bahasa dan literasi awal kanak-kanakstudent.umcced.edu.my/download/notes/ubsc1103... · 10.3.5 buku...

119
BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK i Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) ISI KANDUNGAN RANCANGAN KERJA Halaman Hasil Pembelajaran Kursus viii Sinopsis Kandungan Kursus viii Kaedah Penyampaian viii Kaedah Penilaian viii Jadual Pengajaran ix Rujukan x BAB 1: PENGUASAAN BAHASA AWAL KANAK-KANAK 1.1 Definisi Bahasa 1 1.1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa? 1 1.1.2 Beza antara bahasa dengan pertuturan 1 1.1.3 Bahasa sebagai alat komunikasi 2 1.1.4 Bahasa sebagai satu peraturan yang dipersetujui bersama 2 1.1.5 Hubungan bahasa dengan pemikiran manusia yang menggunakannya 3 1.2 Penguasaan Bahasa Awal Kanak-kanak 4 1.2.1 Bagaimana bahasa dikuasai oleh manusia? 4 1.2.2 Bunyi bahasa yang awal 5 1.3 Tahap Perkembangan Bahasa Kanak-kanak 5 1.4 Pendedahan Berbahasa 7 1.4.1 Waktu Kritikal 7 1.4.2 Peranan Ibu Bapa 7 1.4.3 Faktor Persekitaran 8 1.5 Soalan 8 BAB 2: TEORI PENGUASAAN DAN TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA AWAL KANAK-KANAK 2.1 Teori Penguasaan Bahasa 9 2.1.1 Teori Nativis 9

Upload: phunglien

Post on 31-Jan-2018

370 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

i

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

ISI KANDUNGAN

RANCANGAN KERJA Halaman

Hasil Pembelajaran Kursus viii

Sinopsis Kandungan Kursus viii

Kaedah Penyampaian viii

Kaedah Penilaian viii

Jadual Pengajaran ix

Rujukan x

BAB 1: PENGUASAAN BAHASA AWAL KANAK-KANAK

1.1 Definisi Bahasa 1

1.1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa? 1

1.1.2 Beza antara bahasa dengan pertuturan 1

1.1.3 Bahasa sebagai alat komunikasi 2

1.1.4 Bahasa sebagai satu peraturan yang dipersetujui bersama 2

1.1.5 Hubungan bahasa dengan pemikiran manusia

yang menggunakannya 3

1.2 Penguasaan Bahasa Awal Kanak-kanak 4

1.2.1 Bagaimana bahasa dikuasai oleh manusia? 4

1.2.2 Bunyi bahasa yang awal 5

1.3 Tahap Perkembangan Bahasa Kanak-kanak 5

1.4 Pendedahan Berbahasa 7

1.4.1 Waktu Kritikal 7

1.4.2 Peranan Ibu Bapa 7

1.4.3 Faktor Persekitaran 8

1.5 Soalan 8

BAB 2: TEORI PENGUASAAN DAN TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA

AWAL KANAK-KANAK

2.1 Teori Penguasaan Bahasa 9

2.1.1 Teori Nativis 9

Page 2: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

ii

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

2.1.2 Teori Perkembangan Kognitif 11

2.1.3 Konsep ”Sokongan” Vygotsky 11

2.1.4 Proses Penguasaan Bahasa Halliday 12

2.2 Bagaimana Manusia Menguasai Bahasa? 12

2.3 Perbezaan antara Tahap Perkembangan Bahasa dengan Tahap

Perkembangan Fizikal Awal Kanak-kanak 13

2.3.1 Tahap Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 13

2.3.2 Perbandingan Peringkat Perkembangan Bahasa dengan Peringkat

Perkembangan Gerak Fizikal 14

2.4 Kemahiran Literasi Pada Peringkat Awal Kanak-kanak 15

2.4.1 Kemahiran Literasi 15

2.4.2 Penampilan Literasi 16

2.4.3 Peningkatan Kemahiran Literasi 16

2.5 Soalan 17

BAB 3: PENERAPAN KEMAHIRAN LITERASI PADA USIA AWAL

KANAK-KANAK

3.1 Definisi Literasi 18

3.2 Kemahiran Literasi 20

3.3 Pengajaran Kemahiran Literasi Pada Peringkat Awal Kanak-kanak 23

3.4 Garis Panduan Pengajaran Literasi di Institusi Pendidikan Awal

Kanak-kanak 24

3.5 Soalan 24

BAB 4: PERANCANGAN PENDIDIKAN BAHASA DAN LITERASI

PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

4.1 Kemahiran Pendengaran, Pertuturan, Membaca, Menulis, dan Berfikir 25

4.1.1 Mendengar 25

4.1.2 Bertutur 26

4.1.3 Membaca 26

4.1.4 Menulis 26

4.1.5 Berfikir 27

4.2 Penguasaan Kemahiran Literasi 27

Page 3: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

iii

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

4.3 Menguasai Kemahiran Literasi Secara Naluri 28

4.4 Pendidikan Awal Adalah Amat Penting 29

4.5 Tahap Perkembangan Otak 30

4.6 Merangka Bimbingan Literasi Pada Usia Awal 31

4.7 Soalan 32

BAB 5: PENGAJARAN BERKOMUNIKASI BERKESAN PADA

PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

5.1 Kepentingan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 33

5.1.1 Kemahiran mendengar dan hubungannya dengan kemahiran

membaca dan menulis 34

5.2 Melatih Kanak-kanak Menurut Arahan 36

5.3 Melatih Kanak-kanak Petah Bertutur 37

5.3.1 Bertutur dengan Sopan 38

5.4 Soalan 39

BAB 6: PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA PERINGKAT AWAL

KANAK-KANAK

6.1 Pengajaran Kemahiran Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-kanak 40

6.1.1 Permulaan Membaca 41

6.1.2 Literasi Terbitan 42

6.2 Pendekatan Pengajaran Membaca 43

6.2.1 Pendekatan Fonik 43

6.2.2 Pendekatan Keseluruhan Kata 44

6.2.3 Pendekatan Holistik 44

6.3 Jenis-jenis Program Membaca 46

6.3.1 Program Membaca Pertumbuhan 46

6.3.2 Progam Pembetulan Membaca 47

6.3.3 Progam Pemulihan Membaca 47

6.3.4 Program Membaca Klinikal 48

6.4 Soalan 48

Page 4: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

iv

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 7: PENGAJARAN PENULISAN PADA PERINGKAT AWAL

KANAK-KANAK

7.1 Kemahiran Menulis 49

7.2 Apa yang Kanak-kanak Faham tentang Bahan Bertulis? 51

7.2.1 Kegunaan Bahan Penulisan 52

7.2.2 Tahap Kebolehan Menulis 54

7.3 Aktiviti Penulisan Pada Usia Awal 55

7.3.1 Merancang Pengajaran Penulisan Pada Tahap Awal Kanak-kanak 55

7.3.2 Aktiviti Penulisan Pada Usia 3 – 5 Tahun 56

7.3.3 Aktiviti Penulisan bagi Kanak-kanak Prasekolah 57

7.4 Soalan 57

BAB 8: PENDEKATAN HOLISTIK DALAM PENGAJARAN LITERASI

AWAL KANAK-KANAK

8.1 Pendekatan Holistik 58

8.2 Pengajaran Secara Holistik, Berfungsi dan Bermakna 60

8.3 Pentingnya Motivasi Dalam Pembelajaran Literasi 63

8.3.1 Bilik Darjah Holistik 65

8.4 Garis Panduan Pengajaran Literasi Awal Kanak-kanak 67

8.4.1 Membaca, menulis, bertutur, mendengar, dan berfikir

berkembang selaras dengan perkembangan literasi 67

8.4.2 Individu belajar membaca dan menulis dengan bertindak

balas terhadap pembacaan dan penulisannya sendiri 67

8.4.3 Pengetahuan latar dan latar belakang ialah ciri-ciri utama dalam

menentukan kemampuan seseorang memperoleh makna 68

8.4.4 Pemahaman ialah satu proses pembinaan makna dengan

menghubungkan idea daripada teks dengan pengetahuan

latar dan latar belakang pembaca 68

8.5 Soalan 69

Page 5: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

v

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 9: PENGAJARAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK BERASASKAN

BAHAN KESUSASTERAAN

9.1 Mengapa Perlu Menggunakan Bahan Kesusasteraan dalam Pengajaran

Literasi Awal Kanak-Kanak? 70

9.2 Pemilihan Bahan Kesusasteraan bagi Awal Kanak-kanak 71

9.2.1 Bahan yang sesuai dengan perkembangan usia kanak-kanak 71

9.2.2 Bahan yang menarik minat pelajar 72

9.3 Panduan Memilih Bahan Kesusasteraan Untuk Kanak-kanak 72

9.3.1 Adakah bahan dipilih berdasarkan tahap perkembangan

kanak-kanak? 72

9.3.2 Adakah cerita mengandungi unsur-unsur kesan rasa dan

daya tarikan yang istimewa? 73

9.3.3 Adakah idea dalam bahan tersebut bernilai untuk dibaca? 73

9.3.4 Adakah bentuk dan struktur cerita bersesuaian? 73

9.3.5 Adakah bahasa bahan tersebut berkesan? 73

9.3.6 Adakah ceritanya asli? 74

9.3.7 Adakah ilustrasi dapat membantu kanak-kanak memahami bahan? 74

9.3.8 Adakah format buku bersesuaian? 74

9.4 Teknik Pengajaran Literasi Awal Kanak-kanak Menggunakan

Bahan Kesusasteraan 75

9.5 Ciri-ciri Program Literasi Awal Kanak-kanak Berasaskan

Bahan Kesusasteraan 76

9.6 Memperkenalkan Bahan Kesusasteraan 77

9.7 Bahan Kesusasteraan Kanak-kanak 78

9.8 Soalan 79

BAB 10: BUKU KANAK-KANAK

10.1 Definisi Buku Kanak-kanak 80

10.2 Tujuan Menghasilkan Buku Kanak-kanak 81

10.3 Jenis Buku Kanak-kanak 82

10.3.1 Buku Bayi 82

10.3.2 Buku Awal Kanak-kanak (toddler) 82

10.3.3 Buku Gambar 83

Page 6: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

vi

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

10.3.4 Buku Huruf 84

10.3.5 Buku Nombor 84

10.3.6 Buku Konsep 85

10.3.7 Buku Prosa/Cerita 85

10.4 Soalan 86

BAB 11: PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN LITERASI AWAL

KANAK-KANAK

11. 1 Apakah Maksud Penilaian dalam Pendidikan Literasi Awal Kanak-kanak 87

11.2 Penilaian Autentik Terhadap Keupayaan Literasi 88

11.3 Kaedah Pemerhatian dalam Penilaian Literasi Pada Peringkat Awal 89

11.4 Merancang untuk Melakukan Pemerhatian 90

11.4.1 Rancang untuk proses pemerhatian 91

11.4.2 Laksanakan pemerhatian 92

11.4.3 Interpretasi dapatan hasil pemerhatian 92

11.4.4 Melaporkan dapatan penilaian 92

11.5 Soalan 93

BAB 12: SIMULASI PELAJARAN LITERASI

12.1 Rancangan Pelajaran Harian 94

12.2 Kandungan Pelajaran Literasi Peringkat Awal 99

12.2.1 Persediaan awal 99

12.2.2 Kandungan RPH 99

12.3 Pelaksanaan Pengajaran Literasi 100

12.4 Soalan 101

BAB 13: SIMULASI PENGAJARAN LITERASI

13.1 Bahan Bantuan Pengajaran dan Pembelajaran 102

13.2 Penilaian dalam Simulasi Pengajaran 103

13.3 Refleksi Diri 104

13.4 Soalan 105

Page 7: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

vii

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 14: PENERAPAN DALAM TEORI DAN AMALAN DALAM PENDIDIKAN

LITERASI AWAL KANAK-KANAK

14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106

14.2 Sukatan Pelajaran Literasi Prasekolah 107

14.3 Penerapan Nilai dalam Pengajaran Literasi 109

14.4 Soalan 110

Page 8: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

viii

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

RANCANGAN KERJA

Program : Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kod Kursus : UBSC 1103

Tajuk Kursus : Bahasa dan Literasi Awal Kanak-kanak

Jam Kredit : 4

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Pada akhir kursus, pelajar akan dapat:

1. Membincangkan asas perkembangan bahasa dan literasi pada peringkat awal kanak-

kanak

2. Merancang untuk melaksanakan program pendidik bahasa dan literasi pada peringkat

perkembangan awal kanak-kanak

3. Menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian bagi digunakan dalam kelas pendidikan

bahasa dan literasi pada peringkat awal kanak-kanak

SINOPSIS KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini memperkenalkan pendidikan awal kanak-kanak dengan pelbagai teori yang

berkaitan perkembangan dan penguasaan kemahiran bahasa dan literasi pada peringkat awal

kanak-kanak. Pelajar akan didedahkan dengan perkembangan penguasaan kemahiran

mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir pada peringkat awal kanak-kanak

sehinggalah mereka berada pada tahap prasekolah. Pelajar akan berpeluang membuat

perancangan bagi pengajaran bahasa dan literasi yang berkesan pada tahap awal kanak-kanak.

Mereka juga akan membina bahan-bahan bacaan dan alat bantu mengajar bagi kelas bahasa

dan literasi prasekolah.

KAEDAH PENYAMPAIAN

Kuliah, perbincangan berkumpulan dan pembentangan.

KAEDAH PENILAIAN

Penilaian Berterusan 50%

Peperiksaan Akhir 50%

Jumlah 100%

Page 9: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

ix

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

RUJUKAN

1. Mahzan Arshad (2012) Pendidikan literasi awal kanak-kanak: Teori dan amali, Tanjong

Malim: Pejabat Karang Mengarang, UPSI.

2. Roberts, Geoffrey, R. (1999) Learning to teach reading. London: Paul Chapman

Publishing Ltd.

3. Salinger, Terry, S. (1996) Literacy for young children. Eaglewood Cliffs, NJ: Prentice-

Hall.

Page 10: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

1

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 1

PENGUASAAN BAHASA AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Menerangkan definisi bahasa dan kegunaan bahasa kepada manusia

2. Membincangkan proses penguasaan bahasa awal kanak-kanak

3. Membincangkan keperluan terhadap kebiasaan berbahasa yang baik bagi

peringkat awal kanak-kanak

1.1 Definisi Bahasa

Bahasa ialah satu sistem perhubungan suara antara manusia yang dikuasai secara semula

jadi bagi mereka yang berkeadaan normal.

1.1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa?

Bahasa ialah satu sistem komunikasi yang terdiri daripada bunyi, perkataan, dan

tatabahasa, atau sistem komunikasi yang digunakan oleh orang di sesebuah negara

atau profesion.

Bahasa hanya dapat dikuasai oleh manusia menerusi alat pertuturan.

Kanak-kanak normal dapat menghasilkan bunyi-bunyi bahasa seawal usia tiga bulan.

Penguasaan bahasa awal kanak-kanak ini akan berlaku secara berperingkat-peringkat

Peringkat awal kanak-kanak akan menguasai bunyi-bunyi bahasa asas.

Peringkat selanjutnya kanak-kanak akan menguasai hukum atau tatabahasa bahasa

ibunda mereka secara alamiah.

1.1.2 Beza antara bahasa dengan pertuturan

Terdapat perbezaan antara bahasa dan pertuturan atau bunyi-bunyi bahasa. Seseorang

manusia akan menguasai bahasa, sama ada bahasa pertuturan atau bahasa penulisan.

Page 11: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

2

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Terdapat juga manusia istimewa yang menggunakan isyarat sebagai satu sistem

perhubungan berlandaskan asas bahasa pertuturan.

Ada juga haiwan pula boleh menghasilkan bunyi-bunyi bahasa, tetapi haiwan tidak

dapat menggunakan bahasa sebagai satu sistem komunikasi dengan jenis haiwan yang

sama atau dengan manusia.

Bahasa hanya dapat dikuasai dan digunakan oleh manusia dengan berkesan.

1.1.3 Bahasa sebagai alat komunikasi

Bagi manusia normal bahasa merupakan satu cara utama untuk berkomunikasi,

menggunakan bunyi-bunyi bahasa lisan atau penulisan.

Bahasa mempunyai semantik, iaitu makna dalam pertuturan. Setiap lafaz perkataan

atau ayat mempunyai maksud yang khusus.

Bahasa ialah simbol yang menggantikan sesuatu objek, peristiwa, dan idea yang

abstrak. Bahasa dibentuk menerusi perkataan, frasa, klausa dan ayat.

Bahasa manusia melampaui sistem komunikasi yang amat luas berbanding dengan

cara haiwan berkomunikasi.

Bahasa manusia boleh diperluas penggunaannya. Satu perkataan boleh diperluaskan

maksudnya apabila digabungkan dengan perkataan lain. Ayat dalam sesuatu bahasa

pula boleh diperkembang menjadi satu wacana atau bidang dalam kehidupan manusia.

Cara manusia berkomunikasi menerusi bahasa juga beragam sifatnya, terutama dalam

zaman yang moden ini. Manusia dapat berkomunikasi dalam jarak yang jauh

menggunakan teknologi berlandaskan sistem bahasa pertuturan biasa.

1.1.4 Bahasa sebagai satu peraturan yang dipersetujui bersama

Pengguna bahasa perlu patuh kepada peraturan sesuatu bahasa bagi menjadikannya

berfungsi dan bermakna. Terdapat penggunaan bunyi, perkataan dan ayat yang

diterima bersama oleh sesuatu kumpulan pengguna bahasa bagi memudahkan mereka

berkomunikasi dengan berkesan.

Page 12: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

3

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Peraturan fonologi – mengenal pasti bunyi yang tertentu yang secara linguistiknya

mempunyai makna dan peraturan bagaimana bunyi tersebut boleh dicantumkan bagi

menjadikannya perkataan.

Peraturan sintaksis – peraturan yang digunakan bagi menjadikan perkataan tersebut

dicantum menjadi satu ayat yang bermakna.

Kedua-dua peraturan ini menentukan struktur permukaan sesuatu bahasa yang

menjadi asas kepada bahasa pertuturan.

Bahasa juga mempunyai peraturan sosiologinya, atau dikenali sebagai sosiolinguistik.

Pengguna bahasa perlu mempunyai kemahiran sosiolinguistik bagi menjadikan

komunikasi mereka berkesan.

1.1.5 Hubungan bahasa dengan pemikiran manusia yang menggunakannya

Bahasa tidak sahaja terbentuk secara struktur permukaan semata-mata, iaitu bahasa

mempunyai pelbagai maksud yang melampau maksud perkataan atau frasa yang

digunakan.

Sesuatu perkataan, frasa, atau ayat yang digunakan mungkin mengandungi maksud

yang berbeza-beza dan bergantung kepada situasi penggunaannya.

Bahasa juga perlu disertai dengan pemikiran manusia yang menuturkannya. Hal yang

demikian ini bermaksud manusia menggunakan bahasa yang berkesan dalam keadaan

yang sedar.

Bahasa mempunyai struktur luaran dan struktur dalamannya iaitu sesuatu ayat

mempunyai susunan perkataan atau frasa yang tertentu.

Namun demikian maksud sesuatu ayat bergantung kepada pemikiran manusia yang

mengucapkannya. Pemahaman pendengar juga berlandaskan situasi atau pemikiran

pendengarnya.

Bahasa berkait dengan sosiologi penggunanya iaitu bahasa digunakan dalam pelbagai

sistem kehidupan manusia.

Sekumpulan manusia mungkin mnggunakan variasi bahasa yang berbeza dengan

kumpulan manusia yang lain kerana jenis pekerjaan atau profesion yang mereka

lakukan.

Page 13: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

4

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Sesuatu bahasa utama manusia mempunyai pelbagai ragamnya, seperti dialek dan

loghat tempatan.

Aktiviti 1: Sumbang saran – Apakah pendapat anda tentang perbezaan antara manusia

dengan haiwan?

1.2 Penguasaan Bahasa Awal Kanak-kanak

Bahasa dikuasai oleh kanak-kanak secara normal, iaitu kanak-kanak tidak perlu diajar

untuk menguasai bahasa ibundanya. Penguasaan bahasa ini terjadi secara semula jadi

apabila kanak-kanak tersebut dilahirkan dan membesar dengan sendirinya. Namun

demikian kanak-kanak perlulah didedahkan dengan aktiviti berbahasa bagi memperoleh

sesuatu bahasa secara semula jadi ini. Hal yang demikian ini bermaksud kanak-kanak

yang tidak pernah didedahkan dengan aktiviti berbahasa tidak akan dapat menguasai

bahasa tersebut.

1.2.1 Bagaimana bahasa dikuasai oleh manusia?

Manusia berupaya mengasilkan pelbagai bunyi bahasa kerana mereka mempunyai

kerongkong dan peti suara. Sistem pernafasan manusia juga membolehkan mereka

mengeluarkan suara sambil menarik dan menghembuskan nafas. Di samping itu

kerongkong manusia bersifat anjal dan boleh disesuaikan dengan pelbagai situasi.

Otak manusia juga membolehkan mereka berkata-kata dan memproses kata-kata

dalam bentuk yang tersusun. Otak kiri manusia boleh menganalisis pertuturan dan

fonetik. Hal yang demikian ini penting bagi menguasai bunyi suara. Sementara itu

otak kanan berupaya menganalisis intonasi pertuturan dan keupayaan ini

membolehkan kita menguasai tatabahasa yang juga membolehkan kita membezakan

antara satu pertuturan dengan satu pertuturan yang lain.

Seperti juga aktiviti badan manusia yang lain, mereka berupaya memberikan respons

terhadap sesuatu ransangan bahasa secara spontan. Misalnya sekiranya kita ditanya

soalan, kita akan menjawabnya. Kebolehan ini memberikan peluang kepada manusia

untuk berinteraksi dalam bahasa yang aktif.

Page 14: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

5

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

1.2.2 Bunyi bahasa yang awal

Bunyi yang paling awal manusia berinteraksi dengan manusia yang lain ialah

menerusi tangisan.

Tangisan ialah satu cara yang awal menunjukkan bahawa kanak-kanak cuba

berkomunikasi dengan ibu bapa/penjaga. Terdapat tiga jenis tangisan bayi:

Tangisan lapar – tangisan yang berlaku secara konsisten apabila seseorang bayi atau

kanak-kanak memerlukan susu atau mkaanan. Tagisan akan berhenti apabila bayi

disuapkan dengan minuman atau makanan yang biasa baginya..

Tangisan sakit – tangisan yang berlaku secara lantang dan berterusan walaupun dibelai

atau dipujuk. Bayi akan berjaga kerana penderitaan oleh kerana kesakitan yang

dialaminya. Tangisan akan hanya berhenti sekiranya bayi diberikan ubat dan tertidur

semula.

Tangisan tidak selesa – tangisan ketika bayi dalam keadaan basah, kotor, cuaca terlalu

panas atau sejuk, bunyi bising atau tidak ada sesiapa di sekitarnya. Tangisan ini

mudah dihentikan apabila lampin aau pakaian ditukarkan, dibersihkan, atau dialih ke

tempat yang lebih selesa.

Aktiviti 2: Cuba layari Internet dan cari maklumat berdasarkan kata kunci “human

language”. Bincangkan dapat kajian anda di kelas pada minggu hadapan.

1.3 Tahap Perkembangan Bahasa Kanak-kanak

Kanak-kanak mulai menguasai bahasa pada tahap awal dalam kehidupan mereka.

Bayi yang normal akan dapat memberikan reaksi terhadap bahasa ibu bapa atau orang

yang terdekat seawal dua bulan.

Hal yang demikian ini berlaku kerana bayi secara nalurinya dapat membezakan suara

orang yang rapat dengannya pada usia yang awal ini.

Bayi tidak akan memberikan respons yang positif sekiranya dirangsang oleh suara

yang tidak biasa dengannnya.

Jadual 1 yang berikut ialah tahap perkembangan bahasa kanak-kanak berdasarkan

usia (bulan):

Page 15: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

6

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Jadual 1: Tahap Perkembangan Bahasa Awal Kanak-kanak

UMUR (Bulan) PENGUASAAN BAHASA

Lahir Menangis

1 ½ Senyum/Mengagah

3 Dekutan (bunyi vokal yang berterusan)

5 “Ah-guu” (peralihan dekutan dan bebelan)

5 Membuih (bayi meletakkan lidahnya antara bibir dan

menghasilkan bunyi dan buih)

6 ½ Membebel (pengulangan bunyi konsonan)

8 Dada/Mama (belum jelas)

10 Dada/Mama (jelas)

11 Satu perkataan – mulai mempelajari perkataan

pertama yang bermakna seperti nama orang yang terdekat.

Mula mengenal bunyi yang digunakan bagi menunjukkan

sesuatu yang bermakna. Contoh, “bye-bye, ta-ta” apabila

melambaikan seseorang.

12 Dapat mengenal pasti intonasi. Dapat mengeluarkan suara

yang menunjukkan kegembiraan, kekecewaan, kepuasan

atau perasaan

24 Ayat pertama. Pengucapan pendek dan perbendaharaan

kata terhad

24- 60 Lebih dua tahun ke atas telah mula berkomunikasi dengan

orang dewasa dengan berkesan

60 ke atas Pada usia ini mereka mula belajar menguasai tatabahasa

secara konkrit menerusi pertuturan orang yang rapat dengannya.

Tahap penguasaan bahasa kanak-kanak ini adalah anggaran berdasarkan kanak-kanak

normal yang dikaji.

Kemungkinan kanak-kanak yang lebih cepat atau lebih lambat dari anggaran tempoh

dalam jadual ini mungkin berlaku.

Page 16: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

7

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Pendedahan bahasa yang kaya amat penting pada setiap tahap usia kanak-kanak ini

bagi membantu penguasaan bahasa yang kukuh.

Kanak-kanak yang tidak memperolehi pendedahan yang cukup boleh terencat

penguasaan bahasanya kerana pada prinsipnya kanak-kanak akan hanya dapat

menguasai bahasa menerusi pendengaran dan pencerapan penggunaan bahasa orang

yang dewasa daripadanya.

1.4 Pendedahan Berbahasa

Kanak-kanak perlu mendapat pendedahan bahasa yang pelbagai dan tekal sifatnya pada

peringkat awal lagi agar mereka mempunyai keupayaan bahasa yang mantap dan jelas.

Pendedahan awal ini penting khususnya apabila sampai ke tahap usia yang kritikal.

1.4.1 Waktu Kritikal

Terdapat dua waktu yang kritikal dalam kehidupan kanak-kanak berhubung

perkembangan bahasa mereka iaitu:

Dari usia dilahirkan hinggalah ke usia tiga tahun. Pada waktu ini kanak-kanak

secara tidak sedar menyerap bahasa daripada persekitarannya. Kanak-kanak yang

mempunyai kecacatan atau mengalami penyakit yang mengakibatkan kerosakan

otak ketika ini, kemungkinan dapat dipulihkan seperti sediakala adalah amat

sedikit.

Dari usia tiga tahun hingga lapan tahun kanak-kanak akan terlibat secara langsung

dalam menggunakan bahasa. Ketika ini amat penting kerana kanak-kanak

mempelajari bahasa pertama mereka dalam usia ini. Kemungkinan kanak-kanak

dapat mempelajari bahasa kedua di bawah usia ini juga amat tinggi kerana bahasa

dapat dikuasai dengan lebih mudah dalam usia sebelum belasan tahun.

1.4.2 Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa atau penjaga perlulah memberikan bimbingan yang bersesuaian kepada

kanak-kanak pada usia awal ini agar mereka dapat menguasai bahasa yang

mantap.

