psv total notes

80
~~~Tumpuan utama Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: 1. Pemerhatian secara aktif 2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan 3. Apresiasi seni visual secara mudah 4. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat

Upload: cindy-tong

Post on 16-Dec-2015

285 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Some info about PSV

TRANSCRIPT

~~~Tumpuan utama Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:1. Pemerhatian secara aktif2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan3. Apresiasi seni visual secara mudah4. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembang deria penglihatan, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbanmdingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembang melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembang aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.

Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Penyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyanyangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar., nilai patriotisme, nilai kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan semua pelbagai situasi.

~~~Organisasi Kurikulum Dalam Pendidikan Seni VisualOleh Rose Salvia6 November 2012Jika kita lihat pada Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, ia sebenarnya telah disusun mengikut perkembangan kanak-kanak dengan tujuan bagi melibatkan murid dengan pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni tersebut adalah dalam empat bidang utama iaitu; Bidang menggambar Bidang membuat corak dan rekaan Bidang membentuk dan membuat binaan Bidang kraf tradsionalKesemua empat bidang ini akan memberikan pengalaman seni yang sangat berharga yang akan dapat memperkembangkan dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid di sekolah rendah sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif selaras dengan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.Selain daripada itu, Pendidikan Seni Visual ini membantu murid menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik serta dapat berfikir secara kritis dan kreatif, belajar komunikasi secara berkesan, membuat pilihan dan bijak membuat interpretasi Murid juga mendapat pengetahuan baru seperti pengetahuan tentang alat, bahan dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam sebarang kegiatan seni. Sebagai tambahan, dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif yang boleh dilihat melalui persekitaran, kraf tradsional, prisnip rekaan, unsur seni, pembuatan hasil seni dan pelbagai lagi.Organisasi kurikulum dalam Pendidikan Seni Visual merangkumi empat aspek utama. Saya akan menghuraikan keempat- empat organisasi tersebut, mengaitkannya dengan bidang kegiatan aktiviti seni visual dengan perkembangan kanak- kanak berdasarkan kajian literature.Pemerhatian secara aktifEmpat bidang kegiatan pendidikan seni visual memerlukan pemerhatian yang aktif sebelum proses kerja dijalankan. Ini mempunyai persamaan dengan organisasi kurikulum oleh Laura Chapman (1986), di mana pemerhatian juga merupakan pokok utama sebelum menghasilkan sesuatu karya seni itu. Murid- murid perlu membuat pemerhatian terhadap alam sekeliling, benda- benda yang berada di persekitaran mereka dari segi rupa dan bentuk. Ini sebenarnya merangkumi tentang kesedaran murid mengenai pentingnya pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid sebelum memulakan kerja seni.Pemerhatian secara aktif juga melatih murid memperkembangkan deria penglihatan dan pancaidera lain melalui kajian perbandingan yang dibuat terhadap apa yang telah diperhati. Pemerhatian seperti ini sangat penting kerana ia dapat membantu dalam mengembangkan emosi dan imaginasi murid. Domain kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial murid seperti yang telah dibincangkan sebelum ini dapat dikembangkan menerusi pemerhatian secara aktif. Jika kita ambil contoh pada aktiviti membentuk dan membuat binaan, jelas menunjukkan bahawa pemahaman tentang asas seni visual turut dikembangkan melalui kegiatan pemerhatian. Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka.Justeru itu, jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis. Karya binaan yang dihasilkan dari bidang membentuk dan membuat binaan adalah dalam pelbagai bentuk yang kreatif. Ini terbukti bahawa melalui pemerhatian secara aktif terhadap objek alam dan buatan manusia membantu murid mendapat idea, imaginasi dan alam fantasinya dalam menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahanBidang kegiatan menggambar, membentuk dan membuat binaan, membuat corak dan rekaan dan kraftangan memerlukan murid berinteraksi dengan alat dan bahan semasa proses kerja menyiapkan karya. Kita ambil contoh aktiviti membentuk dan membina kad dalam mbidang seni membentuk dan membuat binaan , dalam proses kerja menyiapkan kad ucapan, murid-murid menggunakan alat seperti gunting untuk