batuan punca

19
STAG3012 Petrologi batuan endapan Kuliah 2 Batuan Punca Batuan klastik boleh dibahagikan kepada tiga komponen: Butiran kerangka merupakan butiran utama yang membina struktur batuan Matrik merupakan bahan detrital halus yang terendap bersama-sama dengan butiran kerangka, dan selalunya terletak di ruang yang terdapat di antara butiran kerangka Simen merupakan mineral yang membesar di dalam rongga/ruang antara butiran kerangka yang tidak diisi oleh matrik. Proses penyimenan ini berlaku selepas pengendapan berlaku KOMPONAN BATUAN KLASTIK

Upload: ngohanh

Post on 12-Jan-2017

274 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Batuan Punca

STAG3012 Petrologi batuan endapan

Kuliah 2

Batuan Punca

Batuan klastik boleh dibahagikan kepada tiga komponen:

Butiran kerangkamerupakan butiran utama yang membinastruktur batuan

Matrik merupakan bahan detrital halus yang terendap bersama-sama dengan butiran kerangka, dan selalunya terletak diruang yang terdapat di antara butiran kerangka

Simenmerupakan mineral yang membesar di dalam rongga/ruang antara butirankerangka yang tidak diisi oleh matrik. Proses penyimenan ini berlaku selepaspengendapan berlaku

KOMPONAN BATUAN KLASTIK

Page 2: Batuan Punca

TEKSTUR BUTIRAN

• Tekstur butiran merupakan fitur yang berskala kecil, seperti saiz, bentuk, dan susunan butiran.

• Tekstur ini sangat berkait rapat dengan prosesangkutan dan pengendapan yang telah dialami olehsesuatu butiran. Antara tekstur yang sangat pentinguntuk diperhatikan ialah saiz, asingan & bentuk.

Page 3: Batuan Punca

SAIZ

Skala Udden-WentworthSecara umum, sedimen sungai lebihkasar daripada sedimen pantai atau angin, keranakeupayaan medium ini berbeza

ASINGAN

Dalam sedimen, butiran boleh terdiri daripada saiz yang sama, atau campuran berbagai saiz.

Asingan baik jika sedimen mempunyai saiz yang hampirsama, dan sebaliknya

Sedimen sungai mempunyai asingan lebih buruk berbandingdengan sedimen pantai dan angin

Page 4: Batuan Punca

BENTUK

•Kesferaan•Kebulatan

Butiran yang mengalami angkutan yang jauh dan lama akan cenderung untuk menjadi sfera dan bulat

Batuan sedimen mempunyai jenis butiran kerangka yang agak terbatas dari segi mineraloginya. Ini kerana sebahagianbesar mineral yang kurang stabil yang terdapat dalam batuanigneus dan metamorf telah musnah/hilang semasa prosesangkutan/pemendapan.

Kebanyakkan mineral yang ada merupakan mineral yang tahan dari segi ketahanan kimia dan fizikal.

BUTIRAN / MINERALOGI

Page 5: Batuan Punca

Antara butiran/mineral yang banyak ditemui dalam batusedimen ialah;

rutilZirkon

Mineral berat

muskovitMika

Rijangbatu pasirbatu lumpursyisbasalt granit halus

Pecahan batuan

K-feldsparplagioklas

Feldspar

Monohablurpolihablur

Kuarza

Butiran kerangka mempunyai kaitan yang sangat rapatdengan batuan punca (provenance).

Provenance adalah tempat asal atau punca dari manabatuan/butiran sedimen berasal. Ini termasuklah daribatuan jenis apalah ianya berasal, dan juga bagaimanakahkeadaan muka bumi dan iklim kawasan batuan puncatersebut

BATU PUNCA (provenance)

Page 6: Batuan Punca

Untuk menentukan provenance ini, kajian petrografi mestikahmeneliti perkara seperti berikut;

Jenis mineral/butiran: Sifat optik mineral atau batuan, seperti jenispemadaman dan lain-lain

Saiz butiran: kasar-halus

Bentuk: Kebulatan dan kesferaan

Dengan mengetahui sifat-sifat ini, kita dapat tentukan batuanpunca untuk sampel yang dikaji

Ada butiran yang membentuk batuan sedimen yang hanyaterdapat di kawasan tertentu sahaja, dan ini boleh digunakanuntuk menentukan jenis batuan punca

Secara umum, semua batuan igneus dan kebanyakkan batuanmetamorf (kecuali kuarzit) mengandungi kuarza disekitar 40% daripada keseluruhan isipadunya.

Tetapi dalam batuan sedimen, kandungan kuarzanya melebihi65% untuk batu pasir dan 30% untuk syal. Kuarza merupakanbutiran yang paling banyak terdapat dalam batuan sedimen.

