bidang tugas hem

Upload: latasha-matthews

Post on 06-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bidang Tugas HEM SJKT

TRANSCRIPT

BIDANG TUGAS UNIT-UNIT HEMJAWATANKUASA HAL EHWAL MURID/KESAHSIAHAN

1. Bertanggungjawab terus di bawah Guru besar / GK Hal Ehwal Murid ( GK II ) dalam bidang tugas seperti yang berikut :

Disiplin murid semasa persekolahan dan aktiviti kokurikulum

Bimbingan dan Kaunseling

Kesihatan murid:

I. Rancangan Makanan Tambahan

II. Program Susu Sekolah

III. Rawatan Perubatan Murid

IV. Skim Susu Percuma

Kebersihan dan keselamatan murid

Kebajikan murid :

I. Bantuan daripada badan-badan amal / Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.

II. Biasiswa

III. Derma pada hari-hari kebesaran seperti Hari Raya / Tahun baru Cina / Deepavali dan sebagainya.

IV. Program anak angkat

Skim pinjaman buku teks

Kantin sekolah

Keceriaan sekolah

Bekalan dan perabot sekolah

2. Berusaha meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi buah fikiran / pandangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah jika perlu dan mengkaji semula dari masa ke semasa bagi tujuan pengubahsuaian.3. Dengan arahan guru besar, membincangkan kes-kes disiplin yang berat sebelum keputusan muktamad diambil ke atas murid yang berkenaan.

4. Membincangkan masalah kebajikan murid keseluruhannya dengan tujuan mencari jalan membaiki prestasi kemajuan pelajaran dan disiplin / kelakuan mereka.

5. Mengkaji dan menimbangkan pandangan / pendapat / cadangan dari ibubapa dan masyarakat umum mengenai kebajikan / disiplin murid.

6. Member pandangan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.

7. Bertanggungjawab memberi pandangan / cadangan kepada Jawatankuasa Keceriaan, Kebersihandan keindahan sekolah dalam melaksanakan projek / aktiviti yang berkaitan.

JAWATANKUASA BEKALAN DAN PERABOT SEKOLAH

1. Menyimpan senarai perabot sekolah.

i. Mengadakan banci di awal dan akhir tahun.

ii. Menyimpan statistic perabot

iii. Mencadangkan pembelian dan pembaikian pada setiap kali mengadakan pemeriksaan.

iv. Memeriksa stor tempat simpanan

v. Memeriksa alat kaca yang pecah.

vi. Menyimpan buku stok yang dikemaskini.

2. Menguruskan jadual membaiki perabot yang rosak dengan menghubungi dan berbincang dengan Guru Kanan Pentadbiran / GK HEM. 3. Mengadakan anggaran :

i. Menggadakan anggaran untuk memperbaiki dan membeli perabot.

ii. Mencadangkan pembaikian kunci almari dan cara pemyimpanan.

JAWATANKUASA DISIPLIN DAN SAHSIAH PELAJAR

1. Peraturan Sekolah Mengesyorkan supaya setiap murid memiliki buku PERATURAN SEKOLAH memberikan kefahaman dan pendedahan kepada isi kandungan buku.

Mendidik murid-murid supaya mengamalkan dan mematuhi peraturan sekolah.

Membimbing murid-murid mempraktikkan yang positif dan menolak yang negative melaksana orientasi peraturan sekolah kepada semua murid baru.

2. Penguatkuasaan / Pengawasan Melantik, membimbing dan mengorientasi pengawas baru dalam melaksanakan tugas pada awal bulan November setiap tahun.

Mendapatkan persetujuan dan kebenaran ibubapa / penjaga berhubung dengan perlantikan. Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat dengan lembaga pengawas sebulan sekali atau sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

Menyusun tugasan pengawas dan mendapatkan laporan harian daripada pengawas yang bertugas.

Memastikan pengawas sentiasa kelihatan kemas dan menjalankan tugas seperti yang diarahkan.

Memberi latihan kepimpinan dari masa ke semasa kepada pengawas-pengawas.

