bincangkan politik dan pemerintahan negara menurut perspektif islam edit
TRANSCRIPT
BINCANGKAN POLITIK DAN PEMERINTAHAN NEGARA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
PENGENALAN
Sesebuah negara boleh dikatakan sebagai negara Islam apabila rakyat negara itu
mengamalkan ajaran Islam dan melaksanakan semua tuntutan Islam tanpa berbelah
bagi. Pemerintah dan rakyat negara Islam hendaklah menjatuhkan hukuman
berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. serta berlaku
adil dalam setiap perkara tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan. Oleh
itu, negara Islam haruslah mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam.
Terdapat tiga ciri penting dalam menegakkan negara Islam. Ciri-ciri tersebut ialah
syariat Islam yang mesti dipatuhi, rakyat yang melaksanakan syariat Islam tersebut
dan pemerintah Islam yang menaunginya.
Dalam membincangkan tajuk Politik dan Pemerintahan Negara Menurut
Perspektif Islam, kita akan cuba memahami definisi politik dan pemerintahan terlebih
dahulu. Seterusnya kita akan membincangkannya mengikut tajuk-tajuk kecil seperti
Pengertian Politik Menurut Islam, Sumber-sumber Pemerintahan Islam, Asas-asas
Pemerintahan Islam, Prinsip-prinsip Pemerintahan Islam dan Demokrasi Dari Sudut
Pandangan Islam.
1
DEFINISI POLITIK
“Politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-
prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk ‘ilmu politik’.”1
Kamus Dewan edisi ke-4 terbitan 2005 mendefinisikan politik sebagai ilmu
pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Ia juga dipanggil ilmu
siasah (berasal daripada bahasa Arab) atau ilmu kenegaraan. Politik Islam dikenali
sebagai siasah syar’iyyah yang membawa maksud mengurusi atau mengatur perkara
mengikut syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Jadi, siasah
(politik) tersebut bermaksud pengurusan dan pentadbiran orang yang diurus. Lalu,
kata tersebut digunakan dalam pengurusan urusan-urusan manusia. Pihak yang
melaksanakan urusan-urusan manusia tersebut dinamakan ahli politik (siasiyun).
Dalam bahasa Arab, politik disebut Al-siasah yang bermaksud menguruskan
sesuatu urusan dan memperbaikinya. Al-siasah atau politik dari sudut istilah pula
mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertiannya ialah mentadbir urusan
negara. Politik merupakan satu ilmu atau kemahiran untuk memerintah negara.
Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia
mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya
membentuk “ilmu politik”. Politik juga dikatakan sebagai kemahiran kerana dalam
realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan
1 Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian Berhad, 2008.ms 2
2
undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga pada pelaksanaan sebenar
kekuasaan atau kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperoleh
melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal yang
tertentu.2
Pemimpin pula disebut sebagai ulil amri yang bertindak sebagai pengurus,
pengatur dan penjaga kepada rakyatnya. Sistem politik pula ialah satu struktur yang
mengatur hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan. Sistem politik
terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan
institusi yang mengatur kekuasaan.
PENGERTIAN POLITIK MENURUT ISLAM
Rasulullah s.a.w menggunakan kata politik (siasah) dalam sabdanya yang
bermaksud:
“Adalah Bani Ismail, mereka diuruskan urusannya oleh para nabi (tasusuhumul
anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi
setelahku, namun akan ada banyak para khalifah,
“(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)3
Dari sudut pandangan Islam, politik ialah menjaga urusan umat di dalam dan
di luar negara dengan cara yang tidak menyalahi syariat Islam. Siasah syar’iyyah
2 Ibid. ms 23 Ibid. ms viii
3
tidak hanya terhad kepada apa yang disebut oleh syarak, tetapi disyaratkan agar
tidak menyalahi teks al-Quran, sunah, ijmak dan kaedah-kaedah syarak serta dasar-
dasar amnya. Ini bermakna sesiapa yang menyatakan bahawa politik ialah apa yang
disebut oleh syarak sahaja, maka ia adalah satu kesilapan dan bertentangan dengan
pandangan Islam.
Kita perlu membina dan menambah undang-undang yang sesuai dengan
zaman kita. Namun begitu, perlu diingatkan agar kita tidak mencipta undang-undang
yang bertentangan dengan syariat Islam.
Allah s.w.t berfirman :
Maksudnya:
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila
Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus
mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa
yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat
dengan kesesatan yang jelas nyata.”
( Surah al-Ahzab: Ayat 36 )4
4 http://quran.com/5
4
Oleh itu, Perlembagaan negara Islam mesti menyatakan bahawa mana-mana
undang-undang pentadbiran terbatal apabila ia bertentangan dengan mana-mana
teks syariat.5
PEMERINTAHAN ISLAM
Dalam pemerintahan Islam, tujuan dan matlamat yang dicari adalah untuk
menegakkan kebenaran antara rakyat dengan pihak pemimpin dan antara rakyat
sesama rakyat hatta antara umat Islam dengan yang bukan Islam. Pada asasnya,
seorang pemimpin itu hendaklah memainkan peranan penting dalam mendukung
keadilan. Dengan itu orang awam akan menikmati hidup selesa di bawah payung
kebenaran yang betul menepati teori dan amalan Islam.6
Ulil Amri ialah pemimpin tertinggi negara yang diamanahkan oleh Allah s.w.t
untuk mentadbir negara dengan adil dan saksama. Kuasa yang dimiliki oleh
pemerintah merupakan satu amanah daripada Allah s.w.t yang wajib dilaksanakan
dengan sebaik-baiknya mengikut prinsip-prinsip pemerintahan Islam yang
bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak serta Ijtihad. Pemimpin dalam
pemerintahan Islam perlu mengetahui, memahami dan mengamalkan segala dasar
ajaran Islam pada setiap masa dan tempat.
5 Minhaj al-Islam fi al-Hukm, ms. 756 Abdul Monir Yaacob, Suzalie Mohamad, Konsep dan peranan Ulil Amri di Malaysia, Institut kefahaman Islam Malaysia, ms xiv
5
Kepimpinan (leadership) Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh ideal dan
praktikal semestinya diikuti oleh umat manusia. Kerana Nabi Muhammad s.a.w.
adalah diutuskan untuk membimbing seluruh manusia, wilayah kepimpinann baginda
meliputi alam sejagat seluruh dunia tidak dibatasi oleh sempadan “geography” atau
sempadan peta, serta tidak pula dikhusus oleh satu-satu bangsa, kebangsaan dan
Negara. Dengan demikian kepimpinan Rasulullah s.s.w. itu sifatnya sejagat.
Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. ialah untuk seluruh umat manusia dan makhluk
selain daripada manusia yang mempunyai tanggungjawab kerohanian dan berlaku
untuk seluruh alam sejagat.7
SUMBER-SUMBER PEMERINTAHAN ISLAM
Negara dan kerajaan ialah dua elemen pemerintahan yang berbeza tetapi saling
bantu membantu antara satu sama lain. Tanpa satu daripadanya maka tidak akan
wujudlah sebuah negara atau kerajaan. Terdapat berbagai sistem pemerintahan
negara selain Islam iaitu sistem pemerintahan Barat atau demokrasi, Sistem
pemerintahan Timur yang berasaskan kepada falsafah Mark dan Sistem
pemerintahan diktator yang terletak di bawah kuasa individu tanpa apa-apa
pengawasan ke atasnya. Namun sistem politik Islam sangat berbeza dengan semua
itu. Sistem politik Islam mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berasaskan dasar-dasar
7 Mohd Afandi Hassan, Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dabn Amalan Islam, Institut Tadbiran Awam Negara, 1992.ms 101
6
yang bijaksana dan kaedah-kaedah yang teliti bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah
dan Al-Ijmak’ serta Ijtihad.
