bidang tugas ajk hem 20122

30
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID SEK. KEB. NONG CHIK Tugas : 1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah jika perlu mangkaji semula dari semasa ke semasa. 2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan diambil ke atas pelajar berkenaan. 3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut. 4. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru, serta ibu bapa mengenai hal-hal berkaitan dengan dispilin sekolah. 5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.

Upload: aniyu

Post on 28-Oct-2015

141 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ilmu

TRANSCRIPT

Page 1: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

BIDANG TUGASJAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

SEK. KEB. NONG CHIK

Tugas :

1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran

dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah jika

perlu mangkaji semula dari semasa ke semasa.

2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan diambil ke

atas pelajar berkenaan.

3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan

membantu dalam menangani masalah tersebut.

4. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru, serta ibu bapa

mengenai hal-hal berkaitan dengan dispilin sekolah.

5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.

6. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka.

7. Mesyuarat ;

7.1 Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan

mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan

adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara Guru Besar.

Page 2: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

7.2 Mesyuarat sidang penuh ( 4 kali setahun ) ialah mesyuarat yang membentangkan

dan membincangkan peraturan yang digubal, membentangkan dan

membincangkan cadangan tambahan dan pindaan perkara-perkara yang berkaitan

dengan kebajikan pelajar-pelajar. Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki

hadir.

7.3 Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa

mengikut keperluan tertentu apabila Guru Besar / Pengerusi berpendapat bahawa

sidang demikian perlu diadakan.

7.4 Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki memiliki

prinsip pengurusan, prinsip bekerja, prinsip kualiti dan pemilihan.

Page 3: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNIT

PENGURUSAN DISIPLIN MURIDSEK. KEB. NONG CHIK

Tugas :

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.

3. Mencadangkan pelantikan pengawas-pengawas sekolah.

4. Menjadi penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah.

5. Menjadi setiausaha kepada jawatankuasa Penasihat Hal Ehwal Murid.

6. Merekod segala kesalahan/hukuman denda yang dikenakan ke atas murid-murid.

7. Membantu Guru Besar / GPK HEM dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.

8. Bekerjasama dan sentiasa berhubung rapat dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam membantu serta menyelesaikan masalah murid dan juga guru.

9. Bekerjasama dengan guru bertugas Mingguan atau Harian dan Lembaga Pengawas sekolah untuk maksud menguruskan kawalan dapat diadakan oleh pihak sekolah.

10. Membantu Guru Besar/GPK HEM mengadakan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga murid bermasalah.

11. Menyelesaikan sebarang masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga Pengawas Sekolah serta merujuk kepada Guru Besar jika perlu.

Page 4: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

12. Bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti PIBG sekolah yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid.

13. Menjalankan pemeriksaan mengejut dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

14. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/ Jabatan Pendidikan/ PPD.

15. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.

16. Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibu bapa/ penjaga dalam menangani disiplin.

17. Mendapat bantuan pihak polis sekiranya pelajar terlibat dalam kes jenayah.

Guru Disiplin :

1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.

2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikan di sekolah.

3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.

4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.

5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.

6. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/ penjaga dalam menangani masalah disiplin.

7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah dikalangan pelajar dan guru.

8. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/ buku laporan disiplin.

9. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM seminggu sekali.

Page 5: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNIT

BIMBINGAN & KAUNSELINGSEK. KEB. NONG CHIK

Tugas :

1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.

2. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid serta menyediakan

laporan yang diperlukan.

3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran belajar.

4. Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.

Page 6: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNIT

KEBAJIKAN MURIDSEK. KEB. NONG CHIK

Tugas :

1. Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti :

1.1 Pelajar miskin1.2 Kemalangan1.3 Rawatan berterusan (penyakit kronik)1.4 Kematian1.5 Kecemasan / bencana

2. Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mandapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan.

3. Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan pelajar terhadap kebajikan.

4. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskinikan dan disahkan oleh Guru Besar.

5. Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.

6. Menubuhkan Unit Hilang / Jumpa.

7. Menggalakan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam aktiviti membantu badan kebajikan luar.

Page 7: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNIT

KESIHATANSEK. KEB. NONG CHIK

Tugas :

1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi.

