banding oum oub usm

17
BANDINGKAN CORAK PENDIDIKAN JARAK JAUH SEPERTI YANG DIURUSKAN DI OPEN UNIVERSITY, MALAYSIA DAN OPEN UNIVERSITY BANGLADESH. APAKAH PERKARA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SISTEM-SISTEM TERSEBUT DENGAN SISTEM PENDIDIKAN JARAK JAUH DI USM?

Upload: stephanny-sylvester

Post on 05-Aug-2015

48 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Banding Oum Oub Usm

BANDINGKAN CORAK PENDIDIKAN JARAK JAUH SEPERTI YANG

DIURUSKAN DI OPEN UNIVERSITY, MALAYSIA DAN OPEN

UNIVERSITY BANGLADESH. APAKAH PERKARA PERSAMAAN

DAN PERBEZAAN SISTEM-SISTEM TERSEBUT DENGAN SISTEM

PENDIDIKAN JARAK JAUH DI USM?

Page 2: Banding Oum Oub Usm

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN..........................................................................................1

1.1 Pernyataan Masalah................................................................................................1

1.2 Latarbelakang............................................................................................................1

1.3 Objektif dan Skop Perbincangan......................................................................1

2.0 APA ITU PENDIDIKAN JARAK JAUH?..........................................................1

2.1 Definisi...........................................................................................................................1

2.2 Corak Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Terbuka Malaysia.............1

2.3 Corak Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Terbuka Bangladesh.......1

2.4 Corak Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia...................1

3.0 PERBANDINGAN PENDIDIKAN JARAK JAUH DI OUM, OUB DAN USM.........1

3.1 Persamaan...................................................................................................................1

3.2 Perbezaan.....................................................................................................................1

4.0 KESIMPULAN............................................................................................1

BIBLIOGRAFI.....................................................................................................2

Page 3: Banding Oum Oub Usm

1.0 PENGENALAN

1.1 Pernyataan Masalah

Di dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (Malaysia, 2006), kerajaan

telah menetapkan salah satu daripada misi nasional adalah

untuk melahirkan masyarakat Malaysia dengan minda kelas

pertama. Persaingan sengit akibat arus globalisasi dan

liberalisasi kini memerlukan negara mengalih fokus daripada

kekayaan sumber semulajadi kepada sumber manusia yang

berpengetahuan. Di alaf baru ini, ekonomi berasaskan

pengetahuan membawa kepada keperluan melahirkan

gunatenaga yang berkemampuan bukan sahaja dalam

pengetahuan tetapi juga kemahiran dan sikap yang sempurna

dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (PIPP, 2006).

Demi mencapai misi nasional ini, kerajaan telah memberi

galakan kepada amalan pembelajaran sepanjang hayat dan

meluaskan lagi peluang pembelajaran kepada golongan dewasa

yang sedang bekerja. Pendidikan jarak jauh menjadi satu tren

semasa yang ditawarkan oleh pelbagai institusi pengajian tinggi

bagi memenuhi keperluan pasaran yang meningkat (Mlaaysia,

2006).

Keterbukaan peluang ini telah menghasilkan terdapatnya

pelbagai institusi pengajian tinggi sama ada swasta atau awam,

maupun dalam dan luar negara untuk dijadikan pilihan pusat

pembelajaran dalam kalangan pelajar dewasa. Setiap daripada

institusi pengajian tinggi ini pula menawarkan peluang-peluang

pembelajaran yang unik dan mengikut corak pendidikan yang

tertentu.

1

Page 4: Banding Oum Oub Usm

1.2 Latarbelakang

Di negara Malaysia, institusi pengajian tinggi swasta dan awam

menyediakan dua jenis pengajian iaitu pengajian secara

konvensyenal yang biasanya ditawarkan kepada pelajar lepasan

sekolah dan pengajian jarak jauh atau separuh masa bagi

memenuhi keperluan golongan dewasa dan yang sedang bekerja

untuk meningkatkan tahap akademik mereka.

