peraturan-peraturan sekolah edited

23
Peraturan-Peraturan Sekolah SK TAMAN TAWAU, TAWAU PASAL 1 : KEHADIRAN KE SEKOLAH. 1.1. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95) 1.1.1 Pelajar Sidang Pagi 06.45 pagi- Pelajar mesti berada di kawasan sekolah. 06.55 pagi- Pelajar beredar masuk kedalam kelas. 09.25 pagi- Rehat 09.45 pagi- Waktu berehat berakhir 12.45 pagi- Sesi pagi berakhir (Isnin dan Selasa) 12.15 tgh - Sesi pagi berakhir (Rabu dan Khamis) 11.15 pagi- Sesi pagi berakhir (Jumaat) 1.1.2 Pelajar Sidang Petang. 11.30 pagi- Pelajar mesti berada di kawasan sekolah. 12.20 tgh - Pelajar beredar masuk ke dalam kelas. 12.50 tgh - Sesi petang bermula (Isnin & Selasa) 12.20 tgh - Sesi petang bermula (Rabu &Khamis) 01.20 ptg - Sesi petang bermula (Jumaat) 03.00 ptg - Rehat 03.20 ptg - Waktu berehat berakhir 05.40 ptg - Sesi petang berakhir 1.2. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru kelas dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh guru-guru subjek. 1.3. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui kenyataan bertulis/lisan daripada ibubapa/penjaga atau Surat Akaun Doktor/pegawai kesihatan. 1.4. Ketidakhadiran ke sekolah dianggap ponteng dan akan diambil tindakan sewajarnya. 1.5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah membuktikan dengan mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat Ibubapa/Penjaga. 1.6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri. 1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Pengetua. 1.8. Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid-murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah. 1.9. Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis/surat pengesahan daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah diberi kuasa sebelum keluar dari kawasan sekolah. 1

Upload: hirdawati-abdul-hamid

Post on 28-Dec-2015

87 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

Peraturan-Peraturan Sekolah

SK TAMAN TAWAU, TAWAU

PASAL 1 : KEHADIRAN KE SEKOLAH.

1.1. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95)

1.1.1 Pelajar Sidang Pagi06.45 pagi- Pelajar mesti berada di kawasan sekolah.06.55 pagi- Pelajar beredar masuk kedalam kelas.09.25 pagi- Rehat09.45 pagi- Waktu berehat berakhir12.45 pagi- Sesi pagi berakhir (Isnin dan Selasa)12.15 tgh - Sesi pagi berakhir (Rabu dan Khamis)11.15 pagi- Sesi pagi berakhir (Jumaat)

1.1.2 Pelajar Sidang Petang.11.30 pagi- Pelajar mesti berada di kawasan sekolah.12.20 tgh - Pelajar beredar masuk ke dalam kelas.12.50 tgh - Sesi petang bermula (Isnin & Selasa)12.20 tgh - Sesi petang bermula (Rabu &Khamis)01.20 ptg - Sesi petang bermula (Jumaat)03.00 ptg - Rehat03.20 ptg - Waktu berehat berakhir05.40 ptg - Sesi petang berakhir

1.2. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru kelas dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh guru-guru subjek.

1.3. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui kenyataan bertulis/lisan daripada ibubapa/penjaga atau Surat Akaun Doktor/pegawai kesihatan.

1.4. Ketidakhadiran ke sekolah dianggap ponteng dan akan diambil tindakan sewajarnya.1.5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah

membuktikan dengan mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat Ibubapa/Penjaga.1.6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan

wajib dihadiri.1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan.

Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Pengetua.

1.8. Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid-murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah.

1.9. Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis/surat pengesahan daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah diberi kuasa sebelum keluar dari kawasan sekolah.

1.10. Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah. Sebelum keluar dari kawasan sekolah, murid hendaklah memberitahu guru kelasnya/guru subjek.

1.11. Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad kebenaran keluar.

1.12. Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada Guru Besar atau mana-mana guru yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid

1

Page 2: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah.

1.13. Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan dia tidak boleh terlibat.

1.14. Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli kegiatan tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.

1.15. Murid dilarang pergi ke luar negara untuk tujuan melancong semasa hari persekolahan.

PASAL 2 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

2.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki:

a. Seluar panjang bewarna biru gelap melepasi buku lali dengan potongan yang tidak terlalu sempit dan tidak longgar.

b. Baju putih lengan pendek.c. Kasut kanvas putih. (Pek. Ikt. Bil. 8/85)d. Setokin putih. (-sda-)

2.2 Pakaian Seragam Pengawas:a. Pengawas memakai pakaian seragam pengawas bewarna biru yang telah ditetapkan oleh Unit Disiplin.b. Pengawas memakai tali leher atau bertudung biru muda bagi pengawas perempuan Islam.c. Kasut dan stokin bewarna hitam.

2.3 Pakaian seragam murid perempuan bukan Islam.a. Pinafore bewarna biru tua melebihi paras lutut.b. Kasut dan setokin putih.

2.4 Pakaian seragam murid-murid perempuan Islam.a. Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga, warna putih.b. Memakai kain sarung bewarna biru tua.c. Memakai kain tudung kepala dengan syarat kain tudung itu berwarna putih, berbentuk tiga

segi dua sama dan ukuran melepasi bahu murid yang memakainya.d. Memakai kain tudung kepala berbentuk mini telekung dan anak tudung berwarna putih.

2.5 Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan untuk semua murid. Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai (dijahit) di sudut kiri bahagian atas dada atau di atas saku baju (di tudung bagi murid perempuan Islam)

2.6 Murid-murid lelaki dibenarkan memakai tali pinggang; warna gelap dengan ukuran 1 Inci (2.5 cm) dengan saiz kepala talipinggang tidak melebihi 1.5 inci (3 cm) tanpa hiasan.

2.7 Paras stoking mesti melepasi buku lali.

2.8 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan sebarang aksesori, alat solek dan barang-barang kemas atau perhiasan tiruan.

2.9 Pemakaian jam tangan dibenarkan dengan syarat mesti bewarna gelap dan tidak diperbuat daripada logam.

2.10 Murid berkenaan yang memakai kaca mata atas alasan kesihatan adalah dibenarkan. Bingkai kaca mata bewarna gelap sahaja dibenarkan.

