20120106120451_peraturan am dan bidang tugas jk teknik kejohanan

Upload: akilhazim

Post on 03-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    1/20

    KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN

    PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN OLAHRAGA.

    Sebelum mengendalikan kejohanan jawatan kuasa teknikal dan induk perlu menyediakan satu set

    peraturan am kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap pasukan yang menyertainya. Walaupunperaturan am adalah hak mutlak penganjur namun sebagai penganjur yang beretika kita perlu memastikan

    peraturan am yang dirangka jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak. Sebaliknya peraturan am

    yang kita rangka dan bina bertujuan mengawal perjalanan kejohanan.

    Peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undang permainan. Peraturan am

    kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-undang teknikal yang telah termaktub dalam

    undang-undang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia. Sebagai contohnya dalam menganjurkan

    kejohanan olahraga undang bagi setiap acara perlulah mengikut spesifikasi yang telah di tetapkan oleh

    Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

    Contoh Peraturan Am

    Berikut adalah contoh peraturan am yang di ambil dari peraturan Majlis sekolah-sekolah Malaysia:

    1.0 Peraturan Am

    1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut

    Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

    1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti

    berikut:

    1.2.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah

    Malaysia.

    1.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada Undang-Undang Kesatuan

    Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

    2.0 Tarikh Pertandingan

    09 Sept hingga 12 Sept, 2006

    3.0 Tempat Pertandingan

    Kompleks Sukan Bandar Batu Pahat, Johor.

    4.0 Penyertaan

    4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah dalam daerah Batu Pahat Johor yang berdaftar

    dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Batu Pahat.

    4.2 Pegawai

    Satu (1) orang Pengurus

    Dua (2) orang Jurulatih Lelaki

    Dua (2) Jurulatih Wanita

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    2/20

    4.3 Peserta

    4.3.1 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk menyertai tiga (3) acara perseorangan dan

    dua (2) acara berpasukan.

    4.3.2 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk satu kategori sahaja.

    5.0 Kelayakan Peserta

    5.1 Peserta hendaklah terdiri daripada pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-sekolah yang

    berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat.

    5.2 Pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM/STPM tidak layak menyertai

    pertandingan ini.

    5.3 Mereka yang berdaftar di sekolah swasta selepas mendapat keputusan SPM/STPM layak menyertai

    pertandingan ini dengan syarat mempunyai kedatangan tidak kurang daripada 75% kehadiran

    (kiraan bermula sebulan selepas pengumuman keputusan peperiksaan).

    5.4

    Peserta di bahagikan kepada enam kategori seperti Jadual 8.10:

    Kategori dan Syarat-syaratnya

    Kategori Syarat

    Lelaki 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2006

    Perempuan 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2006

    Lelaki 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2006

    Perempuan 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2006

    Lelaki 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2006

    Perempuan 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2006

    5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Kad Pengenalan diri, dan tiga (3) kepinggambar berukuran Pasport Antarabangsa bagi setiap peserta bersama Borang Pendaftaran peserta.

    Semua peserta yang menggunakan dokumen pendaftaran JPN 1/9 atau 1/11 mestilah disahkan oleh

    Pengerusi pertandingan.

    5.4 Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran/ semasa taklimat

    Pengurus Pasukan akan dikenakan Yuran Pendaftaran RM 20.00 seorang. Gantian peserta hanya

    boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua

    Yuran Pendaftaran peserta tidak akan dikembalikan.

    5.5 Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 20.11.

    6.0 Mesyuarat Pengurus Pasukan

    6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan.

    6.2 Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta beserta dengan Kad

    Pengenalan atau Dokumen Pendaftaran JPN 1/9atau JPN 1/11 yang asal untuk disahkan. Tambahan

    kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.