Di luar negara, peluang pembelajaran juga semakin

terbuka dengan kemajuan teknologi komputer, multimedia dan

internet. Ini menyebabkan kebolehaksesan kepada program

pendidikan di luar nengara juga sudah menjadi sesuatu yang

nyata. Warga Malaysia juga boleh mengikuti program pendidikan

jauh daripada universiti-universiti antarabangsa tanpa perlu

meninggalkan negara.

Konsep universiti terbuka telah diperkenalkan untuk

menambah lebih banyak peluang pembelajaran dewasa. Di

Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia menawarkan pengajian

separuh masa dan pendidikan jarak jauh kepada golongan

dewasa dan sedang bekerja. Di negara-negara lain, tren yang

sama juga dapat dilihat seperti Universiti Terbuka Bangladesh.

Dalam masa yang sama, universiti-universiti awam yang

menawarkan program pendidikan konvensyenal juga

menyediakan program pendidikan jarak jauh. Universiti Sains

Malaysia dan lain-lain institusi pengajian tinggi awam di negara

ini juga memberikan tawaran pendidikan jarak jauh kepada

pelajar dewasa.

2

Page 5: Banding Oum Oub Usm

1.3 Objektif dan Skop Perbincangan

Perbincangan ini bertujuan untuk membandingkan corak

pendidikan jauh di beberapa pusat pengajian tinggi iaitu di

Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Terbuka Bangladesh dan

Universiti Sains Malaysia. Objektif perbincangan ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti persamaan dan perbezaan program

pendidikan jauh yang ditawarkan oleh universiti terbuka

dalam (OUM) dan luar negara (OUB); dan

2. Mengenalpasti persamaan dan perbezaan program

pendidikan jauh yang ditawarkan oleh universiti terbuka dan

universiti konvensyenal (USM)

2.0 APA ITU PENDIDIKAN JARAK JAUH?

2.1 Definisi

Pendidikan boleh diertikan sebagai “the knowledge of skill

obtained” (Microsoft Encarta, 1997). Dalam konteks pendidikan

negara kita, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi teras dan

tonggak kepada pembangunan sistem pendidikan negara iaitu:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan

3

Page 6: Banding Oum Oub Usm

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk

melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara”.

(Akta Pendidikan, 1996)

Pendidikan jarak jauh merupakan komponen penting dalam

sistem pendidikan di kebanyakan negara maju dan negara

sedang membangun. Ia telah menjadi strategi pendidikan ke

arah meningkatkan jumlah gunatenaga berkualiti dalam bidang

akademik, vokasional, teknikal dan profesional. Di Malaysia,

pendidikan jarak jauh telah lama wujud. Keperluan penerusan

dan pendidikan separuh masa dinyatakan dalam Kenyataan

Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Tinggi 1964, yang

menjadi titik tolak kepada pendidikan jarak jauh di Malaysia.

Pada tahun 1971, Malaysia menawarkan pendidikan jarak jauh

yang pertama di peringkat tertiari, yang mana telah dipelopori

oleh Universiti Sains Malaysia melalui kursus yang ditawarkan

oleh Sekolah Kemanusiaan dan Sains Sosial.

Pendefinisian istilah ‘pendidikan jarak jauh’ telah dilakukan

oleh ramai penulis. Namun, Keegan (1988) memberikan definisi

yang paling komprehensif. Beliau menggunakan istilah

‘pendidikan jarak jauh’ kerana ia melibatkan pengajaran dan

4

Page 7: Banding Oum Oub Usm

pembelajaran jarak jauh. Pembelajaran jarak jauh merupakan

pembelajaran yang berjauhan dengan pendidik – biasanya

dibantu oleh bahan pembelajaran yang sedia terekod. Pelajar

terpisah daripada pendidikan dari segi masa dan ruang tetapi

masih dipimpin oleh mereka (Rowntree, 1992).