2.11 Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari persekolahan, waktu menghadiri kelas atau aktiviti sekolah atau mengikuti rombongan kecuali dibenarkan oleh Pengetua. Pakaian seragam wajib dipakai semasa peperiksaan.

2.12 Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah, tanpa sebab munasabah.

2

Page 3: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

Pasal 3 : Pakaian Pendidikan Jasmani (Bil. 12/78)

3.1 Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai baju-T PJK sekolah ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani. Pakaian hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dan selesa dan yang dapat meresap peluh.

3.2 Seluar Trek/ Trek Bottom bewarna hitam atau biru tua mesti digunakan pada setiap masa pendidikan jasmani dan kesihatan. Penggunaan seluar sekolah adalah ditegah sama sekali. Pelajar yang tidak menggunakanya, boleh dikenakan denda oleh guru pendidikan jasmani dikelasnya.

3.3 Semasa Aktiviti berpersatuan dan beruniform, pelajar hendaklah menggunakan pakaian yang bersesuaian sepertimana yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Pasal 4: Potongan Rambut. (Bil. 2/76)

4.1 Murid-murid lelaki tidak boleh berambut panjang.Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:

4.1.1 Di belakang: rambut jatuh melebih garisan di bawah cuping telinga.4.1.2 Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi.4.1.3 Di sebelah: rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn

melebihi garisan tengah hidung.4.1.4 Di atas: rambut lebih daripada 6 inci panjang.

Potongan rambut murid hendaklah mengikut stail yang dibenarkan iaitu nombor cukuran 2 (Rujuk gambarajah potongan rambut)

4.2 Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Murid yang mewarnakan rambut akan diarahkan mewarnakannya semula seperti warna asli.

4.3 Bagi murid-murid perempuan, rambut hendaklah jangan jatuh ke bahu. Tetapi jika ada murid perempuan berambut panjang mereka hendaklah mengikat rambut mereka sebagai toncang atau ekor kuda dengan getah pengikat rambut berwarna hitam dan biru gelap sahaja.

Pasal 5 : Yuran Dan Harta Benda Sekolah.

5.1 Setiap murid wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan.

5.2 Hartabenda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid yang terlibat akan dikenakan hukuman setimpal/membuat ganti rugi.

5.3 Buku-buku Teks (SPBT)5.3.1 Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan dipinjamkan kepada murid-

murid.5.3.2 Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku

tersebut.5.3.3 Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku tersebut.5.3.4 Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan buku-buku teks. Murid-murid

dilarang merosakkan buku itu seperti mengunting gambar-gambar atau mana-mana bahagian dalam buku tersebut.

5.3.5 Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu.

5.3.6 Murid-murid dilarang melekatkan gambar atau poster yang tidak sesuai pada bahagian muka depan, belakang atau mana-mana bahagian pada buku teks dan buku latihan.

5.3.7 Jika didapati murid-murid merosak, mengotor atau mengabaikan keselamatan buku tersebut maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti sama ada mengantinya dengan buku atau membayar harga buku tersebut.

5.3.8 Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku teks yang telah dipinjamkan itu apabila diarahkan berbuat demikian oleh Guru Besar.

3

Page 4: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

5.3.9 Murid-murid yang gagal menyerahkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak sekolah berhak mengambil tindakan ke atas murid tersebut.

6 Tatatertib.

6.1 Dalam bilik darjah murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa pengajaran/pembelajaran.

6.1.1 Murid-murid hendaklah mempunyai sikap positif semasa sesi pengajaran dan tidak membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dalam kelas.

6.1.2 Murid-murid tidak boleh membuat bising dan menggangu orang lain sama ada semasa guru mengajar, belajar persendirian atau belajar tambahan.

6.1.3 Murid-murid dilarang berkeliaran di luar kelas semasa kelas dan semasa berlaku pertukaran subjek.

6.1.4 Murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di kawasan sekolah atau dalam bilik darjah. Sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah.

6.1.5 Murid yang bertukar kelas untuk ke makmal, padang permainan, pusat sumber, bilik-bilik khas dan lain-lain hendaklah keluar ke tempat tersebut dengan teratur mengikut barisan masing-masing.

6.1.6 Murid yang bertukar kelas atau meninggalkan kelas selepas waktu persekolahan mesti menutup semua suis lampu, kipas dan lain-lain peralatan elektrik.

6.1.7 Kebersihan dan kecerian kelas hendaklah dijaga pada setiap masa.6.1.8 Semua murid hendaklah membawa buku teks, buku latihan dan semua kelengkapan

belajar yang diperlukan ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan.6.1.9 Semua kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru mesti disiapkan mengikut masa

yang telah ditetapkan.6.1.10 Semua murid hendaklah berada di luar bilik darjah pada waktu rehat (kecuali pada waktu

hujan).6.1.11 Murid dilarang pergi ke kantin/makan di kantin semasa waktu pembelajaran.

7 Peraturan Khusus.

7.1 Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus untuk semua bilik-bilik khas seperti Pejabat Am, Bilik Guru Besar, Pusat Sumber, Pusat Akses, Makmal Komputer, Bilik Sains, Surau dan lain-lain.

7.2 Kawasan7.3 Bangunan dan kawasan Sekolah Menengah Tawau II merupakan kawasan larangan.7.4

7. Amalan Ibadat.

8.1. Pentadbiran sekolah mengalakkan murid-murid melakukan amalan ibadat pada masa dan tempat yang sesuai.

8.2. Murid-murid dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan/kesucian mana-mana agama.

9. Ujian/Peperiksaan.

9.1. Kehadiran dalam semua ujian/peperiksaan adalah wajib.9.2. Murid-murid hendaklah menjawab semua soalan peperiksaan dengan serius dan tekun.9.3. Murid-murid tidak dibenarkan bising, meminjam alat-alat daripada kawan atau tidur semasa

peperiksaan.9.4. Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun akan

dikenakan tindakan disiplin.9.5. Murid-murid hendak menjauhkan diri daripada sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran

dalam peperiksaan.9.6. Untuk peperiksaan PMR dan SPM murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang

dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

4

Page 5: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

9.7. Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad/Buku Kemajuan Sekolah adalah kesalahan serius.

