bidang tugas kaunseling sekolah

59
Apakah Kaunseling ? Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat . Dalam proses menolong , seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya , kebolehan , kemampuan dan keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya. Senarai Tugas BIDANG TUGAS GURU DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELIN Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan. KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING (Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus. Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, dan universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang lain). Tugas Ketua Bimbingan dan Kaunseling

Upload: along

Post on 07-Jun-2015

7.975 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: bidang tugas kaunseling sekolah

Apakah Kaunseling ?Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat . Dalam proses menolong , seorang kaunselor akan membina satu perhubungan  yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya , kebolehan , kemampuan dan keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya.

Senarai Tugas

BIDANG TUGAS GURU DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELIN

Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.

KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

(Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus. Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, dan universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang lain).

 

Tugas Ketua Bimbingan dan Kaunseling

 

1. Inventori Individu Dan Rekod

a. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar b. Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan

penilaian dan pentafsiran minat pelajar. c. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan

kaunseling. d. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar. e. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi

pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.

Page 2: bidang tugas kaunseling sekolah

f. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.

2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.

a. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.

b. Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi.

c. Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat.

d. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain.

e. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.

f. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen.

 

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

a. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar.

b. Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.

c. Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV dan STPM.

d. Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.

 

4. Perkhidmatan Kaunseling

a. Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai: o Pencapaian akademik yang tidak memuaskan. o Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain. o Kerjaya, pelajaran dan peribadi. o Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum. o Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk

dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.

Page 3: bidang tugas kaunseling sekolah

b. Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya.

c. Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.

 

5. Perkhidmatan Penempatan

a. Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan.

b. Penempatan pekerjaan: 1. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman

bekerja (jika program seumpama ini diadakan). 2. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam

mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).

3. Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan.

 

6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen

a. Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen.

b. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan.

c. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.

 

7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan

a. Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.

b. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.

c. Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.

Page 4: bidang tugas kaunseling sekolah

d. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.

e. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.

f. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

 

8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos

a. Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain.

b. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. c. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang

kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah. d. Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi

aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.

 

9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa

a. Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.

b. Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan. c. Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru. d. Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di

kalangan pelajar. e. Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang

dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.

 

10. Perkhidmatan Penilaian

a.  Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.

b. Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

 

11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi

Page 5: bidang tugas kaunseling sekolah

a. Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.

GURU PENOLONG BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus perlaksanaan program atau aktiviti bimbingan di sekolah. Mereka ini sebagai staf yang menjadi pembantu kepada guru kanan bimbingan dan kaunseling.

 

Tugas Guru Penolong Bimbingan dan Kaunseling

 

1. Membantu dalam mengendalikan inventori, individu dan rekod. 2. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat. 3. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok. 4. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling. 5. Membantu dalam perkhidmatan penempatan. 6. Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen. 7. Membantu dalam perkhidmatan konsultasi dan rujukan. 8. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos. 9. Membantu dalam perkhidmatan penilaian. 10. Membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan. 11. Membantu menghasilkan dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan

seperti poster, risalah, dokumen, berita, slaid dan pita video.

PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

 

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Page 6: bidang tugas kaunseling sekolah

Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.

Tugas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

 

1. Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling.

2. Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.

3. Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. Mrujuk, jika perlu, kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka.

4. Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya.

5. Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok.

6. Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya.

7. Membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya yang baru.

8. Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan dengan bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu remaja.

9. Menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekolah

Peringkat : Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah/Rendah

Jawatan : Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (DG3/DG6)

 

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Page 7: bidang tugas kaunseling sekolah

2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar. 4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada

semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai. 5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan

tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.

7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan matapelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM.

9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. 20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah. 21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah 22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti

kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

Page 8: bidang tugas kaunseling sekolah

Aktiviti

1 Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2 Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan , soal selidik , temu bual dan perbincangan dengan pelajar , guru , pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar .

3 Merancang , mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

4 Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai .

5 Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum .

6 Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profrsional dan beretika .

7 Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8 Merancang, melaksana dan mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan UPSR dan Ujian Bulanan

9 Merancang, melaksana  mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah , rokok dan alkohol.

10 Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah terpilih.

11 Merancang, melaksana  mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12 Merancang, melaksana  mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru , kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. 

Page 9: bidang tugas kaunseling sekolah

13 Membuat penilaian aktiviti , modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14 Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan beban resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15 Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

16 Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah .

17 Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru , kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

18 Menjadi personel perhubungan /seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19 Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20 Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah

21 Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor-Mentee sekolah.

22Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi. kem jaya diri , kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

Perkhidmatan  Bimbingan  Dan KaunselingSekolah Menengah Kebangsaan Zaba

Negeri Sembilan Darul Khusus 

                       Pendahuluan

Page 10: bidang tugas kaunseling sekolah

                       Matlamat

                       Objektif

                       Carta Organisasi

                       Rancangan Sepanjang Tahun 1999

                       Bidang dan Tanggungjawab Kaunselor

                       Senarai Tugas  

                              PENDAHULUAN  

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan kita pada tahun 1960an. Selama ini perkhidmatan ini lebih menitik beratkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah -sekolah kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.

          Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanan Dasar Pelajaran(1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.

`Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja`.

Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka.  Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah:

a.     Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidkkan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan.  Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.

Page 11: bidang tugas kaunseling sekolah

b.    Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.

c.     Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan Kursus Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang berijazah.

d.     Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling selama 4 tahun . Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kauseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun.

e.     Mulai tahun 1982 juga , Bahagian Pendidikan guru mula memperkenalkan Kursus Dalan Cuti(KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan.  Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut.

f.     Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula meperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingandan Kaunseling.

g.    Mulai tahun 1987 Institut Peguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan KUrsus Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun bagi guru-guru bukan siswazah.

h.     Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama tiga bulan termasuk praktikum.

i.     Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra Kedah.          

Carta   Organisasi Penasihat  1  :   Pn Sabarriah bte  Shukur (Pengetua) Penasihat  11:   Tn Hj Abdul Kudus b Zainal (Guru Penolong  Kanan  1)

Page 12: bidang tugas kaunseling sekolah

Pengerusi     :    En Isa bin Dahalan (Hal Ehwal Murid) Penyelaras   :    Pn Robiah  bte  Ujang (Kaunselor) Setiausaha   :    Pn Nadzrah bte Abdul Rahman (Penolong  Kaunselor)

AJK           :     Guru Bidang                         Guru  Disiplin                         En Safian b Adam (Guru Agama / Moral )                         En Morgan Vadeeveloo (  Guru  SLAD)                         En Mohd Zain b. Abu  (  Guru  PRS)                         Warden  Asrama                         Wakil  Pekerja    

            Bidang dan Tanggungjawab Kaunselor

Bagi memastikan bahwa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kauseling tercapai kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran adalah amat penting . Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan berketrampilan.  Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna  bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam  semua bidang seperti berikut:-  

Page 13: bidang tugas kaunseling sekolah

1. Bidang Akademik

Pelajar diperkenalkan kepada kemahiran-kemahiran belajar, pemilihan mata pelajaran dan peluang melanjutkan pelajran. Motivasi dan teknik serta strategi menghadapi peperiksaan juga diberi pendedahan untuk memastikanpelajar cemerlang dalam peperiksaan. Matlamat bidang ini ialah untuk kecermelangan akademik

1. Pemilihan mata pelajaran elektif2. Kemahiran Belajar

                a. Membaca                 b.Mencatat / mengambil nota                 c.Pengurusan Masa                 d. Pengurusan Diri                 e. Mendengar                 f. Mengingat                 g. Mengulangkaji                 h. Menjawab soalan peperiksaan                 i. Menghadapi peperiksaa

