bidang tugas jawatankuasa induk hal ehwal murid

29
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID 1. JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID 1.1 Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari semasa ke semasa. 1.2 Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Pengetua sebelum tindakan diambil ke atas pelajar. 1.3 Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut. 1.4 Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru, serta ibu bapa tentang hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah. 1.5 Memberi bimbingan dan panduan dalam perlantikan pengawas-pengawas sekolah. 1.6 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 2. LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH 2.1 Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian Pendidikan dan JPN. 2.2 Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.

Upload: nik-azman

Post on 25-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID

1.         JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID

 

1.1       Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari semasa ke semasa.

1.2       Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Pengetua sebelum tindakan diambil ke atas pelajar.

1.3       Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.

1.4       Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru, serta ibu bapa tentang hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.

1.5       Memberi bimbingan dan panduan dalam perlantikan pengawas-pengawas sekolah.

1.6       Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

 

2. LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

 

2.1       Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian Pendidikan dan JPN.

2.2       Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.

2.3       Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.

2.4       Mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman ’gantung persekolahan’ atau ‘buang sekolah’ berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975.Satu mesyuarat khas lembaga disiplin boleh diadakan bagi membincangkan kes-kes yang berat.

2.5       Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan lawatan disiplin dalam semua majlis sekolah.

Page 2: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

2.6       Mewujudkan sistem rekod disiplin yang kemas dan teratur dan sistem pemantauan yang berkesan.

2.7       Berusaha menanamkan semangat cintakan sekolah dan semangat kekitaan supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.

2.8       Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

2.9       Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.

2.10     Menjalankan rondaan harian(dengan bantuan Guru Bertugas) untuk mengesan pelajar yang ponteng kelas dan melanggar perauran disiplin.

2.11     Menyediakan dan membekalkan maklumat disiplin kepada KP, JPN, PPD, atau pihak polis.

2.12     Merancang dan melaksanakan program meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.

2.13     Menjadi perantara antara ibu bapa  / penjaga dengan pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin.

2.14     Menguruskan fail-fail yang berkaitan dengan disiplin.

 

 

 

3.         Lembaga pengawas

 

3.1       Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada Pengetua melalui Penolong Kanan HEM.

3.2       Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.

3.3       Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.

3.4       Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran pengawas dan kursus-kursus lain yang berkaitan dengan pengwas.

Page 3: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

3.5       Menyediakan laporan tahunan Lembaga Pengawas.

3.6       Memastikan laporan mingguan / harian pengawas disediakan.

3.7       Menyediakan sijil penghargaan kepada pengawas.

3.8       Bekerjasama dengan Lembaga Disiplin berkaitan dengan maklumat dan tindakan disiplin pelajar.

3.9       Memastikan pengawas sekolah dapat berfungsi dengan baik dalam menguatkuasakan  peraturan dan tata tertib sekolah.

3.10     Memastikan bilik Pengawas sentiasa ceria dan kemas.

3.11     Bertanggungjawab terhadap fail-fail yang berkaitan dengan Lembaga Pengawas dan Jawatankuasa Pengawas Sekolah.

 

4.         JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

 

4.1       Membaca, memahami, dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, JPN, dan PPD.

4.2       Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti: -

a. keselamatan lalu lintas

b. keselamatan bangunan dan perabot

c. keselamatan di makmal / bengkel / bilik ERT dan bilik-bilik khas yang lain.

4.3       Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis, bomba, JKR (Air) dan JKR (Elektrik).

4.4       Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar.

4.5       Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi.

4.6       Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat.

4.7       Menetapkan pergerakan lalu lintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi sekolah.

Page 4: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

4.8       Merancang dan menjalankan latihan kecemasan kebakaran (mengosongkan bangunan) sekurang-kurangnya dua kali setahun.

4.9       Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal.

4.10     Meletakkan tanda amaran ’BAHAYA’ di tempat-tempat berbahaya.

4.11     Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan.

4.12     Menentukan dan menanda zon / kawasan larangan bagi laluan pelajar.

4.13     Memastikan bilik rawatan dan peti-peti ubat disediakan dandlengkapi.

4.14     Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan.

4.15     Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan / penyelia tingkatan.

4.16     Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan.

