bincangkan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan pilihan raya
TRANSCRIPT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAFAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SKSJ2153 KERAJAAN DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
TAJUK TUGASAN
BINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERKAITAN DENGAN PILIHAN RAYA SEPERTI YANG TERDAPAT DALAM PERLEMBANGAAN. PERBINCANGAN
JUGA BOLEH MERUJUK KEPADA PERUNTUKAN AKTA PILIHANRAYA YANG BERKAITAN.
NAMA PELAJAR: ABDUL RANI HASHIMNO PENDAFTARAN : GB00749
PROGRAM : SARJANAMUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (PENGAJIAN SAINS POLITIK)
PENDAHULUAN.
Semenjak mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 Malaysia telah melaksanakan
pentadbiran Negara berlandaskan kepada sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berpelembagaan. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang dilantik
dari kalangan Raja-Raja Melayu merupakan ketua Negara Malaysia Manakala Perdana
Menteri adalah ketua kerajaan yang dilantik dari kalangan rakyat yang dipilih menjadi
ahli Dewan Rakyat.
Berdasarkan kepada sistem pemerintahan demokrasi berparliman dan Raja
berperlembagaan. Pembentukan kerajaan dibuat berdasarkan kepada pilihan majority
rakyat melalui proses pilihanraya yang diadakan setiap lima tahun. Malaysia sebuah
Negara demokrasi berasakan kepada sistem persekutuan. Pemilihan yang dibuat dalam
pilihan raya di Malaysia adalah untuk memilih 2 peringkat kerajaan iaitu kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri.
Pilihan Raya merupakan cirri utama dalam system demokrasi berpelembangaan, maka
kedua-dua peringkat kerajaan tersebut dibentuk berdasarkan kepada pilihan rakyat
melalui pilihanraya. Pembentukan kerajaan di peringkat persekutuan dibuat oleh parti
yang memenangi mejoriti kerusi parlimen atau Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum.
Begitu juga dengan pembentukan kerajaan Negeri, pembentukannya juga dibuat oleh
parti yang memenagi mejoriti kerusi pilihan raya diperingkat Dewan Undangan Negeri.
Semenjak 52 tahun Malaysia telah melaksanakan sistem pemerintahan Demokrasi
berparliman dan Raja berperlembangaan. Ini bermakna Malaysia telah melalui sebanyak
duabelas pilihan raya umum. Sistem Demokrasi di Malaysia terus kukuh sebagai satu
sistem yang memberi keadilan dari aspek sivil dan politik kepada semua rakyat yang
terdiri dari pelbagai bangsa. Melalui sistem demokrasi yang diamalkan itu membolehkan
semua lapisan rakyat melibatkan diri dalam urusan pentadbiran Negara. Penyertaan
rakyat dalam pentadbiran Negara boleh dibuat samada sebagai calon atau sebagai pemilih
dalam pilihan raya.
Malaysia mengamalkan sistem politik pelbagai parti yang bertanding dalam pilihan raya
bagi membentuk kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri. Setakat ini Malaysia
mempunyai sebanyak 222 kerusi Dewan Rakyat iaitu diperingkat persekutuan manakala
diperingkat negeri atau Dewan Undangan Negeri terdapat sebanyak 576 kerusi yang
dipertandingkan.
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Pengendalian pilihan raya di Malaysia adalah dibawah sebuah badan yang dinamakan
Suruhanjaya Pilihan Raya. Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya ini dibuat sepertimana
yang termaktub didalam perlembangaan Malaysia. Tun Suffian (1971) Sepertimana
perlantikan Suruhanjaya Pilihan Raya dibawah Perkara 114. Keanggotaaan Suruhanjaya
Pilihan Raya yang terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan
lima orang anggota lain. Mereka dilantik oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong
setelah mendapat perkenan dari Majlis Raja-Raja. Dalam Fasal (4) berhubung dengan
hilang kelayakan seseorang anggota Suruhanjaya Pilihn Raya. Anggota Suruhanjaya
Pilihan Raya mempunyai akan terhenti dari jawatan yang disandang apabila mereka
mencapai umur enam puluh lima tahun.
Dalam tempoh perlantikan mereka boleh meletak jawatan dengan menghantar surat
kepada Yang Dipertuan Agong dan pemecatan mana-mana anggota Suruhanjaya hanya
boleh dibuat melalui prosidur yang sama seperti seorang hakim Makamah Persekutuan.