3. Kemahiran Pengurusan Diri

4. Kemahiran Pengurusan Masa

5. Strategi Menghadapi Peperiksaan

6. Penempatan

1. Penempatan selepas PMR

2. Penempatan selepas SPM/STPM

3. Penempatan ke alam kerjaya

Pengumpulan maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi  

Kaedah

        Bimbingan kelompok, bimbingan individu,kaunseling kelompok, kaunseling individu, bilblio kaunseling, kursus, bengkel , kem/perkemahan, tayangan video,

Page 14: bidang tugas kaunseling sekolah

taklimat, kolokium,tutor sebaya,mento mentee, pembimbing rakan sebaya  

2  Bidang Kerjaya

Bidang ini membolehkan pelajar mengenali diri mereka berasaskan tiga aspek utama iaitu personality, minat dan nilai. Pelajar akan didedahkan dengan seberapa banyak maklumat mengenai perkembangan kerjaya. Matlamat Bidang Kerjaya bagi membolehkan pelajar memahami cara dan kaedah yang betul membuat pemilihan kerjaya berdasarkan maklumat diri dan maklumat kerjaya yang telah didedahkan.

            a. Inventori minat             b. Inventori personaliti             d. Pemilihan matapelajaran elektif             e. Pengumpulan maklumat kerjaya             f. Pendedahan kerjaya             ( Peluang latihan kerjaya)             g Penyebaran maklumat.

Kaedah

            Bimbingan kelompok, bimbingan individu, lawatan, ceramah, forum, seminar, tayangan video, pertandingan -pertandingan Buku Skrap Kerjaya dan Poster.  

3. Bidang Psikososial & Kesejahteraan mental

Bidang ini memperkenalkan kemahiran untuk membentuk sahsiah cemerlang bagi menghasilkan pelajar berketrampilan, produktif, seertif dan kental menghadapi cabaran dan kekurangan serta sentiasa bersyukur. Pelajar juga didedahkan kemahairan bersosial dengan diri, persekitaran dan masyarakat.

1. Pembentukan sahsiah

a. Mengenal sahsiah diri

b. Membentuk sahsiah cemerlang

c. Penerimaan kendiri

2. Kemahiran psikososial

a. Kemahiran komunikasi

Page 15: bidang tugas kaunseling sekolah

b. Membentuk sifatbtegas diri (asertif)

c. Pengurusan tekanan (Stress)

d. Membentuk rohani

e. Kemahiran pengawalan diri

f. Kemahiran pemikiran kritikal dan analitikal

g. Kefahaman norma dan nilai masyarakat

3. Kemahiran  Sosial

a. Kemahiran penyesuaian diri

b. Kemahiran penampilan diri

c. Kemahiran pemikiaran kritikal dan analitikal

d. Kemahiran mengendalikan tekanan (Perasaan / Kewangan / Keluarga / Rakan Sebaya / Pembelajaran)

e. Kemahiran melindungi diri.

a. Ujian Personaliti             d.Senarai semakan masalah             cMerujuk kad maklumat diri             d.Kemahiran Komumikasi             e Kemahiran Asartif/ Tegas Diri             f. Penyaringan maklumat             g.Pengurusan Tekanan             h. Kemahiran Rohani             i. Kemahiran Membuat Keputusan             j.Kemahiran pengawalan diri             k.Kemahiran Aplikasi             l.Kemahiran Sintesis             m.Kemahiran analisis kritikal             n.Pengekalaan penghargaan kendiri/ Self Esteem             o.Perkembangan keremajaan

Page 16: bidang tugas kaunseling sekolah

            p.Pengendalian kendiri             q.Program Orientasi  

Kaedah

            Bimbingan kerjaya merentas ko-kurikulum, Kokurikulum, PRS, Bimbingan kelompok, kauseling individu,, bilbil kauseling, forum, kursus, bengkel, seminar, kem bina insan/ diri, kolokium, rehlah, lawatan, tayangan video, latihan dalam kumpulan, aktiviti simulasi, kumpulan, perkhemahan ibadah, ceramah- kaunseling keluarga, PRS.  

4. Bidang Keibu-bapaan

Input

            a. Komunikasi             b. Perkembangan individu             c. Isu-isu kekeluargaan                     i. Kepimpinan                     ii. Perkembangan remaja masa kini dan akan datang                     iii. Kerukunan dan kesejahteraan keluarga

Kaedah

            Ceramah, seminar, forum, bengkel, perkhemahan keluarga/ Hari keluarga/ Lawatan kerumah, kaunseling keluarga, khidmat konsultansi, kursus kemahiran keibubapaan, buletin keluarga, pameran.  

Bidang Pembangunan Diri

Pelajar

Input

            a.Kemahiran komunikasi             b.Kemahiran Penyelesaian Masalah             c.Kepimpinan

Page 17: bidang tugas kaunseling sekolah

            d.Kemahiran tegas diri             e. Pembimbinga Rakan Sebaya(PRS)             f.Kemahiran Sosial             g.Kemahiran Pemilihan Aktiviti keutamaan.

Kaedah

            Kaunseling individu, kaunseling kelompok, latihan dalam kumpulan,lawatan kerumah,  ceramah, bengkel, praktikum PRS.  

                                    SENARAI   TUGAS

PERINGKAT :  Bimbingan Dan Kaunseling

                            Sekolah Menengah / Rendah

JAWATAN  :  Pegawai Bimbingan Dan Kaunseling

                        Sekolah ( DG 3/ DG 6 )  

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kejian keperluan soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pengtadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.

3. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

4. Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksanakan aktiviri Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instruction) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimun.

6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesionbal dan beretika.

Page 18: bidang tugas kaunseling sekolah

7. Merancang , melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8. Merancang , melaksana , mengawalselia serta menilai progrdam dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR,SPM ,SPMV dan STPM.

9.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan,rokok dan alkohol.

10. Merancang, meyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultansi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program  dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru  dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15.Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

18.Menjadi personel perhubungan/ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

Page 19: bidang tugas kaunseling sekolah

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20.Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perangan Sekolah.

21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

PengenalanPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan kita pada tahun 1960. Selama ini perkhidmatan ini lebih menitikberatkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.

            Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.

            Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja.

Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah:

                        - Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan               bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikan selama seminggu dalam               masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.                         - Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.                         - Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan Kursus Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang berijazah

            - Mulai tahun 1982 Universiti Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling selama 4 tahun). Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun.  - Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus Dalam cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut.

Page 20: bidang tugas kaunseling sekolah

                        - Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas               selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan               lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan               Kaunseling.                         - Mulai tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah.                         - Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama tiga bulan, termasuk praktikum.

            - Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra Kedah.

OBJEKTIF AM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING          Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri           pelajar dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar.                      Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku anti sosial yang lain.                                Memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.                             Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.         

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA, WAWASAN 2020 DAN SUMBANGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Page 21: bidang tugas kaunseling sekolah

FALSAFAH PENDIDIKAN

           Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Untuk membina Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan, kita perlu mengambil kira latar belakang masyarakat, bangsa dan negara tersebut. Kita perlu melihat dari aspek budayanya, sistem kepercayaannya, latar belakang ekonominya, dan sistem politiknya. Selain itu matlamatnya hendaklah selari dengan kehendak dan matlamat Falsfah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Negara berbunyi:

           "Pendidikan Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

WAWASAN 2020

Cabaran Wawasan 2020 dalam konteks Pembangunan Negara adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil, dan didukung oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangsa, dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenal melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati rakyat negara lain.

3. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bemoral dan beretika, yang warga negaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, yang mana rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Page 22: bidang tugas kaunseling sekolah

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang. Ini adalah masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamaik, giat dan kental.

SUMBANGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

                        Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyambut cabaran Wawasan 2020, dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah lagi. Ini boleh dicapai melalui perancangan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang berkesan

Bahagian A : Am         

1. Setiap ahli hendaklah melibatkan diri dalam perkembangan profesional kaunseling dengan     usaha yang berterusan untuk mempertingkatkan amalan, profesional diharap perkhidmatan     dan penyelidikan dalan bidang ini. Perkembangan profesionalisma diharap akan berterusan     sepanjang kerjaya ahli dan ini hendaklah digambarkan dengan setiap perkembangan     falsafah yang menjelaskan mengapa dan bagaimana ahli berfungsi dalam hubungan     membantu. Para ahli dikehendaki mengumpulkan data tentang keberkesanan diri dan     menggunakan keputusan tersebut sebagai panduan dalam menjalankan profesion kaunseling.                    2. Setiap ahli bertanggungjawab kepada setiap klien (individu) dan institusi yang diberi perkhidmatan untuk menentukan tahap tingkahlaku profesional ahli adalah tinggi.

3. Semua ahli dikehendaki mangamalkan tingkah laku yang sesuai dengan agama dan adat yang merupakan asas etika ini. Sekiranya terdapat tingkah laku ahli yang boleh menimbulkan keraguan, rakan-rakan profesional yang lain mestilah mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan tersebut. Tindakan ini sebaik-baiknya, dilakukan dengan menggunakan saluran PERKAMA.         

4. Ahli-ahli tidak dibenarkan sama ada mendakwa atau mengakui kelayakan profesional yang melebihi dari apa yang diperolehinya dan ahli-ahli yang lain bertanggungjawab membetulkan pernyalahtafsiran kelayakan yang dibuat oleh orang lain.

5. Dalam hal memberi perkhidmatan profesional, 'ahli dikehendaki menerima hanya tanggungjawab atau tugas yang ia sendiri mempunyai kelayakan profesional.

6. Apabila ahli-ahli memberi maklumat kepada orang ramai atau rakan-rakan, mereka hendaklah bertanggungjawab mempastikan bahawa kandungan maklumat itu adalah benar, tepat dan objektif. Identiti klien hendaklah dirahsiakanBahagian B: Perhubungan Kaunseling Bahagian ini merujuk kepada amalan, peraturan dan cara hubungan kaunseling individu dan kelompok yang sesuai mengikut agama dan adat.

Page 23: bidang tugas kaunseling sekolah

1. Dalam hubungan kaunseling, ahli harus sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin, menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang memenuhi kehendak peribadi ahli dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien, ahli harus sedar dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar adat dan agama, dan harus menjaga hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini.

2. Dalam hubungan kaunseling, ahli harus sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin, menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang memenuhi kehendak peribadi ahli dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien, ahli harus sedar dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar adat dan agama, dan harus menjaga hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini.

3. Ahli mestilah menyedari keperluan dan hak klien untuk memilih tajuk perundingan. Sekiranya pemilihan tidak dapat dibuat, ahli mestilah menolong klien dalam memilih tajuk perundingan berkenaan.

4. Perhubungan kaunseling dan segala maklumat yang didapati, mestilah dianggap rahsia, sesuai dengan tanggungjawab ahli sebagai seorang profesional. Rekod perhubungan kaunseling termasuklah nota temu duga, data ujian, surat menyurat, rakaman-rakaman kaset dan video dan lain-lain dokumen. Maklumat ini tidak boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rekod agensi atau institusi dimana ahli bekerja, dinyatakan oleh undang-undang negara.

5. Menggunakan data yang diambil dari perhubungan kaunseling bagi kegunaan latihan dan kajian, hendaklah terbatas kepada kandungan yang boleh menyembunyi identiti klien. Ahli hendaklah sentiasa menjaga kerahsiaan identiti klien dengan sebagai-baik mungkin.

6. Sebelum memulakan sebarang perhubungan kaunseling, ahli hendaklah memberitahu klien     akan matlamad, prosedur kerja dan limitasi yang ada serta apa yang diharapkan akan     berlaku semasa proses kaunseling dijalankan. Semua cara yang dicuba bagi menolong     klien hendaklah dinyatakan dengan terang kepada klien serta langkah-langkah keselamatan yang cermat hendaklah diambil oleh ahli. Bahagian B : Perhubungan Kaunseling (sambungan)7. Apabila keadaan klien, mengikut pertimbangan ahli, menunjukkan dengan terang bahawa diri klien atau orang lain dalam keadaan bahaya, ahli hendaklah menggunakan kebijaksanaanya mengambil tindakan sendiri dengan adil, atau memaklumkan kepada pihak yang berkuasa. Perundingan dengan profesional yang lain bolehlah dibuat jika difikirkan perlu.

8. Sekiranya seseorang individu telah membentuk perhubungan kaunseling dengan seorang profesional yang lain, ahli tidak bolah mengadakan hubungan kaunseling dengannya tanpa memberitahu profesional tadi atau memastikan bahawa perhubungan yang pertama telah ditamatkan.

9. Ahli-ahli boleh memilih untuk berunding dengan profesional lain sebagai pakar perunding yang berkelayakan mengenai seseorang klien. Dalam usaha memilih pakar perunding ini, ahli hendaklah tidak menimbulkan apa-apa konflik atau mempengaruhi pakar perunding untuk menolong klien.

10. Jika ahli merasa tidak mampu utnuk memberikan pertolongan yang profesional kepada klien, ia haruslah jangan memulakan hubungan kaunseling atau menamatkan secepat mungkin. Dalam keadaan tadi, ahli mestilah mencadangkan pilihan-pilihan lain yang sesuai (ahli haruslah mengetahui sumber-sumber rujukan supaya pilihan yang memuaskan boleh dibuat). Sekiranya terdapat keadaan di mana klien enggan menerima rujukan yang dicadangkan, ahli tidaklah bertanggungjawab untuk meneruskan hubungan

Page 24: bidang tugas kaunseling sekolah

itu.

11. Dalan keadaan di mana ahli mempunyai pertalian tertentu dengan mereka yang meminta perkhidmatan, seperti hubungan yang melibatkan pentadbiran dan berunsurkan penilaian, ia tidak boleh menjadi kaunselor malah ahli hendaklah merujukan kepada profesional lain, kecuali jika tidak ada pilihan lain yang boleh dibuat.

12. Hubungan tertentu seperti saudara mara, kawan baik, atau hubungan emosi/ seks dengan       klien akan menjejaskan pertimbangan ahli secara profesional dan objektif. Keadaan ini       mestilah dijauhi atau hubungan kaunseling itu hendaklah diputuskan dan klien dirujuk       kepada profesional lain yang layak. Bahagian B : Perhubungan Kaunseling (sambungan)13. Ahli hendaklah cuba memberhentikan sesuatu perhubungan kaunseling sekiranya jelas kepada ahli bahawa klien tidak mendapat apa-apa manfaat daripada perhubungan tersebut.

14. Dalam masa hubungan kaunseling kelompok, ahli hendaklah bertanggungjawab mengambil langkah-langkah yang berjaga-jaga bagi melindungi individu daripada sebarang gangguan fizikal dan atau psikologi hasil daripada interaksi dalam kelompok.

15. Dalam menjalankan kaunseling kelompok, ahli atau kaunselor hendaklah membentuk norma-norma kerahsiaan mengenai apa yang telah dilahirkan oleh peserta-peserta dalam kelompok.

16. Ahli digalakan menapis dan menimbang terlebih dahulu peserta-peserta kelompok terutama jika penekanan kelompok dibuat ke atas kefahaman diri yang boleh membawa kepada pendedahan sendiri. Ahli perlu sedar tentang perkembangan dan penglibatan peserta kelompok sepanjang hayat kelompok.