4.17     Menyediakan jadual tugas bilik rawatan.

4.18     Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, tayangan dan lain-lain.

4.19     Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan.

4.20     Bertanggungjawab dalam kempen-kempen kesihatan seperti Anti-Aedes/Denggi.

 

 

 

5.         JAWATANKUASA KANTIN

 

5.1       Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan / Kesihatan, JPN.

5.2       Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.

Page 5: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

5.3       Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.

5.4       Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti minyak babi (lard), makanan yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mee dan sebagainya.

5.5       Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.

5.6       Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.

5.7       Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.

5.8       Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.

5.9       Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut Pekeliling Kementerian Kesihatan.

5.10     Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain maslin / disimpan dalam bekas yang tertutup.

5.11     Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.

5.12     Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.

5.13     Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.

5.14     Membuat laporan mingguan dalam buku Laporan Kantin.

5.15     Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Pengetua / PK HEM tentang prestasi kantin.

5.16     Mengadakan mesyuarat JK Kantin sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa.

5.17     Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.

5.18     Memastikan fail-fail yang berkaitan dengan kantin sentiasa dikemas kini.

 

 

Page 6: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

6.         JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN JADUAL KEDATANGAN

 

6.1       Menetapkan tarikh dan tempat pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan Peralihan & Tingkatan 1.

6.2       Menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baru dengan kerjasama guru-guru tingkatan dan penyelia tingkatan.

6.3       Merekod dalam buku kemasukan pelajar dan memberi nombor pendaftaran pelajar baru.

6.4       Mencatat ‘BERPINDAH SEKOLAH KE...’ / ‘BERHENTI SEKOLAH’ dalam buku kemasukan pelajar jika ada pelajar yang berpindah atau berhenti sekolah.

6.5       Membuat analisis mingguan dan bulanan tentang ‘PONTENG’ atau ‘ketidakhadiran pelajar.

 

7.         JAWATANKUASA PEMBANGUNAN, KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

 

7.1       Merancang dan mendapatkan peruntukan / bantuan pembangunan infrastruktur sekolah mengikut keperluan.

7.2       Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari semasa ke semasa.

7.3       Menyediakan pelan induk landskap sekolah.

7.4       Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti :

a.  Kempen Kebersihan

b.  Pertandingan Kebersihan Kelas

c.  Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan

d.  Ceramah-ceramah kebersihan

e.  Pertandingan poster kebersihan

f.  Menanam bunga / pokok di kawasan sekolah

Page 7: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

g.  Lawatan ke sekolah-sekolah lain

7.5       Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar bagi meningkatkan mutu kebersihan dan keceriaan sekolah.

7.6       Menguatkuasa segala arahan dan peraturan sekolah tentang kebersihan da keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan.

7.7       Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari semasa ke semasa dan membuat laporan kemajuan kerja.

 

8.         JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

8.1       Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling meliputi semua aspek bimbingan dan kaunseling iaitu :

a.  Bimbingan Pelajar

b.  Bimbingan Kerjaya

c.  Bimbingan Sosial

d.  Bimbingan Sahsiah

e.  Bimbingan Psikologi

 

f.  Bimbingan Pencegahan Dadah / AIDS

8.2       Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.

8.3       Mengelolakan program orientasi :

a.  Penerapan budaya sekolah bagi tingkatan peralihan, satu dan empat.

b.  Penerangan tentang sukatan dan pemilihan mata pelajaran di peringkat sekolah

(KBSM)

c.  Pemilihan mata pelajaran pilihan di peringkat menengah atas.

Page 8: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

d.  Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

8.4       Mengelola dan mengurus bilik Bimbingan dan Kaunseling secara berkesan.

8.5       Memastikan semua fail yang berkaitan dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling disediakan dan dikemas kini.

 

 

9.         JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS / RUJUKAN GURU

 

9.1       Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi membincangkan pembahagian tugas, taklimat kepada guru tingkatan, menubuhkan pasukan petugas SPBT (pelajar), dan pelajar yang layak untuk menerima SPBT.

9.2       Mengedar dan mengumpul borang SPBT melalui guru tingkatan.

9.3       Mengedar senarai pelajar yang layak menerima buku teks kepada guru tingkatan.

9.4       Membuat pesanan buku :

a.  Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.

b.  Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu).

c.  Membuat anggaran tepat untuk tahun berikutnya.

d.  Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.