menggunting bentuk yang diingini. Selain daripada itu,murid juga dapat memanipulasikan bahan yang diberikan iaitu kertas dengan melipatnya bagi mendapatkan lipatan kad yang diingini. Interaksi yang kritis dan kreatif telah ditunjukkan dalam aktiviti seni yang saya jalankan.Dalam organisasi kurikulum Laura Chapman (1986) turut menjelaskan bahawa penerokaan adalah antara organisasi kurikulum yang penting. Melalui penerokaan terhadap alat dan bahan maka akan terhasilah kreativiti dan idea- idea yang menarik. Sebenarnya, dalam ke empat- empat bidang kegiatan seni di sekolah rendah di Malaysia, murid- murid digalakkan membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif mereka. Murid- murid akan menggunakan pelbagai bahan dan alat yang mana dapat memperkembangkan domain psikomotor dan kemahiran asas seni visual mereka.Menurut Simpson (1956), interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan menunjukkan hasil belajar domain psikomotor yang jelas dan tampak dan kemampuan bertindak individu. Hasil belajar Psikomotor ini merupakan lanjutan dari domain kognitif iaiatu memahami sesuatu dan domain Afektif yang baru tampak dalam bentuk kecenderungan- kecenderungan perilaku.Apresiasi Seni Visual secara mudahApresiasi seni visual sangat penting sekali dalam memberikan pengalaman kepada murid mengenai aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Laura Chapman (1986) turut menjelaskan bahawa empat aspek utama organisasi kurikulum adalah apresiasi dan perlanjutan. Apresiasi seni yang dijalankan dapat menghasilkan karya yang lebih berkualiti dan kreatif di masa hadapan.Bagi organisasi kurikulum pendidikan seni visual di sekolah rendah di Malaysia,apresiasi seni visual secara mudah yang dijalankan membantu murid menghargai karya seni yang dihasikan bukan sahaja oleh mereka sendiri tetapi oleh rakan- rakan lain dan karya- karya yang ada di sekeliling mereka. Berdasarkan kepada aktiviti menghasilkan kad ucapan dari bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan yang telah saya jalankan kepada murid- murid tahun empat, jelas menunjukkan bahawa murid- murid mendapat pengalaman dan dapat menggunakan karya yang dihasilkan untuk kegiatan kehidupan seperti memberikan kepada seseorang dengan tujuan yang murni.Selain daripada itu, apresiasi seni visual ini juga dapat melibatkan murid- murid dengan perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari asek seni melalui karya seni yang telah dihasilkan. Rakan- rakan dan murid itu sendiri boleh membuat penilaian terhadap hasil akhir karya seni bagi tujuan positif untuk meningkatkan lagi kualiti seni di masa hadapan.

Menurut Awang Omar (2009), salah satu elemen penting dalam pengajaran Seni Visual di disekolah ialah apresiasi. Ianya biasa dilakukan pada penghujung pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Dalam ruang apresiasi ini murid dan guru akan berbincang tentang hasil karya yang telah dihasilkan oleh murid di dalam kelas.Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupanSelain daripada pengalaman apresiasi seni seperti yang telah dinyatakan di atas, melalui bidang- bidang kegiatan seni di sekolah rendah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran kehidupan mereka. Menghargai nilai baik dalam proses kerja dan hasil akhir seni membentuk sahsiah yang baik di kalangan murid-murid.Dalam organisasi kurikulum pendidikan seni visual, menghargai nilai baik dalam kehidupan adalah termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotism, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Feldman (1976) mendapati bahawa melalui Pendidikan Seni Visual, kanak-kanak dapat meningkatkan kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa. KesimpulanSebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual, objektifnya dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, peranan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini amat penting sekali dalam memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini adalah kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah bergantung kepada kebijaksanaan guru tersebut dalam mengendalikan aktiviti dan memperkembangkan domain kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial murid- muridnya dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.Jelas terbukti melalui tugasan ini, empat organisasi kurikulum yang dijelaskan oleh Laura Chapman (1986) iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi dan lanjutan mempunyai persamaan dengan organisasi pendidikan seni visual sekolah rendah di Malaysia iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik semua aspek.Keberkesanaan dan kepentingan pendidikan seni visual di sekolah rendah di Malaysia sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Walaupun ia bukanlah mata pelajaran teras sepenting mata pelajaran UPSR namun, keberkesanannya dalam membantu kemenjadian murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

