teacher's pkjr notes

35
Cadangan Aktiviti dan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia 4 Tahun

Upload: wongsc70

Post on 11-Jun-2015

3.960 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teacher's PKJR Notes

Cadangan Aktiviti danKemahiran Pendidikan

Keselamatan Jalan Rayadalam Mata Pelajaran

Bahasa Malaysia

4Tahun

Page 2: Teacher's PKJR Notes

17

Unit 1 Tahun 4

Tajuk 1 : Jalan Bersendirian

Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 1.4.1, 4.2, 7.5.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) berbual-bual dengan rakan tentang aspek keselamatan jalan raya semasa perjalanan mereka ke sekolah dan keadaan jalan raya yang kurang selamat. 2) membina ayat yang lengkap berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang diberi. 3) menyenaraikan tingkah laku yang boleh menunjukkan mereka berdikari dan bertanggungjawab.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 18)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat tunggal ayat majmuk

: Kosa Kata : • jejantas • berdikari • berfungsi • penanda jalan • mengimbas • menghalang • pembahagi jalan • tra�k

Pengisian Kurikulum : Ilmu : PKJR Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai : berdikari bertanggungjawab berdisiplin mematuhi peraturan KBT − KB : memberi pendapat − KMD : meramal − TKP : bercerita Re�eksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 1.1 (Kad imbasan) • Video ‘Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 2’ Buku Aktiviti : • Aktiviti 1 (Membina lima ayat berdasarkan rangkai kata)

Berjalan Secara Berdikari

Page 3: Teacher's PKJR Notes

Berjalan Secara Berdikari

18

Unit 1 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 1. Murid dan guru berbual-bual tentang perjalanan mereka ke sekolah.

• Papan tanda/penanda isyarat lalu lintas yang dilihat sepanjang perjalanan ke sekolah.

• Murid menyatakan maksud media yang dipamerkan.

2. Murid berbincang sebab-sebab mereka datang bersendirian dan sesetengahnya pula ditemani oleh orang yang lebih tua. Contoh:

• Jalan raya terlalu sibuk dan berbahaya. • Saya mempunyai kakak atau abang yang melakukan

perjalanan ke sekolah yang sama. • Ibu bapa saya mempercayai diri saya. • Ibu bapa saya yakin, saya seorang anak yang mampu

berdikari. (Guru menghubungkaitkan pelbagai jawapan murid

dengan konsep berdikari).

3. Menyaksikan tayangan video tentang Siti dan ibunya yang melakukan latihan untuk berjalan bersendirian. Guru menggalakkan murid memberi komen terhadap segmen video tersebut. Contoh soalan yang boleh dikemukakan.

• Apakah yang menjadikan Siti seorang pengguna jalan raya yang bertanggungjawab? • Bagaimanakah ibu Siti tahu bahawa Siti seorang

yang bertanggungjawab?

4. Murid diminta menyenaraikan tingkah laku yang menunjukkan mereka seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa berwaspada apabila menggunakan lalu lintas secara bersendirian.

5. Murid membina ayat berdasar perkataan dan rangkai kata yang diberi. (Rujuk Aktiviti 1)

Catatan/Media/BBM

Media 1.1- papan tanda jalan- penanda jalan

VideoKemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 2Segmen:‘Merancang perjalanan sendiri’(03.50 − 05.50 minit)

Buku Aktiviti Aktiviti 1

Page 4: Teacher's PKJR Notes

Berjalan Secara Berdikari

Unit 1 Tahun 4

21

Tajuk 2 : Cabaran Pejalan Kaki

Kemahiran : Fokus Utama : 4.1 Aras 2 (i) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 1.4.1, 1.5, 1.6.1, 7.5.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) mengemukakan pandangan atau pendapat tentang keadaan jalan raya yang kurang selamat dengan bahasa yang betul. 2) membina ayat tunggal atau ayat majmuk berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang diberi. 3) menyebut lima cara untuk menangani situasi mencabar yang diberi.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 22)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat tunggal ayat majmuk

Pengisian Kurikulum : Ilmu − : PKJR Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai : mematuhi peraturan berhemah berdisiplin menjaga keselamatan diri KBT − KB : mengemukakan pandangan, kontekstual Re�eksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 1.2 (Poster yang berkaitan) Buku Aktiviti : • Aktiviti 2 (Menulis cara menangani situasi) • Aktiviti 3 (Menanda arah kenderaan)

Page 5: Teacher's PKJR Notes

Berjalan Secara Berdikari

22

Unit 1 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 1. Murid mengenal pasti persekitaran jalan raya yang mencabar atau kurang selamat. Contoh:

• Pejalan kaki berjalan di sepanjang laluan pejalan kaki. Tiba-tiba laluan tersebut tiada sambungan.