Mana-mana agensi manusia yang dibentuk untuk menguatkuasakan suatu
sistem politik di sebuah negara Islam, tidak akan mempunyai kekuasaan atau
kedaulatan sebenar, samada dalam pengertian undang-undang atau politik. Ini
disebabkan agensi manusia sedemikian tidak mempunyai kedaulatan de jure dan
kuasa mereka terhad dan dibatasi oleh undang-undang tertinggi, iaitu al-Quran dan
sunnah yang tidak boleh diubah atau dihalang daripada dikuatkuasakan.8
Al-Quran
Sumber utama dalam pemerintahan Islam ialah Kitab Allah s.w.t iaitu al-Quran al-
Karim. Namun begitu al-Quran hanyalah menyatakan dasar-dasar tetap dan kaedah-
kaedah umum tentang urusan-urusan negara.
Firman Allah s.w.t
8 Abdul Monir Yaacob, Suzalie Mohamad, Konsep dan peranan Ulil amri di Malaysia,Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2004.ms105
7
Maksudnya:
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan
berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah
diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum
Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab
setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu
adalah orang-orang yang fasik.”
( Surah al-Ma’idah: 49)9
Firman-Nya juga:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran)
dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa
yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi
pembela bagi orang-orang yang khianat.”
( Surah al-Nisa’:105)
Al-Quran tidak membincangkan secara terperinci semua cabang
pemerintahan. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah sesebuah negara untuk
9 http://quran.com/5
8
menyusun dan menentukan segala dasar-dasar dan kaedah-kaedah terperinci
mengenai pemerintahan negaranya mengikut kesesuaian semasa. Ini adalah untuk
memberi peluang setiap umat menyesuaikan perincian dasar dan kaedah
pemerintahan mengikut keadaan dan keperluan serta masalah masyarakat dan
negara masing-masing berlandaskan dasar-dasar tetap dan kaedah-kaedah umum
yang ditentukan oleh al-Quran. Kerajaan yang adil yang ditetapkan melalui dasar-
dasar al-Quran, tidak akan membezakan antara rakyatnya.
Firman Allah s.w.t yang menegaskan tentang keadilan antara lain ialah:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
(Surah al-Nisa’:58)
9
Hukum dalam Islam adalah hak Allah s.w.t sahaja yang tiada kompromi.
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan)
bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. Tidak ada
padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang
menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi
keputusan".
( Surah al An’am:57 )
Dalam membuat undang-undang dan mengatur perundangan, pemimpin juga
wajib berpandu kepada al-Quran. Perkara atau apa sahaja yang halal ialah apa yang
dihalalkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya. Sementara apa yang haram ialah apa
yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya. Tidak ada sesiapapun boleh
menukar atau memindanya dengan sebarang peraturan yang tidak diizinkan oleh
Allah s.w.t..
10
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana
bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?
Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk
menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab
dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-
orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
( Surah al-Syura:21 )
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah turunkan kepadamu Kitab dengan membawa kebenaran, supaya
kamu dapat menghukum antara manusia dengan apa yang Allah wahyukan kepadamu.”
( Surah al-Nisa’:105 )
11
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan
berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah
diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum
Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab
setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu
adalah orang-orang yang fasik.”
( Surah al-Ma’idah: 49 )
Dalam undang-undang jenayah, al-Quran tidak menentukan hukuman yang
tertentu kecuali kepada lima jenis orang yang melakukan kesalahan, iaitu orang yang
memerangi Allah dan rasulNya serta melakukan kerosakan di atas muka bumi ini,
orang yang membunuh tanpa hak, orang yang menuduh wanita-wanita yang suci dan
baik sebagai penzina sama ada lelaki ataupun perempuan dan pencuri sama ada
lelaki ataupun perempuan. Kesalahan-kesalahan lain diserahkan kepada pemimpin
untuk menentukan hukumannya sesuai dengan persekitaran, menakutkan pesalah,
12
memberi pengajaran kepada orang lain serta sesuai dengan kesalahan yang
dilakukan.
Berkenaan dengan undang-undang muamalat pula, al-Quran menghalalkan
jual beli, gadaian dan sewaan asalkan semua pihak yang terlibat saling reda-meredai.
Al-Quran juga telah menyatakan tentang larangan muamalat yang boleh membawa
kepada pergaduhan, persengketaan dan kebencian seperti riba dan judi.
Bagaimanapun perincian tentang undang-undang muamalat ini menjadi
tanggungjawab pemerintah untuk menentukannya agar ia bersesuaian dengan
keadaan semasa.
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta
kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan
jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah
kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.”
( Surah al:Nisa’:29 )
13
Al-Sunnah ( Hadis syarif dan sirah Nabi )
Sumber kedua dalam pemerintahan Islam ialah Al-Sunnah. Di dalam al-Quran telah
dinyatakan dengan jelas di dalam beberapa ayat.
Firman Allah s.w.t.;
Maksudnya:
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga
mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara
mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang
telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”
( Surah al-Nisa’: 65 )
Firman-Nya juga:
Maksudnya:
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul
Allah, supaya kamu beroleh rahmat.”
( surah al-Nur : 56 )
14
Firman-Nya lagi:
Maksudnya:
“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah
laranganNya.”
( Surah al-Hasyr: 7 )
Firman-firmanNya di atas menegaskan betapa perlunya merujuk kepada al-Sunnah.
Apa yang dinyatakan di dalam al-Quran akan lebih jelas apabila kita mempelajari al-
Sunnah. Sunnah menyebut banyak hukum yang tidak disebut dalam al-Quran. Kita
tidak dapat memahami al-Quran melainkan kita memahami Sunnah kerana Sunnah
yang suci adalah perincian bagi peraturan asas yang dinyatakan di dalam al-Quran.
Kita perlu mengambil pengajaran daripada sirah Nabi kerana ia penuh dengan
hukum-hukum keamanan, peperangan, politik, pemerintahan dan sebagainya.
Al-Ijma’
Sumber ketiga dalam pemerintahan Islam ialah Ijmak. Ijmak ditakrifkan sebagai
persepakatan ahli-ahli mujtahid daripada kalangan umat Islam dalam sesuatu masa
mengenai sesuatu hukum syarak tentang sesuatu perkara.
15
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
“Hendaklah kamu berpegang dengan jemaah. Sesungguhnya Allah tidak akan
mengumpulkan umat Muhammad di atas kesesatan.”
Sabdanya lagi yang bermaksud:
“Segolongan daripada umatku sentiasa berada dan jelas di atas kebenaran. Mereka
tidak akan dapat dimudaratkan oleh orang yang ingin merosakkan mereka dan tidak juga
oleh orang yang menyalahi mereka sehingga hari kiamat.”
Berdasarkan hadis-hadis yang telah dinyatakan tadi maka menjadi kewajipan
kepada orang yang mempunyai kuasa perundangan dalam negara Islam untuk
membuat hukum, undang-undang dan sistem, berpandukan al-Quran, Sunnah dan
ijmak umat terutamanya apa yang disepakati oleh Khulafa’ al-Rasyidin dalam
pelbagai isu perlembagaan dan undang-undang, kerana ia menggambarkan
pelaksanaan Islam yang tepat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Irbad bin Sariah yang bermaksud:
“Hendaklah kamu berpegang dengan sunahku dan sunah Khulafa’ al-Rasyidin yang
mendapat petunjuk selepasku. Peganglah ia sekuat-kuatnya.”
16
Ijtihad
Sumber keempat dalam pemerintahan Islam ialah Ijtihad. Ijtihad didefinisikan sebagai
berusaha mengkaji dalil-dalil syarak untuk mengeluarkan hukum syarak mengenai
perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang tidak ada nas dan ijmak mengenainya.
Namun penggunaan sumber ijtihad adalah bersyarat. Antara syaratnya ialah
hendaklah menguasai apa yang berkaitan dengan hukum hakam dalam al-Quran dan
sunnah, mengetahui ilmu usul fiqh dan perkara-perkara yang diijmakkan dan ikhtilaf,
hadis sahih dan daif, mengetahui maqasid syariah (matlamat yang ingin dicapai
dalam melakukan sesuatu)10, menguasai bahasa Arab dan cara-cara qias yang
banyak, antaranya qias, istishab (Mengukuhkan/menetapkan apa yang pernah
ditetapkan dan meniadakan apa yang sebelumnya tiada)11, masalih mursalah dan
sebagainya.
