pembinaan perisian multimedia pendidikan … · 3.7 paparan perisian video windows movie maker 34...

23

Upload: lehanh

Post on 13-Jul-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN
Page 2: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN BERASASKAN

MODEL KONSTRUKTIF NEEDHAM LIMA FASA BAGI TAJUK

MOMENTUM DALAM MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT

ELLISON DANNY LEINSIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2007

Page 3: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN
Page 4: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN
Page 5: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

For my family

The footsteps of a man I wish to follow,

Danny Leinsin Limpakan

The heart of a gentle woman to have,

Nusiah Gimbun

Sisters and brother of my responsibility,

Ernesta Louise Danny

Eudora Davina Danny

Elfreda Floria Danny

Elroy Danny Leinsin

Page 6: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Segala pujian, hormat dan syukur saya naikkan kepada Tuhan yang memulakan

semuanya, kerana dari Dialah berasalnya segala hikmat dan pengetahuan yang kita alami

sekarang ini. Hanya dengan kuasa dan rencanaNya yang begitu indah, barulah projek ini

dapat diselesaikan. Segala kemuliaan hanya untukNya.

Penghargaan yang sangat dalam didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

kepada En Mohd Ali Bin Ibrahim selaku pembimbing Projek Sarjana Muda (PSM) yang

atas dorongannya projek ini mampu diselesaikan dengan sempurna. Tanpa dorongan

beliau, projek ini tidak akan terbimbing dan mencapai hasil yang baik, tersusun, dan

teratur. Terima kasih buat beliau.

Kepada keluarga yang sangat saya kasihi, terima kasih kerana sentiasa bersama

saya sewaktu saya menghadapi kesukaran. Terima kasih buat sokongan doa yang telah

banyak membuat saya bertumbuh sehingga saya dapat mencapai tahap ini. Buat peribadi

yang bakal menjadi keluarga bersama, terima kasih atas hati yang sentiasa memberi

dorongan dan semangat kepada saya.

Saya juga tujukan penghargaan kepada rakan seperjuangan saya, Mohd

Norafdzar bin Nordin kerana memberi pandangan dan pendapat serta dorongan dan

sokongan untuk terus berusaha menyelesaikan projek ini. Ucapan terima kasih juga buat

guru – guru di Sekolah Menengah Shan Tao kerana terlibat sama dalam menilai projek

ini.

Page 7: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih buat setiap individu yang

tidak sempat disebutkan secara langsung mahupun tidak langsung terlibat sama dalam

membantu menyiapkan projek ini baik secara fizikal mahupun secara dorongan. Terima

kasih buat anda semua.

Page 8: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

ABSTRAK

Projek ini dilaksanakan dengan tujuan membina sebuah perisian interaktif

multimedia pendidikan bagi tajuk Momentum dalam topik Forces and Motion mata

pelajaran Fizik tingkatan empat. Isi kandungan perisian adalah selaras dengan huraian

sukatan pelajaran Fizik tingkatan empat. Perisian ini sesuai digunakan dalam

pembelajaran kendiri mahupun sebagai alat bantu pengajaran pembelajaran dalam kelas.

Pembinaan aktiviti pembelajaran adalah berdasarkan Model Konstruktif Needham Lima

Fasa dalam bentuk interaksi video yang diterbitkan dengan situasi – situasi Fizik yang

sesuai. Rekabentuk perisian pula dibina mengikut Model ADDIE. Perisian – perisian

yang terlibat secara khusus dalam pembinaan projek adalah perisian pengarangan

Macromedia Authorware, Photostudio, Dart XP Pro, dan Windows Movie Maker.

Perisian – perisian ini digunakan bagi menggabungkan pelbagai kriteria seperti teks,

grafik, animasi, audio, dan video bagi menghasilkan satu perisian yang menarik. 10

orang guru yang berpengalaman dengan kepakaran masing – masing dalam pengajaran

Fizik dan pembinaan perisian terlibat dalam penilaian perisian tersebut. Keputusan

penilaian menunjukkan bahawa perisian tersebut adalah sangat bersesuaian dalam

keberkesanan isi kandungan, reka bentuk dan interaksinya.

