bm amy munah 09

29
Ramidah Binti Jabar 720615015694002 1.0 PENGENALAN Hasrat pendidikan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah pembentukan individu yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Jesteru itu pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan diharapkan dapat menyokong teras pendidikan individuini, terutamanya dari segi pemupukan ilmu , kemahiran, dan nilai yang berkaitan dengan aspek intelek dan emosi. Kesusateraan adalah merupakan lambang sejarah, budaya serta kesenian bahasa dan bangsa Melayu. Komponen Sastera yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran meliputi karya sastera dalam bentuk puisi, prosa tradisional, cerpen, dan novel. Hasil karya penulis yang berpengalaman dan juga yang baharu memang pelbagai bentuknya. Oleh hal yang demikian, guru-guru juga haruslah mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran komsas agar menjadi lebih menarik dan tidak membosankan murid. Sebenarnya bahan komsas sudah digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum ini, tetapi tidak ditetapkan sumber atau genrenya. Selepas komsas diperkenalkan, genrenya sudah jelas dan memudahkan guru dan murid untuk mempelajarinya. Bahan-bahan 1

Upload: ipaiskn1

Post on 01-Jul-2015

160 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

1.0 PENGENALAN

Hasrat pendidikan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah

pembentukan individu yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan

bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Jesteru itu pengajaran dan

pembelajaran kesusasteraan diharapkan dapat menyokong teras pendidikan individuini,

terutamanya dari segi pemupukan ilmu , kemahiran, dan nilai yang berkaitan dengan

aspek intelek dan emosi. Kesusateraan adalah merupakan lambang sejarah, budaya serta

kesenian bahasa dan bangsa Melayu.

Komponen Sastera yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran meliputi karya

sastera dalam bentuk puisi, prosa tradisional, cerpen, dan novel. Hasil karya penulis yang

berpengalaman dan juga yang baharu memang pelbagai bentuknya. Oleh hal yang

demikian, guru-guru juga haruslah mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran

komsas agar menjadi lebih menarik dan tidak membosankan murid. Sebenarnya bahan

komsas sudah digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum ini, tetapi tidak

ditetapkan sumber atau genrenya.

Selepas komsas diperkenalkan, genrenya sudah jelas dan memudahkan guru dan murid

untuk mempelajarinya. Bahan-bahan sastera seperti prosa tradisional, cerpen, drama,

novel, puisi tradisional dan sajak boleh juga digunakan semasa guru membincangkan

aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Sebagai contohnya, guru boleh meminta murid

menyenaraikan jenis-jenis kata, jenis-jenis ayat, dan kesalahan bahasa yang terdapat

dalam bahan komsas tersebut. Oleh hal yang demikian, semasa mengajarkan komsas,

guru-guru turut mengajarkan tatabahasa kepada murid secara tidak langsung.

Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan 'komponen' dan 'kesusasteraan Melayu'.

Subjek sastera ini mampu menjadikan waktu Bahasa Melayu lebih menarik, bermanfaat

1

Page 2: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

dan lebih menyeronokkan Guru-guru yang mengajar haruslah memahami pengertian

kesusasteraan, pendidikan kesusasteraan dan perkembangan kesusasteraan Pembelajaran

KOMSAS diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan

aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Melalui pembelajaran KOMSAS,

diharapakan pelajar boleh :

(a) menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera.

(b) mempertingkatkan kemahiran berbahasa.

(c) Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera., dan

(d) Memupuk semangat yakin diri.

Untuk tugasan kali ini saya telah memilih karya sastera berbentuk cerita pendek

(CERPEN) yang bertajuk “ Hadiah Hari Guru”. Cerpen ini dipetik dari buku antologi

KOMSAS Tingkatan Satu. Antologi cerpen yang dipilih ini adalah terbitan Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

2

Page 3: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

2.0 SINOPSIS CERPEN

Cerpen ini berkisar tentang kehidupan seorang pelajar yang juga merupakan seorang

remaja bernama Ramli yang hidupnya dihimpit kemiskinan. Ramli hidup bersama ibu

dan dua orang adiknya sementara bapanya telah meninggal dunia semenjak beberapa

tahun yang lalu. Namun begitu remaja ini menunjukkan keprihatinan terhadap keperitan

ibunya yang bersusah payah membesarkan dia dan adik-adiknya. Ramli diperlihatkan

sebagai seorang remaja yang jujur, telus dan penyayang.

