eseimen kadazandusun

26
ISI KANDUNGAN Tajuk Mukasura t Pendahuluan 2 Pengenalan 3 Amalan kebudayaan kaum Kadazandusun Kepercayaan & adat resam Bahasa Makanan tradisional Pakaian tradisional Tarian tradisional Perayaan 6 Implikasi budaya terhadap keperibadian diri dan pencapaian akademik 18 Cadangan pembentukan pengajaran dan pembelajaran mesra budaya 20 Refleksi 23 Rujukan 25 1

Upload: akhim-mullah

Post on 27-Dec-2015

256 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: eseimen kadazandusun

ISI KANDUNGAN

Tajuk Mukasurat

Pendahuluan 2

Pengenalan 3

Amalan kebudayaan kaum Kadazandusun

Kepercayaan & adat resam

Bahasa

Makanan tradisional

Pakaian tradisional

Tarian tradisional

Perayaan

6

Implikasi budaya terhadap keperibadian diri dan pencapaian akademik 18

Cadangan pembentukan pengajaran dan pembelajaran mesra budaya 20

Refleksi 23

Rujukan 25

1

Page 2: eseimen kadazandusun

PENDAHULUAN

Tugasan projek bagi kursus EDU3106 pad kali ini adalah berkisar tentang

kajian mengenai kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia. Antara perkara yang

difokuskan didalam tugasan ini adalah amalan kebudayaan yang diamalkan oleh

kaum yang dipilih bermula daripada mereka lahir sehinggalah ke akhir kehidupan

mereka.

Selain itu, tugasan ini juga menghendaki untuk membuat penulisan mengenai

kesan atau implikasi budaya terhadap keperibadiaan diri serta tahap pencapaian

akademik kaum yang dipilih. Tugasan yang seterusnya pula adalah untuk

menghasilkan satu buku skrap yang menunjukkan secara keseluruhan mengenai

kaum yang dipilih.

Untuk itu, saya telah memilih kaum Kadazandusun sebagai bahan kajian saya

kerana kaum ini merupakan kaum yang terbesar di Sabah. Tambahan pula, didalam

kaum ini, terdapat banyak jenis amalan dan adat resam yang diamalkan oleh mereka

sehingga menjadikan kaum ini pada pandangan saya begitu unik dan menarik untuk

dibuat kajian.

2

Page 3: eseimen kadazandusun

PENGENALAN

Kemunculan masyarakat kadazandusun ini boleh dikaitkan dengan cerita orang

dahulu iaitu kisah lagenda Nunuk Ragang. Masyarakat Kadazandusun mempercayai

bahawa Nunuk Ragang adalah merupakan suatu lembaga merah yang tinggal

dikawasan sungai Liwogu. Masyarakat Kadazandusun menganggap bahawa asal

tempat tinggal mereka adalah daripada kawasan Nunuk Ragang ini.

Manakala, melalui kajian-kajian ilmiah pula, menurut Ivor H.N Evans (1923) dan

T.R Williams (1965), kaum kadazandusun berasal daripada keturunan mongoloid.

Menurut pendapat yang lain pula, masyarakat kadazandusun ini dikatakan

berketurunan indo-Malayan, kacukan kaum Cina dan orang purba madai.

Pada masa kini, masyarakat Kadazandusun ini merupakan satu masyarakat

pribumi Sabah yang tinggal disekitar kawasan pantai barat Sabah. Kaum ini

terbentuk hasil daripada gabungan kaum yang berlainan iaitu kaum Kadazan dan

kaum dusun. Ini berikutan daripada persamaan ketara yang wujud antara kaum

kadazan dan dusun seperti bahasa, sistem sosial, adat kepercayaan dan lain-lain.

Oleh itu, masyarakat kadazandusun ini telah membentuk satu kaum etnik peribumi

terbesar di Sabah. Kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai suku kaum,

berdasarkan laporan daripada Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah

(KDCA), Suku kaum yang terdapat didalam Kadazandusun tidak kurang daripada 30

etnik iaitu

1. Bisaya

2. Kuijau

3. Murut

4. Sungai

5. Bonggi

6. Lingkabau

7. Nadai

8. Tatana

9. Bundu

10.Liwan

11.Paitan

12.Tanggara

13.Dumpas

14.Lobu

15.Pingas

16.Tidong

17.Gana

18.Lotud

19.Rumanau

20.Tindal

21.Garo

22.Lundayo

23.Rungus

24.Tobilung

3

Page 4: eseimen kadazandusun

25. Idaan

26.Makiang

27.Sinobu

28.Tolinting

29.Kadayan

30.Malapi

31.Sinorupu

32.Tombonuo

33.Kimaragang

34.Mangkaak

35.Sonsogon

36.Tuhawon

37.Kolobuan minokok

38.Sukang

39.Tutung

Daripada senarai suku kaum yang telah dinyatakan diatas, terdapat

banyak lagi suku kaum yang dinyatakan. Ini kerana suku kaum tersebut terlalu

kecil bilangannya sehingga agak sukar untuk mengenalpasti jenis suku kaum

mereka itu. Menurut statistik banci penduduk dan perumahan Malaysia 2010,

jumlah penduduk di negeri Sabah adalah 3.2 juta, dimana 568 ribu adalah

etnik Kadazandusun yang menjadikan mereka sebagai kaum terbesar di

Sabah. Jadual 1 dibawah menunjukkan bilangan dan peratusan masyarakat

Sabah mengikut kaum.

