band 6 sejarah.docx

14
BAND 6 SEJARAH WAN NUR ATHIRAH BT WAN MOHD ZAKIRUDIN 1 UTARID 1. Nyatakan 2 isu Negara selain daripada peristiwa Lahad Datu PERISTIWA BUKIT KEPONG Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di tebing sungai Muar, Johor yang mempunyai lebih kurang 20 buah kedai kebanyakannya kepunyaan orang Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitaran 3 ke 6 kilometer melalui jalan darat. Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kedudukannya yang terpencil ini, menyebabkan Bukit Kepong terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana, berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3 orang pengganas komunis yang bersenjata.

Upload: enno-norhayati-ali

Post on 18-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

BAND 6 SEJARAHWAN NUR ATHIRAH BT WAN MOHD ZAKIRUDIN1 UTARID

1. Nyatakan 2 isu Negara selain daripada peristiwa Lahad Datu

PERISTIWA BUKIT KEPONGBukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di tebing sungai Muar, Johor yang mempunyai lebih kurang 20 buah kedai kebanyakannya kepunyaan orang Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitaran 3 ke 6 kilometer melalui jalan darat. Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kedudukannya yang terpencil ini, menyebabkan Bukit Kepong terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana, berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3 orang pengganas komunis yang bersenjata.

Dengan hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas, mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang ketiga melarikan diri. Dalam pertempuran yang lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang telah diberi penghargaan `Colonial Police Medals' ke atas keperwiraan mereka.

Pasukan Polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong. Tiga orang daripada mereka sedang bertugas seperti biasa semasa Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan pengganas komunis (180 orang) lebih kurang jam 5.00 pagi, 23 Februari 1950. Pertahanan balai polis dan berek kelamin serta merta didirikan untuk menghadapi serangan hebat daripada pengganas komunis yang menggunakan senjata-senjata automatik yang mengepung balai polis. Tembak-menembak berlaku dengan sengitnya, dan pihak pengganas komunis mengarahkan supaya anggota polis menyerah diri tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Pertempuran berterusan dan beberapa orang anggota di balai polis terbunuh, sementara di berek kelamin pula anggota-anggota polis yang tidak bertugas terus bertempur sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota marin polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Memandangkan kekuatan pertahanan balai polis, komunis mula menggunakan taktik kotor. Mereka menangkap salah seorang isteri anggota polis dan mengacukan pistol kepadanya serta memaksanya menyuruh anggota-anggota yang bertahan di balai polis supaya menyerah diri. Anggota polis menyahut seruan itu dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan menyerah diri dan akan terus berjuang. Seorang lagi isteri anggota polis dan anak perempuannya dipaksa keluar dan menyerah diri tetapi mereka enggan dan mereka sanggup mati. Akhirnya kedua mereka dibunuh. Pengganas komunis membakar berek kelamin, dua orang wanita dan kanak-kanak hangus dalam peringkat akhir pentempuran yang memakan masa 3 jam itu. Hanya tiga anggota polis termasuk seorang pengawal kampong yang masih hidup. Mereka terpaksa berlari keluar kerana mereka tidak dapat menahan kepanasan akibat daripada bangunan balai polis yang terbakar. Mereka merempuh kedudukan pengganas menyebabkan tiga orang komunis terbunuh. Hanya seorang sahaja berjaya menyeberangi sungai dengan rifle masih di tangannya.

Kesemua 21 orang anggota polis dan polis bantuan telah menghidupkan tradisi cemerlang pasukan polis dan keperwiraan mereka dengan menjadi contoh dan inspirasi kepada anggota lain pada masa hadapan. Dalam mempertahankan balai polis, 17 orang anggota telah terkorban.

Apabila bunyi pertempuran didengari oleh beberapa kampung dipersekitaran, pengawal kampung telahpun bersedia dan 7 orang daripada mereka bersama penghulu Ali bergegas ke Bukit Kepong. Lebih kurang kilometer daripada Bukit Kepong mereka diserangoleh sekumpulan pengganas komunis dan terjadilah pertempuran di situ.Mereka berjaya menentang kumpulan pengganas komunis tersebut. Pertempuran sengit seterusnya berlaku apabila kumpulan pengganas komunis yang berundur mendapat bantuan dari rakan-rakan mereka.