Mashalih Mursalah - kemaslahatan-kemaslahatan yang terlepas dari dalil (tidak ada
dalil mengakui dan menolaknya) : adalah kemasalahatan-kemaslahatan yang tidak disebut
oleh nas syarak secara khusus ataupun disebut terhadap yang sejenisnya, tetapi nash-nash
syarak secara umum menujukkan adanya kemaslahatan, kerana syarak datang untuk
mendatangkan kemaslahatan dan menyingkirkan kerosakan. Dan inilah yang dijadikan dalil
ketika tidak ditemukan dalil secara khusus menghukumi suatu permasalahan. Hanya saja
ulama yang mengambil Mashalih al-Mursalah sebagai dalil, membatasi pada maslahat yang
sesuai dengan Maqasid syar’ie[ tujuan-tujuan syara' ] sahaja12.
10 http://fikqrah.interaktif.tripod.com/Agama/maqasid.htm 11 http://kcpkiainws.wordpress.com/2009/06/05/istishab 12 http://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/2008/08/mashalih-mursalah.html
17
Ijtihad dalam siasah syar’iyyah ialah termasuk mengambil manfaat daripada
pengalaman orang bukan Islam dalam sistem dan pentadbiran, sekiranya ia memberi
keadilan kepada manusia, memperolehi kebaikan dan tidak bertentangan dengan
teks syarak. Contohnya adalah seperti penubuhan jabatan-jabatan, mengenakan
Kharaj (cukai hasil tanah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam)13 dan
mengenakan hukuman penjara oleh Sayidina Omar.
Hukum mengenai negara Islam dan perlembagaan Islam adalah Ijtihad para
ulama. Hukum kedua-duanya: Bentuk rupa dan sifat negara Islam dan perlembagaan
Islam bagi mana-mana negeri bukanlah hukum qat’i yang ada nas yang jelas dan
khusus mengenainya hukum wajib seperti solat, puasa dan haji serta lain-lain.
Perkara Ijtihad yang diputuskan oleh mana-mana ulama mengenai perkara ini boleh
diguna pakai dan tidak menyalahi hukum.14
ASAS-ASAS PEMERINTAHAN ISLAM
Pemerintahan Islam ditegakkan berasaskan dua asas utama iaitu aqidah dan syariah.
Kita akan membincangkannya secara berasingan berdasarkan dua asas tersebut.
13 http://ms.wikipedia.org/wiki/Kharaj 14 Abd. Manaf bin Hj Ahmad, Islam Hadhari Dalam Negara Islam, Yayasan Dakwah Islamiah.ms 116
18
Aqidah
Politik dan pemerintahan Islam adalah berlandaskan kepada akidah tauhid (Allah
yang satu) dan menolak syirik (menyekutukan Allah). Ini bermakna kepercayaan
kepada rukun iman adalah bermula daripada beriman kepada Allah Yang Maha Esa
sehinggalah hari akhirat. Iman bermaksud kepercayaan kepada semua yang datang
daripada Allah dan rasulNya. Iman mengikat antara roh dan jasad supaya pemimpin
dapat mengendalikan tanggungjawab kepimpinannya sebagai ibadah yang
mewajibkannya tunduk dan patuh kepada Allah dan rasul serta menggunakan
kebijaksanaan menangani perubahan dengan cara yang betul.
Aqidah Islam menegakkan tauhid (Allah yang satu) dan menolak syirik
(menyekutukan Allah) menjadi prinsip pertama kepada seluruh ajaran Islam. Akidah
Islam menjadi syarat pertama sahnya sesuatu amalan bagi diterima oleh Allah
menjadi amal salleh yang dijanjikan ganjaran pahala dan kurnia di Hari Kiamat.
Akidah Islam menjadi prinsip kepada sesebuah negara itu apabila didirikan, kerana
urusan politik juga berada di bawah senarai perintah Allah yang wajib diimani dan
diamal mengikut hukum Allah dan dihisab pada hari kiamat.15
Akidah tauhid mewajibkan ibadah dalam aspek hukum yang berkait dengan
urusan pemerintahan dan pemerintahan negara. Segala pelanggaran akidah akan
mendapat balasan dosa. Ini berbeza dengan prinsip pentadbiran selain Islam
contohnya negara sekular ala-Barat yang tidak ada perhitungan dosa atau pahala
dalam perkara politik. Bagi mereka, kesalahan seperti rasuah dan lain-lain adalah di
15 Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian Berhad, 2008. ms 22
19
dalam urusan pemerintahan yang hanya kesalahan undang-undang manusia sahaja,
melibatkan hukuman dunia dan bukannya hukum Allah serta tidak diadili semula di
akhirat kelak.
Firman Allah:
Maksudnya:
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana
bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?
Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk
menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab
dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-
orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
( Surah al-Syura:21 )
Ayat ini bermaksud, pemimpin secara individu atau kerajaan yang berkuasa
mengadakan undang-undang dan peraturan di dalam perkara dan urusan yang tidak
20
diizin oleh Allah. Dalam erti kata lain, memberi kuasa kepada mereka dengan mutlak
adalah juga amalan syirik (menyengutukan Allah) yang besar dosanya dan
membatalkan iman serta amalannya tidak sah.16
Jika kita fahami maksud ayat di atas dan kita bandingkan dengan isu semasa
yang berlaku di negara kita iaitu pengeluaran lesen penjualan arak dan perjudian
secara berleluasa oleh kerajaan yang memerintah negara ini yang kononnya sebuah
negara Islam adalah jelas bertentangan dengan sistem pemerintahan Islam.
Sesungguhnya sistem Islam ini tegak berasaskan akidah. Akidahlah yang
merupakan sumber ke arah penglihatan dunia dan kehidupan ini. Sistem politik Islam
tidak dapat menerima bila sesebuah negara itu ditegakkan berdasarkan bangsa
tertentu, warna kulit mahupun kedudukan geografi, kerana penerimaan terhadap
pengelasan yang sedemikian itu bertentangan dengan konsep global dan keluasan
serta kesyumulan risalah Islam itu sendiri. Ikatan yang dapat mengumpul kesemua
anak watan dan penduduk sesuatu negara adalah akidah tanpa memandang kepada
asal keturunan dan etnik, bangsa dan warna kulit. Hubungan melalui ikatan inilah
yang bersesuaian dengan kemuliaan manusia itu sendiri dan ikatan yang seumpama
inilah perlu diperkukuhkan berbanding dengan ikatan-ikatan lain seperti ikatan
keturunan dan kekeluargaan.
Dalam dunia moden, ada golongan menyalahgunakan kuasa yang diberi oleh
rakyat dengan nama demokrasi iaitu mereka yang menipu rakyat dan menggunakan
16 Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi, Pts Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2007.ms 23
21
wang rasuah bagi mendapat kuasa dan menunjukkan mereka berkuasa. Apabila
berkuasa, mereka menindas dengan menggunakan nama undang-undang yang
diluluskan di parlimen serta alasan kuasa yang diberi oleh rakyat. Akibatnya timbullah
perasaan tidak puas hati rakyat yang merasa tertindas dan lahirlah puak-puak atau
parti-parti politik yang digelar pembangkang.
Dalam kontek negara Malaysia, umat Islam di Malaysia percaya kepada
Rukun Iman yang enam dan melaksanakan amal ibadat yang difardukan di dalam
Rukun Islam yang lima, malah menunai dan melaksanakannya mengikut peredaran
masa dan keperluan ummah selari dengan tamadun Islam dari zaman berzaman.17
Syari’ah
Ketinggian syari’ah Islam menjadi perlembagaan dan sumber perundangan yang
berkuasa kepada pihak pemerintah. Ia juga adalah rukun penting kepada dasar dan
objektif politik Islam.