TINDAKAN Menyimpan rekod murid-murid yang melanggar peraturan sekolah dan tindakan yang telah diambil. Menghubungi ibu / bapa / penjaga murid yang mempunyai masalah disiplin. Berhubung dengan GK HEM dan guru kaunseling bagi menyelesaikan sesuatu masalah peribadi, pelajar dan sebagainya. Menghantar laporan kepada guru besar mengenai kes disiplin yang serius. Berhubung dengan guru kelas dan membincangkan masalah ponteng sekolah dan kesalahan-kesalahan lain yang dilakukan oleh murid-murid.JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

(SPBT)

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks dua kali iaitu awal tahun dan akhir tahun.

Membahagikan tugas.

Taklimat kepada guru kelas

Membahagikan tugas pentadbiran.

I. Buku stok

II. Pengedaran

III. Buku rosak / hilang / laporan

2. Pengedaran Buku Teks :

Mengedarkan mengikut buku teks

Menentukan tarikh pengedaran

Mengesan sejauh mana keberkesanan dan kelicinan pengedaran

Mengedarkan buku-buku kepada murid-murid yang baru bertukar.

Mendapatkan borang SPBT dari murid yang baru masuk dan tukar masuk.

Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah murid yang

bertukar sekolah. Memeriksa semua kelas sama ada buku telah diberi kepada semua

murid-murid yang berhak menerimanya.

Memastikan setiap guru kelas melengkapkan borang pinjaman SPBT dengan lengkap. 3. Borang permohonan SPBT :

Mengedarkan borang tersebut kepada semua murid. Borang yang lengkap hendaklah diberi kepada Penyelaras kelas dan seterusnya kepada guru SPBT.

4. Mesyuarat ahli Jawatankuasa SPBT.

Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar /Guru Kanan bagi menentukan murid-murid yang layak mendapat bantuan SPBT bagi tahun berkenaan.

5. Membuat pesanan Buku Teks. Membuat pesanan Buku Teks di pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.

Melengkapkan borang pesanan SPBT.

6. Menyimpan rekod dan dokumen.

Penyelenggaraan failyang dikemaskini mengikut jenis.

Penulisan buku stok yang dikemaskini.

Senarai tugas guru tentang pengedaran dan pengumpulan.

Menyimpan rekod :

I. Buku buku yang telah dihapuskan.

II. Buku buku yang telahg rosak.

III. Buku buku yang telah hilang.

7. Menilai, mentadbir dan merancang keselamatan buku.

I. Memeriksa bilik buku teks.

II. Membuat peraturan / syarat kepada murid.

III. Cara mengedarkan ke sekolah lain.

8. Mengumpul semula buku teks.

Menentukan tarikh pengumpulan mengikut kelas.

Membuat senarai guru-guru yang bertugas mengumpul mengikut tarikh / hari dan kelas. Melaporkan kepada guru besar tentang perjalanan pengumpulan buku teks berhubung perkara :

I. Kelancarannya

II. Peratus rosak / hilang

III. Guru yang bertugas

9. Surat menyurat, bilangan maklumat dan penyimpanan dokumen.

JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DAN

SUSU SEKOLAH (RMT & PSS)

1. Meneliti dan memahami semua arahan dan pekeliling yang berkaitan dengan RMT dan PSS yang dikeluarkan oleh PPD, JPN, dan KPM.

2. Menyenaraikan nama murid yang layak menerima RMT.

3. Memaklumkan dan mengedarkan tag nama RMT kepada murid-murid yang layak menerima RMT melalui guru kelas.

4. Mengikuti perkembangan fizikal murid-murid. Menimbang berat badan dan mengukur ketinggian mereka pada awal dan akhir tahun.

5. Menyemak dan mengawasi menu yang ditetapkan dan kualiti serta kuantiti makanan.

6. Memastikan menu yang disajikan itu bermutu dan dapat diterima oleh murid-murid.

7. Pastikan murid yang mendapat RMT dapat keluar 5 minit lebih awal sebelum rehat.8. Pastikan ada pengganti sekiranya ada murid yang tidak dapat hadir pada hari tersebut.

9. Rekod penerimaan, perbelanjaan, peruntukkan RMT disimpan dengan kemas oleh pihak sekolah.

10. Memastikan susu yang diterima belum sampai tarikh luputnya. Sekiranya berlaku laporkan serta merta kepada GK HEM untuk tindakan susulan.

11. Memastikan susu kotak yang diterima disimpan di tempat yang selamat.

12. Menyimpan dan memfailkan rekod penerimaan susu.

13. Mengadakan mesyuarat bersama AJK RMT dan PSS sekurang-kurangnya dua kali setahun dan menyediakan laporan serta minit mesyuarat dan difailkan.

JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan hal bimbingan dan kaunseling murid-murid.

2. Menjalankan kursus motivasi mengikut keperluan terutamanya murid-murid tahun enam.

3. Bekerjasama dengan guru disiplin, guru kelas dan guru matapelajaran dengan memberi nasihat kepada murid yang menghadapi masalah yang boleh menjejaskan pelajaran mereka.

4. Menganjurkan ceramah tentang kesedaran dan kepentingan akademik, kokurikulum dan sahsiah.

5. Menyimpan rekod-rekod(sulit) murid yang memerlukan perhatian.

6. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.

7. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik dan temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.8. Merancang dan mengawal selia rekod dan inventori murid.

9. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat, Bimbingan dan Kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai.

10. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar(instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

11. Merancang, melaksana dan mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu secara professional dan beretika.

12. Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid.

13. Merancang, menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh dan Rancangan Khas di sekolah menengah.

14. Merancang, melaksana dan mengawal selia program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

15. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan.

16. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

17. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa Tambahan, penempatan murid di sekolah.

18. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

19. Melaksanakan tugas yang yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

JAWATANKUASA KECERIAAN DAN KEHARMONIAN SEKOLAH

1. Merancang dan melaksanakan program Malaysia Bersih dan Indah seperti yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia di peringkat sekolah seperti :

a. Projek taman mini/rock garden/pondok memasu dan sebagainya.

b. Projek menambah tanaman bunga / buah-buahan.

c. Projek pondok bacaan.d. Menambah lukisan mural di bangunan sekolah dan lain-lain.

2. Merancang serta melaksanakan program keceriaan di bilik dan kawasan bilik darjah.

3. Menghubungi pihak-pihak tertentu umpamanya Jabatan Penerangan untuk mendapatkan gambar-gambar pembesar untuk ditampal di bilik-bilik darjah.

4. Membentuk jawatankuasa khas mengadili pertandingan bilik dan kawasan bilik darjah.

5. Mengadakan jadual khas/format system pemarkahan pertandingan keceriaan tersebut.

6. Menyediakan jadual/giliran bertugas murid-murid memunggut sampah di kawasan sekolah.

7. Bekerjasama dengan guru bertugas harian mengawasi kebersihan sekolah keseluruhannya.

JAWATANKUASA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN PELAJAR

1. Memastikan semua murid memiliki buku Rekod Kesihatan Murid dan Kad Perkhidmatan Gigi (L.P Pin 7/95 ) dari Tahun 1 hingga tahun 6.

2. Memastikan guru-guru kelas telah melengkapkan butir-butir yang berkaitan di dalam Rekod Kesihatan Murid.

3. Mengedarkan borang-borang yang perlu untuk kegunaan pihak perkhidmatan kesihatan.

4. Memastikan kebenaran diperolehi daripada ibubapa/ penjaga sebelum pasukan kesihatan memulakan pemeriksaan kesihatan / membuat penilaian/ suntikan.5. Memastikan ada guru yang mengawas murid-murid ketika pemeriksaan atau penilaian dijalankan oleh pasukan kesihatan.

6. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH1. Menentukan latihan kebakaran / kecemasan diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

2. Menyediakan peraturan-peraturan guru dan murid, peta/rajah dan sebagainya yang patut dipatuhi oleh guru dan murid jika berlaku sebarang kecemasan / kebakaran.

3. Menjadi penyelaras semasa latihan kebakaran/kecemasan berlaku.

4. Menentukan alat-alat pencegahan kebakaran diperiksa dan dapat digunakan bila perlu.

5. Memeriksa dari masa ke semasa tempat-tempat yang mungkin menyebabkan kebakaran, misalnya saluran elektrik, dapur kantin dan sebagainya.

6. Menjemput penceramah dari balai bomba / polis untuk memberikan ceramah / tunjuk cara menghadapi sesuatu kebakaran / kecemasan.

JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

1. Mengawas kebersihan kantin dan alat-alat yang digunakan oleh penjual-penjual di kantin.

2. Menentukan jenis-jenis makanan dan minuman yang boleh dijual.

3. Menentukan tidak ada jenis makanan/minuman yang dilarang oleh kementerian Kesihatan, misalnya :

I. Asam-asam dan jeruk yang menggunakan pewarna makanan.

II. Barang-barang makanan ringan yang tidak mengenyangkan atau yang merugikan murid-murid.

4. Memastikan makanan disediakan dengan baik dan bersih.

5. Memastikan penjual menggunakan sudu, garpu atau penyepit untuk mengambil makanan.

6. Memastikan keadaan kantin sentiasa kemas dan bersih.

7. Bekerjasama dengan guru disiplin bagi menentukan ada pengawas sekolah bertugas di kantin pada waktu rehat.

8. Memastikan semua kakitangan dan pekerja kantin telah disuntik dan diperiksa kesihatan mereka.

9. Memastikan tidak ada orang luar daripada yang didaftarkan bekerja di kantin.

10. Menegur dan membuat laporan jika pekerja-pekerja tidak memakai apron atau menutup kepala.

11. Memastikan makanan yang dijual pada setiap hari mencukupi bagi semua murid.

12. Melaporkan kepada guru besar atau GK HEM tentang keadaan kantin dari masa ke semasa.

13. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH

1. Member maklumat kepada murid-murid mengenai pencegahan dadah.

2. Menerangkan kepada murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

3. Menjemput penceramah memberikan penerangan lanjut.

4. Menjalankan program anti dadah yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

5. Melaksanakan program sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

6. Memastikan kebersihan kawasan sekolah agar tidak mempunyai tempat untuk pembiakan nyamuk.

7. Memaklumkan kepada murid-murid jika ada maklumat dari pihak kementerian.

8. Menggerakkan AJK kelas untuk membersihkan tempat pembiakan nyamuk di kawasan masing-masing.

9. Membuat laporan jika ada pemeriksaan atau penyemburan anti denggi di kawasan sekolah.

10. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

JAWATANKUASA JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

1. Mengambil alih tugas menanda kedatangan harian murid bagi guru kelas yang tidak hadir pada hari tersebut.

2. Memastikan jadual kedatangan diisi penuh butirnya oleh guru-guru kelas selewat-lewatnya pada akhir bulan Januari.3. Memastikan semua senarai nama murid ditulis dengan jelas dan mengikut abjad yang betul.

4. Memastikan semua murid yang didafterkan mempunyai nombor pendaftaran masuk.

5. Memastikan semua pengiraan yang dibuat oleh guru-guru kelas semasa hujung bulan adalah betul dan tepat.

6. Membuat teguran jika terdapat penggunaan pemadam liquid paper.

7. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

JAWATANKUASA KESELAMATAN, KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

1. Memantau dan memastikan semua bilik darjah dan bilik khas dalam keadaan bersih dan ceria.

a) Lantai dalam dan luar bilik darjah disapu, cermin tingkap dilap, sawang dibuang dan bekas sampah dikosongkan setiap hari sebelum permulaan P&P.

b) Peralatan dan perabot disusun rapi, carta, gambar dan kata-kata hikmat dilekat atau digantung kemas dan teratur.c) Senarai inventori, jadual waktu dan pelan laluan Kecemasan Kebakaran dipamerkan di pintu masuk.

2. Melaksanakan program kutipan sampah sebagai suatu budaya hidup.

3. Member ganjaran kepada kelas-kelas yang menjaga kelas dengan baik dan cantik.

JAWATANKUASA BIASISWA DAN KEBAJIKAN PELAJAR

1. Menyediakan senarai nama, alamat serta rekod diri murid-murid miskin dan yatim yang benar-benar memerlukan bantuan.

2. Menguruskan hal ehwal yang berkenaan dengan kutipan derma dan kebajikan murid-murid.

3. Membantu guru bertugas mengurus murid yang sakit sewaktu masa persekolahan jika perlu.

4. Mengurus bantuan biasiswa dan kewangan murid miskin yang layak daripada kerajaan, institusi kewangan dan badan bukan kerajaan(NGO).

GURU DISIPLIN SEKOLAH

1. Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah.

2. Merekodkan segala kesalahan-kesalahan / hukuman / denda yang dikenakan ke atas murid-murid.

3. Menjadi penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah.

4. Membantu guru besar dalam menentukan supaya peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepenuhya.

5. Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga Pengawas sekolah dengan merujuk kepada Guru Besar, jika perlu.