~~~Penggabungjalinan dalam PSVKONSEP PENGGABUNGJALINAN, PEYERAPAN, PENGAYAAN, PEMULIHAN DAN PENILAIAN(5P)Penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut:

i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.

ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.

iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid

Bentuk-bentuk penggabungjalinanAda 3 bentuk penggabungjalinan1. Penggabungjalinan kemahiran2. Penggabungjalinan bahan3. Penggabungjalinan aktiviti

1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. K1: Kemahiran mendengarK2: Kemahiran bertuturK3: Kemahiran membacaK4: Kemahiran menulis

Sila rujuk rajah di bawah:

2. Penggabungjalinan AktivitiAnda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan.

3.Penggabungjalinan BahanPenggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid.

PenyerapanPenyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut:

i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.

ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.

iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:

Mencirikan Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan Membuat kaitan dan perhubungan Membanding dan membeza Menyusun atur Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu Membezakan fakta dengan pendapat Menganalisis Mengesan kecondongan pendapat Mengenal pasti sebab akibat Meramal Mensintesis Mengitlak Membuat analogi Membuat inferens Membuat kesimpulan Menginterpretasi, mentafsir Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan Menilai Menjana idea Merumus, meringkas Membuat keputusan Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada. Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran lain.

KB: Kemahiran bahasa

KS: Kemahiran Pendidikan Seni

KM: Kemahiran muzik

PenilaianPenilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian).Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu1. Penilaian mengesan penguasaan2. Penilaian mengesan kemajuan3. Penilaian mengesan pencapaian

Aktiviti PenilaianPada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:

i. Penilaian formatifPenilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara formal dan tidak formal dengan tujuan: Mengesan kemajuan pelajar Melihat keberkesanan pengajaran guru Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif pengajaran Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru

ii. Penilaian SumatifPenilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan mengandungi semua aras kemahiran. Penilaian ini bertujuan: Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid Membuat perbandingan pencapaian antara murid

PemulihanPemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka. Individu yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran.

PengayaanPengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Menggunakan daya usaha sendiri b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiric. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubahe. Melibatkan pembacaan luas danf. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:

Pembelajaran akses kendiri Kerja projek Bacaan tambahan Permainan dan rekreasi da Pembelajaran berbentuk komputer

Latihan 1 Nyatakan penggabungjalinan seperti dalam rajah yang berikut :2 Nyatakan satu modul penggabungjalinan kemahiran bahasa yang anda fahami.3. Selain penggabungjalinan kemahiran, nyatakan penggabungjalinan yang lain.4. Nyatakan penyerapan yang anda ketahui.5. Nyatakan penilaian dalam pengajaran dan pengajaran dan cara melaksanakan.6. Apakah tujuan penilaian?7. Apakah rasional pemulihan dalam pendidikan Bahasa Melayu?8. Nyatakan objektif pemulihan.9. Apabila murid telah menguasai kemahiran, sesorang guru boleh menjalankan aktiviti pengayaan. Jelaskan kaedah menjalankan aktiviti pengayaan dalam pengajaran dan pengajaran.~~~PenggabungjalinanApakah yang anda faham tentang penggabungjalinan?Penggabungjalinan ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.Prinsip-prinsip penggabungjalinan Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan. Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik. Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.Bentuk-bentuk penggabungjalinanAda 3 bentuk penggabungjalinan : i. Penggabungjalinan KemahiranText Box: K1-Kemahiran MewarnaK2-Kemahiran MemotongK3-Kemahiran MenampalK4-Kemahiran MelukisPSV-Pendidikan Seni VisualRajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Pendidikan Seni Visual dalam Satu Mata PelajaranText Box: K1-Kemahiran PergerakanK2-Kemahiran MuzikK3-Kemahiran SeniPSV-Pendidikan Seni VisualRajah 3: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaranii. Penggabungjalinan AktivitiAnda boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Untuk melaksanakan penggabungjalinan, anda perlu merancangkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.Contoh:a. Berceramah mencatat isib. Bercerita berbincang menulis karanganc. Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasaniii. Penggabungjalinan BahanPenggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Antara bahan yang boleh digabungjalinkan itu adalah seperti yang berikut:

