nota padat menggambar

23
NOTA PADAT MENGGAMBAR Sarbinipani2009 PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.. dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Definisi Menggambar representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut alatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar: Berbagai jenis pensil Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil

Upload: izzat6266

Post on 26-Jun-2015

1.089 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA PADAT MENGGAMBAR

NOTA PADAT MENGGAMBAR Sarbinipani2009 PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid.

melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.

menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya.

lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.

meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya.

membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan..

dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.

Definisi Menggambar

representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.

mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.

gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang

Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek

Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.

Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut alatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar: Berbagai jenis pensil Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil Kapur berwarna Oil paste Artline atau marker Berbagai jenis pen Gouche, akrilik, cat minyak Stensil Kolaj Capan, cetakan Lilin Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, dan buah-buahan Penyedut minuman Gunting, pisau lipat, gam Berbagai jenis berus lukisan Palet/pembancuh warna

Page 2: NOTA PADAT MENGGAMBAR

TUJUAN MENGGAMBAR Berikut ialah hasiIpembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap murid dalam kegiatan menggambar: Asas menggambar Menggambar Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer Jika dilihat secara keseluruhannya, setiap hasil pembelajaran tersebut boleh dibahagikan mengikut aras-aras yang tertentu seperti berikut: pengetahuan kefahaman aplikasi

analisa

sintesis

penilaian (a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. 1. Apakah yang anda faham tentang definisi menggambar 2. Berikan teknik-teknik yang boleh digunakan dalam proses menggambar 3. Apakah alatan, media dan bahan yang sesuai untuk aktiviti menggambar

Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi Meningkatkan pengetahuan Asas Senireka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan (b) Aras Aplikasi dan Analisa Setelah mengetahui dan memahami apa yang dipelajari murid akan beralih ke tahap atau aras aplikasi dan analisa seperti berikut: Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan Menggunakan bahan asas dan bahan gantian dalam kegiatan menggambar Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira Menggunakan dan meneroka beberapa teknik dan proses menghasilkan karya seni visual melalui penerokaan terhadap bahan alam dan bahan kutipan Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif Membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dan bantuan komputer dalam penghasilan karya Ÿ Meneroka dengan menggunakan perisian komputer dalam proses penghasilan karya Ÿ Mempelbagaikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya seni visual (c) Aras Sintesis dan Penilaian Aras sintesis dan penilaian ialah aras peringkat akhir yang perlu dicapai oleh murid apabila mereka melalui proses aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi dan analisa. Di antaranya ialah Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual

Page 3: NOTA PADAT MENGGAMBAR

Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna untuk penghasilan Mengenal dan menggunakan elemen Asas Senireka dalam penghasilan karya secara kreatif. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan Meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam kegiatan seni visual Mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio (analisis) Meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasi elemen Asas Senireka dalam penghasil karya Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan matapelajaran lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif Menghargai sumbangan pelukis tempatan dalam kegiatan menggambar Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-unsur budaya tanah air melalui kegiatan seni visual Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman pembelajaran dalam portfolio. KEPENTINGAN MENGGAMBAR Menurut Gaitskell dan Huewitz, (1970), terdapat empat cara bagaimana guru dan murid-muridnya berbincang mengenai hasil kerja seni: 1. Apa yang kamu lihat? (penerangan) 2. Bagaimana objek/imej itu disatukan? ( analisis) 3. Apakah yang ingin disampaikan oleh seseorang artis itu? (Interpritasi) 4. Bagaimana kamu fikir tentang perkara itu? (Penilaian) Proses penerangan, analisis, interpretasi dan penilaian yang dilakukan sewaktunpengajaran dan pembelajaran diterangkan secara terperinci dari tahun satu hingga ke tahun enam seperti berikut:

Pada tahun pertama di sekolah rendah peringkat permulaan murid-murid didedahkan dengan asas menggambar iaitu dengan cara memerhatikan kesan-kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti kesan laluan tapak kaki haiwan, tapak kaki manusia, kesan laluan kenderaan di atas permukaan tanah atau pasir. Pemerhatian tertumpu dari segi sifat dan jenis garisan seperti tebal,nipis, panjang, pendek, bengkok, lurus, cetek, putus-putus. Dengan cara begini murid-murid akan dapat menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di persekitaran dan seterusnya dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara tidak terancang. menggunakan bahan kutipan untuk menggambar secara mudah dan diaplikasikan dalam kegiatan menggambar seperti mengenal garisan, lukisan, gosokan dan kolaj. Teknik-teknik yang boleh dipelajari oleh mereka dalam proses menggambar di tahun satu ialah seperti menekap, memotong, menampal, mencantum, menyusun gambar dan gosokan. Akhirnya murid dapat menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan hasil kerja rakan. Di tahun kedua pula murid sudah berada di peringkat menggambar. Di peringkat ini murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti alat, bahan, dan teknik dalam asas menggambar berdasarkan beberapa eksperimen. Murid menyedari wujudnya rupa asas geometri di persekitaran. Seterusnya murid dapat menghasilkan gambar dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak dan bahan kering. Akhirnya murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian. Di antara cadangan aktiviti murid-murid di peringkat ini ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj, gurisan, gosokan, resis dan cetakan. Di peringkat penilaian ini murid boleh menyatakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri sama ada di dalam bilik darjah atau di rumah. Semasa murid berada di tahun tiga, apa yang diharapkan murid sudah boleh meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Murid sudah boleh menggambar dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan. Seterusnya di peringkat analisis murid