Ramli berhasrat ingin memberi hadiah hari guru kepada cikgu kesayangannya . Namun

begitu kesempitan hidup yang menyelubungi diri dan keluarganya tidak mengizinkan

ramli untuk membeli hadiah untuk gurunya. Walaupun masih kanak-kanak Ramli sudah

dapat memahami dan merasai akan penderitaan ibunya yang merupakan seorang ibu

tunggal. Kehidupan mereka miskin tetapi ibunya merupakan seorang yang sangat

bertanggung jawab menjaga dan memberikan pelajaran kepada anak-anaknya.

Selepas pulang dari sekolah semasa makan, Ramli menyuarakan hasratnya untuk

memberikan hadiah kepada Cikgu Fatimah, guru kelas yang amat baik dengannya

bersempena dengan Hari Guru yang bakal tiba. Ramli sedar akan kesusahan ibunya

serta tidak mendesak ibunya untuk memenuhi hasratnya itu. Ramli sedar bagaimana dia

mahu membeli hadiah sedangkan keluarganya terpaksa meminta bantuan Pak Mustaffa

untuk menampung makanan mereka sekeluarga.

Pada pagi Hari Guru, Ramli adalah orang pertama yang tiba di sekolah. Dia jugalah

orang pertama yang memberikan bungkusan hadiah untuk cikgu Fatimah. Dia menunggu

ketibaan Cigu Fatimah ke sekolah. Murid-murid lain pula memberikan hadiah yang

cantik-cantik kepada Cikgu Fatimah. Mereka memberikan hadiah itu semasa Cikgu

Fatimah masuk ke dalam kelas mereka. Ramli hanya berdiam diri apabila rakan-

rakannya mengejeknya kerana tidak memberika hadiah kepada Cikgu Fatimah.

Misteri hadiah Ramli terbongkar apabila selesai sambutan Hari Guru, Cikgu Fatimah

membuka bungkusan hadiah yang diberikan oleh murid-muridnya. Bungkusan hadiah

3

Page 4: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

yang diberikan Ramli menarik perhatiannnya. Beliau membuka bungkusan itu dan

mendapati ulam pucuk janggus berserta sepucuk surat dalam bungkusan itu.

Hadiah pemberian Ramli amat menyentuh perasaan Cikgu Fatimah bersama guru – guru

lain walaupun pada awalnya guru lain berasa lucu melihat hadiah itu Setelah membaca

surat Ramli beliau sangat terharu dengan keikhlasan muridnya itu sehingga menyebabkan

Cikgu Fatimah tidak dapat menahan airmatanya dari keluar membasahi pipinya.

Akhirnya Cikgu Fatimah berhasrat untuk mengambil Ramli sebagai anak angkatnya

dan akan membantu persekolahan Ramli. Pihak sekolah dan guru – guru lain juga turut

bersepakat untuk memberikan bantuan kepada Ramli. Selain itu mereka juga bercadang

membantu pelajar – pelajar miskin yang lain.

3.0 ULASAN DAN PENGAJARAN CERPEN

Cerpen Hadiah Hari Guru merupakan sebuah cerita remaja yang sinonim dengan

kehidupan remaja. Pelajar-pelajar mudah memahami jalan cerita ini kerana ia boleh

dianggap sebagai sebuah bacaan yang agak ringan. Watak-watak di dalam cerpen ini

tidak bank menimbulkan banyak dan jalan ceritanya tidak banyak menimbulkan

persoalan yang perlu difikirkan pelajar.

Terdapat banyak pengajaran yang terdapat di dalam cerpen Hadiah Hari Guru ini. Antara

lima pengajaran boleh kita peroleh daripada cerpen in ialah :-

1. Pengajaran Pertama - Kita hendaklah menyayangi ibu, keluarga dan guru-guru

Menyayangi ibu, keluarga dan guru-guru merupakan satu sikap yang perlu ada pada diri

setiap individu. Sikap ini akan menjadikan orang di sekeliling berasa selesa dan tenang.