KAUM BILANGAN PERATUSAN

Kadazandusun 568,575 17.7%

Bajau 450,279 14%

Cina 295,674 9.2%

Melayu 184,197 5.8%

Murut 102,393 3.2%

Bumiputera lain 659,865 20.6%

Lain-lain 55,980 1.7%

Warga asing 889,779 27.8%

JUMLAH: 3,206,742

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)Jadual 1

4

Page 5: eseimen kadazandusun

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, masyarakat Kadazandusun

merupakan kaum terbesar di Sabah dan mempunyai pelbagai suku kaum

didalamnya. Justeru, masyarakat ini mempunyai pelbagai warisan budaya,

adat istiadat, amalan turun-temurun, kepercayaan dan lain-lain. Oleh itu,

masyarakat Kadazandusun ini boleh dikatakan sebagai lambang dan identiti

masyarakat Sabah secara umumnya. Ini kerana, apabila kita membicarakan

mengenai masyarakat di Sabah, maka kita sering kali akan mendengar

tentang perayaan pesta kaamatan. Selain itu, masyarakat ini juga jelas

menunjukkan keunikan dan keaslian mereka melalui adat resam dan

kepercayaan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian dimana

dalam setiap amalan yang diamalkan oleh masyarakat ini mempunyai unsur

ritual dan animisme. Selain itu, keunikan masyarakat Kadazandusun ini juga

dapat dilihat dari segi asal-usul dan perkembangan suku kaum mereka iaitu

mengenai lagenda Nunuk Ragang, loghat bahasa yang pelbagai dan berbeza

mengikut suku kaum tertentu, pakaian tradisi yang berlainan mengikut kaum,

kawasan, dan sosiobudaya dimana perbezaan itu dapat dilihat dari segi corak

pakaian mereka itu. Manakala, dari segi muzik dan alatan muzik masyarakat

ini juga dapat dilihat keunikan mereka seperti gong, sompotan, kulintangan,

togunggu, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali dan sebagainya.

Seterusnya, keunikan masyarakat ini boleh juga dilihat dari aspek corak

kehidupan setiap sukukaum Kadazandusun dimana corak kehidupan setiap

sukukaum dipengaruhi oleh kawasan setempat dan adat resam penduduk

setempat. Tuntasnya, masyarakat kaum Kadazandusun ini kaya dengan

pelbagai budaya, adat resam, dan kepercayaan yang boleh diwarisi oleh

masyarakat pada masa kini supaya kebudayaan yang wujud didalam

masyarakat Kadazandusun ini dapat dipelihara dan kekal sepanjang hayat.

5

Page 6: eseimen kadazandusun

AMALAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT KADAZANDUSUN

Amalan kebudayaan masyarakat Kadazandusun yang akan

dibincangkan adalah seperti rajah 1 dibawah.

6

Amalan kebudayaan

kaum Kadazandusun

Kepercayaan & adat resam

Bahasa

Makanan tradisional

Muzik tradisional

Pakaian tradisional

Perayaan

Page 7: eseimen kadazandusun

Rajah 1

KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM KAUM KADAZANDUSUN

Antara kepercayaan dan adat resam kaum kadazandusun yang akan

dibincangkan adalah seperti rajah 3 dibawah.

7

Kepercayaan & adat resam kaum

Kadazandusun

Adat kelahiran

Adat perkahwinan

Adat kematian

Menginakan

ketianManakau

Kepingaian Miadpinai

Melapau

Adat Makanan

Page 8: eseimen kadazandusun

Rajah 3

ADAT KELAHIRAN

Dalam adat kelahiran ini, terdapat 3 fasa yang akan dibincangkan iaitu

sewaktu mengandung, semasa bersalin, dan selepas bersalin. Bagi fasa

pertama iaitu sewaktu mengandung, bidan merupakan orang yang

bertanggungjawab bagi menjalankan proses kelahiran. Bidan kebiasaanya

adalah kaum wanita yang sudah tua dimana mereka mengetahui dan pakar

dalam bidang perubatan masyarakat Kadazandusun. Tugas bidan sewaktu

ibu mengandung adalah memastikan kandungan dalam keadaan sihat dengan

memberi beberapa pantang larang kepada ibu mengandung. Setelah bayi itu

selamat dilahirkan, tugas bidan yang seterusnya adalah memastikan bayi

dalam keadaan sihat terutamanya bagi bayi sulung. Si ibu akan dikenakan

pantang dimana tempoh pantang itu berbeza mengikut darjat atau kedudukan

seseorang itu. Sebagai contoh, bagi orang kebanyakan tempoh pantang

adalah selama 7 hari, manakala bagi orang yang berkedudukan pula adalah

selama 21 hari dan orang yang lebih lagi berkedudukan tinggi adalah selama

44 hari. Selain itu, si ibu mengandung juga akan dijaga rapi oleh bidan agar

tidak diganggu oleh makhluk halus dengan menggunakan jampi mantera.

Antara pantang yang mesti dipatuhi oleh si ibu adalah seperti berikut.

1. Tidak boleh makan ikan yang bertulang keras

2. Ikan yang berduri

3. Nasi sejuk

4. Nasi bercampur air (bubur)

5. Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah

Selain itu, bagi ahli keluarga yang lain pula, mereka diminta untuk

memastikan pintu rumah diikat dengan daun wongkong sebagai tanda rumah

tersebut telah menerima ahli baru. Bidan juga akan menyiapkan bahan-bahan

perubatan untuk si ibu yang mana kebanyakannya diperbuat daripada akar

kayu, herba dan sebagainya. Antara bahan perubatan yang sering digunakan

adalah cekur, kacip fatimah, halia dan sebagainya. Seterusnya, masyarat

Kadazandusun mempunyai satu kepercayaan yang unik dalam memberi

nama kepada bayi mereka dimana bayi itu akan diberikan nama sebanyak

8

Page 9: eseimen kadazandusun

dua kali iaitu nama sementara dan nama sebenar. Nama sementara berfungsi

untuk memastikan roh jahat iaitu Rogon Gaiyah tidak memberikan nama

terlebih dahulu kepada bayi tersebut dan seterusnya akan menuntut bayi itu.

Nama sebenar akan diberikan setelah bayi itu berumur lapan hari di

beranda rumah dimana ahli keluarga, jiran tetangga, dan orang kenamaan

dijemput ke rumah untuk berbincang dan menentukan nama anak tersebut.