2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan (sick bay)

3. Mengumpul dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama guru darjah / penyelaras darjah.

4. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan.

5. Menyediakan Jadual Tugas bilik Rawatan.

6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah, pameran, tayangan dan lain-lain.

7. Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan.

Page 8: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNIT

KESELAMATAN / KEBAKARANSEK. KEB. NONG CHIK

Tugas :

1. Menyediakan papan makluman untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran Guru Besar sebelum berurusan di sekolah.

2. Mencadangkan lantikan pegawal lalu lintas sekolah kepada Guru Besar.

3. Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan lalu lintas (jika perlu)

4. Merancang dan melaksanakan program keselamatan sepanjang tahun.

5. Mengadakan latihan mengosongkan bangunan 2 kali setahun.

6. Memastikan peraturan keselamatan ditampal di bilik-bilik khas, bilik darjah dan buku latihan pelajar.

7. Meletakkan tanda amaran ‘BAHAYA’ DI TEMPAT-TEMPAT YANG MERBAHAYA.

8. Merancang pergerakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi sekolah.

9. Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakkan.

Page 9: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

10. Memastikan semua suis, alat elektrik dan pendawaian selamat.

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNIT

KANTIN SEKOLAHSEK. KEB. NONG CHIK

Tugas :

1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan / Kesihatan.

2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.

3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.

4. Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti minyak babi (lard), makanan yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mee dan sebagainya.

5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.

6. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.

7. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.

8. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.

Page 10: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

9. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian kebersihan.

10. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji kain maslin dan disimpan dalam berkas yang bertutup.

11. Memaklumkan kepada pihak pengurusan kantin tentang hari-hari persekolahan.

12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.

13. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.

14. Membuat laporan mingguan dalam buku / borang laporan kantin.

15. Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar / Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.

16. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 4 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa.

17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.

18. Menjadi penasihat warden kantin (sekolah berasrama sahaja) merancang dan menyelaras tugas Warden Kantin meneliti laporan Warden Kantin mengambil tindakan ke atas kes-kes yang dilaporkan oleh warden kantin

Page 11: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNIT

SKIM PINJAMAN BUKU TEKSSEK. KEB. NONG CHIK

Tugas :

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks

1.1 Mesyuarat diadakan 2 kali, iaitu awal dan akhir tahun.1.2 Pembahagian tugas pagi/petang1.3 Taklimat untuk guru darjah1.4 Pembahagian tugas pentadbiran 1.4.1 Buku stok (mengikut darjah) 1.4.2 Pengedaran/ pengumpulan 1.4.3 Buku rosak/ hilang 1.4.4 Menubuhkan ‘Pasukan Petugas’ SPBT pelajar

2. Borang permohonan SPBT

2.1 Mengedar borang kepada setiap pelajar.2.2 Borang yang lengkap dikumpul oleh guru darjah dan diberi kepada guru SPBT.

3. Mesyuarat Jawatankuasa SPBT

3.1 Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar / Penolong Kanan HEM bagi menentukan pelajar-pelajar yang layak mendapat bantuan bagi tahun

Page 12: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

semasa.

4. Keputusan permohonan pelajar

4.1 Mengedarkan senarai nama pelajar yang layak dan gagal kepada guru darjah.

5. Membuat pesanan buku

5.1 Membuat pesanan buku pada pertengahan tahun kepada Biro Buku Teks.5.2 Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu).5.3 Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.5.4 Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.

6. Pengedaran

6.1 Mengedarkan mengikut kelas 6.2 Menentukan tarikh pengedaran6.3 Mengesan kelancaran pengedaran6.4 Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk / bertukar sekolah6.5 Mengedarkan buku kepada pelajar-pelajar yang baru masuk6.6 Memastikan borang spbt telah dihantar ke sekolah pelajar yang bertukar6.7 Memastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua murid

yang layak.6.8 Memastikan semua guru kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT

mengikut jadual.

7. Pengurusan Rekod dan Dokumen

7.1 Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis. 7.2 Rekod buku stok yang kemaskini (mengikut kelas).7.3 Senarai tugas guru – pengedaran / pengumpulan.7.4 Menyimpan rekod buku, hapuskira, rosak dan hilang.