Di dalam cerpen ini pelajar-pelajar boleh menerima pengajaran melalui sikap dan

pengorbanan seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya. Walaupun hidup

dalam kemelut kemiskinan, dapat dilihat ibu Ramli cuba memenuhi setiap permintaan

anak-anaknya.

4

Page 5: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

Sikap kasih sayangnya terhadap anak-anaknya juga dapat dilihat apabila dia hanya makan

sesuap nasi kerana sedar nasi yang ada terlalu sedikit bagi keperluan anaknya. Baginya

biarlah dia berlapar tetapi anak-anaknya tidak kelaparan. Contoh yang diambil dalam

cerpen ini dapat dilihat pada muka surat 54 iaitu pada perenggan ke lima.

“ Baik, mak,” katanya. Dia bangun untuk mengambil nasi dalam periuk. Ternyata nasi

itu tinggal amat sedikit. Dia sedar ibunya berhenti makan tadi kerana meninggalkan nasi

itu untuk dia dan adik – adiknya.

Pelajar-pelajar juga mendapat pengajaran daripada watak Ramli yang diperlihatkan

sangat menyayangi adik-adiknya. Dia sentiasa membantu ibunya memenuhi keperluan

adik-adiknya walaupun terpaksa mengenepikan kehendak dan keperluan dirinya sendiri.

Contoh petikan yang terdapat didalam cerpen ini dapat dilihat pada mukasurat 55.

Ramli mengaut nasi dalam periuk, memasukkannya ke dalam pinggan adiknya. Dia uga

telah kekenyangan, meskipun dia ingin makan lagi. Akan segera tertutup seleranya bila

nasi tinggal sedikit, biarlah diperuntukkan untuk adiknya sendiri.

Kasih sayangnya juga dicurahkan kepada guru kelasnya Cikgu Fatimah yang merupakan

seorang guru yang juga menyayangi anak-anak muridnya termasuk Ramli. Cikgu

Fatimah merupakan idola Ramli kerana ia selalu baik dan mengambil berat tentang

Ramli. Hal ini dapat dilihat dalam petikan berikut yang terdapat pada mukasurat 53.

“Emak ! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu

Fatimah, mak.Dia baik kat Ramli.”

5

Page 6: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

3. Pengajaran Kedua - Nilai Keikhlasan dan kejujuran dalam membuat sesuatu.

Antara pengajaran lain yang boleh didedahkan kepada pelajar-pelajar melalui cerpen

Hadiah Hari Guru ini. Melalui watak Ramli, dapat dilihat keikhlasan dan kejujurannya

dalam memberi atau berbuat sesuatu. Contoh jelas dilihat, Ramli yang menghadiahkan

pucuk janggus yang dikutip sendiri di bukit dihujung kampungnya kepada guru kelasnya

sempena Hari Guru kerana dia tidak mampu membeli hadiah yang cantik dan mahal.

Hadiah itu dilihat oleh Cikgu Fatimah sebagai satu hadiah yang amat berharga kerana dia

dapat melihat kejujuran dan keikhlasan Ramli melalui surat yang ditulis oleh Ramli. Hal

ini dibuktikanberdasarkan petikan berikut :-

Emak saya hanya dapat mengirimkan salam pada cikgu. Terimalah Hadiah yang ikhlas

dan jujur dari saya, yang tidak berharga itu. Itulah saja yang dapat saya hadiahkan pada

cikgu. Maafkan saya, cikgu.-Ramli (mukasurat 60 )

Cikgu Harun selesai membaca. Dia merenung hadiah tersebut. “Benar! Inilah hadiah

yang paling murni. Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih baik dari hadiah- hadiah yang

mahal – mahal tu jika untuk bermuka – muka,”katanya turut terharu apabila melihat

hadiah tersebut. ( Perenggan terakhir mukasurat 60 )

Keikhlasan Pak Mustaffa yang tidak keberatan memberi pinjam secupak beras kepada

Mak apabila Ramli memintanya juga dapat dilihat melalui jalan cerita cerpen ini. Pak