Setelah bayi itu berumur sebulan, upacara turun tanah atau mintuhun akan

dilaksanakan dimana anak itu akan dibawa sendiri oleh ibunya.

ADAT PERKAHWINAN

Bagi masyarakat Kadazandusun, ibu bapa yang akan bertanggunjawab

untuk mencari pasangan kepada anak lelaki mereka. Dalam adat masyarakat

Kadazandusun, mereka mempunyai adat merisik, bertunang, mendiri dan

masuk rumah baru. Dalam adat merisik, perkara utama adalah pemberian

cincin dari pihak lelaki sebagai tanda peminangan. Waktu peminangan hanya

boleh dilakukan pada waktu pagi sahaja dan mestilah menggunakan wakil

yang bukan dari kalangan keluarga terdekat untuk pergi meminang.

Seterusnya, dalam adat bertunang, ibu bapa bagi pihak perempuan akan

menentukan sama ada menerima pinangan daripada pihak lelaki melalui

mimpi. Jika mimpi baik, majlis pertunangan akan dijalankan, jika tidak, ia boleh

menjadi sama ada pinangan terpaksa ditolak atau pihak lelaki mestilah

membuat bayaran yang dinamakan sebagai sugit kepanasan mimpi. Setelah

itu, upacara majlis perkahwinan dijalankan mestilah dibuat dengan upacara

adat, pemujaan agama, pesta sukaria dan makan minum. Majlis mesti dibuat

selama dua hari paling kurang sehingga boleh dibuat selama 14 hari.

Pasangan pengantin hanya boleh bersatu pada hari kedua atau pada hari

seterusnya bergantung kepada tempoh majlis perkahwinan itu dijalankan.

Hantaran perkahwinan kebiasaanya adalah seperti makanan, alat adat istiadat

atau tinokol dan tasor iaitu barang untuk memperteguhkan semangat.

Upacara utama semasa majlis perkahwinan adalah miohon pinisi iaitu

upacara menukar gumpalan nasi dan setelah upacara ini dilaksanakan,

tetamu akan mula menjamu selera, gong dibunyikan, dan diikuti dengan

pertunjukkan tarian sumazau. Akhir sekali adalah adat mendiri dan masuk

9

Page 10: eseimen kadazandusun

rumah baru. Upacara tumedek atau menanda akan dilaksanakan pada hari-

hari penting mengikut masyarakat kadazandusun seperti,

1. Tadau rampagas

2. Tanob

3. Selimpunan do kesilau

4. Selimpunan tadau daat

5. Selimpunan tulan daat

6. Kepuposan tulan daat

7. Selimpunan tulan kelimo

MENGINAKAN

Menginakan merupakan hari keluarga bagi masyarakat Kadazandusun.

Seluruh ahli keluarga akan berkumpul dan satu upacara menyembahyangkan

arak gampian kinombol akan dijalankan. Upacara ini akan diketuai oleh

mengendi dan ia dijalankan pada waktu malam. Setelah itu, bambu atau

telutuk akan digunakan untuk memukul tontongan dimana menurut

kepercayaan mereka, memukul bambu bertujuan untuk memperbaiki dunia.

Menginakan ini kebiasaanya dijalankan selama 7 hari.

KETIAN

Seorang lelaki yang menyebabkan seorang wanita mengandung tanpa

hubungan perkahwinan yang sah adalah dipanggil sebagai ketian. Lelaki

tersebut akan dikenakan hukuman iaitu bayaran denda atau sogit berupa

khinzir atau kerbau.

MANAKAU

Manakau adalah sama erti dengan mencuri dimana apabila berlakunya

kecurian, bomoh akan menjalankan satu upacara mengintutun bagi

mengenalpasti si pencuri. Kebiasaanya, masyarakat kampung dan keluarga

yang dicuri itu akan mempercayai tuduhan yang dibuat oleh si bomoh. Bagi

kes kecurian yang kecil, pesalah hanya akan dicaci dan dicela oleh

masyarakat kampung pada tempoh tertentu. Manakala, bagi kes kecurian

yang besar seperti mencuri kerbau, pesalah akan dihalau keluar dari

kampungnya.

KEPINGAIAN MIADPINAI

10

Page 11: eseimen kadazandusun

Kepingaian miadpinai atau kahwin bersaudara adalah dilarang dalam

masyarakat Kadazandusun. Jika bakal pengantin masih lagi mahu

meneruskan perkahwinan, mereka boleh memutuskan talian persaudaraan itu

melalui hukuman denda iaitu pitas. Pitas terdiri daripada 7 kerbau, 7 ayam, 7

perang, 7 tajau, dan 7 mangkuk. Pihak pengantin lelaki mestilah membayar

kepada pihak pengantin perempuan dan begitulah sebaliknya. Pembayaran ini

dinamakan sebagai sebagai mesulak.

MELAPAU

Melapau adalah curang bagi masyarakat Kadazandusun iaitu sama ada

lelaki atau perempuan yang berlaku curang akan dikenakan denda iaitu

bayaran kerbau atau babi kepada ahli keluarga yang dicuranginya.

ADAT MAKANAN

Bagi aspek makanan, terdapat banyak kepercayaan dan adat yang

diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun ini. Sebagai contoh, upacara

momohizan dan humabot. Upacara momohizan bertujuan untuk memuja

semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi

padi daripada sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara ini diadakan

pada bulan ogos atau september iaitu setelah padi selesai dituai.

Kebiasaannya, upacara ini dilaksanakan oleh golongan berada sahaja dimana

golongan yang kurang berada hanya sekadar meminta untuk didoakan

bersama atau dalam bahasa kadazandusunnya mikiompit.