9.8. Buku Rekod Kemajuan Murid harus disemak dan ditandatanggani oleh ibu bapa atau penjaga.

10. Kegiatan Kokurikulum.

10.1. Yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum adalah gerakkerja yang dijalankan oleh sekolah di luar masa belajar seperti:

10.1.1. Kegiatan sukan.10.1.2. Kegiatan persatuan10.1.3. Kegiatan Persatuan pakaian seragam.10.1.4. Kegiataan keagamaan.10.2. Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu kegiatan

Pasukan Pakaian Seragam.10.3. Murid-murid yang telah mendaftarkan diri untuk mana-mana aktiviti wajib hadir untuk setiap

kegiatan yang dijalankan.10.4. Murid-murid yang tidak hadir mana-mana kegiatan kokurikulum yang dia telah mendaftar

sebagai ahli akan dikenakan tindakan disiplin.10.5. Untuk kegiatan Persatuan Pakaian Seragam, murid-murid diwajibkan memiliki pakaian

seragam yang sesuai.10.6. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam mengikut persatuan masing-masing pada

setiap hari Rabu.

11. Kesalahan-Kesalahan Berat. (Bil. 9/75)

11.1. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.11.2. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.11.3. Memukul guru-guru.11.4. Mengancam guru-guru atau Pengetua.11.5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan

Jabatan Pendidikan.11.6. Menulis kepada surat khabar tanpa kebenaran pihak yang berkuasa sekolah.11.7. Sengaja merosakkan harta benda sekolah.11.8. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.11.9. Mencuri11.10. Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan berbahaya.11.11. Merokok dan mengambil dadah.11.12. Berjudi11.13. Meminum minuman keras atau yang memabukkan.11.14. Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat amaran.11.15. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/Pengetua.11.16. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau

dan perpecahan kaum.11.17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budibicara Pengetua

sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.11.18. Membawa, menyimpan, mengedar dan bermain mercun serta bunga api.

12. Larangan-Larangan. (Education Ordinance 1957) Peraturan-Peraturan Muridan (Disiplin Sekolah) 1959)

(Peraturan 4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disipilin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-guru dan murid-murid sekolah itu. Peraturan 6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirnya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorangpun, guru atau murid, boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu: Dengan syarat bahawa kuasa

5

Page 6: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar. Peraturan 7. 12.1. Murid-murid di bawah 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik.

12.2. Berkempen untuk mendapat undi bagi pihak sebarang parti politik atau organisasi atau sebarang calon di mana-mana tempat pengundian.

12.3. Dengan hasrat menyokong atau menentang sebarang parti politik atau organisasi atau pencalonan sebarang individu atau pihak yang lain di sebarang pengundian, berpidato atau menghalang sebarang perkumpulan orang ramai yang diluluskan oleh undang-undang.

12.4. Mengedar atau menyebabkan pengedaran sebarang risalah politik atau dokumen atau propanganda bagi pihak atau menyokong sebarang parti poitik atau organisasi atau ada kaitan dengan seseorang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian.

12.5. Berterusan menganggu peraturan-peraturan sebarang kumpulan orang ramai dengan cara yang mungkin menghalang mesyuarat.

12.6. Mengambil bahagian dalam sebarang perarakan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan menyokong atau menentang sebarang parti politik atau sebarang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian. Dalam “pengundian” bermaksud pengundian bagi ahli Dewan Undangan Negeri atau sebarang Majlis Tempatan.

Peraturan 8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah:

a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau kententeraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya atau dibuang sekolah; atau

b. yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir di sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut, atau membuang murid itu dari sekolah.

Peraturan 11. Sjil berhenti sekolah murid yang dibuang di bawah peruntukan 8 & 9 hendaklah dicatatkan oleh Guru Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan peraturan-peraturan ini. Peraturan 12. Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oelh pihak berkuasa yang membuatkannya.

A. masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau B. diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran

Pendaftar Besar.

12.7. Surat menyurat.12.7.1. Murid-murid dilarang menulis kepada kedutaan atau badan yang diiktiraf sebagai

blok komunis di dalam atau di luar negeri.12.7.2. Murid-murid yang hendak menulis surat kepada badan-badan, sama ada di luar

atau di dalam negeri yang bukan blok komunis hendaklah membuat demikian melalui Pengetua.

12.8. Murid-murid yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badan luaran hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua.

12.9. Murid-murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan ratu cantik atau pertunjukan fesyen.

12.10. Murid-murid tidak dibenarkan berada/berkeliaran di kawasan-kawasan berikut tanpa kebenaran: persikatan Bilik Guru, Pejabat, Bilik Makmal Sains, Stor-Stor sekolah.

12.11. Membeli atau menganjur loteri iaitu permainan untung-untungan atau sesuatu pengagihan wang atau hadiah-hadiah dengan cara bradu nasib. (bil. 9/77)

12.12. Ragging bertopengkan suaikenal. (bil 4/78)12.13. Lain-lain yang tidak disebut dia atas yang menjadi kesalahan dalam undang-undang

awam.

13. Lawatan Dan Pelawat-Pelawat.

6

Page 7: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

13.1. Sesuatu lawatan keluar kawasan sekolah yang mengandungi lebih daripada lima orang dianggap sebagai satu rombongan. Semua rombongan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada pengetua. (peraturan-peraturan sekolah, lawatan-lawatan 1957)

13.2. Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua atau guru-guru yang telah dipertugaskan.

13.3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan bilik darjah atau ke dalam bilik darjah.

13.4. Jika pelawat atau ibubapa/penjaga yang datang berhajat membawa keluar murid berkenaan kerana sesuatu sebab daurarat, maka kebenaran daripada Pengetua hendaklah didapati dahulu.

14. Kebersihan.

14.1. Pakaian yang bersih serta yang kemas dan kebersihan diri mencerminkan peribadi atau personaliti seseorang murid. (Pek. Ikt. Bil. 1/96, 2/96) Oleh itu murid-murid mestilah:14.1.1. Selalu menjaga kebersihan pakaian.14.1.2. Selalu menjaga kebersihan diri, terutamanya rambut, kuku, gigi dan keseluruhan

badan.14.2. Semua murid dikehendaki mengamalkan semangat bertanggungjawab terhadap

kebersihan bilik darjah, bangunan dan kawasan sekolah. (Pek. Ikt. Bil. 6/97)

15. Merokok.

15.1. Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Semua guru, ibu bapa, pekerja, murid dan mana-mana individu yang berada atau berurusan dengan sekolah tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97) (Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993)

15.2. Larangan merokok meliputi semua premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka, mahupun di bilik-bilik atau di tempat-tempat yang terselindung. (Pek. Ikt. Bil 1/83)

15.3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau mengedar rokok.15.4. Murid-murid ditegah sama sekali merokok di kawasan sekolah atau berdekatan dengan

pintu/ pagar sekolah.15.5. Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan dibuang sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97)

16. Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. (Pek. Ikt. Bil 3/95)

16.1. Setiap murid diwajibkan menyumbang kepada Skim Takaful berjumlah RM. 1.50 setahun.

16.2. Murid-murid yang telah menyumbang kepada skim tersebut akan diberi perlindungan 24 jam sehari meliputi seluruh dunia.