(Tun Suffian,1971)Tambahan kepada Fasal (4) fasal (4A) Menyentuh tentang kehilangan
kelayakan seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya. Seseorang anggota akan hilang
kelayakan dalam menyandang jawatan apabila didapati memegang jawatan dalam mana-
mana organisasi atau syarikat kecuali organisasi sukarela atau badan kebajikan yang tidak
mendapat apa-apa ganjaran atau faedah peribadi dari jawatan tersebut.
Manakala dibawah Fasal (3) Yang Dipertuan Agong boleh melucutkan jawatan mana-
mana anggota Suruhanjaya jika didapati :
Berada dalam keadaan bankrap.
Memegang apa-apa jawatan lain yang berbayar.
Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Dalam tempoh perkhidmatan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya mereka berkelayak
mendapat pelbagai faedah yang diluluskan oleh parlimen dan mereka juga mempunyai
kelayakan untuk mendapat cuti dari Yang Dipertuan Agong. Perlembagaan persekutuan
juga melindungi hak anggota Suruhanjaya Pilihan Raya yang mana saran dan terma
tidakboleh diubah menjadi kurang baik oleh mana-mana pihak.
KUASA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak terhad kepada urusan pengendalian proses
pilihanraya sahaja. Bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya boleh dikelaskan sebagai
besar. Tugas dan tanggung jawab Suruhanjaya Pilihan Raya meliputi peringkat
mewujudkan serta menjaga daftar pemilih, mengkaji semula persempadanan bahagian
pilihan raya dan sehingglah kepada mengendalikan proses pilihan raya.
Bantuan Kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
Lima orang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mampu untuk mengendalikan proses
pilihan raya seluruh Negara sekiranya tidak dibantu satu pasukan yang mantap.
Perlembangaan Malaysia dibawah Perkara 115 , berkaitan dengan bantuan kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya bagi melancarkan perjalanan fungsi dan tanggung jawabnya.
Tun Suffian (1971) Di bawah Perkara 115, Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mengambil
sejumlah pekerja dengan syarat dan terma yang ditentukan olehnya selepas mendapat
persetujuan Yang Dipertuan Agong.
Disamping itu Suruhanjaya Pilihan Raya juga mempunyai kuasa untuk mendapatkan
bantuan dari mana-mana pihak berkuasa awam dalam urusan pengendalian pilihan raya.
Bantuan yang dimaksudkan itu termasuk penggunaan tenaga kerja dan aset serta
kemudahan perlatan yang dimiliki oleh pihak berkuasa awam berkenaan. Bantuan
seumpama itu boleh diperolehi oleh Suruhanjaya pilihan raya baik diperingkat pusat
mahupun negeri tanpa dikenakan sebarang caj.
Bahagian Pilihan Raya
Fasal 116, berhubung dengan bahagian pilihan raya persekutuan dan Fasal 117, berkaitan
dengan bahagian pilihan raya Negeri. Dalam menjalankan fungsi dan tugasnya
Suruhanjaya Pilihan Raya juga boleh mencadangkan pensempadanan bahagian pilihan
raya sepertimana yang disebut dalam fasal (1) perkara 113. Suruhanjaya boleh
mendapatkan nasihat dua orang pegawai kerajaan persekutuan yang mempunyai
pengetahuan mengenai topografi dan taburan penduduk bagi menjalankan kajian
berkaitan persempadanan bahagian pilihan raya. Bahagian Pilihan Raya persekutuan
( Tun Sufian,1971).
(http://ms. Wikipedia.org) Dalam sistem Pilihan raya seperti mana yang diamalkan oleh
Malaysia, seseorang calon yang bertanding adalah mewakili penduduk-penduduk di
sesuatu bahagian. Bahagian pilihan raya tersebut meliputi bahagian pilihan raya Parlimen
dan bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Sehingga kini terdapat sebanyak 222
bahagian atau kerusi bagi Dewan Rakyat atau Parlimen dan sebanyak 567 kerusi atau
bahagian pilihan raya bagi kesemua Dewan Undangan Negeri.
UNDANG-UNDANG PILIHAN RAYA
Malaysia merupakan diantara Negara yang terbaik di dunia dalam perlaksanaan sistem
demokarasi. Ini kerana bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan
sistematik beberapa peraturan dan undang-undang telah digubal. Walaupun terdapat
pelbagai peraturan atau undang-undang yang digubal, Perlembangaan persekutuan
merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi dasar dalam peraturan pilihan raya.