Seterusnya, upacara humabot adalah merupakan adat yang diamalkan

oleh golongan nenek moyang suku kaum ini apabila hendak mendirikan

rumah baru. Bagi tujuan ini, tuan rumah akan meminta bobohizan untuk

menjampi tanah kawasan rumah itu didirikan. Seterusnya, upacara momodu

atau memandikan rumah akan dijalankan. Masyarakat Kadazandusun

mempercayai bahawa ia bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa

malapetaka. Sebulan selepas itu, upacara momohontog sisit akan dijalankan

11

Page 12: eseimen kadazandusun

iaitu bertujuan untuk menghormati tiang rumah dimana ianya merupakan

acara keramaian seperti mamagang, sumazau dan makan besar. Setelah itu,

upacara magavau akan diadakan apabila genap setahun rumah itu telah

didiami dimana ia diadakan untuk memuja semangat rumah. Seminggu

selepas upacara magavau barulah upacara humabot diadakan. Upacara ini

bertujuan untuk menghormati rumah dimana tapai akan dihidangkan bagi

menjamu tetamu yang hadir. Dalam upacara ini, bobohizan akan menjampi

nasi untuk membuat tapai. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan

nasinya pula akan dilontarkan ke dalam bekas menyimpan padi. Upacara ini

berterusan sehinggalah nasi itu habis dilontarkan.

ADAT KEMATIAN

Apabila berlakunya kematian atau kepataiyen dalam sesebuah keluarga,

ahli keluarga si mati akan memukul gong tontong sanang dimana ia bertujuan

untuk memberitahu ada kematian dalam ahli keluarga. Setelah itu, ahli

keluarga si mati juga akan turun dari rumah iaitu mencuba untuk menahan roh

si mati melalui barang yang diambil sekitar halaman rumah untuk disapukan

pada ubun-ubun kepala si mati dengan harapan si mati hidup semula. Selain

menggunakan gong, buluh yang dibunyikan atau mengarasapong juga

digunakan oleh kaum Kadazandusun untuk memberitahu penduduk kampung

tentang kematian ahli keluarganya. Satu upacara ikidan atau angkiban akan

dijalankan setelah masuknya hari ketiga kematian. Upacara ini bertujuan

untuk mengadakan pembahagian harta bagi simati. Terdapat banyak adat

yang dijalankan oleh kaum Kadazandusun semasa berlakunya kematian,

antaranya ialah:

1. Memberitahu

2. Berjaga-jaga

3. Moginupus

4. Pengebumian

5. Majlis makan

12

Page 13: eseimen kadazandusun

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, apabila berlakunya kematian,

semua penduduk kampung akan diberitahu dimana ia bertujuan untuk

memastikan supaya setiap penduduk dikawasan tersebut tidak melakukan

apa-apa pekerjaan sehinggalah habis proses pengebumian. Mereka

mempercayai bahawa apabila terdapat juga penduduk kampung yang

melakukan mana-mana pekerjaan, maka pekerjaannya itu dianggap sia-sia

dan tidak mendatangkan hasil. Manakala, adat berjaga-jaga pula adalah

bertujuan untuk menjaga mayat si mati daripada iblis atau jin yang digelar

sebagai pendaatan. Mengikut kepercayaan mereka, pendaatan akan

menyerang dan menerbangkan mayat itu dimana sebelum mayat itu

dikebumikan, mayat itu akan disimpan didalam rumah selama tiga, lima, atau

tujuh hari. Bagi adat moginupus pula, ia bermaksud simpati terhadap si mati

dimana ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat-handai, dan saudara-mara akan

menangis sekuat hati sebagai tanda bersimpati. Bagi keluarga yang berada,

lembu atau kerbau akan disembelih pada hari pengkebumian bagi membuat

penghormatan yang terakhir kepada si mati.

Bagi adat pengkebumian pula, mayat akan dibawa ke kubur dengan

menggunakan keranda atau tajau. Mayat akan dibalut dengan kain dan

diikatkan pada sebatang kayu. Sepanjang perjalanan ke kubur, paluan gong,

gendang, letupan mercun atau senapang akan dibunyikan dimana ia

bertujuan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh si mati.

Semasa sampai di perkuburan, mayat akan dijampi oleh seorang tua sebelum

mayat itu diletakkan kedalam liang kubur. Setelah itu, mayat itu akan

diletakkan sebatang kayu beringin diatasnya sebelum ia dikambus dengan

tanah. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada si mati masih mengingati ahli

keluarganya atau tidak. Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada

setiap petang selama tujuh hari secara berterusan. Masyarakat

Kadazandusun percaya bahawa roh si mati memerlukan makanan daripada

keluarganya yang masih hidup. Setelah selesai proses pengkebumian, majlis

makan akan diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu makan tiga dan

tujuh hari, makan empat puluh hari, makan seratus hari, dan makan tiga

tahun.

13

Page 14: eseimen kadazandusun

BAHASA KAUM KADAZANDUSUN

Keluarga dusun menggunakan empat belas bahasa pertuturan

(Jacqueline Pugh-Kitingan, 1987). Antara bahasa dusun tersebut adalah:

1. Liwan

2. Tagas

3. Dusun Tambunan

4. Tuhauwon

5. Kuruyou

Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, masyarakat Kadazandusun ini

merupakan suku kaum terbesar di negeri Sabah. Justeru, terdapat banyak dialek

dalam bahasa kadazandusun yang dituturkan oleh masyarakat Kadazandusun.

Walaupun terdapat perbezaan dalam setiap dialek tersebut, ia masih dianggap

dalam rumpun suku kaum Kadazandusun. Bagi memelihara bahasa

Kadazandusun, banyak badan organisasi dan persatuan telah dibentuk seperti:

1. Kadazandusun Language Foundation(KLF)

2. Koisaan Cultural Development Institute(KDI)

3. Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah(KDCA)

4. Perpustakaan Negeri Sabah(PNS)

MAKANAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN

Pesta kaamatan amat sinonim dengan masyarakat Kadazandusun dimana ia

dirayakan pada setiap 30 dan 31 Mei. Semasa perayaan ini, kita akan dapat melihat

terdapat pelbagai jenis makanan tradisional yang dihidangkan kepada para tetamu.