    6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    3/20

    7.0 Acara-acara

    7.1 Pertandingan ini terbahagi kepada acara-acara seperti berikut:-

    7.1.1 Balapan dan Padang Lelaki 20 tahun ke bawah.

    BIL ACARA BIL ACARA

    1) 100M 13) 20,000M Jalan Kaki

    2) 200M 14) 4 x 100M Lari Berganti

    3) 400M 15) 4 x 400M Lari Berganti

    4) 800M 16) Lompat Tinggi

    5) 1,500M 17) Lompat Jauh

    6) 5,000M 18) Lompat Kijang

    7) 10,000M 19) Lompat Bergalah

    8) Dekathlon 20) Lontar Peluru

    9) 110M Lari Berpagar 21) Lontar Cakera

    10) 400M Lari Berpagar 22) Merejam Lembing

    11) 3,000M Lari Berhalang 23) Baling Tukul Besi

    12) 10,000M Jalan Kaki

    7.1.2 Balapan dan Padang Wanita 20 tahun ke bawah.

    BIL ACARA BIL ACARA

    1) 100M 12) 10,000M Jalan Kaki

    2) 200M 13) 4 x 100M Lari Berganti

    3) 400M 14) 4 x 400M Lari Berganti

    4) 800M 15) Lompat Tinggi

    5) 1,500M 16) Lompat Jauh

    6) 10,000M 17) Lompat Kijang

    7) Hepthathlon 18) Lompat Bergalah8) 100M Lari Berpagar 19) Lontar Peluru

    9) 400M Lari Berpagar 20) Lontar Cakera

    10) 5,000M Lari Berhalangan 21) Merejam Lembing

    11) 15,000M Jalan Kaki 22) Baling Tukul Besi

    7.1.3 Balapan dan Padang Lelaki 15 tahun ke bawah.

    BIL ACARA BIL ACARA

    1) 100M 10) Lompat Tinggi

    2) 200M 11) Lompat Jauh

    3) 400M 12) Lompat Kijang

    4) 800M 13) Lompat Bergalah

    5) 1,500M 14) Lontar Peluru

    6) 110M Lari Berpagar 15) Lontar Cakera

    7) 400M Lari Berpagar 16) Merejam Lembing

    8) 4 x 100M Lari Berganti 17) Baling Tukul Besi

    9) 4 x 400M Lari Berganti

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    4/20

    7.1.4 Balapan dan Padang Wanita 15 tahun ke bawah.

    BIL ACARA BIL ACARA

    1) 100M 10) Lompat Tinggi

    2) 200M 11) Lompat Jauh

    3) 400M 12) Lompat Kijang

    4) 800M 13) Lompat Bergalah

    5) 1,500M 14) Lontar Peluru

    6) 100M Lari Berpagar 15) Lontar Cakera

    7) 400M Lari Berpagar 16) Merejam Lembing

    8) 4 x 100M Lari Berganti 17) Baling Tukul Besi

    9) 4 x 400M Lari Berganti

    7.1.5 Balapan dan Padang Lelaki 12 tahun ke bawah.

    BIL ACARA BIL ACARA

    1) 100M 6) Lompat Tinggi

    2) 200M 7) Lompat Jauh

    3) 400M 8) Lompat Kijang

    4) 4 x 100M Lari Berganti 9) Lontar Peluru

    5) 4 x 400M Lari Berganti 10) Merejam Lembing

    7.1.6 Balapan dan Padang Wanita 12 tahun ke bawah.

    BIL ACARA BIL ACARA

    1) 100M 6) Lompat Tinggi

    2) 200M 7) Lompat Jauh

    3) 400M 8) Lompat Kijang

    4) 4 x 100M Lari Berganti 9) Lontar Peluru5) 4 x 400M Lari Berganti 10) Merejam Lembing

    8.0 Sistem Pertandingan

    8.1 Bagi ketinggian pagar dalam acara berpagar Lelaki/Wanita akan menggunakan had ketinggian

    seperti yang digunakan dalam mana-mana acara olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

    yang telah ditetapkan.

    8.2 Bagi berat alat-alatan sukan seperti Peluru, Cakera dan Lembing Lelaki/Wanita dan acara Baling

    Tukul Besi juga akan menggunakan kategori berat yang digunakan dalam mana-mana acara

    olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia yang telah ditetapkan.

    9.0 Masa Melaporkan Diri

    9.1 Acara Balapan

    Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 30 minit sebelum acara-acara

    mereka bermula.

    9.2 Acara Padang

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    5/20

    Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 45 minit sebelum acara-acara

    mereka bermula.

    9.3 Sebarang perubahan atau pindaan mengenai perkara 9.1 dan 9.2 akan dimaklumkan kelak.

    10.0 Penggantian

    10.1 Bagi acara Lari Berganti-ganti, penggantian pelari boleh dibuat dengan peserta yang telah

    didaftarkan sahaja. Dengan itu semua nama peserta yang mengambil bahagian hendaklah

    diserahkan kepada Pegawai bertugas bersama dengan Borang Penyertaan.

    10.2 Seseorang peserta yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil bahagian dalam acara-

    acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik diri dan hendaklah dibuat semasa

    Mesyuarat Pengurus Pasukan.

    10.3 Bagi acara (perseorangan) dan berpasukan, peserta yang telah didaftarkan sahaja yang layak

    mengambil bahagian. Peserta gantian tidak dibenarkan.

    11.0 Pembatalan

    11.1 Semua peserta yang telah melayakkan diri dari pusingan awal ke pusingan berikutnya, tidak

    dibenarkan menarik diri daripada menyertai acara tersebut.

    11.2 Sekiranya berlaku, maka peserta berkenaan akan dibatalkan daripada pertandingan berikutnya

    kecuali dengan kebenaran daripada Pengadil atau Doktor (jika kecederaan).

    12.0 Abjad/Nombor Peserta

    12.1 Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka memakai Abjad/Nombor yang ditentukan di

    hadapan dan di belakang badan dan di pin atau dilekatkan dalam keadaan sempurna iaitu empat pinpada pepenjuru. Hanya peserta-peserta Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah sahaja dibenarkan

    memakai satu nombor.

    13.0 Peralatan

    13.1 Dalam acara Lompat Bergalah, seseorang peserta itu dibenarkan menggunakan galah sendiri.

    Semua alat pertandingan termasuk Blok Permulaan (Starting Block) akan disediakan oleh Jawatan

    kuasa Teknikal dan Pertandingan.

    13.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan galah peserta yang lain kecuali mendapat kebenaran

    daripada peserta berkenaan.

    14.0 Saringan

    14.1 Lima (5) Saringan Hanya dua (2) peserta dari setiap saringan dan enam (6) lagi peserta yang

    mencatat masa terbaik dari kelima-lima adalah layak memasuki peringkat Separuh Akhir.

    14.2 Empat (4) Saringan Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap saringan dan empat (4) lagi peserta yang

    mencatat masa terbaik dari keempat-empat saringan layak memasuki peringkat Separuh Akhir.

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    6/20

    14.3 Tiga (3) Peringkat Separuh Akhir Hanya dua (2) peserta dari setiap separuh akhir dan dua (2) lagi

    peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari ketiga-tiga Separuh Akhir adalah layak memasuki

    peringkat Akhir.