Mustaffa yang memberi secupak beras dengan rasa senang hati kepada Ramli

menunjukkan Pak seorang yang ikhlas membantu orang yang memerlukan bantuan dan

dalam kesusahan. Hal ini tergambar dalam petikan berikut :-

Dia pulang ke rumahnya petang itu dengan perasaan tenteram. Pak Mustaffa senang

sekali memberikan beras yang dipohon oleh ibunya. Betapa penduduk disitu amat

bersimpati terhadap hidup mereka ( perenggan 4 - mukasurat 56 )

6

Page 7: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

Daripada watak-watak dan jalan cerita ini boleh memberi pengajaran kepada pelajar-

pelajar yang membacanya. Mereka sepatutnya sedar akan peri pentingnya kejujuran dan

keikhlasan dalam menjalani kehidupan

3. Pengajaran Ketiga - Bersimpati Dan Rajin Menolong orang .

Menolong orang yang dalam kesusahan merupakan nilai-nilai murni yang harus

diterapkan di dalam diri setiap individu. Banyak contoh yang dapat dilihat dan dikupas

daripada Cerpen Hadiah Hari Guru ini. Contoh yang jelas ialah Pak Mustafa dan

penduduk kampong yang sentiasa bersedia untuk menolong keluarga Mak Sopiah iaitu

keluarga Ramli yang hidup dibelengu kemiskinan. Hal ini digambarkan di dalam cerpen

ini apabila dia senang hati kerana dapat membantu keluarga Ramli. Lihat contoh

dibawah.

Dia pulang ke rumahnya petang itu dengan perasaan tenteram. Pak Mustaffa senang

sekali memberikan beras yang dipohon oleh ibunya. Betapa penduduk disitu amat

bersimpati terhadap hidup mereka ( perenggan 4 - mukasurat 56 )

Sikap guru-guru di sekolah Ramli juga digambarkan sebagai seorang yang suka

menolong orang yang dalam kesusahan. Setelah mendengar cerita daripada Cikgu

Fatimah tentang Ramli, Guru Besar dan guru-guru di sekolah itu bersepakat untuk

membantu persekolahan Ramli dengan menggunakan wang tabung sekolah. Cikgu

Fatimah pula bercadang untuk membantu dan menolong Ramli dengan mengambilnya

sebagai anak angkat. Contoh dari petikan :-

“Oh! Kalau begitu dia patut mendapat bantuan dari sekolah kita,” tegas cikgu Abdullah.

( Baris ke – 10 , mukasurat 61 )

Hari itu , Cikgu Fatimah pulang ke rumahnya dengan sustu tekad, mulai esuk Ramli akan

menjadi anak angkatnya. Dia akan membantu persekolahan Ramli. ( Perenggan terakhir

– mukasurat 61 )

7

Page 8: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

Pelajar juga boleh mendapat pengajaran melalui watak Ramli yang juga merupakan

seorang pelajar yang rajin membantu gurunya. Setiap pagi, dia akan menunggu Cikgu

Fatimah dan menolong membawakan beg dan barang-barang guru kesayangannya itu ke

bilik guru. Ramli menolong gurunya itu penuh keikhlasan. Petikan cerpen di bawah ini

dapat menjelaskan kerajinan Ramli.

Di sekolah, seperti biasa, lepas menyimpan begnya di dalam darjah, Ramli menunggu

Cikgu Fatimah ditempat letak keretanya. Demikianlah saban hari dia akan menunggu di

situ sehingga Cikgu Fatimah Datang dan dia tolong membawanya ke dalam bilik darjah.

( perenggan terakhir – mukasurat 56 )

Cerpen ini juga mengajar pembaca supaya bersimpati dengan orang yang tidak bernasib

baik. Ramli sangat bersimpati dengan ibunya yang menderita sakit dan berkerja keras.

Pak Mustaffa. juga bersimpati dengan keluarga Ramli yang miskin. Guru-guru dan

Cikgu Fatmah juga digambarkan sangat bersimpati dengan Ramli dan berhasrat untuk

membantunya.