Di antara sifat-sifat butiran kuarza yang penting dikaji ialah;•jenis pemadaman•inclusion mineral lain di dalamnya•inclusion cecair (fluid inclusions)•monohablur atau polihablur•jenis sempadan antara hablur untuk polihablur•lamela canggaan (deformation lamellae)

KUARZA

Page 7: Batuan Punca

KUARZA Kuarza polihablur

Kuarza monohablur

Jika sempada antara kuarza polihablur berjenis sutur, ini menunjukkan kuarzapolihablur ini adalah berasal daripadabatuan metamorf. Butiran kuarza ini jugabiasanya akan berbentuk memanjang dantersusun dalam satu arah yang sama.

KUARZA

Page 8: Batuan Punca

Kuarza polihablur yang berasal daripada batuan igneusbiasanya mempunyai sempadan hablur yang lurus. Kuarzaini juga boleh berasal daripada batuan metamorf gredsederhana hingga tinggi.

KUARZA

Jenis pemadaman kuarza juga penting diperhatikan. Selalunya kuarza dari batuan metamorf mempunyaipemadaman bergelombang. Walau bagaimanapun, ini tidaksentiasa benar.

KUARZA

Page 9: Batuan Punca

Kuarza asalan volkanikmempunyai bentukeuhedral atau subhedral, dan juga mempunyaistruktur tekukan.

KUARZA

KUARZA

Kehadiran "inclusion" atau mineral yang terkepong di dalamkuarza juga boleh membantu untuk mengenali punca batuanasal. Kuarza yang banyak "inclusion vacuoles" berasaldaripada punca bersuhu rendah seperti teleranghidrotermal.

Page 10: Batuan Punca

KUARZA

Kuarza yang bentuknya terlalu bulat dan kesferaannyasangat tinggi biasanya berasal daripada punca batuansedimen yang sedia ada sebelumnya

Feldspar merupakan butiran yang ke-dua penting. Feldspar terdiri daripada beberapa jenis dan boleh membantu kitamengenali batuan punca.

Walaupun feldspar merupakan mineral silikat pembentukbatuan yang utama dan banyak terdapat dalam batuanigneus dan metamorf, tetapi dalam batuan sedimen klastik, feldspar wujud dalam jumlah yang sangat sedikit, iaitu 10 -15% sahaja. Ini kerana proses luluhawa kimia yang intensifboleh memusnahkan butiran feldspar.

Batuan yang banyak feldspar seperti arkos mestilah berasaldaripada punca yang kaya dengan feldspar, dan selalunyaterendap dekat dengan batuan punca.

FELDSPAR

Page 11: Batuan Punca

Feldspar alkali kelihatan serupadengan kuarza;

Kuarza tidak mempunyairetakan yang selari - ira(clevage)

Inclusi dalam kuarza sedikit(tidak padat) dan tidak teraturselari

Kembaran yang terdapat dalam mineral feldspar bolehmembantu kita mengenali jenis-jenis feldspar, dan juga bolehmembantu kita mengenali batuan punca, kerana sesetangahfeldspar hanya boleh ditemui dalam batuan tertentu sahaja.

Feldspar alkali selalunya lebih biasa ditemui berbandingdengan plagioklas. Ini sisebabkan ketahanannya terhadapluluhawa adalah tinggi, dan juga kerana batuan punca sepertigranit dan gneis mempunyai kandungan K-feldspar yang lebih banyak berbanding dengan plagioklas

FELDSPAR

Page 12: Batuan Punca

Plagioklas

Kalsit

Plagioklas anortik tidak banyak terdapat dalam batuan puncajenis daratan berbanding dengan plagioklas jenis albit. Inidisebabkan batuan kebenuaan kebiasaannya dari jenis asiddan pertengahan.

Di lautan dan arka kepulauan, kebanyakkan batuan puncaadalah daripada jenis basid atau mafik yang kaya denganplagioklas jenis kalsit (anortik).

K-feldspar jenis sanidin berasosiasi dengan batuan metamorfsentuhan bersuhu tinggi, ataupun dengan batuan volkanik.

FELDSPAR

Page 13: Batuan Punca

Mikroklin boleh ditemui di dalambatuan metamorf dan igneus pluton, tapi tidak terdapat dalam batuanvolkanik.

Plagioklas yang berzon umumnyaberasal daripada punca batuanvolkanik, dan jarang ditemui dalambatuan igneus pluton dan batuanmetamorf.

Feldspar yang berasal daripadabatuan piroklastik berkecendunganmempunyai bentuk euhedral, selalunya pecah, manakala feldspar daripada punca igneus pluton pula berbentuk anhedral.