Page 4: NOTA PADAT MENGGAMBAR

boleh memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar. Di antara teknik-teknik yang boleh dicadangkan ialah seperti stensilan, montaj, capan, catan, resis, kolaj, lukisan, gurisan, tekapan dan cetakan. Di peringkat interpretasi dan penilaian, murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan seterusnya dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Ditahap ini murid dijangka boleh membuat dokumentasi mudah dalam portfolio supaya dapat meluahkan perasaan dengan lebih jelas dan terperinci. Di sini murid dapat menghayati nilai-nilai estetik yang ada dalam sesuatu hasil kerja. Di tahun empat, adalah diharapkan murid dapat menggunakan Asas Senireka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid. Peringkat penerangan dan analisia adalah satu peringkat di mana murid dapat mengenali unsur senireka seperti warna, garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, imbangan, dan penegasan dalam aktiviti menggambar. Di samping itu murid sudah boleh mengenal pelukis tempatan dan hasil karya mereka. Di peringkat ini murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai serta dapat mengaplikasikan Asas Senireka dalam hasil kerja mereka. Selain dari itu mereka juga dapat menghasilkan gambar berdasarkan tema imaginasi mereka dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai. Di antara cadangan aktiviti yang sesuai dijalankan ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj, resis, mozek, gurisan, cetakan. Akhirnya murid dapat menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Dapat mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman menghasilkan portfolio. Aktiviti menggambar di tahun ke lima adalah berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer. Di peringkat ini murid dapat mengaplikasi elemen asas senireka (terdiri daripada unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan) yang sesuai dalam aktiviti menggambar mereka. Murid juga dapat mengetahui dan menggunakan bahasa seni visual (istilah) yang mudah

untuk berinteraksi. Di aras dua murid dapat menggambar berdasarkan idea yang diperolehi dari pemerhatian dan penerokaan alat, bahan dan teknik dengan menggunakan komputer sebagai alat bantu dalam kegiatan menggambar. Di peringkat interpretasi dan penilaian, murid dapat menggambar dengan menggunakan gabungan pelbagai alat, bahan dan teknik yang lebih kreatif dan kemas. Cadangan aktiviti yang boleh dikemukakan ialah seperti kolaj, lukisan, resis, catan, capan, mozek, gurisan, cetakan, perisian komputer seperti photoshop, Microsoft word dan paintbrush. Pentingnya bidang menggambar di sini ialah supaya murid dapat membuat pemerhatian dan mengenalpasti wujudnya elemen Asas Senireka dalam alam ciptaan Tuhan. Selain dari itu mereka juga dapat membuat perbandingan dan berbincang tentang hasil kerja murid sendiri dan mengaitkan dengan karya pelukis tempatan yang dipamerkan. Secara tidak langsung murid dapat mengenali dengan lebih dekat lagi pelukis-pelukis dan hasil karya mereka. Murid juga dapat menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Dapat menghargai sumbangan pelukis tempatan dan akhir sekali dapat mengumpul dan merakam maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio. Pada tahun terakhir iaitu di tahun enam, proses menggambar adalah berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer. Pada permulaannya murid dapat menggambar dengan memberi penekanan kepada konsep perspektif dan kadar banding. Memilih, meniru, memadan dan menyusun gambar untuk menghasilkan satu komposisi Di aras kedua, murid dapat mencari sumber rujukan sebagai pencetus idea untuk menggambar serta dapat mengaplikasikan elemen Asas Senireka dalam kegiatan menggambar dengan bantuan komputer. Di peringkat akhir, murid sudah boleh menggambar dan menampakkan perspektif dan kadar banding serta mempelbagaikan alat, bahan (media) dan teknik untuk memberi kesan yang lebih kreatif dan kemas. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah seperti kolaj, catan, montaj, mozek, lukisan, cetakan sutera saring dan dapat menggunakan perisian komputer

Page 5: NOTA PADAT MENGGAMBAR

sendiri. Murid dapat menyatakan pendapat dan membuat perbandingan secara kritis dengan menggunakan bahasa seni visual. Di akhirnya murid dapat menghargai sumbangan pelukis tempatan, mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk penghasilan folio. Jika ditinjau semula peringkat pembelajaran murid bemula dari tahun satu sehingga ke tahun enam, sudah tentu kegiatan menggambar dianggap sangat penting dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual mereka samada di sekolah atau di rumah. Dari aktiviti menggambar bermulanya proses murid berkomunikasi dengan diri sendiri, rakan-rakan, guru, ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Secara tidak langsung murid dapat meluahkan perasaan yang berkaitan dengan pengalaman dan apa yang dilihat oleh mereka ke dalam bentuk visual. Apabila luahan perasaan dilakukan secara tak langsung atau secara langsung, maka murid sudah boleh menilai dan menghargai sesuatu dalam kehidupan mereka. Berikut ialah contoh-contoh bagaimana proses berkomunikasi, luahan perasaan, penilaian dan penghargaan dilakukan: Demonstrasi pembelajaran oleh murid dan rakan mereka di kelas melalui aktiviti menggambar Perbincangan di antara guru dan murid mengenai pengetahuan dan konsep asas senireka dalam menggambar Berkongsi idea dengan rakan dan guru yang menunjukkan kreativiti dari apa yang dilukis atau dihasilkan. Penggunaan strategi penyelesaian masalah yang kompleks dalam proses menggambar Soal jawab berkaitan Unsur Seni dan Prinsip Rekaan sebelum, semasa dan selepas proses menggambar Pameran memerhati dan membezakan alatan, media, bahan, teknik dan kegiatan Lawatan ke muzium dan galeri menghayati hasil kerja orang lain Pertunjukan slaid dan berinteraksi dengannya dari aspek asas senireka Perbualan secara berimaginasi menjadikan murid berfikir seketika dan menghasilkan satu kerja seni spontan. Soalan-soalan yang berimaginasi adalah berguna untuk murid bagi meluahkan perasaan dalam bentuk lukisan atau catan.

Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh imaginasi yang paling berkesan terhadap murid ialah mimpi kerana ia boleh menyentuh perasaan seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpi contohnya adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika dalam ketakutan atau kegembiraan. Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi di antara guru dengan murid. Penjelasan mengenai alat, media, bahan, teknik, imej unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat berguna dalam proses menggambar. Dengan cara ini nilai-nilai estetik akan wujud dalam diri mereka. Dalam suasana pembelajaran di dalam kelas, masa untuk berkomunikasi amatlah berharga. Kadangkala setiap soalan yang dikemukakan tidak memerlukan jawapan spontan dan betul dari murid-murid tetapi boleh membuatkan seseorang murid berfikir secara kritis dan kreatif tentang apakah cara alternatif yang boleh dihasilkan oleh mereka pada pembelajaran akan datang. RUMUSAN menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid kegiatan membuat gambar ialah seperti lukisan, catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek. memberi kesedaran terhadap Asas Senireka dalam hasil kerja Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas permukaan rata satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap umur murid

Page 6: NOTA PADAT MENGGAMBAR

Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian. Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui empat cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian. satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik. Topik2 Lukisan PENGENALAN AKTIVITI LUKISAN (a) Definisi Lukisan Rhasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Rlanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Rkarya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata.

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. RProses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan. RAplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan. R bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata.

(b) Alat, Media dan Bahan Ÿsenarai bahan-bahan yang sering digunakan bagi menghasilkan sesebuah lukisan: Pensil H Adalah sejenis pensel jenis Keras Pensil B (2B 8B) Adalah sejenis pensel lembut Pensil warna Terdiri daripada berbagai jenis warna Arang Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan Pen dan dakwat Mempunyai kesan garisa yang lebih halus dan jelas Soft Pastel Didapati dalam pelbagai warna dan mempunyai kesan lembut Krayon Juga lembut dan mempunyai kesan lilin Pen marker Menghasilkan kesan garisan yang tebal Marker pelukisan (rendering marker) Kapur Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal Jenis-jenis Kertas Lukisan Ÿ Kertas lukisan biasa Ÿ mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut. Ÿ Kertas cat air Ÿ terdapat dalam pelbagai gred kelicinan. Kertasnya tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan. Ÿ Bod bristolŸmerupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Ÿ Kertas Ledger Bond kertas lukisan yang mempunyai beraneka jenis permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar. Ÿ

Page 7: NOTA PADAT MENGGAMBAR

Kertas Ingres kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah seperti kelabu, merah jambu, biru dan sebagainya. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel Ÿ Lain-lain kertas seperti Âbrown paperÊ, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar. (c) Teknik Teknik pelukisan biasanya bergantung pada jenis alat atau media yang digunakan. Kesemua alat/media boleh digunakan untuk menghasilkan berbagai teknik seperti berikut: APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK NOTA PADAT MENGGAMBAR Sarbinipani2009 5 / 33 (a) perlu mengambil kira tema atau subjek yang ingin dilukis oleh murid-muridnya. Murid-murid biasanya mempunyai reaksi yang spontan terhadap alam persekitaran dan apa yang berlaku dalam situasi harian mereka. Tema atau subjek yang ingin dilukis terbahagi kepada tiga iaitu: (i) Lukisan figura imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan (ii) Lukisan alam benda objek kaku atau tidak bernyawa (iii) Lukisan lanskap pemandangan di luar studio atau di dalam studio (b) Penerokaan Alat, Media dan Teknik jenis alat, media dan bahan yang digunakan untuk kegiatan membuat lukisan. Di antara contoh-contohnya ialah seperti berikut: (i) Pensil dibuat dari campuran tanah liat dan arang. dihasilkan mengikut gred tertentu. Pensil yang jenis keras ialah dari jenis H.

lembut dikategorikan dalam jenis B. Pensil jenis H adalah sesuai digunakan untuk menghasilkan lakaran ringkas kerana garisan yang dihasilkan adalah tajam. Manakala pensil jenis B pula sesuai digunakan untuk membuat lorekan atau menghasilkan ton. Perlu diingatkan semakin besar nilai H (H, HB, 2B), semakin keras kesan pensil iaitu garisan yang dilakar adalah tajam dan kurang gelap. Semakin besar nilai B (B 6B), semakin lembut dan gelap kesan pensil lorekan yang dihasilkan. Garisan yang dihasilkan dengan media pensil dipengaruhi 3 faktor iaitu: gred tekanan pensil Ÿ kelajuan pensil (ii) Arang Pensel arang dihasilkan dari batang kayu terbakar. Ia merupakan media melukis yang tertua sekali didunia. digunakan oleh pelukis abad ke 17 dan ke 18 pada dinding gua. Keistimewaan arang berupaya untuk menunjukkan kesan tekstur permukaan yang dilukis. Kesan arang dapat menunjukkan jalinan dan ton dengan baik. Kelebihan arang dalam menghasilkan lukisan ialah kelembutan yang tinggi. kegelapan yang tinggi. tekstur permukaan yang dilukis. Menghasilkan garisan yang tajam dan tepat. ton lorekan dengan cepat dan menarik. Melukis kawasan yang luas dalam masa yang singkat. Dihalusi dengan menyapu air diatasnya. Roti segar bertindak sebagai pemadam. Hasil perlu disembur dengan ÂfixertiveÊ (pemati). Mudah digunakan, cepat dan spontan. (iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan (iv) Kesan cahaya pada imej (v) Pembentukan bayang-bayang (vi) Teknik (garisan selari, teknik conteng, teknik titik, teknik campuran dll) (vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan (viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding PERSEMBAHAN HASIL KARYA (a) Ekspresi Diri atau Kefahaman (i) Terdapat 3 jenis cara mengekspresi sesuatu karya seni iaitu secara natural, kreatif dan artistik. (ii) Ekspresi diri