9.5       Pengedaran

a.  Mengedarkan mengikut tingkatan

b.  Menentukan tarikh pengedaran

c.  Mengesan kelancaran pengedaran

d.  Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk / bertukar sekolah.

e.  Mengedarkn buku kepada pelajar yang baru masuk.

f.  Memastikan borang SPBT dihantar ke sekolah pelajar yang bertukar

Page 9: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

g.  Memastikan guru tigkatan telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua

pelajar yang layak.

h.  Memastikan semua guru tingkatan telah melengkapkan borang pinjaman SPBT

/ Borang G mengikut jadual.

9.6       Pengurusan Rekod dan Dokumen

a.  Menyelenggarakan fail yang kemas kini mengikut jenis.

b.  Rekod buku stok yang kemas kini (mengikut tingkatan)

c.  Senari tugas guru – pengedaran/pengumpulan

d.  Menyimpan rekod buku, hapus kira, rosak dan hilang.

9.7       Pengurusan Keselamatan Buku

a.  Menguruskan bilik SPBT dan membuat peraturan penggunaannya.

b.  Peraturan mengedarkan ke sekolah lain.

c.  Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.

9.8       Pegurusan Pemulangan SPBT.

a.  Menentukan tarikh pemulangan mengikut tingkatan.

b.  Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh / tingkatan.

c.  Melaporkan kepada pengetua / PK HEM tentang proses pemulangan buku

(peratus rosak / hilang, guru bertugas, hapus kira, kekurangan / lebihan).

9.9       Pengurusan Stok dan Inventori

a.  Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan JPN.

b.  Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.

c.  Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat

d.  Mengemas kini inventori SPBT.

Page 10: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

e.  Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.

9.10     Cadangan buku bacaan tambahan

a.  Mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia / Guru Kanan Matapelajaran

b.  Merekod dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan

c.  Memaklumkan kepada pengetua / PK HEM

9.11     Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak mendapat pinjaman buku teks.

 

 

10.       JAWATANKUASA BIASISWA DAN KEBAJIKAN

 

10.1     Meneliti Pekeliling dari Kementerian Pendidikan, JPN dan pihak penaja untuk memastikan syarat dipatuhi.

10.2     Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan.

10.3     Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar mengikut masa tawaran.

10.4     Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat penilaian dan perakuan.

10.5     Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera.

10.6     Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap penggal.

10.7     Memberitahu ibu bapa / waris pelajar yang mendapat biasiswa.

10.8     Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada PK HEM.

10.9     Menghantar surat amaran kepada ibu bapa / waris bagi pemegang biasiswa yang prestasinya merosot.

10.10   Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan Giro (Tanpa Kad) di Bank Simpanan Nasional.

Page 11: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

10.11   Menentukan daftar buku / rekod penerimaan cek / baucer di pejabat.

10.12   Menyediakan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.

10.13   Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di pejabat sekolah.

10.14   Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti :

a.  pelajar miskin

b.  kemalangan

c.  rawatan berterusan (penyakit kronik)

d.  kematian

e.  kecemasan / bencana

10.15   Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan.

10.16   Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan pelajar terhadap kebajikan.

10. 17 Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima tang dikemas kini dan disahkan oleh Pengetua.

10. 18  Menubuh dan menguruskan Tabung Kebajikan Pelajar.

10. 19  Menubuhkan Unit Hilang / Jurapa.

10. 20  Menentukan semua doumen disimpan dengan selamat.

 

 

11.       JAWATANKUASA PERABOT & BANGUNAN ( HARTA BENDA )

11. 1    Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementrian, JPN, dan PPD.

11. 2    Merekodkan semua penerimaan/ pembelian dalam buku stok / inventori.

11. 3    Menguruskan semua perabot yang hendak dihapus kira mengikut peraturan.

Page 12: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

11. 4    Mengenalpasti keperluan perabot.

11. 5    Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan akhir tahun.

11. 6    Membaiki dan menyelenggara apabila perlu.

11. 7    Memastikan perabot yang berlebihan / dibaik pulih disimpan di tempat yang selamat.

11. 8    Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot serta jenis denda yang akan dikenakan kepada pelajar.