Tun Sufifan (1971) Undang-undang selain Perlembangaan Malaysia yang berkaitan
secara langsung dengan pilihan raya ialah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957, Akta
Pilihan Raya 1954, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan-peraturan (perjalanan
Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya
2002 dan peraturan-peraturan (mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003. Seterusnya
undang-undang yang diguna pakai secara tidak langsung dalam pilihan raya adalah
bertujuan untuk memastikan agar pilihan raya tidak dicemari dengan pelbagai aktiviti
yang menyalahi undang-undang. Undang-undang yang diguna secara tidak lansung
tersebut ialah Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Polis 1962, Akta Keselamatan Dalam
Negeri 1960 dan Akta Hasutan 1970.
Undang-undang tersebut diperlukan dalam memastikan perjalanan pilihan raya itu benar-
benar bersih, telus dan adil. Disamping itu undang-undang yang digubal tersebut juga
bertujuan menjamin keselamatan dan menjaga ketemteraman awam agar terpelihara
ketika proses pilihan raya dijalankan. Sekiranya tiada undang-undang yang berkaitan
yang boleh mengawal pada sebelum, ketika, dan selepas pilihan raya, berkemungkinan
wujud keadaan yang tidak terkawal yang boleh menimbulkan suasan yang tidak tenteram
dan boleh menimbulkan mengamcam keselamatan dalam Negara. Malaysia boleh di
kategorikan antara Negara di dunia yang mempunyai peraturan dan undang-undang
pilihan raya yang lengkap.
PILIHAN RAYA MENURUT PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia adalah merupakan undang-undang tertinggi yang diguna pakai
dalam proses pengendalian pilihan raya. Perlembagaan negeri atau undang-undang tubuh
negeri menjadi dasar undang-undang pilihan raya selagi mana perlembagaan negeri itu
tidak mempunyai percangahan dengan perlembagaan persekutuan, Perlembagaan
Malaysia merupakan undang-undang yang diguna pakai secara langsung dalam
pengendalian pilihan raya.
Pengendalian Pilihan Raya
(http://ms.wikipedia.org) Perkara 113. perlembagaan Malaysia menjelaskan tentang
perjalanan pilihan raya. Sepertimana fasal (1) bagi mengendalikan urusan yang berkaitan
dengan pilihanraya maka hendaklah ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya.
Suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuh tersebut sepertimana Perkara 114, adalah
tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan. Suruhanjaya Pilihan Raya
berfungsi mengendalikan pilihan raya bagi pemilihan wakil ke Dewan Rakyat dan
Dewan-Dewan Undang Negeri. Suruhajaya tersebut juga bertangungjawab untuk
menyedia dan menyemak daftar pemilih bagi kegunaan sewaktu pilihan raya. Ini bererti
bahawa pengendalian pilihan raya serta menyediakan daftar pengundi yang telah disemak
di seluruh Negara adalah terletak dibawah bidang kuasa Suruhanjaya pilihan raya
sepenuhnya.
Suruhanjaya Pilihan raya juga berperana dalam membuat kajian semula jika diperlukan
terhadap pembahagian kawasan-kawasan pilihan raya seperti mana yang terkandung
dalam fasal (2)(i) Tertakluk kepada perenggan (ii). Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah
dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu, mengkaji semula
pembahagian persekutuan dan negeri-negeri kepada bahagian pilihan raya dan
mengesyorkan apa-apa perubahan mengenainya yang difikirkannya perlu supaya dipatuhi
peruntukan yang terkandung dalam jadual ketiga belas. Kajian semula bahagian-bahagian
pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan-Dewan Undangan hendaklah dijalankan
pada masa yang sama dengan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud
pilihan raya Dewan Rakyat. Namun begitu pembahagian semula kawasan-kawasan
pilihan raya ini tidak boleh dibuat dalam tempoh masa yang pendek sepertimana dalam
perkara (ii) Maka hendaklah ada lat tempoh tidak kurang dari lapan tahun antara tarikh
siapnya satu kajian semula, dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudiannya,
dibawah Fasal ini. Seterusnya sesuatu kajian pindaan yang dijalankan itu tidak boleh
dibuat dalam jangka masa yang begitu lama sepertimana dalam perkara (iii) Kajian
semula dibawah perenggan (i) hendaklah disiapkan dalam tempoh yang tidak melebihi
dua tahun dari tarikh bermulanya kajian semula itu.
Apabila wujud keadaan dimana pertambahan bilangan penggundi di sesuatu kawasan itu
berlaku dengan begitu pesat atau berlakunya lain-lain perkara yang memerlukan kajian
semula persempadanan semula kawasan pilihan raya maka hendaklah dirujuk fasal (3).