Contoh:

1. Berita ulasan2. Iklan surat permohonan temu duga surat jawapan.

Penggabungjalinkan bahan-bahan ini boleh dilakukan mengikut keperluan masa yang diperuntukkan, pertalian bahan, dan urutan aktiviti yang bersesuaian.Bilik Seni Visual yang kondusifSudut hiasan aktiviti membentuk dan membuat binaan

Sudut hiasan kraf tradisional

Sudut hiasan dalaman dengan pelbagai bahan seni visual

Pencahayaan dan peredaran udara yang baik

Aktiviti kraf tradisional

Susunan perabot dan peralatan yang sesuai

Pelbagai media dan peralatan disediakanHiasan dalaman bilik Seni yang kondusif

Panel pameran pelajar

Panel dan rak pameran hasil kerja pelajar

Tempat penyimpanan pelbagai media dan alatan

Susunan perabot yang memudahkan pelbagai aktiviti semasa p&p

Panel pameran aktiviti menggambar~~~Bilik seni yang kondusif dan aspeknyaPENGENALAN Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dankeputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan. Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid. Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai. Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan. Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan. PENGURUSAN BILIK SENI Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: unsur seni menggambar / melukis warna lukisan alam semulajadi seni huruf dan sebagainya. Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut : 1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk. 2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus. 3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain=lain, 4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain 5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya. 6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk. 7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P. 8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P. 9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV. 10. Papan Maklumat - iaitu Notis Board, maklumat notis semasa, jadual pengagihan tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni. 11. Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat seni kerana memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi pengurusan Fail dan pengurusan P&P. PENGURUSAN RUANG PENDIDIKAN SENI VISUAL BERKONSEPKAN FUTURISTIK Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian yang lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui peredaran masa dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual. Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap. Untuk itu saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. Konsep bilik seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam bilik seni. Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang utama pengajaran dan pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil, ruang pejabat seni, ruang akses ict, stor dan sebagainya. Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkarya-pengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkara-perkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat melalui penggunaan ruang atau prasarana yang kontemporari. HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI A. RUANG CETAKAN Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti 1) Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print, lino cut print, 2) Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint 3) Sablon (Silk screen). Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print. Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan konvensional. B. RUANG AKSES ICT Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi. C. STOR Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu mudah. D. RUANG PEJABAT SENI Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal. E. BILIK AIR/TANDAS Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. Bilik air dan tandas yang selesa disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Semua tandas di sini juga berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Revolusi reka bentuk kepala paip menunjukkan satu inovasi baru diadaptasikan di sini. Kepala paip diaplikasikan dengan teknologi sensor, pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air. Kepala paip ini sungguh berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak digunakan dan juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip sekiranya tangan licin atau berminyak. Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan exhaustfan untuk menyedut udara panas. IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran. (a) Aspek fizikal Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut: (i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan. (ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. (b) Aspek Sosial Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat: (i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru; (ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif; (iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid; (c) Aspek emosi Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan: (i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria; (ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir; iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI KONSEP STRATEGIo Kebijaksanaan memilih pendekatano Kecekapan merancang kaedah dan tekniko Berdasarkan objektif / hasil pembelajarano Terdapar 4 strategi iaitu Berpusat guru berpusatkan murid Berpusatkan tugasan Berpusatkan bahan

PENDEKATANo satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.