Antara makanan tradisional masyarakat Kadazandusun adalah seperti berikut:

1. Hinava

2. Noonsom

3. Pinaasakan

4. Bosou

5. Tuhau

6. Sup Kinoring Bakas

7. Sup Manuk Lihing

Hinava adalah makanan yang popular dalam kalangan masyarakat

Kadazandusun. Hinava merupakan isi ikan yang dihiris halus dicampur dengan biji

14

Page 15: eseimen kadazandusun

buah bambangan yang diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan

garam. Noonsom pula boleh dikenali sebagai jeruk. Terdapat banyak jenis noonsom,

antara yang popular adalah Noonsom sada, noosom Bambangan dan Noonsom

Tuhau. Seterusnya, Pinaasakan adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada

ikan yang dicampurkan dengan biji kunyit dan halia, asam jawa atau buah asam,

garam, dan sedikit air. Ia akan direbus sehingga air hampir kering. Sup manuk Lihing

pula dikenali sebagai sup ayam lihing. Makanan ini diperbuat daripada ayam dan

dicampur dengan lihing iaitu sejenis minuman keras serta sedikit halia, garam dan

serbuk perasa. Menurut tradisi, makanan ini amat sesuai untuk wanita yang baru

lepas bersalin.

MUZIK TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN

Terdapat empat jenis alatan muzik tradisional masyarakat Kadazandusun, iaitu:

1. Kordofon – tongkungon, gambus, sundatang/gagayan.

2. Erofon – suling, turali/tuahi, bungkau, sompoton.

3. Idofon – Togunggak, gong, kulintangan.

4. Membranofon – Kompang, gendang/tontog.

Alatan muzik tradisional kaum Kadazandusun ini hampir kesemuanya diperbuat

daripada bahan-bahan asli seperti buluh, kulit kambing, kayu lembut, dan giman iaitu

sejenis gentian pokok palma. Sebagai contoh, tongkungon, turali, seruling, sompoton

dan togunggak diperbuat daripada buluh. Manakala, gambus, kompang, dan

gendang diperbuat daripada kulit kambing. Seterusnya, gong dan kulintangan pula

dibuat daripada kayu lembut. Daripada kesemua jenis alatan muzik yang telah

dinyatakan sebelum ini, gong merupakan alatan muzik yang terpenting kerana gong

digunakan pada kebanyakan perayaan, pesta dan majlis sosial kaum

Kadazandusun.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN

Seperi yang kita sedia maklum, masyarakat Kadazandusun ini mempunyai

pelbagai suku kaum, maka, setiap suku kaum ini mempunyai pakaian tradisional

mereka sendiri. Sebagai contoh, pakaian tradisional bagi etnik Dusun Bundu di

15

Page 16: eseimen kadazandusun

Ranau berbeza dengan pakaian tradisional bagi etnik Lotud di Tuaran. Warna yang

popular bagi pakaian tradisional mereka ini adalah berwarna hitam dan ditambah

dengan manik-manik yang berwarna-warni. Selain daripada pakaian, antara barang

kemas atau aksesori tambahan adalah seperti kalung dan tali pinggang yang

diperbuat daripada manik-manik antik. Antara contoh pakaian tradisional mengikut

suku kaum adalah seperti dalam jadual 2 dibawah.

SUKU KAUMPAKAIAN

TRADISIONAL

PERHIASAN

PAKAIAN

BARANGAN

KEMAS

Kadazandusun

Panampang

Sinuangga

sinompukung

Renda siling

keemasan

Himpogot

tinggot

tangkong

gelang

rantai leher

anting-anting

cincin

kerongsang

Rungus di Kudat

Banat Tondu

Sarong

kain hitam

siga

Kain bercorak

dan tenunan

halus,

tali pinggang

atau orot,

selendang iaitu

pinakol

Rantai leher,

sanggul,

burambun dan

giring,

sisingal.

Kadazandusun

Papar

Siya

siga

siung

Kubamban

renda

keemasan

labuci

Kerongsang

antik keemasan

gelang

tali pinggang

Lotud Tuaran Lorud

sukub kopio

tinobugi

sandai

Haboi

loti

rambut

disanggul

sigar dan siwot

Himpogot

tinggot

tangkong

gelang

rantai leher

anting-anting

16

Page 17: eseimen kadazandusun

cincin

kerongsang

Dusun Tindal

Tempasuk

Sinipak

Gonob

Renda

Sunduk do

sunalatan

selindang

lolopot

Kinokogis

sinipogot

gelang perak

anting-anting

beg kecil

kiupu

Murut Tagal

Sampayau

Pinongkoh

sarung

Manik bercorak

berwarna-warni

Tirol tinggit

sukayan

sapulu

bungkas

rantai leher

gelang tangan

Jadual 2

TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN

Tarian adalah merupakan satu budaya yang amat penting dalam sesuatu

kaum. Tarian melambangkan identiti sesuatu kaum itu selain daripada bahasa,

pakaian dan makanan mereka. Melalui tarian, maka kita akan dapat mengenali

budaya sesuatu kaum itu. Bagi masyarakat Kadazandusun, tarian yang popular

adalah tarian Sumazau. Waima terdapat banyak lagi jenis tarian daripada suku kaum

yang lain, tarian Sumazau merupakan identiti bagi masyarakat Kadazandusun

dimana ia terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut masyarakat

Kadazandusun, tarian ini bertujuan untuk tanda kesyukuran mengenai tanaman

mereka terutamanya padi, mengelak bala, mengubati penyakit dan sebagainya.