    14.4 Dua (2) Peringkat Separuh Akhir Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap Separuh Akhir dan dua (2)

    lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari kedua-dua Separuh Akhir adalah layak memasuki

    peringkat Akhir.

    15.0 Pembahagian Lorong

    15.1 Semua pembahagian lorong akan dijalankan oleh Jawatan kuasa Teknikal dan Pertandingan

    Olahraga.

    15.2 Bagi pusingan pertama, setiap peserta akan diundi untuk menentukan lorong masing-masing.

    15.3 Bagi pusingan berikutnya, maka dua (2) undian akan dibuat seperti berikut:-

    15.3.1 Undian pertama adalah untuk empat peserta atau pasukan yang telah mencatat masa

    terpantas bagi memutuskan tempat-tempat mereka di lorong 3, 4, 5 dan 6.

    15.3.2 Undian kedua adalah untuk empat peserta atau pasukan lain yang telah melayakkan diribagi memutuskan tempat mereka di lorong 1, 2, 7 dan 8.

    15.4 Peraturan 15 adalah menjadi tanggungjawab Jawatan kuasa Teknikal dan Pertandingan.

    16.0 Pengadil/Pegawai Pertandingan

    16.1 Semua Pegawai Teknikal yang bertauliah akan dilantik oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia

    (KOAM) untuk bertugas di sepanjang berlangsung.

    16.2 Keputusan Pegawai Teknikal Dalam Setiap Pertandingan Adalah Muktamad.

    17.0 Bantahan/Tatatertib

    17.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat

    bantahan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak

    RM 200.00.

    17.2 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

    17.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah/Pegawai Pertandingan dalam masa tiga puluh

    (30) minit selepas pertandingan itu tamat. Walau bagaimanapun semua prosedur atur cara bantahan

    hendaklah mengikut amalan yang digunakan oleh KOAM.

    18.0 Jawatan Kuasa Bantahan/Tatatertib

    18.1 Pelantikan Jawatan kuasa Bantahan/Tatatertib dan prosedur atur cara mesyuarat adalah mengikut

    yang digunakan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.

    18.2 Jawatan kuasa Bantahan/Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana

    pihak berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    7/20

    18.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

    19.0 Kawasan Pertandingan

    19.1 Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding

    sahaja dalam acara masing-masing dibenarkan berada dalam kawasan pertandingan.

    20.0 Hadiah-hadiah

    20.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti Jadual 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6 dan 8.7.Pingkat untuk Lelaki Bawah 20 Tahun