Terdapat pelbagai program bahasa yang baik untuk diamalkan di rumah.

Page 17: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

8

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Namun program bagi penguasaan bahasa dan amalan berbahasa yang paling baik

bagi memberikan pendedahan yang kaya kepada kanak-kanak pada peringkat

awal adalah membacakan buku kepada kanak-kanak.

Hal ini demikian kerana bahasa buku ialah bahasa yang baku dan lengkap.

Pengalaman bahasa menerusi bahan bercetak adalah kaya dan pelbagai dan

kadang kala tidak terdapat dalam situasi persekitaran kanak-kanak tersebut.

Oleh yang demikian buku atau bahan bacaan yang sesuai haruslah diberikan

kepada kanak-kanak pada peringkat awal ini bagi meningkatkan keupayaan

berbahasa mereka.

1.4.3 Faktor Persekitaran

Faktor-faktor persekitaran yang membantu penguasaan bahasa:

Faktor biologikal membolehkan kanak-kanak berbahasa, tetapi faktor persekitaran

penting bagi membolehkan kanak-kanak menguasai sintaks, tatabahasa, dan

perbendaharaan kata. Kanak-kanak yang diberikan persekitaran bahasa yang kaya

akan menjadi lebih petah bercakap dan cepat menguasai kemahiran membaca dan

menulis.

Ibu bapa, kaum keluarga, dan masyarakat sekitar merupakan sumber kepada

penguasaan bahasa kanak-kanak. Ibu bapa dan penjaga menjadi model kepada

kanak-kanak untuk menguasai kemahiran berbahasa.

Hubungan dan komunikasi antara kanak-kanak dengan orang dewasa mempunyai

pengaruh yang amat besar dalam membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.

Interaksi yang kerap dengan kanak-kanak boleh membantu mereka menguasai

kemahiran untuk memberikan respons bahasa yang lebih mantap dan yakin.

1. 5 Soalan

1. Bagaimanakah manusia dapat berbahasa?

2. Bagaimanakah caranya memperkayakan keupayaan berbahasa kanak-kanak?

3. Dapatkah kanak-kanak mempelajari bahasa kedua pada usia yang awal?

Page 18: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

9

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 2

TEORI PENGUASAAN DAN TAHAP

PERKEMBANGAN BAHASA AWAL KANAK-

KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab, ini pelajar akan dapat:

1. Menghuraikan dua teori utama dalam perkembangan bahasa awal kanak-kanak

iaitu teori Nativis dan teori Kognitif

2. Membezakan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak dengan tahap

perkembangan fizikal

3. Menghuraikan konsep literasi dan menjelaskan tentang penguasaan literasi pada

peringkat awal kanak-kanak

2.1 Teori Penguasaan Bahasa

Pelbagai teori perkembangan bahasa telah dibincangkan oleh pakar dalam bidang

pendidikan awal kanak-kanak. Anatarnya ialah teori yang berasal daripada golongan

Nativis dan teori yang diperkenalkan oleh golongan ahli sains kognitif

2.1.1 Teori Nativis

Golongan Nativis percaya bahawa kanak-kanak menguasai bahasa secara semula

jadi tanpa perlu dilatih atau dipaksa. Hal yang demikian ini bermaksud kanak-

kanak akan menguasai bahasa seperti mereka menguasai kemahiran merangkak,

kemudian bertatih dan akhirnya berjalan. Bahasa dikuasai kerana bahasa

memberikan makna dan kemudahan berinteraksi dalam kehidupan kanak-kanak

tersebut, seperti berjalan memberikan mereka kemudahan untuk mereka bergerak

ke merata tempat. Mereka tidak perlu diajar untuk menggunakan bahasa dalam

situasi yang formal.

Page 19: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

10

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Ahli teori Nativis juga menegaskan bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses

sosial yang dilakukan oleh manusia. Manusia berinteraksi antara satu sama lain

bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan. Dalam keadaan normal,

seseorang kanak-kanak akan dapat menguasai tatabahasa asas bahasa ibundanya

sebelum mencapai ulang tahun kelahirannya yang ketiga. Ketika dalam usia

kanak-kanak tersebut memasuki kelas Tadika dan Tahap Satu persekolahan,

mereka telah mempunyai asas bahasa yang kukuh.

Menurut ahli teori Nativis ini lagi penguasaan bahasa ialah satu proses berterusan

dan tidak ada batasannya. Setiap waktu manusia akan terus mempelajari aspek

bahasa yang baru menerusi interaksi dan pengalaman yang mereka lalui.

Teori ini banyak dipersoalkan kerana terdapat beberapa kes kanak-kanak yang

tidak menguasai bahasa kerana mereka tidak terdedah dengan bahasa yang

digunakan oleh manusia. Antaranya ialah seorang kanak-kanak yang bernama

Gene yang ditemui di sebuah hutan berhampiran Paris pada tahun 1911. Gene

ditemui dalam kalangan sekumpulan serigala dan dia dipelihara oleh kumpulan

serigala tersebut. Gene tidak dapat berkelakuan seperti manusia, termasuklah dia

tidak dapat bertutur seperti manusia biasa. Malah Gene hanya dapat menyalak

seperti serigala apabila mula-mula ditemui. Namun demikian apabila diajar Gene

dapat bertutur seperti manusia biasa.

Feneomena yang seterusnya ialah manusia yang dilahirkan pekak dan tuli tidak

dapat menguasi bahasa secara semula jadi kerana mereka tidak mempunyai

keupayaan berbuat demikian. Oleh yang demikian, mereka perlu belajar bahasa

isyarat bagi membolehkan mereka menguasai bahasa perhubungan yang lebih

luas sifatnya dan penggunaannya.

Secara semula jadi manusia memang mempunyai kemampuan untuk menguasai

bahasa kerana terdapatnya sejenis alat yang terdapat dalam tubuh mereka. Alat ini

dikenali sebagai Alat Penguasaan Bahasa (APB) (Vygotsky, 1975). Alat ini

membolehkan seseorang manusia menguasai dan menggunakan bahasa secara

semula jadi. Alat ini menjadikan manusia berupaya memahami cara yang

berkesan bagi menguasai bahasa pertuturan dan isyarat. Dengan adanya alat ini

Page 20: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

11

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

juga membolehkan manusia menyeragamkan penggunaan bahasa mereka bagi

pelbagai tujuan dan fungsi.

Ahli teori Nativis memang banyak mempengaruhi ahli teori bahasa yang lain

dalam menjelaskan fenomena penguasaan bahasa manusia dan asas teori ini

banyak digunakan dalam disiplin pendidikan bahasa.

2.1.2 Teori Perkembangan Kognitif

Ahli sains kognitif yang telah berkembang pada awal abad ke-20 telah banyak

mempengaruhi disiplin ilmu yang dikaji dan dipelajari dalam pelbagai institusi

pendidikan. Pengaruh sains kognitif juga telah memberikan impak yang besar

terhadap pengetahuan kita tentang perkembangan bahasa awal kanak-kanak.

Bagi mereka yang mendokong pandangan dari sudut perkembangan kognitif ini

berpendapat bahawa kanak-kanak menguasai bahasa berperingkat-peringkat dan

setiap peringkat harus dilalui dan dikuasai sepenuhnya sebelum mereka dapat

meningkatkan kemahiran pada peringkat yang seterusnya. Manusia tidak

menguasai bahasa secara semula jadi tetapi mereka mempelajarinya secara

berperingkat-peringkat ini.

2.1.3 Konsep ”Sokongan” Vygotsky

Kanak-kanak mempelajari bahasa secara meniru atau mengulangi apa yang

didengar atau dialaminya sepanjang hayatnya. Konsep “sokongan” yang

disarankan oleh Vygotsky ialah satu konsep yang menegaskan bahawa kanak-

kanak perlu menerima sokongan daripada orang dewasa bagi menguasai

kemahiran asas berbahasa. Apabila mereka telah mempunyai asas bahasa yang

kukuh ini, maka sokongan tersebut akan secara beransur-ansur akan dilepaskan.

Tokoh bahasa yang berasal dari Russia ini percaya bahawa kanak-kanak akan

dapat memikul beban menguasai kemahiran berbahasa dengan bantuan orang

dewasa. Oleh yang demikian, kanak-kanak perlu mendapat pendedahan yang kaya

dengan aktiviti berbahasa bagi menguasai sesuatu bahasa dengan baik. Dalam kes

Gene di atas, kanak-kanak tersebut tidak dapat berbahasa seperti manusia kerana

dia tidak didedahkan dengan bahasa manusia ketika dibesarkan. Walaupun dia

Page 21: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

12

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

mempunyai keupayaan berbahasa seperti manusia yang lain, namun tidak adanya

pendedahan maka keupayaan tersebut tidak dapat digunakan oleh Gene untuk

berhubung dengan manusia lain menerusi bahasa pertuturan.

2.1.4 Proses Penguasaan Bahasa Halliday

Halliday, seorang ahli linguistik Inggeris berpendapat penguasaan bahasa ialah

satu proses aktif yang berlaku apabila kanak-kanak cuba menggunakan bahasa

yang betul menerusi kemampuannya membuat penelahan.

Dalam proses ini mereka akan melakukan pelbagai kesilapan dan membuat

pembetulan terhadap kesilapan tersebut secara berperingkat-peringkat. Daripada

mempelajari menerusi kesilapan inilah mereka dapat menguasai bentuk bahasa

yang betul.

Konsep ini menegaskan bagaimana seseorang kanak-kanak dapat meningkatkan

penguasaan bahasa mereka menerusi pembelajaran, bukan menerusi proses

semula jadi semata-mata. Konsep ini juga menegaskan bagi memperkayakan

keupayaan bahasa kanak-kanak, mereka perlu mendapat banyak pendedahan dan

latihan yang berterusan dan bermakna.

2.2 Bagaimana Manusia Menguasai Bahasa?

Menerusi teori penguasaan bahasa di atas kita dapat memahami bagaimana bahasa

dikuasai. Secara ringkasnya kita simpulkan bahawa bahasa dikuasai dengan cara

yang berikut:

o Apabila bahasa mengandungi makna, iaitu manusia berinteraksi antara

satu sama dengan yang lain kerana tujuan tertentu.

o Menerusi interaksi dengan rakan sebaya atau orang dewasa iaitu semakin

banyak berlaku interaksi, semakin banyak pengalaman bahasa yang

dilaluinya, dan semakin luaslah pengetahuan bahasa seseorang kanak-

kanak tersebut.

o Dengan melakukan telahan iaitu memperluaskan penggunaan bahasanya

berdasarkan apa yang diketahui atau dialaminya. Kanak-kanak akan

mencuba memperluas perbendaharaan kata berdasarkan perbendaharaan

Page 22: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

13

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

kata yang telah dikuasainya atau mencipta ayat berlandaskan ayat yang

pernah digunakannya.

o Pada kadar yang berbeza dan menerusi peringkat-peringkat tertentu

walaupun mereka akan menerusi peringkat penguasaan yang sama. Setiap

individu mempunyai keupayaan menguasai bahasa yang berbeza dan

berencam.

Aktiviti 1: Secara berkumpulan, bandingkan teori perkembangan bahasa berdasarkan

Golongan Nativis dengan Golongan Perkembangan Kognitif. Bentangkan hasil

perbincangan anda di kelas.

2.3 Perbezaan antara Tahap Perkembangan Bahasa dengan Tahap

Perkembangan Fizikal Awal Kanak-Kanak

Terdapat perkaitan antara keupayaan fizikal dengan keupayaan bahasa kanak-kanak. Hal

ini berlaku kerana keupayaan berbahasa bahasa adalah sebahagian daripada kehidupan

seseorang manusia yang normal.

2.3.1 Tahap Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Kanak-kanak dibesarkan dalam persekitaran budaya dan sosial yang pelbagai,

namun mereka tetap melalui tahap pembelajaran yang serupa dalam belajar

bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Seseorang kanak-kanak mungkin akan mencapai sesuatu tahap pada usia yang

lebih cepat daripada seseorang kanak-kanak yang lain, tetapi kedua-duanya akan

sampai juga ke tahap tersebut.

Seseorang kanak-kanak lain pula akan dapat menyampaikan sesuatu dengan lebih

berkesan daripada kanak-kanak lain, namun kanak-kanak yang biasa akan dapat

mempelajari bentuk asas bahasa mereka sebelum mencapai harijadinya yang

kelima.

Noam Chomsky, seorang ahli bahasa dan linguistik di Amerika Syarikat

mengatakan bahawa manusia mempunyai satu Makanisme Penguasaan

Tatabahasa (MPT) bahasa ibundanya.

Page 23: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

14

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

2.3.2 Perbandingan Peringkat Perkembangan Bahasa dengan Peringkat

Perkembangan Gerak Fizikal

Kanak-kanak yang normal dapat menguasai sesuatu kemahiran dalam kehidupan

tanpa perlu diajar secara formal.

Perkembangan fizikal sebagai contohnya tidak memerlukan kelas atau panduan

formal bagi dikauasai.

Jadual 2.1 yang berikut menunjukkan perbandingan antara perkembangan bahasa

dan perkembangan fizikal seseorang kanak-kanak normal.

Jadual 2.1: Perbandingan antara Tahap Perkembangan Fizikal dengan Bahasa

Umur

Tahun;

Bulan

Perkembangan Gerak

Fizikal

Perkembangan Bahasa

0 ; 3 Dapat mengangkat kepala Mulai membebel (mengagah)

0 ; 6 Dapat duduk dengan bantuan Pembebelan dan pengagahan semakin

rancak

0 ; 9 Dapat duduk tanpa bantuan. Mulai

merangkak. Mencuba berdiri dengan

memegang dan menarik diri tetapi

terus jatuh.

Membebel atau mengagah dengan

intonasi yang menyerupai bahasa

1 ; 0 Mulai berjalan apabila tangannya

dipegang. Dapat berdiri.

Holofrasa (ucapan satu kata) mulai

muncul

1 ; 3 Berjalan terhuyung-hayang.

Merangkak naik tangga.

Pemanjangan kata berlebihan.

Penyempitan kata

1 ; 6 Dapat berjalan dengan baik.

Merangkak dan menuruni tangga

dengan mengundur.

Pengucapan dua holofrasa berurutan

dengan cepat

1 ; 9 Berjalan cepat dan mencuba berlari Mulai mengucapkan ayat dua kata

2 ; 0 Dapat berjalan dengan baik. Naik Mulai mengucapkan ayat tiga kata

Page 24: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

15

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

atau turun tangga dengan satu kaki ke

depan pada satu waktu.

2 ; 6 Mulai naik basikal roda tiga dengan

menolak kedua kakinya ke tanah

Mulai mengucapkan ayat empat kata.

Sistem vokalnya sudah lengkap

3 ; 0 Dapat menaiki basikal roda tiga.

Naik dengan kaki kiri dan kanan

berganti-ganti

Dapat memakai kata ganti nama diri

dan kata nama

3 ; 6 Mulai belajar melompat Sistem konsonan telah dikuasai kecuali

bunyi gesekan dan gugus konsonan

4 ; 0 Dapat menuruni tangga dengan

kedua kaki berganti-ganti

Penguasaan sintaksis sudah cukup baik

tetapi masih terhad

5 ; 0 Naik dan turun tangga dengan

berlari. Dapat melompat dengan baik

Mulai mengucapkan bunyi gesekan dan

gugus konsosnan dengan tepat

Aktiviti 2: Dalam kumpulan, bincangkan perbezaan antara perkembangan fizikal dengan

perkembangan bahasa berdasarkan pengalaman anda sebagai ibu/bapa atau pengasuh di

taska/tadika.

2.4 Kemahiran Literasi Pada Peringkat Awal Kanak-kanak

Kemahiran berbahasa ialah kemahiran mendengar dan bertutur. Namun pada zaman ini

kemahiran bahasa tidak memadai bagi seseorang manusia menjalani kehidupan yang

normal dan berfungsi dalam masyarakatnya dengan berkesan. Oleh yang demikian, dalam

kursus ini kita didedahkan dengan satu konsep bahasa yang lebih luas iaitu kemahiran

literasi.

2.4.1 Kemahiran Literasi

Literasi ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, dan berfikir.

Kemahiran tersebut berbeza dengan kemahiran berbahasa kerana dicampurkan

dengan tiga lagi unsur utama manusia moden berhubung antara satu sama lain

iaitu kemahiran membaca, menulis, dan berfikir secara kritis dan kreatif.

Page 25: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

16

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kemahiran literasi amat penting dalam kehidupan zaman moden ini. Tanpa

kemahiran literasi seseorang akan menghadapi pelbagai kesukaran untuk

menjalani kehidupan harian di sesebuah negara yang moden.

Peningkatan kemahiran literasi pada peringkat awal kanak-kanak adalah perlu

bagi memperkukuh penguasaan bahasa bagi persiapan mereka menghadapi alam

persekolahan dan pendidikan lanjutan apabila mereka mulai dewasa kelak.

Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan menghadapi banyak

masalah pada masa hadapan mereka kelak.

2.4.2 Penampilan Literasi

Dicetuskan daripada pelbagai kajian yang dijalankan oleh M.M.Clay (1967),

seorang tokoh bahasa dari New Zealand.

Kajian yang beliau jalankan menekankan aspek penguasaan bahasa dan tabiat

membaca pada peringkat awal kanak-kanak hinggalah ke alam remaja.

Penampilan literasi bermaksud kanak-kanak membina kemahiran membaca dan

menulis pada satu titik permulaan yang kritikal. Kedua-dua kemahiran tersebut

terbina secara serentak dan saling bergantung antara satu sama yang lain tanpa

turutan yang tertentu.

Hal ini bermaksud literasi tampil secara berterusan dan terbina secara bersepadu

di antara kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, dan berfikir.

2.4.3 Peningkatan Kemahiran Literasi

Kemahiran literasi dapat ditingkatkan dengan mendedahkan pelbagai aktiviti

literasi bagi kanak-kanak pada tahap awal ini.

Kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran mendengar yang berkesan. Kemahiran

mendengar ini boleh ditingkatkan dengan pelbagai latihan mendengar dan

mengikut arahan daripada bahan yang didengar.

Kemahiran bertutur juga boleh ditingkatkan dengan menjalankan pelbagai aktiviti

yang memberi peluang kepada kanak-kanak memperkayakan gaya pertuturan

mereka.

Page 26: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

17

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kemahiran membaca pula dapat diterapkan dalam kalangan kanak-kanak pada

peringkat awal ini agar mereka mempunyai pengalaman bergiat dalam aktiviti

membaca pada tahap awal usia mereka.

Kemahiran menulis juga merupakan satu kemahiran yang dapat dikuasai kanak-

kanak secara terancang. Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan yang awal bagi

membiasakan diri mereka menulis dengan melibatkan diri dengan aktiviti menulis.

Kemahiran berfikir perlu digabungkan dengan keempat-empat kemahiran di atas

agar kanak-kanak dapat dilatih menggunakan daya pemikiran pada tahap kritis

dan kreatif yang tinggi dalam usia yang awal lagi.

Kesemua kemahiran literasi tersebut perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara

bersepadu.

Bab seterusnya akan membincangkan tentang perkembangan kemahiran literasi

ini dengan lebih jelas.

2.5 Soalan

1. Bagaimanakah kanak-kanak dapat menguasai bahasa? Apa yang berlaku kepada

kanak-kanak yang masih tidak dapat menguasai bahasa pada tahap usia yang

sepatutnya dinaytakan dalam bab ini?

2. Apakah perbezaan antara ahli teori nativis dengan ahli teori kognitif tentang

konsep penguasaan bahasa awal kanak-kanak?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan penampilan literasi dan bagaimanakah

penampilan kemahiran ini ditunjukkan oleh kanak-kanak pada peringkat awal?

Page 27: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

18

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 3

PENERAPAN KEMAHIRAN LITERASI PADA

USIA AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Menghuraikan definisi literasi secara khusus dalam pendidikan bahasa awal

kanak-kanak

2. Menjelaskan lima kemahiran literasi yang penting dikuasai oleh kanak-kanak

3. Merancang program penguasaan kemahiran literasi pada peringkat awal

kanak-kanak

3.1 Definisi Literasi

Pada suatu masa dahulu, kemahiran literasi juga dikenali sebagai kemahiran untuk

mengenal atau celik huruf. Kemahiran begini bermaksud kemampuan minimal

untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Pada waktu itu seseorang

yang dapat membaca dan menulis yang minima seperti dapat membaca arahan

yang mudah di jalan raya atau di tempat awam atau bahan bacaan bersiri tertentu

dianggap sebagai seorang yang telah celik huruf. Secara umumnya dapat

diandaikan seseorang yang dapat mengenal pasti huruf atau abjad dalam sesuatu

sistem penulisan seperti tulisan rumi atau tulisan jawi dianggap sudah mencapai

tahap celik huruf yang memadai.

Namun pada masa ini, konsep celik huruf menjadi semakin sempit dengan

pendefinisian membaca yang lebih luas maksudnya. Konsep literasi bahasa akan

menjadi lebih meluas daripada istilah kenal huruf yang kita ketahui selama ini

apabila perbincangan menyentuh aspek pemahaman bacaan dan penulisan yang

berkesan, serta menggunakan daya pemikiran sepenuhnya dalam pembacaan.

Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu

(UNESCO) mendefinasikan seseorang yang mempunyai keupayan literasi ialah

Page 28: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

19

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

seseorang yang dapat membaca dan menulis suatu kenyataan yang pendek dan

mudah dalam kehidupan hariannya. Definisi ini juga menghadkan keupayaan

membaca dan menulis kepada keupayaan untuk mengeja dan menulis sesuatu

perkataan atau frasa secara makenis. Contohnya seseorang dianggap telah

menguasai kemahiran literasi sekiranya dia dapat membaca dan menulis namanya

sendiri.

Namun apa yang berlaku dalam perkembangan masa ini ialah keupayaan

seseorang membaca dan memahami sesuatu bahan yang dibaca menjadi kayu

ukur sama ada dia telah menguasai sesuatu bidang kehidupan. Sebagai contoh

bahan bacaan yang ditulis tentang bidang perubatan hanya akan dapat dibaca dan

difahami oleh seseorang yang dilatih dalam bidang tersebut. Walau pun pembaca

yang lain dapat membaca perkataan demi perkataan, atau ayat demi ayat, namun

pemahaman tidak akan berlaku kerana pembaca lain ini tidak dapat

menterjemahkan bahan yang dibaca kepada fungsi yang khusus dalam bidang

perubatan tersebut.

Satu tahap kemahiran literasi yang tertentu diperlukan bagi menjadikan

kemahiran membaca dan menulis dalam bidang tersebut bermakna dan dapat

dimanfaatkan sepenuhnya.

Aktiviti 1

Baca petikan di bawah:

Pandangan Pengajaran Bacaan Peringkat Awal Kanak-Kanak

Pengajaran membaca ialah pengajaran mengenal pasti abjad yang dibentuk

dengan pelbagai rupa dan saiz. Abjad ini disertakan dengan gambar yang dapat

menunjukkan kiu kepada kanak-kanak agar dapat menyebut abjad tersebut dengan

betul. Kanak-kanak digesa supaya menyebutkan abjad tersebut menurut sebutan

pendidik dan rakan-rakan mereka di dalam kelas. Pendidik akan terus

memberikan lebih banyak abjad sekiranya kanak-kanak difikirkan telah dapat

menguasai atau menyebut sekumpulan abjad tersebut dengan betul. Latih tubi

yang berulang-ulang ini dilakukan setiap hari sehingga kanak-kanak dapat

Page 29: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

20

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

menguasai kesemua abjad yang dipaparkan pada carta atau kad imbas yang

disediakan. Kanak-kanak dianggap sudah menguasai kemahiran membaca

sekiranya mereka dapat menyebut kesemua abjad yang terdapat dalam sesuatu

sistem ejaan dalam sesuatu bahasa.

Arahan:

Dalam kumpulan kecil, bincangkan cara pengajaran membaca dan menulis pada

peringkat awal kanak-kanak seperti yang dinyatakan dalam petikan di atas.

Bagaimanakah anda dapat mengubah cara pengajaran tersebut supaya pengajaran

membaca dapat dilaksanakan dengan lebih menarik?

3.2 Kemahiran Literasi

Kemahiran Literasi ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis

dalam sesuatu bahasa. Kesemua kemahiran ini ialah satu proses membina makna

dan berfungsi dalam kehidupan manusia (Mahzan Arshad 2012). Hanya manusia

moden yang dapat menguasai kesemua kemahiran tersebut.

Makna dibina menerusi interaksi antara seseorang individu dengan teks serta

konteks persekitaran yang dialaminya. Hal yang demikian ini bermaksud

kemahiran literasi hanya berfungsi sekiranya dilakukan dalam sesuatu

persekitaran yang khusus. Seseorang yang membaca perlu dapat mengaitkan

bahan yang dibaca dengan kehidupan hariannya atau pengalaman lalu yang

pernah dialaminya. Perkaitan antara pembaca dan teks amat perlu bagi

menjadikan teks bermakna. Sekiranya pembaca hanya dapat mengungkap kata-

kata dalam teks tanpa dapat mengaitknnya dengan penglaman latar, maka literasi

berfungsi tidak berlaku dan makna tidak dapat diungkap menerusi teks yang

dibaca tersebut.

Kegiatan literasi berfungsi amat berkait dengan minat, budaya, pengetahuan latar,

kemahiran, strategi, motivasi, jenis teks, suasana persekitaran, aktiviti-aktiviti

dalam proses pembelajaran, dan beberapa faktor lain yang berkaitan persekitaran

pembaca. Pembaca yang mahir akan dapat mengaitkan semua faktor ini dengan

teks yang dibacanya. Pembaca yang kurang mahir tidak dapat mengesan

Page 30: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

21

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

keperluan dan bahagian yang perlu ditegaskan dalam bacaan. Hal yang demikian

ini kerap dilakukan oleh pembaca yang hanya membaca bagi memenuhi

keperluan untuk membaca, bukan membaca bagi mendapatkan faedah yang

maksimum daripada bahan yang dibaca dan kegiatannya membaca.

Literasi berfungsi bermaksud kemampuan seseorang menggunakan set minda

untuk memanfaatkan kemampuan membaca dan menulis dalam kehidupan

hariannya dengan lebih bermakna. Pembaca yang mahir akan menentukan tujuan

dan matlamat kegiatan membaca yang dilakukannya. Dia tahu bila akan

memulakan bacaan dan bila akan memberhentikan bacaaan. Dia juga tahu

bahagian mana dalam teks yang perlu ditegaskan dan bahagian mana yang perlu

ditinggalkan ketika membaca.

Reaksi pembaca secara eferen dan estetik (Rosenblatt, 1978) terhadap bahan

bacaan ialah matlamat yang harus dicapai dalam kegatan membaca pada tahap

berfungsi ini. Interaksi yang lebih aktif antara si pembaca dengan bahan yang

dibacanya perlu dalam proses membaca bagi mendapatkan faedah maksimum

daripada bahan yang dibaca.

Pada tahap eferen, pembaca akan membaca bagi tujuan membina kemahiran atau

mengumpul maklumat daripada bahan yang dibaca. Pembaca menumpukan

perhatian pada maklumat yang terkandung teks. Sebagai contohnya pembaca akan

mendapatkan maklumat penting daripada bahan bagi melakukan sesuatu tugasan

yang tertentu seperi bagi memasak sejenis kuih atau bagi tugas membaiki sebuah

jentera. Pembacaan bahan khusus seperti manual atau panduan melakukan sesuatu,

maklumat yang berbentuk akademik atau falsafah, dan sebagainya memerlukan

pembaca menetapkan pendiriannya pada tahap eferen yang tinggi.