16.3. Tempoh perlindungan bermula pada hari pertama persekolahan pada tempoh setahun dan tamat pada hujung tahun.

17. Usaha Menaman Semangat Patriotisme (Pek. Ikt. Bil 6/94)

17.1. Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu “NegaraKu” dan melafas ikrar sekolah pada tiap-tiap pagi sebelum waktu persekolahan bermula.

17.2. Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu NegaraKu semasa perhimpunan sekolah.

17.3. Murid-murid tidak dibenarkan bercakap, bermain-main atau melakukan apa sahaja apabila lagu kebangsaan atau lagu negeri dinyanyikan.

18. Tatatertib Di Luar Kawasan Sekolah.

7

Page 8: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

18.1. Murid-murid dikehendaki sentiasa mengamal nilai-nilai baik dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.

18.2. Murid tidak dibenarkan merokok di luar pagar sekolah.18.3. Murid harus menghormati dirinya sebagai murid dan tidak membuat apa sahaja

kesalahan semasa memakai pakaian seragam sekolah.

19. Peraturan Bilik Darjah.

19.1. Semua murid mesti berada dalam kelas masing-masing pada pukul 6:55 pagi waktu hari persekolahan.

19.2. Murid yang membersihkan kelas dan berkerja memungut sampah hendaklah datang ke sekolah lebih awal untuk menjalankan tugas masing-masing.

19.3. Tugas membersihkan kelas, kawasan kelas dan kawasan-kawasan yang ditetapkan adalah wajib dijalankan sebelum kelas bermula pada tiap-tiap pagi.

19.4. Ketua kelas diberi kuasa untuk mengarah murid lain menjalankan tugas mereka dan melaporkan nama mereka kepada Pengetua atau Penolong Kanan sekiranya mereka tidak berbuat demikian.

19.5. Ponteng kelas/sekolah:19.5.1. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran dan alasan

yang munasabah dianggap ponteng.19.5.2. Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah.19.5.3. Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan disiplin.19.5.4. Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut guru tingkatan,

melalui Pengetua akan menghantar surat pertama kepada ibubapanya. 19.5.5. Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua akan

dihantar kepada ibubapanya.19.5.6. Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-turut, surat

ketiga, iaitu surat tunjuk sebab kenapa dia tidak diberhentikan daripada sekolah akan dihantar kepada ibubapa.

19.5.7. Ibubapa diberi masa 14 hari untuk menjawab surat tersebut dan sekiranya gagal berbuat demikian, guru tingkatan akan membatalkan nama murid tersebut daripada buku kedatangan murid dan pihak sekolah akan mencatatkan namanya dalam pulangan bulanan sekolah.

19.5.8. Semua murid dikehendaki bangun dan memberi hormat serta salam apabila Pengetua, guru, P.Kanan dan pelawat-pelawat memasuki kelas, dan mengucapkan terima kasih apabila mereka keluar dari kelas.

19.5.9. Kebersihan dan ketenteraman kelas adalah tanggungjawab kelas itu sendiri. Sekiranya kedapatan murid tidak berkerjasama membersihkan kelas, merosakan harta benda dalam kelas atau melawan ketua/penolong ketua kelas, tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mereka.

19.5.10. Sewaktu guru tidak ada dalam kelas, ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab untuk menjaga ketenteraman kelasnya. Sekiranya guru subjek lewat memasuki kelas, ketua kelas/penolong ketua kelas bertanggungjawab memberitahu pengetua/P. Kanan dan selepas itu mencari guru tersebut.

19.5.11. Setiap bilik darjah harus dibersihkan dan dihias supaya suasana kelas lebih ceria dan kondusif untuk proses pembelajaran.

19.5.12. Murid-murid dilarang melakukan perbuatan berikut:19.5.12.1. Menulis di papan hitam/tulis kelas tanpa kebenaran daripada guru 19.5.12.2. Meninggalkan buku di atas meja selepas kelas.19.5.12.3. Membuang sampah merata-rata dalam atau di luar kelas atau simpan

sampah dalam laci meja.19.5.12.4. Menggunakan meja dan kerusi guru.19.5.12.5. Memindahkan meja dan kerusi dari kelas tanpa kebenaran Pengetua.19.5.12.6. Menggunakan meja atau kerusi secara tidak cermat yang boleh

merosakkannya.19.5.12.7. Merosakkan Kipas, lampu dan alat-alat eletronik lain dalam kelas.19.5.12.8. Menconteng dinding, meja, kerusi atau gambar-gambar yang dipamerkan.

8

Page 9: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

19.5.12.9. Menconteng atau menanda buku teks.19.5.12.10. Melawan percakapan, arahan atau ingkar guru.

19.6. Murid hendaklah sentiasa menyalin dan mengemaskini nota serta membuat latihan, kerja rumah dan kerja kursus yang diberi oleh guru.

20. Biasiswa.20.1. Biasiswa adalah kurnian wang oleh kerajaan atau agensi-agensi atas sokongan pihak

sekolah. Oleh itu sekolah berhak mencadangkan perlanjutan atau menamatkannya.20.2. Sebarang hutang sekolah hendaklah dijelaskan oleh pemegang biasiswa melalui

potongan biasiswa.20.3. Biasiswa murid akan ditahan atau diberhentikan terus apabila murid tersebut:

20.3.1. Melakukan kesalahan jenayah yang berat seperti yang ditakrifkan oleh sekolah.

20.3.2. Tidak memperbaiki prestasi akademiknya yang merosot.20.3.3. Sentiasa melanggar disiplin sekolah dan tidak menunjukkan perubahan

positif setelah diberi nasihat dan amaran.20.4.Murid tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi daripada jumlah yang telah

ditetapkan.20.5.Pengeluaran wang biasiswa adalah khas untuk membeli keperluan sekolah.