Firman Allah swt:
17 Abd. Manaf bin Haji Ahmad, Negara Islam Satu Analisa Perbandingan,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.2004.ms 34
22
Maksudnya:
“Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu
menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang
bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah
bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang
demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Yusuf : 40)
Apabila Nabi Muhammad mengistiharkan kerajaan Islam di Madinah,
dinyatakan dengan jelas di dalam Sofihah Madinah (Piagam Madinah)18 yang bertulis
dan diterima oleh masyarakat majmuk yang menetap di dalamnya. Turut serta adalah
masyarakat Yahudi dan musuh-musuh Islam yang pada awalnya bermusuh dengan
orang-orang Islam tetapi akhirnya mereka menerima kewujudan kuasa pemerintahan
Islam. Antaranya dinyatakan dalam hadis yang bermaksud:
18 http://tanbihun.com/kajian/analisis/piagam-madinah/
23
“Dan sesungguhnya apa-apa perkara yang berlaku di kalangan mereka yang terlibat
di dalam perjanjian ini, yang dibimbangi boleh merosakkannya maka hendaklah dirujukkan
kepada Allah (al-Quran) dan Nabi Muhammad saw.”
Kuasa tertinggi syariat Islam yang menjadi prinsip politik ialah yang teguh bagi
menjamin tertegaknya keadilan tanpa mengongkong akal dan pengalaman manusia
dalam perkara yang baik serta memberi maslahat. Ia tidak boleh dihanyutkan oleh
kerajaan yang zalim atau pemimpin yang jahil.
Syariat memelihara rukun penting bagi kehidupan manusia seperti agama,
nyawa, maruah, keturunan dan harta. Ini selaras dengan fitrah ciptaan Allah bagi
manusia itu dengan menyeluruh yang merangkumi aspek jasad, roh, individu,
masyarakat dan hubungan mereka dengan makhluk yang lain. Perkara yang hanya
boleh dipenuhi oleh ilmu Allah yang tidak terhingga dan tidak mampu ditanggung oleh
ilmu manusia yang terbatas.
Dalam urusan kehidupan manusia, Allah menegaskan hukum seperti halal dan
haram, hukuman deraan qisas dan hudud dalam perkara jinayah dengan kawalan
menjamin keadilan dan hak semua pihak. Dalam dunia hari ini kebenaran kuasa Allah
terbukti apabila terbongkarnya kelemahan undang-undang ciptaan manusia dengan
menolak hukum Allah. Ini termasuklah cara mengatasi masalah sosial, maksiat dan
jenayah berat sehingga keadaan semakin parah.19
19 Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi, PTS PUBLICATION SDN BHD.2007. ms 24-27.
24
Mari kita kaitkan pernyataan di atas dengan apa yang berlaku di negara kita
masa kini. Hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana tidak diluluskan oleh
kerajaan yang memerintah yang mengaku kerajaan Islam. Kerajaan teragak-agak
dalam melaksanakan hukuman terhadap penzina dan peminum arak yang jelas
haram hukumnya. Pelaku kesalahan-kesalahan ini malah diberi pembelaan dan
perlindungan. Contohnya, cadangan mewujudkan pusat perlindungan untuk anak-
anak luar nikah di negeri Melaka. Tidakkah kita terfikir bahawa perkara ini akan
menggalakkan perlakuan zina dan kelahiran anak-anak luar nikah yang akan
merosakkan nasab keturunan pada masa hadapan. Bukankah ini akan menyebabkan
gejala sosial menjadi semakin parah.
SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
Terdapat enam ciri asas atau sistem dalam pemerintahan Islam. Ciri-ciri tersebut
ialah:
i) sistem Rabbani,
ii) sistem akhlak,
iii) sistem akidah,
iv) sistem yang lengkap dan menyeluruh,
v) sistem keadilan dan persamaan dan
vi) sistem global.
25
Sistem Rabbani
“Sistem politik Islam itu ialah sistem Rabbani yang mana asas-asas, peraturan-
peraturan dan hukum-hukumnya bukanlah ciptaan manusia yang dibelenggu oleh
kelemahan dan kekurangan, selain ia dipengaruhi oleh hawa nafsu dan naluri.”20
Peraturan-peraturan dalam sistem Rabbani diatur oleh Tuhan Pencipta sekalian
manusia. Dialah yang Maha mengetahui segala apa yang memberi kebaikan atau
keburukan kepada manusia.
Hukum Allah bersifat adil sepenuhnya. Ia tidak memihak kepada mana-mana
pihak atau golongan tertentu. Hukum Allah juga tidak memberat atau membebankan.
Manusia sewajarnya tidak mengambil hukum yang lain selain daripada hukum Allah.
Para pemerintah dan rakyat yang diperintah di dalam negara Islam sewajarnya
melaksanakan syariat Allah dan beramal dengan hukum-hukumNya.
Sistem politik Islam mempunyai keistimewaan dengan bersumberkan Rabbani.
Sistem ini berusaha menghubungkan antara manusia dengan Allah s.w.t. supaya
dapat mengenali Tuhannya dengan erti kata yang sebenarnya, seterusnya bertakwa
kepadaNya dengan sebenar-benar ketakwaan serta membebaskan diri daripada
yang selain Allah s.w.t.
20 Khalid b Alia b Muhammad al-‘Anbary, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian Berhad, 2008: ms 34
26
Sistem Akhlak
Sistem politik Islam tegak di atas kemurnian akhlak serta menghormati hak-hak asasi
manusia. Sistem ini menyeru ke arah pemeliharaan dan kesetiaan terhadap
perjanjian dan piagam serta memelihara hak-hak asasi manusia dan melindunginya
daripada sebarang fitnah dan keterlaluan. Bantuan diberi kepada mereka yang
memerlukan termasuklah tawanan perang.
“Firman Allah s.w.t.
Maksudnya:
“Mereka juga memberi makan makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang
miskin dan anak yatim serta orang tawanan.”
(Surah al-Insan: ayat 8)
Sistem politik Islam merupakan sistem yang unggul dalam sejarah manusia,
yang mana ia telah menghormati pengikut-pengikut agama lain. Islam tidak
memerangi mereka kerana mereka itu manganut agama lain. Islam telah melakukan
kebaikan terhadap penganut agama lain dengan syarat mereka tidak memusuhi
Islam. Ini dijelaskan melalui firman Allah s.w.t.:
27
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
“Allah tidak melarang kamu daripada berlaku adil kepada orang yang tidak
memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung
halaman kamu: Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”
(Surah al-Mumtahanah: Ayat 8)
Islam bukan hanya menggalakkan akhlak mulia terhadap sesama manusia bahkan
juga terhadap haiwan.
Sistem Akidah
Sistem Islam tegak berasaskan akidah. Akidah Islam merupakan sumber ke arah
penglihatan dunia dan kehidupan ini. Perbincangan tentang aqidah Islam ini telah
dibincangkan sebelum ini dalam membincangkan tentang asas pemerintahan Islam.
Aqidah Islam merupakan salah satu daripada asas bagi pemerintahan Islam.
28
Sistem Yang Lengkap dan Menyeluruh
Sistem pemerintahan Islam merupakan sistem yang lengkap dan menyeluruh. Ini
dinyatakan melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah
cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu.”
(Surah al-Ma’idah: ayat 3)
Kesempurnaan ini disertai oleh kesyumulan yang bermaksud meliputi segala
segi dan aspek. Ini menunjukkan kepada kesempurnaan syariah dengan segala yang
diperlukan oleh manusia. Sesuatu peristiwa dan kejadian tidak akan terpisah
daripada syariah, tidak kira bila, di mana dan bagaimanakah ia berlaku dan terjadi.
Syariah Allah merupakan syariah yang syumul kepada individu, peraturan
kekeluargaan dan peraturan serta keperluan kemasyarakatan.
