bidang tugas ppm.pptx

49
1 BIDANG TUGAS PPM ASRAMA

Upload: abdulkadirhjmadeli

Post on 24-Dec-2015

156 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

1

BIDANG TUGAS PPM ASRAMA

SENARAI TUGAS PPM

1. TAJUK : PENGURUSAN MURID DI ASRAMA

2. DISKRIPSI KOMPETENSI :

Bertanggungjawab dalam pengurusan pendaftaran,kemasukan,kewangan,aktiviti,

disiplin,kebersihan,kebajikan murid dengan berkesan.

3 OBJEKTIF :

1 Memastikan PPM dapat menjaga disiplin,sahsiah dan emosi murid di

asrama.

2 Memastikan PPM dapat menjaga kebersihan,kekemasan dan kebersihan diri murid serta premis.

3 Memastikan PPM dapat mengurus hal ehwal murid yang berkesan untuk meningkatkan taraf kebajikan, keselamatan, disiplin dan kesejahteraan murid.

4. BIDANG TUGAS :1 Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/murid-murid peringkat sekolah rendah daripada semua aspek pengurusan diri di asrama.2 Membimbing/melatih/mengasuh kanak-kanak

istimewa/murid-murid peringkat sekolah rendah mengenai semua aspek yang berkaitan dengan tata kelakuan, akhlak, adab sopan, menjaga kebersihan diri/kawasan sekitar.

3 Melayan keperluan murid-murid yang sakit atau bermasalah emosi

4 Mengawasi keselamatan murid.5 Menjadi pengantara dengan ibu/bapa, penjaga

murid.

PERRINCIAN BIDANG TUGAS :

1 Melatih dan menentukan murid bangun tidur dan masuk tidur mengikut masa yang ditentukan.

2 Melatih dan menentukan murid supaya membuang air dan membersih diri (menggosok gigi) sebelum masuk tidur.

3 Melatih dan menentukan murid mengamalkan cara-cara yang betul

semasa menggosok gigi dan mandi.

4 Melatih dan membimbing murid mengemas diri dengan baik dan memakai pakaian dengan kemas serta teratur.

5 Membantu dan melatih murid mencuci, menyidai,mengutip dan melipat

pakaian mereka sendiri

6 Membersih dan mengemas tempat tidur murid dan mengasuh mereka berbuat demikian agar menjadi amalan harianmereka.

7 Melayan dan membimbing murid mengenai cara-cara dan adab sopan mereka ketika makan.

8 Melatih dan menentukan murid ke sekolah mengikut masa yang sepatutnya.

9 Membimbing dan menentukan murid Islam bersuci dan bersembahyang.

10 Membimbing dan mengasuh murid supaya sentiasa berakhlak,berdisiplin dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

11 Membimbing dan menentukan murid belajar selepas waktu persekolahan.

12 Membantu membersih kawasan asrama, tandas,bilik mandi dan kawasan bilik tidur serta pastikan ia selamat digunakan.

13 Melatih murid menjaga kebersihan,keceriaan dan keselamatan diri di asrama

14 Melayan keperluan murid yang sakit dan menghadapi masalah emosi.

15 Mengawasi murid ketika mereka bermain di luar waktu persekolahan.

16 Menjadi pengantara dengan ibu bapa kepada murid yang sakit dan menghadapi masalah disiplin,kesihatan,gangguan emosi dan keperluan-keperluan lain.

5. Skop Pengurusan

1.Pengurusan Pentadbran2.Pengurusan Kewangan3. Pengurusan Aktiviti4. Pengurusan Disiplin5.Kebesihan6.Kebajikan dan keselamatan7.Menjadi pengantara ibu bapa dengan murid8.Menjalankan tugas dan amanah yang diarahkan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan asrama dari masa ke semasa

1. Pengurusan Pentadbiran

1.1 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat pengurusan

Asrama .