Jika sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya berpendapat bahawa seandainya sesuatu
keadaan yang berlaku itu dan tertakluk dibawah undang-undang yang digubal di bawah
Perkara 2 kajian semula yang juga disebut dalam fasal (2), perlu dijalankan maka
Suruhanjaya itu hendaklah berbuat sedemikian selepas lapan tahun atau lebih telah
berlalu selepas kajian semula yang terakhir dijalankan dibawah Fasal itu.
Tun Suffian (1971)Dalam Fasal (3A)(1) jika bilangan ahli yang dipilih bagi Dewan
Rakyat diubah berikutan dengan apa-apa pindaan kepada Perkara 46, atau bilangan ahli
dipilih bagi Dewan Undangan sesuatu Negeri diubah berikutan dengan suatu undang-
undang yang diperbuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, Suruhanjaya Pilihan
Raya hendaklah tertakluk kepada Fasal (3B), menjalankan kajian semula pembahagian
kawasan yang tersentuh dengan pengubahan itu kepada bahagian pilihanraya persekutuan
atau Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan. Kajian semula yang dijalan itu
hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi dari dua tahun dari hari pertama tarikh
kuat kuasa undang-undang yang berkaitan. Merujuk perenggan (ii) Kajian semula di
bawah perenggan (i) tidaklah menyentuh lat tempoh yang diperuntukkan di bawah
perenggan (ii) Fasal (2) berkenaan dengan kajian semula di bawah perenggan (1) fasal
itu.Perenggan (iii) pula menjelaskan peruntukan Jadual Ketiga Belas hendaklah terpakai
bagi kajian semula di bawah Fasal ini, tetapi tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang
difikirkan perlu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Tun Suffian (1971) Fasal (3B) pula menyatakan jika sekiranya berlaku pindaan kepada
perkara 46 atau sekiranya suatu undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan
sesuatu Negeri sebagaimana yang disebut dalam perenggan (i) fasal (3A) mula berkuat
kuasa selepas lapan tahun selepas dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir di
bawah fasal (2) dan Suruhanjaya Pilihan Raya berpendapat bahawa sekali lagi perlu
dijalankan suatu kajian semula di bawah fasal (2) maka dengan itu berdasarkan kepada
perlembagaan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh menjalankan kajian sepertimana
yang diperuntukan dibawah perenggan (i)fasal (3A) tetapi kajian semula tersebut boleh
dijalankan semula sepertimana dibawah fasal (2). Dalam mengendalikan kajian semula
perlu mengambil kira mana-mana kawasan yang tersentuh berikutan dengan pindaan atau
undang-undang yang disebut dalam perenggan (i) fasal (3A).
Berdasarkan kepada perlembagaan persekutuan sepertimana yang terkandung dalam fasal
(4) Undang-undang persekutuan atau negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya
Pilihan Raya untuk menjalankan pilihan raya kecil selain pilihan raya umum yang disebut
dalam fasal (1).
Sebagai sebuah badan yang bebas Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa yang sah
dalam membuat peraturan atau kaedah-kaedah terutamanya untuk menjaga kewibawaa,
peranan dan fungsi Suruhanjaya. Peraturan atau kaedah-kaedah yang dikuat kuasakan
tersebut adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan.
Mencabar Keputusan Pemilihan
Sepertimana yang terkandung dabawah perkara 118, keputusan dalam sesuatu pilihan
raya samada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh dicabar. Mencabar
keputusan pimilihan tersebut hendaklah dibuat melalui petisyen pilihan raya yang
dikemukakan kepada Makamah Tinggi yang memounyai bidang kuasa di tempat pilihan
raya itu diadakan didalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan
dalam warta. Manakala perkara 118A, ialah cara mempersoalkan petisyen pilihan raya
mengenai tidak adanya pemilihan. Petisyen pilihan raya dan Makamah Tinggi boleh
membuat sebarang perintah yang difikirkannya patut menganainya untuk memaksa suatu
pemilihan dibuat. Kegagalan membuat pemilihan dalam tempoh yang dinyatakan oleh
perkara 54 atau 55 oleh peruntukan yang sama dalam perlembagaan mana-mana negeri.