Page 9: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

ABSTRACT

The aim of this project is to construct an educational interactive software for

Momentum which is under the chapter of Forces and Motion of Physics form four. The

syllabus of studies within this software is according to the Physics syllabus for form four

study. This software is either applicable for personal studying or for the general used of

teaching aids in class. The Five Phase Constructive Model of Needham is used during

the construction of the learning activities within. The situations are prepared according

to the physics of Momentum which is a contextual phenomenon to students. This

software is designed using the ADDIE Model, with the tools of Macromedia

Authorware, Photostudio, Dart XP Pro and Windows Movie Maker. These software

tools are used to combine interactions such as text, graphics, animations, audios and

videos. The evaluation of this software was made by 10 experienced teachers which

major in teaching Physics and software building. The result shows a good response for

the usage of this software by its effectiveness in contents, design, and interaction.

Page 10: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIA ii

PENGAKUAN PENULIS iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 5

Page 11: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

1.5 Rasional Projek 5

1.6 Kepentingan Projek 6

1.7 Skop Projek 6

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Pembinaan 7

1.8.2 Penilaian 7

1.8.3 Perisian 7

1.8.4 Multimedia 7

1.8.5 Konstruktivisme 8

1.8.6 Model Pembelajaran Konstruktif

Needham Lima Fasa

8

1.9 Rumusan 9

2 SOROTAN PENULISAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Model Pembelajaran 12

2.2.1 Model Konstruktif Needham Lima

Fasa

12

2.3 Pembinaan Multimedia 13

2.4 Aplikasi Model Pembelajaran Dalam Reka

Bentuk Perisian Multimedia

15

2.4.1 Model Pembelajaran Konstruktif 15

2.5 Kajian Dalam Pembelajaran Sains 16

2.5.1 Pembelajaran Sains Tanpa PBK

(Tradisional)