8. Pengurusan Keselamatan Buku

8.1 Memastikan ada bilik khas SPBT.8.2 Mengurus bilik SPBT.8.3 Membuat peraturan penggunaan SPBT.8.4 Peraturan mengedarkan ke sekolah lain.8.5 Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.

Page 13: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

9. Pengurusan Pemulangan SPBT

9.1 Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas.9.2 Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh/kelas.9.3 Melaporkan kepada guru besar / penolong kanan hem tentang proses

pemulangan.9.4 Peratus rosak / hilang9.5 Guru bertugas9.6 Hapus kira9.7 Kekurangan / lebihan

10. Pengurusan stok dan inventori

10.1 Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan.10.2 Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.

10.3 Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat.10.4 Mengemaskini inventori SPBT.10.5 Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.

11. Cadangan Buku Bacaan Tambahan

11.1 Mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran.11.2 Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan.11.3 Memaklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan HEM.

12. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap kelas untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak mendapat pinjaman buku teks (jika perlu).

Page 14: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNITLAWATAN SEKOLAH

SEK. KEB. NONG CHIK

Matlamat :

Memberi perhatian dan tumpuan seterusnya membantu murid dalam proses lawatan.

Objektif :

1. Mengenalpasti murid yang perlu membuat lawatan.2. Menghulur bantuan / sumbangan kepada murid yang kurang bernasib baik.3. Menyemai perasaan kasih sayang dan saling bantu membantu.4. Menengahkan bakat dan kreativiti murid terutama ketika lawatan sekolah.

Aktiviti :

1. Mengesan dan mengenalpasti murid yang keluar melawat.2. Mengutip dan mengumpul sumbangan ibu bapa bagi tujuan lawatan.3. Mengurus sumbangan yang wajar dihulurkan.4. Mengendali aktiviti yang boleh menafaatkan murid dengan kerjasama sekolah.

Page 15: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNIT

KECERIAANSEK. KEB. NONG CHIK

Matlamat :

Memberi perhatian dan tumpuan seterusnya membantu sekolah terutamanya dalam aktiviti keceriaan.

Objektif :

1. Mengenalpasti tempat dan masa yang memerlukan bantuan keceriaan

2. Menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada pihak yang memerlukan

3. Menyemai perasaan kasih sayang dan saling bantu membantu

4. Menengahkan bakat dan kreativiti guru dan murid ketika menyertai aktiviti-aktiviti tertentu

Aktiviti :

1. Mengesan dan mengenalpasti tempat dan masa yang memerlukan bantuan

2. Menyediakan dan menjalankan tugasan yang dicadangkan

3. Mengurus tugasan dan bahan yang perlu digunakan dengan sempurna

Page 16: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

4. Mengadakan aktiviti yang boleh memanfaatkan murid, guru, sekolah dengan kerjasama yang padu

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNIT

SISTEM MAKLUMAT MURIDSEK. KEB. NONG CHIK

Matlamat :

1. Menghasilkan sistem maklumat pendaftaran murid baru yang lebih sistematik.

2. Memudahkan pihak pentadbir mengurus kemasukan murid untuk melicinkan pengurusan dipihak daerah dan negeri.

Objektif :

1. Dapat mengemaskini sistem maklumat murid setiap tahun

2. Menentukan supaya sistem maklumat murid dilaksanakan dengan sistematik

3. Memudahkan penyemakan data dan maklumat murid dari semasa ke semasa

Aktiviti :

1. Mengurus kaedah kemasukan murid Tahun 1 ke sekolah dengan mudah

2. Mengurus kaedah perpindahan murid dalam dan luar negeri

3. Mengurus kemasukan murid Tahun 1 sesi tahun depan

Page 17: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

4. Melengkap dan mengemaskini buku pendaftaran sekolah

5. Memantau pendaftaran dan maklumat murid lama

Sasaran :

Semua murid.

