bgimana lahir insan kelas pertama

21
http://muhddaud.wordpress.com/2009/08/20/jelaskan-bagaimana-anda- sebagai-pendidik-dapat-melahirkan-insan-kelas-pertama-dalam- kalangan-pelajar-anda/ Jelaskan bagaimana anda sebagai pendidik dapat melahirkan insan kelas pertama dalam kalangan pelajar anda RINGKASAN EKSEKUTIF Tugasan ini berorientasikan cara penulis menjana anak didiknya menjadi insane minda kelas pertama supaya mereka dapat menjadi aset berguna kepada Negara pada masa hadapan. Dalam memastikan saya dapat melahirkan pelajar mempunyai minda kelas pertama, saya banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti bersama-sama pelajar kerana usaha murni itu tidak akan dicapai jika hanya diaplikasikan di dalam bilik darjah. Oleh itu, dalam memastikan segala

Upload: mei-jiun-chong

Post on 22-Dec-2015

89 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

http://muhddaud.wordpress.com/2009/08/20/jelaskan-bagaimana-anda-sebagai-pendidik-dapat-melahirkan-insan-kelas-pertama-dalam-kalangan-pelajar-anda/

Jelaskan bagaimana anda sebagai pendidik dapat melahirkan insan kelas pertama dalam kalangan pelajar anda

RINGKASAN EKSEKUTIF                                                                                   

 

            Tugasan ini berorientasikan cara penulis menjana anak didiknya menjadi insane minda kelas pertama supaya mereka dapat menjadi aset berguna kepada Negara pada masa hadapan.

            Dalam memastikan saya dapat melahirkan pelajar mempunyai minda kelas pertama, saya banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti bersama-sama pelajar kerana usaha murni itu tidak akan dicapai jika hanya diaplikasikan di dalam bilik darjah. Oleh itu, dalam memastikan segala kerja buat saya lebih efisien dan mencapai matlamatnya, selain Akademik dan P & P saya juga aktif dalam Kegiatan Kokurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Mewujudkan Budaya ICT kepada pelajar. Saya juga cuba mencemerlangkan diri saya dalam pelbagai bidang untuk memastikan saya dapa memberi khidmat terbaik kepada

Page 2: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

pelajar kerana saya perlu menjadi role model kepada pelajar. beberapa langkah proaktif telah saya ambil.

Saya banyak mengikuti kursus dalam pelbagai bidang demi memantapkan kemahiran dan pengetahuan saya di samping meningkatkan motivasi bagi menghasilkan sebarang keputusan yang lebih baik. Saya juga dianugerahkan oleh Allah dengan sahabat-sahabat yang ramai yang boleh saya manfaatkan sepenuhnya. Saya sering berbincang dengan rakan-rakan yang  arif dan berkemahiran dengan mengukuh dan memperkaya kemahiran dan pengetahuan saya. Semoga dengan kemapanan yang ada pada penulis akan menjadikannya seorang guru yang memupuk minda kelas pertama kepada anak didiknya.

                                                                                   

2.0       Sebagai pendidik yang berwawasan jauh sdan menyokong dasar-dasar negara untuk mencapai agenda nasional iaitu melahirkan pelajar yanbg berminda kelas pertama, saya telah melakukannya dengan beberapa cara:

 

2.1             Akademik dan P & P Menjana Minda Kelas Pertama Pelajar

Dalam menjana minda kelas pertama dalam kalangan  pelajar, saya

 menjadikan tugas saya sebagai guru Bahasa Melayu sebagai medium. Dalam menjana pelajar yang berpengetahuna dan intelektual yang merupakan cirri minda kelas pertama, saya menggunakan kaedah percambahan minda  atau slot brainstorming. Saya mengemukakan isu-isu beraras tinggi seperti “Artis: Perlu Cantik atau Bakat’, Peperangan Dapat Mengatasi Peperangan”, Wajarkah Malaysia Mengambil Jurulatih

