAHASA MELAYU

5.7 Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi

pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan.

Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai,

secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku

apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara

bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan

mereka.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 26: ESEIMEN BAHASA MELAYU

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan Berpusatkan Murid

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu

haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan

menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat

membina dan memantapkan keyakinan berbahasa.

Kepelbagaian Teknik

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

STRATEGI PENGAJARA

N DAN PEMBELAJAR

AN

Page 27: ESEIMEN BAHASA MELAYU

Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai

kaedah mengajar. Guru boleh memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu

belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir

secara kritis dan kreatif berkomunikasi dan berinteraksi.

Kepelbagaian Sumber Bahan

Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan sumber seperti akhbar,

majalah, buku rujukan, kamus, internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur

ilmu hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk

bacaan ekstensif.

Penggunaan Tatabahasa yang tepat

Pendidikan Bahasa Melayu, sekolah rendah menekankan penggunaan

tatabahasa mengiut kemampuan murid. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru

perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta

contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang

bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Bacaan Luas

Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan

membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat

membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa melayu

dengan menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera. Pengajaran dan

pembelajaran dapat dilaksanakan melalui penyerapan.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 28: ESEIMEN BAHASA MELAYU

PENEKANAN KONSEP 5P

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep

penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini

selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Fasafah Pendidikan

Kebangsaan.

a. Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.

Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.

Kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam

hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

PENEKANAN KONSEP 5P

Pengabung-jalinan

Penyerapan

Pengayaan

Pemulihan

Penilaian

Page 29: ESEIMEN BAHASA MELAYU

b. Penyerapan

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur itlu, nilai dan kemahiran bernilai

tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa

depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin

dalam pelbagai mata pelajaran.

c. Pengayaan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah

Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan,

bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk

digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti

bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan

kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang

ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

d. Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid dan menguasai

kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan.

Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan, maujud, alat

permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat

daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah

mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 30: ESEIMEN BAHASA MELAYU

e. Penilaian 

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripadda proses pengajaran dan

pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan

makluma yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif

pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlualah dijalankan

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses

penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil

ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau

pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau

aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 31: ESEIMEN BAHASA MELAYU

REFLEKSI

Syukur kepada Allah S.W.T yang memberi kekuatan dan semangat

kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini dalam masa yang

diperuntukkan. Terima kasih kepada pensyarah Encik Hj.Rosli Bin Ab.Ghani

yang telah banyak membantu saya dalam tugasan kali ini. Saya juga ingin

merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak

berkongsi maklumat dan pendapat.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi

pelbagai masalah. Masalah utama adalah untuk mencari buku rujukan yang

memenuhi kehendak soalan. Sesetengah buku yang diperolehi hanya

menyentuh sedikit sahaja perkara yang terkandung dalam soalan. Oleh itu,

saya perlu membaca dan menganalisis terlebih dahulu bahan bacaan yang

saya perolehi. Dengan dorongan dan semangat serta tunjuk ajar yang

diberikan oleh pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan, akhirnya saya

dapat juga menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengetahuan

yang sebelum ini tidak saya ketahui dapat saya pelajari. Ilmu yang saya

peroleh dapat saya gunakan untuk proses pembelajaran dan peperiksaan

saya. Pada peringkat akhir menyiapkan kerja kursus ini, saya berasa lega

dan berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Akhir sekali, saya berharap

agar kerja kursus ini dapat dijadikan sebagai contoh kepada pelajar lain

untuk menimba ilmu. Dengan melaksanakan tugasan ini para pelatih guru

seperti saya akan mendapat tambahan kepada pengalaman pembelajaran

yang berguna.

Selain meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam bidang perguruan

ini. saya berharap tugasan yang telah disiapkan ini dapat memenuhi

kehendak soalan tugasan yang telah diberikan dan menjadi sumber rujukan

untuk manfaat semua di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

(AHMAD ASYRAF BIN M.SHAIPULAH)

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 32: ESEIMEN BAHASA MELAYU

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………

Nama : AHMAD ASYRAF BIN M.SHAIPULAH

Tarikh :

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 33: ESEIMEN BAHASA MELAYU

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………

Nama : MOHAMAD IZAR BIN KAMARUZAMAN

Tarikh :

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 34: ESEIMEN BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN

HALAMAN PENGAKUAN

ISI KANDUNGAN

PERHARGAAN

PENDAHULUAN

- HASIL PEMBELAJARAN

- KEMAHIRAN BAHASA

- SISTEM BAHASA

- PENGISIAN KURIKULUM

- LANGKAH-LANGJAH PENGAJARAN

LAMPIRAN

REFLEKSI

BIBLIOGRAFI

KOLABORASI

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 35: ESEIMEN BAHASA MELAYU

PERHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya

dapat juga kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Kami ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kami Encik Hj.Rosli

Bin Ab.Ghani atas bimbingan dan panduan yang telah diberikannya sepanjang

tempoh menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar dan didikan yang telah beliau

curahkan tidak akan saya lupakan.

Jutaan penghargaan dan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-

rakan seperjuangan yang sudi memberikan tunjuk ajar serta sokongan bagi

menyempurnakan tugasan ini dengan menyeluruh. kami berharap agar tugasan

bagi subjek ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana melalui

tugasan ini banyak ilmu pengetahuan yang saya perolehi.

Semoga ilmu yang saya perolehi dapat diadaptasikan semasa proses

pengajaran yang akan kami tempuhi di sekolah kelak. Kerjasama daripada anda

semua amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 36: ESEIMEN BAHASA MELAYU

BIBLIOGRAFI

BUKU

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :

Pusat Perkembangan Kurikulum

Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia,

Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

Kamus Dewan. (1996). Ed. ke-4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

INTERNET

http://www.docstoc.com/docs/20629161/RANCANGAN-PENGAJARAN-

HARIAN-Mata-Pelajaran-Bahasa-Melayu-Kelas

http://www.slideshare.net/guest8fbccf/pengajaran-bahasa-melayu

http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&ct=res&cd=6&ved=0CCgQFjAF&url=http%3A%2F%2Feprints.usm.my%2F6873%2F1%2FDocument-14336_Version-15023_application-pdf_0.pdf&rct=j&q=pengajaran+bahasa+melayu&ei=PD2mS6f9NMO6rAfjlcj3CA&usg=AFQjCNHQI0ZQmEIwM8WbjZIfIHIe2puzmQ

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 37: ESEIMEN BAHASA MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN TAHUN 4

Fokus Utama 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan

dibaca.

Aras 1 i. Mencatat nota dalam bentuk grafik.

Fokus Sampingan 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat

Aras 2i.Menerangkan maklumat yang tersurat dan tersirat tentang sesuatu

peristiwa.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 i.Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Kemahiran Bernilai Tambah Kecerdasan Pelbagai

verbal linguistik, interpersonal, intrapesonal Konstektual

bekerjasama, menghubungkait Konstruktivisme

menilai, boleh menerangkan

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 38: ESEIMEN BAHASA MELAYU

Aktiviti 1 Murid mencari isi tersurat dan tersirat mengenai petikan ‘Sayangi Alam Sekitar’

dan persembahkan dalam bentuk peta minda.

Langkah-langkah Murid mendapatkan petikan bertajuk ‘cintailah alam sekitar’ daripada

guru.

Murid berada didalam kumpulan masing-masing.

Murid-murid akan membaca petikan secara senyap dalam kumpulan.

Murid-murid mencari isi tersurat dan tersirat didalam petikan.

Murid-murid akan merangka isi-isi tersebut dalam peta minda.

Wakil setiap kumpulan akan mendapatkan kertas mahjong untuk diisi peta minda.

Murid-murid akan mempersembahkan peta minda di hadapan kelas.

Aktiviti 2 Menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan ’Sayangi Alam Sekitar’ yang

dibaca

Langkah-langkah Murid memberikan tumpuan terhadap guru yang bercerita kepada murid

tentang cerita terdapat dalam petikan.

Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan dengan petikan.

Murid mendapatkan lembaran kerja daripada guru.

Murid diberikan masa untuk menjawab lembaran kerja yang diberikan.

Murid membacakan jawapan yang ditulis semasa sesi perbincangan.

Murid membuat pembetulan.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 39: ESEIMEN BAHASA MELAYU

Aktiviti 3 Murid membuat lakonan berdasarkan situasi perbualan petikan bertemakan

‘Sayangi Alam Sekitar”

Langkah-langkah Murid mendapatkan petikan perbualan yang mengambarkan situasi

bertemakan ‘Sayangi Alam Sekitar’ daripada guru.

Murid berada didalam kumpulan masing-masing.