17

2.5.2 Pembelajaran Sains Dengan PBK 18

2.6 Rumusan 19

Page 12: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

3 METODOLOGI 20

3.1 Pengenalan 20

3.2 Model Pembinaan Perisian 20

3.2.1 Analisis (Analysis) 21

3.2.2 Rekabentuk (Design) 21

3.2.3 Pembinaan (Development) 21

3.2.4 Implementasi (Implementation) 22

3.2.5 Penilaian (Evaluation) 22

3.3 Perkakasan 23

3.4 Analisis Pembinaan Perisian 23

3.4.1 Isi Kandungan Perisian

Pembelajaran

23

3.4.2 Strategi Pembelajaran Perisian 25

3.5 Reka Bentuk Perisian 26

3.5.1 Bahagian Isi Kandungan 26

3.5.2 Bahagian Interaksi 27

3.5.3 Bahagian Antara Muka 30

3.6 Perisian Pembangunan 30

3.6.1 Perisian Bahasa Pengarangan 31

3.6.2 Perisian Grafik 32

3.6.3 Perisian Animasi 32

3.6.4 Perisian Audio 33

3.6.5 Perisian Video 34

3.7 Rumusan 35

Page 13: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

4 PEMBINAAN PERISIAN 36

4.1 Pengenalan 36

4.2 Hasil Pembinaan Perisian 36

4.2.1 Title dan Guide 37

4.2.2 Introduction dan Tasks 39

4.2.3 Lesson Core 40

4.2.3.1 Physics I Saw 41

4.2.3.2 Basic Intelligence 42

4.2.3.3 Guided Intelligence 43

4.2.3.4 Altered Intelligence 45

4.2.3.5 Questions 46

4.2.4 Learning Map 47

4.2.5 Question Store 48

4.2.6 Word Reference 49

4.2.7 The Author 50

4.3 Penilaian Perisian 50

4.3.1 Kriteria Penilaian Perisian 51

4.3.2 Kumpulan Penilai 51

4.3.3 Skala Penilaian Perisian 52

4.3.4 Hasil Penilaian 52

4.3.4.1 Kesesuaian Isi Kandungan 53

4.3.4.2 Kesesuaian Reka Bentuk 54

4.3.4.3 Kesesuaian Interaksi 55

4.4 Rumusan 55

Page 14: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

57

5.1 Pengenalan 57

5.2 Perbincangan Pembinaan Perisian 57

5.2.1 Pembinaan Bahan Interaktif 58

5.2.2 Pemilihan Reka Bentuk 59

5.2.3 Halangan Teknikal Perkakasan 59

5.3 Kesimpulan 60

5.4 Cadangan 61

5.4.1 Penambahbaikan Isi Kandungan

Perisian

62

5.4.2 Penambahbaikan Reka Bentuk

Perisian

62

5.4.3 Penambahbaikan Interaksi Perisian 63

5.5 Penutup 63

BIBLIOGRAFI 65

LAMPIRAN 68

Page 15: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Isi Kandungan Bagi Tajuk Momentum 24

3.2 Penstrukturan Isi Kandungan Bagi Tajuk

Momentum Berasaskan Model Konstruktif

Needham Lima Fasa

27

4.1 Skala Likert Lima Mata 52

4.2 Hasil Penilaian Keberkesanan Isi Kandungan 53

4.3 Hasil Penilaian Keberkesanan Reka Bentuk 54

4.4 Hasil Penilaian Keberkesanan Interaksi 55

Page 16: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Alir Model Konstruktif Needham Lima

Fasa

25

3.2 Carta Alir Interaksi Dalam Perisian Bagi Tajuk

Momentum

28

3.3 Carta Alir Interaksi Dalam Lesson Core 29

3.4 Paparan Perisian Pengarangan Macromedia

Authorware 6.5

31

3.5 Paparan Perisian Grafik Photostudio 2000 32

3.6 Paparan Perisian Audio Dart XP Pro 33

3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34

4.1 Title 38

4.2 Guide 38

4.3 Introduction dan Tasks 40

4.4 Fasa Physics I Saw Dalam Lesson Core 42

4.5 Fasa Basic Intelligence Dalam Lesson Core 43

4.6 Fasa Guided Intelligence Dalam Lesson Core 44

4.7 Fasa Altered Intelligence Dalam Lesson Core 45

4.8 Fasa Questions Dalam Question Store 46

4.9 Learning Map 47

4.10 Question Store 48

4.11 Word Reference 49

4.12 The Author 50

Page 17: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

SENARAI SINGKATAN

et al - And Others

ABM - Alat Bantu Mengajar

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

CD - Compact Disc / Cakera Padat

Page 18: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan

Empat Bagi Tajuk Momentum (Momentum)

68

Lampiran B Papan Cerita Perisian 70

Lampiran C Borang Penilaian Perisian 75

Page 19: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas merupakan suatu kitaran yang asas

bagi seseorang pelajar semasa berada dalam peringkat persekolahan. Kemampuan

pelajar memahami bahan dan isi kandungan yang disampaikan oleh para guru

biasanya dilihat menerusi pencapaian pelajar semasa penilaian ujian atau peperiksaan

sekolah. Pihak guru sering memikirkan cara untuk memperbaiki dan mempercepat

proses pemahaman pelajar bagi memudahkan kedua – dua pihak guru dan murid.

Bagi memungkinkan keadaan tersebut dicapai, para penyelidik dalam pendidikan

menyarankan agar penggunaan bahan multimedia dimantapkan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaan komputer merupakan suatu

penerapan multimedia yang sangat diperlukan dalam pendidikan pada masa kini

sebagai medium untuk menyokong suatu pengajaran (Nelson, 2001). Penggunaan

komputer dalam pembelajaran yang lebih dikenali sebagai Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) menunjukkan bahawa teknologi telah dapat

diterapkan dalam pendidikan dan semestinya akan melancarkan lagi proses

pembelajaran.