17. Jika sekiranya ahli terlibat dalam pengendalian kaunseling kelompok jangka pendek atau program latihan seperti kelompok maraton dan lain-lain, ahli bolehlah menentukan adanya bantuan profesional semasa dan selepas kelompok itu diadakan.

18. Jika sekiranya ahli berada dalam suasana kerja yang menghendaki pengubahsuaian kenyataan diatas, ahli-ahli hendaklah bertanggungjawab untuk berunding dengan profesional lain bila perlu untuk mempertimbangkan pilihan yang lebih sempurna.

Bahagian C : Khidmat Persendirian

1. Ahli hendaklah menolong memperkembangkan profesional kaunseling dengan menggalakkan wujudnya perkhidmatan kaunseling dalam sektor awam dan sektor swasta.

2. Dalam khidmat persendirian, sekiranya ahli mengiklankan perkhidmatan, ia hendaklah mengiklankan perkhidmatannya itu dengan betul kepada orang ramai, dengan memberitahu mereka mengenai bentuk perkhidmatannya, kemahirannya, latihan atau kelulusannya dalam bidang kaunseling serta teknik-teknik yang akan digunakannya dalam bentuk yang profesional. Ahli-ahli yang mempunyai perasan sebagai pemimpin dalam organisasi tidak dibenar menggunakan nama organisasi itu dalam iklan-iklan mereka. Ahli-ahli bolehlah menyenaraikan butiran seperti berikut:    - 2a. Ijazah kelulusan berkaitan yang tertinggi.     - 2b. Jenis dan peringkat sijil/lesen.     - 2c. Jenis atau bentuk perkhidmatan. Maklumat-maklumat ini hendaklah benar, tepat dan tidak mengelirukan.

3. Ahli-ahli bolehlah bergabung atau berkongsi bersyarikat dengan ahli yang sama atau

Page 25: bidang tugas kaunseling sekolah

    mana-mana ahli yang lain dengan syarat masing-masing hendaklah jelas akan kemahiran bidang mereka.

4. Ahli-ahli dengan sendirinya bertanggungjawab untuk menarik diri daripada hubungan kaunseling sekiranya terdapat apa-apa pekerjaan yang disertainya bertentangan dengan peraturan etika ini.

5. Ahli-ahli mestilah patuh kepada undang-undang yang terdapat di sektor swasta atau persendirian di tempat perkhidmatan ini diadakan.

6. Adalah menyalahi peraturan etika sekiranya ahli menggunakan persatuan yang dianggotainya untuk mendapatkan klien bagi perkhidmatan persendirian.

Bahagian D : Perkhidmatan Personalia

1. Ahli hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kebolehan profesionalnya.

2. Ahli bolehlah menjalinkan hubungan yang baik dalam bidang pekerjaan dengan penyelia dan kakitangannya serta memberikan kefahaman mengenai kaunseling khususnya mengenai kerahsiaan, perbezaan antara bahan awam atau persendirian, tanggungan kerja dan akauntibiliti.

3. Ahli hendaklah memberitahu kakitangannya tentang matlamat dan rancangannya

4. Ahli hendaklah mencuba untuk memberi perkhidmatan yang terbaik bagi menentukan hak dan kebajikan orang yang menerima perkhidmatannya terpelihara.

5. Ahli hendaklah memberitahu majikan keadaan-keadaan di mana berkembangan berlakunya     konflik yang boleh merosakkan atau perkara yang akan menyekat keberkesanan     perkhidmatannya.

6. Ahli hendaklah bertanggungjawab dalam perkembangan latihan semasa dalam perkhidmatan untuk diri dan kakitangannya.

7. Sekiranya ahli terlibat dalam perlantikan mana-mana kakitangan, ahli hendaklah memilih orang yang berkelayakan serta memberi tanggungjawab yang sesuai dengan kemahiran dan kebolehan mereka

8. Ahli digalakkan untuk membuat penilaian dan kajian serta mengalakkan ahli lain berbuat demikian.

Bahagian E : Penyelidikan dan Penerbitan

1. Dalam merancang sesuatu aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan manusia, ahli (selepas ini disebut juga sebagai 'penyelidik) mestilah sedar dan peka terhadap prinsip etika kemanusiaan. Ahli juga hendaklah memastikan pernyataan masalah, keadah, rancangan dan pelaksanaan penyelidikan bersesuaian sepenuhnya dengan etika tersebut.

2. Tanggungjawab untuk menentukan penyelidikan sesuai dengan etika tertakluk kepada ketua penyelidik. Penyelidik-penyelidik lain yang memberi kerjasama juga turut dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang mereka ambil.

Page 26: bidang tugas kaunseling sekolah

3. Dalam membuat kajian ke atas manusia sebagai subjek, penyelidik berkewajipan menjaga     kesejahteraan serta kebajikan sepanjang percubaan dibuat dan penyelidik mestilah     membuat psikologi, fizikal atau kemasyarakatan bagi mereka yang dikaji.

4. Mereka yang dijadikan bahan kajian atau subjek hendaklah diberitahu akan tujuan kajian, kecuali dengan tidak memberi penerangan atau memberi maklumat yang salah adalah merupakan kaedah untuk melihat kesan yang dikehendaki dalam penyelidikan itu. Walaubagaimanapun apabila kajian tamat, pengkaji bertanggungjawab memberitahu atau membetulkan semula maklumat yang salah yang telah disampaikan kepada subjek.

5. Penyertaan subjek dalam penyelidikan mestilah dilakukan secara sukarela. Penyertaan yang dipaksa hanya sesuai jika tidak mendatangkan kesan buruk ke atas mereka yang dikaji, dan hanya boleh dilakukan jika penyertaan begini didapati perlu dalam penyelidikan.

6. Seorang penyelidik hendaklah berusaha melaporkan hasil kajiannya dan sebarang kemungkinan kesilapan hendaklah diminimumkan.

7. Bila melaporkan penemuan penyelidikan, hendaklah disebut semua angkubah/faktor dan keadaan yang diketahui oleh pengkaji yang mungkin telah mempengaruhi hasil kajian atau interpretasi data.

Bahagian E: Penyelidikan dan Penerbitan (sambungan)

8. Seorang penyelidik mempunyai kewajipan untuk memberitahu semua maklumat penyelidikan asal kepada mereka yang berkelayakan yang ingin membuat kajian serupa.

9. Dalam menyampaikan maklumat, membantu dalam penyelidikan orang lain, melaporkan keputusan ataupun semasa memberi laporan asal, perhatian mestilah diberi untuk merahsiakan identiti subjek yang dikaji,jika persetujuan tidak didapati dari mereka.

10. Dalam menjalan atau melaporkan kajian, seseorang penyelidik mestilah memperkenalkan      dan memberi penghargaan ke atas kajian-kajian yang lalu mengenai tajuk itu. Ia juga      mestilah mematuhi undang-undang hak cipta dan mengikut prinsip penulisan dalam      memberi penghormatan kepada mereka yang harus menerimanya.

11. Sebagai menghargai sumbangan dari pihak lain, sama ada yang diambil atau yang diterima, seorang penyelidik mestilah menyatakan kerjasama penyelidik-penyelidik lain. Dalam membuat pernyataan penghargaan, pernyataan dalam bentuk nota kaki atau dengan apa cara lain yang bersesuaian hendaklah dilakukan.

12. Keputusan yang mencerminkan keburukan ke atas sesuatu institusi, badan perkhidmatan,      rancangan atau mencabar sesuatu pihak tidaklah boleh disorokkan.

13. Jika ahli-ahli bersetuju dengan individu yang lain dalam kajian atau penerbitan, mereka mestilah menunjukkan tangungjawab untuk bekerjasama dengan memenuhi perjanjian yang telah dibuat, iaitu dengan membuat kerja dengan tepat dan lengkap terhadap sebarang keterangan yang dikehendaki.