Page 8: NOTA PADAT MENGGAMBAR

secara natural bermaksud murid menggunakan kepekaan personal dan hubungan visual semasa mereka melukis (iii) Ekspresi diri secara kreatif pula bermaksud murid lebih memfokus kepada penyelesaian masalah secara kreatif. Murid dapat mengaplikasi kemahiran dan teknik melukis dalam kerja seni mereka. Murid mula membuat refleksi terhadap ekspresi diri dan kerja seni orang lain. Disamping itu dapat mengaplikasi unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dengan lebih jelas dalam kerja seni. Analisa hasil kerja seni beberapa orang pelukis dari aspek alatan, media dan bahan yang mereka gunakan. (iv) Ekspresi diri secara artistik pula membuat murid peka terhadapkonteks sejarah dan budaya dan belajar membuat penilaian estetik. melahirkan naluri tentang apa penonton lihat dalam kerja seni mereka. Kerja seni menjadi lebih ke arah secara individ dan imaginasi. Dengan cara ini wujud kepakaran dalam kemahiran dan pendekatan yang digunakan. (v) Hasil lukisan dapat sedikit sebanyak menyerlahkan pemikiran dan pandangan seseorang. (vi) Dapat menyatakan persepsi mereka terhadap sesuatu yang dihasilkan melalui lakaran yang dibuat tanpa penerangan secara penulisan dan lisan. (vii) Merakamkan pengalaman dan pemerhatian mereka secara visual. (viii) Menjadi asas pembelajaran terhadap perkara lain yang selalunya lebih besar atau kompleks. (ix) Dihasilkan untuk meluahkan perasaan, berkomunikasi idea dengan orang lain atau keseronokan sahaja. (b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Media dan Teknik. (i) Dihasilkan melalui dua cara: lukisan tanpa warna lukisan berwarna (ii) Dihasilkan dengan menggunakan garisan-garisan atau ton atau kedua-dua sekali. (iii) Empat unsur penting yang menentukan mutu hasil karya lukisan: komposisi objek (menepati asas seni reka) ruang (susunan ruang yang sesuai dengan tema) perspektif (1, 2, 3 titik lenyap) Pencahayaan (arah sumber cahaya dikenalpasti sebelum menghasilkan ton untuk membentuk objek 3D (iv) Kesan Lutsinar (v) Potret (vi) Teknik melukis arang ada beberapa cara:

lorekan (dihasilkan ton secara berlork seperti pensel) basah (air disapu diatas permukaan arang untuk menghasilkan kegelapan yang halus) gosokan (kesan digosok dengan hujung jari) memadam (dengan pemadam atau roti kering) Berikut ialah langkah-langkah menghasilkan lukisan tidak berwarna: Langkah 1: Membuat lakaran asas tentang rupa dan bentuk objek di atas kertas lukisan dengan menggunakan media kering mengikut pilihan pelukis. Langkah 2: Membuat struktur objek dengan lebih jelas dengan mengaplikasikan rupa, bentuk dan jalinan. Langkah 3: Mengolah objek dengan lebih terperinci. Langkah 4: Menghasilkan objek dengan menggunakan pensel dan membuat jalinan pada objek dengan lebih jelas. RUMUSAN didefinisikan sebagai lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran dengan menggunakan berbagai jenis media kering. dilakukan di atas permukaan yang rata. menggunakan berbagai media kering. mempunyai kesan garisan, ton yang tertentu. Ÿ Pemilihan menggunakan alatan, media dan bahan -perlu disesuaikan dengan jenis kertas sebelum menghasilkan sesebuah lukisan. Unsur seni garisan adalah amat penting dan berguna untuk menghasilkan lukisan pelbagai teknik. Berbagai-bagai teknik boleh dihasilkan dalam sesebuah lukisan Mengenal pasti tema dan subjek sebelum mula melukis adalah amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran lebih teratur. Teknik gabung jalin pelbagai aspek perlu diambil kira Lukisan boleh dihasilkan sama ada dengan cara berwarna atau tidak berwarna. Kemahiran mengaplikasikan berbagai alat, media, bahan dan teknik akan menghasilkan lukisan yang terbaik. Aktiviti pemahaman dan penghargaan amat penting dijalankan setelah selesai mengadakan aktiviti lukisan.

Page 9: NOTA PADAT MENGGAMBAR

Untuk menghasilkan sesebuah lukisan perlu dimulakan dengan langkahlangkah yang tertentu iaitu dari aras mudah ke aras sukar. AKTIVITI 2.2 Topik 3 Kegiatan Membuat Catan PENGENALAN AKTIVITI CATAN (a) Definisi Catan proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak Dihasilkan melalui sapuan warnake atas permukaan rata dengan menggunakan berus Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan Satu ciptaan gambar yang berwarna latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna. (b) Alat, Media dan Bahan perlu dititik beratkan semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan. Ia dapat menentukan jenis dan kualiti sesuatu catan yang akan dihasilkan., pastikan pilihan yang dibuat adalah tepat dan betul. Berikut ialah di antara contoh alatan dan bahan yang sesuai digunakan untuk mencatan: 1. Pensel digunakan untuk membuat lakaran sebelum mewarna 2. Berbagai jenis berus 3. Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, akrilik, warna minyak, cat mural, warna tempera 4. Palet atau bekas membancuh warna 5. Botol untuk mengisi air 6. Kertas lukisan, kertas cat air, kain kanvas, permukaan dinding 7. Surat khabar. Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak

menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Bahanbahan pewarna seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik adalah warna-warna yang dapat membantu seseorang pelukis menghasilkan catan. Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas permukaan berbagai jenis kertas, kain atau kanvas. Dalam proses mencatan aspek yang paling penting ialah memahami berbagai jenis warna dan cara-cara mewarna kerana ia memerlukan kemahiran mewarna dengan betul. Tujuannya ialah untuk menghasilkan catan yang menarik. Berikut ialah contoh beberapa jenis warna yang digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan catan: Bahan Bahantara Penguat Sifat-sifat 1. Warna Poster Air Pengilat larut air bersifat legap dan tebal cepat kering boleh lutsinar tetapi tidak seperti cat air sesuai di permukaan kertas 2. Warna Air Air Gam arab bersifat lutsinar, lembut bersifat tebal sekiranya disapu berlapis-lapis sesuai di permukaan kertas 3. Cat AkrilikAir/Minyak Plastik cecair warna putih bersifat lutsinar dan legap cepat kering kesan seperti cat air dan cat minyak kalis air dan minyak Ÿ dihasilkan di permukaan kanvas 4. Cat Minyak Turpentine Minyak linsid bersifat legap dan tebal lambat kering hanya sesuai untuk permukaan kanvas 5. Cat Tempera Air Kuning telur bersifat lutsinar tetapi tidak seperti cat air sesuai di permukaan kanvas dan kertas 6. Cat Gouache Air Gam arab bersifat lutsinar dan legap cepat kering sesuai di permukaan kertas 7. Fresko Kapurplaster Air atau air kapur