• Terdapat lampu isyarat tetapi tiada penanda jalan untuk menyatakan tempat kenderaan perlu berhenti dan pejalan kaki patut berjalan.

• Melintas di kawasan bulatan.

2. Dalam kumpulan kecil, murid membincangkan situasi mencabar berdasarkan gambar.

3. Setiap kumpulan memilih satu contoh situasi yang mencabar berdasarkan gambar dan mengemukakan pandangan tentang cara penyelesaian yang paling selamat. 4. Murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk berdasarkan situasi pada aktiviti 2.

5. Murid menangani situasi mencabar yang diberi dan melengkapkan aktiviti 3.

6. Murid dibimbing untuk membuat rumusan tentang pembelajaran bertajuk ‘Cabaran Pejalan Kaki’.

Catatan/Media/BBM

Media 1.2Gambar / Poster yang berkaitan dengan situasi di jalan raya.(lintasan berisyarat undan tidak berfungsi, laluan pejalan kaki tiba-tiba tiada sambungan, lampu isyarat tanpa penanda jalan, jalan dua hala tanpa kemudahan melintas, laluan pejalan kaki dihalang oleh kerja-kerja pembinaan)

Buku Aktiviti Aktiviti 2

Buku Aktiviti Aktiviti 3

Page 6: Teacher's PKJR Notes

27

Unit 2 Tahun 4

Tajuk 1 : Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin

Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 5.1 Aras 1 (i) PKJR : 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) berbual tentang peraturan serta undang-undang jalan raya menggunakan bahasa yang betul. 2) membaca ayat-ayat penyata yang diberikan oleh guru dengan sebutan yang betul. 3) menyatakan perbezaan antara undang-undang dengan peraturan jalan raya serta memahami akibat jika tidak dipatuhi.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 28)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat penyata Kosa kata : • penunggang basikal • pejalan kaki • topi keledar • tali pinggang keledar • lampu isyarat • lebuh raya

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kajian Tempatan Nilai : berhemah tinggi hormat-menghormati KBT − BCB : bacaan luncuran − KB : membanding beza − TKP : interpersonal

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 2.1 (Kad rangkai kata) • Media 2.2 (Borang grafik labah-labah)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 4 (Melengkapkan gambar rajah labah-labah)

Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

Page 7: Teacher's PKJR Notes

Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

28

Unit 2 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 1. Berbual tentang peraturan sekolah. Contoh soalan:

• Apakah peraturan sekolah yang kamu tahu? - berpakaian seragam - beratur ketika membeli makanan di kantin • Mengapakah peraturan sekolah perlu? - aspek keselamatan - tingkah laku yang baik - memastikan harta benda dalam keadaan yang baik

Guru menghubungkaitkan pelbagai jawapan murid dengan konsep undang-undang dan peraturan. (Jika anda mempunyai contoh risalah, bawa dan tunjukkan kepada murid)

2. Murid dibimbing oleh guru untuk menyatakan perbezaan peraturan dan undang-undang berdasarkan kad-kad pernyataan yang diberi dan lekatkan pada ruangan yang betul. Contoh penyataan:

3. Dalam kumpulan kecil, murid membina ayat penyata daripada rangkai kata dan membaca ayat-ayat tersebut dengan sebutan yang betul. 4. Murid melengkapkan gambar rajah labah-labah berkaitan undang-undang dan peraturan jalan raya.