Pembelajaran dengan PBK mempunyai kekuatan dalam bahagian antara

muka dimana pelajar dapat memerhatikan secara langsung fenomena – fenomena

yang tidak dapat ditunjukkan dalam kelas. PBK yang baik dapat membantu pelajar

untuk memahami isi kandungan mata pelajaran dengan lebih efektif, dan juga dapat

memotivasikan pelajar untuk mempunyai sifat ingin tahu yang lebih kuat (Norliza et

Page 20: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

al, 2004). Dengan adanya PBK, pembelajaran akan bersifat aktif dimana pelajar akan

terlibat sama melakukan sesuatu semasa proses pembelajaran berlangsung.

Sebagaimana yang kita ketahui, pembelajaran dalam bidang sains bukanlah

merupakan suatu proses yang dapat dilaksanakan tanpa mengaplikasikan apa yang

dipelajari. Pembelajaran dikatakan berjalan apabila pelajar mengaplikasikan

pengetahuan sains yang dipelajari kepada situasi – situasi praktikal. Dengan adanya

PBK, proses pembelajaran dapat dijalankan dengan permulaan yang baik berikutan

kekuatan PBK dalam bahagian antara mukanya, dimana pelajar dapat melaksanakan

eksperimen awal dengan menggunakan PBK (Silberman dan Lawson, 1995).

Sungguhpun ianya dilaksanakan dalam bentuk media, sekurang – kurangnya PBK

dapat membantu dengan memberi gambaran dan pemahaman yang umum.

Perlaksanaan eksperimen dalam bentuk media juga dapat membantu melengkapi

alatan makmal yang tidak terdapat di sekolah – sekolah yang tertentu.

Perisian PBK yang diperlukan dalam sekolah – sekolah perlulah bersesuaian

dengan piawaian sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh

sebab itu, perisian yang dibina tidaklah diperbolehkan untuk bertumpu kepada nilai

komersil semata – mata (Rohaida et al, 2006). Inovasi boleh dilakukan dalam

bahagian penyampaian, uji diri, tutorial dan latih tubi dengan lebih kreatif serta

kritikal, tanpa mengubah piawaian yang ditetapkan oleh KPM sekiranya wujud

persaingan dalam nilai komersil.

Dalam pembinaan perisian PBK, pembelajaran boleh berlangsung dalam

corak tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif. Pembinaan perisian yang bertaraf

lebih tinggi masih diperlukan supaya pembelajaran dapat berlangsung dalam bentuk

subjektif, dimana pelajar dapat memberikan pandangan, serta menerima maklum

balas kemudiaannya oleh guru yang menyelia.

Page 21: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

1.2 Latar Belakang Masalah

Seperti yang kita ketahui, teknologi memainkan peranan yang penting dalam

proses pengajaran – pembelajaran sains, dimana ia telah banyak membantu pihak

guru menerangkan fenomena – fenomena sains. Pihak guru telah menggunakan

rancangan televisyen, radio, perisian komputer, perisian khusus, dan internet sebagai

sumber data untuk menjadikan isi pelajaran lebih mudah difahami dan lebih daripada

itu menjadikan pembelajaran lebih menarik (Abu Hassan, 2003).

Sungguhpun teknologi banyak disediakan, masih ramai lagi pelajar yang

mempunyai tahap pengetahuan yang rendah dalam sains. Kejadian seperti ini

mungkin disebabkan oleh faktor penggunaan teknologi yang bukan pada tahap yang

maksimum. Sekiranya penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dimaksimakan,

PBK dalam kelas sukar diteruskan kerana ini memerlukan para guru yang berpotensi

untuk membina dan menggunakan perisian berkomputer (Wiske et al, 1991).

Penggunaan teknologi dalam pendidikan yang kurang, menjadikan pelajar

sukar untuk menggambarkan dan memahami tentang apakah sains yang sebenarnya.

Ini merupakan suatu penghalang bagi pelajar untuk memahami dan menerima sains

sebagai pengetahuan yang amat berguna kepada mereka.

PBK dalam kelas membuka jalan bagi para pendidik menggambarkan situasi

– situasi Fizik, yang dimana pada masa dahulunya merupakan sesuatu yang sukar.