1.2 Membantu mengurus danmelaksanakan dasar-dasar asrama yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.3 Membantu merancang,mengurus dan melaksanakan keputusanJawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama .

1.4 Membantu dalam penyediaan Takwim

1.5 Membantu mengurus kemasukan semula penghuni asrama dan penghuni baru .

a) Pengurusan Pendaftaran- Penyediaan Borang /

dokumen- Tarikh dan Tempat- Peralatan Pendaftaran

b) Pengurusan Taklimat Kemasukan

Membantu agihan ke dormitriKemudahan AsramaOrientasi Penghuni Baru

1.6 Bertanggungjawab melaporkan kepada pihak pentadbir dan pengurusan asrama sebarang perkara yang tidak teratur , tidak mencukupi dan tidak sesuai di asrama .

1.7 Menyemak peralatan diri dan keperluan peralatan untuk tinggal di asrama.

1.8 Membantu pihak pentadbir dan pengurusan asrama mengumpul dan

Menyediakan data / maklumat murid yang tinggal di asrama.

1.8.1 Membantu menganalisis Data / Maklumat

- Data / maklumat penghuni- Data / maklumat peralatan- Data / maklumat pencapaian

akademik. 1.8.2 Membantu menghantar analisa data

kepada pihak-pihak yang memerlukan.

2. PENGURUSAN KEWANGAN ASRAMA

1 Membantu mengurus hal-hal yang berkaitan dengan kewangan asrama.

1.1 Anggaran Belanjawan Aktiviti Tahunan Asrama

3. PENGURUSAN AKTIVITI

3.1 Membantu merancang aktiviti penghuni asrama ;

3.1.1Penyediaan jadual aktiviti penghuni asrama

3.1.2Aktiviti Umum – Membantu merancang, menyedia,

melaksana dan memastikan

murid mengambil bahagian dalam

aktiviti seperti berikut:

- Perhimpunan Umum- Gotong Royong- Aktiviti sukan dan rekreasi- Kelas Fardhu Ain- Pemeriksaan mengejut / “roll’- call”- Sambutan hari kebesaran- Latihan kecemasan- Lawatan Sambil Belajar- Bengkel / Seminar / Ceramah

3.1.3 Aktiviti Harian – Membantu merancang,menyedia dan melaksanakan serta memastikan aktiviti-aktiviti harian (rutin) di patuhi oleh semua penghuni asrama.

3.1.4 Hadir ke sekolah sebelum waktu bermula; Melatih dan menentukan murid ke sekolah mengikut masa yang sepatutnya.

a. Hadir ke sekolah selewat-lewatnya 15 minit sebelum waktu persekolahan rasmi bermula;

- Hari persekolahan harian.- Kelas Bimbingan- Persekolahan Gantian- Aktiviti Sukan dan permainan- Majlis dan upacara sekolah

b. Membawa bahan peralatan yang selengkapnya ke sekolah.

c. Memaklumkan guru kelas / pihak pentadbiran jika

tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab-sebab kesihatan.

3.1.5 Kelas Persediaan Memastikan penghuni asrama mempunyai masa rehat yang mencukupi sebelum masuk kelas persediaan;

- Hadir ke kelas persediaan pada waktu yang ditetapkan.- Membaca buku atau membuat kerja sekolah.- Mematuhi disiplin belajar ketika berada di dalam kelas.- Mengemas bahan peralatan yang digunakan sebelum meninggalkan bilik kelas persediaan.- Tidak membuat bising dan berbual ketika di dalam kelas persediaan.

3.1.6 Waktu Solat

- Murid Islam bersuci dan bersembahyang lima waktu sehari dan belajar Muqaddam

- Membersihkan diri sebelum solat dan belajar muqaddam.

- Memakai pakaian yang sesuai,lengkap dan bersih.

- Hadir ke surau asrama untuk bersembahyang berjemaah sebelum azan

dilaungkan.- Hadir ke kelas muqaddam selewat- lewatnya

5 minit sebelum kelas muqaddam bermula.