Undang-undang syariah juga syumul atau meliputi segala perkara dan aspek
yang berkaitan dengan kewajipan pihak pemerintah dalam menjalankan tugasnya
terhadap rakyat yang dipimpin dan diperintah. Ia juga mengadakan satu peraturan
yang menghubungkan antara kedua-dua belah pihak, iaitu kerajaan dan rakyat.
Selain itu ia juga meliputi peraturan hubungan antarabangsa yang perlu diikuti
samada dalam peperangan mahupun perdamaian.21
21 Ibid.ms40
29
Sistem Keadilan dan Persamaan
Keadilan dan Persamaan merupakan salah satu ciri utama yang terkandung dalam
sitem pemerintahan Islam. Allah menyuruh kita berlaku adil kepada sesiapa sahaja,
tidak kira dengan bangsa mana sekalipun, dengan etnik mana sekalipun dan tidak
kira apa warna kulit sekalipun.
Ciri Keadilan dan Persamaan dalam sitem pemerintahan Islam ini akan kita
bincangkan dengan lebih lanjut dalam perbincangan tentang prinsip-prinsip
pemerintahan Islam selepas ini nanti.
PRINSIP-PRINSIP PEMERINTAHAN ISLAM
Terdapat beberapa prinsip utama yang mendukung konsep politik Islam iaitu al-
siyadah atau al-hakimiah, keadilan, kebebasan, persamaan, syura dan kesatuan.
Masing-masing memainkan peranan penting dalam meneguhkan kedudukan politik
Islam sehingga menjadi Istimewa jika dibandingkan dengan ideologi atau sistem
politik lain.22
22 Mohd Izani Mohd Zain, Islam dan Demokrasi, Penerbit Universiti Malaya.2007.ms 12
30
Prinsip utama politik Islam ini meletakkan kekuasaan perundangan dan
kedaulatan hukum yang tertinggi hanya milik mutlak Allah. Sumber kedaulatan dan
kekuasan politik Islam hanyalah Allah yang mencipta perlembagaan untuk umat
Islam. Perlembagaan tersebut adalah abadi dan kekal hingga hari kiamat. Maka
segala polisi dan keputusan yang dibuat hendaklah selaras dengan kehendak syarak.
Menurut Abdul Hadi Awang di dalam bukunya berjudul Islam dan Demokrasi,
terdapat sepuluh prinsip dalam politik Islam. Prinsip-prinsip tersebut ialah Akidah
Islam, Syariah yang Berkuasa, Amanah, Keadilan, Mesyuarat, Keamanan dan
Keselamatan, Kebebasan, Kepimpinan yang Berwibawa, Kepatuhan dan
Kesamaan.23 Namun kali ini kita hanya akan membincangkan empat prinsip sahaja
iaitu Musyawarah, Keadilan, Kebebasan dan Persamaan.
Musyawarah/ Mesyuarat/ Syura
Musyawarah sangat penting dalam politik Islam. Keberkesanan atau kejayaan
pentadbiran politik dan kerajaan Islam adalah hasil dari musyawarah. Musyawarah
merupakan medan perbincangan untuk mendapatkan keputusan terbaik atau
kebenaran. Melalui musyawarah, akan berlakulah perbincangan dan percambahan
buah fikiran seterusnya pemerintah akan mendapatkan buah fikiran terbaik ke arah
pencapaian sesuatu rumusan. Islam mewajibkan musyawarah.
23 Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi. Pts Publication Sdn Bhd.2007.ms19-41
31
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang menyahut perintah Tuhan mereka, lalu mereka mendirikan
sembahyang dan urusan mereka dikendalikan dengan bermesyuarat di kalangan mereka dan
mereka membelanjakan dari apa yang kami rezekikan bagi mereka.”
(Surah asy-Syura, ayat 38)
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barangsiapa
memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya dari Allah.
Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.”
Ayat-ayat ini menyatakan mesyuarat bersama dengan sembahyang dan
membelanjakan harta. Ayat itu juga melarang sikap diktator atau kuku besi pemimpin
yang suka memaksa. Diwajibkan bermesyuarat bagi menunjukkan pemimpin tidak
berkuasa penuh dan konsep ini tidak mengongkong kebijaksanaan seseorang
pemimpin. Mesyuarat juga dapat mengelakkan pemimpin menggunakan
kebijaksanaan untuk menipu serta mengawalnya kerana walaubagaimana bijak
sekalipun serta tinggi ilmunya namun sebagai manusia seseorang itu tetap ada
kelemahannya.
Nabi Muhammad s.a.w. dikelilingi oleh para sahabat yang berwibawa menjadi
ahli mesyuarat dan menerima pandangan rakyat biasa yang bernas mengkritik atau
32
memberi pandangan dalam perkara urusan kehidupan yang tidak ada petikan jelas di
dalam al-Quran.
Apabila nabi Muhammad s.a.w. wafat, mesyuarat telah dijalankan bagi
mencari pengganti baginda untuk mengendalikan urusan politik negara. Kewajipan
bermesyuarat ini diteruskan di zaman Khulafa Ar Rasyidin. Mereka akan
bermesyuarat apabila timbul masalah yang tidak ada rujukan dalam al-Quran dan
hadis. Melalui mesyuarat mereka akan menemukan seseorang yang boleh
memahami dan menjelaskan tentang petikan umum dari al-Quran yang tidak jelas.
Tidak ada dalil samada dari al-Quran atau Hadis dalam menentukan anggota
atau ahli mesyuarat. Perkara yang penting dalam menentukan ahli mesyuarat itu
ialah mereka hendaklah terdiri daripada oprang Islam yang adil dan bukanlah
daripada kalangan yang sebaliknya. Mereka juga hendaklah terdiri daripada kalangan
pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan.
Islam memberikan peluang seluas-luasnya kepada orang ramai untuk
menetapkan cara masing-masing dalam menjalankan dasar yang telah ditentukan itu,
iaitu suatu cara yang boleh menjamin dan memelihara kepentingan mereka serta
bersesuaian dengan keadaan mereka di samping tidak bertentangan dengan nas-nas
syariah.
Dalam konteks sebuah negara, sumber kedaulatan dalam politik Islam tidak
terletak samada kepada pemerintahan (pemimpin) dan rakyat, tetapi hanya pada
33
Allah semata-mata. Sesiapapun pemimpin itu ia memerlukan petunjuk daripada Allah
dan tidak boleh memimpin tanpa hidayahNya. Rasulullah s.a.w misalnya, sentiasa
memerlukan petunjuk daripada Allah kerana baginda bergantung kepada wahyu-
wahyu yang diturunkan kepadanya.
Khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, Saidina Abu Bakar r.a.
mengakui sebagai seorang pemimpin, beliau tidak mempunyai kuasa mutlak,
sebaliknya kuasa itu dimiliki hanya oleh Allah Taala. Dalam ucapannya selepas
dilantik menjadi khalifah yang pertama:
“Wahai manusia, aku telah dilantik untuk menguruskan urusan kamu. Aku bukanlah
orang terbaik di antara kamu, tetapi al-Quran telah turun dan Nabi s.a.w telah meletakkan
sunah-sunahnya dan dengan demikian kita boleh mempelajarinya. Wahai manusia
sesungguhnya aku ini adalah pengikut bukan pembawa, jika aku melakukan kebaikan, maka
berilah pertolongan kepada aku, tetapi perbetulkanlah aku. Taatlah kepada aku selama aku
mentaati Allah dan RasulNya. Jika aku mengingkari Allah dan RasulNya, maka kamu tidak
berkewajipan lagi untuk mentaati aku.”24
Apabila pemimpin dilantik dari kalangan mereka yang tidak memenuhi syarat
sebagai seorang pemimpin, akibatnya berlakulah pembuatan keputusan yang tidak
selaras dengan syariah Islam. Keputusan dibuat tanpa ilmu dan hanya menggunakan
logik akal. Perkara yang sudah jelas hukumnya haram dan dinyatakan di dalam al
Quran dan hadis, masih mahu dibincangkan. Kerana kedangkalan ilmu mereka tidak
24 Mohd Izani Mohd Zain, Islam dan Demokrasi, Penerbit Universiti Malaya, 2007.ms14
34
tahu apakah perkara yang boleh dibincangkan dan apa pula perkara yang tidak boleh
dibincangkan. Perkara yang sudah jelas hukumnya termaktub di dalam Al Quran dan
hadis sewajarnya hanya perlu dibincangkan bagaimana cara pelaksaannya dan
bukan bagaimana menghukumnya.