Strategi Pelaksanaan :

1. Perancangan strategi unit.

2. Mendapatkan sistem penyimpan data yang terkini.

3. Menyusun data murid dan sistem laporan dan query.

4. Memasukkan data keseluruhan.

5. Membincang tentang pendaftaran dengan guru darjah.

6. Mendapatkan pengkomputeran pendaftaran.

Sumber Kakitangan :

1. Guru Kelas

2. Guru unit sistem maklumat murid

3. Guru mata pelajaran

4. Penolong Pegawai Tadbir

5. Pembantu Am Rendah

Page 18: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNITPENGURUSAN KELASSEK. KEB. NONG CHIK

Matlamat :

Menghasilkan sistem kehadiran guru dan murid yang lebih efisyen. Memudahkan pihak pentadbir mengurus kehadiran murid untuk melicinkan pengurusan dipihak daerah

Objektif :

1. Dapat mengemaskini sistem kehadiran murid dan guru pada setiap hari2. Menentukan supaya kehadiran murid dan guru pada setiap hari3. Memudahkan penyemakan data dan maklumat kehadiran guru dan murid dari masa ke

semasa

Aktiviti :

1. Mengurus kaedah kehadiran murid di setiap kelas dengan mudah 2. Mengurus kaedah kehadiran guru di setiap kelas dengan mudah3. Mengurus pergerakan murid keluar dan masuk kelas4. Melengkapkan dan mempermudah pendaftaran5. Memantau pergerakan murid di setiap masa pengajian dan pembelajaran

Sasaran :

Semua murid dan semua guru

Strategik Perlaksanaan :

Page 19: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

1. Perancangan strategik unit2. Mendapatkan sistem pemantauan data yang sedia ada3. Memasukan data keseluruhan4. Membincang tentang pemantauan dengan guru darjah

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNIT

PENGAWASSEK. KEB. NONG CHIK

Matlamat ;

Mewujudkan tahap disiplin yang tinggi di kalangan warga sekolah

Objektif :

1. Mendidik murid menjadi pemimpin masa hadapan2. Menggalakan kepatuhan kepada peraturan3. Meningkatkan JATI DIRI melalui amalan disiplin diri yang sihat

Aktiviti :

1. Orientasi pengawas baru2. Perlantikan pengawas baru3. Penerangan tentang salah laku murid4. Taklimat pengawas berkala5. Kem kepimpinan6. Memungut derma7. Lawatan muhibbah sambil belajar

Sasaran :Semua murid

Strategik perlaksanaan :

1. Mesyuarat strategi unit2. Perlaksanaan perancangan

Page 20: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

3. Taklimat pengawas dan guru4. Perjumpaan berkala lembaga tindakan disiplin5. Perjumpaan masyarakat melalui PIBG6. Pemantauan yang berkesa

BIDANG TUGASJAWATANKUASA UNIT

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHANPROGRAM SUSU SEKOLAH

SEK. KEB. NONG CHIK

Tugasan :

1. Memberi taklimat tentang criteria pemilihan murid kepada guru kelas2. Memastikan menu yang sesuai disediakan untuk Rancangan Makanan Tambahan3. Memastikan kualiti susu yang diterima untuk edaran memenuhi piawaian kesihatan 4. Menyimpan dan menyemak rekod pertumbuhan diri murid yang terlibat5. Mencadangkan tindakan susul terhadap sebarang kelemahan yang didapati 6. Menyediakan tugasan harian guru-guru dalam penyeliaan Rancangan Makanan Tambahan7. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid yang terlibat untuk mendapat maklum

balas tentang pertumbuhan anak tanggungan mereka

Matlamat :

Membantu murid yang kurang mampu menikmati makanan seimbang sekolah

Objektif :

1. Membolehkan murid yang kurang kemampuan mengalami tumbesaran normal melalui makanan seimbang.

2. Membolehkan murid tersebut mengikut pembelajaran tanpa gangguan fizikal dan emosional.

3. Mengurangkan murid dalam memikirkan tanggungjawab menghadapi masalah makanan.

Page 21: Bidang Tugas Ajk Hem 20122

Aktiviti :

1. Menyediakan makanan percuma.2. Memberi susu percuma.3. Memantau pertumbuhan diri murid.4. Memantau perkembangan intelek, emosi dan sikap murid.

Sasaran :

Murid-murid yang berkenaan.

Strategi perlaksanaan :

1. Kajian keperluan 2. Perancangan strategik unit3. Kempen pemakanan seimbang4. Kempen galakan meminum susu5. Kaunseling6. Kaedah pemantauan pertumbuhan murid