Keegan (1988) menjelaskan beberapa elemen dalam

definisi pendidikan jarak jauh iaitu:

Pemisahan guru daripada pelajar yang membezakannya

daripada belajar sendiri

Pengaruh organisasi pendidikan yang membezakannya

daripada belajar sendiri

Penggunaan media teknikal, biasanya bercetak untuk

menyatukan guru dan pelajar di mana ini mengandungi

kandungan pendidikan

Penyediaan komunikasi dua hala supaya pelajar mendapat

faedah darinya atau memulakan dialog

Kemungkinan berlaku beberapa perjumpaan bagi tujuan

didaktik dan sosialisasi

Penglibatan dalam bentuk terindustri, bentuk pendidikan

yang mana, jika diterima, mengandungi genus pemisahan

radikal pendidikan jarak jauh daripada bentuk yang lain.

Ciri pembeza utama pendidikan jarak jauh adalah pelajar

terpisah secara fizikal daripada pendidikan dalam sebahagian

besar daripada proses pembelajaran. Pembelajaran jarak jauh

adalah berpusatkan pelajar di mana ia memerlukan pelajar

belajar mengikut tahapnya sendiri dan di tempatnya sendiri.

Pendidikan jarak jauh melibatkan komitmen kepada pelebaran

5

Page 8: Banding Oum Oub Usm

akses kepada pendidikan dan menggalakkan autonomi pelajar

(Holmberg, 1990). Menurut Holberg (1995), “pendidikan jarak

jauh sering dilihat sebagai satu inovasi yang memberikan pelajar

darjah kebebasan yang tinggi. Pelajar perlu bertanggungjawab

terhadap pembelajaran sendiri.

2.2 Corak Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Terbuka

Malaysia

Open University Malaysia (Universiti Terbuka Malaysia) atau lebih

dikenali OUM merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi

swasta yang telah ditubuhkan pada 10 Ogos 2000 di bawah Akta

IPTS 1996. OUM dimiliki oleh 11 institusi pendidikan tinggi awam

iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM), UniversitiPutra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara

(UiTM), Universiti TeknologiMalaysia (UTM), Universiti Sains

Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa(UIA), Universiti

Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI),Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS).

Kaedah pembelajaran OUM adalah unik dan fleksibel untuk

membolehkan pelajar dewasa yang bekerja dan bekeluarga

merancang pengajian mereka mengikut keperluan masing-

masing. Kaedah pembelajaran iaitu Pedagogi Teradun (Blended

Pedagogy) merupakan kaedah pengajaran yang digunakan.

Pedagogi teradun merupakan gabungan tutorial bersemuka,

pembelajaran kendiri dan penyertaan atas talian. Pelajar boleh

mengakses bahan-bahan pembelajaran di mana-mana sahaja

melalui talian Internet.

6

Page 9: Banding Oum Oub Usm

OUM juga memberi tawaran peluang pembelajaran kepada

calon-calon yang tidak memenuhi syarat kemasukan biasa

melalui saluran Kemasukan Terbuka (Open Entry). Ini bermakna

pelajar yang mempunyai sijil PMR atau setaraf dengannya,

berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada tahun permohonan

serta mempunyai pengalaman berkaitan diberi peluang

melanjutkan pengajian mereka. Ini selaras dengan hasrat OUM

mendemokrasikan pendidikan di samping menambah bilangan

modal insan untuk memenuhi keperluan negara.

OUM menggunakan dua kaedah pembelajaran iaitu

Pembelajaran Paduan (BL) dan Pembelajaran Atas Talian (Online

Learning atau OL). Pembelajaran Paduan adalah berdasarkan

kepada tiga komponen utama iaitu pembelajaran urus kendiri di

mana pelajar bebas untuk belajar mengikut jadual sendiri. Bahan

utama pembelajaran dibekalkan seperti modul bercetak, pita

video/audio dan CD-ROM apabila bersesuaian. BL juga bercirikan

pembelajaran atas talian yang dijalankan melalui portal

pembelajaran OUM dikenali sebagai myLMS.