4. Pengajaran keempat – Menunaikan tanggung jawab hidup bermasyarakat .

Cerpen Hadiah Hari Guru banyak membawa pembaca kepada suasana hidup dalam

masyarakat dan tugas pembaca atau pelajar adalah untuk mencari contoh yang patut

diikuti dan menjadikan elemen negatif sebagai pengajaran. Masyarakat di kampong

Ramli dibayangkan di dalam cerpen ini sebagai sebuah masyarakat yang

bertanggungjawab dan saling bantu membantu. Mereka diperlihatkan sebagai manusia

yang melaksanakan tanggungjawab hidup bermasyarakat dengan baik. Hal ini dapat

membuktikan sikap bertanggung jawab masyarakat sekeliling seperti dalam petikan di

bawah :-

Cikgu Abdullah juga turut terharu apabila membaca surat itu.” Cikgu Fatimah….,” kata

Guru Besar,”

8

Page 9: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

Menjadi ahli masyarakat yang baik dan bertanggungjawab menunjukkan seseorag itu

sihat dan sejahtera dari segi emosi dan fizikal. Kerana itulah tanggungjawab hidup

bermasyarakat perlu dipupuk dijiwa pelajar-pelajar dan ini adalah sebahagian daripada

sebab dan matlamat pelajaran KOMSAS diperkenalkan diperingkat sekolah menengah.

Begitu juga dengan guru-guru di sekolah Ramli. Hubungan di antara guru-guru sangat

akrab dan mereka sering bergurau dan santiasa menerima pandangan orang lain. Mereka

juga bersepakat untuk membantu Ramli dan Guru Besar pula mengharapkan guru-guru

lain lebih prihatin terhadap anak murid yang lain yang senasib dengan Ramli . Ini

menunjukkan mereka bukan sahaja menjalankan tugas mendidik anak-anak tetapi

mengambil kira keperluan hidup dil luar waktu persekolahan.

Banyak lagi pengajaran yang boleh dikupas daripada cerpen ini. Pelajar-pelajar yang

mengkaji cerpen ini pastinya akan dapat memperoleh banyak maklumat dan pengajaran

untuk menjadai bukan sahaja anak dan pelajar yang baik tetapi juga menjadi insane yang

prihatin terhadapa masyarakat di sekelilingnya.

5. Pengajaran Ke Lima – Sikap Hormat - Menghormati orang lain tanpa ada apa-

apa perbezaan

Hormat menghormati juga perlu diterapkan di dalam diri setiap insan. Ia merupakan

satu nilai murni yang pastinya akan memenuhi hasrat falasafah pendidikan Negara yang

mengharapkan lahirnya insan yang seimbang bukan sahaja dari segi intelek tetapi dari

segi jasmani, emosi dan rohani. Nilai murni hormat menghormati banyak terdapat di

daam cerpen ini yang boleh menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang membaca

dan mengkaji cerpen ini. Ramli sangat menghprmati ibu dan guru-gurunya.

Satu contoh sikap negative rakan-rakan Ramli di sekolah sepatutnya dijadikan sempadan

yang tidak patut dicontohi. Rakan-rakan sekelas Ramli kebanyakkannya materialistic dan

mementingkan kebendaan. Mereka hanya berkawan dengan orang kaya atau setaraf

dengan mereka. Mereka sering mengejek-ejek Ramli dan langsung tidak menghormati

9

Page 10: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

diri dan perasaan Ramli kerana Ramli miskin. Rakan-rakan Ramli sepatutnya saling

hormat menghormati tanpa memikirkan perbezaan atau status mereka.

4.0 TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN KOMSAS

Kaedah dan teknik mengajar ialah satu tuntutan utama yang amat penting bagi

mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Sebagai guru, adalah

perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan dan

teknik yang sesuai supaya pengajaran menjadi sesuatu perkara yang menarik.

Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipilih haruslah bersesuaian dengan sasaran pelajar

dan objektif pengajaran. Peranan guru amat penting dalam menarik minat pelajar supaya

pelajar tidak mudah bosan. Penglibatan semua pelajar dalam setiap aktiviti pengajaran

dan pembelajaran sangat penting.

Teori-teori kesusasteraan menjadi asas kepada pembentukkan pendekatan dalam

pengajaran yang akan membina kaeadh-kaedah yang akan dipraktikkan dalam bentuk

teknik-teknik dan aktiviti pengajaran. Teknik dan aktivti merupakan perkara yang saling

berkait. Dalam pengajaran kesusasteraan Melayu, unsure-unsur psikologi , sosiologi,

objektif dan teknologi pengajaran perlulah diberi perhatian. Terdapat pelbagai teknik dan

aktiviti yang boleh digunakan dalam pengajaran Kesusteraan Melayu.