Page 3: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

Sepak Takraw Thailand”, Malaysia Perlu Kembali Mengaktifkan Sektor Pertanian”, Hilangkah Nilai Kemanusiaan Kini” dan sebagainya setiap kali sebelum sesi pembelajaran bermula. .Mereka akan mengeluarkan pendapat apabila disoal secara spontan. Keadaan ini menjadikan mereka sentiasa bersedia dengan pengetahuan dalam pelbagai isu yang akan diajukan kepada mereka.  Selepas itu  saya akan mengemukakan pendapat bagi memberi ulasan atau penggulungan bagi setiap pendapat yang dikemukakan.  Hasil daripada aktiviti ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai penmgetahuan yang luas dalam bidang-bidang tertentu dan secara langsung dapat mematangkan mereka dengan lebih cepat berbanding usia sebvenar mereka iaitu 16 dan 17 tahun. Suatu masa nanti mereka akan menjadi pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi dan  mampu menyelesaikan masalah dengan   lebih efisien dan cepat. Apabila meereka beerpengetahuan dan mempunyai daya intelektual yang tinggi, mereka akan mengambil inisiatif untuk memajukan diri dan negaraa. Keberkesanan aktiviti ini terbukti apabila saya telah menerima pesanan khidmat ringkar (SMS) daripada Mohd Hafizi Zaudi yang berjaya menerima tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat. Kandungan SMS beliau seperi berikut: “Alhamdulillah, saya dapat biasiswa JPA. Sesi brainstorming cikgu sebelum mulakan kelas banyak membantu masa interview”.

                        Melalui P & P juga saya berjaya melahirkan pelajar yang kreatif dan  kritis. Saya dikenali oleh pelajar-pelajar saya sebagai salah seorang guru yang mengamaalkan kaedah  pengajaran Mestamu (Melodi  sajak tanpa muzik). Pelajar diminta memilih lagu kegemaran mereka dan menyanyikan dengan menggunakan lirik seperti sajak, Sebagai contohnya lagu Kian nyanyian Mawi digunakan untuk menyanyikan sajak “Anak Laut”, Kau Sandaran Hati nyanyian kumpulan Letto untuk sajak  “Jalan-jalan Raya Kotaku”, Pencipta Wanita

Page 4: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

nyanyian Irwanshah untuk sajak “Di Kota Kecilku”, dan sebagainya. Suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan merangsang pelajar menjadi lebih kreatif dan kritis kerana mereka beerupaya mengadaptasi lagu popular dengan lirik dalam sajak.. Saya akan memberikan hadiah sama ada berupa wang ringgit atau hadiah-hadiah lain seperti pen kepada pelajar yang berjaya menyampaikan Mestamu tersebut dengan baaik. Untuk memupuk kekreativitian pelajar saya juga , saya akan meminta mereka mencipt sajak sendiri yang sama temanya dengan sajak yang telah dipelajari. Sebagai contohnya selepas belajar sajak Jalan-jalan Raya Kotaku yang bertemakan kesesakan lalu lintas, pelajar diminta mencipta sajak yang juga bertemakan kesesakan laalu lintas tetapi menggunakan bait-bait kata yang berbezaa. Hasil daripadaa usaha saya ini, dua orang pelajar saya Nur Azuatul Akmal Kamaruddin dan Nur Afizah Mohd Yusoff telah memenangi tempat pertama pertandingan sajak antarabangsa yang dikendalikan oleh sebuah syarikat telekomunikasi antarabangsa dengan tajuk sajaknya “Sonnet Of Life”. Mereka berdua telah dijemput mendeeklemasikan sajak terebut di New York. Harapan saya pada masa hadapan anak-anak didik saya maampu menjadi modal insane yang mampu menghasilkan sesuaatu dengan menggunakan sumber yang ada demi kepentingan semua pihak seperti Steve Lewenhook yang hanya seorang pedagang gelas tetapi mampu mencipta mikroskop. Apabila mereka keatif dan kritis  maka mereka juga mempunyaai focus atau mempunyai matlamat yang jelas dalam menghasilkan sesuatu.  