Tarian ini biasanya diadakan pada pesta keramaian seperti pesta kaamatan. Selain

tarian Sumazau, terdapat banyak lagi tarian-tarian yang lain, antaranya ialah:

1. Liliput

2. Menangkuk

3. Mogunatip

4. Mongigol Sumundai

5. Paina

17

Page 18: eseimen kadazandusun

6. Sumayau

7. Sumazau Papar

8. Sumazau Penampang

9. Titikas

Kesemua tarian yang terdapat didalam masyarakat Kadazandusun ini

mempunyai banyak persamaan terutamanya dalam kepercayaan mereka terhadap

semangat padi. Perbezaan hanya wujud adalah disebabkan faktor kawasan dan

masyarakat setempat, sebagai contoh, tarian Sumazau mempunyai banyak versi

iaitu versi papar dan versi penampang. Biasanya, perbezaan yang ketara antara

tarian-tarian ini adalah daripada segi alatan dan pakaian yang digunakan serta

pergerakan tarian.

PERAYAAN KAUM KADAZANDUSUN

Perayaan utama masyarakat Kadazandusun adalah perayaan pesta

kaamatan. Ia juga dikenali sebagai Tadau Ka’amatan atau hari menuai dalam

bahasa Kadazandusun dimana ia disambut pada setiap 30 dan 31 Mei. Perayaan ini

bertujuan bagi meraikan tuaian yang baik, menghormati semangat padi atau

bambazon, dan mengenang/menghargai pengorbanan yang telah dibuat oleh tuhan

mereka iaitu Kinoingan. Semasa perayaan ini dijalankan, mereka akan memakai

pakaian tradisional mereka, menari tarian sumazau dan tapai iaitu arak beras akan

dihidangkan kepada para tetamu sebagai hidangan khas.

IMPLIKASI BUDAYA TERHADAP KEPERIBADIAN DAN PENCAPAIAN

AKADEMIK BAGI KAUM KADAZANDUSUN

Pengaruh budaya terhadap keperibadian seseorang manusia itu begitu besar

sekali. Perkara ini dapat dilihat dari segi Corak kehidupan, cara berfikir, dan sikap

seseorang manusia itu dimana banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan amalan

serta gaya kehidupan masyarakat setempat. Justeru, kaum yang sememangnya

18

Page 19: eseimen kadazandusun

mempunyai begitu banyak adat resam dan pantang larang seperti masyarakat

Kadazandusun, menjadikan mereka sebuah masyarakat yang unik dan istimewa.

Seperti yang kita sedia maklum, kebudayaan masyarakat Kadazandusun ini

majoritinya dipengaruhi oleh kepercayaan mistik iaitu kepercayaan yang berkaitan

dengan makhluk halus, roh, semangat dan sebagainya. Perkara ini dapat dilihat

pada perayaan dan adat resam mereka seperti pesta kaamatan dimana mereka

meraikan pesta tersebut bagi menghargai semangat atau roh padi yang telah

menyelamatkan mereka daripada masalah kebuluran. Selain itu, dalam amalan adat

resam juga masyarakat Kadazandusun ini mempunyai unsur mistik iaitu apabila

lahirnya seorang bayi, hendaklah diberikan nama sementara dahulu sebelum

memberikan nama yang sebenar. Ini bertujuan agar iblis atau semangat jahat tidak

dapat memberikan nama terlebih dahulu dan mengambil bayi itu daripada si ibu.

Oleh itu, masyarakat Kadazandusun ini bermula daripada mereka lahir lagi sudah

bermula pantang larang itu bermula sehinggalah sepanjang kehidupan mereka.

Perkara ini sudah pasti mempengaruhi gaya dan corak kehidupan masyarakat

Kadazandusun. Ini kerana, adat resam dan kepercayaan yang begitu kuat diamalkan

telah membentuk corak kehidupan mereka secara keseluruhannya. Seterusnya, kita

beralih pula kepada pengaruh budaya terhadap prestasi akademik dalam kalangan

masyarakat Kadazandusun. Secara amnya, prestasi akademik pelajar terutamanya

yang menduduki UPSR menunjukkan satu perkembangan yang begitu cemerlang

dan memberangsangkan. Perkembangan ini sudah tentu banyak disumbangkan oleh

pelajar daripada masyarakat Kadazandusun, ini kerana, seperti yang kita sedia

maklum, masyarakat Kadazandusun merupakan kaum yang terbesar di Sabah.

Mengikut laporan daripada New Sabah Times yang bertarikh 15 November 2013,

keputusan UPSR pelajar telah menunjukkan pencapaian terbaik yang pernah dicapai

dalam tempoh lima tahun.

Selain itu, dalam satu artikel daripada Berita Wilayah oleh Newmond Tibin,

satu pencapaian yang besar dalam bidang pendidikan bagi masyarakat

Kadazandusun iaitu tertubuhnya kolej komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM).

Antara tujuan utama kolej komuniti itu dibinakan adalah untuk memelihara dan

memperkukuhkan warisan budaya dan pendidikan masyarakat Kadazandusun dan

Murut. Terdapat banyak lagi pencapaian yang telah dikecapi oleh masyarakat

Kadazandusun ini dalam bidang pendidikan. Kesedaran mereka terhadap pentingnya

19

Page 20: eseimen kadazandusun

pendidikan dalam kehidupan adalah begitu tinggi sekali dimana mereka telah melihat

kemunduran yang berlaku dalam kalangan masyarakat mereka dari segi ekonomi,

pengurusan, kejuruteraan, dan keusahawanan. Jadi, faktor yang menyumbang

kepada kemunduran boleh dilihat dari aspek bahasa dan amalan kehidupan mereka

dimana kesan daripada bahasa dan amalan kehidupan yang berbeza, menyebabkan

mereka kurang mengambil perhatian dan tumpuan terhadap bidang pendidikan.

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Kadazandusun mempunyai bahasa

mereka sendiri iaitu bahasa Kadazandusun. Justeru, masalah komunikasi akan

berlaku semasa proses pdp dijalankan dan ini mengakibatkan pelajar akan kurang

berminat untuk belajar. Seterusnya, dari aspek amalan kehidupan pula, masyarakat

Kadazandusun mempunyai banyak adat resam dan pantang larang yang mesti

dipatuhi sepanjang menjalani kehidupan mereka. Oleh itu, akan berlaku kekangan-

kekangan yang akan dihadapi seperti amalan sekolah yang bercanggah dengan

amalan kehidupan mereka.