Perlawanan yang tidak setanding di antara pengganas yang menggunakan senjata automatik dengan pengawal kampung yang bersenjatakan rifle, senapang patah dan parang menyebabkan beberapa orang pengawal kampung terkorban dan tercedera.

Keadaan ini memaksa Penghulu Ali mengerahkan anak buah yang cedera berundur, sementara yang lainnya bertahan di sekitar pekan Bukit Kepong. Setelah bertahan selama 2 jam, pengganas komunis pun berundur setelah membakar pejabat penghulu dan merompak kedai-kedai.

Semasa pengawal kampung ini bertempur untuk membebaskan balai polis, sekumpulan pengawal kampung dari kampung Durian Chondong dengan menggunakan sampan menuju ke Bukit Kepong untuk memberi bantuan. Dalam perjalanan mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Mereka yang hanya seramai tujuh orang tidak mampu melawan. Separuh daripada anggota kumpulan ini bergerak menuju ke Lenga. Mereka sampai di sana pada jam 10.00 pagi, dan di sinilah berita pertama diterima mengenai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Apabila pengawal kampung berjaya memasuki pekan Bukit Kepong, mereka hanya dapat melihat kesan kemusnahan dan mayat-mayat yang terbujur. Buat sementara waktu penghulu mengambil alih pentadbiran sehingga pasukan polis daripada Muar sampai pada hari itu dan mendirikan balai polis baru. Mereka juga mewujudkan perhubungan semboyan di sebuah kedai kosong. Tindakan segera ini mendapat bantuan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu tetapi di hati kecil mereka masih menyimpan tanda tanya sama ada kerajaan akan mendirikan sebuah balai polis yang baru atau tidak. Segala teka teki itu terjawab apabila Menteri Besar Johor Dato' Onn bin Jaafar yang diiringi oleh penasihat British dan Ketua Polis Johor tiba keesokan harinya. Beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan mendirikan sebuah balai yang moden.

Pertempuran di Bukit Kepong merupakan suatu kekalahan dari segi fisikal tetapi memberi suatu kemenangan dari segi mental dan semangat perjuangan. Pasukan yang kecil bilangannya bersemangat dan kecekalan dalam mempertahankan maruah mereka dari tipu daya pengganas komunis supaya menyerah diri walaupun terpaksa berhadapan dengan musuh yang 10 kali ganda kekuatan daripada mereka. Pihak pengganas komunis juga mengalami kecederaan yang banyak. Ini ialah kemenangan bukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, sahabat handai tetapi kepada negara dan bangsa. Anggota-anggota polis boleh menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka dengan menyerah diri tetapi mereka sedar bahawa mereka berjuang kerana perkara yang lebih penting dari nyawa mereka. Mereka berjuang untuk menyelamatkan tanah air mereka dari dijajah oleh pengganas Komunis. Semoga Allah akan mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh mereka.

PERISTIWA 13 MEI

Peristiwa 13 Meipada tahun1969ialahrusuhankaumyang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan diMalaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.Latar belakang