Page 10: NOTA PADAT MENGGAMBAR

bancuhan pewarna dan air disapukan ke atas lapisan kapur plaster yang masih lembap. Ia sesuai untuk menghasilkan catan dinding atau mural (c) Teknik-teknik Mewarna faktor utama yang menentukan kualiti hasil sesebuah catan. (i) Warna Air Semasa mewarna dengan menggunakan warna air, berus yang paling sesuai ialah jenis lembut. Caranya ialah dengan membasahkan bahagian kertas yang akan diwarnakan dahulu dengan air kosong. Contoh: seperti bahagian langit atau bumi Kemudian warnakan dengan warna yang dikehendaki di atas permukaan basah tersebut. Untuk mendapatkan ton warna, campurkan lebih air pada warna tersebut untuk mendapatkan warna yang cerah Untuk mendapatkan ton warna gelap, campurkan warna atau pekatkan warna tersebut. Jika tersilap warna, kita boleh memperbaiki kesalahan dengan menitiskan air kosong di permukaan berwarna tersebut kemudian serapkan warna air tersebut dengan berus. Lakukan beberapa kali sehingga warna tersebut hilang. Warna air biasanya sesuai untuk catan jenis pemandangan, alam semulajadi, alam benda dan potret. (ii) Warna Poster Warna poster berlainan dengan warna air. Ia bersifat legap dan tebal jika disapukan di atas permukaan kertas. Berus yang sesuai digunakan ialah jenis keras Untuk mendapat ton yang cerah, boleh dihasilkan dengan menggunakan warna putih atau warna terang yang lain Untuk mendapatkan ton yang gelap pula, warna-warna gelap perlu dicampurkan Pergerakan tangan akan menentukan halus atau kasar dalam catan tersebut. Biasanya warna latar didahulukan semasa proses catan dilakukan

Jika terdapat kesilapan semasa mewarna, ia boleh diatasi dengan cara menyerap keluar dengan menggunakan tisu atau menutup warna lain di atas permukaan warna yang salah. Pastikan warna tersebut kering dahulu. Warna poster biasanya lambat kering, oleh itu berhati-hati semasa mewarna. Warna poster juga sesuai untuk gambar jenis pemandangan, alam semulajadi, potret, poster dan logo. (iii) Warna Minyak Warna minyak juga bersifat legap seperti warna poster. Warna minyak perlu dicampur dengan minyak linsid untuk mencairkan dan memudahkan kerja-kerja mewarna. Berus yang paling sesuai juga adalah berus jenis keras atau pisau palet Warna ini mengambil masa yang lebih lama untuk kering tetapi hasilnya tahan lama untuk disimpan. Jika terdapat kesilapan mewarna semasa proses mewarna, kita perlu menindihkan warna yang salah tersebut dengan warna baru. Warna minyak amat sesuai diwarnakan di permukaan kanvas, kadbod atau kepingan kayu yang keras. Terdapat berbagai teknik mencatan yang boleh dihasilkan semasa mewarna. Di peringkat sekolah rendah, kebanyakan teknik-teknik mencatan adalah secara spontan dan terus menerus. Berikut ialah beberapa konsep dan teknik mencatan yang boleh diajar kepada murid-murid: Warna air adalah sejenis media basah. Ia berbentuk lutsinar. Kebanyakan pelukis menggunakan warna air bagi tujuan menjadikan catan mereka lebih hidup, realistik dan spontan. Sebelum memulakan proses catan, perlu dapatkan idea keseluruhan tentang apa yang hendak dilukis. Rupa bentuk atau idea tersebut boleh dilukis dengan pensel terlebih dahulu. Cara kedua ialah dengan membuat garisan dengan menggunakan warna air secara cair atau lembut. Tujuannya ialah untuk mendapatkan idea keseluruhan catan.

Page 11: NOTA PADAT MENGGAMBAR

Berus jenis besar dan leper adalah amat berguna untuk mewarna bahagian latar terlebih dahulu. Berus jenis kecil dan bulat adalah amat berguna untuk menambahkan garisan pada objek atau imej tertentu. Tambahan warna-warna ke atas warna latar menjadikan catan atau bahagian-bahagian yang dicat lebih menarik. Jalinan-jalinan yang hendak dibuat perlu ditambah kemudian. Berus yang berlainan saiz dan bentuk seperti berus minyak, berus varnish, berus gigi akan menghasilkan jalinan yang berlainan. Hujung berus jenis leper boleh digunakan untuk menghasilkangarisan. Hujung berus jenis bulat digunakan untuk mendapatkan kesan garisan tebal atau nipis seperti yang terdapat pada lukisan cina oriental. Berus yang celup warna, dibuang lebihan warna tersebut dan dikembangkan berus tersebut akan mendapatkan kesan garisan halushalus yang banyak hanya dengan satu sapuan Berus jenis lebar yang diletakkan warna dan sedikit air apabila disapu ke atas permukaan kasar akan mendapat kesan ”dry brush” Berus perlu dibersihkan dengan air bersih untuk mendapatkan kesan yang cantik bukannya berlumut. Warna seharusnya dicampur di atas palet atau pembancuh warna Span, berus yang bersih dan lembap, kapas dan kain boleh digunakan untuk membuang warna semasa masih lembap. Peluntur warna yang digunakan di rumah boleh juga digunakan untuk membuang warna pada bahagian catan yang tidak perlu. Bahan ini sesuai digunakan pada dakwat berwarna Sapuan warna gelap ke atas permukaan kertas dan ditambah air pada setiap sapuan akan mendapatkan satu ton yang menarik iaitu dari gelap ke terang Warna terang yang tidak dicampur dengan air akan memberikan kontras yang kuat. Warna air apabila disapu lapisan demi lapisan akan menghasilkan kombinasi dan intensiti warna yang menarik. Sebelum menghasilkan