Keadilan
Keadilan juga merupakan prinsip penting dalam konteks politik Islam. Keadilan
bermaksud tidak tersasar dari dasar yang telah ditetapkan dalam sistem politik, iaitu
menunaikan tanggungjawab dan hak kepada mereka yang berhak dan tidak
merampas hak orang lain. Kalimat keadilan disebut berulang kali di dalam al-Quran,
antaranya:
Firman Allah:
Maksudnya:
35
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
(Surah al-Nisa’:58)
Ayat ini menyuruh manusia berlaku adil tidak kira dengan bangsa mana
sekalipun, dengan etnik mana sekalipun dan tidak kira apa warna kulit sekalipun.
Keadilan bukan hanya untuk orang Islam semata-mata, tetapi turut melibatkan orang
bukan Islam. Ini sejajar dengan perlindungan yang diberikan oleh umat Islam kepada
kaum Yahudi dalam Piagam Madinah atau Declaration of Medina. Namun mereka
perlu patuh kepada undang-undang kerajaan Islam.
Kebebasan
Kebebasan dalam Islam ialah untuk menjamin hak individu dan memeliharanya
daripada pelanggaran hak asasi manusia. Kebebasan dalam politik Islam ini
termasuklah hak kebebasan dalam beragama dan mengamalkan fahaman tertentu
selagi tidak menjejaskan hak kebebasan individu lain. Islam telah mengistiharkan hak
kebebasan beragama ini dalam satu ayat dengan terang dan jelas yang bermaksud:
36
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran
(Islam) daripada kesesatan (kufur).”
(Surah Al-Baqarah: 256)
Dari dahulu hingga kini kita tidak pernah mendengar ada konspirasi untuk
memaksa golongan-golongan bukan Islam memeluk Islam, atau ada apa-apa
perancangan yang berniat untuk pembasmian ajaran-ajaran Kristian atau agama-
agama lain di dunia. Andai para Khalifah Islam dahulu telah memilih cara tersebut
nescaya akan lenyaplah agama Kristian seperti mana yang dilakukan oleh Ferdinand
dan Isabella terhadap agama Islam di Sepanyol. Kewujudan gereja-gereja di negara-
negara Islam sampai sekarang sudah cukup untuk membuktikan sikap toleransi yang
menyeluruh dan bagaimana kebebasan beragama diamalkan oleh kerajaan-kerajaan
Islam sejak dahulu lagi.
Abdul Manaf bin Haji Ahmad dalam bukunya berjudul “Islam hadhari Dalam
Negara Islam”, telah menyatakan bahawa Malaysia merupakan salah satu contoh
negara Islam. Kebebasan beragama yang dianjurkan oleh Islam itulah yang
termaktub di dalam perlembagaan kita di dalam perkara 3(1):”Agama Islam adalah
agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana bahagian persekutuan:.25
Persamaan
25 Abd. Manaf bin Haji Ahmad, Islam Hadhari Dalam Negara Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.ms 115
37
Dalam kontek politik Islam, persamaan bermaksud semua orang dalam kerajaan
mempunyai tanggungjawab serta hak-hak atau layanan yang sama tanpa
membezakan bangsa, keturunan, bahasa dan sebagainya. Dalam Islam semua
manusia sama di sisi Allah. Islam tidak membenarkan umatNya memperhambakan
diri atau melakukan penindasan sesama manusia.
Di sisi Allah S.W.T semua manusia adalah sama. Manusia hanya dibezakan
melalui ketakwaan kepada Tuhan sebagaimana firmanNya:
Maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan
yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(Surah Al-hujurut: 13)
Dalam pentadbiran kerajaan Islam, rakyat bukan Islam juga mempunyai hak
yang sama sebagaimana mereka yang beragama Islam. Selain mendapat hak yang
38
sama, mereka juga dikehendaki melaksanakan tugas dan sama-sama
bertanggungjawab dalam mempertahan dan membangunkan negara Islam.
Kedudukan orang bukan Islam tidak diabaikan. Mereka juga diberi kedudukan dalam
politik dengan mewujudkan perwakilan dari kalangan mereka. Mereka diberi
kebebasan untuk mengeluarkan pendapat, mendapat pendidikan, menerima
perkhidmatan kerajaan serta menceburkan diri dalam perniagaan dan bidang
profesional.
Merujuk kepada pentadbiran kerajaan negara kita, perkara di atas jelas telah
dilaksanakan. Semua rakyat mendapat hak-hak mereka sebagai rakyat dan
warganegara Malaysia. Semua warganegara Malaysia tidak kira bangsa, agama atau
keturunan telah mendapat hak yang sama kecuali dalam perkara unsur-unsur tradisi
dalam perlembagaan. Unsur-unsur tersebut ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan (bangsa lain bebas mempelajari dan menggunakan bahasa ibunda
masing-masing), Agama Islam sebagai agama rasmi (penganut agama lain bebas
mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tetapi dilarang menyebarkan
agama lain di kalangan penganut Islam), hak-hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak serta Kedaulatan Raja-raja Melayu.
DEMOKRASI DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM
39
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang
dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi,
undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat.
Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara
atau kerajaaan yang demokratik.26 Demokrasi adalah sebuah pemerintahan dari
rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat.27
Sistem politik Islam cukup mantap dan sesuai di sepanjang zaman.
Sistem politik Islam juga mampu menghadapi perubahan yang berlaku dari masa ke
semasa serta memenuhi keperluan yang berbeza di alam ini. Namun tanpa
pengetahuan dan kefahaman yang mantap tentang sistem politik Islam, demokrasi
telah menjadi fahaman yang dijaja ke seluruh dunia. Banyak pihak di seluruh dunia
mengaku menjadi pendukung demokrasi kerana mereka tidak menemui ideologi yang
lain. Oleh itu Islam yang datang lebih awal daripada demokrasi mempunyai
pertimbangannya sendiri bagi menyelamatkan manusia dari kancah perubahan di
sepanjang sejarah. Islam tidak menolak sistem yang baik walau di mana dan bila
sistem itu dilahir atau ditemui. Islam menentang kemungkaran di mana sahaja
kemungkaran itu berlaku samada dalam diri orang-orang Islam akibat kelalaian
orang Islam itu sendiri. Malangnya, peranan Islam disembunyikan dalam lipatan
sejarah akibat kedangkalan ilmu atau perbuatan mereka yang tidak ikhlas serta
mengejar dunia kerana nafsu.
26 http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi 27 http://id.wikipedia.org/wiki/Demokrasi
40
Antara perkara penting dalam amalan demokrasi Barat adalah pengasingan
kuasa di antara badan perundangan yang terdiri daripada Majlis Mesyuarat yang
dianggotai kementerian dan jabatan serta badan kehakiman.
Islam dan demokrasi mempunyai persamaan melalui beberapa prinsip tertentu
seperti syura, kebebasan, keadilan dan persamaan. Persamaan sebenarnya telah
mewujudkan konsep demokrasi Islam. Ini menunjukkan Islam sudah sedia
mengandungi unsur-unsur demokrasi di dalamnya namun bukan bermakna Islam itu
sama dengan demokrasi. Islam merupakan cara hidup yang sempurna daripada Allah
Taala. Demokrasi pula satu sistem sosial dan ekonomi ciptaan manusia yang
mempunyai berbagai kelemahan yang perlu diubah dari masa ke semasa. Ada
waktunya perubahan dilakukan untuk disesuaikan dengan kehendak pihak tertentu
terutama mereka yang mendapat kuasa memerintah.