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan denganBahasa Kebangsaan(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orangMelayusebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.Parti Perikatanyang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalamDewan Rakyat(Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.Parti Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan),Parti Tindakan Demokratik(DAP) danParti Progresif Rakyat(PPP) menang 25 buah kerusi dalamDewan RakyatmanakalaPASmenang 12 kerusi.Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitarKuala Lumpur.Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee Khoondari parti Gerakan telah menang besar di kawasanBatu,Selangor. Beliau minta kebenaranpolisuntuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor.Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju keKampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang.Di sini letaknya rumahMenteri Besar Selangorketika itu,Dato Harun Idris.Dikatakan kaumCinayang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (menyingkir) orang-orang Melayu kelaut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludahdari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.Perarakan kematian CinaAkibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.DiJinjang,Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.Pada hari Selasa 13 Mei,Yeoh Tech Chyeselaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasanBukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.Rumah Menteri Besar SelangorUMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru,Kuala Lumpur. Dato Harun Idris selaku Menteri BesarSelangorketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyaratlampu hijaudari Dato Harun Idris untuk mengamuk.[petikandiperlukan]Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu diSetapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui JalanKampung Barutelah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dariPKMdan kongsi-kongsi gelaptelah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi,tombakdanlembingberparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dariRejimen Renjerlebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitarKuala Lumpur.Rejimen RenjerPasukanFRUdi keluarkan dari Kampung Baru dan askar dariRejimen Renjerambil alih.Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orangMelayu,Iban,Cina,India,Sikh,Gurkhadan lain-lain turut menembak orang-orangMelayudan ini menyebabkan kemarahan orangMelayusemakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukanRejimen Renjerdikatakan berbangsaCina.Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askarRejimen Renjer.Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.Askar MelayuAkhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan denganAskar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih olehAskar Melayu. Malangnya beberapa askarAskar Melayuturut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalamlombongbijih timah. Konon ada rakamantelevisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orangAskar Melayuyang tinggal diSungai Ramal,Kajang.Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .Abdul Rafai Aliasbersama rakan-rakannya dariSemenyihyang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.Khabar angin mengatakanTentera SabildariSungai Manikhendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga denganTentera Selempang MerahdariMuardanBatu Pahattersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang danCheras.Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkanair jampidantangkal penebat, iaituilmu kebaldengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.Namun rusuhan kaum tidak terjadi diKelantan,TerengganudanPahang.DiPerak,Kedah,Pulau PinangsertaPerlistidak ada sebarang pergaduhan. NegeriJohordanNegeri Sembilanjuga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan diMelaka. DiBetongada tembakan dilepaskan oleh PKM.Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan politik dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripadaUniversiti California, Berkeleymenganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.[1]

Di mana Tunku

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dariAlor Starmeraikan kemenangan beliau di sana.6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman.Daruratdiisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermainmahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam16 Mei1969 di seluruh negara danMagerandibentuk di bawah pentadbiranTun Abdul Razak.Parlimen dibubarkan.Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku Dilema Melayu (Malay Dilemma) olehTun Dr Mahathirtelah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan sepertiMajlis Perundingan Negara,Dasar Ekonomi BarudanRukun Negaratelah diciptakan.Ternyata langkah Tunku Abdul Rahmanpenyingkiran Singapuradari Malaysia tidak menyelesaikan masalahperkauman.Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.Tahun 1969pilihan rayadiadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah.Barisan Nasionaldibentuk.Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalamDewan Undangan Negeri Selangor. Beberapaahli politikyang dianggap berbahaya telah ditahan melaluiAkta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).Persempadanan pilihan rayayang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistemdemokrasi, pilihan raya danagihan kek ekonomi(hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

Soalan 2

Pada pandangan kamu,apakah kesan kepada Negara sekiranya isu keselamatan ini dibiarkan pada negara kita.

Ke tidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum kemiskinan kaum bumiputera perpecahan antara kaum negara

Soalan 3

Nyatakan tiga usaha yang boleh dilakukan oleh generasi muda dalam mengekalkan Negara.

USAHA YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GENERASI MUDA UNTUK MENGEKALKAN NEGARAUsaha-usaha untuk mengekalkan keamanan negara.Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku disini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana amansentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yangmemberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburuakan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu.

Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuanketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatanketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil. Jelaslah, negaramenjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan berteknologi tinggi.

Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiranterutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkanuntuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara ASEAN tidak mahu menganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak berlaku perselisihanfaham yang boleh membawa permusuhan yang mengoyahkan keamanan pula. Jadi,kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahapkeamanan yang tinggi.

Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yangdilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hamper tamat.Pilihanraya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional danmengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaanini menjadikan keyakinan rakyat terhadap system pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkanmenjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini.

Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yangsudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkansebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang keranatidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum disini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secera berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan.

Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yangmelanda negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik oleh pihak polis yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat negaraini bertambah baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama memberikan satusuasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa Malaysia sebuahnegara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis menjalankan kewajipanmereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus wujud.

Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selama-lamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan jugakerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargaiaspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa jika tidak dipecahkan ruyungmanakan dapat sagunya kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripadasemua pihak.