Pada tahap estetik, proses pembacaan adalah bagi tujuan membina citarasa

keindahan menerusi bahasa yang digunakan penulis. Tumpuan pembaca adalah

pada bahasa yang berbunga, imejan, kesan rasa, atau emosi yang dihasilkan oleh

teks. Pembacaan pada tahap estetik ini biasanya dilakukan oleh seseorang yang

ingin mendapatkan hiburan daripada bahan yang dibaca, membaca bagi tujuan

memenuhi masa lapang, atau membaca bagi mengkaji bahan yang berbentuk

kesusasteraan.

Page 31: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

22

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Menurut Rosenblatt (1978), ketika membaca, pembaca akan bergerak antara dua

kontinum ini dan akhirnya akan berhenti pada salah satu pendirian tersebut. Pada

ketika itulah pembaca menetapkan pendirian yang diambilnya hasil daripada

pembacaan tersebut.

Aktiviti 2

Baca petikan berikut secara lantang:

Andes und andes columba,

Unde copia ades volando;

Quid est rea quod rea,

Coelum cito secando.

Spires benigna altum stiles,

Tam copia benigna;

Ungueta grata stiles,

Came copia benigna.

Baca dan fahami puisi di bawah:

Sorong papan tarik papan,

Buah keranji dalam perahu;

Suruh makan dia makan,

Suruh mengaji dia tak tahu.

Buah cempedak di luar pagar,

Ambil sebiji tolong jolokkan;

Saya budak baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.

Page 32: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

23

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Bandingkan kemampuan anda membaca dan memahami kedua-dua jenis puisi di atas.

Puisi yang manakah yang anda lebih fahami?

3.3 Pengajaran Kemahiran Literasi Pada Peringkat Awal Kanak-kanak

Pengajaran literasi pada peringkat awal kanak-kanak perlulah berteraskan

kemahiran berbahasa yang asas. Kanak-kanak dapat menguasai kemahiran literasi

sekiranya kemahiran tersebut disampaikan dengan cara yang menarik dan

pelbagai. Pada peringkat awal ini ketepatan dalam kemahiran khusus membaca

dan menulis tidak perlu ditegaskan. Cukuplah sekiranya kanak-kanak didedahkan

dengan kegiatan literasi yang dapat menarik perhatian mereka di samping itu

mereka memahami bahawa kegiatan membaca dan menulis adalah kegiatan yang

bermakna dan peting dalam kehidupan ini.

Literasi berteraskan kemahiran berbahasa ini lebih luas daripada hanya mengajar

membaca dan menulis secara terpisah-pisah. Galakkanlah kegiatan yang

bersepadu, iaitu membaca dan menulis kerap digabungkan dalam sesuatu masa

pengajaran. Pendekatan seperti pendekatan pengalaman bahasa boleh digunakan

dalam pengajaran literasi secara holistik ini.

Pendidik dan pengasuh awal kanak-kanak harus sedar bahawa penguasaan literasi

boleh dicapai menerusi kegiatan bersosial. Seperti juga kemahiran yang lain,

kemahiran literasi ialah kemahiran sosial yang dapat dikuasai menerusi interaksi

antara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain ataupun seorang

kanak-kanak dengan orang dewasa di sekitarnya.

Pendidik dan pengasuh awal kanak-kanak harus tahu bahawa pembelajaran lebih

berkesan sekiranya disampaikan secara berfungsi dan bermakna. Kanak-kanak

perlu diberikan peluang untuk menikmati bahan bacaan atau penulisan daripada

mempelajari cara membaca dan menulis yang diskrit dan membosankan.

Pendidik dan pengasuh juga harus sedar bahawa kanak-kanak akan dapat

meningkatkan kebolehan membaca dan menulis apabila diberi peluang untuk

mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam pelbagai situasi. Mereka perlu diberi

peluang untuk menggunakan kebolehan mereka untuk mempraktikkan kemahiran

Page 33: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

24

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

yang mereka pelajari dalam pelbagai situasi daripada hanya mengulang-ulang

sesuatu kemahiran dalam situasi yang sama bagi tujuan pengkukuhan.

Pendidik dan pengasuh harus memahami tentang kepentingan motivasi dalam

proses pembelajaran literasi yang bermakna. Mereka bukan sahaja bertindak

sebagai pengajar tetapi sebagai pembimbing dan pengasuh yang dapat

membimbng kanak-kanak agar berminat dan gembira untuk mengamalkan

kemahiran literasi yang telah mereka kuasai.

3.4 Garis Panduan Pengajaran Literasi di Institusi Pendidikan Awal Kanak-

Kanak

Mendengar, bertutur, membaca, menulis, dan berfikir berkembang selaras dengan

perkembangan literasi.

Individu belajar membaca dan menulis dengan bertindak balas terhadap

pembacaan dan penulisannya sendiri.

Pengetahuan latar dan latar belakang merupakan ciri utama dalam menentukan

kemampuan seseorang memperoleh makna.

Pemahaman ialah satu proses pembina makna yang menghubungkan idea

daripada teks dengan pengetahuan latar dan latar belakang pembaca.

Aktiviti 3

Berdasarkan prinsip dan garis panduan yang dinyatakan di atas, bincangkan cara yang

paling sesuai untuk melaksanakan pengajaran literasi dalam sebuah kelas awal kanak-

kanak.

3.5 Soalan

1. Mengapakah mengenal huruf tidak dianggap sebagai kemahiran literasi?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan literasi berfungsi?

3. Bagaimanakah guru atau pengasuh dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak

supaya berminat dalam kegiatan literasi?

Page 34: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

25

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 4

PERANCANGAN PENDIDIKAN BAHASA DAN

LITERASI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Menghuraikan kelima-lima kemahiran literasi yang perlu dikuasai oleh kanak-

kanak

2. Menjelaskan keperluan memberikan bimbingan literasi pada usia yang awal

3. Merancang melaksanakan langkah-langkah bimbingan literasi pada tahap usia

yang awal kanak-kanak

4.1 Kemahiran Pendengaran, Pertuturan, Membaca, Menulis, dan Berfikir

Berasaskan definisi yang diberikan sebelum ini, kemahiran literasi adalah merangkumi

lima kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh manusia zaman ini. Terdapat dua

kemahiran berbahasa yang diperolehi secara semula jadi iaitu mendengar dan bertutur,

diikuti dengan kemahiran membaca dan menulis yang diperoleh secara instruksi, serta

kemahiran berfikir yang juga diperoleh secara alamiah. Kelima-lima kemahiran ini perlu

ditegaskan dalam pendidikan literasi peringkat awal kanak-kanak.

4.1.1 Mendengar

Kemahiran ini ialah satu kemahiran asas yang amat penting bagi seseorang kanak-

kanak

Bagi menguasai kemahiran membaca dan menulis, kanak-kanak pelu mempunyai

keupayaan untuk mendengar bunyi yang betul, terutama bagi membezakan antara

bunyi-bunyi huruf dan perkataan yang digunakan dalam bahan bercetak

Page 35: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

26

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

4.1.2 Bertutur

Kanak-kanak normal akan mempunyai keupayaan untuk bertutur dalam bahasa

ibunda seawal usia satu tahun.

Keupayaan ini perlu dipupuk supaya kanak-kanak dapat memudahkannya dalam

menguasai kemahiran membaca dan menulis pada usia yang lebih dewasa kelak.

Pada masa yang sama, penggunaan buku amatlah penting bagi memperkukuhkan

kemahiran bertutur kanak-kanak pada peringkat awal usianya.

4.1.3 Membaca

Kemahiran ini perlu dikuasai oleh kanak-kanak pada zaman moden ini pada tahap

asas pada awal usianya

Sekurang-kurangnya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca bagi

bahasa ibundanya dan satu lagi bahasa kedua pada tahap usia mereka memasuki

usia persekolahan.

Ketidakupayaan membaca akan mengakibatkan kanak-kanak ketinggalan dalam

banyak kemahiran yang lain berbanding rakannya yang telah dapat menguasai

kemahiran ini pada awal usia mereka.

4.1.4 Menulis

Kemahiran menulis merupakan asas dalam menyampaikan suara dan pemikiran

kanak-kanak dalam bentuk permukaan bercetak.

Kanak-kanak dapat menyampaikan suara hati atau pemikiran mereka secara

contengan pada permukaan yang rata seawal mereka berkeupayaan memegang

alat tulis.

Keupayaan ini datang secara sendiri akibat daripada pemerhatian mereka terhadap

perlakuan orang yang lebih dewasa.

Kemahiran ini juga perlu dipupuk pada awal usia kanak-kanak agar mereka dapat

menguasainya secara semula jadi.

Page 36: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

27

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

4.1.5 Berfikir

Kemahiran berfikir pada zaman moden ini adalah berbeza daripada berfikir pada

zaman primitive.

Pada zaman ini kanak-kanak perlu dipupuk dengan pemikiran yang kritis dan

kreatif agar mereka dapat menangani banyak isu dan permasalahan yang akan

mereka hadapi dalam kehidupan ini, terutama apabila mereka memasuki alam

persekolahan.

Kanak-kanak pada awal usia perlu menguasai asas pemikiran kritis dan kreatif

bagi menguasai kemahiran yang akan terdapat dalam kandungan mata pelajaran

yang diajar di sekolah rendah kelak.

4.2 Penguasaan Kemahiran Literasi

Kesemua kemahiran literasi tersebut ialah kemahiran yang penting bagi seseorang

kanak-kanak dalam menjalani alam persekolahan atau pendidikan formal apabila

mereka berusia enam tahun pada peringkat prasekolah dan tujuh tahun pada

peringkat sekolah rendah.

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat diterap dan dibentuk ke

dalam diri kanak-kanak secara terancang dan bersepadu bagi setiap tahap usia

awal kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak yang memperoleh pendidikan awal literasi yang terancang akan

dapat menggunakan sepenuhnya potensi mereka dalam menguasai aspek

kemahiran literasi yang utama dan menjadikan mereka kanak-kanak yang lebih

bersedia untuk menghadapi alam persekolahan formal.

Sebagai contoh kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti membaca yang

awal akan lebih banyak pengalaman membacanya berbanding dengan kanak-

kanak yang tidak mendapat pendedahan yang luas dengan kegiatan ini.

Tanpa pendedahan yang terancang dan bersepadu juga akan menjadikan kanak-

kanak lebih mirip untuk menguasai kemahiran literasi secara diskret atau terpisah-

pisah.

Bahaya sekiranya keadaan ini berlaku ialah kanak-kanak yang tidak dapat

menguasai kemahiran khusus ini akan terus tercicir daripada sistem pendidikan

Page 37: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

28

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

kerana tanpa kemahiran asas literasi ini juga mereka lebih mudah tercicir dalam

mata pelajaran yang lain.

Sebagai contohnya kanak-kanak yang masih gagal untuk menguasai kemahiran

membaca, akan berasa diri mereka mempunyai kekurangan daripada rakan lain

yang telah dapat menguasai kemahiran tersebut.

Hal yang demikian ini menjadikan mereka kurang berminat terhadap bahan

bacaan, dan akhirnya mereka akan terus tercicir. Konsep “yang kaya akan

menjadi bertambah kaya dan yang miskin akan menjadi bertambah miskin” amat

relevan dengan contoh ini.

Kanak-kanak yang tidak dapat membaca dan menulis akan terus tidak dapat

menguasai kemahiran, sedangkan mereka yang telah dapat menguasainya akan

terus menambah kemahiran mereka dalam kedua-dua aspek literasi tersebut.

Kajian menunjukkan sekiranya pada tahap tiga sekolah rendah, seseorang kanak-

kanak masih tidak dapat menguasai kelima-lima kemahiran ini, maka kebanyakan

kanak-kanak tersebut akan terus tercicir dalam pelajarannya pada tahap yang lebih

tinggi.

4.3 Menguasai Kemahiran Literasi Secara Naluri

Kanak-kanak normal berkeupayaan menguasai kemahiran literasi secara semula

jadi, seperti mana mereka menguasai kemahiran berbahasa.

Pembelajaran bahasa ialah satu proses yang berlaku secara semula jadi waktu usia

awal iaitu seawal satu tahun.

Apabila kanak-kanak tersebut menyelamkan diri mereka dalam sesuatu bahasa,

menerusi bermain dan penerokaan, mereka boleh mempelajari sesuatu bahasa

dengan mudah dan cepat.

Jadi, lebih muda seseorang mempelajari sesuatu bahasa, maka semakin mudah

mereka dapat menguasainya.

Begitu juga dengan keadaan mereka menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Page 38: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

29

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana yang lengkap akan belajar untuk

bercakap sekurang-kurangnya 2000 patah perkataan yang asas ketika usianya

mencapai empat tahun.

Hanya dengan melihat bagaimanakah seseorang bayi berkata-kata menunjukkan

bahawa mereka ialah pelajar bahasa yang semula jadi.

Pada usia enam bulan pertama hayat mereka, bayi akan membebelkan 70 bunyi

yang mewakili hampir semua bahasa di dunia.

Mereka akan bercakap hanya menggunakan bunyi bahasa yang mereka biasa

dengar, dan yang pentingnya daripada bahasa ibu bapa atau penjaganya.

Kemudiannya otak kanak-kanak akan diberhentikan kebolehannya daripada

menuturkan bahasa yang mereka tidak dengar.

4.4 Pendidikan Awal Adalah Amat Penting

Tahun yang pertama ialah waktu yang amat penting dalam hidup kanak-kanak,

kerana tahun tersebut merupakan asas dalam berfikir, bahasa, penglihatan, sikap,

dan ciri-ciri yang ditentukan bagi seseorang individu.

Kita tidak akan dapat menggunakan kemampuan akal kanak-kanak bagi

menguasai bahasa sekiranya pada usia ini kita tidak mendedahkannya kepada asas

sesuatu bahasa tersebut.

Hampir 50 peratus daripada kemampuan belajar kanak-kanak berkembang pada

usia tahun yang pertama, dan 30 peratus lagi pada usia kelapan.

Program pendidikan awal akan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk

mula menguasai kesemua asas dalam kemahiran tersebut.

Hal yang demikian ini juga bermakna bahawa lima puluh peratus daripada asas

kecerdikan, kebijaksanaan, atau pengetahuan dibentuk pada usia yang awal.

Pada usia awal ini juga kanak-kanak membentuk laluan bagi akal mereka untuk

berkembang.

Terdapat enam laluan dalam akal, iaitu belajar menerusi penglihatan, bunyi, rasa,

sentuh, bau, dan melakukan.

Page 39: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

30

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Pada kehidupan kemudiannya, seseorang individu belajar menerusi maklumat

yang dipunyainya pada tahun-tahun awal hidupnya ini.

4.5 Tahap Perkembangan Otak

Bulan yang pertama iaitu pada masa bayi bergerak dan bereaksi terhadap

persekitarannya, mereka akan membentuk perhubungan sinaptik pada kadar yang

fenomena sehingga 3000 trilion kali sesaat.

Apa sahaja yang seseorang bayi alami akan diserap oleh otak dan disimpan dalam

sel pengingatan.

Pada masa inilah asas berfikir, bahasa, penglihatan, sikap dan ciri-ciri yang lain

dibentuk, otak akan menjadi seperti “super-sponge”.

Dalam enam bulan pertama ini juga bayi akan membebel menggunakan suara di

dalam semua bahasa di dunia.

Seseorang bayi bagaimanapun, akan belajar bercakap menggunakan bunyi dan

perkataan yang diperolehinya daripada persekitarannya.

Seseorang kanak-kanak tidak akan dapat bertutur bahasa yang tidak pernah

didengarnya.

Lapan bulan berikutnya otak bayi mempunyai lebih kurang 1000 trilion hubungan,

dan selepas itu angka ini akan mulai berkurangan serta bayi tersebut akan mula

didedahkan dengan pelbagai stimulasi sepanjang hayatnya.

Sekitar usia 10 tahun hampir separuh daripada perhubungan tersebut akan hilang

bagi seseorang kanak-kanak biasa. Lima ratus bilion akan kekal sepanjang hayat.

12 tahun ke atas iaitu selepas tahap perkembangan ini, tingkap akan ditutup; asas

seni bina otak telah lengkap.

Kesimpulannya lebih mudah bagi kanak-kanak bagi menguasai kemahiran literasi

pada tahap usia di bawah usia 12 tahun kerana pad usia ini otak mereka lebih

mudah menyerap kemahiran tersebut secara naluri.

Page 40: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

31

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

4.6 Merangka Bimbingan Literasi Pada Usia Awal

Membina dan merancang bimbingan literasi peringkat awal kanak-kanak amat penting

bagi seorang guru atau ibu bapa yang mahukan anak mereka menguasai penampilan

literasi pada usia yang awal. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh

para guru atau ibu bapa bagi membantu anak mereka pada tahap usia yang awal ini:

Menyediakan masa bagi membaca lantang kepada anak-anak sewal usia dua bulan

sejak dilahirkan. Ketika usia dua bulan ini bayi yang baru dilahirkan itu telah

berkeupayaan untuk duduk menegak dengan bantuan orang dewasa. Kendunglah

bayi di tangan sebelah kiri dalam situasi menegak. Pegang sebuah buku di tangan

sebelah kanan. Bercakaplah dengan bayi sambil membelek buku dan menujukkan

halaman buku tersebut kepada bayi. Lakukan ini dalam tempoh satu atau dua

minit pada permulaan dan tingkatakan masa apabila bayi usia bayi semakin

meningkat.

Membacalah pada kanak-kanak waktu sebelum tidur mereka. Masyarakat yang

banyak membaca ialah masyarakat yang telah mengalami budaya membaca

sebelum waktu tidur waktu usia awalnya.

Selalulah bermain dengan permainan yang mempunyai huruf dan nombor.

Pendedahan awal terhadap huruf dan nombor menampilkan kepada kanak-kanak

bahawa membaca ialah satu amalan dalam kehidupan dan tidak dapat dielakkan

kerana mereka sentiasa di kelilingi oleh bahan bacaan.

Amalkan membaca senyap pada waktu yang tertentu dalam sehari di rumah.

Padamkan televisyen pada waktu tertentu sebelah malam atau hujung minggu,

dan semua ahli keluarga membuka bahan bacaan masing-masing. Biarkan kanak-

kanak bermain dengan bahan bacaan mereka sendiri pada waktu senyap tersebut.

Jadilah pendengar yang baik. Biarkan kanak-kanak bertutur dan dengarlah dengan

penuh minat terhadap apa yang dituturkannya.

Galakkan aktiviti menulis. Tulis di atas permukaan yang rata. Galakkan penulisan

jurnal (aktiviti ini akan dibincangkan dengan labih lanjut dalam bab seterusnya

nanti). Tulis senarai perbelanjaan sebelum ke pasar raya. Kongsikan senarai yang

telah ditulis dengan kanak-kanak supaya mereka faham bahawa penulisan

membawa makna yang praktikal.

Page 41: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

32

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Galakkan kanak-kanak bertanya, kerana dengan bertanya dapat meningkatkan

keupayaan berfikir secara kritis.

Keraplah ke perpustakaan atau ke kedai buku. Jadikan amalan ke perpustakaan

atau ke kedai buku aktiviti mingguan atau sekurang-kurangnya aktiviti bulanan.

Berkongsi buku dengan ahli keluarga, jiran tetangga, atau sahabat tempat kerja.

Bertukar-tukar buku boleh menambah minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan.

Bacakan bahan-bahan yang terdapat di persekitaran kepada kanak-kanak seperti

papan tanda, nama jalan, nama restoran, jenama pakaian, jenama kereta, dan

sebagainya. Ini akan menyedarkan kanak-kanak bahawa persekitaran mereka

penuh dengan maklumat yang dicatat secara bertulis.

Jadikan buku atau majalah sebagai hadiah yang berharga.

Selalu ingat kata-kata hikmat ini, ”Berikan sebuah buku kepada kanak-kanak hari

ini, untuk dunia yang lebih baik esok.”

4.7 Soalan

1. Bagaimanakah kanak-kanak dapat menguasai kemahiran literasi pada tahap usia

yang awal?

2. Dapatkah kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dan menulis secara

semula jadi seperti mereka menguasai kemahiran mendengar dan bertutur?

3. Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi membimbing penampilan

literasi dalam kalangan kanak-kanak pada usia awal?

Page 42: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

33

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 5

PENGAJARAN BERKOMUNIKASI BERKESAN

PADA PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Menghuraikan kepentingan pengajaran mendengar dan bertutur pada tahap

pendidikan prasekolah

2. Membuat perancangan bagi melatih kanak-kanak supaya dapat menurut arahan

dengan berkesan

3. Membuat latihan bagi persiapan melatih kanak-kanak supaya petah bercakap dan

bersopan santun dalam pergaulan

5.1 Kepentingan Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran mendengar ialah kemahiran asas yang boleh dikuasai pada awal hayat

ataupun seawal usia empat bulan dalam kandungan bagi bayi yang normal.

Kemahiran ini dikuasai secara semula jadi dan tidak perlu mendapat pendedahan

atau latihan khusus.

Kerencatan pendengaran berlaku sekiranya kanak-kanak mengalami keadaan alat

pendengaran, iaitu cuping, saluran, dan gegendang dalam keadaan yang tidak

normal.

Keadaan tidak normal ini boleh diakibatkan oleh keadaan semula jadi, iaitu

dilahirkan cacat sedemikian, ataupun disebabkan berlakunya trauma, sama ada

diakibatkan oleh kemalangan fizikal atau jangkitan penyakit.

Dalam keadaan ini kanak-kanak memerlukan rawatan, sama ada rawatan bagi

memperbaiki alat pendengaran menerusi pembedahan atau rawatan perubatan

yang boleh mengelakkan penyakit daripada terus berjangkit.

Kemahiran bertutur pula amat berkait rapat dengan kemahiran mendengar kerana

pada prinsipnya, apa yang dituturkan adalah apa yang didengar.

Page 43: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

34

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Dalam keadaan seseorang kanak-kanak yang tidak normal pendengarannya,

kemungkinan risiko kanak-kanak tersebut akan menjadi bisu adalah amat tinggi.

Kanak-kanak tidak normal sistem pendengarannya juga mempunyai risiko yang

tinggi dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Dalam keadaan ini pengesanan pada peringkat awal akan dapat membantu pakar

perubatan memberikan rawatan awal amat penting.

Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang normal, tidak seperti kemahiran

pendengaran yang dapat dikuasai dengan tidak payah dibantu, kemahiran bertutur

amat terpengaruh dengan faktor persekitaran.

Aktiviti 1

Dalam kumpulan kecil, sila bincangkan mengapakah kanak-kanak pekak dan bisu

berkelakuan tidak normal apabila mendapati dirinya tidak berkeupayaan berkomunikasi

dengan orang lain?

5.1.1 Kemahiran mendengar dan hubungannya dengan kemahiran membaca dan

menulis

Kanak-kanak dikatakan tidak mempunyai daya tumpuan yang lama. Ramai ahli

teori pendidikan awal kanak-kanak mengakui kanak-kanak tidak dapat

memberikan tumpuan kepada sesuatu kegiatan yang mengambil masa yang terlalu

panjang. Hal yang demikian ini memang ada kebenarannya sekiranya aktiviti

yang dijalankan tidak menarik minat kanak-kanak tersebut.

Walau bagaimanapun, ada kanak-kanak yang dapat memberikan tumpuan

terhadap sesuatu aktiviti dalam jangka masa yang panjang dan berlarutan hingga

berjam-jam lamanya. Keadaan begini berlaku sekiranya kanak-kanak tersebut

sangat berminat dengan aktiviti yang dilakukannya.

Sebagai contohnya, kanak-kanak kecil akan dapat duduk dan menumpukan

perhatian terhadap sesuatu permainan seperti menyusun blok atau permainan

komputer untuk beberapa jam lamanya dan mereka dapat memberikan tumpuan

sepenuhnya terhadap permainan tersebut.

Page 44: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

35

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Bagi pengajaran yang memerlukan kanak-kanak mendengar dalam jangka masa

yang panjang, guru perlu memikirkan apa aktiviti yang dapat menarik perhatian

mereka agar kanak-kanak tersebut dapat duduk dan mengikuti pengajaran dengan

tekun. Oleh itu pengajaran pendengaran perlulah diikuti dengan aktiviti yang

memerlukan mereka terlibat secara aktif dan produktif.

Dalam pengajaran bacaan dan penulisan kemahiran mendengar amat perlu bagi

membantu kanak-kanak menghubungkan antara bunyi dan abjad. Kanak-kanak

perlu menguasai kemahiran menghubungkan abjad dan bunyi bagi setiap abjad

bagi membolehkan mereka membaca secara lantang (membaca lantang ialah satu

lagi konsep yang akan dibincangkan pada tajuk yang akan datang).

Apabila mereka mempelajari bagaimana untuk menyahkod perkataan dalam

bahan bercetak, mereka perlu melalui beberapa tahap yang bersistematik. Juel

(1991) menjelaskan antara tahap yang perlu dilalui ialah tahap pemilihan kiu,

tahap hubungan bunyi dan ejaan, dan tahap automatik.

Pada tahap pemilihan kiu kanak-kanak mempelajari tentang bahan penulisan dan

fungsinya. Caranya dengan dengan membaca lantang kepada kanak-kanak bahan-

bahan ang bersesuaian dengan usia mereka.

Membaca lantang ini akan menjadikan mereka sedar bahawa bahan bercetak

mempunyai fungsi dan bermakna. Jika kerap dilakukan kanak-kanak akan sedar

bahawa komunikasi dengan bahan bercatak perlu kepada kegiatan pendengaran

yang aktif.

Pada tahap hubungan antara bunyi dan ejaan pula, kanak-kanak mulai menguasai

kesedaran fonetik pada usia seawal tiga tahun. Kesedaran fonetik ini bermaksud

kanak-kanak akan menyedari bahawa setiap abjad dan setiap susunan abjad

mempunyai bunyinya yang tersendiri.

Hubungan antara abjad dengan bunyi ini ialah asas kepada kemahiran membaca

dan menulis yang amat perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum mereka dapat

membaca dan menulis.

Sekiranya mereka dapat menguasai kemahiran ini, mereka dengan sendirinya

dapat membuat analisis terhadap hubungan bunyi dan abjad yang tidak pernah

Page 45: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

36

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

diajarkan kepada mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak akan secara tidak

langsung telah dapat menguasai tahap terakhir iaitu tahap automatik

5.2 Melatih Kanak-kanak Menurut Arahan

Kanak-kanak dapat mempelajari kemahiran membaca dan menulis berdasarkan

dua kemampuan yang mereka kuasai terlebih dahulu, iaitu mendengar dan

bertutur.

Sekiranya kedua-dua kemahiran ini tidak dipunyai, maka seseorang kanak-kanak

akan menghadapi masalah besar untuk belajar kemahiran literasi yang seterusnya

iaitu kemahiran membaca dan menulis.

Banyak kajian yang dijalankan mendapati sekiranya kedua-dua kerencatan kanak-

kanak, sama ada mendengar atau dan bertutur dibaik pulih, maka kebolehan

membaca dan menulis dapat dikuasai dengan mudah.

Kemahiran mendengar arahan adalah salah satu kemahiran yang amat perlu bagi

menguasai kemahiran membaca.

Pengenalpastian antara bunyi-bunyi vokal dan konsonan amat penting bagi kanak-

kanak yang baru ingin belajar membaca.

Ibu bapa atau guru yang mula mengajar kanak-kanak membaca akan cuba

menyebut dan mengarahkan kanak-kanak menyebut sesuatu huruf yang hendak

diperkenalkan dalam sesuatu sesi belajar membaca.

