bengkel cakera padat pembelajaran dalam pengajaran bahasa melayu

4
BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Pengenalan CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer. Jenis-jenis cakera padat

Upload: jessica-reynolds

Post on 10-Nov-2015

250 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.

Jenis-jenis cakera padat

Perbezaan CD dan DVD

Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.

Format CD

Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.

Format DVD

Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVDsedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.

Format DVDCiri-ciri

DVD-RDVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.

DVD+RSama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.

DVD-RAMDVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secararawak.

DVD-RWDVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secaraurutan.

DVD+RWSama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.

DVD-R/WSama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).

DVD+R/WSama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)

Pengunaan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

Keselamatan ICT sekolah

1. Empat aspek

Tanggungjawab Keselamatan fizikal Keselamatan sistem Keselamatan data

Peranan dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan kerajaan sebagai pegawai maklumat karajaan. Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api. Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerohohan. Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah pemasangan perisian antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada internet oleh pengguna.Keselamatan data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan akses maklumat, misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang boleh akses data pelajar dalam pelayan, dokumen sulit yang disimpan dalam disket hanya boleh diakses dengan kata laluan.

Penjagaan Cakera Liut jangan sentuh bahagian cekera yang terdedah jangan letak benda berat di atasnya jauhi daripada makanan, minuman, debu dan asap jauhi daripada medan magnet jauhi daripada kepanasan dan kesejukan yang ekstrim masukkan disket dengan cermat ke dalam pemacu cakera selalu simpan disket dalam kotak apabila tidak diguna