Murid akan membaca petikan secara senyap.

Setiap murid dalam kumpulan akan melakonkan watak masing-masing berdasarkan kepada petikan yang telah dipamerkan.

Murid akan membuat refleksi tentang situasi yang dilakonkan.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 40: ESEIMEN BAHASA MELAYU

Refleksi keseluruhan

Tugasan Kerja Kursus pendek bagi subjek Pengajian Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah(3101) ini merupakan satu cabaran baru

kepada kami. Subjek dibawah kendalian Jabatan Bahasa Melayu ini banyak

memberikan input dalam kemahiran menganalisis unsur-unsur dalam sukatan

pelajaran, menghayati organisasi sukatan pelajaran serta dalam merangcang

aktiviti berdasarkan aras pembelajaran yang sesuai. Pensyarah pembimbing

dalam subjek ini ialah Tuan Hj Rosli Bin Ab. Ghani, melalui perkongsian ilmu

yang dicurahkan, beliau membekalkan kami dengan pelbagai persediaan

terutama dari aspek teori dan praktikal didalam sesi kuliah khususnya waktu

ditugaskan ke sekolah nanti. Bagi subjek ini, secara dasarnya dapat kami

katakan kandungan pelajarannya adalah lebih kepada pemahaman sebagai

seorang guru terhadap sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Ia

sebagai pendedahan awal kepada guru-guru pelatih untuk mengkaji dan

menghayati Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu,

merancang aktiviti dan membuat langkah-langkah pengajaran. Selain itu juga

ada dibincangkan bagaimana cara-cara membuat analisis dan menerapkan

kemahiran Bernilai Tambah dalam merencanakan aktiviti.

Pada peringkat awal pembelajaran kursus ini,kami banyak didedahkan

dengan analisis huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahap satu dan tahap

dua.Ini penting bagi mendedahkan pengetahuan awal sebelum belajar secara

lebih mendalam. Seterusnya kami diperkenalkan dengan kebolehan merancang

serta menghubungkaitkan sukatan pelajaran dengan kemahiran bernilai tambah

serta membuat analisis. Didalam kelas juga kami telah dutugaskan untuk

membuat beberapa aktiviti dan dibentangkan didalam kelas sebagai persediaan

awal dalam merancang aktiviti serta membuat langkah pengajaran

Setelah pembelajaran teori sewaktu kuliah,saya telah menerima tugasan

KKP BMM 3101. Tugasan berdasarkan merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang memerlukan kami menyediakan tiga aktiviti pengajaran.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 41: ESEIMEN BAHASA MELAYU

Untuk menyiapkan tugasan ini,kami perlu mendapatkan huraian sukatan

pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahap satu dan tahap dua. Kami

membuat beberapa rujukan dan carian bagi mendapatkan sukatan pelajaran ini.

Ianya sedikit merumitkan apabila ada yang tidak dapat dimuat turun daripada

internet. Setelah itu, bagi tugasan yang pertama memerlukan kami membuat

analisis mengenai unsure-unsur dalam Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran.

Setelah membuat analisis kami membuat ringkasannya dalam bentuk grafik.

Seterusnya ialah merancang aktiviti pengajaran,terdapat sedikit masalah

dalam merangcang aktiviti ini. Permasalah tersebut ialah untuk memilih sukatan

pelajaran bagi tahun berapa. Setelah menbuat analisis dan rujukan kami memilin

untuk merancang aktiviti berdasarkan sukatan pelajaran tahun empat.setelah

itu,kami memilih aras pembelajaran yang sesuai dengan aktiviti yang ingin

dirancang. Kami membahagikan aras pembelajaran kepada fokus utama dan

fokus sampingan. Kami marancang aktiviti berdasarkan aras pembelajaran

dengan menerapkan kemahiran bernilai tambah.

Selepas itu, dalam membuat perancangan aktiviti, kami perlu

mendapatkan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap

sabagai panduan untuk membuat langkah-langkah pengajaran. Setelah berjaya

mendapatkan contoh RPH kami telah merancang aktiviti pembelajaran dengan

berpandukan kepada aras pembelajaran,penerapan kemahiran bernilai tambah

dan menyediakan langkah-langkah pengajaran yang sesuai.