4.1 Adaptasi, Deklamasi, Cerpendra Dan Mestamu

Adaptasi merupakan satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran Kesusasteraan

Melayu. Adaptasi yang membawa maksud mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre

sastera kepada suatu bentuk lain yang lebih menarik untuk dijalankan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Pengubahsuaian ini biasanya akan

menjadikan sesuatu genre lebih mudah untuk difahami dan lebih menarik minat pelajar.

10

Page 11: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

Sebagai contoh, puisi klasik yang kebiasaanya sukar untuk difahami dan membosankan

pelajar boleh diadaptasikan menjadi bentuk drama, cerpen atau nyanyian.

Deklamasi pula bermaksud membaca atau melafazkan puisi dengan nada, intonasi suara

dan gaya yang sesuai. Penghayatan dan pemahaman pelajar terhadap puisi yang hendak

dideklamasikan amatlah penting bagi menjadikan deklamasinya menarik. Oleh itu

sebelum mendeklamisikan sesebuah puisi, pelajari haruslah memahami dan mendalami

terlebih dahulu isi dan makna puisi sebelum menghayatinya.

Cerpendra juga merupakan salah satu teknik yang boleh dijalankan sebagai aktiviti

pengajaran yang menyeronokkan. Cerpen akan diubahsuai kepada bentuk drama. Untuk

menjalankan teknik ini, pelajar perlu mendalami dan menghalusi isi petikan cerpen

tersebut sebelu mengubahnya kepada skrip drama. Ini memerlukan kemahiran pelajar

kerana mereka perlu membuat kajian terperinci dari aspek perwatakan, latar tempat dan

masa, persoalan dan tema yang terdapat dalam cerpen tersebut.

Metsamu bermaksud mendeklamasikan puisidan melagukannya tanpa muzik. Hal ini

bermakna terdapat dua aktivitiberjalan serentak; iaitu mendeklamasikan dan melagukan

puisi tersebut,sama ada baris demi baris atau rangkap demi rangkap. Jika teknik ini di

buat berpasangan,seorang pelajar akan mendeklamasikan dan seorang lagi akan

melagukannya.

4.2 Kerusi Panas, Improvisasi dan Pemaduan Seni

Teknik kerusi panas boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakkan

dalam sesebuah karya sastera. Dalam teknik ini, seorang pelajar akan dipinta menghayati

dan mendalami watak dalam sesebuah cerita, kemudian pelajar ini diletakkan di hadapan

kelas. Seterusnya pelajar-pelajar lain diminta menanyakan soalan-soalan yang berkaitan

dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panas dan pelajar ini akan

menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera tersebut.

11

Page 12: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

Improvisas ialah lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya

diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang dianjarkan.

Dalam pengajaran cerpen misalnya, para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara

berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen,

konflik , dan peleraian dalam cerpen berkenaan.

Pemanduan seni bermaksud penggunaan beberapa unsur seni seperti, seni lukis, seni

suara, seni lakon , dan sebagainya untuk menghidupkan petikan atau babak dalam karya

sastera. Untuk tujuan pemanduan seni ini, seni-seni yang dipilih itu digunakan secara

serentak pad masa yang sama. Sebagai contoh, pengajaran aspek perwatakkan dalam

sesebuah novel boleh di buat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut, pada masa

yang sama pelajar lain melukiskan gambaran watak ,dan mungkin ekumpulan pelajar lain

menyanikan fakta mengenai watak tersebut.

4.3 Lakonan, Teater Pembaca, Teater Bercerita, Kaligrafi, Dialog , Melodi

Dan Nyanyian

Baca drama adalah Teknik yang sangat sesuai digunakan untuk mengajarkan isi dan

pesoalan yang terdapat dalam drama. Pelajar diminta membaca skrip drama secara

bergiilir-gilir atau berdasarkan watak yang dikhaskan. Guru perlu menegaskan tentang

penggunaan intonasi yang sesuai dalam pembacaan tersebut.

