pemerintahan beraja

35
INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PEMERINTAHAN MELAYU TRADISIONAL

Upload: farahhaniey

Post on 15-Jan-2016

278 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PEMERINTAHAN BERAJA

TRANSCRIPT

Slide 1

INSTITUSI RAJA DAN PERANANNYA TERHADAP PEMERINTAHAN MELAYU TRADISIONALAlam Melayu sejak dahulu lagi mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Masyarakat Melayu menganggap raja sebagai punca atau kuasa yang menjamin kedamaian, Kemakmuran dan kegemilangan masyarakat. Buktinya, Sejarah Melayu menekankan bahawa negara hanya wujud selagi wujudnya seorang raja yang berwibawa.

Biasanya raja ialah gelaran kepada seseorang yang berkuasa untuk memerintah sesebuah negeri atau negara secara individu (rules alone). Raja berasal dari perkataan Sanskrit iaitu rajah.

Dalam bahasa Melayu perkataan raja mempunyai berbagai-bagai makna, di antaranya ia memberi pengertian sultan yang memerintah dan mengetuai sesebuah negeri khususnya di Semenanjung Malaysia.Gelaran raja juga diberikan kepada bakal raja seperti istilah raja muda. Permaisuri raja pula diberi berbagai-bagai gelaran seperti raja perempuan atau raja permaisuri. Konsep raja yang berbentuk raja mutlak atau raja berdaulat yang diamalkan secara meluas pada zaman dahulu kala adalah suatu sistem yang berasaskan nilai-nilai tradisi. Di kebanyakan negeri sistem tersebut sudah tidak diamalkan lagi dan ianya telah bertukar kepada sistem raja berpelembagaan. Fungsi utama mereka adalah sebagai simbul kebangsaan, kesatuan dan kebersamaan. Institusi raja adalah sangat penting bagi penduduk di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Kewujudan raja dikaitkan dengan wujudnya sesebuah kerajaan dan negeri. Dari segi asal usul istilahnya pun sudah menyakinkan kita. Istilah kerajaan diambil dari perkataan raja. Perkataan state atau Government dalam bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai kerajaan dan tentu sekali ada kaitannya dengan raja. Ini membayangkan pada pemikiran orang Melayu kerajaan dan raja sangat rapat hubungannya. Ia juga membayangkan bahawa orang-orang Melayu sejak dahulu lagi ada raja dan mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Mereka menganggap raja sebagai punca atau kuasa yang menjamin kedamaian, kemakmuran dan kegemilangan masyarakat. Buktinya, Sejarah Melayu menekankan bahawa negara hanya wujud selagi wujudnya seorang raja yang berwibawa.Kesultanan Melaka Sistem beraja dan konsep kesultanan yang diamalkan di Alam Melayu adahubungkaitnya dengan sistem kesultanan Melaka pada zaman lampau. Terbentuknya institusi raja yang menerajui kesultanan Melaka di peringkat awal adalah dipelopori oleh parameswara.Beliau adalah seorang pengeran berketurunan raja besar iaitu keturunan raja-raja Sriwijaya (Sailendra). Beliau dianggap sebagai seorang raja yang sangat cerdik dan berpandangan jauh. Beliau telah membuka negeri Melaka dan menjadi raja Melaka yang pertama. Mengikut sesetengah pendapat, ketika Parameswara mula sampai ke Melaka, di sana sudah ramai penganut Islam. Raja di alam Melayu sebelum abad ke 15M, adalah berasaskan konsep kosmologis.Raja merupakan simbol kosmos manakala rakyat berada di bawah penguasaannya.Lahir konsep dewaraja. Raja adalah jelmaan dewa Shiva,Vishnu,dan Buddha.Raja mempunyai kuasa suci dan berdaulat. Pemujaan dewa berkembang secara meluas di Alam Melayu pada zaman Hindu Buddha. Cth: Raja Air Langga dan Ken Arok dianggap sebagai penjelmaan dewa Vishnu.Di Srivijaya pula, raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Amoghapasha Avalokitesvara. Amalan pemujaan raja berkembang di Srivijaya dari abad ke 7hingga abad ke 14 M.Rakyat dikehendaki mencurahkan taat setia yang tidak berbelahbagi .Rakyat yang menentang raja akan menerima hukuman sepertiditimpa tulah.Raja merupakan autoriti tertinggi dalam pemerintahan negara. Raja memerintah dengan kuasa mutlak.Kekuasaan baginda dikukuhkan dengan cara mengaitkannya dengan asal-usul keturunannya dengan tokoh-tokoh terkenal seperti Iskandar Zulkarnain. Raja melebihi undang-undang dan hukuman ditangannya. Raja boleh mengampun kesalahan walaupun yang melakukan kesalahan adalah dirinya sendiri. Raja kekal daripada sebarang hukumanRaja bertindak sebagai panglima tentera,ketua hakim,ketua agama dan sebagainya. Dalam bidang ketenteraan, raja bertindak sebagai perancang, dan mengetuai pasukan tentera. Dalam hal-hal keagamaan, raja bertanggungjawab dalam pengurusan rumah ibadat, melantik ketua agama, serta upacara keagamaan. Raja berkuasa penuh dalam bidang kewangan, dan ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian, perniagaan dan semua perkhidmatan. Raja dianggap tuan punya tanah.

Dalam pentadbiran beraja di Alam Melayu sebelum abad ke 15M, raja merupakan ketua tertinggi dengan dibantu oleh golongan bangsawan. Raja dibantu oleh golongan kerabat diraja yang dilantik seperti bendahara, laksamana, temenggung, syahbandar dan lain-lain di Melaka. Di Srivijaya pula, terdapat jemaah menteri yang menasihati raja dalam perkara yang berkaitan dengan masalah rakyat jelata.Raja dianggap mempyai daulat dan kesaktian. Pada zaman Srivijaya, konsep daulat berkembang apabila raja dikaitkan dengan pelbagai mitos tentang asal-usul, jurai keturunan, salasilah serta kelebihan fizikal dan kerohaniannya. Dari segi keturunan, raja-raja dikaitkan dengan dewa-dewa yang dianggap suci. Daulat juga dihubungkan dengan tuah yang dimiliki oleh raja. Apabila keadaan dalam Negara aman dan makmur, maka raja dianggap berdaulat. Rakyat dikehendaki menumpahkan taat setia yang tidak berbelahbagi terhadapnya. Sesiapa yang menentang raja dianggap menderhaka. Penderhaka akan ditimpa tulah dan sumpahan.Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesarr tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan pembesar.Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.Contohnya di Perak, sehingga tahun 1874, jawatan Bendahara dipegang oleh keluarga diraja. Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama, Kuala Kangsar.Dalam hal ini, Sultan yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir sempadannya. Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris. Ini menunjukkan pembesar hanya menjalankan peranannya di bawah kuasa raja. Apabila raja berkuasa melantik pembesar, baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana pembesar.Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar.Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan pada pembesar.Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luarPada tahun 1830 an-1870an di Negeri-negeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang. Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut.Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya.Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan,membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.