- Mengambil wuduk sebelum sembahyang dan memegang Muqaddam

- Tidak melakukan perkara yang dilarang ketika berada

di Surau atau bilik kelas muqaddam.

- Sentiasa memelihara kekemasan dan kebersihan surau

dan bilik kelas Muqaddam.

*** Bagi murid bukan Islam,masa ini dipenuhi dengan aktiviti yang boleh

meningkatkan kerohanian mengikut kesesuaian amalan dan kepercayaan agama mereka.

3.1.7 Waktu Makan

- Melayan,membimbing dan memastikan penghuni asrama mengamalkan cara-cara dan adab sopan ketika makan.

- Membersih tangan dengan sabun sebelum memegang peralatan makan.

- Beratur ketika mengambil makanan

- Mengambil makanan mengikut keperluan bagi mengelakkan pembaziran.

- Duduk dengan tenang dan sopan.

- Membaca doa sebelum makan

- Tidak berbual secara keterlaluan dan bermain ketika

makan.

- membaca doa selepas makan.

- Meletakkan peralatan makan di tempat yang

disediakan selepas makan.

- Membersihkan tangan selepas makan.

- Keluar dari dewan makan dengan teratur.

3.1.8 Waktu Masuk Dan Bangun Tidur

Membantu dalam memastikan semua penghuni asrama mematuhi waktu masuk dan bangun tidur yang telah ditetapkan.

- Mematuhi jadual waktu tidur yang telah ditetapkan.

- Memakai pakaian yang sesuai sebelum masuk tidur.

- Membersih diri sebelum masuk tidur terutamanya membuang air,menggosok gigi,tangan dan kaki.

- Memastikan lampu dipadamkan sebelum tidur.

- Membaca doa sebelum tidur

- Bangun tidur pada waktu yang ditetapkan

- loceng akan dibunyikan.

- Membaca doa selepas bangun tidur.

Membantu memastikan murid membersih dan mengemas tempat tidur dan mengasuh mereka berbuat demikian;

- mengemas cadar- melipat selimut- meletak bantal dengan kemas

- Melatih dan menentukan murid mengamalkan cara-cara yang

betul dan

sempurna menggosok gigi dan mandi.

- mematuhi giliran menggunakan bilik air

- menggosok gigi dengan cara yang betul sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu bangun pagi dan sebelum masuk tidur.

- Memastikan pelajar prasekolah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

- Mengelakkan penggunaan air secara berlebihan

- mengelap badan dengan tuala selepas mandi.

- Membersihkan badan dengan sabun mandi.- Mencuci rambut dengan syampu sekurang

kurangnya dua hari sekali.

Melatih dan membimbing murid mengemas diri dengan baik dan memakai pakaian dengan kemas dan teratur.- memakai pakaian dengan kemas- menggunakan minyak rambut dan menyikat rambut dengan kemas dan rapi.- memakai bedak yang dibenarkan.

3.1.9 Pemeriksaan Kebersihan

- Melatih murid menjaga kebersihan,keceriaan dan

keselamatan di asrama.

- menjaga kebersihan dormitri,tandas,persekitaran

dan bilik-bilik khas dan dewan makan.

- memastikan tidak ada sampah di persekitaran

asrama

- bersama bertanggungjawab memelihara kesegaran

tumbuhan.

- sentiasa menggunakan alas kaki ketika berjalan.

- tidak melakukan aktiviti yang membahayakan diri dan orang lain.

- memastikan bahan-bahan merbahaya tidak dibawa ke

asrama.

3.1.10 Pengurusan Diri

a) Membimbing murid supaya sentiasa memelihara kekemasan dan kebersihan diri.

b) Membimbing murid menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dalam pergaulan.

c) Membimbing murid mengemas diri dengan baik dan memakai pakaian dengan kemas dan teratur.

d) Membantu dan membimbing penghuni asrama mengurus pakaian – membersih dan mengemas pakaian pada setiap hari;

3.1.11 Riadah

- Melayan dan membimbing penghuni asrama ketika bermain di luar waktu persekolahan

dan waktu kegiatan riadah.