Lakonan ialah sesuatu teknik yang boleh digunakan untuk memudahkan pelajar

mengingati dan menghayati sesuatu karya sastera. Pelajar diminta mengingati semula

dialog atau petikan dalam drama atau novel, kemudian mereka diminta melakukan

petikan atau dialog tersebut mengikut

Kaligrafi ialah seni tulisan yang boleh digunakan untuk memotivasikan pelajar dalam

memberikan focus terhadap objektif pelajaran . Dalam pengajaran aspek perwatakan

dalam novel misalnya, pelajar boleh diminta menuliskan nama-nama watak mengikut

12

Page 13: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

gaya dan kreaviti masing-masing. Secara tidak langsung tumpuan pelajar akan terarah

kepada nama-nama watak yang sedang dituliskannya dan ini akan memudahkan

perbincangan tentang aspek tersebut yang dibuat selepas itu.

Teknik dialog dimulakan dengan pemilihan dialog-dialog daripada bahan yang dikaji dan

pelajar diminta menulis dan melafazkan dialog-ialog pilihan mereka dengan gaya dan

intonasi yang sesuai. Kesungguhan perlu ditekankan suaya pelajar membacakan dialog

tersebut dengan gaya yang menarik. Aktiviti ini secara tidak langsung akan

menyebabkan pelajar tertumpu kepada isi atau bab yang akan dibincangkan. Pelajar akan

diteruskan dengan perbincangan anyara guru dan pelajar atau sesame pelajar. Ini

merupakan soal jawab yang berkaitan dengan isi atau petikan yang seang dibincangkan.

Melodi bermaksud nada dan ritma yang enak di dengar dan dibacakan. Teknik ini

digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati sesuatu isi atau fakta. Fakta atau isi

yang akan diajarkan akan digubah dalam bentuk melodi yang indah. Pelajar lebih mudah

mengingat fakta yang bermelodi berbanding fakta yang disampaikan secara tradisional.

Teknik nyanyian hampir sama dengan teknik melodi. Dalam teknik ini, isi atau fakta

yang akan diajarkan digubah seperti rangkap nada sesuuatu nyanyian yang popular.

Kemudian fakta tersebut akan disebut seperti menyanyikan lagu yang dipilih itu. Teknik

ini akan menjadi lebih menarik jika diiringi muzik minus one lagu berkenaan.

13

Page 14: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Komponen Kesusasteraan Melayu diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

merangkumi genre novel, cerpen, prosa tradisional, drama, puisi baru dan pusi

tradisional. Melalui komponen inidiharapkan minat membaca, keseronokan membaca,

dan penghayatan terhadap bahan sastera dapat dipupuk. Tiada sukatan pelajaran khusus

untuk KOMSAS sahaja. Segala aspek dan maklumat yang akan diajar dalam KOMSAS

diselitkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia.

Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu KOMSAS Tingkatan Satu

Genre : Prosa Moden (Cerpen)

Kelas : 1 Rancangan Khas

Masa : 7.40 - 9.00 pagi ( 80 minit )

Tajuk : Hadiah Hari Guru

Bilangan Pelajar : 35/35 orang

Bidang : Estetika dan Interpersonal Objektif : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat ;

1. Menyusun struktur plot berdasarkan petikan yang diberi.

2. Menghuraikan empat perwatakan watak utama dalam cerpen.

3. Menjelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam cerpen

4. Menjawab 3 soalan pemahaman berdasarkan cerpen Hadiah Hari Guru dengan

tepat.

Hasil pembelajaran

FU : 2.0, 2.1, 2.2, 2.3, Aras (i)

10.0, 10.6, 10.4, Aras 2 (ii)

14

Page 15: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

FS : Aras 1 (i) (ii)

Sistem Bahasa:

a) Tatabahasa : Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah

Pengisian Kurikulum:A. Ilmu : Kesusasteraan MelayuB. Nilai Murni : Simpati, kasih sayang, ketaatanC. Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir, Kecerdasan Pelbagai.

Langkah /

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Kemahiran

Generik

Set Induksi

( 5 Minit )

Nyanyian lagu

“Biar Ku

Menjadi Lilin “

1. Guru menayangkan

senikata lagu “ Biar Ku

Menjadi Lilin “ dan

meminta murid menyanyi

lagu tersebut bersama –

sama . Nyanyian diiringi

muzik dari CD.