Sebarang pengeluaran wang biasiswa untuk tujuan lain adalah tidak dibenarkan.20.6.Buku-buku biasiswa hendaklah disimpan seperti yang diarahkan oleh guru

biasiswa.

21. Gantung Sekolah.21.1. Murid-murid yang telah digantung sekolah tidak dibenarkan berada di kawasan

sekolah atau menghadiri mana-mana kelas.21.2.Mana-mana murid yang berada di kawasan tersebut dianggap telah mencerobohi

kawasan tersebut dan tindakan disiplin akan dikenakan ke atasnya.

22. Minum Dan Membawa Minuman Keras.22.1. Murid tidak boleh memiliki, membawa atau minum minuman keras di kawasan

sekolah.22.2. Murid tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah dalam keadaan

mabuk/khayal.

23. Hubungan Lekaki Dan Perempuan.23.1.Murid-murid dilarang keras mengadakan perjumpaan antara lelaki dan perempuan

yang boleh menimbulkan keraguan di dalam atau di luar sekolah.23.2.Murid-murid dilarang menulis surat cinta kepada rakan lain.23.3.Murid-murid tidak dibenarkan melepak di kawasan-kawasan taman, bilik darjah

dan kawasan-kawasan lain di sekolah.

24. Penglibatan/Mengambil Bahagian Dalam Sukan Anjuran Pihak Luar.

24.1.Murid-murid yang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak luar tanpa kebenaran daripada Pengetua, menanggung semua risiko yang bakal dihadapi.

24.2.Murid tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti secara berkumpulan di kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada Pengetua.

9

Page 10: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

25. Lembaga Pengawas.

25.1.Lembaga pengwas diwujudkan untuk membantu sekolah menyelia dan menjaga disiplin murid.

25.2.Pengawas-pengawas hendaklah menjalankan tugas mereka seperti mana yang telah diarahkan.

25.3.Pengawas-pengawas hendaklah memakai lencana pengawas dan pakaian pengawas seperti mana yang telah ditetapkan.

25.4.Menjalankan tugas-tugas yang diberi dari semasa ke semasa.25.5.Pengawas mesti berdisiplin baik pada setiap masa.

26. Surau Dan Sembayang.

26.1.Surau dibuka pada setiap waktu sembayang.26.2.Murid tidak dibenarkan tidur di surau kecuali dengan kebenaran.26.3.Semua murid wajib mematuhi peraturan surau sama ada dari segi ibadat,

keselamatan, kebersihan, kebajikan dan aktiviti yang dicadangkan oelh sekolah.26.4.Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan, keselamatan dan

ketenteraman surau.

27. Larangan-Larangan 27.1.Seluar ketat, berconteng, koyak, berkaki besar dan baju-T yang kotor dan

mempunyai tulisan yang tidak senonoh tidak dibenarkan dipakai di sekolah.27.2.Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran atau berkeliaran di

koridor apabila loceng pertukaran masa berbunyi.27.3.Murid ditegah berkeliaran di koridor/luar apabila loceng mula persekolaan telah

dibunyikan. 27.4. Relajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kecuali dengan kebenaran.27.5.Murid tidak dibenarkan membawa atau menggunakan telefon bimbit dalam bilik

darjah. Murid yang membawa telefon bimbit ke sekolah mesti menyimpankannya dengan pengetua atau penolong kanan pada masa persekolahan dan hanya boleh ambilnya apabila masa persekolahan tamat.

27.6.Murid tidak dibenarkan memakai topi dalam bilik darjah.27.7.Murid dilarang mengondolkan rambut mereka atau memakai fesyen rambut yang

tidak dibenarkan di sekolah.27.8.Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.27.9.Murid dilarang berludah sesuka hati di merata-rata tempat kerana amalan ini

adalah tidak sihat.27.10. Murid perempuan tidak dibenarkan menggunakan alat-alat solek dan barang-

barang kemas.27.11. Murid tidak dibenarkan membawa dan menggunakan pemadam cecair/liquid

paper di sekolah.27.12. Murid tidak dibenarkan memandu dengan laju dan cara yang berbahaya di

kawasan sekolah.27.13. Murid tidak dibenarkan membunyikan hon atau membunyikan motosikal atau

kenderaan dengan kuat dalam kawasan sekolah.

10

Page 11: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

27.14. Murid dilarang menjerik sesuka hati, atau memanggil secara tidak sopan nama-nama guru atau pekerja sekolah.

27.15. Relajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar berdekatan dengan sekolah.

27.16. Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan pergaduhan.

27.17. Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan pengetua, penolong kanan-penolong kanan, penyelia petang dan guru-guru.

27.18. Murid dilarang melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang negara.27.19. Murid-murid dari sekolah lain dilarang memasuki dan berada di dalam

kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Jenis-Jenis Salahlaku Dan Tindakan-Tindakan Yang Boleh Dikenakan (Mata Demerit Juga Akan Diberi Berpandukan Kepada Sistem Merit-Demerit)

Bil Tema Kesalahan/ perlakuan

Pekililing rujukan

Tindakan sekolah

1. Tingkahlaku jenayah

Salahguna dadah

Pek. Iktisas Bil. 7/75

1. Melaporkan kepada Pengarah Pendidikan.

2. Menghubungi pegawai kebajikan masyarakat.

3. Merujuk kepada doktor – melalui pegawai kebajikan masyarakat untuk pengesanan.

4. Rawatan doktor.5. Pemulihan dan tindakan ekoran

oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Tindakan Pengetua.1. Nasihat/amaran – Surat

panggilan kepada ibubapa.2. Melaporkan kepada polis3. Pengakuan bertulis murid dan

ibubapa.4. Gantung sekolah

2. Mengedar dadah 1. Rujuk kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah (Pengarah Pendidikan)

2. Melaporkan kepada polis3. Memanggil ibubapa

3. Mencuri Pek. Iktisas Bil. 9/75

Murid boleh digantung persekolahan atau dibuang sekolah.Tindakan Pengetua1. Memulangkan balik barang

11

Page 12: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

yang dicuri atau mengikut nilai.2. Meminta maaf pada empunya

barang dengan disaksi oleh Pengetua.

3. Amaran4. Hukuman rotan5. Pengakuan bertulis murid dan

ibubapa untuk berkelakuan baik.