    LELAKI 20 Tahun EMAS PERAK GANGSA

    100M 1 1 1

    200M 1 1 1

    400M 1 1 1

    800M 1 1 1

    1,500M 1 1 1

    5,000M 1 1 1

    10,000M 1 1 1

    Dekathlon 1 1 1

    110M Lari Berpagar 1 1 1

    400M Lari Berpagar 1 1 1

    3,000M Lari Berhalangan 1 1 1

    10,000M Jalan Kaki 1 1 1

    20,000M Jalan Kaki 1 1 1

    4 x 100M Lari Berganti 1 1 1

    4 x 400M Lari Berganti 1 1 1

    Lompat Tinggi 1 1 1Lompat Jauh 1 1 1

    Lompat Kijang 1 1 1

    Lompat Bergalah 1 1 1

    Lontar Peluru 1 1 1

    Lontar Cakera 1 1 1

    Merejam Lembing 1 1 1

    Baling Tukul Besi 1 1 1

    JUMLAH 23 23 23

    Pingkat untuk Wanita Bawah 20 Tahun

    WANITA 20 tahun EMAS PERAK GANGSA

    100M 1 1 1

    200M 1 1 1

    400M 1 1 1

    800M 1 1 1

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    8/20

    1,500M 1 1 1

    10,000M 1 1 1

    Hepthathlon 1 1 1

    100M Lari Berpagar 1 1 1

    400M Lari Berpagar 1 1 1

    3,000M Lari Berhalangan 1 1 1

    15,000M Jalan Kaki 1 1 1

    10,000M Jalan Kaki 1 1 1

    4 x 100M Lari Berganti 1 1 1

    4 x 400M Lari Berganti 1 1 1

    Lompat Tinggi 1 1 1

    Lompat Jauh 1 1 1

    Lompat Kijang 1 1 1

    Lompat Bergalah 1 1 1

    Lontar Peluru 1 1 1

    Lontar Cakera 1 1 1

    Merejam Lembing 1 1 1

    Baling Tukul Besi 1 1 1

    JUMLAH 22 22 22

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    9/20

    Pingkat untuk Lelaki Bawah 16 Tahun

    LELAKI 16 Tahun EMAS PERAK GANGSA

    100M 1 1 1

    200M 1 1 1

    400M 1 1 1

    800M 1 1 1

    1,500M 1 1 1

    110M Lari Berpagar 1 1 1

    400M Lari Berpagar 1 1 1

    4 x 100M Lari Berganti 1 1 1

    4 x 400M Lari Berganti 1 1 1

    Lompat Tinggi 1 1 1

    Lompat Jauh 1 1 1

    Lompat Kijang 1 1 1

    Lompat Bergalah 1 1 1

    Lontar Peluru 1 1 1

    Lontar Cakera 1 1 1

    Merejam Lembing 1 1 1

    Baling Tukul Besi 1 1 1

    Lompat Tinggi 1 1 1

    JUMLAH 17 17 17

    Pingkat untuk Wanita Bawah 16 Tahun

    WANITA 16 tahun EMAS PERAK GANGSA

    100M 1 1 1

    200M 1 1 1

    400M 1 1 1

    800M 1 1 1

    1,500M 1 1 1

    110M Lari Berpagar 1 1 1

    400M Lari Berpagar 1 1 1

    4 x 100M Lari Berganti 1 1 1

    4 x 400M Lari Berganti 1 1 1

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    10/20

    Lompat Tinggi 1 1 1

    Lompat Jauh 1 1 1

    Lompat Kijang 1 1 1

    Lompat Bergalah 1 1 1

    Lontar Peluru 1 1 1

    Lontar Cakera 1 1 1

    Merejam Lembing 1 1 1

    Baling Tukul Besi 1 1 1

    Lompat Tinggi 1 1 1

    JUMLAH 17 17 17

    Pingkat untuk Lelaki Bawah 14 Tahun

    LELAKI 14 Tahun EMAS PERAK GANGSA

    100M 1 1 1

    200M 1 1 1

    400M 1 1 1

    4 x 100M Lari Berganti 1 1 1

    4 x 400M Lari Berganti 1 1 1

    Lompat Tinggi 1 1 1

    Lompat Jauh 1 1 1

    Lompat Kijang 1 1 1

    Lontar Peluru 1 1 1

    Merejam Lembing 1 1 1

    JUMLAH 10 10 10

    Pingkat untuk Wanita Bawah 16 Tahun

    WANITA 14 Tahun EMAS PERAK GANGSA

    100M 1 1 1

    200M 1 1 1

    400M 1 1 1

    4 x 100M Lari Berganti 1 1 1

    4 x 400M Lari Berganti 1 1 1

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    11/20

    Lompat Tinggi 1 1 1

    Lompat Jauh 1 1 1

    Lompat Kijang 1 1 1

    Lontar Peluru 1 1 1

    Merejam Lembing 1 1 1

    JUMLAH 10 10 10

    PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN OLAHRAGA

    Ketika anda menjadi pelajar sekolah satu ketika dulu sudah pasti anda pernah menyertai dan melihat

    kejohanan olahraga tidak kira sama ada di peringkat sekolah, Majlis Sukan Sekolah Daerah, Majlis Sukan

    Sekolah-Sekolah Negeri atau Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Dalam kejohanan ini anda pasti akan dapat

    melihat pegawai-pegawai yang bertugas ada antaranya duduk di tangga kayu untuk mencatat nama

    pemenang lumba lari, mengukur dan mencatat balingan dan lain-lain lagi. Apakah tugas mereka?Sebenarnya mereka bertugas sebagai pegawai teknikal kejohanan olahraga. Tahukah anda kebanyakan

    pegawai-pegawai ini ialah guru-guru yang telah didedahkan dalam tugas kepegawaian semenjak di

    Institusi Perguruan lagi iaitu dalam aktiviti Gerak Kerja Ko Kurikulum Olahraga atau Kejohanan

    Olahraga di peringkat Institusi perguruan.

    Sebagai seorang guru satu ketika nanti, sudah pasti anda akan di beri tugas sebagai pegawai teknikal.

    Keringat semua guru di peringkat sekolah ditagih dalam membantu urusan mengelola dan mengendalikan

    kejohanan olahraga peringkat sekolah. Dalam kejohanan peringkat sekolah-sekolah daerah, negeri dan

    negara kebanyakan guru-guru terlibat sebagai pegawai teknikal. Selain daripada itu terdapat juga guru-

    guru tertentu dilantik sebagai pengelola dan pengurus kejohanan. Dari pengalaman yang luas ini tidak

    hairanlah sekiranya dalam kejohanan olahraga peringkat kebangsaan seperti SUKMA, Kejohanan

    Olahraga Kebangsaan dan lain-lain lagi, kebanyakan guru-guru di beri penghormatan sebagai pegawainyateknik.

    Pegawai-pegawai teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang mempunyai tauliah

    daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Pegawai-pegawai teknikal merupakan mereka

    yang berperanan penting ketika acara olahraga berlangsung. Pegawai teknikal bertanggungjawab

    memastikan peserta dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan

    sesuatu acara olahraga.

    Tugas sebagai pegawai teknikal bukan satu tugas yang mudah, mereka yang bertugas dalam bidang ini

    perlulah berpengalaman dan berpengetahuan luas. Untuk mendapat pengiktirafan KOAM pegawai yang

    terbabit perlu melepasi ujian amali dan praktikal yang agak ketat. Merujuk kepada Teng (1994), secara

    amnya pegawai teknikal boleh di bahagikan kepada empat kumpulan umum iaitu:

    (a) Kumpulan Pengurusan

    (a) Pengurus Kejohanan(b) Pengurus Teknik(c) Setiausaha Kejohanan

    SEMAK KENDIRI 8.1

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    12/20

    (b) Kumpulan Juri Rayuan

    Dianggotai oleh tiga hingga lima orang ahli juri rayuan. Kalau di peringkat sekolah juri rayuan di

    pengerusikan oleh pengetua sekolah dan setiausaha juri rayuan biasanya merupakan setiausaha

    sukan sekolah. Ahli juri rayuan biasanya orang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam

    kejohanan olahraga. Juri rayuan juga perlu bebas atau tidak mempunyai kepentingan dengan mana-

    mana pasukan yang bertanding.