Portal myLMS membolehkan pelajar mengakses maklumat

yang dimuat naik oleh Unit Kemasukan dan Rekod, Peperiksaan,

Pentadbir dan lain-lain melalui Pemakluman; mengakses dan

memuat turun bahan-bahan pembelajaran seperti soalan

tugasan, modul, i-Tutorial, soalan-soalan peperiksaan lepas dan

nota-nota dari tutor menerusi LCMS; berinteraksi dan

berkomunikasi dengan rakan-rakan dan tutor menerusi forum,

chat dan emel; berkingsi fail dengan rakan atau tutor melalui

Pengurusan Fail; dan mengakses glosari. Portal myLMS juga

menyediakan saluran perkhidmatan untuk beberapa

perkhidmatan seperti Sistem Maklumat Pelajar, Perpustakaan

7

Page 10: Banding Oum Oub Usm

Digital, E-mel, Bantuan Meja Atas Talian, UKR Atas Talian,

Peperiksaan Atas Talian dan Kajiselidik.

Selain pembelajaran atas talian, pertemuan bersemuka

berjadual (Face-to-face Learning) juga diadakan untuk

menemukan pelajar-pelajar dengan tutor. Dalam sesi ini, tutor

membincangkan kandungan kursus untuk topik-topik tertentu

dan memahami kehendak tugasan dan ujian yang diberikan. Sesi

perjumpaan lazimnya diadakan pada hujung minggu sebanyak 3

– 5 kali bagi setiap semester.

Kaedah OL juga menjadi salah satu kaedah pembelajaran

di OUM. Kaedah ini berbeza daripada BL kerana OL bergantung

sepenuhnya kepada pembelajaran atas talian. Pembelajaran OL

biasanya dipilih kerana kekangan dari segi kerja,ya, peribadi

atau masalah tertentu yang menyebabkan pelajar tidak dapat

mengikuti sesi tutorial berjadual.

2.3 Corak Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Terbuka

Bangladesh

Universiti Terbuka Bangladesh (OUB) merupakan sebuah

universiti kebangsaan yang beribupejabat di Board Bazar, Dhaka,

Bangladesh. OUB telah ditubuhkan pada 21 Oktober 1002

apabila Parlimen Bangladesh meluluskan Akta Universiti Terbuka

Bangladesh 1992 (Akta BOU, 1992).

OUB merupakan satu-satunya universiti awam di

Bangladesh yang menggunakan pendidikan jarak jauh sebagai

kaedah penyampaian. BOU diberi mandat untuk “menggalakkan

melalui multimedia; penerangan mengenai setiap standard dan

pengetahuan – samada am atau saintifik – melalui apa jua

8

Page 11: Banding Oum Oub Usm

bentuk teknologi komunikasi, meningkatkan taraf pendidikan

dan memberi peluang pembelajaran kepada masyarakat dengan

mendemokrasikan pendidikan dan menghasilkan kelas

masyarakata yang berketrampilan dengan meningkatkan taraf

pendidikan masyarakat ini secara am (Islam dan Md Sellim,

2006).

BOU menyediakan dua jenis program: formal dan formal.

Sebanyak 21 program akademik formal ditawarkan oleh BOU.

Program akademik forma ini menghasilkan penawaran kelayakan

akademik sehingga Sarjana. Program tidak formal pula

mengambilkira tahap literasi awam di Bangladesh yang rendah.

Program tidak formal memberi kesedaran dan menyebarkan

pengetahuan mengenai kesihatan, alam sekitat, pengurusan

bencana, sains am, pertanian, makanan, pemakanan dan

cabang-cabang perkembangan manusia yang lain (Islam et al,

2006).

Walaupun BOU menggunakan pendidikan jarak jauh, taraf

teknologi maklumat dan komunikasi yang masih rendah di

Bangladesh menyebabkan BOU masih menggunakan bahan

bercetak, televisyen, radio, kaset audio dan kadang-kadang

tuisyen bersemuka untuk mengajar pelajar (Islam et al, 2004).