Oleh yang demikian, kanak-kanak harus dapat membezakan bunyi-bunyi huruf

atau bunyi cantuman huruf agar mereka dapat menumpukan kepada sebutan yang

betul bagi setiap perkataan yang dipelajarinya.

Bagi seseorang kanak-kanak mendengar memang mudah, namun bagi mereka

mendengar dengan berhati-hati tidaklah semudah yang disangka, dan untuk

mengenalpasti dan memahami apa yang didengar lebih sukar lagi.

Seseorang kanak-kanak dapat mendengar dengan baik apabila mereka dapat

mempelajari bagaimana untuk membina dua kemahiran yang penting, iaitu

bagaimana untuk membezakan antara bunyi yang mengandungi makna dan bunyi

yang tidak mengandungi makna.

Page 46: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

37

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Latihan membezakan bunyi yang mengandungi makna dan yang tidak

mengandungi makna serta mengikut arahan amat penting pada peringkat awal

kanak-kanak, terutamanya bagi kanak-kanak yang baru ingin belajar membaca

dan menulis.

Kanak-kanak akan dapat menurut arahan sekiranya mereka dilatih berbuat

demikian, tetapi sebaliknya mereka akan menjadi liar atau tidak dapat mengikut

arahan sekiranya tidak menerima latihan yang bersesuaian pada waktu usia

awalnya.

Beberapa aktiviti yang bersesuaian untuk meningkatkan daya menurut arahan

perlu dijalankan bagi memastikan kanak-kanak sentiasa didedahkan dengan

amalan menurut arahan ini.

Aktiviti 2

Secara berkumpulan, sila bincangkan jenis permainan yang dapat dijalankan bagi

membantu kanak-kanak menurut arahan.

5.3 Melatih Kanak-kanak Petah Bertutur

Kemahiran bertutur bukanlah sesuatu yang perlu diajar bagi kanak-kanak yang

normal, namun seperti yang ditegaskan dalam bab sebelum ini, kanak-kanak perlu

diberikan banyak pendedahan dan suasana yang kaya dengan pertuturan sebelum

mereka dapat menguasai kemahiran ini dengan lebih berkesan.

Kanak-kanak yang sering diajak bertutur dan sering diberi peluang untuk bertutur

akan lebih matang keupayaan bertuturnya daripada kanak-kanak yang jarang

didedahkan dengan kemahiran ini.

Kepintaran bertutur ini juga perlu kepada perancangan yang bersesuaian kerana

kita sering terserempak dengan kanak-kanak yang pintar bertutur, tetapi kadang

kala kebijaksnaannya bertutur tidak dapat digunakan dengan berkesan kerana

jenis pendedahan yang diperolehinya juga tidak bersesuaian dengan usia kanak-

kanak tersebut.

Page 47: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

38

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Sebagai contohnya ramai kanak-kanak yang kerap menggunakan bahasa yang

kasar sama ada ketika berhubung dengan orang dewasa atau dengan kanak-kanak

yang lain.

Hal yang demikian ini berlaku kerana pendedahan yang diperolehinya daripada

orang dewasa tanpa kawalan atau seliaan yang sesuai.

Oleh itu pihak tadika atau taska perlulah menyediakan pengajaran yang dapat

memberikan pendedahan yang posiitf kepada kanak-kanak agar kemahiran

mereka bertutur dapat digunakan bagi membentuk kanak-kanak yang bukan

sahaja pintar bertutur tetapi juga tahu akan budi bahasa dan gaya pertuturan yang

baik.

5.3.1 Bertutur dengan Sopan

Berikut ialah perkara yang boleh kita lakukan bagi menggunakan kebolehan kanak-kanak

dalam menguasai kemahiran bertutur dengan cekap dan sopan:

Biarkan kanak-kanak bercerita seperti yang anda telah ceritakan. Tanyalah soalan

“Kemudian apa yang berlaku?” bagi menjadikan cerita berterusan.

Dengar dengan penuh minat apabila kanak-kanak bertutur. Jadilah seorang

pendengar yang lebih bersemangat dan responsif.

Jika anda tidak faham bahagian cerita yang diceritakan kanak-kanak, ambillah

masa bagi memberikan peluang kepadanya menjelaskan bahagian tersebut.

Tindakan ini akan menjadikan kanak-kanak memahami tentang hubungan antara

seorang penutur dengan pendengar, atau penulis dengan pembaca.

Galakkan kanak-kanak meluahkan perasaan dirinya. Hal yang demikian ini akan

membantu kanak-kanak memperkayakan perbendaharaan kata mereka dan juga

memperbaiki sebutan sesuatu perkataan dengan jelas.

Adanya khalayak yang baik amat membantu kanak-kanak memperbaiki bahasa

dan dalam masa yang sama gaya dalam pertuturannya. Ibu bapa atau guru ialah

khalayak yang paling baik bagi kanak-kanak.

Page 48: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

39

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Aktiviti 3

Bincangkan tentang kemampuan kanak-kanak meniru gaya pertuturan orang dewasa.

Pada pendapat anda, apakah faedah main peranan bagi kanak-kanak mempelajari gaya

bertutur yang baik?

5. 4 Soalan

1. Apakah hubungan antara kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran

membaca dan menulis?

2. Bagaimanakah caranya bagi melatih kanak-kanak supaya dapat mendengar arahan

yang berkesan?

3. Teknik bercerita dapat meningatkan keupayaan kanak-kanak bertutur.

Bagaimanakah anda dapat menggunakan teknik ini dalam pengajaran literasi yang

bersepadu?

Page 49: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

40

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 6

PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan keperluan terhadap kaedah yang berstrategi dalam pengajaran

membaca pada peringkat awal kanak-kanak

2. Merancang program membaca yang bersesuaian dengan peringkat awal kanak-

kanak

3. Membincangkan teknik bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan

kanak-kanak

6.1 Pengajaran Kemahiran Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-kanak

Kanak-kanak akan mula menguasai kemahiran membaca bermula pada usia

sebelum memasuki alam persekolahan dan akan berterusan hinggalah sepanjang

hayat mereka selepas itu.

Pada bab sebelum ini kita telah banyak berbincang tentang keperluan bagi kanak-

kanak yang baru bermula untuk menguasai kemahiran ini perlu menguasai

pengetahuan konsepsi tentang kegunaan bahan bertulis dan keperluan terhadap

aktiviti membaca yang bermakna.

Pembaca ialah seorang penyelesai masalah aktif yang cuba mengenal pasti bentuk

huruf, ilustrasi, format, dan bentuk teks yang dibaca (visual atau peringkat

memecah kod). Di samping itu mereka cuba mengaitkan antara huruf dan bunyi

(fonologi), dan mencari serta mengkaji struktur teks berdasarkan pengalaman

bahasa mereka (sintaks).

Akhir sekali mereka akan cuba mencari makna di sebalik permukaan bercetak

berlandaskan pengalaman latar atau skema yang mereka punyai (semantik).

Page 50: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

41

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Pada akhir pengajaran membaca, matlamat guru adalah bagi memastikan kanak-

kanak memperoleh seberapa banyak manfaat dan makna daripada bahan yang

dibaca.

Apabila kanak-kanak belajar membaca mereka sebenarnya membina pemahaman

tentang bahasa penulisan dan sekali gus memperoleh makna tentang dunia dan

kehidupan.

Mereka akan mulai belajar sesuatu yang mereka tidak dapat alami dalam dunia

yang sebenar kerana bahan bertulis kadang kala mengandungi objek atau konsep

baru yang belum pernah mereka temui.

Oleh yang demikian membaca memerlukan bukan sahaja keupayaan “menyalak

pada permukaan bertulis” tetapi melibatkan pemikiran kanak-kanak yang aktif.

Kanak-kanak yang diajar membaca secara pasif dan tidak dilatih untuk membaca

bagi menyelesaikan masalah tidak akan menunjukkan perkembangan dalam

aktiviti membaca.

Bagi menjadikan pengajaran membaca sebagai satu aktiviti yang aktif

memerlukan strategi dan program membaca yang khusus dan berlandaskan

kerangka teori yang kukuh.

Pada peringkat awal pengajaran membaca menyeliputi membina kesedaran

tentang konsep bagaimana bahan bercetak berfungsi kepada kanak-kanak dan

bagaimana untuk membina makna daripada bahan bercetak tersebut.

6.1.1 Permulaan Membaca

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan oleh guru tentang permulaan membaca

pada peringkat awal ini adalah:

Mengetahui di manakah membaca perlu bermula?

Mengetahui bahawa bahan bercetak mengandungi mesej

Teks/buku bermula dari depan ke belakang

Proses membaca bergerak dari sebelah kiri ke kanan (bagi tulisan rumi) dan

berbalik ke kiri semula pada baris seterusnya

Boleh mengenal pasti tajuk buku/cerita

Page 51: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

42

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Boleh mengenal pasti nama penulis

Mengetahui bahawa sesuatu halaman bermula dari atas ke bawah

Memahami konsep pembentukan perkataan

Mengetahui konsep awal, seterusnya, dan akhirnya sesuatu perkataan atau huruf

Memahami konsep huruf besar dan huruf kecil

Mengenal pasti bunyi dalam bahasa pertuturan

Mengetahui akan tanda baca; tanda koma, tanda soal, tanda seru, dan noktah

Boleh mengaitkan antara cerita dan ilustrasi

Dapat meneliti dan menginterpretasi ilustrasi secara terperinci

Dapat mengaitkan antara satu perkataan dengan satu perkataan lain dengan cara

menunjuk jari ke arah perkataan yang dikaitkan

Dapat mengaitkan antara bunyi dengan huruf yang awal dan dapat mengaitkan

antara bunyi dengan huruf satu persatu

Dapat mengaitkan antara bunyi dengan huruf dalam bahasa bertulis

Dapat mengenal pasti nama dan bunyi setiap abjad

Dapat mengenal pasti perkataan yang kerap terdapat dalam bahan bacaan

6.1.2 Literasi Terbitan

Keupayaan kanak-kanak melakukan perkara di atas juga menunjukkan bahawa

mereka telah mempunyai keupayaan literasi terbitan.

Konsep literasi terbitan ini bermaksud kanak-kanak telah mula menunjukkan

bahawa mereka mula memahami bahawa bahan bercetak ialah satu bentuk

komunikasi yang perlu dan penting dalam kehidupan manusia.

Bahan bercetak mengandungi makna dan amat penting dalam menyampaikan

maksud atau idea dalam bentuk yang tersusun dan berstruktur.

Keupayaan untuk berkomunisi menerusi bahan bercetak sama penting dengan

keupayaan untuk berhubung menerusi pertuturan.

Malah bahan bercetak mempunyai kelebihan daripada komunikasi pertuturan

kerana kandungan bahan ini boleh disimpan atau ditangguhkan penggunaannya,

sedangkan komunikasi pertuturan akan tamat pada masa itu sahaja.

Page 52: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

43

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kanak-kanak yang dilengkapi literasi terbitan yang kukuh pada peringkat awal

akan lebih mudah menguasai kemahiran membaca dan menulis pada usia yang

lebih dewasa.

6.2 Pendekatan Pengajaran Membaca

Terdapat pelbagai pendekatan yang telah dibincangkan oleh pengkaji terdahulu tentang

pengajaran membaca, sama ada bagi permulaan usia atau membaca pada tahap yang lebih

dewasa. Antara pendekatan tersebut ialah:

6.2.1 Pendekatan Fonik

Pendekatan fonik pada awalnya digunakan bagi mengajar membaca pada tahap

nyahkod perkataan.

Kanak-kanak diajar untuk mengenali huruf dari A hinggalah ke Z.

Teknik yang digunakan ialah latih tubi, iaitu kanak-kanak akan diajar mengenal

setiap huruf dan bunyinya.

Guru akan menyediakan carta huruf, kad imbas, kad huruf besar dan huruf kecil,

dan kanak-kanak diharapkan dapat mengenal pasti setiap huruf serta bunyinya.

Mereka juga diajarkan bunyi huruf tersebut apabila dicantumkan.

Pendekatan ini amat sesuai bagi meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam

melakukan proses mendekod, iaitu memecahkan simbol bertulis dalam bentuk

bunyi.

Peringkat menyahkod seperti yang kita pelajari dahulu ialah satu peringkat awal

dalam sistem komunikasi bertulis.

Namun demikian, walaupun seseorang kanak-kanak dapat melakukan proses

nyahkod ini dengan baik, tidak bermakna bahawa dia telah menguasai kemahiran

membaca.

Kemahiran membaca hanya diperoleh sekiranya kanak-kanak tersebut dapat

membina makna daripada bahan yang bertulis.

Page 53: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

44

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

6.2.2 Pendekatan Keseluruhan Kata

Pendekatan pengajaran membaca secara keseluruhan kata ini banyak digunakan

dalam pengajaran membaca pada masa ini.

Penekanan bukan kepada bunyi huruf tetapi bunyi keseluruhan perkataan yang

terdapat pada sesuatu bahan bacaan.

Penegasan membaca adalah pada setiap perkataan yang penuh, bukan bunyi

perkataan berlandaskan sistem ejaan dalam sesuatu bahasa.

Biasanya guru akan menyediakan carta atau kad imbas yang mengandungi

perkataan yang lengkap dan gambar yang disertakan dijadikan sebagai kiu bagi

membantu kanak-kanak menyebut perkataan tersebut.

Pengulangan juga berlaku bagi memastikan kanak-kanak dapat menguasai

sebutan sesuatu perkataan berdasarkan huruf yang tertera di bawah gambar

tersebut.

Latihan mengulangi sebutan perkataan dijalankan sehingga kanak-kanak benar-

benar mahir dalam menyebut perkatan atau ayat yang mudah secara keseluruhan.

6.2.3 Pendekatan Holistik

Pendekatan ini baru sahaja diperkenalkan di negara ini, terutama dalam

pengajaran membaca dalam bahasa Melayu (Mahzan Arshad 2003).

Prinsip asas pendekatan ini ialah kanak-kanak bukan sahaja diajar untuk

menguasai kemahiran membaca, tetapi juga menikmati bahan bacaan.

Pendekatan ini diperkenalkan dalam pengajaran bacaan kerana penulis di atas

mendapati masyarakat Malaysia mempunyai kadar boleh membaca yang tinggi,

tetapi tidak mempunyai minat membaca yang menggalakkan.

Hal yang demikian ini berlaku kerana penekanan pengajaran membaca yang

diajarkan di sekolah terlalu menegaskan aspek menyahkod dan mengenal pasti

perkataan secara keseluruhan (pendekatan fonik dan keseluruhan kata).

Seterusnya pengajaran membaca di sekolah di negara ini terlalu menegaskan

aspek pemahaman bahan bacaan, iaitu pegajaran bacaan kerap dimulakan dengan

Page 54: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

45

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

membaca bahan secara nyaring dan diikuti dengan soalan perbendaharaan kata

dan soalan kefahaman membaca.

Pengajaran membaca menerusi pendekatan holistik juga menegaskan aspek

menyahkod dan memahami.

Perbezaannya dengan kedua-dua pedekatan di atas ialah pendekatan holistik

menegaskan aspek penghayatan bahan selain daripada proses mengenal pasti

huruf dan bunyi huruf atau sebutan sesuatu perkataan yang tepat.

Bahan yang digunakan dalam pendekatan holistik ialah bahan yang autentik, iaitu

buku yang sebenar atau buku yang dihasilkan oleh guru atau kanak-kanak sendiri.

Pendekatan ini mengelak daripada menggunakan carta huruf atau perkataan.

Guru membawa buku kanak-kanak yang sebenar ke dalam kelas dan memberikan

kanak-kanak peluang mengalami bahan yang mempunyai struktur yang lengkap

tersebut.

Teknik yang digunakan ialah bacaan lantang, berkongsi membaca, membaca

berpandu, membaca berkoperatif (Mahzan Arshad, 2003 halaman 63-68).

Pendekatan ini diharapkan dapat membentuk generasi masyarakat Malaysia yang

bukan sahaja dapat menguasai kemahiran membaca, tetapi juga mempunyai minat

dan kesungguhan dalam aktiviti membaca dan menulis sepanjang hayat.

Pendekatan holistik juga memerlukan komitmen guru yang tinggi.

Guru perlu menyediakan persekitaran membaca yang kaya kepada kanak-kanak.

Bahan yang dibawa perlulah kaya dengan pelbagai daya tarikan agar kanak-kanak

tidak berasa bosan dan sentiasa berasa terhibur dengan kegiatan membaca.

Aktiviti membaca juga perlu diikuti dengan aktiviti pengayaan yang pelbagai

bentuknya.

Hal yang demikian ini penting bagi menjadikan kelas membaca sebagai

pemangkin atau penggerak kepada aktiviti kemahiran literasi yang lain di bilik

darjah.

Salah satu aktiviti yang kerap digunakan dalam pendekatan holistik adalah

membaca lantang. Aktiviti ini menjadi “mercu tanda” bagi pendekatan ini kerana

Page 55: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

46

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

kebanyakan kemahiran membaca dapat ditegaskan menerusi teknik membaca

lantang ini (Mahzan Arshad, 2003 halaman 53- 55).

6.3 Jenis-jenis Program Membaca

Terdapat pelbagai program membaca dirancang bagi membantu kanak-kanak membaca

di sekolah. Antaranya ialah:

6.3.1 Program Membaca Pertumbuhan

Satu program membaca biasa yang dijalankan bagi semua peringkat umur kanak-kanak di

institusi pendidikan. Terdapat lapan komponen utama yang seharusnya ditekankan dalam

program membaca pertumbuhan ini, iaitu:

Menggalakkan literasi terbitan – aktiviti literasi terbitan yang menggalakkan

tahap awal dalam penguasaan membaca dan menyediakan kanak-kanak dengan

langkah seterusnya dalam menguasai kemahiran untuk membaca.

Membina kebolehan mengenal huruf secara automatik – prosedur yang membantu

kanak-kanak meluaskan bilangan perkataan dengan secara serta merta dan

membina.

Membina strategi kebolehan pengenalan perkataan – kanak-kanak dilatih

menguasai pelbagai strategi pengenalan perkataan yang digunakan secara terpisah

atau bergabung apabila mereka menemui perkataan yang tidak diketahui.

Meluaskan penguasaan perbendaharaan kata- kanak-kanak dibantu memperluas

perbendaharan kata yang difahami maksudnya dengan pelbagai teknik.

Meningkatkan pemahaman – banyak strategi yang membantu kanak-kanak

memahami bahan bacaan secara berkesan. Sememangnya tujuan membaca adalah

untuk memahami, oleh itu komponen ini ialah komponen yang paling penting

dalam program ini. Komponen yang lain adalah bagi membantu pemahaman.

Membaca lantang – pembacan lantang yang mencukupi perlu bagi komunikasi

yang berkesan dan lebih penting bacaan lantang kadang kala digunakan bagi

penilaian secara formal bagi memastikan seseorang kanak-kanak itu

menggunakan strategi membaca dan menyebut yang betul.

Page 56: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

47

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Menggalakkan kelancaran membaca yang bersesuaian dengan tujuan mambaca

dan bahan yang dibaca.

Membina kemahiran membaca dan membaca pelbagai bahan kerana bahan yang

ditemui kanak-kanak bukan sahaja dalam bentuk naratif.

Kanak-kanak juga perlu kepada kemahiran membaca bahan yang berkaitan

dengan aspek kehidupan yang lain seperti membaca arahan, papan tanda, soalan

ujian, dan sebagainya.

6.3.2 Progam Pembetulan Membaca

Program ini dijalankan di dalam kelas biasa bagi membantu kanak-kanak yang

mengalami masalah membaca yang ringan.

Kanak-kanak begini perlu kepada perhatian yang khusus bagi menguasai kelapan-

lapan komponen membaca yang dinyatakan di atas.

Bagi kanak-kanak normal bantuan awal dapat diberikan bagi mereka yang

mempunyai masalah ringan dalam menyahkod dan menguasai kemahiran yang

asas dalam bacaan.

6.3.3 Progam Pemulihan Membaca

Program ini ialah bagi kanak-kanak yang mengalami ketidakkeupayaan membaca

yang sederhana dan berat.

Mereka perlu menjalani program membaca daripada guru yang dilatih khusus

dalam bidang ini.

Kelas biasanya antara lima hingga lapan orang kanak-kanak yang mengalami

masalah untuk menguasai kemahiran asas membaca setelah menjalani program

pembetulan membaca.

Kelas biasanya dijalankan di luar masa kelas biasa, dan kanak-kanak perlu

diasingkan dengan kanak-kanak yang lain bagi menjalani program ini.

Guru akan menjalankan penilaian berterusan begi memastikan perkembangan

mereka.

Page 57: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

48

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Pengajaran dijalankan secara berkumpulan atau sekiranya seseorang kanak-kanak

mempunyai masalah yang khusus, maka tumpuan bagi kanak-kanak tersebut

dapat diberikan oleh guru pemulihan.

Semakin awal kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat dikesan, semakin besar

kemungkinan untuk mereka dapat dibantu dengan berkesan.

6.3.4 Program Membaca Klinikal

Program ini dirancangkan bagi seseorang individu kanak-kanak yang mempunyai

masalah tidak berkeupayaan membaca yang berat.

Kanak-kanak perlu kepada bantuan khusus oleh seorang pakar klinikal dalam

bidang bacaan agar kanak-kanak ini memperoleh kaedah tertentu untuk

membolehkannya menguasai kemahiran asas membaca.

Kadang kala kanak-kanak ini memerlukan pemulihan fizikal atau terapi yang

khusus bagi membantunya menguasai kemahiran membaca dan belajar seperti

kanak-kanak yang lain.

6.4 Soalan

1. Apakah yang kanak-kanak faham tentang bahan bercetak dan fungsinya?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Pendekatan Holistik dalam membaca?

Bagaimanakah pendekatan ini dapat dilaksanakan dalam bilik darjah prasekolah?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan bacaan lantang? Bagaimanakah aktiviti bacaan

lantang ini dapat dilaksanakan dalam bilik darjah prasekolah?

Page 58: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

49

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 7

PENGAJARAN PENULISAN PADA PERINGKAT

AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan maksud kegiatan penulisan

2. Menjelaskan tanggapan kanak-kanak terhadap aktiviti penulisan

3. Merancang aktiviti penulisan bagi kelas prasekolah

7.1 Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan kemahiran literasi yang amat penting dalam

proses komunikasi antara manusia, samalah seperti kemahiran bertutur, tetapi

dalam bentuk ortografik.

Beza antara proses komunikasi dengan menggunakan kemahiran bertutur

berbanding kemahiran menulis ialah komunikasi pertuturan semasa sifatnya

sementara proses komunikasi penulisan boleh ditangguhkan.

Penulis mencatat mesej yang hendak disampaikan ke dalam bahan bercetak (di

atas kertas) dan kemudiannya boleh dibaca oleh penerima mesej pada masa yang

lain.

Proses komunikasi penulisan juga boleh disimpan dalam jangka waktu yang

panjang, sementara proses pertuturan akan tamat apabila kedua-dua pihak yang

berkomunikasi berhenti bercakap.

Tugas penulis adalah bagi menyampaikan mesej dalam bentuk yang dapat dilihat.

Penulis perlu menggunakan pelbagai sumber maklumat bagi menyampaikan

mesej ini. Mesej yang ditulis perlu mengandungi makna, semantik dan sintaks,

mengandungi juga bentuk visual, grafem, bentuk ortografik dan reka bentuk, juga

menggunakan huruf, morfem, dan sturktur tatabahasa bagi membentuk ayat dalam

penulisan.

Page 59: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

50

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Apabila kanak-kanak menulis mereka seolah-olah menjadikan bahasa pertuturan

mereka boleh dilihat di atas permukaan bertulis.

Di samping itu, penulis perlu mengambil kira siapa khalayak yang akan membaca

bahan penulisannya.

Kanak-kanak yang baru belajar menulis akan cuba memilih apa yang hendak

ditulis dan apa yang tidak perlu ditulis, dan bagaimana untuk menyampaikan

ideanya dalam bentuk penulisan.

Proses penulisan bagi kanak-kanak ialah satu proses berdialog dengan seseorang

yang dijadikan khalayak atau berpotensi menjadi khalayak terhadap bahan yang

ditulisnya.

Proses penulisan ialah satu proses interaksi antara penulis dengan bahan yang

ditulisnya dengan pembaca yang akan memberikan makna pada bahan yang

dibacanya berdasarkan pengalaman latar atau skemanya terhadap ida atau konsep

yang diungkapkan penulis.

Tugas penulis adalah bagi merangsang proses komunikasi yang berinteraktif ini.

Bahasa ialah pengantara dalam proses komunikasi dalam bentuk penulisan.

Kanak-kanak menguasai bahasa menerusi pergaulan mereka dengan rakan-rakan

sebaya, ibu bapa atau ahli keluarga lain di rumah, dan orag dewasa yang berada di

perskitarannya.

Dalam proses komunikasi menggunakan medium penulisan, kanak-kanak perlu

mengungkap bahasa pertuturan dalam bentuk simbol yang boleh difahami oleh

khalayak yang membacanya kelak.

Bagi memudahkan proses ini berlaku, mereka perlu mengetahui sistem penulisan

atau resam penulisan dalam sesuatu bahasa agar maksud yang hendak

disampaikan dapat difahami oleh pembaca dengan jelas.

Kanak-kanak yang baru ingin menguasai kemahiran ini perlu diberikan panduan

aatu bimbingan yang jelas tentang proses dan cara penulisan dilakukan bagi

menjadikannya mudah difahami dan mesej yang hendak disampaikan menerusi

bahan bertulis dapat menembusi pemikiran pembaca.

Page 60: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

51

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

7.2 Apa yang Kanak-kanak Faham tentang Bahan Bertulis?

Kanak-kanak sedar akan kegunaan penulisan, tujuan penulisan dan strategi bagi

membuat interpretasi terhadap bahan bercetak dalam pelbagai konteks.

Mereka juga sedar akan hubungan antara bahasa lisan dengan bahasa penulisan.

Malah kanak-kanak tahu bahawa alat penulisan seperti pen dan pensel adalah bagi

digunakan untuk kelakuan menulis.

Sebagai contoh mereka akan menconteng apabila memperoleh pen atau pensel.

Kanak-kanak akan menulis pada sesuatu ruang yang tertentu, bukan pada

sebarang ruang. Sebagai contoh mereka akan menconteng pada ruang yang masih

kosong atau yang tidak terdapat sebarang penulisan lagi.

Kesemua perbuatan ini dilakukan oleh kanak-kanak menerusi peniruan kepada

perlakuan orang dewasa. Kita tidak perlu mengajar kanak-kanak memegang

sebatang pen atau pensel.

Kita juga tidak perlu mengajar mereka menulis dalam keadaan yang kerap kita

lakukan iaitu menulis dari atas ke bawah atau menulis dalam kedudukan yang

tertentu.

Secara semula jadi mereka tahu bahawa perbuatan menulis ialah perbuatan yang

memerlukan kombinasi tangan dan mata, serta bahan yang digunakan dalam

proses tersebut seperti pen atau pensel dan juga kertas yang kosong.

Kanak-kanak secara semula jadinya tahu sekiranya pen telah kehabisan dakwat

atau pensel yang sudah patah matanya. Mereka akan mendesak orang dewasa agar

memberikannya alat penulisan yang lain sekiranya kedua-dua perkara tersebut

berlaku pada alat penulisannya.

Mereka juga tahu bahawa perbuatan penulisan ialah perbuatan yang bermakna

dan berfungsi.

Apabila mereka melihat orang dewasa menulis mereka akan memberikan

perhatian terhadap bahan yang ditulis. Mereka akan bertanya pelbagai soalan

yang berkaitan bahan tersebut.