Kelayakan Sebagai Pemilih
Dalam perkara 119, dinyatakan tentang kelayakan seseorang untuk mengundi dalam
pilihan raya. Perkara utama untuk melayakkan seseorang itu sebagai pemilih ialah ia
mestilah seorang wargan Negara Malaysia dan terlebih dahulu telah mendaftar sebagai
pemilih yang sah dengan Suruhanjaya Pilihan Raya apabila telah mencapai umur dua
puluh satu tahun.
Seterusnya dalam keadaan bagaimana seseorang pemilih itu hilang kelayakan dan tidak
boleh menjadi pemilih dalam sesuatu pilihan raya. Keadaan dimana seseorang pemilih itu
hilang kelayakannya apabila:
1. Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani
hukuman penjara.
2. Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara
melebihi 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
3. Telah memperolehi kerakyatan asing.
PROSES PILIHAN RAYA
Di Malaysia Pilihan Raya Umum diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran
parlimen. Pembubaran Parlimen juga akan diikuti oleh Pembubaran Dewan Undangan
Negeri kecuali Dewan Undangan Negeri Sarawak. Manakala Pilihan Raya Kecil “By
Election“ sama ada diperingkat Parlimen mahupun di peringkat Dewan Undangan Negeri
juga diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi yang dilaporkan
kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Kekosongan kerusi ini berlaku sama ada oleh
kematian, perletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan
Negeri itu hilang kelayakan sepertimana dibawah perkara 48 Perlembangaan Malaysia.
Berdasarkan kepada perlembagaan Malaysia pilihan raya ditetapkan setiap lima tahun
sekali. Namun begitu pada praktisnya pilihan raya diadakan lebih awal iaitu diantara tiga
ke empat tahun sekali. Ini bermakna kerajaan yang memerintah tidak menunggu sehingga
genap tepoh lima tahun yang ditetapkan itu.
Sesuatu pilihan raya yang diadakn itu melalui pelbagai peringkat proses sepertimana
yang terdapat dalam perlembagaan Malaysia dan juga peraturan yang terkandung didalam
undang-undang pilihan raya. Pilihanraya Umum atau pilihan raya kecil bermula dengan
pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada pegawai pengurus.
Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan bagi menetapkan tarikh penamaan calon
dan tarikh mengundi.
Hari Penamaan Calon
Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa mutlak untuk menetapkan tarikh penamaan
calon dalam sesuatu pilihan raya. Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya calon-calon yang akan bertanding untuk
megemukakan kertas-kertas penamaan bagi menentukan sama ada calon-calon tersebut
layak untuk bertanding atau tidak. Kertas-kertas penamaan calon tersebut mestilah
dikemukakan kepada pegawai pengurus pada jam 9.00 sehingga jam 10.00 pagi sahaja.
Kertas penamaan calon tersebut boleh dikemukakan oleh calon, pencadang, atau
penyokong atau salah seorang dari mereka.
Setelah diterima oleh pegawai pengurus kertas penamaan calon tersebut akan disemak
bagi memastikan butiran yang diperlukan dalam kertas pencalonan tersebut diisi dengan
tepat. Sekiranya terdapat kesilapan mengisi atau butiran yang diperlukan tidak lengkap
maka kertas pencalonan tersebut akan ditolak oleh pegawai pengurus pilihan raya.
Setelah disemak dan diterima dalam proses penamaan calon, kertas penamaan tersebut
akan dipamerkan kepada umum dari jam 10.00 sehingga jam 11.00 pagi. Tujuan kertas
penamaan calon tersebut dipamerkan ialah untuk memberi ruang dan peluang agar orang
ramai membuat semakan dan membuat bantahan sekiranya ada.
Tun Suffian (1971) Kelayakan seseorang calon untuk bertanding sepertimana yang
terdapat peraturan-peraturan pilihan raya (Perjalanan Pilihan Raya ) 1981 dan perkara 48
Perlembagaan Malaysia. Perkara 48 Perlembangaan Malaysia memperuntukan bahawa
syarat kelayakan seseorang calon untuk bertanding dalam pilihan raya parlimen dan
perenggan kelima jadual kelapan perlembagaan Malaysia menyatakan kelayakan
seseorang Dewan Undangan Negeri . Seseorang calon layak bertanding dalam mana-
mana pilihn raya jika memenuhi syarat berikut:
1. Menjadi Warganegara yang sah
2. Mempunyai otak dan fikiran yang waras atau Tidak Gila.
3. Bukan seorang yang bankrap dan yang belum dilepaskan.
4. Tidak dijatuhi hukuman oleh mana-mana makamah di Malaysia dengan hukuman
penjara tidak kurang setahun dan denda tidak kurang dari dua ribu atau yang
belum mendapat pengampunan.