 

12.       PENYELIA TINGKATAN

 

12.1     Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam tingkatan di bawah jagaannya. Persetujuan PK/Peneyelia Petang perlu diminta terlebih dahulu.

12.2     Kuota pelajar mengikut kaum mesti dipatuhi. PK/Peneyelia Petang dan Pengetua mesti dimaklumkan.

12.3     Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan minat/aliran bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5 dan mata pelajaran elektif bagi pelajar menengah rendah.

12.4     Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku SPBT.

12.5     Membantu PK (HEM) dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak untuk diberi bantuan/biasiswa.

12.6     Memaklumkan kepada Pengetua/PK/Penyelia Petang tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dari semasa ke semasa.

12.7     Penyelia Tingkatan 3 dan 5 membantu Setiausaha Peperiksaan PMR dan SPM dalam hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan berkenaan.

12.8     Memastikan surat-surat kelulusan  kemasukan pelajar baru disimpan dalamdaftar masuk (ikut tingkatan) dengan kemas dan teratur.

12.9     Bekerjasama dengan Kaunselor Pelajar bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar.

12.9.1  Buku Rekod Prestasi Akademik Pelajar

Page 13: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

12.9.2  Buku Gerko

12.9.3  Kad 001

12.9.4  Borang SPBT

12.10   Keterangan-keterangan yang berkaitan kerja kursus dan PAFA bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5.

12.11   Sentiasa mengemaskinikan fail-fail pertukaran dan kemasukan pelajar.

12.12   Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PMR/SPM.

12.14   Bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan.

12.15   Berada di sekolah pada hari pendaftaran pelajar baru dan membantu guru Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu untuk mengagihkan kemasukan pelajar.

12.16   Memastikan guru tingkatan memberi bilangan , nombor pendaftaran,dan memasukkan butir-butir pelajar dalam Buku Pendaftaran.

12.17   Bertanggungjawab dan menguruskan Buku Pendaftaran Pelajar. Buku ini mesti disimpan di pejabat.

12.18   Menjalankan tugas-tugas sebagai guru tingkatan kepada tingkatan yang guru tingkatan yang tidak hadir.

12.19   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

 

13.       GURU TINGKATAN

 

13.1     PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS

 

13.1.1  Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Setiausaha, Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan, AJKKokurikulum, dan AJK Akademik mengikut matapelajaran.

13.1.2  Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

Page 14: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

13.1.3  Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

a. Jadual Waktu

b. Jadual Tugas Harian

c. Struktur Organisasi Kelas

d.Daftar Inventori

e. Pelan Larian Kecemasan

f. Gambar-gambar  pemimpin

g. Sudut Bacaan

h. Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori

13.1.4  Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

13.1.5  Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.

13.1.6  Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.

13.1.7  Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan keceriaan kelas dan kebajikan kelas.

 

 

 

13.2     JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

 

13.2.1  Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan di tempat yang ditetapkan di pejabat.

13.2.2  Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis dan dikemaskini.

13.2.3  Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.

Page 15: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

13.2.4  Memastikan kelas mempunyai diari kelas dan diuruskan dengan baik.

13.2.5  Mnegambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi pelajar yang tidak hadir ke sekolah.

 

13.3     REKOD PRESTASI AKADEMIK,SIJIL BERHENTI,SURAT AKUAN DAN KAD 001

13.3.1  Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Rekod Prestasi Akademik yang lengkap dengan butiran peribadi yang diperlukan termasuk gambar foto serta berbalut dengan plastik.

13.3.2  Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik serta lain-lain maklumat yang terdapat dalam buku tersebut mengikut masa yang ditetapkan (ujian bulanan, peperiksaan penggal, peperiksaan percubaan).

13.3.3  Memastikan buku tersebut disampaikan kepada waris dan ditandatangani oleh waris pelajar,

13.3.4  Mengisi buku Rekod Ujian dan Peperiksaan Sekolah dan diserahkan kepada Pengetua bersama dengan buku rekod Prestasi Akademik Pelajar untuk disemak dan ditandatangani sebelum diserahkan kepada waris pelajar.