6. Memanggil ibubapa

4. Memeras ugut Pek. Iktisas Bil. 9/75

1. Memulang balik barang diambil/nilainya.

2. Diberi amaran keras – akhir.3. Hukuman rotan/gantung

sekolah4. Akaun bertulis ibubapa dan

murid.5. Memanggil ibubapa6. Hukuman kerja amal

Jika melibatkan senjata.7. Penggantungan sekolah8. Laporan kepada polis.

5. Berjudi -sda- 1. Nasihat2. amaran keras3. Hukuman rotan.4. Pengakuan bertulis murid dan

ibubapa.5. Kerja amal6. Digantung persekolahan7. Laporan kepada polis

6. Memukul, bergaduh dan

mencedera

-sda- 1. Hukuman rotan2. Dipaksa berdamai dan meminta

maaf.3. Digantung persekolahan.4. Kerja amal5. Memanggil ibubapa6. Pengakuan bertulis

7. Membawa senjata dan berniat jahat

-sda- 1. Senjata dirampas2. Memanggil ibubapa3. Hukuman rotan.4. Digantung persekolahan.5. Amaran dan dilaporkan kepada

polis.8. Merosak harta

benda-sda- 1. Membayar ganti rugi.

2. Hukuman rotan3. Panggil ibubapa5. Digantung persekolahan.

12

Page 13: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

6. Pengakuan bertulis.

9. Ahli kumpulan haram

Fitnah

-sda-

-sda-

Rujuk kepada Pek. Iktisas 9/75

- ibubapa dihubungi - kaunseling- amaran/ digantung sekolah

10. Tingkahlaku lucah

Membaca, menunjuk dan

menyebar bahan-bahan dan gambar

lucah.

-sda- 1. Dirampas dan disimpan dengan berlakri sebagai bukti.

2. Rotan dan rujuk kepada guru kaunseling

3. Kerja amal

11. Mengintai murid-murid perempuan

-sda- 1. Rotan dan rujuk kepada guru kaunseling

2. Kerja amal

12. Menulis surat cinta

-sda- 1. Amaran dan nasihat2. Rujuk kepada guru bimbingan3. Kerja amal

13. Bercumbu/berdua-duan dan bercinta dalam

kawasan sekolah

-sda- 1. Amaran dan nasihat2. Gantung persekolahan3. Panggil ibubapa4. Buang sekolah

14. Ditangkap kerana

berkhalwat dan didenda di mahkamah

-sda- Rujuk kepada Pengarah Pendidikan.-panggil ibubapa

15. Menggunakan kata-kata lucah

-sda- 1. Hukuman rotan2. Kerja amal3. Rujuk kepada guru kaunseling.

16. Menulis dan melukis kata-

kata lucah

-sda- 1. hukuman rotan2. kerja amal3. rujuk kepada guru kaunseling

17. Meraba dan/ memeluk murid

perempuan

-sda- 1. Rotan2. Kerja amal3. Rujuk kepada guru kaunseling4. Panggil ibubapa5. Gantung persekolahan6. Laporan kepada polis

18. Menganggu murid

perempuan

-sda- 1. Rotan2. Kerja amal3. Rujuk kepada guru kaunseling

19. Pelacuran/Zina/ hamil/homo/

1.Panggil ibubapa2.Rujuk kepada Pengarah

13

Page 14: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

lesbian/kahwin/ nikah gantung

Pendidikan

20. Tingkahlaku anti sosial

Sengaja mengotori

sekolah atau kelas

Pek. Iktisas Bil. 9/75

School (Gen. Reg. 1951

1. Kelas tahanan2. Hukuman rotan3. Bayar gantirugi4. Kerja amal5.

21. Sengaja menganggu

ketenteraman sekolah/kelas

Pek. Iktisas Bil. 9/75

1. Hukuman rotan2. Kerja amal3. Rujuk kepada guru kaunseling

22. Bergaduh dengan murid

lain

1. Panggil ibubapa2. Rotan3. Nasihat dan amaran4. Diarah berdamai dan minta

maaf5. Digantung sekolah

23. Berkelakuan biadab dan

angkuh

-sda- 1. Hukuman rotan2. Rujuk kepada guru kaunseling3. Amaran dan nasihat4. Kerja amal5. Panggil ibu bapa6. Digantung sekolah

24. Conteng menconteng

Pek. Ikt. 9/75 1. kelas tahanan2. hukuman rotan3. bayar ganti rugi

25. Benci dan tidak menghormati

peraturan sekolah dan

undang-undang negara

-sda 1. diberi nasihat2. rotan 3. kerja amal4. Panggil ibu bapa5. Digantung sekolah6. dilapor kepada polis

26. Makan dalam kelas

-sda- 1. nasihat2. membersihkan kelas

27. Tidak menghormati

NegaraKu, lagu Negeri

-sda- 1. nasihat2. rotan3. amaran4. Digantung sekolah

28. Ponteng perhimpunan/ majlis rasmi

-sda- 1. amaran2. nasihat3. kerja amal4. hukuman rotan5. Panggil ibu bapa

29. Sengaja membuat

sesuatu yang boleh

memalukan sekolah

-sda- 1. nasihat/amaran2. hukuman rotan3. kerja amal4. digantung sekolah

30. Tingkahlaku PONTENG KP(BS)8458/1 1. Surat pemberitahuan kepada

14

Page 15: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

tidak jujur SEKOLAH (termasuk

murid yang berada di

sekolah tetapi tidak melapor kepada guru

tingkatan dan masuk ke

kelas)

2/(17)Borang OM

9.2.77

ibubapa, amaran, rotan, nasihat2. Panggil ibu bapa.3. Kerja amal4. digantung sekolah5. Jika murid ponteng sekolah

31 hari berturut-turut, Sijil Berhenti Sekolah akan dikeluarkan

6. Jika murid ponteng sekolah 60 hari secara selang seli, Sijil Berhenti Sekolah akan dikeluarkan

31. Ponteng kelas (meninggalkan

satu sesi penggajaran dan tidak kembali)

-sda- 1. nasihat2. kerja amal3. hukuman rotan4. digantung sekolah5. panggil ibubapa6.