5. Tidak memegang sesuatu jawatan yang berkepentingan atau yang mendapat
bayaran.
Selepas tempoh penamaan calon dan tempoh bantahan pada hari penaman calon
sekiranya terdapat keadaan dimana hanya seoranag calon sahaja yang layak bertanding.
Maka Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mengistiharkan bahawa calon yang diterima
pencalonannya itu sebagai menang tanpa bertanding. Sekiranya terdapat lebih dari
seorang calon yang bertanding pihak Suruhanjaya Pilihan Raya akan membuat
pengistiharan nama calon dan perti yang bertanding.
(Akta Pilihan Raya 1958)Calon-calon yang bertanding dimestikan meletakkan wang
pertaruhan sebanyak RM 10,000.00 bagi kerusi Parlimen dan RM 5,000.00 bagi kerusi
Dewan. Wang pertaruhan tersebut perlu diserahkan kepada pegawai pengurus berserta
dengan kertas pencalonan pada hari penamaan calon diadakan. Calon yang bertanding
akan kehilangan wang pertaruhan tersebut sekiranya gagal memperolehi 1/8 dari jumlah
undi yang diperolehi oleh semua calon yang bertanding.
Dalam pilihan raya Parlimen atau pilihan raya Dewan undangan Negeri seseorang calon
yang bertanding mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan lambang parti
tersebut dengan mendapat kebenaran bertulis dari ketua parti tersebut. Manakala calon
yang bertanding tidak mewakili mana-mana parti atau sebagai calon bebas calon tersebut
perlu memilih mana-mana symbol atau lambing yang disediakan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya. Penggunaan symbol atau lambing ini penting kerana ia akan dicetak di atas
kertas-kertas undi.
Kempen Pilihan Raya
Selepas proses penamaan calon selesai dilalui dan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya sebagai calon yang bertanding maka kempen boleh dijalankan. Suruhanjaya Pilihan
Raya mempunyai peraturan-peraturan khas untuk parti politik atau calon pilihan raya itu
untuk berkempen seperti Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan ) 2002. Tempoh kempen
yang biasa ditetapkan oleh Sruhanjaya Pilihan Raya adalah diantara seminggu ke dua
minggu. Berkempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan
ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.
Bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya Pilihan Raya
mempunyai kuasa dibawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27 A Akta
kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk
satu atau lebih pasukan penguat kuasa di setiap bahagian pilihan raya jika perlu. Pasukan
penguat kuasa ini dianggotai oleh pegawai penguat kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya. Penguat Kuasa ini terdiri daripada seorang wakil Ibu Pejabat Polis Daerah,
seorang wakil dari pihak berkuasa tempatan dan seorang wakil dari tiap-tiap parti atau
calon yang bertanding.
(http://ms.wikipedia.org) Pasukan penguat kuasa ini bertanggungjawab kepada Pegawai
Pengurus. Tugas pasukan ini untuk membuat pantauan keatas bahan-bahan kempen,
ceramaah-ceramah pilihn raya dan perhimpunan umum. Pantauan yang dibuat oleh
pasukan penguat kuasa ini bagi memastikan peruntukan dibawaah undang-undang pilihan
raya tidak dilanggari. Suruhanjaya Pilihan Raya juga menubuhkan jawatankuasa-
jawatankuasa di peringkat Pusat, Negeri atau bahagian-bahagian pilihan raya bagi
memberi penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen serta petugas-
petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya.
(Akta Polis 1967) Setiap calon atau parti politik yang bertanding diwajibikan mematuhi
undang-undang ketika mereka berkempen. Bilamana sesuatu parti politik yang bertanding
itu ingin mengadakan perhimpunan di tempat awam bagi tujuan berkempen mereka perlu
mendapatkan permit polis sepertimana dibwah seksyen 27 akta polis 1967. Seksyen 27
akta polis 1967 jelas meminta supaya sebarang perhimpunan yang hendak dibuat
hendaklah mendapat permit polis. Sewaktu berkempen calon-calon atau parti-parti politik
juga tertakluk dibawah akta keselamatan dalam negeri dan juga akta hasutan. Dalam
keghairahan calon-calon berkempen mereka sama sekali tidak boleh menggunakan isu-
isu yang boleh mendorong rakyat memberontak dan seterusnya menimbulkan keadaan
huru-hara sehingga menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
Hari Mengundi
Hari mengundi adalah dimana semua pemilih membuat pilihan mereka melalui proses
membuang undi. Secara rasminya hari mengundi bermula selepas jam 12.00 tengah
malam hari terakhir berkempen dan berakhir dengan pengumuman pilihan raya. Namun
begitu waktu membuang undi adalah ditetapkan dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00
petang. Tempoh masa mengundi ini adalah sama sepertimana yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya bagi seluruh Negara.