lapisan baru pastikan lapisan awal kering dahulu. Teknik ini dinamakan ”glazing” Nilai warna yang kontras dan kuat memberikan warna catan yang bermaya Warna pada tiup botol apabila tidak dijaga akan menjadi keras tetapi tahukah anda bahawa warna yang keras boleh digunakan apabila dibasahkan semula Penggunaan warna terus dari botol atau tiub akan menyebabkan kelihatan tidak natural dan dianggap masih belum mahir Catan yang sudah siap boleh dibingkaikan TEKNIK CAT AIR Terdapat 4 jenis teknik cat air. Teknik-teknik ini diolah dan digunakan mengikut kesesuaian atau kesukaan pelukis. Di antaranya ialah: 1. Basah atas basah -- Warna dicairkan dahulu dan disapukan di atas permukaan yang basah. Hasilnya kesan lutsinar. 2. Basah atas kering -- Warna yang dicairkan dahulu disapukan di atas permukaan yang kering. 3. Kering atas basah -- Teknik yang melibatkan sapuan warna yang pekat disapu ke atas lapisan warna yang cair atas permukaan kertas yang telah dibasahkan 4. ”Was” -- Teknik yang melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan yang basah. Biasanya berus atau span digunakan. Sesuai untuk menghasilkan kesan air span awan. Antara kesan lain yang boleh terhasil daripada penggunaan alat yang berbeza. Antaranya adalah: (a) Kering bertindih -- Titikan warna untuk membentuk objek atau corak yang menarik (b) Renjisan -- Teknik yang menggunakan berus atau semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan warna cair ke atas permukaan untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik. (c) Tindihan -- Menghasilkan catan dengan menyapu warna selapis demi selapis ke atas kertas untuk menghasilkan kesan ton dan pencahayaan. Hasilnya tebal dan kering berlegap (d) Span -- Teknik ini menghasilkan jalinan kasar seperti daun pokok, tanah dan sebagainya dengan menggunakan span untuk menggantikan berus (e) Semburan berus -- Teknik ini menghasilkan jalinan kasar seperti jalinan padang rumput, pantai, pasir dan daun pokok.

Page 12: NOTA PADAT MENGGAMBAR

APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK (a) Menentukan Tema/Subjek Berikut ialah contoh tema-tema yang boleh dihasilkan: Diri sendiri -- Fantasi Apa yang saya bayangkan -- Pengalaman Sendiri Aktiviti Figura Manusia -- Lanskap -- Imej dan idea (b) Campuran Warna Warna memainkan peranan yang amat penting dalam proses mencatan. Ia menjadikan hasil kerja seseorang itu lebih menarik dan dapat menceriakan suasana. Warna boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian warna. Berikut ialah jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda warna: Warna asas -- terdiri daripada tiga warna utama. Warna-warna ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampur warna-warna lain. Contoh: merah Biru kuning Warna sekunder -- terhasil daripada dua campuran warna asas. Contoh: kuning + biru = hijau Merah + kuning = jingga Merah + biru = ungu Warna tertier -- terhasil dari campuran warna asas dengan warna sekunder Contoh: kuning + hijau = kuning kehijauan Kuning + jingga = kuning kejinggaan Biru + hijau = biru kehijauan Biru + ungu = biru keungguan Merah + ungu = merah keungguan Merah + jingga = merah kejinggaan Warna-warna tersebut seperti yang dinyatakan tadi boleh digubah atau dihasilkan semula dengan tiga cara iaitu:Gubahan warna sewarna atau monokrom -- Ia dihasilkan dengan mencampurkan warna asal dengan warna hitam atau putih untuk mendapatkan ton warna gelap atau terang. Dengan cara ini akan menampakkan kesan timbul dan dimensi bagi sesuatu objek yang diwarnakan. Warna penggenap -- Adalah warna yang terletak secara bertentangan dalam roda warna. Warna-warna ini akan menimbulkan kesan yang kontra dan banyak digunakan dalam iklan, poster, mural dan corak pada kain. KombinASI warna-warna utama yang bertentangan dengan warna sekunder adalah seperti berikut: Contoh: biru -- jingga Kuning -- ungu Merah -- hijau

Warna harmoni -- Ialah warna-warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Warna-warna ini juga dipanggil warna keluarga dan dapat menimbulkan rasa aman, tenteram, selesa, indah, lembut dan sebagainya. Contoh warna harmoni adalah seperti berikut: Contoh: merah -- ungu -- biru Ungu -- biru -- hijau Biru -- hijau -- kuning Kuning -- jingga -- merah Jingga -- merah -- ungu warna panas ialah merah, jingga dan kuning. dikaitkan dengan objek / imej seperti api, cahaya dan matahari. dapat menimbulkan suasana riang, bersemangat, peperangan, kecemasan dan kemalangan. warna-warna sejuk ialah seperti warna, ungu, biru dan hijau. dikaitkan dengan alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan air. Warna-warna sejuk ini dikatakan dapat menimbulkan suasana sejuk, kedamaian, kelembutan dan nyaman. mempunyai nilai-nilai tertentu dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ton warna dan kroma warna. Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau warna terang pada sesuatu objek. Biasanya warna putih dan kuning dapat memberikan cahaya yang terang manakala warna biru dan hitam dapat memberikan cahaya yang gelap. Campuran warna tersebut menjadikan catan akan kelihatan lebih menarik dan harmoni. Ia kelihatan menepati warna yang sebenar. Campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza nisbahnya disebut kroma warna. Sebagai contoh warna merah bercampur dengan warna hijau dengan nisbah yang berbeza akan mewujudkan kroma warna. Unsur seni jarak dan ruang amat penting dalam sesebuah catan. Biasanya warna-warna cair, pekat, terang atau gelap dalam sesebuah catan akan memberikan kesan kedalaman sesuatu ruang itu. Untuk mendapatkan kesan perspektif warna, nilai warna atau kroma warna digunakan dalam sesuatu catan. Sebagai contoh, warna yang cerah, gelap dan panas akan menampakkan ruang dekat dan warna yang kelabu, sejuk dan cair akan menampakkan ruang yang jauh. Warna natural pula adalah warna-warna yang bukan berada dalam warna warna asas/utama, warna sekunder dan warna

