big fasa 5 benchmarking

5
REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 5 LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Pada 10 November 2014, para guru pelatih dari kumpulan PPG ambilan June 2011 telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) di bawah program Bina Insan Guru (BIG) ke Sekolah Kebangsaan Minden Height, Gelugor Pulau Pinang. Lawatan yang merupakan salah satu silibus wajib Bina Insan Guru telah disertai seramai 26 orang guru pelatih dari kedua-dua buah kelas dan diiringi oleh seorang penyelia iaitu Dr. Mohanraju dari Unit Ko- Kurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) ke Sekolah Berprestasi Tinggi ini merupakan suatu pengenalan tentang Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah dan Guru Cemerlang serta bertujuan mendedahkan para guru kepada alam persekolahan dimana pembentukan iklim dan budaya kerja cemerlang oleh guru serta kepimpinan pentadbiran sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.

Upload: nur-laili-hj-ali

Post on 17-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 5LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.Pada 10 November 2014, para guru pelatih dari kumpulan PPG ambilan June 2011 telah mengadakanLawatan Penanda Aras (Benchmarking) di bawah program Bina Insan Guru (BIG) ke Sekolah Kebangsaan Minden Height, Gelugor Pulau Pinang. Lawatan yang merupakan salah satu silibus wajib Bina Insan Guru telah disertai seramai 26 orang guru pelatih dari kedua-dua buah kelas dan diiringi oleh seorang penyelia iaitu Dr. Mohanraju dari Unit Ko-Kurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) ke Sekolah Berprestasi Tinggi ini merupakan suatu pengenalan tentang Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah dan Guru Cemerlang serta bertujuan mendedahkan para guru kepada alam persekolahan dimana pembentukan iklim dan budaya kerja cemerlang oleh guru serta kepimpinan pentadbiran sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.Ketibaan peserta lawatan telah disambut oleh badan tertinggi pentadbiran yang terdiri daripada PK Hem Puan See, PK Kokurikulum En. Marzukhi bersama seorang penyelia petang iaitu Pn Rahayu serta beberapa orang pegawai yang bertugas Selepas sesi pengenalan ringkas,pelajar PPG guru telah dibawa ke bilik mesyuarat bagi memulakan sesi taklimat.. Slot taklimat yang pertama dikendalikan oleh PK Hem iaitu Pn. See. Kami tidak dapat berjumpa dengan Tuan Guru Besar SK Minden Height iaitu En Ilias Bin Tajuddin kerana beliau telah mengiringi pasukan bola baling sekolah ke Johor Bahru. Menurut Pn See, Tuan Guru Besar merupakan seorang pemimpin yang sangat komited dan berdedikasi. Beliau juga berkemampuan untuk mengajar tiga matapelajaran bagi tahun 6 iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Matematik. Bengkel bagi murid-murid biasanya akan dikendalikan oleh Tuan Guru Besar sendiri. Kami berasa terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan beliau.Beliau telah memberikan penerangan dan ceramah mengenai keseluruhan aspek pengurusan dan pentadbiran SK Minden Height dalam bidang perlaksanaan budaya kerja yang cemerlang. Ceramah beliau juga disokong oleh bukti-bukti seperti memperkenalkan kemudahan dan infrastruktur dan suasana fizikal yang kondusif yang membolehkan para pelajar mengekalkan pencapaian keputusan yang cemerlang. Beliau juga menerangkan tentang budaya kerja cemerlang oleh setiap guru bagi memastikan peningkatan keputusan dari setahun ke setahun. Para guru berasa amat beruntung kerana mendapat perkongsian ilmu tambahan serta idea-idea baharu yang boleh dikutip dan dipraktikkan di sekolah masing-masing. Pengalaman baharu ini bukan senang untuk didapati. Program seterusnya diteruskan dengan sesi perkongsian bersama dengan guru-guru cemerlang.Terdapat beberapa kekuatan yang dikenalpasti melalui lawatan penanda aras (benchmarking) ini. Para guru pelatih akan dapat didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah, memahami dan mengenalpasti setiap jawatankuasa dan bidang tugas masing-masing dalam jentera pentadbiran SK Minden Height. Para guru juga diberi pendedahan mengenai kepentingan suasana yang kondusif dalam usaha menentukan kecemerlangan pelajar.Program ini dijayakan dengan jayanya atas kerjasama yang erat antara ahli kumpulan TESL A. Hubungan kami seolah-olah satu keluarga yang besar yang saling bantu membantu dalam apa jua lapangan tugasan yang diberikan. Komitmen dan semangat selalu diberikan antara satu sama lain. Saya percaya, tanpa bantuan seperti Aur dengan Tebing ini, program seperti ini tidak akan berjalan seperti yang dikehendaki.Sikap keterbukaan warga SK Minden Height membuatkan kami rasa sangat beruntung. Ini kerana, apa sahaja soalan yang diajukan akan disertakan dengan jawapan dan bukti yang kukuh. Saya berasa amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh para pentadbir dan guru-guru sekolah ini. Jika diberikan kesempatan, ingin rasanya saya mengadakan lawatan Benchmarking bersama rakan-rakan sejawat sekolah saya. Ini untuk menaikkan semangat untuk memajukan diri serta sekolah demi anak didik sekolah saya. Sebagai langkah permulaan saha telah memberitahu Guru Besar tentang sekolah yang telah saya lawati dan beliau kelitan berminat dan ingin menyatakan kepada guru yang lain bagi cadangan lawatan penanda aras pada tahun 2015 bagi Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga.Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan program yang telah dikenalpasti antaranya seperti, tempoh masa lawatan yang agak singkat. Melalui tempoh yang singkat ini, kami hanya mendapat ilmu yang diperlukan secara terhad sahaja. Seterusnya, kelewatan notis pemberitahuan bagi program ini juga merupakan suatu kelemahan. Hal ini mengakibatkan persediaan rapi tidak dapat dilakukan bagi memastikan kelancaran sepenuhnya terhadap program ini.Justeru itu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi memastikan perlaksanaan program sebegini yang lancar pada masa hadapan. Cadangan penambahbaikan yang pertama adalah memanjangkan tempoh masa lawatan. Pemanjangan tempoh masa lawatan dapat memberikan peserta lawatan kesempatan dan ruang bagi mereka untuk menimba lebih banyak lagi ilmu yang diperlukan dalam bidang keguruan. Cadangan penambahbaikan yang kedua adalah, notis pemberitahuan program ini harus dilakukan dua minggu lebih awal daripada tarikh perlaksanaan. Hal ini mampu memastikan perancangan dan persediaan yang cukup rapi bagi memastikan kelancaran setiap aktiviti dalam program tersebut.Kesimpulanya, sepanjang perjalanan program, tidak wujud sebarang masalah yang tidak diingini. Sehubungan itu pula, pelbagai input yang berguna telah didapati hasil daripada setiap perkongsian bersama pihak pentadbiran MRSM dan Guru Cemerlang. Para guru pelatih memahami dan mengenalpasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang disamping memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.