2. Berdasarkan lagu yang

dinyanyikan guru

mengaitkan lagu tersebut

dengan tajuk pelajaran.

Nilai– membalas

jasa

mengingat semula

dan menjawab

soalan guru.

Kecerdasan muzik

15

Page 16: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

Langkah 1

( 5 Minit )

Sinopsis cerpen 1. Guru memilih beberapa

orang pelajar untuk

melakukan lakonan

spontan/ improvisasi.

2. Selepas improvisasi

pelajar dapat

menceritakan peristiwa

selepas perenggan yang

diceritakan itu secara

ringkas.

BBM- petikan

dialog terpilih

Kemahiran

mengingat semula

dan bersoal jawab.

Langkah 2

( 15 Minit )

Kerusi Panas.

Kumpulan 1 –

pilih salah

seorang daripada

kumpulan 1

untuk duduk di

kerusi panas.

Kumpulan 2 –

bertanya soalan

Kumpulan 3 –

mencatat soalan

yang diajukan.

1. Pelajar dibahagikan

kepada

3 kumpulan dan setiap

kumpulan dikehendaki

menjalankan tugas

masing-

masing mengikut arahan

guru.

2. Pelajar berbincang watak

dan perwatakan dengan

merujuk kepada teks.

3. Seorang pelajar dalam

kumpulan 1 diminta

duduk

di kerusi yang

16

Page 17: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

disediakan.

Ahli kumpulan 2

bertanya

soalan berkaitan watak

kepada pelajar yang

duduk

di kerusi panas.

Pelajar kumpulan 3

mendengar sambil

mencatat maklumat yang

diterima tentang watak

dan

perwatakan.

3. Setiap kumpulan diminta

menjelaskan tentang

watak

dan perwatakan mengikut

kumpulan.

Langkah 3

( 15 Minit )

Aktiviti

berkumpulan.

( Pelajar

dibahagikan

kepada 4

kumpulan )

1. Pelajar diminta me-

nyenaraikan nilai – nilai

murni yang terdapat pada

watak – watak di dalam

cerpen Hadiah Hari Guru.

2. Pelajar dibimbing untuk

mencari nilai – nilai

KBKK

Mengenalpasti dan

mempersembahkan

maklumat.

17

Page 18: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

murni.

3. Ketua kumpulan

melaporkan hasil dapatan

nilai murni yang terdapat

pada setiap watak.

Kecerdasan

interpersonal dan

intrapersonal

Langkah 4 Hubung kait nilai

dengan isi

pelajaran.

1. Pelajar diminta melengkap

kan ilai murni yang telah

diperolehi dalam lembaran

pengurusan grafik.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibina, jelas menunjukkan

bahawa bahan sastera yang sesuai dapat membantu guru-guru dalam proses

18

Page 19: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

pengajaran. Di samping itu, unsur-unsur bahasa bukan sahaja dapat dipratikkan

malahan dapat diperkayakan lagi.

Seseorang guru harus bijak mencari jalan agar pelajar minat mempelajari bahan-

bahan berunsur sastera kerana dari minat ini, barulah kita dapat libat hasil

pencapaiannya yang sebenar. Penggunaan pendekatan, teknik dan kaedah serta

Bahan Bantu Mengajar merangsang pertumbuhan minat dalam diri pelajar.

Di samping itu, penggabung jalinan kemahiran asas dan aspek tatabahasa

memudahkan lagi pemahaman murid berkaitan bahan sastera yang hendak digunakan.

Pelajar-pelajar juga hendaklah mampu menguasai kemahiran-kemahiran tersebut .

Dengan ini, dapat membantu pendidikan dan pengajaran berkualiti dapat

diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, semua

perancangan yang tersusun mengikut aspek yang telah ditetapkan akan membantu

pengajaran menjadi sempurna dan berjalan dengan lancar.

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2003). Huraian pelajaran KBSM, Bahasa Melayu,

Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sehijau Warna Daun. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka

Arfah Abdul Aziz. (1981). Strategies for communication between teachers and

19

Page 20: bm amy munah 09

Ramidah Binti Jabar 720615015694002

pupils in a rural Malaysian school. Singapore: Singapore UniversityPress.

http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=152

http://www.pts.com.my

YANG lAIN CARI JE KAT MODUL

20