32. Keluar dari kelas tanpa kebenaran

daripada guru

-sda- 1. diberi amaran2. kerja amal3. kaunseling4. hukuman rotan

33. Meniru dalam peperiksaan

-sda- 1. markah peperiksaan dibatalkan2. nasihat3. kerja amal4. hukuman rotan5. memaklumkan kepada ibu bapa

34. Membohong -sda- 1. nasihat 2. rujuk kepada guru kaunseling3. amaran keras4. hukuman rotan untuk kesalahan

seterusnya35. Tingkahlaku

tidak sopanBerkelakuan dan berbahasa kasar,

memaki dan mencarut

guru/murid

Per. Ikt. Bil 9/75

1. memohon maaf2. nasihat3. hukuman rotan4. amaran5. kerja amal6. kaunseling7. panggil ibu bapa

36. Tidak menghormati/

memcabar arahan

pengawas

-sda- 1. amaran2. hukuman rotan3. kaunseling

37. Tingkahlaku tabiat

(Habitual)

Tidak berpakaian

kemas (tidak masuk baju ke seluar, tidak

Pek. Ikt. Bil. 3/71,2/72,

4/76.

1. teguran/amaran2. hukuman rotan 3. kerja amal4. panggil ibu bapa

15

Page 16: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

pakai kasut, tidak

menggunakan tanda nama,

memakai subang, gelang,

rantai)38. Berambut

panjangPek. Ikt. Bil

2/761. diberi amaran 2. rambut dipotong3. hukuman rotan4. digantung sekolah

39. Tidak menepati masa

Pek. Ikt. Bil 9/75, school

(general) regulation,

1951

1. amaran dan nasihat2. kaunseling3. hukuman rotan4. kerja amal5. digantung sekolahpanggil ibu bapa

40. Tidak membawa buku teks/buku latihan dan lain-lain keperluan

muridan

Peraturan Am sekolah 1951

1. diberi nasihat/amaran2. kaunseling3. hukuman rotan4. kerja amal5. panggil ibu bapa6. digantung sekolah

41. Tidak menyiapkan kerja kursus,

latihan dan kerja rumah/tugasan

-sda- 1. amaran/nasihat2. kaunseling3. hukuman rotan4. kerja amal5. panggil ibu bapa6. digantung sekolah

42. Membuat bising dalam kelas

Pek. Ikt. Bil 9/75

1. diberi amaran2. kaunseling3. hukuman rotan

43. Buang sampah merata-rata

Peraturan am sek. 1951

Pek. Ikt. Bil 9/75

1. diberi amaran/nasihat2. kaunseling3. diarah membersihkan kawasan4. kerja amal5. hukuman rotan

44. Enggan bayar yuran sekolah

Peraturan Am sekolah 1951

1. diberi nasihat2. ibubapa dihubungi3. sijil-sijil ditahan

45. Tidak memulangkan/

hilang buku teks

-sda- 1. Membayar nilai buku tersebut2. Tidak layak diberi buku teks

pada tahun seterusnya

46. Merokok Pek. Ikt.Bil 6A/75, 4/1997

1. hukuman rotan2. nasihat/kaunseling3. digantung sekolah4. panggil ibu bapa5. buang sekolah selepas 5 kali

16

Page 17: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

ditangkap47. Membawa

barang yang dilarang ke

sekolah (rujuk kepada

peraturan sekolah kad

Merit Demerit Kod D5)

1. dirampas dan dituntut balik oleh ibu/bapa.

2. dirampas dan disimpan dan diberi balik pada hujung tahun.

3. Dirampas dan dimusnahkan.

48. Membawa/bermain mercun

di kawasan sekolah

1. hukuman rotan2. kaunseling3. digantung sekolah4. panggil ibu bapa5. laporan kepada polis

Jenis-Jenis Salahlaku

Kod Salahlaku Jenayah - D1

D1.1 Berjudi D1.2 Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah.D1.3 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pentadbir, murid,

kakitangan sekolah, guruD1.4 Melawan/mengancam/mencederakan pengawasD1.5 memeras ugutD1.6 membuliD1.7 menganggotai kumpulan haram/kongsi gelapD1.8 menyalahgunakan dadahD1.9 membawa senjata merbahayaD1.10 mencabul kehormatanD1.11 mengancam/memukul/mencederkan murid lainD1.12 menceroboh bilik kelas, bilik khas/kedai kantin/koperasi/pejabat

sekolah.D1.13 mengedar dadahD1.14 menunjukan perasaan/berpiket/menganggu ketenteraman sekolahD1.15 bertaruh secara besar-besaranD1.16 membawa masuk orang luar ke kawasan sekolahD1.17 membakarD1.18 memusnah/merosakkan dokumen rasmiD1.19 bergaduhD1.20 membawa/bermain mercun di sekolahD1.21 minum minuman kerasD1.22 menghidu gam D1.23 membawa bahan-bahan yang menghayalkan.

Tingkahlaku Lucah/Tidak Senonoh D2

17

Page 18: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

D2.1 Bercumbu-cumbuanD2.2 Berkhalwat D2.3 Berdua-duan dalam kelas D2.4 Membawa bahan lucah ke sekolah. D2.5 Mengintai murid perempuan/menyentuh murid perempuan dengan

niat serongD2.6 Menggunakan kata-kata dan perkataan lucahD2.7 Melukis gambar-gambar/ menulis kata-kata lucah

Tingkah Laku Kekemasan Diri

D3.1 Berambut panjang untuk lelaki/feysen rambut keterlaluan/ bertentangan dengan peraturan sekolah.

D3.2 Berkuku panjangD3.3 Bermisai dan berjanggutD3.4 Memakai pakaian seragam yang tidak mengikut peraturan sekolah/

tiada lencanaD3.5 Skirt sekolah atas paras lutut.D3.6 Baju kurung tidak dikancing.D3.7 Seluar sekolah berfesyen.D3.8 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai.D3.9 Memakai selipar (tanpa kebenaran pihak sekolah)D3.10 Memakai pakaian luar sekolahD3.11 Memakai pakaian berwarna di dalam pakaian seragam sekolahD3.12 Tidak memakai baju sukan semasa waktu PJD3.13 Tidak memasukkan kemeja ke dalam baju sekolah (seluar) `Tuck-In’D3.14 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai

Memakai Barang Perhiasan/Menghiaskan Diri.