Ini mengakibatkan dari segi penglibatan pelajar Kadazandusun dalam aktiviti

dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah akan menjadi kurang dan tidak

aktif. Kesimpulannya, implikasi budaya dalam keperibadian diri dan pencapaian

akademik pelajar Kadazandusun adalah begitu signifikans dan ketara sekali.

PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MESRA

BUDAYA

Terdapat lima cadangan bagi membentuk persekitaran pengajaran dan

pembelajaran yang mesra budaya, iaitu:

1. Membentuk kumpulan heterogenus

2. Kemudahan alatan dan ruang pembelajaran yang mesra pelajar

3. Mewujudkan satu budaya baru

4. Membuat perkaitan antara budaya dan isi pembelajaran

5. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti permainan

Apabila seseorang guru itu menghadapi situasi dimana para pelajarnya

adalah berbilang kaum, maka, guru tersebut perlulah bijak dalam menguruskan

pelajarnya supaya tidak berlaku berat sebelah, pilih kasih dan sebagainya. Oleh itu,

20

Page 21: eseimen kadazandusun

salah satu daripada solusinya adalah dengan membentuk kumpulan pelbagai kaum

dan etnik. Melalui pembentukan kumpulan seperti ini, guru bukan sahaja dapat

mengelak daripada berlaku bias, malahan, murid juga akan dapat memperolehi

manfaatnya seperti bekerjasama dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih

rapat lagi. Sebagai contoh, murid berbangsa Cina dan India akan dapat

mempraktikkan bahasa Melayu mereka apabila berkomunikasi dengan pelajar

Melayu semasa menjalankan aktiviti berkumpulan dan begitulah sebaliknya.

Seterusnya, bagi memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran mesra

budaya adalah dengan menyediakan kemudahan alatan dan ruang pembelajaran

yang mesra pelajar. Kemudahan alatan yang mencukupi dan ruang pembelajaran

yang sesuai dan selesa akan menyumbangkan kepada kesan positif terhadap

motivasi pelajar. Bilik darjah yang bersih, ceria dan menarik akan menjadikan pelajar

sentiasa dalam keadaan yang bersemangat untuk menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran mereka.

Dalam pada itu, ruang pembelajaran seperti ruang kerja murid, ruang kerja

berkumpulan, ruang bacaaan, dan sebagainya amatlah penting supaya murid

mempunyai suasana pembelajaran yang sempurna. Melalui ini, guru akan dapat

memupuk minat murid terhadap pelajaran mereka melalui aktiviti membaca, paparan

hasil kerja mereka, dan aktiviti berkumpulan.

Selain itu, bagi mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran adalah mesra

budaya, seseorang guru itu mestilah mewujudkan satu budaya baru didalam

kelasnya. Ini bertujuan untuk memastikan semua murid didalam kelas itu tidak kira

bangsa, agama dan warna kulit mengamalkan budaya yang sama. Justeru, perkara

ini akan memudahkan guru untuk berlaku adil kepada setiap anak-anak muridnya.

Budaya yang hendak diwujudkan hanyalah dapat direalisasikan melalui menetapkan

peraturan-peraturan didalam kelas dan pada masa yang sama, guru hendaklah

memastikan setiap peraturan itu diikuti dan dilaksanakan oleh setiap anak-anak

muridnya. Sebagai contoh, guru boleh menetapkan peraturan seperti memberi salam

dan ketuk pintu sebelum masuk ke kelas, tidak boleh makan dan minum di dalam

kelas, kerusi mestilah dimasukkan kedalam meja sebelum meninggalkan kelas dan

sebagainya. Melalui peraturan ini, murid bukan sahaja dapat mengamalkan budaya

mulia, malahan, murid juga akan dapat menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran dengan selamat dan bahagia.

21

Page 22: eseimen kadazandusun

Selain guru membina budaya baru didalam kelas, guru juga boleh mengaitkan

isi pembelajaran yang hendak oleh guru tersebut dengan budaya yang terdapat

didalam kelasnya. Perkara ini sangat penting kerana apabila murid mengetahui

perkaitan yang wujud diantara budaya dan isi pembelajaran yang sedang dipelajari

oleh mereka, maka, mereka akan menjadi lebih menghargai akan ilmu pengetahuan

dan warisan budaya mereka. Sebagai contoh, apabila guru hendak mengajar

pelajarnya yang berbangsa Kadazan tentang pengawetan makanan, maka, guru

boleh kaitkan dengan makanan yang mereka hasilkan melalui menjerukkan nasi dan

ikan yang dinamakan sebagai basou. Oleh itu, impak daripada perkaitan yang telah

dibuat oleh guru akan menjadikan murid-murid tersebut merasa tidak terasing dan

bukan ahli. Akhir sekali adalah dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

melalui permainan. Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak sekolah rendah

begitu bersemangat sekali aktiviti permainan diadakan.

Maka, guru perlu bijak dalam merancang pengajarannya supaya semua murid

merasa seronok dan bermakna semasa proses pembelajaran berlaku. Sebagai

contoh, guru boleh mengaplikasikan permainan-permainan tradisional yang ada

seperti ketingting untuk mengajar pergerakan asas, permainan guli untuk mengajar

matematik dan sebagainya. Kesimpulannya, suasana mesra budaya mestilah

bermula daripada guru yang akan membentuk budaya yang positif terhadap murid-

muridnya.

22

Page 23: eseimen kadazandusun

REFLEKSI

Tugasan projek untuk kursus EDU 3106 kali ini adalah begitu menarik sekali

iaitu membuat satu mini kajian mengenai kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Terdapat banyak kaum di Malaysia yang boleh dijadikan sebagai bahan kajian saya

dimana setiap kaum tersebut mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang

tersendiri. Tambahan pula, disebabkan kepelbagaian kaum di Malaysia inilah yang

telah menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah pusat pelancongan yang

popular dalam kalangan pelancong luar negara.