Objektif dalam menghasilkan suatu perisian PBK adalah supaya pelajar dapat terlibat

sama dengan aktif dan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Dengan adanya PBK para guru dan pelajar berkongsi suatu persekitaran yang aktif,

dimana minda digunakan dengan sepenuhnya semasa proses pembelajaran

berlangsung.

Page 22: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

1.3 Pernyataan Masalah

Pembelajaran sains dalam sekolah telah membuka ruang minda pelajar untuk

berfikir secara logik mengenai fenomena dan situasi yang berlaku dalam kehidupan

harian. Walau bagaimanapun, para guru sering tertanya – tanya sama ada pelajar

memahami isi kandungan yang disampaikan ataupun tidak setelah sesi pengajaran

selesai (Haugland dan Wright, 1997).

Persoalan yang sering timbul dikalangan para guru ialah apabila pelajar

mereka dapat menjawab soalan mengenai suatu masalah yang diberi, tetapi tidak

dapat menerangkan secara Fizik mengapa situasi tersebut perlu diselesaikan dengan

cara yang dipilih. Perkara diatas mejelaskan tentang kekerapan pelajar kembali

kepada guru mereka untuk bertanyakan bahan pengajaran yang sama walaupun

sudah diterangkan kepada mereka beberapa kali.

Pelajar biasanya akan hadir mengikuti kelas sains dengan berbekalkan

kerangka pemikiran awal tentang fenomena – fenomena yang berlaku di muka bumi.

Kerangka pemikiran ini terbentuk berdasarkan pengalaman pelajar sendiri dimana

kemungkinan besar idea tersebut tidak betul, tetapi masih dipegang kuat oleh pelajar

itu sendiri. Pelajar akan sukar memahami topik – topik dengan konsep yang dalam,

dan juga tidak akan mengenalpasti konsep yang sebenar sekiranya pelajar tersebut

berada dalam keadaan miskonsepsi terhadap sesuatu topik.

Pendekatan yang sesuai terhadap konsep Fizik adalah perlu bagi

memungkinkan pemahaman yang mantap kepada pelajar, seterusnya memudahkan

P&P sains dalam sekolah. Pendekatan yang sesuai juga akan membuka langkah

kepada pelajar melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dimana

kekuatan dan asas yang kukuh akan mengarahkan mereka dalam kajian sains yang

lebih luas.

Page 23: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN … · 3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34 4.1 Title 38 4.2 Guide 38 ... CD - Compact Disc / Cakera Padat . SENARAI LAMPIRAN

1.4 Objektif Projek

Projek yang dilaksanakan ini mempunyai dua tujuan utama dalam bidang

teknologi maklumat. Objektif tersebut dinyatakan sebagai;

i) membina perisian bagi tajuk Momentum dalam cara penyampaian

PBK.

ii) menilai perisian yang dibina dengan beberapa individu pakar untuk

menguji sejauh mana kekuatan perisian tersebut untuk digunakan

dalam proses PBK.

1.5 Rasional Projek

Projek ini dilaksanakan berikutan keperluan perisian PBK yang lebih mantap

sebagai suatu komponen yang boleh membantu pelajar dalam pembelajaran mereka

mengenai sains. Pembinaan perisian PBK ini adalah berasaskan kepada Model

Konstruktif Needham Lima Fasa dimana pelajar dibimbing semasa membuat

pembentukan semula idea mereka dalam proses pembinaan pengetahuan yang baru.

Ahli – ahli konstruktivis mencadangkan bahawa pengetahuan baru perlu

terbentuk daripada pengetahuan sedia ada pelajar. Oleh itu, pembinaan perisian PBK

ini perlulah dilengkapi dengan fasa – fasa yang dapat membantu pelajar untuk

membentuk suatu pengetahuan yang baru berdasarkan apa yang mereka ketahui

sebelumnya. Fasa – fasa tersebut akan berubah sedikit demi sedikit mengikut

kemampuan pelajar memahami topik tersebut, sehinggalah pelajar itu dapat

memahami sepenuhnya.