    (c) Kumpulan Pertandingan

    (i) Seorang pengadil bagi acara balapan(ii) Seorang pengadil bagi acara padang(iii) Seorang pengadil bagi acara jalan kaki(iv) Hakim-hakim bagi acara balapan(v) Hakim-hakim bagi acara padang(vi) Hakim-hakim bagi acara jalan kaki(vii) Pengadil-pengadil balapan(viii) Seorang ketua penjaga masa(ix) Penjaga-penjaga masa(x) Pelepas(xi) Penolong pelepas(xii) Pencatat pusingan(xiii) Perakam(xiv) Pengawas-pengawas balapan(xv) Penyelia peserta

    (d) Kumpulan Pegawai-pegawai Tambahan

    (i) Juru acara(ii) Seorang juru ukur rasmi(iii) Juru teknik alat penyukat angin(iv) Pasukan pembantu padang

    Tanggungjawab pegawai teknik secara amnya semasa kejohanan olahraga ialah:

    Semua pegawai yang bertugas hendaklah hadir 20 minit sebelum kejohanan dimulakan bagi sesi

    taklimat.

    Ketua pegawai teknikal perlu memberi taklimat kepada pegawai tentang masalah dan etika.

    Ketua pegawai teknikal perlu memastikan dan mencatat kehadiran pegawai. Sekiranya ada pegawai

    yang tidak dapat hadir ketua pegawai teknikal boleh merujuk kepada urus setia untuk penggantian

    pegawai.

    Ketua pegawai teknikal perlu memastikan bahawa pegawai bertugas di setiap tempat pertandingan

    adalah mencukupi bagi melancarkan lagi kejohanan.

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    13/20

    Bidang Tugas Pegawai Teknikal

    Pegawai teknik biasanya di lantik daripada individu yang bertauliah, berpengetahuan dan mempunyai

    pengalaman luas dalam satu temasya olahraga. Sekiranya perlu pegawai yang dilantik hendaklah

    menjalani kursus sebelum kejohanan bagi melicinkan lagi pengelolaan kejohanan. Berikut di antara

    bidang tugas pegawai teknik:

    1. Pengurus Kejohanan

    Bertanggungjawab terhadap kelicinan dan kelancaran perjalanan kejohanan olahraga.

    Berkuasa dalam menentukan dan mengendali keseluruhan perjalanan majlis.

    Memastikan kehadiran pegawai teknikal yang bertugas serta mendapat pengganti sekiranya ada

    di antara pegawai teknikal tidak dapat hadir.

    Memastikan keselamatan perjalanan kejohanan.

    Mengaturkan perjumpaan dan taklimat dengan pegawai-pegawai pengurusan dan teknikal

    kejohanan olahraga.

    Menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di arena.

    2. Penolong Pengurus Kejohanan

    Membantu tugas- tugas Pengurus Kejohanan.

    Mencatatkan kedatangan pegawai pada setiap sesi.

    Mencatat masa mula dan berakhirnya setiap sesi.

    Menilai tugas pegawai, kekuatan dan kelemahan-kelemahannya.

    Membantu pengelolaan Majlis Penyampaian Hadiah.

    Membantu pengagihan cenderamata jika ada. Mengagihkan kain lengan pegawai.

    3. Pengurus teknik

    Memastikan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

    Memastikan ukuran gelanggang balapan dan padang menepati piawaian.

    Memastikan alatan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

    Memastikan borang-borang teknikal untuk kegunaan pegawai-pegawai teknikal tersedia.

    4. Setiausaha Kejohanan

    Bertanggungjawab menguruskan urusan mesyuarat-mesyuarat jawatan kuasa induk dan

    mesyuarat yang berkaitan dengan pengelolaan kejohanan.

    Membuat catatan dan penyediaan minit mesyuarat.

    Menguruskan perjalanan surat-menyurat.

    Menyediakan laporan perjalanan mesyuarat.

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    14/20

    5. Juri Rayuan

    Menerima masalah, bantahan dan rayuan daripada peserta dan pasukan yang bertanding.

    Menyelesaikan masalah bantahan dan rayuan yang dikemukakan daripada peserta dan pasukan

    yang bertanding.

    Keputusan juri rayuan adalah muktamad.

    6. Pengadil

    Memastikan dan menentukan peraturan pertandingan dipatuhi di dalam kejohanan olahraga.

    Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama sekiranya masalah ini tiada

    terdapat dalam peraturan-peraturan pertandingan.

    Merupakan orang yang di rujukan dan seterusnya membuat keputusan dalam satu

    pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan.

    Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-acara tertentu, sekiranya

    belum terdapat lantikan hakim bagi acara-acara tertentu pengadil perlu membuat pelantikan.

    Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal tentang aspek teknikal sebelummemulakan kejohanan.

    Mengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan memeriksa keputusan-

    keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.

    Mengawasi cara mengambil masa dalam acara balapan dan seterusnya memeriksa keputusan-

    keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.

    Mengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.

    Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum diserahkan kepada pencatat. (Ketua

    Hakim perlu membantu).

    Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah dengan itu pengadil berkuasauntuk menyingkirkan peserta dari kejohanan atas sebab-sebab tertentu.

    Pengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula pertandingan pada masa yang

    sama mengikut budi bicara.

    Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang jika pada pendapatnya

    keadaan memerlukan dengan syarat sesuatu pusingan itu ditamatkan dahulu.

    Berkuasa menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak bersopan dan memutuskan semua

    bantahan mengenai seseorang peserta pada ketika itu juga.