PENDEKATAN BERSEPADUo gabungjalin ilmu,bahan yang interaktif,penerapan nilai

INDUKTIFo dimulakan dengan contoh-contoh,kaji,perhati, analisis dan barulah dibuat generalisasi

DEDUKTIFo dimulakan dengan memberikan teori,hukum, fakta,konsep,diikuti dengan contoh-contoh

EKLEKTIKo gabungan antara induktif dan deduktif

TEMATIKo mengajar sesuatu mengikut tema yang diberikan

KAEDAH & TEKNIKo cara untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Siri tindakan guru yang sistematik Berlandaskan pendekatan Cara capai objektif Rancangan langkah-langkah yang akan digunakan

o Berikut adalah contoh kaedah dan teknik-Pembelajaran Melalui Permainan-Main Peranan-Sumbangsaran-Bercerita-Perbincangan-Pembelajaran Masteri-Tematik

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Konsep strategi pula merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu- satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah ditentukan.

Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual pula, guru-guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Guru-guru perlu membuat perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan objektif pengajaran akan tercapai. Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan, manakala pelajar pula merasa seronok belajar pendidikan seni.

Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah : 1. Pembelajaran masteri 2. Kajian masa depan 3. Konstruktivisme 4. Belajar cara belajar 5. Kecerdasan pelbagai 6. Pembelajaran akses kendiri 7. Kemahiran berfikir 8. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) 9. Pembelajaran konseptual 10. Pembelajaran Kontekstual

Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar dalam kelas mereka. Melalui pemilihan strategi yang sesuai, pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok dan objektif akan tercapai dengan mudah dan berkesan. Penggunaan strategi yang sesuai membolehkan pelajar-pelajar memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan yang seterusnya memberi kebaikan kepada guru dan pelajar

Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakan strategi berikut dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajarnya. Strategi tersebut ialah:1. Mencari jalan ke arah aktiviti yang berguna dan menyeronokkan yang membolehkan pelajar berkongsi idea serta dapat bercakap mengenainya. 2. Memahami dan menghormati idea, penerangan dan pemahaman pelajar-pelajar dengan cara mendengar, melihat dan memberi maklum balas. 3. Meninggalkan paradigma lalu dengan menyoal diri kita dan belajar daripada mereka melalui cara yang berbeza.4. Melihat dan mendekati pelajar-pelajar ketika mereka sedang menjalankan aktiviti amali di samping membantu mereka secara individu atau kumpulan.5. Berkongsi tentang apa yang telah pelajar-pelajar hasilkan melalui pendekatan dan personaliti mereka sendiri.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika guru mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid yang berbeza. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi lebih penting ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam pengajarannya.

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan dalam pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan ini. Ciri-ciri tersebut ialah: a. Daripada konkrit kepada abstrakb. Daripada mudah kepada kompleksc. Daripada keseluruhan kepada bahagiand. Daripada umum kepada spesifik (deduktif)e. Daripada spesifik kepada umum (induktif)f. Daripada diketahui kepada belum diketahui

Manakala pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya (i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru (ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar (iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan (iv) Pendekatan induktif (v) Pendekatan deduktif(vi) Pendekatan inkuiri (vii) Pendekatan masteri

Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya yang tersendiri. Bagi pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh menggunakan kaedah-kaedah seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Mereka hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru. Manakala pendekatan berpusatkan pelajar lebih menarik dan berkesan. Dalam pelaksanaannya, pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari. Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar dapat menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan kumpulan, pendekatan individu, kaedah lawatan, kaedah penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain. Pelaksanaan pendekatan ini membuatkan pelajar lebih seronok kerana mereka mengalami sendiri pengalaman terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu. Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan guru untuk lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk menarik minat pelajar. Antaranya ialah melalui penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan pengajaran guru dan bahan pembelajaran pelajar. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi membuka minda serta menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui tayangan video contohnya, pelajar-pelajar akan berfikir mengenai isi kandungan yang cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari berkenaan.