Menurut Rumble (1995), OUB belum menggunakan media dan

teknologi komputer untuk mengajar kerana kos dan akses yang

tidak baik tetapi OUB telah mengambil sejumlah empat daripada

lima media dan menggunakan empat teknologi tersebut.

2.4 Corak Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia

9

Page 12: Banding Oum Oub Usm

Pendidikan Jarak Jauh di USM dikendalikan oleh Sekolah

Pendidikan Jarak Jauh (SDE) yang dahulunya dikenali sebagai

Pusat Pembelajaran Kampus Luar ditubuhkan pada 1971 bagi

memberi peluang kepada golongan dewasa sedang bekerja

untuk mendapatkan pendidikan tertiari. USM merupakan pelopor

dalam penyediaan pendidikan peringkat ijazah melalui

pendidikan jarak jauh.

Program pendidikan jarak jauh USM bergantung kepada

bahan bercetak sebagai media utama digunakan dalam

penyampaian kursus dan disokong oleh perjumpaan bersemuka

semasa kursus dalaman selama dua minggu. Mod penyampaian

berasaskan teknologi yang lain seperti persidangan video secara

terus, portal elektronik dan media streaming digunakan untuk

menokoktambah penyampaian kursus. Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dan kelas praktikal juga diadakan di 12 pusat

kawasan di seluruh negara.

Selain program siswazah, SDE juga menawarkan program

paska siswazah melalui penyelidikan iaitu Sarjana Sastera, Sains,

Sosial Sains, Sains (Alam Sekitar), Sains (Kesihatan dan

Keselamatan Pekerjaan) dan Falsafah Kedoktoran. Program-

program ini ditawarkan secara sepenuh atau separuh masa di

mana pelajar perlu menjalankan projek penyelidikan (Laman

Web http://pppjj.usm.my/).

    

10

Page 13: Banding Oum Oub Usm

3.0 PERBANDINGAN PENDIDIKAN JARAK JAUH DI OUM, OUB DAN

USM

3.1 Persamaan

3.2 Perbezaan

4.0 KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

Microsoft® Encarta® 97 Encyclopedia. © 1993-1996 Microsoft Corporation.All rights reserved

Islam, M. T., Selim, A. S. & Rahman, M. M. (2004) Current status and prospects for elearningin the promotion of distance education in Bangladesh, Proceedings for IITC2004, Colombo, (Submitted).Kabir, S. 1995. Academic plans of Open University. The Guardian, Dhaka.Rumble, G. (1995) Media use at Open University, The Guardian, Dhaka, Bangladesh

1. Heidelberg Bangladesh Law Translation Project: Bangladesh Open University Act, 1992 (URL last accessed

on April 30, 2007)

2. ̂  Clause 5, Bangladesh Open University Act, 1992

3. ̂  The Turkish Online Journal of Distance Education: Current Status and Prospects for E-learning in the

Promotion of Distance Education in Bangladesh, Tofazzal Islam & Abu Sadeque Md. Selim, Vol. 7 Issue 1,

2006 (URL last accessed on May 1, 2007)

4. ̂  BOU Website: Profile of BOU (URL last accessed on May 1, 2007)

Turkish Online Journal of Distance Education-TOJDE April 2006 ISSN 1302-6488 Volume: 7 Number: 2 Article: 12

QUALITY AND PROCESSES OF BANGLADESH OPEN UNIVERSITYCOURSE MATERIALS DEVELOPMENT

11

Page 14: Banding Oum Oub Usm

Md. Tofazzal ISLAMSchool of Agriculture and Rural DevelopmentBangladesh Open UniversityGazipur-1705, BANGLADESHMd. Morshedur RAHMANSchool of Agriculture and Rural DevelopmentBangladesh Open UniversityGazipur-1705, BANGLADESHK. M. Rezanur RAHMAN

12