Bagi kawasan pendalaman unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran
proses membuang undi. Salain dari itu waktu membuang undi mungkin berbeza antara
daerah seperti di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak. Ini kerana kesukaran untuk
sampai kekawasan pengundi yang kedudukanya begitu jauh dan jalan perhubungan hanya
melalui sungai sahaja.
Tempat-tempat membuang undi selalunya dibuat disekolah-sekolah, balai raya atau
dewan orang ramai. Sebagaimana yang terkandung dalam Akta 19 Akta Kesalahan
Pilihan Raya dibahagian V dibawah seksyen 14 Penggunaan sekolah dan bangunan dan
premis awam sebagai tempat mengundi. Bedasarkan kepada akta tersebut Suruhanjaya
Pilihan Raya boleh menggunakan secara percuma sebagai tempat mengundi mana-mana
sekolah atau mana-mana bangunan atau premis awam yang lain atau mana-mana
bahaginnya.
Di kawasan tempat mengundi juga dibuat pengasingan seperti tempat menyemak daftar
pengundi dengan tempat memangkah undi dan seterusnya tempat kotak atau peti undi
diletakkan. Setiap peringkat proses mengundi ini diasingkan bagi mengelak berlakunya
kesesakan terutamanya pada waktu puncak. Di samping itu pengasingan ini bertujuan
untuk memudahkan kawalan dijalankan.
Di tempat membuang undi ini akan dipasangkan dengan pelbagai poster bagi
memudahkan para pengundi. Poster-poster yang dipasang tersebut juga mengandungi
peraturan dan arahan untuk pengundi ikuti atau patuhi. Poster-poster tersebut berbentuk
arahan seperti jangan bising, sila beratur dan sebagainya. Berdasarkan kepada undang-
undang tidak membenarkan sebarang sepanduk atau poster parti dipasang dalam kawasan
pesekitaran tempat membuang undi. Undang-undang tersebut juga menegah mana-mana
orang atau ejen calon atau calon membawa atau memakai lambang parti masing-masing
ke dalam kawasan tempat membuang undi melebihi saiz yang dibenarkan.
Berdasarkan kepada akta 19 Akta kesalahan Pilihan Raya 1958 dibawah bahagian V
perjalanan pilihan raya merujuk seksyen 13 perenggan (2) Tiap-tiap orang yang
mengundi dalam sesuatu pilihan raya hendaklah membuang undinya dengan
menggunakan sekeping kertas undi yang ditandakan olehnya bagi menunujukkan
undinya, dan dimasukkan olehnya ke dalam suatu peti undi terjamin selamat, yang
diperuntukkan bagi maksud itu, mengikut apa-apa cara yang menjadi undi itu
rahsia.Dengan syarat bahawa mana-mana orang yang mengundi itu buta atau tidak dapat
membaca, maka dia boleh memberikan undinya mengikut apa-apa cara sebagaimana
yang ditetapkan.
PENGIRAAN UNDI
Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu
pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya
dikira oleh Pegawai pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan. Semasa proses
pengiraan undi dijalankan hanya orang-oarang yang dibenarkan sahaja yang boleh
memasuki tempat mengira undi. Mereka yang dibenarkan ialah
Ahli-hli dan pegawai Suruhan jaya Pilihan Raya
Pegawaai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
Calon, wakil dan ejen mengira undi
Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut
proses sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan dan bagi
memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus. Selepas selesai proses
pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi, keputusan-
keputusan pengundian dikemukakan kepada pegawai Pengurus di pusat penjumlahan
undi. Pegawai Pengurus akan menjumlahkan semua undi termasuklah undi pos untuk
menentukan pemenang. Proses tersebut dibuat sebagaimana yang terkandung didalam
Akta 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya bahagian V dibawah seksyen 13 perenggan (1)
Tertaluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta5) calon bagi sesuatu bahagian
pilihan raya yang mendapat bilangan undi sah yang terbesar daripada pemilih bahagian
pilihan raya itu hendaklah disifatkan sebagai ahli yang dipilih bagi bahagian pilihan raya
itu. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengistiharkan calon
yang mendapat undi majority sebagai pemenag atau calon yang terpilih bagi bahagian
pilihan raya berkenaan (http://ms.wikipedia.org).