Page 61: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

52

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Mereka tahu bahawa perbuatan menulis ialah perbuatan yang perlu dilakukan oleh

orang dewasa bagi sesuatu tujuan. Apabila mereka melihat bahan bertulis mereka

meminta orang dewasa membacakan bahan tersebut.

Mereka akan meneliti bahan yang ditulis seolah-olah bahan tersebut membawa

sesuatu tanda orang dewasa melakukan sesuatu tindakan.

Mereka melihat perbuatan penulis akan diikuti pula dengan suatu tindakan.

Sebagai contoh, jika ibu menulis senarai membeli belah, apabila tiba di pasar raya,

si ibu akan mengeluarkan semula senarai tersebut dan mula memilih barangan

yang terdapat dalam senarai. Oleh itu mereka tahu bahawa perbuatan menulis

akan membawa sesuatu kesan terhadap tindakan yang diambil oleh orang dewasa.

Kanak-kanak juga menyedari bahawa perbuatan menulis adalah dilakukan oleh

orang dewasa dengan tujuan. Ibu atau ayah menulis untuk meninggalkan pesanan

kepada abang atau kakak. Mereka juga dapat melihat orang dewasa menulis

sesuatu harga di atas bil bagi mendapat bayaran.

Kanak-kanak sedar bahawa perbuatan menulis dilakukan berdasarkan peraturan

tertentu. Mereka melihat orang dewasa menulis pada garis yang disengajakan,

bukan tegak atau lurus semata-mata tetapi ada lekuk atau lentuk, titik dan

pelbagai tanda lagi.

Mereka melihat orang dewasa menulis dari arah kiri ke kanan, dari satu sudut ke

satu sudut yang lain dan dari atas ke bawah pada setiap halaman yang ditulis.

Mereka juga sedar bahawa penulisan berbeza daripada lukisan. Namun demikian

mereka tahu bahawa terdapat perkaitan antara gambar dengan penulisan atau

simbol penulisan.

7.2.1 Kegunaan Bahan Penulisan

Terdapat lapan kegunaan bahan penulisan yang disedari oleh kanak-kanak pada usia

prasekolah. Antaranya ialah:

Bahan penulisan dapat menggantikan bahasa pertuturan bagi menyampaikan

sesuatu mesej. Misalnya ibu akan menuliskan pesanan kepada abang atau kakak

dan kakak atau abang akan melakukan sesuatu apabila membaca pesanan tersebut.

Page 62: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

53

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Guru akan menghantar surat kepada ibu dan ibu akan melakukan sesuatu

berdasarkan kandungan surat tersebut.

Bahan penulisan merupakan sumber maklumat yang dapat digunakan oleh orang

dewasa bagi mengambil tindakan. Sebagai contoh ibu atau bapa akan membeli

sesuatu jenama barangan berdasarkan label atau tanda iklan yang dilihat di

televisyen atau kertas iklan yang diedarkan ke rumah mereka. Orang dewasa juga

akan menuju ke sesuatu tempat berdasarkan tanda yang tertera di sesuatu tempat

tersebut seperti tanda jalan atau tanda kawasan perumahan.

Bahan penulisan juga merupakan penyampai mesej sosial yang penting bagi orang

dewasa. Sebagai contoh bagi membeli pakaian, mereka akan melihat cap atau

logo yang tertera pada pakaian tersebut. Ibu akan membeli sesuatu barangan

berdasarkan jenama yang tertera pada pakaian tersebut. Di samping itu orang

dewasa juga akan menulis kad ucapan atau menulis ucapan selamat hari jadi pada

kek hari jadi bagi menandakan hari yang istimewa tersebut.

Bahan bertulis juga membantu orang dewasa mengingat sesuatu perkara dan

memberi panduan kepada mereka untuk mengambil sesuatu tindakan yang perlu.

Sebagai contoh kakak atau abang akan menyusun buku untuk dibawa ke sekolah

berdasarkan jadual waktu yang ditulis pada sekeping kertas kecil.

Bahan penulisan juga boleh digunakan bagi menyatakan perasaan hati seperti

suka, duka, sayang dan sebagainya. Orang dewasa selalu menulis bagi

menyatakan perasaan hati mereka pada kad ucapan atau pesanan ringkas.

Kanak-kanak tahu bahawa orang dewasa menulis bagi menyatakan sesuatu

maklumat secara teratur. Mereka sering melihat ibu membuat senarai membeli

belah secara tersusun, berdasarkan jenis barang yang hendak dibeli. Mereka juga

melihat orang dewasa menggunakan carta atau jadual bagi melakukan sesuatu

menurut masa dan waktu yang tertentu. Sebagai contoh mereka melihat orang

dewasa merujuk kalendar dan mencatatkan sesuatu atau membuat keputusan

berdasarkan tarikh tertentu pada kalendar tersebut.

Kanak-kanak menyedari bahawa mereka akan memperoleh pengetahuan baru

menerusi bahan bacaan seperti buku cerita dan majalah. Mereka akan dapat

sesuatu pengajaran yang akan dibacakan pada akhir sesuatu buku cerita. Di

Page 63: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

54

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

samping itu, mereka juga sedar bahawa orang dewasa mendapat maklumat

daripada bahan bacaan seperti surat khabar, majalah dan buku.

Kanak-kanak juga sedar bahawa bahan bertulis mengandungi klasifikasi tertentu

yang dijadikan panduan bagi orang dewasa untuk mengambil tindakan. Sebagai

contoh bahan bertulis digunakan bagi memberi panduan atau petunjuk bangunan.

Mereka melihat orang dewasa menuju ke sesuatu bangunan berdasarkan label

yang terdapat di bangunan tersebut seperti tanda blok bangunan, nama bangunan

atau tingkat dalam sesuatu bangunan. Label juga digunakan sebagai petunjuk bagi

memudahkan orang dewasa mengingat tempat letak kereta.

7.2.2 Tahap Kebolehan Menulis

Kanak-kanak menguasai kemahiran menulis secara mekanik berdasarkan beberapa

peringkat pada tahap awalnya. Peringkat kebolehan kanak-kanak menulis ialah:

Usia: Bulan Kebolehan

17 Menggunakan alat tulis, menconteng kertas dalam bentuk berulang dan

berlapis

19 Mengawal jumlah garis dan titik, bulatan di atas kertas

21-24 Membezakan antara bahan bertulis seolah-olah membaca tulisan dan

melakukan aktiviti menulis lebih kurang 10 minit

27 Meminta orang dewasa menulis untuk mereka, seperti menulis nama dan

tempat

29 Membentuk huruf secara kasar

30 Pembentukan huruf semakin kukuh

32 Boleh membezakan tulisan dengan lukisan

34 Penulisan semakin stabil, menulis dari kiri ke kanan, belajar membuat

garisan pada tulisan

Page 64: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

55

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

7.3 Aktiviti Penulisan Pada Usia Awal

Walaupun kanak-kanak secara semula jadinya faham tentang aktiviti penulisan membawa

makna dalam kehidupan, namun para guru dan ibu bapa perlu merancang aktiviti yang

bersesuaian dengan usia kanak-kanak tersebut.

7.3.1 Merancang Pengajaran Penulisan Pada Tahap Awal Kanak-kanak

Kanak-kanak akan dapat menguasai kemahiran menulis sekiranya diberi peluang

untuk melibatkan diri dengan aktiviti menulis yang autentik.

Pada peringkat awal, mereka akan meniru perlakuan orang dewasa menggunakan

alat tulis pen atau pensel dan kertas atau apa sahaja permukaan yang rata dengan

membentuk formasi yang tidak menentu atau contengan yang tidak

memperlihatkan corak penulisan sebenar.

Mereka tidak tahu bahawa penulisan ialah satu proses yang saintifik iaitu satu

aktiviti yang mempunyai peraturan yang khusus seperti sistem ejaan dan

penyusunan idea dalam sesuatu wacana.

Namun demikian kanak-kanak pada peringkat awal ini sedar bahawa aktiviti

penulisan adalah membawa makna. Ibu bapa haruslah memberikan peluang

kepada kanak-kanak seawal usia setahun untuk memperoleh set penulisan yang

bersesuaian dan tidak membahayakan mereka.

Mereka juga perlu disediakan ruang untuk menulis atau menconteng yang sesuai,

atau pada bahagian tertentu di rumah. Ibu bapa harus menunjukkan bahawa

mereka sentiasa menyokong aktiviti penulisan dan terus memberikan galakan

supaya kanak-kanak pada usia awal ini menjadikan penulisan sebagai satu

permainan yang menyeronokkan.

Pada usia awal ini tentunya kanak-kanak tidak akan dapat membentuk huruf atau

perkataan yang sebenar. Ibu bapa janganlah terlalu ghairah untuk memaksa

kanak-kanak usia yang awal ini supaya meniru huruf atau memaksa mereka

menulis huruf dalam kotak yang disediakan dalam banyak buku melatih penulisan

yang terdapat di pasaran untuk kanak-kanak yang lebih dewasa.

Mereka hanya perlu dibimbing agar dapat menggunakan alat tulis dan ruang

penulisan yang khusus bagi aktiviti ini. Tujuannya bukan untuk melatih menulis,

Page 65: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

56

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

tetapi untuk memberikan kanak-kanak peluang untuk melibatkan diri dalam

aktiviti penulisan menurut pemahaman mereka terhadap bahan bercetak seperti

yang telah dibincangkan pada tajuk sebelum ini.

7.3.2 Aktiviti Penulisan Pada Usia 3 – 5 Tahun

Pada usia yang lebih tinggi, iaitu dalam lingkungan 3 hingga 5 tahun, kanak-

kanak telah dapat memahami bahawa penulisan ialah satu aktiviti yang

mempunyai peraturan dan sistem yang tertentu.

Mereka mulai faham bahawa menulis sebenarnya memerlukan mereka menguasai

kemahiran yang lebih kompleks seperti mereka mesti menguasai huruf dan

nombor serta sistem ejaan yang terdapat dalam sesuatu bahasa dan bagaimana

untuk menyusun huruf dan nombor ini agar menjadi lebih bermakna.

Kanak-kanak mulai sedar bahawa aktiviti penulisan bukan semata-mata satu

permainan menconteng, tetapi proses penulisan ialah satu proses komunikasi

antara penulis dan pembaca.

Apa sahaja yang diungkapkan pada permukaan kertas membawa satu maksud

yang tertentu bagi difahami oleh orang yang memperolehinya. Oleh yang

demikian, contengan kanak-kanak pada usia begini mulai mempunyai formasi

atau bentuk huruf atau nombor yang menyerupai huruf dan nombor sebenar.

Langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa atau penjaga pada tahap usia ini adalah

memberikan sokongan yang lebih bersistematik dapat aktiviti menulis. Ibu bapa

atau penjaga boleh memulakan dengan menggalakkan kanak-kanak membentuk

penulisan yang bermakna seperti menulis nama mereka dan nama ahli keluarga

terdekat.

Kanak-kanak juga didedahkan dengan aktiviti menulis yang lebih berstruktur

seperti jenama atau arahan yang kerap ditemui kanak-kanak dalam kehidupan

hariannya.

Namun demikian, ibu bapa atau penjaga janganlah terlalu mengambil kira

ketepatan dalam sistem penulisan seperti pembentukan huruf atau ejaan ketika

menggalakkan kanak-kanak terlibat dalam akitiviti menulis pada peringkat ini.

Page 66: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

57

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kanak-kanak akan lebih banyak menggunakan “ejaan ciptaan” dalam aktiviti

penulisan.

7.3.3 Aktiviti Penulisan bagi Kanak-kanak Prasekolah

Pada usia prasekolah kanak-kanak yang telah mempunyai pengalaman menulis

yang asas dan banyak didedahkan dengan aktiviti menulis yang berstruktur akan

dapat menguasai kemahiran yang seterusnya, iaitu menulis dalam satu wacana.

Pada peringkat usia ini juga kanak-kanak akan mulai sedar tentang wujudnya

sistem ejaan dalam sesuatu bahasa yang perlu diikuti bagi menjadikan bahan yang

ditulis lebih mudah difahami. Kanak-kanak juga telah menguasai jenis penulisan

yang pelbagai tujuannya. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti

penulisan yang mempunyai tujuan yang khusus dan bermakna.

Pada usia ini kanak-kanak perlu dibimbing untuk menulis bahan penulisan yang

berwacana dan pelbagai bentuknya. Sebagai contoh mereka perlu dibimbing

untuk menulis tentang diri mereka. Aktiviti penulisan jurnal atau diari diri amat

sesuai bagi memberikan pendedahan kanak-kanak membentuk penulisan yang

bermakna.

Kanak-kanak juga boleh dilatih untuk mengarang cerita atau laporan kejadian

yang berlaku di sekitar mereka. Tidak hairan juga jika ada kanak-kanak yang

dapat menulis bahan cereka atau puisi pada tahap usia ini.

Bahan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai bahan yang autentik,

iaitu bahan ciptaan kanak-kanak sendiri berdasarkan kreativiti dan daya imaginasi

kanak-kanak tersebut.

7.4 Soalan

1. Apakah yang kanak-kanak pada usia awal faham tentang aktiviti penulisan?

2. Apa yang dimaksudkan dengan ejaan ciptaan? Bagaimanakah ibu bapa atau

penjaga dapat menggalakkan kanak-kanak gemar terhadap aktiviti penulisan?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan penulisan yang autentik?

Bagaimanakah ibu bapa atau guru prasekolah dapat menggalakkan kanak-kanak

menghasilkan bahan yang autentik ini?

Page 67: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

58

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 8

PENDEKATAN HOLISTIK DALAM PENGAJARAN

LITERASI AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan maksud pendekatan holistik dalam pendidikan literasi awal kanak-

kanak

2. Menghuraikan tentang prinsip asas dalam pengajaran literasi berlandaskan

pendekatan holistik

3. Menjelaskan garis panduan yang dapat digunakan bagi pengajaran literasi awal

kanak-kanak pada peringkat prasekolah

8.1 Pendekatan Holistik

Pendekatan holistik dalam pendidikan literasi awal kanak-kanak ialah

kemampuan menggabungkan keseluruhan kemahiran berbahasa iaitu mendengar,

bertutur, membaca, menulis, dan berfikir.

Penguasaan kemahiran tersebut perlu berlaku serentak dan bukan terpisah-pisah.

Oleh yang demikian, bagi membantu para pelajar membina dan menguasai literasi

awal kanak-kanak, guru perlu mengambil kira bahawa setiap komponen

kemahiran yang dinyatakan tidak diabaikan.

Setiap kemahiran seharusnya tidak diajar secara berasingan atau diajar dalam

tajuk yang terpisah-pisah kerana kesemua aspek kemahiran tersebut terbina secara

bersepadu dan saling bantu-membantu di antara satu sama yang lain. Kekurangan

pada satu aspek akan menyebabkan kekurangan akan juga berlaku pada aspek

yang lain.

Pada masa yang lalu, penekanan terhadap aspek bacaan dilakukan pada peringkat

awal persekolahan lagi. Kanak-kanak diajar menghafal huruf-huruf A hingga ke Z

Page 68: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

59

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

dan dilatih tubi dengan membaca carta huruf dan kad-kad imbas supaya dapat

menguasai bacaan berdasarkan suku kata.

Penekanan kemahiran bacaan secara ini adalah tertumpu pada tahap mengenal

huruf semata-mata, sehingga kanak-kanak hanya mempunyai kemampuan

menyebut perkataan yang ditunjukkan menerusi carta atau kad imbas tersebut

tanpa mengaitkan bahan yang dibacanya dalam satu situasi yang lebih bermakna.

Perkembangan pendidikan bacaan di sekolah pada masa yang sama juga percaya

bahawa kanak-kanak perlu belajar membaca terlebih dahulu sebelum diajar

kemahiran menulis.

Pengajaran penulisan hanya berlaku setelah kanak-kanak memasuki tahun kedua

persekolahan. Penulisan karangan hanya diperkenalkan kepada murid pada tahun

tiga atau empat. Kelewatan mendedahkan kanak-kanak pada pengalaman

membaca dan menulis yang jitu akan menyebabkan kebantutan dalam proses

mereka menguasai kedua-dua kemahiran tersebut.

Hal ini demikian kerana kajian yang dijalankan membuktikan sekiranya seseorang

murid itu lambat didedahkan kepada kemahiran membaca dan menulis yang

bersepadu, dan tidak dapat menguasai kedua-dua kemahiran tersebut pada akhir

tahun ketiga persekolahannya, dia akan terus ketinggalan dalam kemahiran

membaca dan menulis dan juga dalam semua aspek akademik pada peringkat

yang lebih tinggi.

Kanak-kanak pada usia awal persekolahan perlu didedahkan dengan pengalaman

membaca dan menulis yang sebenar secara bersepadu. Melatih tubi dengan

menggunakan kad imbasan atau carta huruf yang disediakan guru tidak

mencukupi bagi mengayakan mereka dengan pengalaman tersebut.

Mereka perlu disuakan dengan pelbagai bahan bacaan yang diterbitkan dalam

bentuk yang asal seperti buku cerita yang mempunyai tema dan mesej yang

khusus, di samping mengandungi pelbagai ilustrasi yang menarik. Mereka juga

perlu diberi peluang menyalurkan apa yang terkandung dalam pemikiran mereka

dalam bentuk penulisan dengan kemampuan yang ada pada peringkat usia mereka

sendiri.

Page 69: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

60

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Sungguhpun sebahagian daripada hasil penulisan mereka itu nanti dalam bentuk

cakaran huruf yang tidak jelas dan tidak membawa maksud yang tertentu, latihan

begini merupakan langkah awal bagi membina pengalaman yang lebih kukuh

pada peringkat yang lebih matang. Semakin banyak seseorang kanak-kanak itu

mencuba, semakin kukuh kepercayaannya mencungkil makna daripada bahan

yang bercetak dan menyampaikan maksud menerusi alat tulis dan kertas yang

digunakannya.

Ejaan ciptaan yang digunakan kanak-kanak pada peringkat awal ini menjadi asas

bagi memperkenalkan mereka dengan alam penulisan yang sebenar pada

peringkat yang lebih dewasa.

Kanak-kanak terlibat secara langsung mendengar bacaan cikgu mereka, membuat

penaakulan, memberikan pandangan secara lisan, terlibat dalam aktiviti

perbincangan secara kumpulan, menulis, mengemukakan pandangan masing-

masing di dalam kumpulan kecil dan dalam bilik darjah, dan menulis pendapat

mereka dalam jurnal.

Peningkatan literasi bahasa menerusi pendekatan holistik dan bersepadu ialah

gabungan semua kemahiran literasi dalam satu sesi pengajaran dan

menyeimbangkan penegasan terhadap kesemua aspek ini.

8.2 Pengajaran Secara Holistik, Berfungsi dan Bermakna

Penyampaian sesuatu pengajaran secara holistik atau keseluruhan, berfungsi dan

bermakna mempunyai pelbagai maksud. Penyampaian pengajaran secara

keseluruhan ialah kanak-kanak terlibat dalam membaca dan menulis dalam situasi

yang saling lengkap-melengkapi.

Teks yang digunakan dalam bacaan ialah teks yang autentik, iaitu teks yang

dalam bentuk penerbitannya yang sebenar, bukan petikan daripada bahan yang

telah disalin semula atau ditulis semula dalam bentuk yang lain.

Pergantungan semata-mata pada buku teks di dalam kelas literasi berteraskan

kemahiran berbahasa akan menghadkan pembacaan terhadap bahan yang tidak

lengkap dan telah diubahsuaikan dengan keperluan dan kepadatan ruang dalam

buku teks tersebut.

Page 70: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

61

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kanak-kanak tidak dapat mengulas pendirian yang hendak disampaikan penulis

sesuatu bahan bacaan secara lengkap kerana mereka hanya berpeluang membaca

sebahagian daripada hasil penulisan tersebut dan dalam bentuk yang telah diubah

suai menurut format dan ruang buku teks atau buku rujukan yang disediakan.

Sekiranya guru menggunakan buku dalam bentuk penerbitan sebenarnya, kanak-

kanak akan dapat menghalusi pemikiran penulis secara lebih mendalam.

Bagi memperkukuhkan penulisan kanak-kanak dalam kelas literasi berteraskan

kemahiran bersepadu, mereka perlu melibatkan diri dalam bentuk penulisan yang

lengkap berasaskan proses penulisan yang tersusun.

Mereka perlu dilatih untuk memilih genre penulisan yang mereka minati,

berdasarkan tajuk yang mereka sendiri cipta, dan bidang yang mereka mahu

dalami.

Kebiasaan pengajaran penulisan di sekolah pada masa kini adalah terhad pada

satu tajuk karangan yang telah ditetapkan oleh guru, dan bentuk penulisan yang

juga telah ditetapkan.

Kebiasaan ini akan menjadikan kanak-kanak tidak mempunyai pilihan bagi

menajamkan sesuatu kemahiran yang mereka sendiri minat dan kebolehan yang

sedia ada dalam diri seseorang individu tersebut.

Hal ini juga menumpulkan kebolehan kreativiti kanak-kanak untuk mencipta tajuk

penulisan mereka sendiri. Proses penulisan yang lengkap sebaliknya

menggalakkan peningkatan kemahiran dalam penulisan dan memperkembangkan

daya penguasaan kemahiran menulis yang dipunyai oleh mereka.

Mereka akan lebih merasakan hasil penulisan tersebut hak mereka sendiri

dibandingkan dengan menulis karangan yang telah dibincangkan isi-isi

pentingnya dalam kelas dan mereka diarahkan menulis semula isi-isi penting

tersebut dalam ayat dan perenggan yang lengkap.

Penulisan secara bersepadu begini boleh dibuat dalam pelbagai format yang

digemari oleh setiap individu. Sebagai contoh mereka boleh digalakkan menulis

dalam bentuk laporan, skrip drama, sajak, lirik lagu, surat, pengisian jurnal, atau

cerita pendek berdasarkan pengalaman yang dipunyainya pada sesuatu waktu

tertentu.

Page 71: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

62

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Satu aspek yang tidak kurang penting dalam pinsip pengajaran literasi berteraskan

kemahiran bersepadu ialah penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pembacaan

dan penulisan perlulah berfungsi.

Kemahiran literasi sekurang-kurangnya dapat membantu kanak-kanak memahami

pelbagai bahan bacaan yang dikemukakan dalam mata pelajaran yang diajarkan di

sekolah, dan juga dapat membantu mereka menyelesaikan tugasan penulisan yang

diarahkan guru mata pelajaran lain.

Kemahiran berbahasa merentas kurikulum ini amat perlu kerana fungsi bahasa

adalah bukan sahaja untuk berhubung di antara individu manusia. Fungsi bahasa

yang utama pada zaman maklumat hari ini adalah bagaimana pengguna bahasa

dapat memperoleh maklumat daripada bahan yang dibaca dan juga bagaimana

mereka dapat menyampaikan maklumat tersebut secara lebih berkesan.

Pengajaran literasi dengan lebih bermakna merujuk cara mana untuk menjadikan

sesuatu pengajaran tersebut supaya memberikan makna secara peribadi kepada

seseorang kanak-kanak.

Jika kita beranggapan bahawa cara yang paling berkesan bagi mengajar seseorang

kanak-kanak adalah dengan memaksa kanak-kanak tersebut belajar sesuatu yang

kita fikirkan penting bagi dirinya, akhirnya akan menjadikan kita perlu memaksa

setiap kali kita hendak mengajar kanak-kanak tersebut.

Sebaliknya, sekiranya kita menanamkan kepercayaan kepada kanak-kanak

tersebut bahawa mempelajari sesuatu adalah bagi memenuhi keperluan diri

mereka sendiri dan bukan ada mana-mana kuasa yang boleh memaksa mereka

supaya belajar.

Mereka mempelajari sesuatu adalah untuk menjawab persoalan yang mereka

perlukan jawapan, memenuhi rasa ingin tahu mereka, dan kemahuan mereka

untuk mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam. Ini akan memberi makna yang

lebih mendalam kepada diri mereka.

Penguasaan literasi berasaskan keperluan yang bermakna dalam hidup kanak-

kanak inilah yang lebih kekal dalam diri mereka daripada kemahiran literasi yang

dipaksakan dalam hidup mereka seperti yang banyak berlaku dalam sistem

persekolahan kita hari ini.

Page 72: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

63

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

8.3 Pentingnya Motivasi dalam Pembelajaran Literasi

Motivasi ialah satu topik kajian yang tidak boleh diabaikan oleh pendidik dan

pengkaji bidang literasi dan pendidikan bahasa.

Tidak menghairankan jika topik motivasi telah menjadi topik yang paling menarik

minat pengkaji dan pengamal dalam bidang pendidikan literasi dan perkembangan

kurikulum akhir-akhir ini (Guthrie & Wigfield, 1997).

Ahli teori keperilakuan cuba untuk menghujahkan bahawa kanak-kanak boleh

diajar untuk mempelajari maklumat yang terkandung dalam kurikulum di sekolah

sama seperti mereka diajar melontar bola keranjang ke jaring dengan membahagi-

bahagikan pengajaran tersebut dalam pelbagai kemahiran yang kecil pada

pelbagai tahap yang tertentu dan kemudian mencantumkan pelbagai bahagian

kemahiran kecil tersebut dalam satu kemahiran yang sepenuhnya di gelanggang.

Apa yang tidak disedari oleh ahli teori keperilakuan ini adalah sama ada kanak-

kanak tersebut benar-benar berminat atau berkemahuan untuk melakukan latih

tubi sesuatu kemahiran yang kecil tersebut kerana bentuk setiap latihan berbeza-

beza dan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Sekiranya kanak-kanak tersebut tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran kecil

tersebut, maka usaha bagi menggabungkan setiap kemahiran kecil tersebut dalam

satu bentuk yang menyeluruh akan menghadapi kegagalan juga akhirnya.

Dalam konteks pengajaran literasi, pelbagai kemahiran kecil seperti mendengar,

bertutur, membaca dan menulis perlu diterapkan ke dalam diri pelajar secara

keseluruhan dan motivasi yang tinggi perlu bagi menjamin mereka berminat dan

berkemahuan untuk menguasai setiap kemahiran tersebut.

Kita boleh memaksa seseorang kanak-kanak itu ke sekolah tetapi kita tidak boleh

memaksa mereka mempelajari sesuatu di sekolah.

Apa yang mereka pelajari seharusnya datang daripada minat mereka untuk

mempelajarinya. Belajar kerana mahu mengetahui atau disebabkan oleh berminat

untuk mengetahui sesuatu berdasarkan keperluan diri sendiri adalah lebih

berkesan daripada belajar kerana dipaksa oleh guru atau ibu bapa dan kerana

mahu lulus dalam peperiksaan.

Page 73: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

64

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Tugas guru di sekolah seharusnya menimbulkan minat bagi kanak-kanak untuk

menyelidik dan menyiasat sesuatu yang mereka rasa perlu bagi mereka dan ada

kaitan dengan kehidupan mereka.

Kaedah inkuiri sebagai contohnya, amat digalakkan kerana kaedah ini dapat

menimbulkan motivasi yang tinggi di kalangan pelajar literasi yang berasaskan

kemahiran berbahasa. Mereka menentukan apa yang mereka mahu ketahui dan

bagaimana cara yang sesuai untuk mendapatkan maklumat serta kemahiran yang

mereka perlukan.