 

2.2             Kokurikulum

Dalam bidang kokurikulum, penglibatan saya agak menonjol. Saya berjaya dalam  melahirkan pelajar  patriotic dan bersemangat juang tinggi yang dikatakan

Page 5: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

sebagai antara cirri minda kelas pertama melalui penglibatan saya sebagai pengurus pasukan hoki dan jurulatih pasukan olahraga. Ketika masa rehat latihan saya sering meemberi motivasi kepada mereka agar dapat memberikan sumbangan yang bermakna untuk menaikkaan naam sekolah, daerah, negeri dan Negara. Saya sering membawa pelajar saya menonton  rakaman video perlawanan hoki yang melibatkan pasukan Malaysia atau kejohanan olahraga yang meelibatkan aatlet Malaysia. Pada tahun 2000, Kelab Hoki SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah mengadakan rombongan ke Ipoh untuk menyaksikan Kejohanan Hoki Piala Tun Azlan Syah yang melibatkan pasukan Malaysia, Korea Selatan, Sepanyol, India, Pakistan, Jerman, Belanda dan Australia. Lantaran itulah mereka begitu bersemanagat untuk mewakili Negara pada suatu hari nanti apabila melihat kewibaawaan dan kesungguhan Chua Boon Huat, S. Kuhan, Mazli Ikmar, Tajol Rosli dan lain-lain lagi di padang. Hasil daripada usaha saya itu, dua pemain hoki saya telah berjaya mewakili remaja Malaysia ke Kejohanan Remaja Asia iaitu Wan Mohd Hafizullah bin Wan Mansor pada tahun 2001 di Singapura dan Mohd Hafiz bin Mohd Noor pada tahun1997 yang diadakan di New Delhi. Bagi bidang olahraga pula, sejarah tercipta apabila pada tahun 2006, dua atlet sekolah ini iaitu Mohd Sharulnizam Izani dan Alias Ab Azzi telah masing-masing memenangi pingat emas dalam acara lompat tinggi dan pingat gangsa dalam acara 110 meter lari berpagar Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Pada tahun 2008, Nur Ain Noorazidin telah memenangi pingat emas dalam acara 200 meter Lari Berpagar 15 Tahun perempuan dengan catatan masa 30.30 saat walaupun hanya menduduki teempat keempat dalam acara 100 meter lari berpagar sekali gus layak bertanding di peringkat antarabangsa dalam Kejohanan Little Athletic di Singapura. Semua kejayaan tu adalah hasil daripada motivasi saya supaya mereka dapat bermain dengan bersungguh-sungguh demi manikkan nama sekolah, daerah, negeri dan Negara.  .

Page 6: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

Mereka mampu mengaplikasikan semangat ini sehingga dewasa. Mereka juga tidak mudah mengalah dan mempunyai semangat juang yang tinggi Saya mahukan anak didik saya patriotic seperti Kamikaze yang sanggup mati demi Negara Jepun dan mereka seharusnya berpegang kepada prinsip biar putih tulang jangan putih mata. Buktinyaa nyata apabila Wan Hafizullaah bin wan Mnsor yang pernah mewakili negaar dalam hoki telah berjaya melamjutkan pelajarn ke Ireland dalam bidang perubatan dan kini bliau telah kembali ke tanah air untuk berbakti sebagai doctor di Negara sendiri. Apabila mereka bersemangat patriotic, mereka mempunyai kesedaran kendiri yang utuh bahawa mereka amat bertuah memilik Negara yang bernama Malaysia jika dibandingkan dengan Negara-neegara lain yang huru-hara.

            Sebagai guru penasihat pasukan forum remaja, mampu melahirkan pelajar yang memberikan idea-idea yang diterima pakai oleh orang lain. Pasukan bimbingan saya telah berjaya mewakili negeri sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2005, 2006 dan 2008.   Pencapaian terbaik kami ialah muncul naib johan kebangsaan pada tahun 2006. Untuk menghasilkan teks yang baik, mereka akan membuat rujukan dan berbincang bersama-sama. Dari sinisudah lahirnya sikap ingin tahu. Kemuadian mereka akan menulis teks mereka sendiri. Saya akan memeriksa teks mereka dengan baik supaya  teks mereka, di samping gaya percakapan dan idea mereka dapat diterima oleh orang lain. Demi memastikan persembahan forum mendapat perhatian dariapad pendengar, tajuk-tajuk yang diplih mestilah agak tinggi arasnya. Sebagi contoh, tajuk forum bagi tahun 2005 ialah Ke Arah Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, Keganasan Global: Menyingkap Punca Permasalahan dan Implikasi (2006), Peendidikan Tonggak Pembangunan Modal Insan Minda Kelas Pertama (2007) dan Ledakan Revolusi Teknologi Maklumat Banyak Melalaikan Manusia (2008). Saya telah melatih mereka cara untuk memastikan idea mereka diterima oleh