Kesimpulannya, kami telah banyak mendapat pengajaran daripada

kursus ini. Impaknya adalah sebagai seorang bakal guru, saya bukan sahaja

menyiapkan diri saya dengan ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan proses

pengajaran-pembelajaran sahaja tetapi juga menjadi rol model kepada para

pelajar pada masa depan. Profesion keguruan perlu dipelihara melalui

personaliti guru. Dengan itu, ciri-ciri dan personal yang ditunjukkan oleh guru

akan dijadikan ikutan dan bebas daripada sebarang gejala sosial.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 42: ESEIMEN BAHASA MELAYU

REFLEKSI

(MOHAMAD IZAR BIN KAMARUZAMAN)

Tugasan Kerja Kursus Pendek bagi matapelajaran Pengajian Ssukatan

Pelajaran Bahasa melayu Sekolah Rendah (BMM3101) ini merupakan satu

cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu menyediakan

perancangan tiga aktiviti dan langkah-langkah pengajaran yang bsesuai dengan

menerapkan beberapa unsur-unsur Kemahiran Bernilai Tambah. Dalam

merangcang aktiviti pengajaran ini,saya perlu menelaah Huraian Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terlebih dahulu. Saya juga membuat

rujukan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian(RPH) guru bagi

mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Walaupun saya tidak begitu mahir

dalam merancang aktiviti pengajaran ini.namun hasil bimbingan pensyarah

pembimbing berkaliber Tuan Haji Rosli Bin Ab. Ghani telah mendedahkan saya

dengan beberapa kemahiran iaitu kemahiran mencari isi kandungan

dankefahaman maklumat, merancang dan menghubungkait aras pelajaran serta

membuat analisis sehinggalah untuk merangcang aktiviti pengajaran.

Saya dan ahli kumpulan saya Ahmad Asyraf telah memilih Sukatan

Pelajaran bagi tahun empat untuk aktiviti pengajaran. Setelah mendapat kata

sepakat memilih tahun empat,saya saya telah membuat pengumpulan maklumat

dan menganalisis unsur-unsur terdapat dalam sukatan pelajaran tahun empat.

Langkah pertama yang dilakukan ialah memilih aras pembelajaran yang sesuai

dan menentukan fokus utama serta fokus sampingan dalam proses merancang

aktiviti. Ini penting bagi menentukan hasil pembelajaran supaya perancangan

aktiviti menjurus kepada fokus utama terhadap murid.

Berbekalkan bahan yang diedarkan oleh pensyarah semasa

kuliah,antaranya nota-nota serta penerangan kuliah yang jelas telah banyak

memberikan saya panduan dalam merancang aktiviti ini.. Selain itu rujukan

secara ’on-line’ melalui internet dan blog banyak membantu saya. Selain

daripada internet,saya juga membuat rujukan di perpustakaan dengan

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 43: ESEIMEN BAHASA MELAYU

mendapatkan buku teks Bahasa Melayu tahun empat disamping mendapatkan

Huraian Sukatan Pelajaran tahun 4. Bahan dari internet yang akan dicantumkan

dengan bahan dari buku teks untuk mendapatkan hasil yang lebih matang.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,

antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan pensyarah

juga terganggu karana pensyarah terlibat dalam progran Memperkasakan

Bahasa Melayu dan sukar untuk saya berkolaborasi serta tugasan yang

bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu talian internet maktab yang

menahan website telah menyukarkan saya kerana ada yang tidak dapat dibuka

untuk dibuat rujukan.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru

mengenai mata pelajaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang mahir merancang

aktiviti pengajaran berdasarkan aras-aras pembelajaran. Tugasan ini juga

menjadikan saya teliti dan mempunyai sikap menyelidik untuk bagaimana

menjadikan proses pengajaran yang berkesan. Pengetahuan ini akan saya

terapkan semasa saya menjalankan praktikum disekolah serta setelah saya

bergelar seorang guru nanti,insyaAllah.

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 44: ESEIMEN BAHASA MELAYU

ANALISIS UNSUR-

UNSUR DALAM

ORGANISASI

KANDUNGAN SUKATAN

PELAJARAN BAHASA

MELAYU SEKOLAH

RENDAH

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 45: ESEIMEN BAHASA MELAYU

AKTIVITI DAN

LANGKAH-LANGKAH

PENGAJARAN

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 46: ESEIMEN BAHASA MELAYU

REFLEKSI

KESELURUHAN

INDIVIDU

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

Page 47: ESEIMEN BAHASA MELAYU

KOLABRASI

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101