diagenesis batuan klastik

13
STAG3012 Petrologi batuan endapan Kuliah 3 Diagenesis Batuan Klastik Sedimen yang baru terbentuk biasanya mempunyai susunan sedimen yang longgar, tiada simen yang mengikat butiran, porositi yang tinggi dan kandungan air liang yang tinggi. Adalah jelas bahawa suhu dalam bumi akan bertambah dengan bertambahnya kedalaman. Apabila proses pemendapan berterusan, sedimen tua akan tertimbus dan boleh mencapai puluhan km dalam. Semasa tertimbus, perubahan fizikal dan kimia berlaku kerana adanya perubahan suhu dan tekanan, yang mana akhirnya sedimen tadi akan menjadi batu. DIAGENESIS BATUAN KLASTIK

Upload: ngominh

Post on 29-Dec-2016

246 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Diagenesis Batuan Klastik

STAG3012 Petrologi batuan endapan

Kuliah 3

Diagenesis Batuan Klastik

Sedimen yang baru terbentuk biasanya mempunyai susunan sedimenyang longgar, tiada simen yang mengikat butiran, porositi yang tinggi dankandungan air liang yang tinggi.

Adalah jelas bahawa suhu dalam bumi akan bertambah denganbertambahnya kedalaman. Apabila proses pemendapan berterusan, sedimen tua akan tertimbus dan boleh mencapai puluhan km dalam.

Semasa tertimbus, perubahan fizikal dan kimia berlaku kerana adanyaperubahan suhu dan tekanan, yang mana akhirnya sedimen tadi akanmenjadi batu.

DIAGENESIS BATUAN KLASTIK

Page 2: Diagenesis Batuan Klastik
Page 3: Diagenesis Batuan Klastik
Page 4: Diagenesis Batuan Klastik

Jika suhu dan tekanan makin bertambah, proses diagenesisakan menghampiri metamoefisme.

Proses diagenesis berlaku pada suhu kurang daripada 300 darjah Celceus, dan tekanan kurang daripada 8kb. Jika suhudan tekanannya melebihi had ini, maka metamorfisme akanberlaku.

DIAGENESIS BATUAN KLASTIK

Segala proses yang merubah sedimen menjadi batu, yang berlakuselepas proses pemendapan dipanggil diagenesis.

Proses diagenesis ini termasuklah semua proses kimia dan fizikal yang bertindak ke atas sedimen selepas pemendapan, hinggalah ke gredrendah metamorfisma.

DIAGENESIS BATUAN KLASTIK

Semua proses ini berlakuuntuk mencapaikeseimbangan komposisikimia dan perubahan fizikalterhadap keadaan disekeliling.

Page 5: Diagenesis Batuan Klastik

Secara umumnya, proses diagenesis boleh dibahagikankepada tiga proses utama, iaitu;

Proses organik•Biokacau

Proses fizikal•Pemampatan

Proses kimia•penyimenan•autigenesis•penggantian•invension•penghabluran semula•pelarutan

PROSES DIAGENESIS UTAMA

AUTIGENESIS

Autigenesis ialah proses pembentukan mineral baru.

Mineral baru boleh terbentuk daripada perubahan mineral danmelalui penyusunan semula kimia, dan percampuran semulaelemen.

Di antara mineral baru yang boleh terbentuk ialah kuarza danfeldspar autigenik. Pirit terbentuk hasil daripada perubahanmineral yang kaya dengan besi. Mineral liat boleh berubahmenjadi muskovit, biotit, illit, klorit dan glaukonit.

Page 6: Diagenesis Batuan Klastik

PENGGANTIAN

Melibatkan peroses pelarutan yang perlahan sesuatu atausebahagian daripada mineral, dan pada masa yang sama, berlaku pemendapan mineral yang baru di kawasan yang sama.

Mineral, fosil, serpihan batuan, butiran karbonat bolehmengalami proses penggantian. Dua jenis mineral yang salingmengganti yang utama ialah kalsit dan chert.

INVENSION

Inversion juga proses penggantian, tetapi sesuatu mineral diganti oleh mineral amorfosnya sendiri.

Ini bermakna komposisi kimia tidak berubah, tetapi strukturhablur yang berubah.

Yang paling biasa ialah perubahan aragonit (CaCO3 -ortahedral) kepada kalsit bermagnesium rendah (CaCO3 -rombohedral).

Page 7: Diagenesis Batuan Klastik

PEMAMPATAN

Pemanpatan menyebabkan butiran sedimen akan tertekansemasa tertimbus.

Susunan butiran akan tersusun semula dengan lebihpadat. Jika banyak partikal yang lembut seperti syal, sedimen lebih mudah mengalami pemampatan.

PEMAMPATAN

Akibat daripadapemampatan, lapisanmenjadi lebih nipis, porositiberkurangan, terutama dalamsedimen lumpur terrigenus.

Pengurangan porositi dankehilangan air mencapai 60-80%. Air akan mengalir kekawasan yang berketelapantinggi seperti pasir, danakan memain peranapenting dalam pelarutandan pemendapan kimiadalam pasir.

Pembentukan batu arangadalah akibat prosesmampatan

Page 8: Diagenesis Batuan Klastik

PEMAMPATAN

Setelah tersusun semula, pemampatan yang terterusanmenyebabkan butiran bersentuhan satu sama lain.

Tempat sentuhan mengalami tekanan yang tinggi danperubahan fizikal berlaku, seperti proses larutan tekanan(pressure solution). Silika yang terlarut akan masuk dalamrongga antara butiran dan boleh membentuk simen

PEMAMPATAN

Page 9: Diagenesis Batuan Klastik

PELARUTAN

Butiran yang kurang stabil boleh dilarutkan dan akhirnyamembentuk rongga-rongga yang baru, dan menambahkanporositi.

Paling mudah berlaku pada batu karbonat. Semasa kalsitmenyimen butiran kuarza, ia boleh menghakis (corrodded) kuarza dan ini menyebabkan saiz butiran kuarza akanmengecil.

PENGHABLURAN SEMULA (recrystallization)

Penghabluran semula iala proses perubahan saiz dan/atauperubahan bentuk, tanpa adanya perubahan kimia ataumineralogi.

Biasanya saiz akan bertambah, tetapi pengecilan saiz bolehberlaku.

Penghabluran semula penting dalam batu kapur, yang manasaiz kalsit menjadi bertambah besar, tekstur serta strukturnyamungkin musnah.

Page 10: Diagenesis Batuan Klastik

PENYIMENAN

Penyimenan merupakan proses dimana mineral baru yang berasal daripada cairan rongga (pore fluids) akanterbentuk/termendap di permukaan butiran atau berlakunyapertumbesaran (overgrowths) mineral yang sedia ada.

Jenis simen yang utama ialah kuarza dan kalsit.

Page 11: Diagenesis Batuan Klastik

PENYIMENAN

PENYIMENAN

Simen akan mengikat butiran menyebabkan sedimen menjadibatu. Penyimenan biasanya berlaku diperingkat pertengahandiagenesis.

Jika berlaku diperingkat awal, ia boleh mengurangkan kesanpemampatan, yang mana simen yang keras boleh menahantekanan.

Simen kuarza berasal daripada air liang yang tepu dengansilika, iaitu hasil daripada pelarutan organisma bersilika, larutan tekanan kuarza, diagenesis kimia mineral liat dan lain-lain. Simen kalsit boleh terbentuk semasa sedimen terendap, iaitu di kawasan sekitaran karbonat.

Page 12: Diagenesis Batuan Klastik

PENYIMENAN

Page 13: Diagenesis Batuan Klastik

Sekian …