Ada pihak mengatakan bahawa Islam sebenarnya merupakan agama separa
demokrasi. Nabi Muhammad s.a.w. semasa hayatnya telah tidak mencalonkan
penggantinya. Ini mungkin merupakan isyarat bahawa baginda mahu para sahabat
berbincang untuk mencalon dan melantik pemimpin melalui suara ramai atau majlis
mesyuarat sebagaimana cara demokrasi.
Politik dan pemerintahan Islam adalah bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan
Ijmak. Ijmak ditakrifkan sebagai persepakatan ahli-ahli mujtahid daripada kalangan
umat Islam dalam satu masa mengenai sesuatu hukum syarak tentang sesuatu
41
perkara. Ini adalah kerana al-Quran tidak membincangkan secara terperinci semua
cabang pemerintahan. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah sesebuah negara
untuk menyusun dan menentukan segala dasar-dasar dan kaedah-kaedah terperinci
mengenai pemerintahan negaranya mengikut kesesuaian semasa. Ia juga untuk
memberi peluang setiap umat menyesuaikan perincian dasar dan kaedah
pemerintahan mengikut keadaan dan keperluan serta masalah masyarakat dan
negara masing-masing berlandaskan dasar-dasar tetap dan kaedah-kaedah umum
yang ditentukan oleh al-Quran. Ini hampir menyamai ciri-ciri demokrasi.
Dalam memillih pemimpin yang akan menerajui pentadbiran, konsep syura
diperkenalkan. Konsep syura adalah salah satu ciri demokrasi dan ianya merupakan
ciri pertama kepada demokrasi Islam. Konsep syura yang mengutamakan mesyuarat,
perbincangan dan perbahasan boleh menentukan calon terbaik untuk dilantik sebagai
pemimpin. Rakyat juga diberi peluang untuk memberikan pandangan dan
menyatakan pendirian mereka. Rakyat juga mempunyai hak dan kebebasan untuk
menggugurkan pemimpin jika didapati kepimpinannya tidak berkesan.
Dalam konteks Malaysia, konsep syura, iaitu perbincangan dan budaya
musyawarah antara pemerintah dengan rakyat dapat dilihat menerusi sidang Dewan
Rakyat (Parlimen) dan sidang Dewan Undangan Negeri. Meskipun rakyat tidak
mempunyai hak untuk bersuara secara langsung dalam sidang tersebut, suara
mereka diwakili oleh ahli perwakilan yang dikenali sebagai “wakil rakyat”. Wakil-wakil
42
rakyat akan menyampaikan mesej rakyat yang diwakilinya dalam usaha menegakkan
keadilan dan kebenaran mereka.28
Dalam demokrasi Islam, rakyat berbagai-bagai keturunan dan pangkat
kedudukan semuanya dianggap setaraf antara satu sama lain. Semuanya diberi
kebebasan untuk bersuara, menubuhkan parti politik, menyertai pertubuhan dan
seumpamanya. Terdapat wakil daripada kalangan bukan Islam menganggotai
pentadbiran kerajaan Islam. Tidak ada konsep satu parti dalam demokrasi Islam
kerana pelbagai parti melambangkan pelbagai pemikiran dan idea. Parti merupakan
wadah bagi menyampaikan hasrat dan keinginan serta idea pelbagai pihak. Pelbagai
parti juga dapat mengelakkan dominasi pihak tertentu serta mengekang
penyalahgunaan kuasa. Pelbagai parti akan menggalakkan persaingan sihat dalam
pilihan raya.
Dalam Demokrasi Islam, pilihan raya diadakan untuk memilih pemimpin yang
terbaik. Walau bagaimanapun, pilihan raya menurut konsep demokrasi Islam
mempunyai disiplin tertentu. Perjalanan pilihan raya yang mahu dijalankan hendaklah
prihatin dan sensitif dengan hak dan tanggungjawab seperti yang digariskan dalam
undang-undang Islam. Hanya parti politik yang beridealismakan Islam dibenarkan
bertanding, manakala calon-calon yang bertanding mestilah mempunyai latar
belakang agama yang mantap. Satu cara pengukuran mesti ditentukan untuk
mengukur sejauh mana populariti seseorang calon kepada pengundi.
28 Mohd Izani Mohd Zain, Islam dan Demokrasi, Penerbit Universiti Malaysa, 2007. ms 23.
43
Manakala pengundi iaitu rakyat, perlulah diberi pendidikan yang secukupnya
agar mereka mampu membuat pilihan yang tepat untuk memilih pemimpin yang
benar-benar layak memimpin mereka. Ini akan memastikan pilihan raya yang adil,
bebas dan bersih dapat diadakan. Ini menunjukkan bahawa Islam mengamalkan
konsep kebebasan dan persamaan politik di kalangan umat Islam dalam memilih
pemimpin.
Konsep Demokrasi Islam yang seterusnya ialah Ijmak dan Ijtihad. Ijmak dan
Ijtihad telah dijelaskan terlebih dahulu dalam perbincangan tentang sumber
pemerintahan Islam. Ijmak ialah persepakatan ahli-ahli mujtahid daripada kalangan
umat Islam dalam sesuatu masa, mengenai sesuatu hukum syarak tentang sesuatu
perkara. Manakala Ijtihad pula ialah usaha mengkaji dalil-dalil syarak untuk
mengeluarkan hukum syarak tentang perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang
tidak ada nas dan ijmak mengenainya.
Ijmak dan ijtihad ini memperlihatkan persamaan antara Islam dan demokrasi
atau yang disebut oleh sesetengah pemikir Islam sebagai Islam agama separa
demokrasi kerana umat Islam bertindak sebagai pembuat keputusan. Namun begitu
Islam sebagai agama yang bersumberkan wahyu, tidak semudahnya membiarkan
umatnya bebas secara mutlak tanpa kekangan. Dalam Demokrasi Islam, kehendak
rakyat hanya akan dipenuhi selagi kehendak mereka itu tidak terkeluar dari landasan
hukum yang ditentukan Tuhan dan bukan melalui logik akal. Ini berbeza dengan
44
demokrasi moden yang menjadikan kemahuan manusia sebagai kayu ukur kepada
penciptaan undang-undang.
Kesimpulannya, Islam menerima demokrasi kerana ciri-ciri persamaan antara
sistem demokrasi dan sistem pentadbiran negara menurut Islam. Ciri-ciri persamaan
tersebut antara lain ialah keadilan, kebebasan dan persamaan. zaman moden ini
demokrasi merupakan sistem perintahan semasa dan sistem ini boleh disesuaikan
dengan tuntutan dan pemerintahan Islam. Namun ada pihak dalam Islam yang tetap
menentang demokrasi kerana percanggahan antara keduanya iaitu undang-undang
Islam adalah ciptaan Tuhan, tetap dan berkekalan hingga hari kiamat, sedangkan
undang-undang ciptaan manusia adalah sementara, tidak kekal lama dan boleh
ditukar ganti apabila tidak sesuai dengan peredaran zaman atau kehendak manusia
itu sendiri.
PEMERINTAHAN ISLAM DI MALAYSIA
Telah kita bincangkan secara panjang lebar tentang politik dan pemerintahan
negara menurut Islam. Kita sudah jelas tentang Pengertian Politik Menurut Islam,
Sumber-sumber Pemerintahan Islam, Asas-asas Pemerintahan Islam, Prinsip-prinsip
Pemerintahan Islam dan Demokrasi Dari Sudut Pandangan Islam. Negara Islam
mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan keadilan, kesamarataan, penyatuan
dan syura berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Sebenarnya Istilah ‘Negara
45
Islam’ tidak tercatat secara langsung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Perbahasan
mengenainya hanya dibuat berpandukan kepada ijtihad para ulama mujtahidin.