    7. Ketua Hakim

    Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi teknikal ketua hakim

    biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua hakim akan membantu pengadil dari segi

    memantau dan memastikan perjalanan kejohanan olahraga di laksanakan dengan licin serta

    mengurangkan masalah teknikal. Di balapan ketua hakim akan mengumpulkan keputusan sebelum

    diserahkan kepada pengadil untuk ditandatangani.

    8. Hakim Balapan

    Hakim balapan bertanggungjawab menghakimi semua acara balapan. Antara tugasnya ialah:

    Menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara.

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    15/20

    Mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk tindakan

    ketua hakim.

    Memerhati kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak jauh dengan

    bantuan pencatat.

    Mencatatkan nombor dan kedudukan peserta serat-merta sebaik sampai di garisan penamat.

    Hakim balapan tidak digalakkan berbincang kedudukan peserta dengan hakim lain.

    9. Hakim Padang

    Hakim padang akan bertugas di bawah seorang ketua hakim, di antara tugasnya hakim padang

    ialah:

    Menghakimi acara padang mengikut peraturan.

    Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta

    Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan

    Mengesahkan balingan atau lompatan

    10. Pengadil Lorong

    Sentiasa berada di sesuatu tempat seperti yang telah ditetapkan oleh Pengadil atau Ketua pengadil

    Lorong. Mereka bertugas dibawah seorang ketua pengadil dan membantu pengadil dalam membuat

    membuat sebarang keputusan dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kejohanan. Namun

    pengadil lorong tiada mempunyai kuasa dalam pembatalan dan membuat keputusan. Sebaliknya

    tugasnya adalah melapurkan kesalahan kepada pengadil untuk diambil tindakan. Di antara tugasnya

    ialah:

    Memerhati bahawa semua peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan ketika

    mengambil bahagian dalam perlumbaan

    Pengadil lorong perlu memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing dari mula

    sampai penamat Mengawasi kawasan pertukaran baton semasa acara lari berganti-ganti di patuhi mengikut

    peraturan pertandingan

    Mengangkat bendera merah sebagai isyarat adabila berlaku pelanggaran peraturan ketika

    bertugas

    Melapor kepada pengadil semua peristiwa atau kejadian yang berlaku untuk membolehkan

    pengadil membuat keputusan

    11. Penjaga Masa

    Tugas utama penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang di lakukan oleh pelumba lari dan

    pelumba jalan kaki dari permulaan hingga ke penamat. Masa akan mula diambil daripada daripada

    kilat atau cahaya tembakan pistol (cahaya bergerak lebih cepat dari bunyi) sehingga detik badan

    (torso) peserta itu sampai ke garis penamat seperti yang di syarat dalam buku peraturan.

    Memandangkan tugasnya yang memerlukan tumpuan sepenuhnya terhadap pergerakan permulaan

    sehingga tamat seorang atlit bisanya penjaga-penjaga masa ditempatkan di luar balapan iaitu

    bertentangan dengan garisan penamat. Mereka duduk di atas pentas yang bertingkat dan mengadap

    barisan hakim balapan. Seorang ketua penjaga masa akan mengawasi para penjaga masa yang

    bertugas. Di antara tugasan penjaga masa ialah:

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    16/20

    Sebelum bertugas penjaga masa perlu memeriksa dan memastikan jam yang digunakan dalam

    keadaan baik.

    Setiap jam mempunyai butang arahan yang berlainan oleh itu penjaga masa perlu membuat

    latihan serta memahami fungsi butang yang terdapat pada jam.

    Mengambil dan mencatat masa perlumbaan peserta yang di tetapkan oleh ketua penjaga masa

    dalam acara balapan

    Mencatat maklumat ke dalam borang penjaga masa untuk di serahkan kepada ketua penjaga

    masa

    Untuk mengelakkan bias ketika menjalankan tugas penjaga masa hendaklah bertugas sendirian,

    mereka tidak di galakan berbincang, membanding atau menujukan masa yang dicatatkan

    kepada penjaga masa yang lain.

    Penjaga masa perlu menunjukkan jamnya kepada ketua penjaga masa yang akan memeriksa

    jam untuk menentukan masa yang di laporkan sama dengan masa di jam. Oleh itu penjaga masa

    tidak di benarkan untuk balikkan jarum jam (reset) sehingga diperiksa atau diarah oleh Ketua

    Penjaga Masa.

    12. Ketua Penjaga Masa

    Ketua penjaga masa bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan masa rasmi yang di

    catat oleh setiap peserta dengan mengisi semula maklumat yang di perlukan dalam borang laporan

    ketua penjaga masa. Biasanya terdapat tiga atau dua jam digunakan untuk mengambil masa seorang

    peserta. Dalam keadaan dua daripada tiga jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga

    mencatatkan masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang di tunjukkan oleh dua jam yang

    sama. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan maka jam yang menunjukkan masa di

    tengah-tengah di ambil sebagai masa rasmi. Sekiranya dua jam di gunakan masa jam yang lebih

    lambat di terima sebagai masa rasmi. Namun dalam keadaan tertentu ketua penjaga masa akan

    mengambil sendiri masa perlumbaan, sekiranya terdapat perbezaan yang nyata ketua penjaga masa

    boleh mengambil masa yang diambilnya sebagai masa rasmi.

    13. Pelepas dan Pelepas Panggil Balik

    Pelepas dan pelepas panggil balik biasanya terdiri daripada individu yang mempunyai lesen khas

    dalam mengendali pistol. Di antara tugas pelepas ialah:

    Pelepas bertanggung jawab membuat pelepasan semua peserta bagi setiap acara balapan

    mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.