6. Membantu guru besar dalam mengesan kesalahan-kesalahan besar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah. Ia juga dikehendaki mengesan kesalahan-kesalahan tersebut.7. Sentiasa berhubung rapat dengan guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menyelesaikan masalah murid dan juga dalam membantu murid-murid bermasalah.

8. Sentiasa berusaha untuk menanam semangat patuh kepada arahan-arahan /peraturan-peraturan sekolah di kalangan murid-murid.

9. Bekerjasama dengan Guru Bertugas Mingguan/Harian dan Lembaga Pengawas Sekolah untuk mengurus kawalan murid-murid pada hari perhimpunan dan majlis diadakan oleh pihak sekolah.

10. Melantik pengawas-pengawas sekolah.

11. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Guru Besar / GK dari masa ke semasa.

TUGAS GURU-GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. Pagi / petang tuliskan nama guru bertugas dan tarikh di papan kenyataan / buku tugas mingguan.

2. Memeriksa perkara-perkara berikut dari segi kebersihan/susunan dan sebagainya :I. Bilik-bilik darjah

II. Bilik Guru

III. Kantin

IV. Kawasan Sekolah

V. Tandas Murid dan Guru

VI. Tempat kereta guru

VII. Tempat basikal murid

3. Menentukan bilik darjah yang paling bersih dan kemas dan yang mana pula paling kotor.

4. Melaporkan perkara yang tidak memuaskan, misalnya jika tandas tidak dibersihkan sila hubungi GK.

5. Mengambil tindakan yang sewajarnya tentang murid yang sakit atau cedera.

6. Mencatat laporan harian dan serahkan kepada Guru Besar/Guru Kanan pada akhir persekolahan setiap minggu.

7. Menguruskan perhimpunan rasmi dan perhimpunan pagi sekolah. Ini termasuk mengumpul semua cadangan/ laporan /pengumuman dari guru-guru untuk diumumkan semasa perhimpunan.

8. Mengawas papan kenyataan yang diperuntukkan termasuk mencatat/menampal segala pengumuman penting.9. Mengambil tindakan sewajarnya ke atas kes-kes kecemasan jika berlaku.

10. Guru bertugas mingguan hendaklah seboleh-bolehnya datang awal dan pulang akhir / lewat sepanjang minggu bertugas (ikut giliran)

JAWATANKUASA BIASISWA DAN KEBAJIKAN PELAJAR

1. Menyediakan senarai nama, kelas, dan alamat serta rekod diri murid-murid miskin dan yatim yang benar-benar memerlukan bantuan.

2. Menguruskan hal-ehwal berkenaan dengan kutipan derma dan kebajikan murid-murid.

3. Membantu guru bertugas mengurus murid yang sakit sewaktu masa persekolahan jika perlu.

4. Mengurus bantuan kewangan dan biasiswa murid miskin yang layak daripada kerajaan, institusi kewangan dan badan bukan kerajaan (NGO).JAWATANKUASA DATA SMMPengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha

: En. N. Satheesh

AJK

: 1. En. B. Ragunathan

2. En. R. Paramisvaran

JAWATANKUASA KWAPMPengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha

: En. N. Satheesh

AJK

: 1. Pn. R. Saraswathy

2. En. M. Ravindaran

JAWATANKUASA RMTPengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha

: En. N. Satheesh

AJK

: 1. Pn. R. Saraswathy

2. Cik. G. Shamini DeviJAWATANKUASA PROGRAM TRANSISIPengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha

: En. N. Satheesh

AJK

: 1. Cik. P. Kalaiselvi

2. Cik. G. Shamini DeviJAWATANKUASA 3KPengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha

: En. N. Satheesh

AJK

: 1. Pn. R. Saraswathy

2. En. B. Ragunathan

JAWATANKUASA KECERIAAN SEKOLAHPengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha

: En. N. Satheesh

AJK

: 1. Pn. R. Saraswathy

2. En. B. RagunathanJAWATANKUASA PENGAWAS SEKOLAHPengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha

: En. N. Satheesh

AJK

: 1. En. B. Ragunathan

2. En. M. Ravindaran

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKSPengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha

: En. N. Satheesh

AJK

: 1. En. R. Paramisvaran

2. Cik. G. Shamini Devi