Namun begitu, apabila saya hendak memulakan tugasan projek ini, saya mula

menyedari bahawa kaum dan etnik yang kita ada pada hari sebenarnya semakin

pupus ditelan oleh arus kemodenan dan teknologi maklumat. Disebabkan dek

keinginan untuk menjadi setanding dengan negara-negara maju seperti Amerika

Syarikat, Rusia, Jerman dan sebagainya, saya dapat menyedari kita semakin

melupai dan meninggalkan warisan berharga budaya kita. Tanpa kita sedari, warisan

budaya itulah yang membentuk identiti dan siapa diri kita. Malahan, melalui warisan

budaya ini jugalah kita telah dikenali oleh seluruh pelusuk dunia. Ini kerana, warisan

budaya hanyalah terdapat dinegara kita sahaja dan tidak ada dinegara lain. Oleh itu,

apabila saya mula membuat sedikit pembacaan mengenai kaum yang telah saya

pilih iaitu Kadazandusun, saya mula menyedari betapa jauhnya saya daripada

23

Page 24: eseimen kadazandusun

warisan budaya negara saya sendiri. Walaupun saya bukanlah kaum Kadazandusun,

tetapi saya melihat diri saya sebagai seorang bangsa Malaysia seharusnya

mempunyai sedikit pengetahuan asas mengenai kaum-kaum yang ada di Malaysia.

Seterusnya, apabila saya mula untuk membuat analisis mengenai kesan

budaya terhadap keperibadiaan diri dan pencapaian akademik. Saya dapat melihat

kesan yang begitu besar daripada budaya terhadap setiap individu kaum itu

terutamanya kepada anak-anak sekolah rendah. Kehidupan yang penuh dengan

adat resam dan kepercayaan telah membentuk jati diri serta kekuatan dalaman bagi

setiap anak-anak Kadazandusun.

Sebagai contoh, masyarakat Kadazandusun mempunyai peraturan yang

begitu ketat dan jelas seperti ketian, manakau, melapau, dan kepingaian miadpinai.

Kesemua ini menunjukkan bahawa masyarakat Kadazandusun sangat

menitikberatkan disiplin, akhlak serta peraturan kehidupan yang sistematik dalam

kehidupan mereka. Masyarakat Kadazandusun telah dididik untuk mematuhi

peraturan dan setiap peraturan itu mempunyai dendaannya tersendiri apabila

peraturan tersebut tidak dipatuhi. Seterusnya, walaupun perkembangan pencapaian

akademik masyarakat Kadazandusun agak lambat dimana kita dapat lihat tahap

sosioekonomi serta penguasaan masyarakat Kadazandusun dalam bidang

pengurusan, ekonomi, keusahawanan dan sebagainya adalah rendah, namun

begitu, mereka telah mula berkembang dan menyedari akan pentingnya pendidikan

dalam kehidupan. Perkara ini jelas melalui sedikit pembacaan saya mengenai

pencapaian yang telah dicapai oleh masyarakat Kadazandusun iaitu mereka

mempunyai kolej mereka sendiri iaitu kolej komuniti.

Perkara terakhir yang telah saya perolehi daripada melaksanakan tugasan ini

adalah bagaimana untuk membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang

mesra budaya. Saya sebagai seorang bakal guru seharusnya menguasai akan

kemahiran dan pengetahuan dalam membentuk suasana kelas yang mesra budaya.

Perkara ini adalah begitu mustahak sekali agar anak-anak yang belajar didalam

kelas akan merasa selesa, seronok, dan disayangi. Adalah amat rugi bagi kita jika

kita telah membuat persediaan pengajaran yang begitu rapi tetapi pelajar tidak dapat

24

Page 25: eseimen kadazandusun

belajar dengan selesa dan selamat, maka sesungguhnya pengajaran seseorang

guru itu tidak berjaya. Oleh itu, sangat penting suasana mesra budaya itu perlu

diwujudkan didalam kelas agar anak-anak dapat menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran dengan penuh bermakna.

Disediakan oleh,

..............................................

Akhimullah Bin Abdul Gapar

RUJUKAN

Buku

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.

Majid. 2011. Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Laman Sesawang

A. Rahman A.N. (Februari, 2011). Sikap Komuniti Kaum Kadazandusun Di Sabah

Terhadap Aspek Kepercayaan Dan Kehidupan Beragama Dari Sudut Psikologi

Dan Sosiologi. Diakses pada 3 Mac 2014 dari laman sesawang

http://nikalila.wordpress.com/2012/03/26/sikap-komuniti-kaum-kadazandusun-di-

sabah-terhadap-aspek-kepercayaan-dan-kehidupan-beragama-dari-sudut-psikologi-

dan-sosiologi/

Cho Kim Han. (Ogos, 2010). Makanan dan minuman tradisi. Kebudayaan Kadazan.

Diakses pada 27 Februari 2014 dari laman sesawang http://chillgideon.blogspot.com/

Joseph Nandu. (nd). Adat Resam Kaum Kadazandusun. Warisan Budaya Kaum

Kadazandusun. Diakses pada 25 Februari 2014 dari laman sesawang

http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/adatresam.htm

Artikel

25

Page 26: eseimen kadazandusun

Newmond Tibin. (15 Jun 2012). Satu lagi pencapaian penting bagi masyarakat

Kadazandusun-Murut. Berita Wilayah.

Rita Lasimbang. (nd). Ilmu watan Suku Kaum Kadazan di Sabah,

Malaysia.Penampang: Kadazandusun Language Foundation & Yayasan Bahasa

Kadazandusun.

na. (15 Nov 2013). UPSR: Pencapaian Sabah Terbaik. New Sabah Times.

BORANG KOLABORASI

TarikhPerkara yang

dibincangkanKomen

Nama dan

tandatangan

26

Page 27: eseimen kadazandusun

27