14. Etika menghendaki penyelidik atau pengarah supaya tidak menghantar penulisan yang sama atau kandungan yang serupa untuk penerbitan yang serentak di dalam dua jurnal atau lebih. Sebagai tambahan, tidak boleh sama sekali penulisan yang telah diterbitkan, digunakan dalam penerbitan lain, sama ada sepenuhnya atau sebahagian, tanpa pengetahuan atau kebenaran daripada penerbit yang terdahulu

Bahagian F : Perundingan

Page 27: bidang tugas kaunseling sekolah

Perundingan adalah merujuk kepada perhubungan yang sukarela di antara pembantu-pembantu yang mahir atau profesional dan orang-orang perseorangan, kumpulan atau pertubuhan sosial yang memerlukan bantuan. Kaunselor atau perunding akan memberi pertolongan atau perkhidmatan kepada klien dalam menerang dan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan masalah atau masalah yang mungkin didapati oleh klien.

1. Ahli yang bertindak sebagai perunding atau kaunselor mestilah mempunyai kesedaran     sendiri yang tinggi terhadap nilai, pengetahuan, kemahiran dan batasan diri serta mahu melibatkan diri dalam usaha menolong untuk mengubah bentuk hubungan antara manusia dan organisasi.

2. Mestilah ada persefahaman dan persetujuan di antara ahli yang bertindak sebagai perunding dengan klien terhadap pengetahuan matlamat serta jangkaan dan cara penilaian yang dibuat.

3. Ahli mestilah faham atau pasti yang ia atau pertubuhan yang diwakilinya mempunyai kemampuan, keperluan dan sumber dalam memberi pertolongan yang diperlakukan pada masa kini yang hadapan.

4. Perhubungan perundingan mestilah yang membolehkan klien mengubahsuai dalan usaha memupuk ke arah perkembangan sendiri. Ahli mestilah memahami peranannya dalam membantu klien membuat keputusan supaya jangan timbul pergantungan klien pada masa hadapan kepada perunding.

5. Ahli tidak dibenar mengambil bayaran persendirian bila berunding dengan orang-orang yang     berhak kepada perkhidmatan ini kerana hubungan mereka dengan majikan atau institusi     di mana ahli bekerja.

6. Ahli tidak dibenar mengambil bayaran persendirian bila berunding dengan orang-orang yang     berhak kepada perkhidmatan ini kerana hubungan mereka dengan majikan atau institusi di     mana ahli bekerja.

Bahagian G : Latihan

Bahagian ini adalah untuk ahli yang bertanggungajawab dalam bidang latihan. Ahli yang berfungsi sebagai pelatih mempunyai tanggungjawab yang lebih serta unik dari yang lain. Antara tanggungjawabnya adalah seperti berikut:

1. Ahli haruslah menerangkan kepada pelajar kehendak program, perkembangan kemahiran asas dan peluang pekerjaan sebelum pelajar menceburkan diri dalam program itu

2. Ahli yang bertanggungjawab dalam rancangan latihan mesti membentuk rancangan yang bersepadu antara kajian akademik dan amali.

3. Ahli mestilah membentuk rancangan yang dapat memperkembangkan kemahiran, pengetahuan, kefahaman diri pelajar, dan jika boleh nyatakan tahap kebolehan mereka mengikut peringkat sama ada para-profesional atau profesional.

4. Ahli mestilah mengadakan satu program yang melibatkan latihan penyelidikan yang bersesuaian dengan peringkat atau peranan mereka. Sebagai tambahan, kakitangan ini mestilah mempelajari bagaimana menilai sendiri keberkesanan program. Latihan siswazah lebih-lebih lagi di peringat kedoktoran mestilah melibatkan latihan persediaan untuk penyelidikan yang akan dibuat oleh peserta-peserta program.

Page 28: bidang tugas kaunseling sekolah

5. Ahli melalui penilaian dan pentafsiran yang berterusan ke atas pelajar, mestilah menyedari     akan batasan pelajar itu yang mengkin akan menghalang prestasinya di masa hadapan.     Ahli atau pengajar bukan sahaja cuba menolong pelajar itu mendapatkan bantuan     pemulihan tetapi menapis juga individu-individu yang dikenalpasti oleh ahli pengajar, tidak     berkemampuan kerana kesihatan mental yang kronik mestilah dikeluarkan dari program     latihan.

Bahagian G : Latihan (sambungan)

6. Ahli mestilah menyedarkan pelajar tentang etika dan tanggungjawab terhadap profesional ini.

7. Program penyediaan mestilah mengalakkan pelajar menghargai perkhidmatan ini kepada individu dan masyarakat. Dalam hal ini wang mestilah tidak mempengaruhi kualiti/mutu perkhidmatan yang diberikan. Hal-hal kewangan mestilah dielakkan daripada menguasai kehendak-kehendak ikhtisas dan kemanusiaan.

8. Ahli digalakkan mempersembahkan secara terperinci berbagai teori supaya pelajar boleh membuat perbandingan dan mempunyai peluang untuk memilih.

9. Ahli mestilah membantuk polisi yang jelas di dalam institusi pendidikannya berhubung dengan latihan praktikum dan peranan pelajar serta juga pengajar di dalam latihan praktikum itu.

10. Ahli yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan mestilah mahir sebagai guru dan praktisioner.

11. Ahli mestilah mengendalikan program pendidikan yang selaras dengan garis panduan yang tercatat dalam etika.

Bahagian H : Pengukuran dan Penilaian

Tujuan utama penilaian dalam bidang pendidikan dan psikologi ialah untuk mendapatkan langkah-langkah yang objektif serta boleh difahami dalam bentuk perbandingan yang mutlak. Kenyataan berikut merangkumi seluruh interpretasi bagi data ujian dan bukan ujian. Data ujian hanyalah merupakan salah satu cara bagi mendapatkan maklumat dalam membimbing ahli memilih sesuatu keputusan dalam proses bimbingan/kaunseling.

1. Ahli mestilah menerangkan dengan khusus maklumat mengenai ujian, sebelum dan selepas ujian dibuat supaya keputusan ujian itu dapat diterima dalam perspektif yang betul jika dikaitkan dengan faktor-faktor sosio-ekonomi, bangsa dan budaya dalam pencapaian ujian itu.

2. Dalam memilih ujian untuk digunakan dalam satu-satu situasi bagi seseorang klien, ahli harus menimbang dengan teliti mengenai kesahan dan kebolehpercayaan serta kesesuaian atau ketepatan ujian itu.

3. Ujian yang berlainan memerlukan tahap kelayakan pengendalian yang berbeza dan interpretasi yang berlainan. Ahli mestilah menyedari had-had kebolehan sendiri dan menjalankan hanya tugas-tugas yang ia layak sahaja.

4. Tujuan ujian dan kegunaan keputusan hendaklah diberitahu kepada calon-calon sebelum

Page 29: bidang tugas kaunseling sekolah

ujian diberi.

5. Bila membuat kenyataan kepada orang awam mengenai ujian dan pengujian, ahli mestilah     memberi keterangan yang tepat dan mengelak dari membuat dakwaan yang tidak benar     atau tanggapan yang salah.

6. Ujian-ujian mestilah dijalankan dalam keadaan-keadaan yang sama seperti norma. Bila ujian tidak dijalankan dalam keadaan-keadaan yang lazim atau bila berlakunya sesuatu tingkahlaku, perkara itu mestilah dicatatkan. Keputusan-kepurusan ujian berkenaan hendaklah diisytiharkan sebagai tidak sah atau yang boleh meragukan

Bahagian H : Pengukuran dan Penilaian (sambungan)

7. Pencapai yang bererti dari keputuan ujian-ujian yang digunakan oleh kaunselor lazimnya berdasarkan ketidakbiasaan calon mengenai perkara tertentu yang terdekat dalam ujian itu, mengajar atau memberitahu bahan-bahan ujian sebelum sesuatu ujian dijalankan memungkinkan keputusannya tidak sah. Oleh itu pengawasan rapi ujian adalah salah satu daripada tanggungjawab ahli.