FELDSPAR

Butiran yang jelas menunjukkan sifat batuan asal dipanggilpecahan batuan. Pecahan batuan yang terdiri daripada satumineral/hablur sahaja, dan telah hilang sifat asal batuan asaltidak dikelaskan sebagai pecahan batuan.

Pecahan batuan merupakan salah satu komponen yang sangat penting dalam sedimen detrital kerana ia dapatmemberi maklumat batuan punca secara langsung.

PECAHAN BATUAN (rock fragments)

Page 14: Batuan Punca

Kewujudan pecahan batuan dalam batuan sedimenbergantung kepada beberapa faktor;

• nisbah antara saiz mineral dalam batuan asal berbandingdengan saiz butiran pecahan/partikel

• darjah saling mengunci (interlocking) di dalam batuan asal• kestabilan kimia pecahan batuan• jenis dan intensiti luluhawa dan proses angkutan yang

dialami• luluhawa selepas terendap

PECAHAN BATUAN (rock fragments)

Semasa mengalami proses luluhawa, kecenderungan yang akan berlaku ialah;

• saiz pecahan batuan akan mengecil• pecahan batuan yang mengandungi lebih daripada satu

hablur akan pecah dan menjadi pecahan satu mineral• feldspar dan lain-lain mineral yang kurang stabil akan

musnah/hilang menjadi saiz lumpur

Kecenderunang ini menyebabkan pecahan batuan yang mengandungi banyak hablur/mineral adalah kurang stabilberbanding dengan pecahan batuan satu hablur.

PECAHAN BATUAN (rock fragments)

Page 15: Batuan Punca

Tiga kumpulan pecahan batuan yang utama ialah;

• kumpulan argilit: termasuk syal, sabak, filit dan syis• kumpulan volkanik• kumpulan silika: termasuklah kuarza dan chert

Batuan punca yang berbutir halus seperti batu lodak, syal, pasir halus, syis dan rijang merupakan pecahan yang biasaditemui dalam batuan sedimen. Serpihan igneus yang berbutir halus juga boleh ditemui.

Serpihan batuan karbonat juga terdapat, tetapi jurang ditemuikerana ketahanan kimianya kurang. Kehadiran serpihanbatuan karbonat selalunya menunjukkan pemendapanberdekatan dengan kawasan batuan punca.

PECAHAN BATUAN (rock fragments)

PECAHAN BATUAN (rock fragments)

Page 16: Batuan Punca

PECAHAN BATUAN (rock fragments)

PECAHAN BATUAN (rock fragments)

Serpihan volkanik boleh berasal daripada batuan volkanikyang telah sedia ada sebelumnya, ataupun berasal daripadaaktiviti volkanik yang berlaku semasa pengendapan berlaku. Agak sukar untuk kita menentukan asalan pecahan batuanvolkanik yang tepat.

Page 17: Batuan Punca

PECAHAN BATUAN (rock fragments)

Serpihan/pecahan batuan boleh mengalami perubahan bentukoleh proses diagenesis. Pecahan batu lumpur mungkin sukardikenali bila ianya mengalami tekanan/himpitan, yang manaapabila terhimpit, ia akan memasuki celah-celah butirankerangka. Akhirnya pecahan ini kelihatan seperti matrik

Mineral mika jarang ditemui di dalam batuan sedimen.

MIKA

Page 18: Batuan Punca

Muskovit lebih tahan proses luluhawa berbanding denganbiotit, dan sebab itulah muskovit lebih kerang ditemui.

Punca mika boleh samada daripada batuan igneus pluton, daripada batuan metamorf seperti syis dan gneis, ataupundaripada batuan volkanik.

Secara umumnya, kehadiran mika yang banyakmencadangkan batuan punca jenis metamorf, dan puncanyatidaklah jauh

MIKA

Mineral yang mempunyak "specific gravities" lebih daripada2.9 dipanggil mineral berat.

Mineral berat sangat berguna untuk menentukan batuanpunca sebab ianya sangat tahan terhadap luluhawa kimiadan fizis, dan juga kerana mineral ini hanya wujud dalambatuan jenis tertentu sahaja.

Walau bagaimanapun, mineral berat sukar dikaji menerusiirisan nipis, disebabkan jumlahnya terlalu sedikit.

Bentuk yang sangat bulat selalunya menunjukkan mineral initelah mengalami hakisan berulang kali. Ini bermaknapuncanya ialah batuan sedimen yang telah mengalamiproses hakisan pengendapan berulangan kali

MINERAL BERAT

Page 19: Batuan Punca

Sekian …