    Pelepas bersama-sama dengan pembantu perlu mengawal semua peserta yang bertanding dari

    sebelum masa ke garisan sehingga peserta berlepas.

    Pelepas atau pelepas panggil balik boleh bertindak sekiranya terdapat pelanggaran peraturan

    ketika proses pelepasan.

    Pelepas panggil semula bertugas membantu pelepas mengawasi peraturan pelepasan di patuhioleh peserta.

    Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol pelepas atau pelepas panggil semula perlu

    melepaskan tembakan sebagai syarat memanggil semula peserta-peserta yang berlepas

    Amaran dan penyingkiran hanya boleh di berikan oleh pelepas

    Pelepas perlu memastikan para hakim dan penjaga masa bersedia sebelum memulakan

    pelepasan.

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    17/20

    Pelepas juga perlu memastikan arahan yang di berikan dapat di dengari oleh kesemua peserta.

    Pelepas perlu mengambil masa yang bersesuaian ketika memberi arahan dalam keadaan ke

    garisan, dan "Sedia.

    14. Penolong Pelepas

    Penolong pelepas bertugas membantu pelepas, antara tugas ini ialah:

    Memeriksa dan memastikan hanya peserta-peserta yang sah dan didaftarkan sahaja bertanding

    atau mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan atau acara tertentu.

    Menentukan peserta-peserta memakai nombor mengikut peraturan yang telah di tetapkan di

    bahagian hadapan dan belakang bajunya seseorang peserta.

    Memastikan dan mengawas peserta-peserta sentiasa berada di lorong dan tempat permulaan

    yang betul seperti yang di tetapkan dalam borang pelepas (Borang laporan penyeliaan peserta).

    Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah pelepas memberi

    isyarat ke garisan. Jika ada, penolong pelepas hendaklah memberi isyarat kepada pelepas.

    Memastikan baton-baton telah tersedia bagi pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti. Sekiranya segala peraturan pelepas sudah di patuhi penolong pelepas perlu memberi isyarat

    kepada pelepas bahawa semua peserta sudah sedia.

    15. Pencatat Pusingan

    Dalam acara yang melibatkan pusingan yang banyak contohnya acara jarak jauh seperti acara

    5000m atau 10000m pencatat pusingan di perlukan bagi mengelak kekeliruan. Tugas utama

    pencatat ialah mencatat bilangan pusingan yang di buat oleh tiap-tiap peserta dan pencatat pusingan

    juga bertanggungjawab untuk memberitahu peserta bilangan pusingan yang perlu di sempurnakan.

    Catatan ini akan di buat dalam borang pencatat pusingan. Loceng akan di bunyikan sebagai tanda

    kepada peserta yang beliau perlu menghabis satu pusingan sahaja lagi. Biasanya seorang pencatat

    pusingan akan di tugaskan untuk mengawasi seorang peserta.

    16. Perakam

    Perakam bertugas untuk membuat catatan terhadap keputusan dalam kejohanan olahraga. Antara

    tugas perakam ialah:

    Mendapatkan keputusan semua pertandingan daripada Ketua Hakim yang telah disahkan oleh

    Pengadil.

    Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi yang akan

    menunjukkan masa, jarak atau ketinggian setelah menerima maklumat daripada pengadil atau

    ketua hakim dan maklumat dari juru teknik dan penyukat angin.

    Menyediakan carta pungutan mata dan pingat bagi setiap pasukan yang bertanding.

    Menyediakan carta pungutan mata mengikut tiap-tiap peringkat umur dan jantina bagi acara

    yang di pertandingkan.

    Mencatat rekod baru kejohanan yang telah di pecahkan mengikut peringkat umur dan jantina.

    Menyediakan senarai nama peserta yang layak ke peringkat seterusnya dan di edarkan kepada

    pengurus pasukan.

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    18/20

    Menyediakan semua keputusan dari peringkat saringan ke peringkat akhir dan kedudukan

    peserta tersebut.

    Menyediakan Buku Keputusan Rasmi keseluruhan kejohanan dan edarkan kepada semua

    pengurus pasukan.

    Menyediakan rekod pencapaian individu bagi setiap bahagian untuk memudahkan pemilihan

    olahragawan dan olahragawati kejohanan.

    Setelah membuat catatan perakam hendaklah menyampai keputusan rasmi itu kepada juru

    acara.

    17. Marsyal

    Marsyal merupakan orang yang bertanggung jawab terhadap keselamatan gelanggang. Dengan kata

    lain marsyal berkuasa penuh mengawasi arena pertandingan dan tidak membenarkan sesiapa yang

    tidak berkenaan berkumpul atau berada dalam kawasan pertandingan. Ini termasuk pegawai-

    pegawai teknik yang tidak bertugas dan sepatutnya berada di tempat yang dikhaskan kepada

    mereka. Antara tugas marsyal ialah:

    Berkuasa penuh mengarahkan penonton dan pegawai yang tidak berkenaan supaya

    meninggalkan gelanggang.

    Mengagihkan pembantu-pembantu padang dan memaklumkan tugas mereka.

    Mengawas supaya tiada gangguan berlaku di tempat pertandingan.

    Menyediakan prosedur keluar dan masuk peserta dan pegawai serta majlis penyampaian

    hadiah.