8. Ahli mestilah berhati-hati apabila menginterpretasi sesuatu keputusan dari bahan atau alat kajian yang tidak lengkap. Tujuan utama penggunaan alat kajian itu mestilah dinyatakan dengan jelas kepada calon.

9. Keputusan ujian yang diberi kepada majikan atau lain-lain pihak yang berkenaan untuk tujuan penilaian atau klasifikasi harus diawasi supaya tidak disalah erti atau disalah guna. Kebajikan calon ujian harus diambilkira sebagai satu kriteria penting dalam apa-apa pertimbangan.

10. Ahli mestilah berhati-hati apabila membuat penilaian dan menginterpretasi prestasi mereka yang tidak termasuk di dalam golongan norma semasa alat ujian itu distandardisasikan. Ahli yang mengguna ujian yang diambil dari luar negeri haruslah berhati-hati semasa menguna dan menginterpretasi dengan memikirkan budaya golongan norma yang telah digunakan oleh pencipta ujian dalam proses piawaian.

11. Ahli mestilah berhati-hati supaya tidak mencedok, mengubahsuai dan menggunakan      ujian-ujian yang diterbitkan tanpa menyatakan penghargaan atau mendapat kebenaran dari      penerbit.

Penggunaan Masa

Seorang guru bimbingan dan kaunseling perlu diberi peruntukan waktu mengajar tidak lebih daripada 12 waktu seminggu untuk membolehkannya menjalankan kegiatan bimbingan dan kaunseling. Walau bagaimanapun ini bukanlah situasi yang ideal. Sebaik-baiknya setiap sekolah mempunyai kaunselor sekolah supaya kaunselor dapat menumpukan sepenuh masa untuk membantu pelajar.

            I. Masa maksimum untuk seorang guru bimbingan dan kaunseling dalam seminggu:

               a) mengajar = 480 minit               b) bimbingan dan kaunseling = 820 minit

               JUMLAH = 1300 minit

               Ini adalah berdasarkan 40 minit bagi setiap waktu mata pelajaran. Tugas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hendaklah dijadual dan dicatatkan di dalam buku rekod mengajar.

Page 30: bidang tugas kaunseling sekolah

            II. Penggunaan waktu bimbingan dan kaunseling yang minimum untuk aktiviti-aktiviti spesifik dalam seminggu:

               a) Kaunseling tunjuk ajar/kauseling kelompok dan bimbingan kelompok = 640 minit                b) Kaunseling individu/perbincangan kes/kaunseling keluarga = 120 minit                c) Pengurusan bilik bimbingan dan kaunseling = 60 minit

               JUMLAH = 820 minit

               Agihan masa yang lebih untuk kaunseling tunjuk ajar, bimbingan dan kaunseling kelompok adalah untuk membolehkan pelajar ditemui oleh guru bimbingan dengan lebih kerap dalam masa yang singkat. Dengan itu, usaha untuk menyampaikan maklumat dan interasi yang tidak formal adalah digalakkan.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA, WAWASAN 2020 DAN SUMBANGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

FALSAFAH PENDIDIKAN

           Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Untuk membina Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan, kita perlu mengambil kira latar belakang masyarakat, bangsa dan negara tersebut. Kita perlu melihat dari aspek budayanya, sistem kepercayaannya, latar belakang ekonominya, dan sistem politiknya. Selain itu matlamatnya hendaklah selari dengan kehendak dan matlamat Falsfah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Negara berbunyi:

           "Pendidikan Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

WAWASAN 2020

Cabaran Wawasan 2020 dalam konteks Pembangunan Negara adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil, dan didukung oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangsa, dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenal melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati rakyat negara lain.

Page 31: bidang tugas kaunseling sekolah

3. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bemoral dan beretika, yang warga negaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, yang mana rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang. Ini adalah masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamaik, giat dan kental.

SUMBANGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

                        Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyambut cabaran Wawasan 2020, dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah lagi. Ini boleh dicapai melalui perancangan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang berkesan.

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5.1 Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan      seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran di sekolah. Di mana perlu, khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.

5.2 Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.

5.3 Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran (instructional guidance and counseling) dan bimbingan dan kaunseling kelompok. Di mana perlu diadakan bimbingan dan kaunseling individu.

5.4 Perkhdimatan lebih bersifat terbuka iaitu menggalakkan bimbingan dan kaunseling

Page 32: bidang tugas kaunseling sekolah

terbuka      yang melibatkan penyertaan aktif pelajaran melalui bimbingan dan kaunseling sebaya, dan      guru-guru terlatih. Kerahsiaan menjadi konsep yang penting dalam kaunseling.

5.5 Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai berdisiplin, iaitu input bimbingan dan kaunseling boleh dan sesuai, disalurkan melalui kurikulum yang ada dan melalui      aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan.

5.6 Perkhdimatan bersifat pelbagai modaliti iaitu menekankan sekurang-kurangnya bidang perkembangan induvidu seperti berikut:      - Agama/moral      - Psikososial/afektif      - Kognitif      - Fizikal/seksual      - Vokasional/kerjaya      Pendekatan yang seimbang merupakan salah satu cara untuk mengadakan      strategi-strategi intervensi berasaskan kepada andaian bahawa tiap-tiap model di atas berhubung kait antara satu dengan lain. Gabungan atau perubahan pada satu model membawa kesan kepada lain.

PERSONEL UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH

Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah.

Dicadangkan tiap-tiap sekolah menubuhkan satu jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling seperti yang di bawah:

Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah

Penasihat(Pengetua dan/ atau Penolong Kanan I)

Naib Pengerusi (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi (Ketua Bidang)

Setiausaha (Guru Bimbingan Dan Kaunseling)

Penolong Setiausaha (Penolong Guru Bimbingan Dan Kaunseling)

Ahli Jawatankuasa Guru Disiplin

Ketua Bidang Ketua Panitia Mata Pelajaran Guru Penyelaras Tingkatan

Guru Asrama Guru Ko-Kurikulum

Guru BiasiswaWakil Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

Wakil Pelajar

Page 33: bidang tugas kaunseling sekolah

(Jawatankuasa ini boleh digabungkan atau bekerjasama dengan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah - rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985).

1. Peranan penting yang dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling sekolah ialah menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokong bantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

2. Objektif Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling ialah Jawatankuasa ini memastikan semua aktiviti bimbingan dan kaunseling diselaraskan supaya tidak berlaku tindan-tindih.

3. Fungsi Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling.     3.1 Merancang aktiviti yang tersusun dan tepat kepada sasaran.     3.2 Memupuk semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan semua aktiviti.     3.3 Memastikan keterlibatan dan sokongan pihak pengurusan.     3.4 Memastikan penggunaan semua sumber dengan maksimum.     3.5 Mendapatkan kerjasama dan sokongan PIBG, agensi-agensi kerajaan dan swasta dan           badan-badan sukarela.     3.6 Membina dan melaksanakan kawal-selia, penilaian dan rekod yang sistematik.     3.7 Menjalankan latihan dalaman kepada semua Staf supaya memahami konsep bimbingan dan kaunseling.

4. Tugas Guru Lain Dalam Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.     4.1 Membantu mengenal pasti pelajar yang berisiko untuk intervensi kaunseling.    4.2 Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar.     4.3 Membantu memberi bimbingan tunjuk ajar.     4.4 Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan, pendidikan pencegahan dadah, latihan dan maklumat semasa.     4.5 Membantu melaksanakan program dan bimbingan pelajar seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Skim Lencana Anti Dadah, Kem Jaya Diri dan Motivasi.     4.6 Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan kaunseling.

PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  1. Bimbingan dan kaunseling, adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan, pelajar dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap pelakuan, dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.

2. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua pelajar. Tiap-tiap pelajar memperoleh peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau kepercayaan.

3. Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang pelajar mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.

4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.

5. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain     dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta

Page 34: bidang tugas kaunseling sekolah

merancang hidupnya dengan berkesan.

6. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan. Usaha-usaha     bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai     menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya sekarang dalam jangka     masa panjang.

7. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahannya dan memberi fokus     adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti     perkembangan dan pencegahan.

8. Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program     dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, guru     bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa, dan pelajar patut bekerjasama dan     saling berunding antara satu dengan lain.

9. Bimbingan dan kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar. Segala maklumat mengenai pelajar adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami pelajar secara menyeluruh supaya dapat memberi bimbingan dan kaunseling yang berkesan.

PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING (sambungan)

10. Setiap individu berbeza gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar . Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut:

     10.1  Orientasi Deria               Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan rasa.          10.2  Gerak Balas (Response)               Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui pemerhatian sahaja.

     10.3  Corak Pemikiran             Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan tertentu.      11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam persekitarannya. Misalnya seorang pelajar yang dibesarkan di luar bandar, akan dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga sebaliknya. Oleh itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan, tetapi ini bergantung kepada nilai, jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan untuk membuat penyesuaian diri.

12. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal pelajar. Ini bermakna pelajar tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia kognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap , mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.

13. Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling. Mematuhi      etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan pelajar.

PENDEKATAN

Page 35: bidang tugas kaunseling sekolah

PENDEKATAN Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan berikut:

    Pendekatan Krisis     Pendekatan Pemulihan     Pendekatan Pencegahan     Pendekatan Perkembangan

1. Pendekatan Krisis     Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan pihak pentadbir sekolah. Misalnya, pelajar yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan     tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah, atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti (kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan).

2. Pendekatan Pemulihan     Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan pelajar mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya pelajar ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu.

3. Pendekatan Pencegahan     Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan penggunaan dadah, kempen anti merokok, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS, taklimat persediaan menghadapi peperiksaan, ceramah motivasi atau kem jaya diri.

4. Pendekatan Perkembangan     Pendekatan ini merupakan satu usaha mengenal pasti keperluan pelajar di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada pelajar. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Pelajar diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka.

Pada hakikatnya keempat-empat pendekatan ini digunakan tetapi adalah disyorkan pendekatan perkembang lebih diutamakan. Bidang tumpuan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pendekatan perkembangan (developmental) adalah seperti berikut:

    Perkembangan agama dan moral         Perkembangan psikososial     Perkembangan kognitif dan afektif     Perkembangan fizikal dan seksual     Bidang perkembangan vokasional dan kerjaya.

BIDANG TUGAS GURU DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.

KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING (Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus).

Page 36: bidang tugas kaunseling sekolah

1. Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti PUTRA Malaysia dan universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang lain.

2. Inventori Individu Dan Rekod     i. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar.    ii. Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan penilaian       dan pentafsiran minat pelajar.   iii. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.   iv. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.    v. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.   vi. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna       untuk membantu perkembangan diri pelajar.

3. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat     i. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar misalnya melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.    ii. Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi.   iii. Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat.   iv. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain.    v. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.   vi. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah AIDS, bahaya merokok dan       inhalen.

4. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Kelompok     i. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar        (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral-agama pelajar.    ii. Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk        ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya        masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang        dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.   iii. Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan SPM, SPMV dan STPM   iv. Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.

5. Perkhidmatan Kaunseling

   i. Kaunseling dengan pelajar secara individu kelompok mengenai:       a) Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.       b) Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.       c) Kerjaya, pelajaran dan peribadi.       d) Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.

Page 37: bidang tugas kaunseling sekolah

      e) Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.   ii. Kaunseling keluarga.      Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya.  iii. Kaunseling tunjuk ajar      Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.

6. Perkhidmatan Penempatan     i. Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurukulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan.    ii. Penempatan pekerjaan,       a) menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika           program seumpama ini diadakan).       b) membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar           lepasan sekolah vakasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).      c) membantu menempatkan pelajar lepasan sekolah menengah untuk memasuki           institusi-institusi pekerjaan.

7. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah Dan Inhalen    i. Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan nilai membenci dadah dan inhalen.  ii. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan      dan rawatan.  iii. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada Kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah di peringkat sekolah.

8. Perkhidmatan Konsultasi Dan Rujukan    i. Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.  ii. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah. iii. Membantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.  iv. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.   v. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.  vi. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

9. Perkhidmatan Penyelarasan Resos   i. Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain.  ii. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.  iii. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah. iv. Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi      aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.

10. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa     i. Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawal kemajuan

Page 38: bidang tugas kaunseling sekolah

pelajar terutamanya dalam pelajaran.    ii. Menghubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.   iii. Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.  iv. Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar.   v. Mengadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah yang dihadapi oleh       pelajar berpunca daripada keluarga.

11. Perkhidmatan Penilaian     i. Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.     ii. Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

12. Sistem Fail, Rekod Dan Dokumentasi      i. Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.

Page 39: bidang tugas kaunseling sekolah

GURU PENOLONG BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Page 40: bidang tugas kaunseling sekolah

Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus perlaksanaan program atau aktiviti bimbingan di sekolah.

Mereka ini sebagai staf yang menjadi pembantu kepada guru kanan bimbingan dan kaunseling.

1. Tugas Guru Penolong Bimbingan Dan Kaunseling     i. Membantu dalam mengendalikan inventori individu dan rekod.    ii. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat.   iii. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok.   iv. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling.    v. Membantu dalam perkhidmatan penempatan.   vi. Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen.  vii. Membantu dalam pekhidmatan konsultasi dan rujukan. viii. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos.  ix. Membantu dalam perkhidmatan penilaian.   x. Membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan.  xi. Membantu menghasilkan dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan, seperti       poster, risalah, dokumen, berita, slaid dan pita video.

2. Tugas Guru Lain Dalam Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.    i. Membantu mengenal pasti pelajar-pelajar berisiko untuk intervensi kaunseling. ii.Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar.   iii. Membantu memberi bimbingan 'tunjuk ajar'   iv. Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah, latihan dan       maklumat semasa.   v. Membantu melaksanakan program dan aktiviti pelajar.  vi. Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan kaunseling

Page 41: bidang tugas kaunseling sekolah

KEMUDAHAN FIZIKAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Page 42: bidang tugas kaunseling sekolah

Kemudahan fizikal merupakan satu aspek penting untuk menjalankan aktiviti bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Setiap sekolah perlu menyediakan sebuah bilik khas untuk digunakan sebagai pusat aktiviti dan pusat sumber Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

A. Alat-alat yang perlu diadakan:   1. Kerusi guru dan pelajar   2. Meja guru dan pelajar   3. Rak-rak buku dan risalah   4. Almari berkunci atau peti besi untuk fail dan rekod sulit   5. Bangku panjang untuk pelajar   6. Bangku panjang untuk pelajar   7. Pita rakaman dan kaset   8. Papan putih/ papan kenyataan   9. Set setee 10. Sambungan telefon 11. Tikar atau karpet 12. Projektor slide 13. Komputer 14. Penghawa dingin/ kipas 15. 'Over Head Projector' 16. Papan kenyataan 17. Alat pemusnah kertas 18. Kamera19. Video kamera

B. Rekod untuk menjalankan kaunseling1. Kad 001 M 2. Kad kemajuan pelajar 3. Buku temujanji 4. Borang kebenaran keluar dari kelas 5. Rekod peribadi pelajar 6. Borang rekod temuramah

C. Mengadakan ujian atau penilaian untuk peningkatan program bimbingan dan kaunseling di sekolah.

D. Bahan rujukan seperti buku, risalah dan bahan maklumat.

BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Dalam pendidikan moden, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah amat mustahak. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan ini, maka sebuah bilik khas bimbingan dan kaunseling hendaklah diadakan.