- Hadir ke padang dan bilik kegiatan pada waktu yang ditetapkan.

- Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan.

- Bermain di kawasan padang atau di ruang- ruang yang dibenarkan.

- Menjaga keselamatan diri ketika bermain.

- Tidak bergaduh ketika bermain .

4. PENGURUSAN DISIPLIN

4.1 Membimbing dan mengasuh penghuni asrama supaya sentiasa berakhlak,berdisiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. 4.2 Membantu menguatkuasakan peraturan pada setiap masa :

4.2.1 Dalam pergaulan harian4.2.2 Ketika makan4.2.3 Semasa menyertai kegiatan sukan dan

rekreasi.4.2.4 Ketika belajar4.2.5 Solat

4.3 Membantu mengambil tindakan atas hal-hal yang berkaitan dengan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

5 KEBERSIHAN :

Membimbing,mengawasi dan memastikan penghuni asrama menjaga kebersihan dan keceriaan dan keselamatan di asrama.

5.1Domitri5.2Persekitaran5.3Dewan Makan5.4Bilik Mandi dan Tandas5.5Bilik Mencuci pakaian5.6Kelas Persediaan5.7Bilik Rawatan dan Rehat5.8Bilik-bilik Khas.

6 KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN :

6.1 Membantu menyedia,menyelia dan memantau keperluan dan keselesaan penghuni asrama

Kemudahan FizikalPeralatan tinggal di asrama

6. 2 Menyelia,membantu dan melayan keperluan penghuni asrama yang sakit atau menghadapi masalah emosi:

Menghubungi ibu bapa atau penjagaMenyediakan rawatan sementaraPengurusan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital.Mengiringi murid balik ke rumah ibu bapa

atau penjagaMengatur pertemuan penghuni dengan

guru kaunseling.

6.3 Membantu menyelia dan memastikan penghuni asrama mendapat makanan yang berzat,seimbang dan sempurna.

Mengikut menu yang telah ditetapkan

Bahan yang berkualiti

Kebersihan Makanan

Semasa penyediaan makananSemasa menghidang makanan

Kebersihan peralatan

Mematuhi waktu dan jadual makan

Kemudahan membersih tangan

Kebersihan Dewan Makan

Makanan yang mencukupi untuk semua

penghuni asrama

6.4 Membantu pihak pengurusan merancang dan menyediakan menu.

6.5 Membantu menyelia dan memastikan keselamatan penghuni asrama sentiasa terkawal dan sempurna

Alat Pemadam Api

Peti Pertolongan Cemas

Latihan / Kawad Kecemasandan alat tajam tidak disimpan di bilik tidur.

Kawalan Keselamatan

Pemeriksaan Mengejut

Sentiasa mengutamakan keselamatan semasa merancang dan

melaksanakan aktiviti

Memastikan bahan-bahan beracun,bahan api

6.6 Membantu mengurus pemberian bantuan dan biasiswa kepada penghuni asrama yang berpendapatan rendah dan

memerlukan

Biasiswa Kerajaan

Bantuan Pihak Swasta

Bantuan Pertubuhan NGO

Bantuan Awam

7 MENJADI PENGANTARA IBU BAPA DENGAN MURID

Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid yang menghadapi masa di atas.

Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ibu bapa / penjaga.

Memaklumkan masalah kepada ibu bapa / penjaga.

8MENJALANKAN TUGAS DAN AMANAH YANG DIARAHKAN OLEH PIHAK PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ASRAMA DARI MASA KE SEMASA

PERANAN KEIBUBAPAAN

46

KELUHAN BERUS GIGI DAN TISU TANDASTENTANG KERJA YANG PALING TERUK

47

KERJA BERPASUKAN

48

WASSALAM