    18. Pembantu Marsyal

    Pembantu marsyal biasanya terdiri daripada pelajar atau ahli-ahli badan-badan uniform antara tugas

    pembantu marsyal:

    Membantu marsyal menjalankan tugas-tugas mengawal keselamatan gelangang permainan.

    Membantu pengelola peserta membawa dan mengiringi peserta-peserta ke tempat pertandingan

    dan balik.

    Membantu pengelola jawatan kuasa hadiah membawa pemenang ke tempat penyampaian

    hadiah dan balik.

    19. Penyelia Peserta

    Di antara tugas penyelia peserta ialah:

    Mendapatkan semua borang penyertaan daripada Pengerusi Teknik Pertandingan.

    Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding dalam sesuatu acara.

    Membuat panggilan dan mengumpulkan peserta untuk ke gelanggang.

    Mendapat bantuan pembantu marsyal untuk menghantar peserta ke gelanggang.

    Menyusun peserta masuk ke padang mengikut lorong bagi memudahkan tugasan pelepas atau

    hakim.

    Menulis di papan markah bertujuan mengingatkan pengurus pasukan menyediakan peserta

    untuk pertandingan.

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    19/20

    Mencatat maklumat jika terdapat dalam borang penyelia peserta (misalnya peserta yang

    menarik diri) untuk makluman dan perhatian penolong pelepas.

    Menjalankan tugas mengumpul pemenang-pemenang hadiah untuk upacara penyampaian

    hadiah.

    Menyusun pemenang hadiah mengikut kedudukan tempat bagi memudahkan acara

    penyampaian hadiah.

    20. Juru acara

    Antara tugas juruacara ialah:

    Juru acara akan membuat pengumuman kepada orang ramai maklumat yang berkaitan dengan

    peserta yang mengambil bahagian dalam satu acara.

    Juru acara biasanya membuat pengumuman dalam bentuk nama peserta, nombor, pasukan,

    lorong dan saringan.

    Juruacara juga akan menghebahkan keputusan sesuatu acara yang di pertandingkan sebaik saja

    menerima maklumat yang sah daripada perakam atau pencatat.

    Juru acara juga perlu mengumumkan upacara penyampaian hadiah berdasarkan kenyataan pada

    borang penyampaian hadiah.

    Juru acara akan membacakan keputusan dengan menyatakan acara, pemenang, pasukan dan

    pencapaian yang dibuat

    Semasa membuat pengumuman- perhatikan di tempat-tempat pertandingan juru acara perlu

    mengelakkan dari membuat ulasan selari semasa peserta sedang bertanding.

    Juru acara kejohanan juga tidak di galakan menggunakan bahasa yang berbunga- bunga dan

    berbelit-belit.

    Umumkan sebarang kesilapan sebaik sahaja disedari.

    Selain daripada maklumat berkaitan dengan pertandingan juru acara juga diarahkan untukmembuat pengumuman yang tertentu berkaitan dengan kejohanan atau perkara-perkara lain

    yang perlu di hebahkan.

    21. Juru Ukur Rasmi

    Juru ukur bertugas sebelum kejohanan olahraga bermula:

    Beliau bertanggungjawab mengukur dan memastikan ukuran balapan dan semua bulatan

    lontaran termasuk sektornya memenuhi spesifikasi rasmi.

    Beliau akan menyerahkan sijil pengesahan yang menyatakan semua ukuran kawasan

    pertandingan adalah betul kepada pengurus kejohanan, pengurus teknik dan pengadil setelah

    berpuas hati terhadap semua ukuran gelanggang pertandingan.

    22. Pegawai Perubatan

    Pegawai perubatan yang di bantu oleh pasukan sukarela amat perlu untuk memberi bantu mula dan

    merawat kecederaan kecil. Pegawai perubatan bertugas memberi rawatan kepada peserta-peserta

    yang tercedera atau memerlukan perhatian perubatan ketika kejohanan berlangsung.

  • 7/28/2019 20120106120451_Peraturan Am Dan Bidang Tugas JK Teknik Kejohanan

    20/20

    23. Juru teknik Alat Penyukat Angin

    Juru teknik perlu menempatkan alat penyukat angin di tempat yang sesuai seperti yang

    disyaratkan oleh pihak pengelola dan mengikut undang-undang KOAM.

    Tugas rasmi beliau ialah memerhati dan mencatat kelajuan angin dan arah larian ketika sesuatu

    acara berlangsung.

    Catatan ini akan di serahkan kepada ketua hakim balapan dan padang yang berkenaan bagi

    menentukan dan mengesahkan apakah terdapat bantuan angin dalam sesuatu acara. Ini penting

    dalam mengesahkan rekod kejohanan.

    (Di antara acara olahraga yang memerlukan kelajuan di sukat ialah 100 meter, 200 meter, 100, 110

    meter lompat pagar, lompat jauh dan lompat kijang).

    24. Pengawas Wartawan

    Dalam kejohanan besar seorang pegawai akan di lantik oleh pengelola sebagai pegawai

    perhubungan antara pihak pengelola kejohanan dengan pihak wartawan.

    Maklumat untuk sebaran akan di hantar kepada pihak akhbar melalui pengawas wartawan.

    25. Pengawas Pembantu Padang

    Pengawas pembantu padang bertanggungjawab mengagihkan tugas kepada pembantu padang

    yang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah atau pertubuhan sukarela.

    Pembantu padang ini akan membantu menguruskan hal-hal berkaitan dengan penyediaan

    perkakasan dan alatan untuk pertandingan dan menyimpannya selepas pertandingan.