Page 13: NOTA PADAT MENGGAMBAR

tertier. Contoh warnawarnanatural yang terdapat di persekitaran kita ialah warna putih, hitam dan kelabu. Warna-warna ini juga disebut sebagai warna pastel atau warna yang lembut. PERSEMBAHAN HASIL KARYA (a) Ekspresi Diri Setelah mengenali serba sedikit tentang jenis-jenis warna, kita sudah boleh menganggarkan warna-warna apakah yang sesuai digunakan dalam sesuatu tema atau tajuk catan yang hendak diwarnakan. Seringkali warna dikaitkan dengan apa saja imej atau objek yang berada di sekeliling kita. Manusia menggunakan pelbagai warna bagi sesuatu tujuan sama ada sebagai unsursimbol, untuk menarik perhatian, bagi tujuan keagamaan, untuk menggambarkan perasaan dan menunjukkan budaya masyarakat tertentu. Pernyataan berikut adalah contoh bagaimana warna-warna boleh diterjemahkan dalam sesuatu persembahan hasil karya seni: Pengertian warna dalam budaya setempat -- Warna bendera Malaysia terdiri dari warna biru, kuning, merah dan putih. Warna biru dikaitkan dengan perpaduan, warna kuning dikaitkan dengan raja dan pemerintahan, warna merah lambang keberanian, warna putih menunjukkan bersih dan suci. Pengertian warna dari segi psikologi -- Warna merah dianggap lambang keberanian dan membawa keuntungan dan kemewahan bagi masyarakat Cina. Warna hijau pula sering dikaitkan dengan keislaman, bersih dan suci bagi masyarakat Melayu. Pengertian warna dalam aspek asas seni reka -- Warna boleh menimbulkan bentuk sesuatu imej/objek dengan mengaplikasikan ton/kroma warna dengan nisbah tertentu pada objek tersebut. Warna juga dapat menimbulkan ruang perspektif samada kelihatan dekat atau jauh dengan menggunakan warna pekat, cerah dan terang akan kelihatan dekat manakala penggunaan warna pudar, lembut dan cair akan kelihatan ruang yang jauh. Pengertian warna dalam situasi tertentu -- Warna panas sesuai digunakan untuk tajuk-tajuk catan seperti kemalangan jalanraya, kebakaran, peperangan dan kecemasan. Warna-warna sejuk pula sesuai

digunakan untuk tajuk-tajuk catan seperti suasana keindahan di air terjun, di tepi tasik dan suasana di dalam hutan. Pengertian warna dalam simbol, lambang dan corak -- Warna-warna yang sesuai digunakan ialah warna kontra, warna penggenap, warna asas dan warna sekunder. Warna-warna ini juga boleh digunakan dalam menghasilkan warna corak pada baju, kain, corak anyaman, label, simbol lalu lintas jalanraya dan perhiasan dinding. (b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Media dan Teknik Pemilihan tajuk atau tema penting sebelum memulakan catan supaya dapat menghasilkan catan yang baik. Perkara kedua yang perlu diambil kira ialah pemilihan peralatan, media,bahan, teknik mewarna dan campuran warna yang sesuai dengan situasi yang hendak dihasilkan pada catan tersebut. Perkara ketiga ialah aspek asas unsur-unsur seni yang terdiri daripada garisan,

warna, rupa, bentuk, jalinan, ruang perlu diaplikasikan dalam catan tersebut. Tidak lupa juga aspek prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, harmoni, imbangan, kontra, kesatuan, penegasan dan kepelbagaian juga diambilkira. campuran warna dan asas senireka dalam catan ini: Langkah 1: Melakar struktur asas figura dan khemah dengan pensel Langkah 2: Mengolah idea dengan memberikan penekanan pada bentuk figura, khemah dan persekitaran secara lebih tepat dan terperinci Langkah 3: Menghasilkan lukisan penuh Langkah 4: Menggunakan cat air untuk menggambarkan bentuk figura, khemah, dan persekitaran supaya lebih menarik serta memberikan penekanan pada kesan cahaya, bayang dan kepelbagaian warna. (c) Apresiasi Seni Apabila kita memperkatakan tentang apresiasi seni ia bermaksud penilaian atau mempunyai kepekaan terhadap sesuatu gambaran, objek atau imej dalam pembelajaran terpimpin. Terdapat dua kata-kata yang dikemukakan oleh Sir Herbert Read berkaitan teori perkembangan seni kanak-kanak. Di antaranya ialah: „Art is creative self-expressio n .. dan „Works of art express and communicate universal value Dari kata-kata Sir Herbert Read itu jelaslah bahawa menghargai sesuatu hasil karya seni adalah salah satu cara

Page 14: NOTA PADAT MENGGAMBAR

bagaimana seseorang itu boleh berinteraksi dengan diri sendiri dan orang lain. Selain dari itu ia dapat menyuarakan rasa hati seseorang apabila berhadapan dengan catan tersebut. Tak secara langsung nilai-nilai estetik akan wujud pada diri setiap murid dan akhirnya dapat menghargai dan menilai apa yang dilihat. Apresiasi seni melibatkan beberapa perkara: Pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis Cara pelukis menginterpretasi gambar Alat, bahan, media yang digunakan Teknik-teknik yang digunakan Penilaian RUMUSAN CATAN satu proses gambaran pemikiran secara nyata. Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan rata. hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D. satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal Warna air bersifat lutsinar dan lembut Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di permukaan kanvas Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan dinding/mural Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan Warna asas terdiri daripada tiga warna Warna sekunder ialah hasil campuran dua warna asas

Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam. Warna penggenap - warna yang bertentangan dalam roda warna Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna Ton warna - nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada sesuatu objek Kroma warna - campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza Warna natural atau pastel - warna persekitaran yang tidak terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier. Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol. Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.