Page 7: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

pendengar dengan cara menyertakan bukti-bukti yang kukuh bagi setiap pandangan. Hasilnya dalam masa tiga tahun, sembilan pelajar forum remaja saya telah berjaya melanjutkan pengajian di luar Negara kerana keupayaan mereka mengeluarkan pendapat yang meyakinkan semasa sesi temu duga serta mampu memberikan idea yang dapat diterima oleh orang lain. Mereka ialah Nur Hidayah Sudin (Pengurusan Perniagaan di Amerika Syarikat), Nur Nasuha bt Edid (Perubatan di Ireland), Wan Zamzamie Wan Hussin (Pengursan di Perancis), Mohd Alif Firdaus bin Ali tan (Perubatan di Australia), Mohd faisal Alwi Wee (tajaan Bank Negara di England), Mohd farid Abdullah (Bioteknologi di Amerika Syarikat), Mohd Nuzul Muslim bin Sanusi (Kejuruteraan di Jepun). Harapan saya pada masa hadapan mereka akan menjadi pemimpin yang mampu memberikaan idea-idea yang bernas untuk kemajuan Negara. Saya mahukan pelajar saya menjadi seperti Tun Dr mahathir yang mampu memberikan idea yang bernas demi kemajuan Negara.

 

3.3 Pengurusan Murid

Tugas saya dalam menjana insan kelas pertama diteruskan dalam

 Bidang  pengurusan murid. Ciri yang cuba saya terapkan dalam diri pelajar ialah cirri kemantapan kepimpinan. Kemantapan kepimpinan bermaksud mempunayi nciri-ciri kepimpinan yang baik dan berkesan. Sebagai warden yang ditugaskan mengendaalikan Biro Sukan dan Rekreasi, saya telah banyak menganjurkan aktiviti yang berkaitan sukan dan rekreasi seperti Larian Merdeka, Kejohanan Bola Sepak 7 Sepasukan Antara Rumah Sukan, Pertyandingan Catur, Senamrobik dan sebagainya. Biasanya pelajar yang berbeza ditugaskan untuk mengedalikan aktiviti tersebut. Saya akan meminta mereka membuat kertas kerja aktiviti  tersebut. Selepas itu, saya akan berbincang dengan

Page 8: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

mereka teentang perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Mereka akan bermesyuarat dan membincangkan bidang tugas masing-masing. .  Saya juga memina mereka menyediakan plan B sekiranya terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan berlaku. Hasilnya mereka mampu merancang sesuatu perkra dengan baik dan tahu melaksanakan bidang tugas masing-masing. Mereka juga bersedia dengan beberapa kemungkinan yang kan berlaku dan cuba mengambil tindakan segera jika berlaku perkara yang tidak diingini. Saya berharap mereka akan menjadi pemimpin yang dikagumi di peringkat nasional suatu masa nanti.. Antara hasil kejayaan saya ialah lima pelajar saya telah menjawat jawatan teringgi dalam Majlis Perwakilan Pelajar di universiti masing-masing hasil daripada pendedahan yang saya berikan. Mereka ialah Mohd Mazuki Abdullah (USM), Mohd Alwi Ab rahim (UPM), Norhazila Ismail (Universiti Petronas), Mohd Fakaruddin Ismail (UIA) dan Omar Farouk Mohamad (UTM). Manakal dua orang pelajar saya iaitu Asrul shah bin Dato’,Hj Razali dan Aifaa Ariff menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomaatik. Kemantapan kepimpinan inilah yang menyebabkan mereka mempunyai focus untuk memberikan khidmat terbaik kepada orang bawahan.