Berdasarkan kajian yang mendalam, Turner (1995) pernah menggariskan enam

ciri yang menggalakkan motivasi pelajar dalam konteks persekolahan. Enam cirri

tersebut ialah ( Turner, 1995):

o Pilihan – Apabila kanak-kanak diberikan pilihan untuk menentukan teks

yang hendak dibaca atau tugas yang hendak dilaksanakan, mereka akan

menumpukan lebih masa dan tenaga untuk mempelajari dan memahami

bahan tersebut.

o Cabaran – Tugasan yang agak sederhana mencabar akan dilakukan dengan

lebih gigih dan membantu perkembangan kognitif kanak-kanak daripada

tugasan yang terlalu mudah.

o Kawalan – Kanak-kanak memerlukan sedikit kawalan dalam proses

pembelajaran mereka bagi membentuk kebebasan dan kekentalan diri

sebagai pelajar.

o Penggabungan – Perhubungan sosial dan perkongsian ialah asas motivasi

kerana kedua-duanya akan meningkatkan usaha dan keterusan.

o Pembinaan makna – Pembentukan makna yang berterusan menggalakkan

motivasi dengan menegaskan tanggung jawab kanak-kanak bagi

menjadikan apa yang dipelajari bermakna dalam dirinya. Jika pelajar tidak

diberikan tanggung jawab ini, mereka akan menjadi pelajar yang pasif dan

tidak melibatkan diri dalam pelajaran.

o Kesan- Kanak-kanak perlu dibantu supaya melihat pertalian antara usaha

yang mereka lakukan dan penghasilannya. Jika tugasan dapat dikawal,

Page 74: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

65

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

mereka akan lebih bertanggung jawab terhadap tugasan tersebut dan

mereka akan belajar daripada kesilapan yang dilakukan.

8.3.1 Bilik Darjah Holistik

Adalah penting bagi guru menyediakan bilik darjah dalam suasana yang holistik

dalam pengajaran literasi

Bili darjah tersebut mestilah mengandungi pelbagai sudut pembelajaran dan

pengajaran

Berikut ialah contoh sebuah bilik darjah yang holistik:

Page 75: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

66

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Sudut

komputer

Sudut

Audio-

visual

SUDUT BERCERITA

Kerusi

Pengarang

P

A

P

A

N

T

U

L

I

S

R

A

K

B

U

K

U

Sudut

Pameran

Hasil Kerja

Kanak-

kanak

Kerusi dan

meja

kanak-

kanak

Kerusi dan

meja

kanak-

kanak

Kerusi dan

meja

kanak-

kanak

Kerusi dan

meja

kanak-

kanak

SUDUT BACAAN

SENYAP

RAK BUKU

Page 76: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

67

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

8.4 Garis Panduan Pengajaran Literasi Awal Kanak-kanak

Proses pemerolehan makna ialah matlamat utama dalam semua pengajaran literasi

bahasa yang dijalankan di bilik darjah. Bahagian ini seterusnya akan menekankan

satu pandangan utama tentang pengajaran pemahaman dan pembelajaran literasi

bahasa yang menghasilkan empat garis panduan bagi membantu guru

melaksanakan pengajaran literasi awal kanak-kanak, iaitu:

8.4.1 Membaca, menulis, bertutur, mendengar, dan berfikir berkembang selaras

dengan perkembangan literasi

Kajian dalam bidang pembelajaran literasi, penampilan literasi, dan penguasaan

bahasa jelas membuktikan bahawa aspek kemahiran berbahasa berkembang

selaras dengan perkembangan literasi seseorang pelajar.

Oleh yang demikian, fokus utama pengajaran literasi seharusnya menekankan

pelbagai aktiviti yang mengutamakan kegiatan membaca, menulis, mendengar,

bertutur, dan berfikir dalam situasi yang menggalakkan, menggunakan bahan

kesusasteraan yang tulen, dan melibatkan pelajar melakukan aktiviti yang

pelbagai tersebut secara bersepadu dan keseluruhan.

Aktiviti tersebut akan membantu mereka memperoleh kemahiran berbahasa yang

lebih bermakna daripada bahan yang digunakan dalam pengajaran.

8.4.2 Individu belajar membaca dan menulis dengan bertindakbalas terhadap

pembacaan dan penulisannya sendiri

Pembaca dan penulis menguasai kedua-dua kemahiran tersebut dengan terlibat

secara langsung dengan pelbagai aktiviti membaca dan menulis tersebut.

Menerusi peluang yang diperoleh untuk bertindak balas terhadap pembacaan dan

penulisan dan berkongsi pembacaan dan penulisan dengan individu yang lain,

pelajar membina kemahiran dan strategi untuk berjaya sebagai pembaca dan

penulis.

Peluang untuk terlibat dengan pembacaan dan penulisan, walaupun tidak lancar

pada awalnya, akan membantu pelajar membina kemampuan membaca dan

menulis yang lebih kukuh daalm jangka masa panjang.

Page 77: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

68

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Konsep membaca secara bersepadu ini ada sama seperti konsep kanak-kanak

belajar bertutur pada peringkat awal usia mereka. Mereka akan kerap melakukan

kesilapan dan pembetulan sehinggalah mereka mencapai tahap pertuturan yang

tepat dan mahir.

Belajar membaca dan menulis juga akan melalui proses melakukan kesilapan dan

pembetulan sehinggalah seseorang kanak-kanak tersebut menguasai kemahiran

membaca dan menulis yang sepenuhnya.

8.4.3 Pengetahuan latar dan latar belakang adalah ciri-ciri utama dalam

menentukan kemampuan seseorang memperoleh makna

Teori dan kajian tentang pengetahuan latar atau skema, dan latar belakang jelas

menyokong prinsip yang menegaskan pengetahuan latar dan latar belakang

seseorang pembaca mempengaruhi pemerolehan makna dalam pembacaan.

Penguasan literasi juga melibatkan pengaruh pengetahuan latar dan latar belakang

seseorang pelajar. Oleh yang demikian, penguasaan literasi seharusnya

menghubungkan prosedur pengajaran yang dapat membantu pelajar

menggerakkan atau menghubungkan latar belakang dengan bahan yang dibaca

dan ditulis dalam bilik darjah.

8.4.4 Pemahaman adalah satu proses pembinaan makna dengan menghubungkan

idea daripada teks dengan pengetahuan latar dan latar belakang pembaca

Membantu pelajar membina makna melibatkan tugas membantu mereka

menumpukan perhatian terhadap maklumat yang terdapat dalam teks dan

menghubungkan maklumat tersebut dengan maklumat yang terdapat dalam

pemikiran mereka.

Tugas ini dapat dijalankan dengan menggunakan bahan kesusasteraan atau bahan

ekspositori yang diterbitkan dalam bentuk yang asal, yang dapat dijadikan sebagai

model bagi perkembangan pemikiran pelajar.

Oleh kerana pembinaan makna ialah satu proses yang berbentuk peribadi kerana

setiap pembaca akan membina makna yang tersendiri terhadap apa yang dibaca

berdasarkan pengetahuan latar tersebut, maka guru harus bijak menggunakan

Page 78: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

69

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

pengalaman latar dan latar belakang pelajar bagi membantu mereka menguasai

literasi dan membina makna daripada pengalaman literasi yang dijalankan dalam

bilik darjah.

8.5 Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran literasi secara holistik?

2. Bagaimanakah pengajaran literasi secara holistik ini dapat dijalankan dalam

pendidikan literasi awal kanak-kanak?

3. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh guru bagi meningkatkan motivasi di

kalangan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran literasi?

Page 79: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

70

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 9

PENGAJARAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

BERASASKAN BAHAN KESUSASTERAAN

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Menghuraikan fungsi penggunaan bahan kesusasteraan dalam pendidikan literasi

awal kanak-kanak

2. Memilih bahan kesusasteraan yang sesuai dengan kanak-kanak

3. Menggunakan bahan kesusasteraan dalam pengajaran literasi pada peringkat awal

kanak-kanak

9.1 Mengapa Perlu Menggunakan Bahan Kesusasteraan dalam Pengajaran

Literasi Awal Kanak-Kanak?

Bahan kesusasteraan dapat menggambarkan realiti kehidupan kanak-kanak.

Bahan kesusasteraan memberikan kanak-kanak peluang bagi memperkaya

pengalaman yang tidak mungkin dapat mereka alami dengan sendiri menerusi

cara lain.

Bahan kesusasteraan akan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk

mengenali bentuk dan fungsi bahasa, terutama bahasa bertulis.

Bahan ini juga akan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menikmati

bahasa yang pelbagai bentuk dan ragam dan mengalami sendiri penggunaan

bahasa yang beragam ini.

Mempelajari bahasa menerusi bahan kesusasteraan akan memperkukuh daya cipta

kanak-kanak dalam penulisan dan meningkatkan daya pengamatan dalam bacaan

mereka.

Dalam pelaksanaan program literasi berasaskan bahan kesusasteraan, kanak-

kanak diberi peluang untuk mengalami penggunaan bahasa dalam situasi yang

realistic.

Page 80: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

71

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Apabila mereka diberi peluang untuk bertindak balas secara aktif terhadap bahan

dalam bilik darjah mereka akan merasa keseronokan melibatkan diri dalam proses

pembelajaran.

Kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya memproses metakognitif dalam

membina makna dalam bacaan.

9.2 Pemilihan Bahan Kesusasteraan bagi Awal Kanak-kanak

Guru perlu mempunyai beberapa panduan umum bagi membuat pemilihan bahan

kesusasteraan yang difikirkan sesuai bagi kanak-kanak berdasarkan beberapa faktor yang

perlu diambil pertimbangan. Antara pertimbangan tersebut ialah:

9.2.1 Bahan yang sesuai dengan perkembangan usia kanak-kanak

Bahan yang menggunakan perkataan dan ayat-ayat yang berulang-ulang

(memudahkan kanak-kanak pada peringkat ini membuat taakulan dan

memudahkan guru menjalankan langkah pengukuhan, serta mudah dijadikan

sebagai model bagi akiviti penulisan)

Bahan bagi kanak-kanak peringkat umur yang awal ini juga perlukan banyak

menggunakan perkataan yang berirama supaya mudah dibaca atau disebut pada

setiap baris.

Bahan yang mempunyai keselarian dalam huruf, nombor, hari, haribulan, dan

nama bulan akan dapat membantu kanak-kanak mengenali konsep-konsep

tersebut, di samping dapat menguasai bahasa yang dipelajari.

Terdapat juga buku-buku yang dapat membantu memudahkan pelajar mengenali

konsep panjang, pendek, besar, kecil, bulat, persegi empat, dan sebagainya dalam

bentuk yang boleh dipegang oleh pelajar sendiri. Bahan-bahan ini sesuai bagi

memperkenalkan pelbagai konsep yang abstrak tersebut dalam bentuk yang

konkrit.

Kandungan cerita bagi kanak-kanak peringkat awal ini pula perlulah mempunyai

plot yang mudah. Pelajar dengan mudah dapat membuat taakulan tentang apa

yang akan berlaku seterusnya dan apakah pengakhiran cerita.

Page 81: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

72

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

9.2.2 Bahan yang menarik minat pelajar

Pada peringkat rendah, buku yang terpilih perlulah dapat menarik minat kanak-

kanak berdasarkan persembahan ilustrasi dan kandungan yang cerita yang

menarik.

Ilustrasi luar yang menarik akan dapat menjadikan kanak-kanak pada peringkat

ini berminat untuk mengetahui kandungan dalam sesebuah buku.

Bahan yang mempunyai kandungan yang menarik, akan lebih diminati jika

disertai dengan ilustrasi yang dapat memperkukuh lagi daya imaginasi kanak-

kanak (sama ada untuk membaca atau menatapnya sahaja).

Bahan yang mengandungi kedua-dua ciri tersebut akan meningkatkan minat

kanak-kanak kerana mereka sentiasa ingin mengetahui apakah yang terkandung

dalam halaman yang seterusnya ketika membaca.

Guru perlu ingat bahawa bahan kesusasteraan tidak mempunyai tahap kesukaran

yang tertentu. Ketika penulis menghasilkan bahan-bahan kesusasteraan, mereka

tidak akan memikirkan untuk tahap apakah bahan tersebut boleh digunakan secara

tepat.

Sekiranya guru dapat menyediakan bahan yang cukup bagi dipilih pelajar

sebahagian daripada tanggung jawab guru bagi memberikan sokongan kepada

pelajar untuk menanamkan minat terhadap bahasa dan sastera telah terlaksana.

9.3 Panduan Memilih Bahan Kesusasteraan untuk Kanak-kanak

9.3.1 Adakah bahan dipilih berdasarkan tahap perkembangan kanak-kanak?

Adakah bahan sesuai dengan tahap usia pelajar?

Adakah bahan sesuai dengan tahap kelancaran membaca kanak-kanak?

Adakah jumlah bahan mencukupi bagi setiap kumpulan yang berbeza?

Adakah saiz huruf yang digunakan sesuai?

Adakah perkataan yang digunakan sesuai?

Adakah ayat yang digunakan sesuai?

Adakah bahasa yang digunakan sesuai?

Page 82: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

73

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Adakah konsep buku sesuai?

9.3.2 Adakah cerita mengandungi unsur-unsur kesan rasa dan daya tarikan yang

istimewa?

Adakah kanak-kanak meminta dibacakan semula sesuatu bahan, atau mereka

sendiri mengambil inisiatif untuk membaca buku yang sama setelah guru

membaca lantang buku tersebut di dalam kelas?

Adakah bahan tersebut terus menjadi tarikan kanak-kanak, dan berapa lama bahan

tersebut menjadi tarikan setelah bahan lain diperkenalkan/dibaca lantang dalam

kelas yang sama?

9.3.3 Adakah idea dalam bahan tersebut bernilai untuk dibaca?

Adakah mesej yang ingin disampaikan penulis mempunyai nilai moral yang tinggi?

Adakah idea dalam bahan berpadanan dari segi masa dan tenaga untuk

membacanya?

Adakah bahan mengemukakan tema yang baru, atau jika masih menggunakan

tema yang sama, adakah penulis menggunakan sudut pandangan yang berbeza?

9.3.4 Adakah bentuk dan struktur cerita bersesuaian?

Adakah bentuk dan struktur cerita dapat diikuti pembaca dengan mudah?

Adakah cerita mengandungi pengenalan, perkembangan, dan klimaks yang dapat

dikesan oleh kanak-kanak dengan mudah?

Adakah cerita berkembang menurut rentaknya sendiri?

Bagaimanakah penulis menyambung setiap episod?

Apakah ruang kosong (jika ada) yang perlu dipenuhi pembaca?

Bagaimanakah penulis memberikan isyarat pertukaran pergerakan ceritanya?

9.3.5 Adakah bahasa bahan tersebut berkesan?

Adakah bahasa bersesuaian dengan tema dan watak?

Page 83: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

74

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Adakah bahasa yang digunakan dapat menggerakkan imaginasi kanak-kanak dan

dapat mencelikkan pemikiran mereka?

Terdapatkah persembahan ayat atau frasa yang menarik yang diselitkan dalam

bahan?

Adakah watak dalam bahan beraksi dan bertutur gaya bahasa yang bersahaja?

Adakah penulis menggunakan gaya bahasa standard bagi mengukuhkan ceritanya?

Sejauh mana penulis dapat menimbulkan daya imaginasi pembaca menerusi

bahasa dalam ceritanya?

9.3.6 Adakah ceritanya asli?

Adakah cerita dapat diterima pembaca?

Adakah ceritanya cuba mengelakkan ketidaktepatan fakta dan memberikan

pandangan yang bersifat prejudis terhadap sesuatu kaum atau kumpulan

masyarakat?

Adakah penulis menulis kisah seperti yang dipaparkan menerusi tajuk atau

ilustrasi muka depan buku?

Adakah cerita dapat menarik kanak-kanak daripada terus membaca?

9.3.7 Adakah ilustrasi dapat membantu kanak-kanak memahami bahan?

Adakah ilustrasi bersesuaian dengan tema dan watak-watak?

Adakah ilustrasi menjadikan cerita bertambah jelas?

Adakah ilustrasi mencerminkan perkembangan cerita dan dapat menggerakkan

perasaan dan emosi pembaca?

Adakah ilustrasi melengkapi cerita ataupun bersaing dengan cerita?

9.3.8 Adakah format buku bersesuaian?

Adakah saiz buku dan bentuknya sesuai dengan kandungan dan tahap pembaca

yang ditujukan, atau hanya mengikuti format siri buku tersebut?

Adakah saiz huruf, bentuk huruf, ruang antara baris, dan panjang buku

bersesuaian dengan tahap pembaca yang ditujukan?

Page 84: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

75

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Perlu juga ditegaskan tidak semua bahan dapat memenuhi semua ciri-ciri yang

digariskan di atas. Jika guru dapat memilih buku yang memenuhi sebahagian

daripada ciri-ciri tersebut, agak sudah memadai bagi keperluan melaksanakan

program literasi awal kanak-kanak berasaskan bahan kesusasteraan.

9.4 Teknik Pengajaran Literasi Awal Kanak-kanak Menggunakan Bahan

Kesusasteraan

Menggunakan bahan yang telah dipilih atau dipersetujui bersama oleh guru dan

kanak-kanak. Mereka berkongsi membaca dan bertindak balas terhadap bahan dan

menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan berasaskan bahan yang sama tersebut.

Ini akan memberikan mereka peluang meluaskan pengetahuan mereka terhadap

bahan dan unsur-unsur yang terkandung dalam bahan tersebut secara mendalam

dan berkongsi pendapat tentang bahan yang dibaca bersama.

Menggunakan bahan yang dipilih sendiri oleh kanak-kanak. Teknik ini

memberikan peluang kepada kanak-kanak menentukan bahan yang mereka minati,

berdasarkan cita rasa dan kemampuan mereka sendiri. Teknik ini akan

menjadikan kanak-kanak lebih menaruh kepercayaan terhadap bahan dan

kemampuan mereka berinteraksi dengan bahan berdasarkan kebolehan mereka

sendiri. Mereka akan berasa yakin diri terhadap kemampuan mereka sendiri untuk

melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara bertindak balas terhadap bahan

kesusasteraan ini. Pengalaman ini dapat pula dikongsi bersama rakan-rakan dan

dan guru dalam bilik darjah.

Teknik ketiga adalah menggunakan unit-unit terpilih yang terdapat dalam sesuatu

bahan. Teknik unit terpilih ini menggunakan tema tertentu dalam bahan seperti

unsur-unsur sastera, genre, atau hasil seseorang penulis yang terkemuka. Unit

tersebut disusun supaya menepati keperluan kemahiran bahasa yang ingin dicapai

guru. Penegasan terhadap sesuatu aspek yang terkandung dalam karya atau

keistimewaan yang dipunyai oleh seseorang penulis tertentu dapat dibincangkan

dengan lebih mendalam berdasarkan teknik ini.

Kombinasi ketiga-tiga teknik ini boleh juga dijalankan berdasarkan keperluan dan

peruntukan masa yang dipunyai oleh guru dalam melaksanakan sesuatu

Page 85: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

76

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

pengajaran. Guru boleh menggunakan ketiga-tiga teknik bagi mencapai matlamat

pengajarannya berdasarkan beberapa pertimbangan seperti kemampuan pelajar

dan tahap kesukaran bahan yang digunakan. Malah dalam bilik darjah yang sama,

kemungkinan terdapat pelajar yang mempunyai kebolehan yang berbeza yang

memerlukan guru membuat pertimbangan untuk menggunakan ketiga-tiga teknik

berdasarkan perbezaan tersebut.

9.5 Ciri-ciri Program Literasi Awal Kanak-kanak Berasaskan Bahan

Kesusasteraan

Aktiviti penulisan, pertuturan, dan pendengaran digabungkan dengan membaca

dan memainkan peranan utama ketika kanak-kanak bertindak balas terhadap

bahan kesusasteraan. Tema atau unit biasanya yang telah dipilih oleh guru dan

kanak-kanak akan membantu melancarkan lagi pendekatan yang bersepadu ini.

Tema pengajaran mungkin berasaskan bahan kesusasteraan, tetapi mungkin juga

melibatkan mata pelajaran yang lain seperti mata pelajaran sains atau sains sosial

seperti sejarah dan geografi.

Kanak-kanak memilih sebahagian besar bahan kesusasteraan yang mereka ingin

baca. Aktiviti bertindak balas terhadap bahan kesusasteraan boleh dijalankan

bersama-sama guru atau bersama rakan sebaya yang lain dalam bilik darjah sama

ada dalam kumpulan kecil atau dalam kumpulan yang lebih besar. Penggunaan

bahan yang pelbagai genre amat digalakkan bagi meluaskan pemilihan kanak-

kanak.

Masa yang lebih banyak digunakan bagi bacaan bebas dan bacaan senyap

terhadap bahan yang dipilih sendiri oleh pelajar, yang menentukan kelajuan

bacaan mereka sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memastikan

bahawa kanak-kanak mempunyai pilihan bahan yang mencukupi berdasarkan

keperluan pelajar, pelbagai genre, dan pelbagai tahap kesukaran bacaan.

Guru perlu membaca lantang kepada kanak-kanak setiap hari. Konsep bacaan

lantang kepada kanak-kanak ini banyak mendatangkan manfaat. Antara manfaat

membaca lantang yang utama adalah menanam minat kanak-kanak terhadap

bahan yang dibaca, dan ini akan menggalakkan mereka mencari bahan lain untuk

Page 86: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

77

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

dibaca bersendirian. Bacaan lantang guru juga dapat menjadi model bacaan

kepada kanak-kanak.

Guru perlu mengawasi perkembangan kemampuan setiap kanak-kanak dalam

bilik darjahnya dan memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang memperbaik

kemampuan bahasanya. Pencapaian bahasa mereka sentiasa diperkaya oleh guru

dengan strategi-strategi baru supaya dapat meningkatkan kebolehan membaca

berdasarkan kemampuan mereka sendiri. Guru perlu mengetahui tahap

kemampuan setiap kanak-kanak dan mengawasi perkembangan ini dengan tujuan

memberikan sokongan yang diperlukan.

9.6 Memperkenalkan Bahan Kesusasteraan

Apabila guru memperkenalkan sesuatu bahan kesusasteraan kepada kanak-kanak

di bilik darjahnya, dua perkara perlu diambil perhatian, iaitu pertama pengalaman

latar kanak-kanak perlu dicungkil serta dinilai, dan ditambah jika perlu. Guru

boleh membina pelbagai istilah baru bagi menambah pengalaman latar kanak-

kanak tersebut. Kedua, kanak-kanak perlu membina tujuan mereka sendiri untuk

membaca

Kedua-dua perkara ini dapat dicapai menerusi pelbagai cara dan pelbagai

peringkat sokongan guru, bergantung kepada bahan kesusasteraan dan keperluan

pelajar sendiri. Kadang kala guru perlu memperkenalkan beberapa istilah yang

merupakan kunci bagi memahami keseluruhan bahan tersebut.

Sebagai contohnya guru boleh menggunakan lukisan atau gambar bagi

memperkenalkan kanak-kanak kepada sebuah cerita yang ada kaitan dengan

gambar yang ditunjukkan.

Mereka boleh berbincang tentang gambar tersebut dahulu sebelum membacakan

bahagian seterusnya dalam bahan kesusasteraan yang digunakan. Muka depan

kulit sesebuah buku cerita kadang kala mengandungi gambar-gambar yang

menarik.

Guru dalam contoh pengajaran tersebut telah menggunakan gambar muka depan

buku bagi mencungkil telahan kanak-kanak terhadap kandungan cerita tersebut.

Tindakan ini juga menjadikan kanak-kanak menetapkan tujuan untuk membaca,

Page 87: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

78

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

iaitu bagi mengetahui sama ada telahan yang mereka buat terhadap gambar

menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Mereka akan terus tertanya-tanya apa akan berlaku terhadap sesuatu watak dalam

cerita. Sepanjang pengajaran guru boleh menggunakan matlamat kanak-kanak ini

sebagai panduan bagi menentukan arah pengajaran literasinya.

Kanak-kanak akan terus mengesahkan telahan, membetulkan atau membuat

telahan yang baru sekiranya telahan yang mereka buat tidak bersesuaian dengan

apa yang terkandung dalam cerita yang sebenar.

Pada masa yang sama guru boleh mengintegrasikan kegiatan menulis ketika

memperkenalkan bahan kesusasteraan kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak boleh membuat catatan ringkas setiap telahan yang mereka buat

terhadap bahan yang dibaca guru.

Setelah tamat sesi membaca lantang kanak-kanak boleh diajak untuk menjalankan

aktiviti sesudah membaca yang berkaitan dengan tema utama bahan yang dibaca.

9.7 Bahan Kesusasteraan Kanak-kanak

Bahan kesusasteraan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu

fiksyen dan bukan fiksyen.

Bahan fiksyen terdiri daripada buku kanak-kanak yang dihasilkan penulis

berdasarkan kebebasan imaginasi pengarangnya, biasanya dalam bentuk cerita

atau puisi.

Bahan fiksyen yang biasa ialah terdiri daripada buku cerita haiwan, cerita rakyat,

mitos, asal usul, legenda, dan kisah dewa dewi.

Kini, buku kanak-kanak sains fiksyen juga banyak mendapat perhatian kanak-

kanak.

Buku bukan fiksyen ialah buku-buku sejarah, biografi, autobiografi, ensiklopedia

bergambar, dan buku yang ditulis untuk memberi maklumat seperti buku tentang

haiwan, tentang pengangkutan, buku georgrafi, dan judul lain yang boleh

memberi maklumat kepada kanak-kanak thentang dunia dan persekitarannya.

Page 88: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

79

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Semua buku kesusasteraan tersebut adalah penting bagi memberikan pendedahan

awal literasi kepada kanak-kanak dan membina minat mereka untuk membaca.

9.8 Soalan

1. Apakah fungsi bahan kesusasteraan dalam pengajaran literasi awal kanak-kanak?

2. Apakah ciri-ciri yang dapat digunakan bagi memilih bahan kesusasteraan yang

sesuai bagi kanak-kanak?

3. Huraikan satu teknik pengajaran literasi awal kanak-kanak menggunakan bahan

kesusasteraan.

Page 89: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

80

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 10

BUKU KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan definisi buku kanak-kanak

2. Menghuraikan tujuan penulisan buku kanak-kanak

Menghuraikan pelbagai jenis buku kanak-kanak

10.1 Definisi Buku Kanak-kanak

Buku kanak-kanak dianggap sebagai satu genre yang tersendiri dalam istilah

kesuasasteraan. Terdapat pelbagai kriteria boleh dijadikan landasan bagi

menentukan sama ada sesuatu bahan bacaan itu boleh dikategorikan sebagai genre

buku kanak-kanak.

Antaranya ialah buku yang dihasilkan dengan tujuan pembacanya yang terdiri

daripada golongan pembaca yang pada usia sejak dilahirkan hingglah ke usia awal

remaja, iaitu 11 hingga 12 tahun, bolehlah dianggap sebagai buku kanak-kanak.

Namun demikian terdapat satu persoalan, iaitu terdapat buku kanak-kanak ini

yang digemari juga oleh orang dewasa. Oleh itu pertimbangan perlu diambil

perhatian agar mengkategorikan sesuatu bahan bacaan itu khusus untuk kanak-

kanak sebagai khalayak.

Tujuan penulisan buku kanak-kanak mengutamakan kanak-kanak daripada orang

yang lebih dewasa.

Sebagai contohnya, tema yang ditonjolkan oleh penulis adalah khusus bagi kanak-

kanak pada usia yang tertentu.

Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah lebih mudah dan ringan daripada

buku untuk remaja atau orang dewasa.

Penulis buku kanak-kanak juga perlu disertakan dengan ilustrasi yang dapat

menarik perhatian kanak-kanak.

Page 90: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

81

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Konsep yang ingin diketengahkan oleh penulis adalah berkaitan kehidupan realiti

atau alam fantasi kanak-kanak.