Selain itu, pendekatan induktif, deduktif, inkuri dan masteri pula mempunyai maksud yang tersendiri. Keempat-empat pendekatan itu dapat diterjemahkan sebagai: (a) Pendekatan induktif merupakan satu proses penaakulan yang tinggi di mana pelajar-pelajar tidak diajar sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut.(b)Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar murid kepada hukum-hukum tertentu dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah diberikan untuk menuju ke suatu fakta.(c)Pendekatan inkuiri- pelajar akan menjalankan penyelidikan tentang masalah yang hendak diselidiki. guru membimbing pelajar untuk mengutarakan soalan yang jawapannya boleh diperolehi melalui aktiviti yang telah pun dirancang sebelumnya. (d)Pendekatan masteri- ujian diagnos dijalankan untuk memastikan pelajar menguasai sepenuhnya isi pelajaran, kemahiran atau sikap yang dinyatakan dalam objektif.

KAEDAH DAN TEKNIK

Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi kepada beberapa jenis. Ianya merangkumi: Kaedah terus Kaedah semulajadi Kaedah askar atau tentera Kaedah ajuk-hafaz Kaedah linguistik Kaedah oral-aural Kaedah terjemahan Kaedah psikologi Kaedah kod-kognitif Kaedah khusus

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi pelajar. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu: Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada. Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan. Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan dalam kaedah ini. Manakala Kaedah Oral-Aural pula merupakan kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistic dengan memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Seterusnya kaedah Linguistik yang membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Aktiviti dimulakan dengan latihan pendengaran yang kemudiannya diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).

Manakala teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P. antaranya ialah: Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik inkuiri Teknik perbahasan Teknik kuiz Teknik sumbangsaran Teknik soal jawab Teknik simulasi Teknik drama Teknik perbincangan

Bagi teknik perbincangan, ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Teknik brainstorming ialah teknik yang berbentuk perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapatnya. Seterusnya teknik soal jawab yang merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu. Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi ini berlangsung.

Teknik bercerita pula membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan. Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan. Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya. Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu situasi yang memerlukan pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

Rumusan : Terdapat pelbagai kaedah, pendekatan, teknik serta strategi yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Para guru seharusnya bijak menggunakan kemahiran mengajar berpandukan elemen-elemen tersebut untuk menarik minat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran yang ditetapkan. Para guru juga seharusnya memainkan peranan penting dalam menyusun proforma atau rancangan pengajaran supaya setiap sukatan dipelajari oleh pelajar dengan jayanya. Hal ini bermakna para guru tidak seharusnya hanya mengajar bermatlamatkan untuk menghabiskan silibus semata tanpa menghiraukan hasil yang diterima pelajar. Seharusnya, sukatan pelajaran perlu dihabiskan seiring dengan pelajar dapat memahami dan menjadi pakar dalam setiap silibus yang telah dipelajari. Para guru juga seharusnya bijak mengawal atau mengetahui keadaan serta keperluan semasa pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dilaksanakan dalam keadaan bosan. Para guru seharusnya menggunakan kemudahan teknologi seperti pertunjukan video, atau memasang lagu diawal kelas dan penghujung kelas agar murid tidak merasa bosan dan supaya mereka berasa seronok. penggunaan alat teknologi ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk berfikir lebih kreatif dan mengasah bakat mereka untuk berkarya lebih dinamik dan tidak terikat dengan teknik atau hasil yang sama. Kesimpulannya, para guru seharusnya mengaplikasikan setiap teknik, pendekatan, kaedah mahupun strategi yang terkini dan berkesan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan demi mencapai matlamat yang terkandung dalam dasar pendidikan negara.