D4.1 Memakai barang kemas ke sekolahD4.2 Memakai lebih daripada sepasang subangD4.3 Lelaki memakai subang.D4.4 Mewarnakan kukuD4.5 Mewarnakan rambutD4.6 Membotakkan kepalaD4.7 Mencabut bulu keningD4.8 Bersolek

Membawa Barang-Barang Yang Tidak Dibenarkan

D5.1 Membawa semua jenis alatan tajamD5.2 Pemotong kukuD5.3 Membawa Radio/WalkmanD5.4 Gambar-gambar tidak sopan.D5.5 Membawa liquid paper/marker pen

18

Page 19: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

D5.6 Membawa/pakai pakaian luar sekolahD5.7 Cermin mata hitam/teropongD5.8 Kosmetik/cermin/minyak wangiD5.9 Majalah hiburan/komikD5.10 Pita video DVD/VCD/CD/kaset.D5.11 Kad poker/barang untuk berjudi.D5.12 Tanda-tanda/lencana/label berunsur politikD5.13 Membawa telefon bimbit ke sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.

Tingkah Laku Tidak Mementingkan Masa.

D6.1 Berkeliaran/merayau di kawasan sekolah semasa waktu pengajaranD6.2 Datang lewat ke sekolahD6.3 Ponteng perhimpunanD6.4 Lewat ke perhimpunan dan majlis yang diwajibkan sekolah.D6.5 Makan di kantin di luar waktu rehat.D6.6 Lewat masuk ke kelas.D6.7 Keluar-masuk kelas semasa sesi P & P berjalan.D6.8 Bermain dalam bilik darjah atau kaki limaD6.9 Keluar kelas tanpa kebenaran.D6.10 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.D6.11 Berada di kawasan larangan tanpa kebenaran.D6.12 Masuk ke kawasan sekolah pada hujung minggu/cuti sekolah tanpa

kebenaran.D6.13 Berada dalam tandas lebih 10 minit semasa P & P.D6.14 Berada di kantin di luar kawasan sekolah waktu persekolahan.D6.15 Tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam jadual

bertugas

Tingkahlaku Kurang Sopan Dan Biadab

D7.1 Berkelakuan kasar terhadap guru.D7.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas.D7.3 Berkelakuan kasar terhadap rakanD7.4 Memasuki kawasan larangan/kebun/kuarters pekerja sekolah dan lain-

lain.D7.5 Berbahasa kesat/kasar.D7.6 Mengedar/menyimpan rokok.D7.7 Menghisap rokokD7.8 Menganggu proses pengajaran pembelajaranD7.9 Tidak menghormati/ membantah arahan guru.D7.10 Tidak menghormati/ membantah arahan pengawas.D7.11 Simpan/edar minuman keras/ sebarang minuman yang memabukkan.

19

Page 20: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

D7.12 Membunyikan kereta kuat-kuat di kawasan sekolah.D7.13 Tidak menghormati lagu kebangsaan/negeri.D7.14 Menyimpan pemetik api/ mancis.D7.15 Melanggar peraturan lalu lintas.D7.16 Meletakkan kenderaan di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.D7.17 Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkankan nama baik sekolah.D7.18 Tidak mematuhi peraturan persatuan dan kelab di sekolahD7.19 Membuat bising dalam kelas ketika guru tidak adaD7.20 Mengejek seseorang dengan menyebut nama bapa atau emak dengan

tujuan menghinaD7.21 Menggunakan/menjawab telefon dalam kelas semasa guru mengajar

Tingkahlaku Memusnah

D8.1 Merosak harta benda sekolahD8.2 Merosak harta benda Pengetua dan guru-guruD8.3 Merosakkan harta benda kantin/kedai koperasi/ stor SPBTD8.4 Membazir air dan eletrikD8.5 Menyalahgunakan peralatan eletrikD8.6 Mengotorkan bangunan/kawasan sekolah.D8.7 Mengotorkan kelas.D8.8 Conteng dinding/papan notis/papan hitam/sudut mata muridan.D8.9 Menconteng buku teks/buku latihan.D8.10 Conteng /tulis perkataan gambar lucah/kesat di atas buku teks/buku

latihan/ buku rekod akademik.D8.11 Merosak harta murid lain.

Tingkahlaku Tidak Jujur/Menipu.

D9.1 Menghasut rakan untuk bergaduh.D9.2 Menyebarkan maklumat/ berita yang boleh menyebabkan

pergaduhan.D9.3 Menjalankan urusniaga yang tidak dibenarkan.D9.4 Tidak memberi surat dari sekolah kepada ibu bapa.D9.5 Tidak membawa ibu bapa jumpa pihak sekolah seperti yang diarahD9.6 Penipuan melibatkan wangD9.7 Menipu melibatkan kepercayaan/pecah amanah.D9.8 Memalsukan keterangan/ rekod rasmi.D9.9 Tidak memberi salam/ tidak berdiri semasa guru masuk/ keluar kelasD9.10 Semua tingkahlaku yang dianggap serius oleh sekolah.

Tingkah Laku Melanggar Peraturan Peperiksaan

D10.1 Bercakap semasa peperiksaan D10.2 Membawa telefon bimbit ke bilis peperiksaan.D10.3 Keluar awal dari bilik peperiksaan tanpa kebenaran

20

Page 21: Peraturan-peraturan Sekolah Edited

D10.4 Mencoteng kertas soalan/jawapan peperiksaanD10.5 Menulis/mencoteng percatan/ gambar lucah/ kesat di atas yertas

soalan/ jawapan peperiksaan/ kad laboran.D10.6 Meniru semasa ujian/ peperiksaanD10.7 Lambat masuk ke kelas semasa peperiksaan.

Tingkalaku Ponteng.

D11.1 Ponteng kelas (Termasuk kelas di luar sidang).D11.2 Ponteng sekolahD11.3 Ponteng perhimpunan/majlis sekolahD11.4 Ponteng aktiviti kokurikulumD11.5 Ponteng Ujian bulananD11.6 Ponteng peperiksaanD11.7 Ponteng kelas tambahanD11.8 Ponteng kerja pembersihan

Tingkahlaku Memcemar Alam Sekitar

D12.1 Membuang sampah merata-rata.D12.2 Tidak kerja membersih kelas dan kawasan sekolah.D12.3 Tidak mematuhi peraturan pihak kecerian sekolah.D12.4 Membuang air besar dan kencing dan berkencing di kawasan yang tidak ditetapkan

oleh pihak sekolah.D12.5 Lain-lain perkara yang ditentukan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

21