 

 

Sebagai mentor dorm B2-2, saya telah diberikan tugas untuk

 menyelia 10  orang pelajar. Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh saya bertindak sebagai bapa untuk mereka dalam pelbagai  idang sama ada akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya. Tugas utama sebagai mentor ialah untuk membentuk pelajar yang dapat ,empertahankan akidah, agama dan moral. Sebagai mentor, saya telah mengadakan perjumpaan dengan mantee saya sebanyak dua minggu sekali. Setiap

Page 9: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

perjumpaan akan memfokuskan perbincangan terhadap aspek-aspek tertntu seperti Menjaga Kebersihan Diri, Mengawal Tingkah Laku, Menganangi Stres, Tanggungjawab Pelajar Sekolah Bersarsama Penuh, Budaya Penyayang  dan sebagainya. Dalam perbincangan itu saya akan memberi teguran kepafda pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan disiplin. Untuk mendapatkan maklumat itu, saya berhubung dengan Unit Disiplin bagi mendapat maklumat tentang penglibatan mantee saya dalam salah laku. Sekiranya ada, saya akan memberikan terguran kepada pelajar berkenaan. Mereka juga mesti mempunyai kesedfaran kendiri bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar demi agama, bangsa dan Negara. Saya juga meminta ahli-ahli dalam mantee tersebut memberikan pendapat dan harapan mereka agar pelajar yang melakukan kesalahan tadi berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya lagi. Implikas daripada  kerja buat saya, mereka mempnyai kemantapan disiplin dan menjaga adab dan tatacara ketika di mana-mana sahaja. Buktinya, semua sekali mantee saya telah dilantik menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa Badan Pelajar Islam dengan Wan Mohd Zakuan Wan Hassan Besari telah dilantik menjadi Pengerusi Badan Pelajar Islam  di sekolah. Saya berharap agar anak-anak didik saya menjadi orang yang beerjaya tetapi dalam masa yang sama mempunyai nilai moral yang tinggi.

 

2.3             Guru Bertindak Sebagai Role Model

Dalam melahirkan pelajar berminda kelas pertama, saya terlebih dahulu mestilah  dianggap oleeh pelajar mempunyai minda kelas pertama. Jika hal ini berlaku maka mereka akan lebih menghormati saya dan lebih mudah bagi saya untuk menjalankan apa-apa yang saya fikirkan perlu seterusnya mengikuti akktiviti-aktiviti yang dirancang. Dalam bidang yang berkaitan jasmani, saya

Page 10: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

adalah ketua jurulatih olahraga MSSK Kota Bharu, jurulatih olahraga MSSM Kelantan, jurulatih olahraga SUKMA Kelantan serta jurulatih bagi skuad Paralimpik Kelantan. Saya juga telah dipilih oleh Majlsi Sukan Negara (MSN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KKBS) sebagai salah seorang daripada sembilan jurulatih  olahraga yang bernaung di bawah Pusat Sukan Teras Prestasi Tinggi (UPSTP).  Penghargaan tersebut tidak dicaapai dengaan mudah pengalaman sejak di bangku sekolah dan usaha gigih yang berterusan. Saya sentiasa  menceritakan pengalaman saya untuk mencapai tahap sedemikian. Saya selalu menasihati mereka supaya berpegang kepada prinsip “biarlah hari ini lebih baik daripada semalam, esok biarlah lebih baik daripada hari ini” dan “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.Hasilnya pelajar-pelajar saya lebih bersemangat untuk terlibat  dalam acara-acara sukan. Mereka mempunyai inisiatif untuk menjadi lebih maju daripadaa daripadaa apa-apa yang telah saya miliki kerana mereka mempunyai segala-galanya sama ada dari segi infrasturtur dan kejurulatihan berbanding saya.