Teknik penceritaannya adalah mudah atau lebih lurus alur plotnya.

Pendedahan yang pantas dan pengakhiran yang dapat diteka atau ditaakul dengan

mudah ialah ciri yang biasanya digunakan penulis.

Harga buku kanak-kanak juga haruslah berpatutan dengan kualiti dan ketebalan

buku.

Penggunaan jenis kertas dan format buku kanak-kanak lebih beragam daripada

jenis kertas dan format buku untuk orang dewasa.

10.2 Tujuan Menghasilkan Buku Kanak-kanak

Buku kanak-kanak dihasilkan bagi pelbagai tujuan. Antaranya adalah:

Bagi mendidik dan membimbing kanak-kanak untuk menghadapi kehidupan

dalam masyarakat yang literal. Buku kanak-kanak dihasilkan bagi digunakan oleh

guru atau ibu bapa dan penjaga bagi memperkenalkan kanak-kanak dengan alam

bacaan dan penulisan.

Buku kanak-kank juga dihasilkan bagi tujuan menghibur. Kanak-kanak dapat

menikmati buku yang dibacakan kepada mereka atau mereka sendiri dapat

membacanya bagi tujuan hiburan ini.

Buku kanak-kanak juga memberi kanak-kanak peluang mengenali erti kehidupan,

sama ada yang sebenar atau yang fantasi. Mereka mempelajari erti suka, duka,

kasih sayang, cita-cita, alam haiwan, makhluk selain manusia, dan sebagainya.

Buku kanak-kanak juga berfungsi bagi digunakan oleh institusi pendidikan awal

bagi memberi bimbingan dan panduan kepada kanak-kanak untuk meningkatkan

keupayaan mereka berbahasa, berkomunikasi, dan melakukan kemahiran-

kemahiran lain yang berkaitan perkembangan intelek dan psikomotor mereka.

Buku kanak-kanak juga dihasilkan bagi memperkaya khazanah penulisan dan

penerbitan sesuatu masyarakat agar ketamadunan manusia dalam masyarakat

tersebut terus berkembang dan meningkat dari semasa ke semasa dan dari satu

generasi ke satu generasi yang lain.

Page 91: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

82

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

10.3 Jenis Buku Kanak-kanak

Buku kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:

10.3.1 Buku Bayi

Buku bayi ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan berinteraksi dengan bayi yang

masih belum dapat bertutur iaitu dalam lingkungan usia sejak dilahirkan

hinggalah satu tahun. Pakar dalam bidang psikologi kanak-kanak sering

menegaskan kepentingan kanak-kanak yang baru dilahirkan didedahkan dengan

kegiatan literasi (membaca dan menulis) bagi membantu perkembangan

intelektual dan bahasa pada peringkat awal ini.

Oleh demikian, buku bayi lebih mirip kepada buku yang digunakan bagi

meningkatkan kemahiran pendengaran dan kemahiran menumpukan perhatian

terhadap bahan bacaan. Deria pendengaran bayi lebih tajam daripada deria

penglihatan.

Buku kanak-kanak jenis ini lebih banyak diterbitkan dalam bentuk lagu kanak-

kanak (nursery rhymes atau lullabies).

Terdapat juga buku bayi yang dibuat daripada bahan yang lembut atau kalis air

kerana buku ini boleh juga digunakan sebagi alat permainan bagi bayi.

10.3.2 Buku Awal Kanak-kanak (toddler)

Buku awal kanak-kanak ini ialah buku untuk kanak-kanak yang telah melepasi

usia bayi (selepas usia satu tahun). Pada usia ini kanak-kanak telah mulai pandai

berdiri dan berjalan dan mula menguasai asas bahasa.

Mereka mula sedar tentang kemampuan mereka untuk menerokai alam

persekitaran dengan lebih bebas dan mula menggunakan kemampuan tersebut

untuk bergerak cergas.

Pada usia ini jangka masa tumpuan kanak-kanak adalah pendek dan mereka suka

bergerak dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain dengan lebih pantas.

Oleh demikian, buku untuk kanak-kanak pada usia ini haruslah pendek dan

ringkas.

Page 92: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

83

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Gambar perlulah besar dan jelas, musah untuk kanak-kanak menikmati bahan,

huruf yang dicetak besar agar mudah bagi kanak-kanak membezakan antara huruf

dengan imej.

Buku bagi kanak-kanak awal ini juga perlulah kukuh penjilidannya, halaman yang

agak tebal, dan permukaan kertas yang licin dan mudah dibuka halamannya.

Kandungan haruslah berkaitan dengan persekitaran kanak-kanak pada usia ini

seperti konsep makan, sudu dan garpu, pingan, mangkuk, pakaian, katil, almari,

berus gigi dan sebagainya.

Bagi buku cerita haruslah mempunyai jalan cerita yang mudah dan ringkas.

Bahan yang digunakan haruslah juga bahan yang lasak, kalis air dan diperbuat

daripada bahan yang bersesuaian dengan kanak-kanak pada usia awal ini.

10.3.3 Buku Gambar

Bagi kanak-kanak yang berusia antara 2 hingga 7 tahun, buku bergambar

termasuklah dalam kedua-dua kategori buku di atas kerana apabila kanak-kanak

lebih dewasa mereka lebih tertarik dengan buku cerita yang mengasyikkan.

Apabila sesebuah buku itu telah disukai oleh seseorang kanak-kanak, buku

tersebut akan terus dibelek sehingga beberapa waktu kemudian. Sebagai contoh

setelah dibacakan sekali, mereka akan meminta untuk dibacakan buku tersebut

untuk berulang-ulang kali lagi seolah-olah mereka tidak jemu dengan cerita atau

kandungan buku ini.

Mereka akan menggunakan kiu seperti gambar atau grafik yang terdapat dalam

buku tersebut untuk berinteraksi dengan buku.

Sekiranya kerap dibacakan sesebuah buku, kanak-kanak yang lebih dewasa akan

dapat mengungkap perkataan atau frasa serta ayat yang terkandung dalam buku

tersebut.

Buku pada tahap usia begini juga memerlukan ilustrasi yang menarik bagi

mengekalkan perhatian kanak-kanak terhadap kandungannya.

Page 93: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

84

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

10.3.4 Buku Huruf

Buku yang paling popular di kalangan penerbit Malaysia ialah buku huruf. Buku

begini memperkenalkan huruf kepada kanak-kanak pada pelbagai peringkat usia.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Persatuan Pembaca Antarabangsa (IRA),

buku huruf ialah buku yang paling banyak dibeli oleh ibu bapa untuk anak mereka.

Terdapat pelbagai peringkat buku huruf yang terdapat di pasaran di negara ini.

Antaranya ialah buku huruf yang memperkanalkan huruf daripada A hinggalah Z

dalam huruf besar dan huruf kecil.

Buku ini juga banyak dicetak dalam bentuk buku kerja. Kanak-kanak bukan

sahaja dikehendaki membaca huruf-huruf yang terdapat dalam buku tersebut,

tetapi mereka pelu cuba menulis huruf tersebut pada halaman tertentu buku.

Terdapat juga buku huruf yang ditulis berdasarkan satu huruf satu gambar.

Contohnya, jika huruf A, gambarnya ialah ”Ayam”. Kemudian kanak-kanak

diminta menulis huruf A secara berulang-ulang pada bahagian seterusnya

halaman tersebut.

10.3.5 Buku Nombor

Seperti buku huruf, buku nombor juga banyak terdapat di pasaran buku kanak-

kanak di negara ini. Buku nombor digunakan oleh ibu bapa bagi kanak-kanak

yang belum masuk ke tadika atau taska untuk memperkenalkan konsep nombor

kepada kanak-kanak.

Di tadika atau taska buku ini juga digunakan oleh pengasuh sebagai latihan bagi

kanak-kanak mengenal dan menulis nombor.

Kebanyakan buku nombor yang terdapat di pasaran ialah buku yang

memperkenalkan konsep nombor satu hingga sepuluh. Konsep nombor ini

dikaitkan dengan jumlah objek yang terdapat dalam sesuatu halaman seperti

jumlah satu dikaitkan dengan sebiji epal.

Kemudian kanak-kanak akan diberikan latihan pengukuhan dengan menuliskan

nombor tersebut secara berulang-ulang.

Page 94: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

85

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

10.3.6 Buku Konsep

Buku konsep belum begitu meluas diperkenalkan dalam penerbitan buku kanak-

kanak di negara ini. Di negara barat, buku konsep ini banyak dihasilkan dan

sangat popular di kalangan ibu bapa dan pendidik awal kanak-kanak.

Buku konsep boleh membantu kanak-kanak mengenal kehidupan mereka dan

membantu mereka menempuh pelbagai kegiatan yang perlu dilakukan dalam

kehidupan seharian.

Sebagai conoth buku konsep tentang warna, saiz seperti saiz besar, sederhana dan

kecil, panjang dan pendek, tinggi dan rendah dan sebagainya. Buku konsep juga

boleh direka bagi mendidik kanak-kanak dalam melakukan sesuatu tugasan harian

seperti bertukar pakaian, menggunakan tandas, menonggang basikal, memberus

gigi, adap di meja makan, dan sebagainya.

Konsep yang pelbagai ini boleh didedahkan kepada kanak-kanak secara menarik

menerusi gambar dan ilustrasi serta unsur humor yang boleh menarik minat

mereka terhadap bahan bacan di samping mempelajari pelbagai kemahiran hidup

yang penting ini dengan lebih berkesan.

Pelbagai konsep tersebut dapat difahami oleh kanak-kanak dengan cara yang lebih

menarik menerusi pereembahan ilustrasi, pilihan istilah yang mudah, ayat yang

mudah, dan jalan penceritaan yang berkait rapat dengan kehidupna kanak-kanak.

10.3.7 Buku Prosa/Cerita

Buku cerita yang paling banyak terdapat di pasaran buku kanak-kanak di

Malaysia. Boleh dikatakan hampir 70 peratus buku kanak-kanak yang terdapat di

kedai buku ialah buku cerita.

Buku cerita diterbitkan dalam pelbagai kategori. Ada buku cerita yang dikarang

secara asli oleh penulis dan ada buku cerita yang dicedok daripada cerita-cerita

yang telah dipopularkan oleh penulis terdahulu.

Ada pula buku cerita yang diterjemahkan daripada bahasa asing seperti cerita dari

barat, Asia atau negara jiran.

Page 95: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

86

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Buku cerita ini juga boleh dibahagikan kepada beberapa lagi kategori seperti

cerita haiwan, cerita asal usul, legenda, mitos, cerita moden, sejarah, kisah agama,

dan sebagainya.

Buku prosa juga boleh dikategori kepada dua iaitu buku prosa fiksyen dan prosa

bukan fiksyen.

Buku fiksyen terdiri daripada buku bercorak fantasi seperti fantasi tradisional dan

fantasi moden. Fiksyen juga boleh dibina dalam bentuk realisme, iaitu fiksyen

pensejarahan dan fiksyen kontemporori realistik.

Buku bukan fiksyen pula diterbitkan dalam bentuk biografi atau autobiografi. Di

samping itu bukan fiksyen juga boleh ditulis dalam bahan berbentuk maklumat.

Kumpulan buku prosa bukan fiksyen masih belum banyak dihasilkan di negara ini.

Buku begini boleh membantu kanak-kanak mempelajari maklumat dan fakta yang

penting yang berkaitan kehidupan harian mereka.

Sebagai contoh buku bukan fiksyen ini boleh dihasilkan bagi memberitahu kanak-

kanak tentang cara bagi membuat roti canai, menenun kain songket atau

mencanting batik, bagaimana pohon boleh berbuah, atau ikan dilahirkan,

bagaimana untuk membuat peralatan yang mudah seperti membuat alat muzik dan

sebagainya.

Buku prosa bukan fiksyen ini dapat membantu kanak-kanak dalam menguasai

beberapa mata pelajaran yang berkaitan yang akan dipelajari di sekolah rendah

kelak.

10.4 Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan buku kanak-kanak?

2. Mengapakah buku kanak-kanak dihasilkan?

3. Apakah jenis buku kanak-kanak dan huraikan kegunaannya kepada kanak-kanak

dari pelbagai peringkat usia.

Page 96: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

87

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 11

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN LITERASI

AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

Menghuraikan maksud penilaian dalam pendidikan awal kanak-kanak

Menjelaskan kepentingan penilaian dalam proses pendidikan literasi pada

peringkat awal kanak-kanak

Merancang proses pemerhatian dalam menilai perkembangan literasi awal kanak-

kanak

Membincangkan isu yang berkaitan penilaian dalam bimbingan literasi pada

peringkat awal kanak-kanak

11. 1 Apakah Maksud Penilaian dalam Pendidikan Literasi Awal Kanak-kanak

Sebagai seorang profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, seorang guru

harus mengetahui mengapa penilaian perlu dilaksanakan dalam proses memberikan

bimbingan literasi awal. Penilaian literasi boleh dimaksudkan sebagai satu proses untuk

mendapatkan maklumat bagi mengukur keupayaan kanak-kanak menguasai sesuatu tahap

kemahiran literasi yang telah terkandung dalam perancangan atau dalam sukatan yang

telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Penilaian dilaksanakan bagi memberi

maklumat kepada guru setakat mana kanak-kanak dapat mengikuti dan menguasai

kemahiran-kemahiran literasi yang telah diberikan kepada kanak-kanak sepanjang

tempoh tertentu yang telah ditetapkan sebelum bimbingan literasi bermula. Biasanya guru

akan menggunakan penilaian bagi beberapa tujuan yang tertentu, iaitu:

Mengetahui apakah yang kanak-kanak telah tahu atau kuasai sepanjang tempoh

mereka berada dalam kelas.

Adakah sesuatu keperluan khas yang diperlukan oleh kanak-kanak bagi

membantu mereka menguasai kemahiran literasi yang telah dirancang oleh guru?

Page 97: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

88

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Menentukan kedudukan yang tertentu bagi seseorang kanak-kanak dalam sesuatu

situasi pembelajaran literasi bagi tujuan penambahbaikan.

Menentukan kurikulum atau sukatan yang tertentu bagi memenuhi keperluan

seseorang atau sekumpulan kanak-kanak yang khas.

Menentukan dan memilih bahan-bahah pengajaran yang bersesuaian dengan

keperluan kanak-kanak.

Membuat perancangan penambahbaikan perancangan pengajaran pada masa akan

dating.

Melaporkan kepada ibu bapa tentang perkembangan penguasaan literasi kanak-

kanak.

Memperbaiki proses pengajaran dan memilih kaeadah yang lebih bersesuaian

dengan keupayaan kanak-kanak.

11.2 Penilaian Autentik Terhadap Keupayaan Literasi

Penilaian yang autentik ialah penilaian yang berasaskan keupayaan sebenar kanak-kanak

menerusi aktiviti yang memerlukan kanak-kanak memnunjukkan apa yang mereka tahu

dan dapat lakukan dalam kegiatan literasi. Beberapa prinsip yang berikut boleh dijadikan

panduan dalam melaksanakan penilaian yang autentik ini, iaitu:

Penilaian haruslah membawa faedah kepada kanak-kanak. Bagi melaksanakan

penilaian yang autentik usaha yang berterusan perlulah dilaksanakan bagi

mendapat maklumat yang tepat dan berfaedah bagi meningkatkan mutu

pengajaran literasi yang diamalkan di tadika atau taska. Tugas ini memanglah

berat dan memerlukan kegigihan bagi pihak guru yang ingin melaksnakannya

kerana rekod maklumat bukan sahaja untuk disimpan, tetapi digunakan bagi

memastikan kemajuan setiap kanak-kanak dalam keupayaan literasi dapat

dipantau dari semasa ke semasa.

Penilaian perlulah menjurus kepada sesuatu matlamat tertentu, mempunyai

kesahan dan kebolehpercayaan untuk mencapai matlamat tersebut. Sesuatu

maklumat yang diperoleh dalam proses penilaian tidak semestinya dapat dijadikan

tanda ukur untuk semua tujuan dalam pendidikan literasi. Penilaian dalam

kemahiran bertutur tidak boleh digunakan bagi mengukur keupayaan menulis.

Page 98: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

89

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Begitu juga penilaian dalam kemahiran mendengar tidak boleh dijadikan ukuran

dalam menilai keupayaan membaca kanak-kanak.

Penilaian perlulah bersesuaian dengan usia kanak-kanak. Adalah lebih sukar

untuk menilai kanak-kanak di bawah usia 6 tahun, berbanding kanak-kanak yang

lebih dewasa. Kesahan dan kebolehpercayaan mungkin agak sukar untuk

dijadikan landasan bagi sesuatu penilaian pada tahap awal kanak-kanak ini.

Sehingga kini tidak ada satu kaedah penilaian yang standard bagi mengukur

kemahiran literasi pada tahap awal di negara ini. Oleh yang demikian, kaedah

penilaian yang autentik pada tahap awal ini perlulah mengalami proses yang

berterusan dan percubaan untuk beberapa kali sebelum benar-benar mantap dan

dapat digunakan secara tekal di sesebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak.

Amalan yang berterusan ini akan mematangkan pengalaman guru dalam menilai

keupayaan kanak-kanak pada usia awal.

Penilaian perlu mengambil kira keupayaan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak

yang berada di institusi pendidikan awal kanak-kanak di negara ini berasal

daripada keturunan kaum dan latar belakang bahasa yang berbeza di rumah. Oleh

yang demikian, kaedah penilaian dan penskoran pemarkahan harus mengambil

kira perbezaan tersebut.

Ibu bapa atau rumah juga menjadi sumber maklumat yang penting dalam

membuat penilaian. Pengumpulan maklumat bagi penilaian bukan sahaja

berdasarkan proses penilaian yang dijalankan ketika kanak-kanak berada di tadika

atau taska. Maklumat tentang keupayaan literasi kanak-kanak boleh juga

diperoleh daripada ibu bapa atau penjaga, khususnya ketika mereka berada di

rumah. Prinsip penilaian autentik ini penting bagi menjamin supaya penilaian

yang dilakukan adalah secara menyeluruh dan merangkumi semua aspek

kemahiran yang telah dikuasai oleh seseorang kanak-kanak.

Antara teknik penilaian autentik ialah penilaian portfolio, iaitu kumpulan hasil

kerja kanak-kanak yang berkaitan kegiatan literasi. Apa yang ada dalam portfolio

termasuklah bahan bertulis, bahan lukisan, rakaman audio dan video, gambar,

model dan sebagainya yang difikirkan sesuai untuk dijadikan bukti keupayaan

kemahiran literasi kanak-kanak pada sesuatu tempoh waktu yang ditentukan.

Page 99: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

90

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

11.3 Kaedah Pemerhatian dalam Penilaian Literasi Pada Peringkat Awal

Pemerhatian adalah salah satu kaedah yang digunakan secara meluas dalam penilaian

autentik bagi mengukur keupayaan literasi kanak-kanak. Kanak-kanak perlu diberikan

kebebasan untuk meluahkan diri mereka bagi mengetahui keupayaan mereka dalam

kemahiran literasi. Guru perlu membuat pemerhatian yang jujur dan terbuka bagi

mengetahui perkembangan mereka selama seseorang kanak-kanak berada di kelas

masing-masing. Jadual 11.1 ialah senarai semak yang boleh digunakan sebagai panduan.

Jadual 11.1: Contoh Senarai Semak Pemerhatian Perkembangan Literasi

Nama:

Umur:

Kelas:

Tarikh Pemerhatian:

Komen Penilai:

Petanda:

AKM = Amat Kurang Mahir

KM = Kurang Mahir

M = Mahir

AM = Amat Mahir

(Tandakan pada petak yang sesuai)

Perkembangan Literasi AKM KM M AM

Konsep Percetakan

Mengenal urutan dari kiri ke kanan

Mengenal arah dari atas ke bawah

Bertanya tentang apa yang dikatakan oleh sesuatu bahan

bercetak

Menghubungkan makna antara dua objek yang terdapat

dalam gambar

Mengajuk orang dewasa membaca lantang

Mengajuk orang dewasa membaca secara senyap

Sedar bahawa bahan bercetak mempunyai makna yang

berbeza (untuk hiburan atau untuk maklumat, dsb.)

Perlakuan Pemahaman

Menurut arahan lisan

Melukis gambar yang betul menurut arahan lisan

Page 100: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

91

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Mengenal pasti urutan cerita berdasarkan gambar

Menginterpretasi gambar

Melihat perkaitan dalam cerita

Mengaitkan pengalaman peribadi dengan teks (cerita,

tajuk)

Menyatakan sebab-sebab yang logik dalam plot

cerita/pengakhiran cerita

Melihat kesamaan pola pada cerita yang serupa

Perlakuan Penulisan

Membuat coretan yang bermakna (cubaan untuk membuat

coretan seperti bentuk huruf)

Melukis coretan yang bersambung (seperti pembentukan

huruf bersambung dalam penulisan)

Membina rangkaian beberapa ”huruf”

Menggunakan satu atau lebih konsonan bagi mewakili

perkataan

Menggunakan ejaan ciptaan

11.4 Merancang untuk Melakukan Pemerhatian

Terdapat empat langkah yang perlu dijalankan bagi melaksanakan pemerhatian secara

bersistematik dan berguna bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran literasi,

iaitu:

11.4.1 Rancang untuk proses pemerhatian

Perancangan adalah sesuatu yang perlu dalam melaksanakan pemerhatian.

Ketika merancang pemerhatian guru perlu menjawab soalan siapa, apa, di mana,

bila, dan bagaimana.

Menentukan matlamat adalah sebahagian daripada proses merancang pemerhatian

yang penting.

Page 101: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

92

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Menentukan matlamat ini akan membantu guru menumpukan usaha pemerhatian

ke arah memperbaiki suasana dalam proses bimbingan literasi yang lebih

berkesan pada masa akan dating.

11.4.2 Laksanakan pemerhatian

Dalam melakasnakan pemerhatian para guru perlulah bersikap objektif, khusus,

dan semenyeluruh yang mungkin.

Sediakan senarai semak seperti dalm contoh Jadual 11.1.

Jika ada, gunakan perakam suara atau video kamera bagi merakam kelakuan

kanak-kanak ketika pemerhatian dilaksanakan.

Pilihlah sudut bilik darjah yang sesuai bagi melaksanakan pemerhatian.

Kongsikan maklumat pemerhatian dengan kanak-kanak pada waktu yang sesuai

bagi mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu tindakan yang mereka lakukan ketika

pemerhatian dilaksanakan.

11.4.3 Interpretasi dapatan hasil pemerhatian

Semua maklumat yang diperoleh hasil daripada pemerhatian boleh

diinterpretasikan kepada pelbagai kegunaannya.

Interpretasi terhadap data pemerhatian boleh membantu guru menjelaskan

perkembangan kanak-kanak yangd i bawah seliaannya.

Interpretasi juga boleh digunakan sebagai asas bagi pelaksanaan kurikulum

literasi, melakukan sebarang penyesuaian, dan adaptasi terhadap kurikulum

tersebut berdasarkan keupayaan dan kelakuan kanak-kanak yang sebenar.

11.4.4 Melaporkan dapatan penilaian

Dapatan daripada proses penilaian dengan kaedah pemerhatian ini boleh dibuat

bagi panduan pihak pengurusan dan pihak penggubal dasar pendidikan awal

kanak-kanak tentang proses penambahbaikan yang perlu dijalankan dalam latihan

dan bimbingan literasi awal kanak-kanak.

Page 102: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

93

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Data yang diperoleh juga perlu dikongsi dengan ibu bapa dan penjaga bagi

menjelaskan kepada mereka kedudukan anak masing-masing dalam menguasai

kemahiran literasi.

Dalam proses ini, para guru haruslah jujur dan bersikap terbuka apabila bertemu

dengan ibu bapa bagi memudahkan mereka menerima kesimpulan daripada proses

penilaian yang dilakukan bagi kebaikan anak masing-masing.

11.5 Soalan

1. Apakah maksud penilaian? Mengapa penilaian perlu dijalankan pada tahap

prasekolah?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian autentik? Berikan contoh penilaian

autentik yang boleh dilaksanakan guru dalam pendidikan literasi awal kanak-

kanak.

3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil ketika melaksanakan pemerhatian

bagi tujuan penilaian? Apakah kegunaan dapatan daripada proses pemerhatian

yang dijalankan pada tahap prasekolah?

Page 103: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

94

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 12

SIMULASI PELAJARAN LITERASI

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Membina rancangan pelajaran harian untuk sebuah kelas literasi awal kanak-

kanak

2. Menghuraikan kandungan rancangan pelajaran harian sebuah kelas literasi yang

dibina

3. Merancang untuk melaksanakan satu sesi simulasi pelajaran literasi awal kanak-

kanak

12.1 Rancangan Pelajaran Harian

Sebelum memulakan sesuatu pelajaran, seseorang guru baru perlu membuat perancangan

yang bersesuaian dengan kelas literasi yang akan dilaksanakannnya. Rancangan pelajaran

harian (RPH) ialah satu proses bagi membantu guru baru membiasakan dirinya dengan

situasi yang akan dihadapi ketika berada dalam kelas atau dalam kumpulan kanak-kanak

pada usia awal. Tanpa perancangan yang teliti akan menyebabkan seseorang guru baru

tidak dapat mengawal situasi kelasnya dan akhirnya tidak akan dapat melaksanakan

tugasnya dengan sempurna. Memang menjadi kewajipan dalam mana-mana program

latihan perguruan, sesi latihan simulasi atau dikenali sebagai pengajaran mikro akan

dilaksanakan, dan sesi ini aamt berguna dijadikan panduan para guru baru yang akan

menghadapi kehidupan sebagai seorang pendidk di kelas yang sebenarnya kelak apabila

telah tamat daripada sesuatu latihan perguruan.

Berikut ialah satu contoh sebuah Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dalam satu kelas

literasi awal kanak-kanak.

Page 104: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

95

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

TADIKA MANJA

Latar Belakang

Kelas: Prasekolah Cerdik

Jumlah Kanak-kanak: 15 orang

Umur: 6 tahun

Tarikh:

Waktu: 9.00 pagi

Masa: 20 minit

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Bidang Perkembangan:

Perkembangan bahasa - membaca dan menghafal lirik lagu;

Perkembangan fizikal – motor halus

Pengalaman Lalu:

Pernah mempelajari lagu “Dua Rakan Lama”

Peralatan Bantuan Mengajar:

Carta lirik lagu ‘Dua Rakan Lama’, pelekat kertas, marker berlainan warna

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pelajaran ini, kanak-kanak akan dapat:

Mengikut guru membaca lirik lagu ‘Dua Rakan Lama’

Menghafal lirik lagu ‘Dua Rakan Lama’

Melakonkan watak Dua Rakan Lama dengan menggunakan boneka jari

Langkah Pelajaran:

Set Induksi (2 minit)

Guru menyanyikan lagu ‘Dua Rakan Lama’

Kanak-kanak diminta mengikut guru menyanyi bersama

Langkah 1 - Perkembangan (7 Minit)

Guru menunjukkan carta lirik lagu ‘Dua Rakan Lama’

Guru membaca baris demi baris dan diikuti oleh kanak-kanak

Page 105: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

96

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Guru menunjukkan bagaimanakah perkataan dibentuk berdasarkan ejaan dan suku

kata dalam bahasa Melayu

Kanak-kanak diminta menghafal lirik lagu seberapa yang boleh

Langkah 2 (5 minit)

Guru memberikan kanak-kanak potongan pelekat kertas sebesar ibu jari, setiap

kanak-kanak diberikan dua keping pelekat kertas

Arahkan kanak-kanak melukis gambar mata, hidung dan mulut di atas pelekat

kertas, jika boleh lukiskan dalam dua warna yang berbeza.