13.3.5  Menyedia dan melengkapkan Kad 001.

13.3.6  Menyedia dan mengisi surat akuan pelajar jika diperlukan.

13.3.7  Mempastikan pelajar Tingkatan 3 dan 5 mengisi Borang Sijil Berhenti Sekolah.

 

13.4     MASALAH PEMBELAJARAN,KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN

 

13.4.1  Memberi galakan,motivasi,dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.

13.4.2  Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik.

13.4.3  Sentiasa prihatin terhadap masaah pelajar kelasnya.

13.4.4  Melaporkan kepada Kaunselor Pelajar pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran/kemerosotan pelajaran.

Page 16: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

13.4.5  Melaporkan kepada Guru Kesihatan/Guru Bertugas Mingguan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.

13.4.6  Mneyediakan/menyimpan rekod-rekod kesihatan pelajar dan diberikan kepada pihak berkenaan jika diperlukan.

13.4.7  Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

13.4.8  Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan pelajar ponteng.

 

13.5     BUKU TEKS, BIASISWA, DAN BANTUAN KEBAJIKAN

 

13.5.1  Memastikan buku-buku SPBT diagihkan kepada pelajar yang layak, memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dicatat nama pelajar, dan tidak ditinggalkan di dalam kelas.

13.5.2  Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.

13.5.3  Menguruskan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan, menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan senarai tersebut kepada guru SPBT.

13.5.4  Mengenalpasti pelajar yang layak menrima biasiswa dan sebrang bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Biasiswa dan Guru Kebajikan.

13.5.5  Melaporkan kepadaGuru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang menerima biasiswa.

 

13.6     KUTIPAN YURAN DAN DERMA

 

13.6.1  Mengutip yuran persekolahan pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.

13.6.2  Menguitp derma PIBG

13.6.3  Mengutip yuran pepriksaan bagi calon-calon peperiksaan.

Page 17: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

13.6.4  Mengutip bayaran-bayaran yang berkaitan, misalnya alat tulis dari Koperasi Sekolah.

13.6.5  Mengeluarkan resit bagi semua kutipan yuran dan derma.

13.6.6  Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada:

a. PK Pentadbiran (Yuran Persekolahan & yuran Peperiksaan)

b. Bendahari PIBG (Derma PIBG)

c. Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.

 

13.7     PENDAFTARAN PELAJAR BARU

 

13.7.1  Mendaftarkan pelajar baru yang diterima dari Penyelia Tingkatan dalam buku Rekod Kemasukan Pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar dari PK HEM.

13.7.2  Menentukan penerimaan borang buku SPBT dari sekolah terdahulu dan jika layak, memastikan pelajar berkenaan mendapat buku teks.

13.7.3  Menentukan penerimaan Kad 001 dan Buku Rekod Prestasi Akademik dari sekolah terdahulu.

13.7.4  Menyemak jika pelajar berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.

13.7.5  Menentukan rumah sukan.

13.7.6  Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

 

 

13.8     MURID KELUAR

 

13.8.1  Menentukan borang SPBT, Rekod Prestasi Akademik Pelajar, dan Kad 001 diserah ke pejabat.

Page 18: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

13.8.2  Menentukan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5.

13.8.3  Menentukan kelulusan pertukaran telah diterima.

13.8.4  Memastikan buku teks tekah dipulangkan serta semua bayaran yuarn telah dijelaskan.

13.8.5  Mempastikan penerimaan biasiswa dilaporkan ke pejabat.

 

13.9     PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN

 

13.9.1  Memastikan setiap pelajar

a. mempunyai rumah sukan

b. menganggotai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, satu kelab sukan dan permainan, dan satu pasukan unit beruniform.

13.9.2  Menggalakkan setiap pelajar bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

 

13.10   IKLIM KELAS SECARA KESELURUHAN

 

13.10.1  Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti P&P.

 

14.       GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN

 

14.1     Tempoh hari bertugas ialah dari hari Ahad hingga Sabtu kecuali cuti umum.

14.2     Hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang 15 minit setelah persekolahan berakhir.

Page 19: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

14.3     Memastikan bilik-bilik darjah dibersihkan, serta lampu, dan kipas dimatikan setelah tamat persekolahan.

14.4     Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah, dan mengambil tindakan yang munasabah jika perlu.