            Dalam bidang emosi pula, saya seorang guru yang tidak mumad dipengaruhi emosiaonal. Lantaran ittulah pelajar-pelajar saya mudah berbincang dengan saya sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah. Kemantapan emosi yang saya milik terbentuk melalui penglibatan saya dalam aktiviti-aktiviti koakademik. Saya telah mewakili pasukan Guru-guru Kelantan ke Pertandingan Perbahasan Guru-guru Malaysia pada tahun 2001, 2002 dan 2003. Pada tahun 2003, pasukan bahas Bahasa Melayu Guru-guru Kelantan yang saya wakili telah muncul dalam Pertandingan Guru-guru Malaysia Peringkat Kebangsaan sempena Perayaan hari Guru Perinkat Kebangsaan 2003 yang diadakan di Pulau Pinag setelah menewaskan Pasukan guru-guru Selangor dala perbahasan yang bertajuk “Kepimpinaan Guru Menjana Pendidikan Bermutu”. Ternyata pengalaman dan kearifan saya dalam bidang ini menyebabkan saya telah dilantik

Page 11: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

sebagai hakim dalam pertandingan-pertandingan bahas Bahasa Melayu dan pidato sama ada di peringkat daerah, negeri mahu pun peringkat kebangsaan. Keeupayaan saya ini bukanlah mudah untuk dibentuk tetapi memakan masa yang lama. Saya pernah mewakili daerah dalam pertandingan syarahan agama ketika di darjah 4 lagi (1980). Saya sering menunjukkan gambar-gambar kenangan saya  kepada pelajar-pelajar saya. Saya menjelaskan bahawa semasa menyertai sebarang pertandingan kita mestilah mempukan perhatian (focus) terhadap pertandingan serta serius terhadap perjuangan kita. Kita mestilah meneliti setiap patah perkataan yang keluar daripada pihak lawan dan ahli pasukan kita sendiri. 

             Pencapaian saya dalam akademik amat membanggakan apabila muncul sebagai pelajar terbaik pada peringkat Peperiksaan Penilaian darjah Lima (1981) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (1989).Selain itu saya mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat apabila sedang peengajian di peringkat Sarjana dengan Universiti Utara Malaysia dalam bidang Penguruasn Pendidikan. Saya juga mempnyai sifat ingin tahu yang tebal apabila mengamalkan budaya mengkaji. Saya pernah menghasilkan makalah akademik yang beertajuk “Kajian Slanga di Kalangan Pelajar Sekolah Berasrama Penuh: Satu Tinjauan di SM Saisn Tengku Muhammad Faris Petra” dan hasil  penulisan saya ini pernah dikeluarkan dalam Junaal Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka. Pembudayaan amalan membaca juga saya terapkan kepada para pelajar apabila saya sendiri seorang pembacaan yang aktif.  Setiap bulan saya akan menghabiskan pembacaan buku-buku pengetahuan sama ada yang ditulis oleh penulis tempatan anatarabangsa. Antaranya ialah ……….. Hasilnya saya mampu berbincang dengan pelajar tentang idea dan pemikiran penulis tersebut. Hasilnya pelajar-pelajar saya dapat melihat bahawa saya seorang yang berpengetahuaan dan semestinya mereka juga berpengetahuan. Keinginan untuk

Page 12: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

menjadikan mereka berpengetahuan hanya akan diperoleh jika mereka mempunyai sifat ingin tahun yang menebal.

 

 

3.5 Guru Membawa Pelajar Terlibat dengan Agensi Luar

            Seorang guru yang proaktif, saya selalu melibatkan pelajar-pelajar saya dengan aktiviti yang melibatkan saya. Penglibatan pelajar dalam aktiviti dengan agensi luar ini mampu menjana kesedaran kendiri dalam kalangan pelajar. Saya pernah memilih 25 atlet sekolah unttuk menjadi pembantu seemasa Sirkit Olahraga Paralimpik Zon Timur pada 28 hingga 30 Jluai 2008 yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Panji. Saya memberi peluang kepada mereka untuk mendekati golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Pelajar-pelajar saya juga telah meminjamkan kasut lari mereka (spikes) kepada atlet-atleet OKU tadi. Selain itu, saya juga telah dijemput untuk menjadi Pengerusi Majlis bagi Majlsi Penyerahan Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim oleh Menteri diJabatan Perdanaa Menteri iaitu YB Dato’ Zaid bin Ibrahim. Kesempatan ini saya telah gunakan untuk membawa 10 orang pelajar yang dapat membantu saya dalam urusan pengendalian majlis tersebut. Hasil daripada kedua-dua aktiviti tersebut akan lahirlah kesedaran kendiri dalam kalangan pelajar-pelajar saya seterusnya bersyukur dan bangga dengan kelebihan dan keistimewaan yang telah diberikan oleh Allaah S.W.T. Meraka akan berusaha dan melakukan sesuatu yang terbaik berdasarkan kelebihan dan keistimewaan yang ada kerana sedar bahawa manusia yang tidak bernasib baik juga mempunyai semangat diri yang kuat dan kental. Pada masa depan saya berharap agar sentiasa bersyukur deengan keamanan yang ada di nenhaa kita seterusnya mengelakkan diri daripada melkukana sesuatu yang boleh memporak-perandakan