Minta mereka lekatkan setiap keping pelekat kertas yang telah dilukis pada ibu

jari kanan dan kiri

Langkah 3 (4 minit)

Minta mereka menyanyikan lagu ‘Dua Rakan Lama’ dengan menggerakkan ibu

jari kanan dan kiri berdasarkan watak dalam lirik tersebut

Biarkan kanak-kanak menyanyi sendiri sambil menggerakkan kedua-dua ibu jari

mereka

Penutup (1 minit)

Tegaskan kepada kanak-kanak bahawa mereka perlu berbudi bahasa apabila

bertemu rakan seperti dalam lirik lagu yang telah dipelajari

Komen guru:

Pencapaian objektif:

Penambahbaikan:

Lain-lain:

Page 106: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

97

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

TADIKA MANJA

Latar Belakang Kanak-kanak

Kelas: Prasekolah Cerdik

Jumlah Kanak-kanak: 15

Umur: 6 tahun

Tarikh:

Waktu: 11.00 pagi

Masa: 20 minit

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Bidang perkembangan:

Perkembangan bahasa – Bahasa Melayu, membaca, menghafal, drama;

Perkembangan fizikal – Motor kasar,

Perkembangan sosial/emosi – Mengambil giliran dalam dialog

Pengalaman lepas:

Kanak-kanak telah belajar menyanyi lagu ‘Dua Rakan Lama’ minggu lalu.

Bahan bantuan mengajar:

Kad imbas dengan lirik lagu dua watak utama ‘Dua Rakan Lama’. Skrip yang sedia

dengan tempat kosong bagi ditulis nama kanak-kanak menurut bahagian watak masing-

masing.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pelajaran ini, kanak-kanak akan dapat:

Mengenalp asti bahagian masing-masing dalam dialog,

Membaca bahagian masing-masing dalam dialog berdasarkan skrip (individu atau

berkumpulan),

Melakonkan aksi yang betul (berjalan, tunduk hormat, bersalaman, mengira pergerakan

mereka) berpandukan skrip dan arahan pementasan.

Langkah Pelajaran:

Set Induksi (2 minit)

Ingatkan kanak-kanak tetang lagu ‘Dua Rakan Lama’ yang mereka telah pelajari

minggu lalu. Minta mereka menyanyi sekali lagi.

Page 107: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

98

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Jelaskan bahawa mereka akan melakonkan sebuah drama dalam konsert tadika.

Mereka akan menggunakan lagu yang sama dalam bentuk drama.

Langkah 1 - Perkembangan (3 minit)

Biarkan mereka memilih kad bagi menentukan bahagian masing-masing dalam

drama (kanak-kanak lelaki dan perempuan berasingan).

Tunjukkan senarai bahagian masing-masing dalam skrip. Tanya siapa akan

memainkan peranan sebagai Sahabat 1 dan siapa yang akan memainkan peranan

sebagai Sahabat 2.

Minta kanak-kanak mencari pasangan masing-masing.

Langkah 2 – (5 minit)

Edarkan skrip bagi setiap watak. Jelakan bagaimana untuk mengisi nama dan

nama pasangan masing-masing dalam skrip.

Bergerak dalam ruang yang lebih besar – alihkan meja dan kerusi ke belakang

kelas.

Tetapkan tempat bermula bagi setiap watak.

Tunjukkan tempat kanak-kanak sepatutnya berakhir.

Langkah 3 – (7 minit)

Kanak-kanak mula beraksi.

Biarkan mereka bergerak di sekitar pentas beberapa kali.

Penutup (2 minit)

Susun semula bilik darjah.

Minta kanak-kanak balik ke tempat duduk masing-masing dan tanya tentang

pengalaman mereka ketika memainkan peranan masing-masing dalam drama ini.

Terusan latihan bagi persedian konsert hari yang lain.

Komen guru:

Pencapaian objektif:

Penambahbaikan:

Page 108: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

99

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Lain-lain:

12.2 Kandungan Pengajaran Literasi Peringkat Awal

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) perlulah mengandungi beberapa perkara yang telah

dipaparkan pada contoh yang diberikan di atas. Perkara yang perlu diambil perhatian

dalam merancang RPH ialah:

12.2.1 Persediaan awal

Perancangan perlulah dibuat sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan, sebaik-baiknya

dua atau tiga hari sebelum waktu pengajaran sebenar. Bagi program latihan perguruan

pada peringkat diploma atau ijazah dasar, pelajar akan menjalani sesi praktikum selama

16 minggu dan pada sesi ini guru pelatih diwajibkan membina RPH bagi setiap kelas

yang diajarnya. Namun dalam program eksekutif, sesi ini agak sukar dilaksanakan kerana

memerlukan kos yang tinggi dan tempoh yang agak panjang. Namun demikian sebagai

seorang guru baru anda boleh melatih diri untuk membina RPH bagi kegunaan diri

sendiri untuk beberapa bulan yang pertama anda mula mengajar.

12.2.2 Kandungan RPH

RPH perlu mengandungi beberapa bahagian yang utama iaitu:

Latar Belakang – bahagian ini mengandungi butir tentang latar belakang kanak-

kanak yang akan diajar, tahun, kelas, tarikh, waktu, umur, mata pelajaran, bidang

perkembangan, pengalaman lalu, dan bahan bantuan mengajar yang akan

digunakan.

Hasil Pembelajaran – nyatakan apa yang kanak-kanak dapat lakukan pada masa

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, dan apa yang mereka akan dapat

lakukan pada akhir sesi tersebut.

Set Induksi – bahagian ini ialah bahagian pengenalan kepada sesuatu tajuk

pengajaran. Pelbagai cara boleh dilakukan bagi menarik minat kanak-kanak

sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Namun demikian guru haruslah dapat

mengaitkan antara set induksi ini dengan kandungan pengajaran yang sebenar.

Page 109: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

100

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Perkembangan Pelajaran – bahagian ini mengandungi langkah-langkah yang

diambil guru bagi memperkembang pengajarannya. Berapa langkah yang perlu

dirancang adalah berdasarkan kemahiran literasi yang ingin diajar pada sesuatu

sesi tersebut. Apa yang penting ialah guru perlu mengatur kemahiran utama yang

ingin dicapai dan disertai oleh kemahiran sampingan bagi dijadikan aktiviti dalam

sesuatu sesi pengajaran. Bahagian ini perlu diakhiri dengan bahagian penutup

pelajaran.

Refleksi – pada akhir pelajaran guru bolehlah memberikan refleksi terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaluinya dan kanak-kanaknya.

Pada bahagian ini guru boleh mengukur pencapaian hasil pembelajaran, kekuatan

dan kelemahan sesi tersebut, dan proses penambahbaikan yang boleh dilakukan

pada masa akan datang.

12.3 Pelaksanaan Pengajaran Literasi

Beberapa perkara perlu diambil perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan. Antaranya ialah:

Penyampaian guru – guru haruslah dapat menyampaikan sesuatu konsep atau

kandungan pengajaran dengan cara yang berkesan, jelas, dan menarik. Bagi

kanak-kanak pada usia awal ini, para guru haruslah dapat menyesuaikan diri

dengan situasi, ragam bahasa, dan kelenturan kata-kata agar mudah difahami dan

dikuit oleh kanak-kanak. Latihan ini perlu dijalankan secara persendirian atau

dengan bantuan rakan lain bagi memastikan penyampaian kita dapat diterima

kanak-kanak dengan mudah dan selesa.

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) – selain menyediakan RPH yang baik,

seseorang guru baru juga perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang

bersesuaian dengan tajuk pengajaran yang ingin dilaksanakannya. Penyediaan

BBM bukan sahaja perlu menarik, tetapi perlulah dapat digunakan dengan

berkesan ketika mengajar. Penyediaan BBM yang mungkin memakan masa yang

panjang dan belanja yang besar akan menjadi ssia-sia sekiranya tidak dapat

digunakan dengan sepenuhnya ketika mengajar.

Page 110: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

101

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Penglibatan kanak-kanak – guru perlu melibatkan kanak-kanak dalam proses

pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Aktiviti yang sesuai dengan tahap

perkembangan kanak-kanak perlu dirancang agar kanak-kanak berasa gembira

dalam proses tersebut, di samping menguasai sesuatu aspek literasi yang guru

ingin mereka kuasai.

Interaksi – interaksi antara guru dengan kanak-kanak, dan interaksi antara sesama

kanak-kanak juga merupakan satu aspek penting dalam pelaksanaan proses

pengajaran dan pembelajaran literasi. Guru perlu mempelbagai strategi

pengajaran agar kanak-kanak berpeluang berinteraksi dengan guru dan rakan

sekelas mereka secara positif.

Kawalan kelas - aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pelaksanaan

kelas literasi awal kanak-kanak. Suasana kelas yang selesa dan terkawal perlu

bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan

sempurna. Kebijaksanaan guru amat penting dalam mengawal kanak-kanak yang

pelabagai ragam personaliti.

Penilaian – pada akhir sesuatu sesi pengajaran biasanya guru akan melakukan

penilaian bagi menentukan pencapaian hasil pembelajaran dan langkah-langkah

yang perlu diambil untuk memperbaik proses tersebut pada masa akan datang.

Penilaian terhadap kanak-kanak sperti pemerhatian dan penilaian portfolio juga

boleh dilakukan bagi proses penilaian pencapaian kanak-kanak terhadap

kemahiran literasi.

12.4 Soalan

1. Apakah yang dimakudkan dengan Rancangan Pelajaran Harian? Mengapakah

RPH perlu bagi seorang guru yang baru?

2. Apakah yang perlu terkandung dalam RPH kelas literasi awal kanak-kanak?

3. Bagaimanakah guru dapat menilai keberkesanan pengajarannya? Apakah aspek

yang boleh diperbaiki dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran literasi

awal kanak-kanak?

Page 111: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

102

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 13

SIMULASI PENGAJARAN LITERASI

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Membina bahan bantuan mengajar bagi kelas literasi awal kanak-kanak

2. Menilai keberkesanan sesi simulasi pengajaran literasi awal kanak-kanak

3. Membuat refeksi diri bagi sesi simulasi pengajaran literasi awal kanak-kanak

13.1 Bahan Bantuan Pengajaran dan Pembelajaran

Bahan Bantuan Pengajaran (BBP) juga dikenali sebagai bahan media dalam pengajaran

adalah sesuatu alat atau bahan yang digunakan guru bagi membantunya menggunakan

BBM dalam sesuatu sesi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Alat ialah

objek yang digunakan sebagai media untuk menggunakan BBM tersebut. Sebagai contoh

papan tulis ialah alat bagi digunakan untuk menulis BBM seperti grafik atau contoh huruf

atau tulisan bagi mengajar mereka memahami sesuatu konsep, huruf atau ayat yang ingin

diperkenalkan guru dalam masa pengajaran tersebut. Buat masa ini komputer dan

projektor LCD pula merupakan alat yang digunakan bagi memaparkan BBM dalam

bentuk multimedia seperti rakaman suara atau bahan video. Beberapa jenis BBM yang

boleh digunakan dalam proses P&P literasi awal kanak-kanak ialah:

Alat pandang - gambar, rajah, carta, kad imbas, buku besar, bahan tayang

menggunakan projektor overhed, blok (sama ada diperbuat daripada kayu, plastik

atau kain), alat permainan satu dimensi, teka-teki, poster, dan sebagainya

Alat dengar - radio, kaset, pita rakaman, cakera padat (audio), MP3, iPod, dan

sebagainya.

Alat pandang dengar – televisyen, video, filem, cakera padat (VCD), komputer

dan sebagainya.

Fungsi BBM dalam proses P&P adalah:

Memudahkan penerangan tentang sesuatu konsep terutama konsep yang abstrak

kepada kanak-kanak kerana kadang kala dengan penerangan secara lisan sahaja

Page 112: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

103

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

agak sukar difahami kanak-kanak. Jika ada BBM yang memperlihat gambaran

sesuatu konsep tersebut memudahkan pemahaman kanak-kanak.

Merangsang minat kanak-kanak terhadap pengajaran guru. Dengan menggunakan

BBM yang menarik akan dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak

terhadap pengajaran.

Membantu guru mempelbagai aktiviti P&P. Aktiviti yang menarik dapat

menjadikan proses P&P lebih lancar dan menarik.

Menjimatkan masa – masa guru dapat dijimatkan sekiranya BBM disediakan

terlebih dahulu bagi memudahkan penerangan. Masa yang lebih lama diperlukan

sekiranya guru perlu melukis atau menulis sesuatu di atas papan tulis bagi

menjelaskan sesuatu konsep yang agak kompleks.

Melibatkan kanak-kanak secara aktif - BBM dapat menarik minat kanak-kanak

untuk terlibat dalam proses P&P secara aktif. Aktiviti yang melibatkan kanak-

kanak akan menyebabkan mereka lebih mudah faham dan ingat sesuatu konsep

yang dijelaskan.

Mengaktifkan deria kanak-kanak – kanak-kanak pada tahap usia awal lebih

mudah belajar dengan menggunakan deria sentuh dan rasa. BBM yang berbentuk

dua atau tiga dimensi lebih mudah diterima oleh kanak-kanak dalam proses P&P.

Begitu juga deria lihat dan dengar mereka lebih mudah digerakkan dengan bahan

yang berirama dan berwarna warni. Oleh itu, alat multimedia amat sesuai

dijadikan BBM bagi pendidikan literasi pada peringkat awal ini.

Memperkaya pengalaman kanak-kanak khususnya dalam penggunaan bahasa

sebenar bagi kanak-kanak yang mempelajari bahasa kedua. Alat pandang dengar

amat berguna bagi menambah pengalaman kanak-kanak menguasai bahasa

sasaran dengan lebih mudah dan cepat.

13.2 Penilaian dalam Simulasi Pengajaran

Kaedah penilaian dalam simulasi pengajaran adalah bergantung kepada beberapa aspek

yang penting, seperti RPH yang dibina, proses dalam melaksanakan simulasi, dan sahsiah

atau personaliti guru yang melaksanakan tugas sebagai guru dalam simulasi tersebut.

Page 113: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

104

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Penyediaan RPH – setiap sesi simulasi perlulah disediakan dengan RPH yang

dibina untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran literasi.

Kesempurnaan RPH – perlu mengandungi objektif pengajaran yang diharap akan

dicapai dalam sesuatu sesi simulasi.

Penentuan masa – guru perlulah mengikuti langkah pengajarannya berdasarkan

perancangan masa yang telah ditetapkan. Jika masa terlalu tersasar dari masa yang

telah dirancang, maka guru haruslah tahu langkah yang perlu disingkatkan atau

pada aktiviti apa perlu dipanjangkan sekiranya perlu.

Pencapaian objektif pengajaran – objektif pengajaran yang dirancang tidak

semestinya tercapai sepenuhnya. Walaupun demikian pada sesi refleksi guru

harus sedar mengapa sesuatu objektif dalam pengajaran sukar untuk dicapai.

Guru haruslah menunjukkan minat dan dengan gaya yang bersungguh-sungguh

untuk melaksanakan simulasi. Hal ini penting sebagai latihan awal seorang guru

literasi yang ingin membina sahsiah sebagai seorang guru pendidikan awal kanak-

kanak yang berpotensi. Keyakinan diri sebagai seorang guru boleh dibina

menerusi latihan yang berterusan dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas.

13.3 Refleksi Diri

Beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh seorang guru ketika menjalankan simulasi

adalah:

Tidak bersedia untuk melaksanakan sesuatu sesi yang telah ditetapkan. Mungkin

kerana kesibukan dan kesuntukan masa, maka perancangan yang rapi tidak

disediakan bagi melaksanakan tugasan ini. Hasilnya kumpulan simulasi tidak

dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.

Tidak mengikut perancangan seperti yang tercatat dalam RPH. Langkah-langkah

pengajaran yang dirancang tidak menyatakan tempoh atau masa yang perlu bagi

setiap langkah atau aktiviti yang dijalankan. Ini akan mengakibatkan guru

kesuntukan masa atau terlalu banyak masa terbuang dalam sesuatu aktiviti yang

dijalankan. Bagi sesi latihan, guru perlu mengikut tempoh yang telah dihasilkan

supaya tidak tersasar daripada objektif pengajaran yang asal.

Page 114: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

105

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Tidak menggunakan BBM yang telah disediakan secara maksimum. BBM

selalunya dirancang untuk digunakan dalam sesuatu aktiviti, namun kerana tidak

merancang penggunaannya dengan betul, maka BBM tidak dapat digunakan

seperti yang diharapkan. Ini akan menyebabkan pembaziran waktu untuk

menyediakan BBM tersebut.

Peralatan yang tidak berfungsi ketika sesi simulasi. Oleh kerana tidak teliti dalam

perancangan dan persediaan, kadang kala peralatan, khususnya peralatan

elektronik tidak berfungi seperti yang diharapkan. Ini akan menyusahkan guru

sendiri.

Bagi mengelakkan kesilapan-kesilapan ini berlaku, ahli kumpulan yang terlibat

dalam sesi simulasi ini perlulah memberikan kerja sama pada peringkat

perancangan, pembinaan bahan, dan pelaksanaan sesi ini. Diharapkan sesi ini

akan memberi peluang kepada semua untuk mendapatkan pengalaman yang

berguna bagi menyediakan diri sebagai seorang guru literasi yang cemerlang pada

masa akan datang.

13.4 Soalan

1. Apakah Bahan Bantuan Mengajar? Mengapakah Bahan Bantuan Mengajar

penting dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran literasi pada

tahap awal kanak-kanak?

2. Apakah aspek yang perlu diambil pertimbangan dalam menilai sesi simulasi

pengajaran literasi pada tahap awal kanak-kanak?

3. Apakah punca berlakunya kesilapan dalam sesi simulasi pengajaran literasi pada

tahap awal kanak-kanak? Bagaimanakah kesilapan ini dapat dielakkan?

Page 115: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

106

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAB 14

PENERAPAN DALAM TEORI DAN AMALAN

DALAM PENDIDIKAN LITERASI AWAL

KANAK-KANAK

Objektif Pengajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan hubungan antara teori dengan amalan dalam pendidikan literasi awal

kanak-kanak

2. Membincangkan kandungan sukatan Pelajaran Literasi Prasekolah

3. Menghuraikan teknik penerapan nilai dalam pengajaran literasi awal kanak-kanak

14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan

Hubungan antara teori dengan amalan dalam pelbagai bidang ilmu telah banyak

dibincangkan oleh pelbagai pihak, khususnya pada tahap akademik dan profesional.

Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, khususnya dalam bidang pendidikan literasi,

keperluan untuk mengaitkan antara teori dengan amalan amat perlu kerana segala yang

diamalkan perlulah berlandaskan teori yang telah diperkukuh menerusi pelbagai

penyelidikan yang telah dilakukan dalam beberapa dekad yang lalu. Oleh sebab bidang

pendidikan awal kanak-kanak ini masih baru di negara kita, maka pelbagai teori

pendidikan awal telah menjadi landasan dalam banyak aktiviti yang melibatkan ahli

akademik dan ahli profesional dalam bidang ini. Antara aktiviti yang memerlukan pakar

akademik dan profesional merujuk hubungan teori dan amalan ialah:

Pembinaan kurikulum – khususnya kurikulum yang melibatkan prasekolah dan

kurikulum yang melibatkan kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang

yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak, dan kurikulum pada peringkat sijil,

diploma, ijazah dasar, dan ijazah tinggi di institusi pengajian tinggi.

Pembinaan bahan yang digunakan bagi kelas-kelas prasekolah dan kursus-kursus

dalam bidang ini. Bahan-bahan yang dihasilkan ialah bahan berlandaskan teori

Page 116: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

107

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

yang kukuh dalam bidang literasi, seperti bahan bacaan dan bahan penulisan

yang digunakan bagi memperkukuh amalan dalam bidang ini.

Penulisan buku kanak-kanak bagi tujuan mendidik kanak-kanak menguasai

kemahiran literasi dan meningkatkan minat mereka terhadap buku.

Pembinaan bahan permainan kanak-kanak berlandaskan sesuatu teori yang kukuh

bagi membantu mereka menguasai kemahiran literasi dengan lebih berkesan.

Merangka sesi pendidikan literasi pada tahap awal supya bersesuaian dengan

keperluan dan tahap keupayaan sesuatu kumpulan kanak-kanak. Sesuatu sesi

bimbingan literasi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan bermakna

sekiranya berlandaskan teori yang kukuh tentang penguasaan literasi aawal

kanak-kanak.

Menjalankan aktiviti dalam bilik darjah literasi awal kanak-kanak dengan lebih

bermakna bagi membantu mereka meningkatkan kesedaran literasi. Kaedah dan

teknik yang telah diuji menerusi pelbagai penyelidikan dan amalan berterusan

boleh dijadikan landasan dalam melaksanakan aktiviti literasi yang

menyeronokkan dan melibatkan kanak-kanak secara aktif.

Amalan berlandaskan teori ini akan menjadikan program pendidikan literasi awal kanak-

kanak lebih berfokus dan mudah dilaksanakan. Teori yang telah diuji oleh pakar-pakar

psikologi, linguistic, dan pendidikan akan menjadi asas yang kukuh dan panduan

pengamal dalam bidang ini. Di samping itu penyelidikan yang berterusan juga perlu bagi

memperkukuh sesuatu teori dan menghasilkan teori yang baru untuk kegunaan amalan

pendidikan literasi pada masa akan datang.

14.2 Kurikulum Pelajaran Literasi Prasekolah

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) untuk prasekolah di Malaysia telah

diperkenalkan pada tahun 2001. Kurikulum ini digubal berdasarkan Rukun Negara,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-kanak

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Kurikulum ini menjadi panduan standard semua

prasekolah yang beroperasi di negara ini bagi mencapai matlamat ketiga-ketiga dasar dan

prinsip yang dinyatakan. Kurikulum ini digubal dengan tujuan membimbing kanak-kanak

dari usia 4 hingga 6 tahun (kanak-kanak prasekolah) agar potensi mereka sebagai

Page 117: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

108

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

individu yang bersepadu dapat dibangunkan. Di samping itu KPK diharapkan dapat

memupuk amalan-amalan dan nilai berteraskan agama dan moral supaya dapat

menyediakan kanak-kanak di negara ini untuk hidup dalam satu masyarakat yang bersatu

padu. Pada masa yang sama KPK diharapkan dapat menyediakan kanak-kanak dengan

kemahiran yang diperlukan apabila mereka masuk ke sekolah rendah dalam tempoh

terdekat.

Kandungan pengajaran literasi yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah pula

teradapat dalam matlamat KPK ini iaitu:

Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembang kemahiran

berbahasa untuk berkomunikasi

Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi

di sekolah yang menggunakan bahasa penghantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

Menggunakan Bahasa Ingeris dalam interaksi seharian selaras dengan

kedudukannya sebagai bahas kedua

(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001: Halaman 3)

Berasaskan ketiga-tiga matlamat ini jelas menunjukkan bahawa kandungan bahasa amat

dititikberatkan dalam KPK. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai

bahasa yang perlu dikuasai kanak-kanak pada tahap prasekolah, manakala bahasa ibunda

pula masih ditegaskan bagi kanak-kanak yang ke prasekolah yang dikendalikan dalam

bahasa ibunda masing-masing.

Komponen bahasa dan komunikasi ini menjadi teras atau komponen utama dalam KPK.

Kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis,

dan dapat berkomunikasi dengan orang lain dianggap sebagai telah dapat menguasai

sesuatu bahasa. Empat kemahiran literasi yang ditegaskan dalam KPK ini merupakan

kandungan utama dalam aspek bahasa pada tahap ini.

Bagi kandungan Bahasa Melayu sebagai contoh, objektif kurikulum pada tahap awal

kanak-kanak ini memerlukan mereka dapat:

Mendengar dan menyatakan apa yang didengar;

Bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila;

Membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan

murid;

Page 118: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

109

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.

(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2001: Halaman 10)

Begitu juga dengan komponen bahasa yang lain yang terdapat dalam kurikulum ini.

Empat kemahiran literasi yang ditegaskan pada bab yang awal modul ini menjadi teras

dalam proses P&P bimbingan literasi awal kanak-kanak di negara ini.

14.3 Penerapan Nilai dalam Pengajaran Literasi

Penerapan nilai dalam KPK merupakan aspek yang ditegaskan dalam pembinaan

kurikulum ini. Hal ini bagi memupuk generasi akan datang mempunyai nilai-nilai

kerohanian dan moral yang mulia, di samping menjadi masyarakat yang berilmu dan

berkemahiran tinggi.

Dalam pengajaran literasi penerapan nilai ini boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah.

Antaranya ialah:

Menggunakan bahan yang mempunyai unsur-unsur pengajaran nilai yang mulia.

Bahan-bahan yang mengandungi unsur keagamaan bagi kanak-kanak Islam

misalnya, dapat digunakan bagi menerapkan iman yang kukuh dalam jiwa kanak-

kanak apabaila mereka dididik dengan kemahiran literasi yang seharusnya mereka

kuasai. Bagi kanak-kanak bukan beragama Islam pula bahan-bahan yang

mengandungi unsur moral yang tinggi dapat digunakan bagi menimbulkan

kesedaran tentang pentingnya nilai moral untuk dituruti sepanjang hayat mereka.

Menggunakan unsur pengajaran dalam cerita, puisi, lagu dan sebagainya – kanak-

kanak bukan sahaja perlu didedahkan dengan bahan yang bermutu dari segi

bahasa dan penyampaian, tetapi juga mestilah mempunyai mutu nilai yang tinggi

setiap kali didedahkan dengan kisah, sajak dan pantun, serta lirik lagu yang

mengandungi pengajaran yang mulia.

Mendedahkan kanak-kanak dengan nilai permuafakatan dan persefahaman antara

kaum. Bagi penduduk negara ini yang berbeza dari segi keturunan kaum dan

agama, nilai kefahaman terhadap perbezaan kaum dan agama ini perlu diterapkan

pada peringkat awal kanak-kanak lagi. Mereka perlu disedarkan bahawa

perbezaan kaum dan latar belakang agama tidak semestinya menjadi penghalang

bagi mereka hidup berjiran tetangga, bersatu padu dalam mencapai cita-cita

Page 119: BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAKstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1103... · 10.3.5 Buku Nombor 84 ... 14. 1 Hubungan antara Teori dengan Amalan 106 ... Membincangkan asas

BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

110

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

negara, dan bertolak ansur dalam pelbagai situasi yang dihadapi sepanjang hidup

mereka. Perbezaan warna kulit dan bahasa pertuturan tidak semestinya menjadi

penghalang kepada kanak-kanak di negara ini duduk sebangku di dalam kelas dan

sama-sama menjalankan aktiviti harian dalam suasana yang harmoni.

Di samping itu dalam pengajaran literasi jugalah dapat diterapkan semangat

perpaduan dan kenegaraan, kerana banyak bahan yang dibawa ke dalam kelas

prasekolah mengandungi unsur-unsur ini. Guru boleh menjalankan aktiviti yang

memerlukan mereka bekerja sama tanpa mengambil kira perbezaan warna kulit

dan latar belakang budaya yang berbeza.

14.4 Soalan

1. Mengapakah teori penting dalam melaksanakan program pendidikan literasi awal

kanak-kanak?

2. Apakah yang terkandung dalam Kurikulum Prasekolah dari aspek bimbingan

literasi awal kanak-kanak?

3. Bagaimanakah penerapan nilai dapat dilakukan dalam melaksanakan program

literasi awal kanak-kanak di prasekolah di negara ini?