14.5     Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas, dan kawasan sekolah.

14.6     Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.

14.7     Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/pulang ke rumah.

14.8     Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.

14.9     Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang dari  sekolah, masa rehat, dan masa pertukaran guru.

14.10   Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kehilangan barang-barang.

14.11   Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.

14.12   Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan,unit beruniform,dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.

14.13   Membuat catatan tentang perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Guru Bertugas. Antara perkara-perkara yang perlu dicatat:

14.13.1 Kedatangan pelajar, guru, dan staf sokongan

14.13.2 Pelajar ponteng, tidak hadir dan sakit

14.13.3 Lawatan-lawatan/pelawat

14.13.4 ucapan/pengumuman dalam perhimpunan. Jika perlu, laporan

segera dibuat kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.

 

Page 20: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

14.14   Bertindak sebgai perantara/pengacara/pengerusi bagi sebarang aktiviti yang berlaku sepanjang minggu jika tidak mempunyai jawatankuasa/penyelaras yang khusus.

 

14.15   Perhimpunan

14.15.1 Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.

14.15.2 Memastikan bendera-bendera, peralatan siaraya, tempat duduk

guru, serta hal-hal yang berkaitan dengan perhimpunan telah disediakan  dan baik untuk digunakan.

14.15.3 Memastikan semua peralatan disimpan selepas digunakan.

14.15.4 Bersedia dengan satu tajuk khusus sebagai

renungan/motivasi kepada pelajar.

14.15.5 Mempastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

14.15.6 Mempastikan protokol majlis semasa perhimpunan diikuti.

 

15. GURU DISIPLIN

 

15.1     Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah.

15.2     Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan d sekolah.

15.3     Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.

15.4     Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.

15.5     Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.

15.6     Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.

15.7     Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah di kalangan pelajar dan guru.

Page 21: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

15.8     Melaporkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada PK HEM seminggu sekali.

15.9     Menghubungi pihak polis jika perlu.

15.10   Bekerjasasama dengan guru pengawas dan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah dan membuat ’spot-check’.

15.11   Memberi maklumat segera kepada PK HEM berhubung kes-kes yang serius (penyalahgunaan dadah, gambar lucah, video lucah, majalah lucah,peras ugut, judi, kumpulan haram, bohsia, bohjan, dll.).

15.12   Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada majlis rasmi sekolah.

 

 

16.       GURU PENGAWAS

 

16.1     Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari semasa ke semasa di perhimpunan sekolah.

16.2     Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada PK HEM.

16.3     Menguruskan perlantikan rasmi pengawas sekolah.

16.4     Menguruskan tempahan dan pengagihan uniform pengawas.

16.5     Menyedia dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.

16.6     Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.

16.7     Mengadakan kursus-kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas.

16.8     Menyediakan laporan tahunan lembaga pengawas.

16.9     Mendapatkan maklumat salah laku disiplin daripada guru disiplin dan mencatatkan semua kes disiplin dalam buku laporan disiplin.

16.10   Menyediakan maklumat salah laku disiplin dalam disket dan mengemukakan kepaa pihak PPD.

Page 22: Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid

16.11   Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.

12.12   Bekerjasama dengan guru disiplin membuat rondaan/spot-check.

12.13   Bertanggungjawab tentang semua fail yang berkaitan dengan pengawas dan disiplin.

12.14   Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pengawas.

12.15   Bertanggungjawab tentang pengurusan dan keceriaan bilik pengawas.

 

17.       GURU SIARAYA

 

17.1     Bertanggungjawab memastikan sistem P.A seklaj berfungsi dan disimpan di tempat yang selamat.

17.2     Memastikan bahawa pelajar dapat mendengar dengan jelas sgala pengumuman dan siaran lain yang dibuat melalui sistem P.A sekolah.

17.3     Bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan stok alat-alat pembesar suara.

17.4     Menguruskan segala permohonan untuk meminjam alat-alat P.A pertubuhan kokurikulum sekolah dan unit-unit lain serta memastikan pemulangannya dibuat mengikut tarikh dan dalam keadaan baik.

17.5     Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya sistem P.A berfungsi dengan berkesan.

17.6     Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika berlaku kerosakan.

17.7     Menyemak stok pada akhir setiap penggal.