Page 13: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

Negara tercinta.  Itulah yang dikatakan manusia kelas pertama.

            Penglibatan dengan agensi luar yang seterunya ialah dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melalui penglibatan dalam pertandingan Forum Antidadah Peringkat Negeri pada 25 Mei 2008. Serama I lima pelajar saya yang berada di Tingkat Empat telah diminta mengupas tajuk “Masyarakat Madani Tanpa Dadah” dan “Dadah Pemusnah, Hapuskan Dadah”. Untuk mengupas kedua-dua tajuk ini memerlukan mereka untuk memahami punca, kesan dan langkah mengatasi seseorang itu terlibat deengan dadah. Saya telah meenulis surat dengan pihak pentadbir Pusat Pemulihan Dadah Wanita di Kemumin, Pengkalan Chepa untuk mendapat kebenaran bagi sesi termu ramah dengan pelatih-pelatih ddi pusat tersebut. Hasil daripada temu ramah tersebut dapat melahirkan budaya mengkaaji dan menyelidik  dalam kalnagn pelajar saya. Mereka dapat mengetahu bahawa ada pelatih yang terlibaat dengan dadah kerana masalah perceraian dengan suami, putus tunang, kecewa denag sikap pilih kasih ibu bapa, ingin mncuba dan sebagainya. Implikaasi daripada program ini akan lahirlah pelajar yang berbudaya menyelidik dan mengkaji untuk mendapatkan sesuaatu   jawapan terhadap sesuatu persoalan. Meraka tidak hanya membuat andaian sendiri yang kadangkala tepat dan kadangkala tidak tepat terhadap sesuatu perkara. Dalam pertandingan itu, pelajar-pelajar saya telah muncul sebagai naib johan negeri setelah tumpas kepada SMK Ayer Lanas, Jeli. Jadi, penglibatan ini telah menyebabkan mereka mempunyai sifat ingin tahun yang menebal dalam diri mereka. Saya juga maahukan anaka didik saya seperti Dato’ Paduka Syarifah Mazlina yang sanggup meredah Benua Antartika demi mengkaaji dan menyelidik hidupan di sana demi kepentingan bersama. Itulah minda kelas pertama sebenarnya.

 

Page 14: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

3.6 Guru Membudayakan Pengunaan Teknologi Maklumat.

            Kini dunia berada di hujung jari kita. Konsep pembelajaran kini juga berbeza dengaan zaman dahlu kerana kini dunia adalah bilik darjah pelajar berbanding dahulu bilik darjah adalah dunia pelajar. Untuk membebtuk manusia berminda kelas pertama yang bercirikan inovatif, saya mewaajibkan semua pelajar saya mencipta power point teentang pembelajaran Komponeen Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). Mereka dikehendaki mempersembahkan kajian teks sastera dalam Novel Putera Gunung Tahan dan Di Hadapan Pulaau serta antologi Anak Laut dan Kerusi. Setiap pelajar diwajibkan mengupas salah satu daripada teks-teks tersebut dan  menjelaskan sama ada biodata pengarang, synopsis, tema, persoalan, watak, perwatakan, latar, gaya bahasa, nilai murni atau  pengajaran yang terkandung. Melalui kaedah pengajaran ini akan melahirkan cirri-ciri inovatif dalam diri mereka kerana mereka berlumba-lumba untuk meenghasilkan  sesuatu yang menarik dan terbaik bagi dipeersembahkan kepada semua ahli kelas. Mereka akan menggunakan segala kreativiti yang ada demi menghasilkan sesuatu kelainan berbanding orang lain. Pada masa depan meraka akan menjadi  inovatif untuk meenghasilkan sesuatu demi kepentingan dirinya dan orang lain. Mahu mahukan pelajar saya seperti Stevenson Corey, seorang pedagang gelas yang mampu mencipta mikroskop. Namun demikian, cirri-ciri inovatif ini tidak akan wujud tanpa kesedaran untuk membantu orang lain.