SELEPAS PILIHANRAYA
Selepas proses pilihan raya selesai dijalankan semua calon-calon yang bertanding adalah
bertanggungjawab untuk menurunkan semua poster yang ditampal. Mereka diberi masa
untuk menjalankan kerja-kerja penurunan poster tersebut dalam masa dua minggu selepas
tarikh pilihan raya dijalankan. Sekiranya poster-poster tersebut gagal diturnkan pikah
berkuasa tempatan akan bertindak menurunkan poster tersebut dan akan mengemukakan
tuntutan bayaran kepada parti atau calon kos kerja-kerja menurunkan poster tersebut ini
sebagaimana yang terkandung dalam peruntukan undang-undang majlis dan kerajaan
tempatan.
Setiap calon yang bertanding adalah berkewajipan untuk mengemukakan penyata
perbelanjaan yang dibuat dalam pilihan raya yang telah dijalankan. Seseorang calon
pilihan raya dewan rakyat atau parlimen yang bertanding adalah layak untuk berbelanja
dalam kempen pilihan raya adalah sebanyak RM 200,000.00. Manakala seseorang calon
yang bertanding bagi pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri berkelayakan untuk
berbalanja wang dalam pilihanraya tersebut adalah sebanyak RM 100,000.00. Laporan
perbelanjaan wang bagi pilihan raya hendaklah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya
Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam
warta. Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh
yang ditetapkan merupakan satu keslahan dibawah akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Penyimpanan kertas-kertas undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan salah satu
tanggung jawab penting. Kertas undid an termasuk dokumen lain yang berkaitan pilihan
raya tersebut mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan
disaksikan oleh ejen-ejen calon. Peti-peti khas tersebut disimpan dibawaaah pengawasan
Pegawai Pengurus selama 6 bulan. Manakala Pengarah Pilihan raya Negeri akan
menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga ‘counter foils’. Ini adalah bagi
menjamin kerahsian undi. Peti-peti itu hanya boleh boleh dibuka atas arahan Hakim
Mahkamah Tinggi sekiranya ada petisyen. Selepas tempoh 6 bulan Pegawai Pengurus
Pilihan Raya selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pilihan Raya boleh melupuskan
kertas-kertas undi bersama-sama dengan dokumen-dokumen berkenaan. Pegawai
Pengurus seterusnya perlu mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya
Negeri.
PENUTUP
Proses pilihan raya di Malaysia adalah yang terbaik berdasarkan kepada peruntukan
undang-undang yang berkiatan. Undang-undang dan peraturan yang digunakan tersebut
adalah bertujuan untuk memastikan bahawa proses pilihan raya yang dijalankan adalah
bebas, adil dan telus. Proses Pilihan Raya yang bersih, bebas, adil dan telus ini penting
sebagai asa kepada kesetabilan sistem demokrasi yang menjadi tunjang kepada system
pemerintahan Negara Malaysia.
Melalui proses pilihan raya juga dapat memberikan gambaran yang jelas bahawa kerajaan
yang dibentuk itu merupakan satu kerajaan yang dipilih oleh mejoriti rakyat. Oleh itu
kerajaan yang dibentuk tersebut akan menjadi setu kerajaan yang kuat. Selain dari itu
kekuatan kerajaan yang dibentuk akan membolehkan ia berfungsi dengan baik. Kerajaan
yang kuat dan stabil boleh memberi tumpuan kepada usaha-usaha merialisasikan atau
mekotakan janji mereka sewaktu kempen pilihan raya dijalankan.
Kerajaan pilihan rakyat akan dapat menjamin penerusan agenda pembanguanan Negara
yang akhirnya akan memberi keselesaan dan faedah kepada rakyat. Melalui proses
pilihan raya juga menjadi medium dimana rakyat menilai peretasi perkhidmatan sesebuah
kerajaan itu. Rakyat mempunyai kuasa untuk menolak kerajaan yang koraup dan lemah
dengan memilih kerajaan yang baru yang boleh memenuhi aspirasi rakyat. Oleh itu
tujuan pilihan raya ialah agar rakyat menggunakan hak mereka untuk memilih keraajaan
yang mereka percaya boleh memerintah dengan baik.
Rujukan
1. Perlembagaan Malaysia. Tun Suffian (1971)
2. Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (Akta 19)
3. Akta Polis 1967
4. Akta hasutan.