Bilik bimbingan dan kaunseling perlu diubah suai mengikut keperluan perkhidmatan di sekolah. Lihat rajah 1 :

A           ~ Kaunter Pendaftaran, Ruang Menunggu dan Setor Alat Bimbingan dan Kaunseling. B           ~ Bilik Resos C1 & C2 ~ Bilik-Bilik Kaunseling Individu D           ~ Bilik Kaunseling Kelompok

A. Kaunter Pendaftaran

Page 43: bidang tugas kaunseling sekolah

    i. Kaunter terletak di tempat strategik untuk mengawal kegiatan-kegiatan di bilik resos, bilik        menunggu dan bilik-bilik kaunseling.    ii. Tempat bertanya dan buat 'temu janji'

    Ruang Menunggu     i. Kedudukannya membolehkan pelajar mudah dipanggil untuk sesi kaunseling.    ii. Pelajar menunggu giliran untuk sesi kaunseling.   iii. Papan kenyataan untuk menampalkan maklumat bimbingan dan kaunseling.   iv. Untuk kakitangan bimbingan membuat kerja-kerja perkeranian dan menaip.    v. Simpanan fail-fail, urusan surat menyurat biasa, borang-borang berkait dengan program bimbingan dan kaunseling.   vi. Tempat mempamerkan maklumat dan alat-alat bimbingan dan kaunseling.

    Setor Alat Bimbingan Dan Kaunseling     i. Terletak hampir (jika boleh sebelah menyebelah) kaunter. Sebagai tempat simpanan barang/alatan, Setor ini eloklah hampir dengan penggunanya iaitu guru bimbingan dan kaunseling serta pembantunya.    ii. Tempat simpanan alatan menulis.   iii. Tempat simpanan maklumat alat-alat bimbingan dan kaunseling.   iv. Tempat simpanan rekod-rekod lama sebelum dimusnahkan.

B. Bilik Resos     i. Bersetentangan dengan kaunter untuk memudahkan pengawalan    ii. Rak-rak atau meja disusun untuk memudahkan pergerakan-pergerakan penggunanya.   iii. Tempat mempamerkan maklumat dan alat-alat bimbingan dan kaunseling.   iv. Tempat membaca membuat rujukan dan mengadakan perbincangan mengenai      bahan-bahan atau alatan bimbingan dan kerjaya.    v. Menjalankan sesi-sesi bimbingan dan kaunseling kelompok.  vi. Tempat menayangkan slaid, lut sinar, filem, video, TV dan juga komputer.

C. Bilik-Bilik Kaunseling Individu     i. Bilik boleh didatangi dengan mudah oleh pelajar. Berdekatan dengan kaunter tempat menunggu dan setor.    ii. Jika bilik mendapat cahaya matahari terus, tempat duduk pelajar atau guru bimbingan dan kaunseling hendaklah jangan menghadapi arah datangnya cahaya.   iii. Tempat pelajar atau guru bimbingan dan kaunseling duduk tidak hampir sangat dengan tingkap.   iv. Kalau rak berpetak dan ada peti besi, eloklah diletakkan sejauh mungkin dari pelajar atau       guru bimbingan dan kaunseling.    v. Untuk sesi kaunseling.   vi. Tempat menyimpan rekod-rekod sesi kaunseling.  vii. Tempat membuat rakaman yang boleh menolong proses kaunseling. viii. Tempat mengadakan latihan santai dan latihan gerak badan yang boleh mengurangkan tekanan yang dialami oleh individu.ix.  Tempat fail meja guru bimbingan dan kaunseling yang berkenaan.

D. Bilik Kaunseling Kelompok     i. Bilik ini hendaklah dilengkapi dengan sebuah meja panjang dan kerusi secukupnya. Lantai bilik ini, eloklah beralas dengan tikar, permaidani atau tikar getah.    ii. Untuk sesi kaunseling dan bimbingan kelompok   iii. Mengadakan bengkel atau perbincangan tertutup antara guru dan ibu bapa.   iv. Membuat kerja kelompok seperti membuat poster carta, risalah dan buku skrap.    v. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Sekolah dalam merancang dan melaksanakan program di sekolah.   vi. Bilik untuk mengadakan latihan Pembimbing Rakan Sebaya.

Page 44: bidang tugas kaunseling sekolah

Cadangan :    i. Eloklah dipilih bilik yang senang dilihat dan mudah dikunjungi.   ii. Bilik ini dihias supaya boleh menimbulkan suasana yang mententeramkan. Hiasan dinding       terdiri daripada gambar atau kata hikmat yang boleh menimbul suasana tenteram.   iii. Paling baik jika bilik kaunseling tidak lutbunyi.   iv. Mempunyai pengudaraan yang baik.    v. Warna alatan seperti perabut eloklah berwarna yang menyelesakan.   vi. Tingkap-tingkap digantung langsir yang berwarna lembut dan menarik.  vii. Untuk mengelakkan syak wasangka pintu bilik kaunseling individu hendaklah mempunyai       pintu bertingkap cermin.

E. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi     Fail, Rekod dan Dokumentasi adalah merupakan pengesanan kepada perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan. Oleh itu, fail, rekod dan dokumentasi     aktiviti-aktiviti hendaklah diurus dan disimpan dengan sempurna dan mudah dikesan bila diperlukan.

 

Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling

1. Inventori Individu Dan Rekod

2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

4. Perkhidmatan Kaunseling

5. Perkhidmatan Penempatan

6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen 

7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan

8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos 

9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa 

10. Perkhidmatan Penilaian 

11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi

Pendekatan

Page 45: bidang tugas kaunseling sekolah

    Pendekatan Krisis     Pendekatan Pemulihan     Pendekatan Pencegahan     Pendekatan Perkembangan

Bidang

Bidang Akademik  

Bidang Kerjaya

Bidang Psikososial & Kesejahteraan mental

Bidang Kemahiran  Sosial

Bidang Keibu-bapaan

Bidang Pembangunan Diri

Bidang Disiplin

Bidang Ketagihan (Rokok/Dadah/Bahan Khayal&Memabukkan)

HIV/AIDS

Perkhidmatan / Tugasan

            Ceramah, seminar, forum, bengkel, perkhemahan keluarga/ Hari keluarga/ Lawatan kerumah, kaunseling keluarga, khidmat konsultansi, kursus kemahiran keibubapaan, buletin keluarga, pameran.            Bimbingan kerjaya merentas ko-kurikulum, Kokurikulum, PRS, Bimbingan kelompok, kauseling individu,, bilbil kauseling, forum, kursus, bengkel, seminar, kem bina insan/ diri, kolokium, rehlah, lawatan, tayangan video, latihan dalam kumpulan, aktiviti simulasi, kumpulan, perkhemahan ibadah, ceramah- kaunseling keluarga, PRS.            Bimbingan kelompok, bimbingan individu, lawatan, ceramah, forum, seminar, tayangan video, pertandingan -pertandingan Buku Skrap Kerjaya dan Poster.        Bimbingan kelompok, bimbingan individu,kaunseling kelompok, kaunseling individu, bilblio kaunseling, kursus, bengkel , kem/perkemahan, tayangan video, taklimat, kolokium,tutor sebaya,mento mentee, pembimbing rakan sebaya