            Melalui teknologi maklumaat juga saya dapat melahirkan pelajar yang proaktif. Proaktif bermaksud merangka atau melakukan sesuatu tindakan lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara. Dengan menggunakan teknologi maklumat  saya memberi tugasan kepada [pelajar dan pelajar menghantar hasil kerja mereka kepada saya juga melalui teknologi melalui

Page 15: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

program “mail.googlee.com/a/smstmfp.edu.my.” Setelah mereka menyiapkan latihan mereka, mereka akan menghantarnya kepada saya melalui alamat [email protected]. Hal ini bermakna latihan bukan hanya dapat dlakukan ketika sesi persekolahan sahaja tetapi boleh dilakukan pada bila-bila masa. Senario ini pastinya melancarkan lagi proses P & P walaupun proses P & P banyak tergendala kerana aktiviti-aktitivi luar bilik darjah. Selain itu, saya akan membawa pelajar ke Makmal bestari  dua minggu sekali bagi mencari rujukan yang sesuai bagi menghaasilkan penulisan karangan yang baik. Pelajar diminta mencari maklumat tesebut emlalui agen pencaari google. Hal ini bermakna pelajar-pelajar yang mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahun akan cuba mendapatkan sesuatu maklumaat sama ada dari fakta-fakta, contoh-contoh serta pendapat tokoh-tokoh berkaitan tajuk penulisan karangan tersebut. Mereka akan mengambil inisiatif yang sepatutnya untuk memastikan usaha mereka tidak sia-sia. Ternyata kedua-dua kaedah pengajaran ini telah menjadikan pelajar saya proaktif yang merupakan antara cirri minda kelas pertama dalam mengambil tindakan. Pada masa depan mereka amat cepat bertindak dan tidak menunggu hingga saat-saat akhir dalam menyeleaikan sesuatu. Saya mahukan anak didik saya proaktif seperi Tun Perak pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang begitu proaktif dalam menyelamatkan Melaka daripada ancaman Siam.

 

4.0 Penutup

            Marilah kita sama-sama berdoa agar para pelajar hari ini menjadi insane kelas pertama kerana masa depan Negara tereltak di tangan mereka. Tugas untuk menjana insane kelas pertama ini terletak di pundak atau bahu pendidik seperti saya. Kita mahukan rakyat kita seperti negara Jepun yang mampu membangunkan semula

Page 16: Bgimana Lahir Insan Kelas Pertama

negera mereka walaupun pernah menjadi padang jarak padang terkukur pada tahun 1942 angkara bom atom di Hiroshima dan Nagasaki lantaran mempunyai modal insane minda kelas pertama.

            Namun demikian, dalam menghasilkan insane kelas pertama yang mempunyai cirri-ciri holistic banyak rintangaannya. Selagi sikap sesetengah pihak yang terlalu mementingkan kepeutusan peperiksaan (exam oriented) tidak diubah, selagi itu usaha murni ini  akan hanya tinggal khayalan. Sistem pendidikan kita tidak pernah silap kerana matlamat untuk melahirkan insane yang holistic dan seimbang ini ada dinyatakan dalam Falsafah pendidikan Negara dan ditambah lagi dengan lima teras dalam Pelan Induk pembangunan Pendidikan Nasional (PIPP) 2006-2010.

            Inisiatif kerajaan memepruntukkan markah 10% dalam kegiatan kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke IPT wajar dipuji. Usaha ini juga perlu ditambah dengan memperuntukkan markah juga untuk sahsiah.  Pendcapain pelajar sepanjang persekolaahan dikira juga mengelakkan pelajar berusaha bersungguh-sungguh ketika peperiksaan awam juga dapat melahirkan pelajar yang sentiasa bersedia pada bila-bila masa seterusnya melahirkan pelajar yang holistic kecemerlangannya.