1. taklimat hem versi pk hem en ikhwan

Download 1. taklimat hem versi pk hem en ikhwan

Post on 28-Jul-2015

549 views

Category:

Education

18 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1. TAKLIMAT PENGURUSAN HEM (BIDANG PENGURUSAN DISIPLIN MURID / KESELAMATAN & PPDa) 2. SISTEM SALAH LAKU DISIPLIN MURID ATAS TALIAN (SSDM ONLINE) Pihak pentadbir sekolah perlu melantik seorang Guru Data SSDM yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelaksanaan sistem berkenaan. Guru Data SSDM / Guru Disiplin perlu memasukkan kes-kes salah laku disiplin murid terus ke dalam sistem setiap kali berlakunya kes salah laku murid terutama bagi kes-kes berat dan kes ponteng sekolah. Guru Data SSDM / Guru Disiplin perlu mencetak laporan keseluruhan kes pada setiap hujung bulan melalui sistem ini dan masukkan cetakan tersebut ke dalam fail SSDM. 3. APA PERLU BUAT SEKIRANYA TIADA SEBARANG KES YANG NAK DIREKODKAN ??? Jawapannya .... CARI BUTANG ISYTIHAR TIADA KES DAN KLIK DI SITU 4. SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH SECARA ONLINE (SPKS) Pengisian penarafan keselamatan sekolah adalah di bawah tanggungjawab GPK HEM. Penarafan keselamatan sekolah perlu dibuat 2 kali setahun iaitu pada Fasa Mac dan Fasa Ogos. Tempoh yang diberikan bagi setiap fasa adalah selama satu bulan. Sistem akan ditutup secara automatik apabila telah tamat tempoh dan pihak sekolah tidak dibenarkan untuk membuat penarafan selepas itu. Sekiranya terlupa kata laluan, sila berhubung dengan pegawai meja di PPD untuk mendapatkan semula kata laluan. 5. e-KEHADIRAN (APDM) Merupakan salah satu modul di bawah Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Pengetua/Guru Besar perlu melantik seorang pembantu tadbir yang akan mengunci masuk (log in) kehadiran murid setiap hari. (rujuk surat siaran daripada KPM / garis panduan pelaksanaan APDM) Maklumat kehadiran murid perlu direkod ke dalam sistem selewat-lewatnya jam 10am (bagi sesi pagi) dan jam 3pm (bagi sesi petang). Sekiranya terdapat masalah pada sistem, sila berhubung dengan En Zakiudin, Pen. Pengarah ICT JPS melalui talian : 019-6124825 6. BORANG PENGURUSAN DISIPLIN MURID (BPD 1) Borangini perlu dilengkapkan dan dihantar semula ke Unit Disiplin PPD Gombak setahun sekali sahaja. Pihak sekolah diminta sentiasa peka dengan surat arahan dari PPD berhubung pengisian maklumat ini dan diminta hantar ke PPD mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Pastikan Borang BPD 1 tersebut dihantar bersama dengan surat iringan oleh pihak sekolah. 7. TATACARA PEMBUANGAN PELAJAR: Terdapat beberapa buah sekolah yang membuang pelajar tanpa mengikut prosedur yang betul. Contohnya : Bagi kes ponteng (sek. Menengah) : Tidak memberi peringatan pertama, kedua dan akhir kepada pelajar. Surat peringatan pertama, kedua, ketiga dan surat pembuangan sekolah lewat / tidak sampai ke tangan penjaga pelajar berkenaan.(jangan serahkan surat melalui pelajar) Penggunaan ayat dalam surat pembuangan sekolah tidak ditulis dengan jelas. Pihak sekolah tidak terlebih dahulu melakukan siasatan / mengenalpasti punca sebenar pelajar tidak hadir ke sekolah sebelum membuang pelajar berkenaan. 8. Bagi kes ponteng (sek. Rendah) : Prosedur pembuangan murid sekolah rendah tidak sama dengan sekolah menengah. Proses pembuangan murid sekolah rendah mesti melalui satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir (JPMC) yang dianggotai oleh GB, PK 1, PK HEM, dan wakil guru (Guru B&K, Guru Disiplin, dan yang berkaitan). JPMC berfungsi untuk menyiasat punca sebenar ketidakhadiran murid ke sekolah serta mencadangkan tindakan selanjutnya kepada GB). Bagi kes disiplin : Pelajar tidak diberi peluang untuk membela diri. Proses pembuangan pelajar tidak mengikut tatacara yang betul 9. RAYUAN BERSEKOLAH SEMULA (RBS)Berdasarkan kepada perkara 10 (1) Ordinan Pelajaran 1957, pelajar yang telah dibuang sekolah boleh merayu untuk bersekolah semula di PPD dalam tempoh satu bulan dari tarikh surat buang dikeluarkan. Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga murid yang dibuang sekolah melalui lampiran A atau lampiran B, iaitu mengenai tindakan yang perlu dilakukan bagi tujuan RBS. Catatan pada ruangan sebab berhenti yang terdapat di dalam sijil berhenti sekolah pelajar yang dibuang sekolah hendaklah ditulis dengan betul. Surat makluman pembuangan pelajar dari sekolah ke PPD hendaklah dibuat mengikut format yang 10. Sambungan... Surat kelulusan bersekolah semula dari pihak JPS hanya sah dalam tahun semasa sahaja. Sekiranya pelajar tidak melapor diri dalam tahun tersebut, maka sesi RBS perlu dibuat semula di PPD bagi mendapatkan surat kelulusan yang baru. RBS bagi pembuangan kali ke-2 hendaklah dibuat di Unit Disiplin JPS. Pastikan ibu bapa / penjaga telah dimaklumkan mengenai etika berpakaian ketika hendak menjalani sesi RBS di PPD. Pelajar-pelajar yang telah melapor diri untuk bersekolah semula perlu menandatangani akujanji bersama ibu bapa / penjaga mereka di hadapan Pengetua. 11. Sambungan...Penggunaan ayat dalam surat makluman buang sekolah kepada pelajar / ibu bapa hendaklah ditulis dengan betul dan jelas. Pihak sekolah perlu merancang Pelan Intervensi untuk pelajar-pelajar yang telah diterima masuk bersekolah semula. 12. STATISTIK RAYUAN BERSEKOLAH SEMULA (RBS) 2013 13. KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ) Isu : Masih terdapat beberapa buah sekolah yang belum menubuhkan Kelab Pencegahan jenayah (KPJ) di peringkat sekolah. Tindakan : Mohon kerjasama sekolah-sekolah berkenaan untuk memastikan supaya KPJ ditubuhkan di sekolah masingmasing dengan berpandukan SPI Bil. 5/2006. 14. CONTOH-CONTOH SURAT CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH UNTUK TUJUAN PENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN TATATERTIB SELESAI. CONTOH SURAT KEPUTUSAN GANTUNG SEKOLAH SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB. CONTOH SURAT PERTUDUHAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG SEKOLAH. CONTOH SURAT KEPUTUSAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH SURAT MAKLUMAN BUANG SEKOLAH OLEH SEKOLAH KE PPD 15. PENUBUHAN UNIT PPDA SEKOLAH SERTA MEWUJUDKAN BILIK SUMBER / LALUAN PPDA PGB Perlu memastikan Unit PPDa diwujudkan di sekolah masing-masing di mana Guru Bimbingan & kaunseling kedua dilantik sebagai Setiausahanya. (Rujuk SPI Bil.3/2004)PGB perlu memastikan Unit PPDa yang telah ditubuhkan mewujudkan pula Bilik Sumber / Laluan PPDa di sekolah. (Rujuk surat arahan dari Bahagian Sekolah, KPM KPM (BS/SPPK)8543/078Jld.II(100) bertarikh 16 Januari) 16. PELAKSANAAN UJIAN URIN (SEKOLAH MENENGAH SAHAJA) Pelaksanaanujian urin di sekolah menengah akan dilaksnakan oleh pihak AADK dengan kerjasama Unit PPDa PPD Gombak berdasarkan kepada SPI Bil. 4/2010. Pelaksanaan ujian urin akan bermula pada Februari 2014. jadual akan diedarkan ke sekolah bersama surat arahan rasmi. Mohon sediakan pelajar yang berisiko untuk menjalani ujian tersebut (20-30 orang) Menghantar B5 (Analisis soal selidik ujian urin) ke PPD dalam tempoh satu minggu selepas ujian urin dilaksanakan. 17. Pesanan mesra :SEKIRANYA TERDAPAT GURU ATAU KAKITANGAN DI SEKOLAH TUAN / PUAN YANG TERLIBAT DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH, TERUS HUBUNGI PIHAK AADK GOMBAK. 18. TERIMA KASIH KERANA MENDENGAR