Definisi Kolaj 4 bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D. satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat dan di satukan di atas permukaan.

Page 15: NOTA PADAT MENGGAMBAR

Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara ”superimpose” di antara satu sama lain NOTA PADAT MENGGAMBAR Sarbinipani2009

Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu. (b) Alat dan Media menjadikan objek-objek di sekeliling mereka berharga untuk dijadikan bahan-bahan dalam hasil kerja kolaj mereka. Mereka bebas menggunakan apa sahaja peralatan, media, teknik . Biasanya bahan-bahan yang digunakan adalah tahan dan boleh kekal Warna-warna basah seperti cat, warna poster, warna air, akrilik, dan tempera juga digunakan untuk bahagian latarbelakang kolaj. Tujuannya ialah untuk mendapatkan ”mood” bagi sesuatu hasil kerja kolaj. Warna minyak adalah tidak digalakkan untuk menghasilkan kolaj kerana bahan susah melekat pada permukaan. Warna yang paling baik digunakan dalam menghasilkan kolaj ialah warna akrilik dan warna air kerana berganding baik dengan berbagai jenis gam.. Pelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan pada kerja-kerja kolaj. Kadangkala kerja-kerja menghasilkan kolaj ini tidak menggunakan pelekat tetapi menggunakan skru, ikatan, dawai untuk melekatkan bahan ke atas kolaj. Berikut ialah contoh berbagai jenis pelekat atau gam yang dicadangkan untuk digunakan ke atas kerja-kerja menghasilkan kolaj: Media Jenis Ketelusan Kegunaan 1. Gam kilat Cair Lut sinar Pelekat untuk kertas, kain, bahan ringan. Boleh digunakan sebagai varnis pada akhir proses kolaj 2. Gam tidak kilat Cair Lut sinar pada lapisan pertama. Lapisan seterusnya lut cahaya Pelekat untuk kertas, kain, bahan ringan. Boleh digunakan sebagai varnish pada akhir proses kolaj. Terlalu banyak lapisan akan mengaburkan gambar di bawahnya 3. Gam gel Krim Lut sinar Pelekat untuk kertas, kain, kulit kayu pokok, logam. Media yang terdedah akan kelihatan kusam. 4. Gam model Pekat Legap Pelekat untuk batu.

Boleh digunakan untuk 3D, dipotong, kikis, warna apabila kering. Kawasan yang tebal memerlukan berjam-jam untuk kering 5. Gesso Krim Legap Serupa dengan cat akrilik putih. Digunakan untuk menutup bahan berasid sebelum mengecat atau menghasilkan kolaj. Berikut pula peralatan yang boleh dicadangkan untuk digunakan dalam menghasilkan kolaj: Alat Kegunaan 1. Pisau kraf Memotong bahan nipis seperti kertas dan fabrik. Hujung mata pisau boleh digunakan untuk mengangkat cebisan kertas. Tukar mata pisau selalu untuk mendapatkan mata yang tajam dan pemotongan yang bersih dan licin. 2. Gunting Memotong bentuk bulat, kain 3. Plastik tiga segi Sudut rata dalam setiap potongan, menggunakan sudut empat segi untuk memeriksa bentuk empat segi yang diperlukan 4. Pembaris Membuat potongan yang panjang. 5. ”french curve” Melukis dan memotong kepingan kertas yang bengkok 6. Palet Untuk kegunaan warna air atau akrilik 7. Berus Digunakan untuk aplikasi warna dan pelekat pada kolaj. 8. Bekas air Membersihkan berus daripada kekotoran warna dan gam 9. Penggelek Menekankan kepingan bahan-bahan di atas tempatnya 10. Plastik pembungkus makanan Menutup kerja kolaj di kedudukan sebenar. Melindungi kolaj dari tangan yang kotor dan lebihan gam 11. Span Menekan warna untuk mendapatkan kesan jalinan 12. Kertas tekap Membuat lakaran 13. Pensel atau pen Membuat lakaran 14. Kompas Untuk melukis bulatan, atau memotong bulatan apabila pisau ”blade” digunakan bersamanya bahan-bahan sampingan yang boleh digunakan untuk menghasilkan kolaj seperti berbagai jenis papan pengalas, ”water colour Board”, illustration board, mat board, foam board, wood and hard board. Berbagai jenis kertas juga boleh dicadangkan seperti kertas kolaj, kertas warna air, kertas lukisan, kertas pastel, kertas hiasan, kertas eksotik, kertas binaan, surat khabar, kertas majalah. (c) Teknik Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema atau tajuk catan juga perlu diambil kira apabila menjalani proses kolaj. Berikut ialah

Page 16: NOTA PADAT MENGGAMBAR

contoh teknik yang paling mudah bagaimana seseorang itu boleh menghasilkan sebuah kolaj: tema atau tajuk yang hendak dihasilkan supaya mesejnya sampai Sediakan dan racik/koyak/gunting bahan-bahan seperti kertas atau fabrik yang diperlukan untuk kolaj tersebut. Dapatkan kertas pelbagai warna untuk menimbulkan kesan jalinan, harmoni, kontra pada kolaj anda. Buat lakaran pada kertas lukisan untuk menyenangkan kerja-kerja menampal Sapukan gam pada permukaan kertas. Gam cebisan kertas atau fabrik mengikut gaya tersendiri untuk mendapatkan satu hasil kerja kolaj yang baik Apabila sudah kering sapukan pula gam di atas lapisan pertama untuk menampal kertas bagi menimbulkan kesan objek.