Perbahasan ini dibuat bertujuan menentukan kategori sesuatu negara atau tempat
yang didiami oleh umat Islam samada bertaraf ‘kampung halaman Islam atau hak
umat Islam’ atau ‘kampung halaman kafir harbi’ yang memerangi umat Islam. Namun
begitu marilah kita lihat beberapa definisi negara Islam yang dirumuskan oleh ulama
dan cerdik pandai Islam seperti berikut;
i. Muhammad bin Hasan As Syaibani:
“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam
menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.
ii. Muhammad Abu Zuhrah:
“Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam.
Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib
dipertahankan oleh setiap individu muslim”.29
Jika kita lihat dari sudut politik dan pemerintahan negara kita Malaysia,
undang-undang Islam merupakan undang-undang tempatan bagi negara ini sejak
dahulu lagi. Bagaimanapun pihak penjajah Inggeris telah mengubah kedudukan dan
29 http://www.islam.gov.my/e-rujukan/nislam2.html
46
peranan undang-undang Islam. Inggeris telah menyempitkan skop undang-undang
Islam yang ditadbir ke atas orang Islam khususnya kepada perkara-perkara
berhubung hal ehwal perkahwinan dan perceraian sahaja. Minda rakyat negara ini
telah ditanam dengan kepercayaan bahawa sistem pentadbiran kerajaan secara
demokrasi adalah terbaik biarpun sebenarnya ciri-ciri demokrasi itu sudah lama ada
dalam sistem pentadbiran Islam.
Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa politik dan pemerintahan negara ini
adalah berbentuk demokrasi Islam walaupun dalam banyak hal ianya kelihatan
bertentangan dengan Islam, contohnya kerajaan tidak menjatuhkan hukuman kepada
kesalahan mengikut apa yang jelas dinyatakan di dalam al-Quran. Ini mungkin
berikutan penegasan oleh Tunku Abdul Rahman, mantan Perdana Menteri Malaysia
yang pertama dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada awal tahun 1958 yang
berbunyi:
“Saya suka menjelaskan di sini bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam
sebagaimana difahamkan secara umumnya. Kita cuma ingin memperuntukkan Islam
hendaklah menjadi agama rasmi bagi persekutuan.”30
Namun begitu Pemerintahan Malaysia mewarisi Negara Islam kerana ketua negara ini
beragama Islam, Islam sebagai agama rasmi, pemerintahan berasaskan syura berparlimen,
kebebasan beragama dan beribadat di kalangan semua rakyat berbilang bangsa dan negara,
perlembagaan disusun bercirikan Islam dan syariat Islam damalkan di dalam banyak perkara.
30 Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-undang Islam Di Malaysia, Utusan Publication & Distributors.2004. ms81
47
PENUTUP
Pemerintahan Islam merupakan amanah Allah s.w.t. kepada umat manusia
kerana ia merupakan perkara asas untuk memakmurkan dunia. Pemerintah Islam
dianggap KHALIFAH iaitu wakil pemerintahan yang bertanggungjawab menunaikan
tuntutan Islam dalam pemerintahan. Pengagihan kuasa pemerintahan atau
pentadbiran negara Islam perlu dilakukan dengan baik dan tidak bertentangan
dengan ajaran Islam. Hanya individu Islam yang amanah dan berkemampuan untuk
menjalankan tugas berhak mendapat kuasa pemerintahan. Individu yang layak dan
berilmu pengetahuan serta mempunyai pelbagai kebolehan perlu diutamakan dalam
pemilihan anggota pentadbiran dan perwakilan. Perwakilan perlu bersifat menyeluruh
atau mewakili seluruh kawasan pelantikan. Tanggungjawabnya bermula apabila
seseorang itu diistiharkan sebagai pemimpin setelah dilantik di dalam majlis syura
atau memenangi pilihanraya.
Dalam memilih pemimpin negara Islam beberapa ciri utama individu perlu
diambil perhatian. Seorang pemimpin perlu mampu menunaikan tanggungjawab
kepimpinannya dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baik.
Pemimpin juga perlu bersedia mendampingi ulama jika dia tidak mempunyai ilmu
pengetahuan keagamaan kerana institusi ulama merupakan rujukan penting bagi
umat Islam terhadap segala permasalahan. Di samping itu pemimpin juga perlu
menguasai pelbagai bidang ilmu keduniaan kerana apabila berlaku masalah
48
keduniaan seperti kejadian kemarau, kebuluran atau wabak penyakit, pemimpin perlu
bertindak dengan cepat dan cekap. Ketidakcekapan dan kegagalan kepimpinan
menghadapi isu globalisasi akan menyebabkan pengaliran modal dengan cepat dan
boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara.
Hubungan diplomatik dengan pelbagai negara juga merupakan tuntutan dalam
Islam kerana boleh mendatangakan manfaat kepada negara Islam dari segi
pembangunan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi yang merupakan
tuntutan semasa. Kesempurnaan fizikal juga diperlukan oleh seorang bakal pemimpin
kerana ia merupakan sumber tarikan atau karisma di samping kepetahan bercakap
dalam menyampaikan mesej.
Pemerintahan negara menurut perspektif Islam hampir menyerupai
pemerintahan demokrasi kerana beberapa ciri persamaan seperti kebebasan memilih
pemerintahan yang adil untuk menerajui sesebuah negara. Di dalam pemerintahan
negara Islam, keputusan diambil bukan keputusan individu tetapi berdasarkan syura,
bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak dan Ijtihad Ulamak berasaskan Aqidah
dan Syariah Islam yang Syumul. Sistem pemerintahan Islam adalah universal dan
sesuai untuk diselaraskan dengan keperluan zaman yang mempunyai perbezaan dari
segi tuntutan atau keperluan.
BIBLIOGRAFI
1. Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian
Berhad, 2008.ms 2
2. Ibid. ms 2
49
3. Ibid. ms viii
4. http://quran.com/5
5. Minhaj al-Islam fi al-Hukm, ms. 75
6. Abdul Monir Yaacob, Suzalie Mohamad, Konsep dan peranan Ulil Amri di
Malaysia, Institut kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, ms xiv
7. Mohd Afandi Hassan, Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dabn Amalan Islam,
Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur,1992.ms 101
8. Abdul Monir Yaacob, Suzalie Mohamad, Konsep dan peranan Ulil Amri di
Malaysia,Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, 2004.ms105
9. http://quran.com/5
10.http://fikqrah.interaktif.tripod.com/Agama/maqasid.htm
11.http://kcpkiainws.wordpress.com/2009/06/05/istishab
12.http://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/2008/08/mashalih-mursalah.html
13.http://ms.wikipedia.org/wiki/Kharaj
14.Manaf bin Hj Ahmad, Islam Hadhari Dalam Negara Islam, Yayasan Dakwah
Islamiah.ms 116
15.Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian
Berhad, 2008. ms 22
16.Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi, Pts Publication & Distributors Sdn.
Bhd. 2007.ms 23
17.Abd. Manaf bin Haji Ahmad, Negara Islam Satu Analisa
Perbandingan,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.2004.ms 34
18.http://tanbihun.com/kajian/analisis/piagam-madinah/
19.Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi, Pts Publication Sdn Bhd.2007. ms
24-27.
20.Dr. Khalid b Alia b Muhammad al-‘Anbary, Sistem Politik Islam, Telaga Biru
Sendirian Berhad, 2008: ms 34
21. Ibid.ms40
22.Mohd Izani Mohd Zain, Islam dan Demokrasi, Penerbit Universiti
Malaya.2007.ms 12
50
23.Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi. Pts Publication Sdn
Bhd.2007.ms19-41
24.Mohd Izani Mohd Zain, Islam dan Demokrasi, Penerbit Universiti Malaya,
2007.ms14
25.Abd. Manaf bin Haji Ahmad, Islam Hadhari Dalam Negara Islam, Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.ms 115
26.http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi
27.http://id.wikipedia.org/wiki/Demokrasi
28.Mohd Izani Mohd Zain, Islam Dan Demokrasi, Penerbit Universiti Malaysa,
2007. ms 23.
29.http://www.islam.gov.my/e-rujukan/nislam2.html
30.Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-undang Islam Di Malaysia, Utusan
Publication & Distributors.2004.ms 81
51