Catatan/Media/BBM

Media 2.1Kad rangkai kata

BBMkad manila dan pen marker

Media 2.2Gambar rajah labah-labah

Buku AktivitiAktiviti 4

memakai topi keledar

mematuhi lampu isyarat

berjalan menghadap lalu lintas

Nota:Undang-undang jalan raya (satu akta yang mewajibkan kelakuan yang perlu dilakukan semasa di jalan raya) dan peraturan jalan raya (cadangan keselamatan untuk menjadikan pengguna jalan raya selamat di jalan raya) serta berikan contoh untuk setiap satunya. (Memakai topi keledar / tali pinggang keledar ialah undang-undang. Memimpin tangan dan berjalan menghadap lalu lintas ialah peraturan jalan raya).

Page 8: Teacher's PKJR Notes

Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

33

Unit 2 Tahun 4

Tajuk 2 : Perbezaan antara Undang-undang dengan Peraturan Jalan Raya

Kemahiran : Fokus Utama : 5.2 Aras 1 (i), (ii) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2) menulis ayat tunggal dan majmuk berpandukan petikan. 3) menyatakan perbezaan antara undang-undang dengan peraturan jalan raya serta memahami akibat apabila diingkari.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 34)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat penyata Kosa kata : • toleh • bonceng • ketat-ketat

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kajian Tempatan Nilai : berhemah tinggi hormat-menghormati KBT − TKP : interpersonal − BCB : bacaan luncuran − KB : membanding beza

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 2.3 (Lirik Lagu ‘Hati-hati di jalan raya’) • Media 2.4 (Petikan ‘Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin’)

Buku Aktiviti :

Page 9: Teacher's PKJR Notes

Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

34

Unit 2 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 1. Murid menyanyikan lagu ‘Hati-hati di Jalan Raya’. (sila rujuk seni kata lagu)

2. Murid membaca petikan tentang peraturan dan undang-undang jalan raya dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Murid mengenal pasti peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam petikan.

4. Murid membezakan antara peraturan dengan undang-undang serta mencatatnya dalam borang jadual.

Contoh:

5. Murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk tentang peraturan dan undang-undang dengan betul.

6. Guru membimbing murid membuat latihan dalam buku latihan murid.

Catatan/Media/BBM

Media 2.3Poster lirik lagu “Hati-hati di Jalan Raya”

Media 2.4Petikan “Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin”

*BBMBorang jadual

(* bahan tidak dibekalkan)

Peraturan Undang-Undang

Lintasan Belang Topi keledar

Page 10: Teacher's PKJR Notes

37

Unit 3 Tahun 4

Tajuk 1 : Melintas Lebih Sukar daripada yang Disangka

Kemahiran : Fokus Utama : 3.3 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 9.3 Aras 1 (i) PKJR : 2.1.6, 7.1.3, 7.3.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) menyatakan pendapat tentang hasil uji kaji pandangan sisi dengan bahasa yang betul. 2) mencatat prosedur uji kaji yang dijalankan dengan betul. 3) menyatakan prosedur penting untuk melintas jalan raya yang perlu dipelajari dan dilatih.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 38 - 39)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata kerja Kosa kata : • lalu lintas • bola mata • ahli kumpulan • eksperimen

Pengisian Kurikulum : Ilmu : matematik Nilai : bertolak ansur toleransi KBT – TKP : visual ruang – KB : membuat rumusan Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 3.1 (Kad Titik Buta)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 5 (Menulis tentang titik buta dan pandangan sisi)

Sukarnya Melintas

Page 11: Teacher's PKJR Notes

38

Unit 3 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 1. Murid dan guru bersoal jawab tentang langkah melihat lalu lintas. Tanya dan bincangkan: • Apakah yang perlu kita lihat? • Arah manakah perlu kita lihat? • Mengapakah kita perlu menggerakkan kepala dan bukan hanya menggerakkan bola mata?

2. Uji kaji 1 : Pandangan Sisi a. Murid secara berpasangan menjalankan uji kaji pandangan sisi. b. Murid perlu meluruskan kedua-dua belah tangan ke hadapan selari dengan paras bahu. Penglihatan murid haruslah tertumpu ke arah hadapan. Kemudian, mereka perlu menegakkan kedua-dua ibu jari mereka. Bolehkah semua orang melihat ibu jari mereka?c. Teruskan menegakkan ibu jari sambil menggerakkan

tangan ke arah sisi badan, pada waktu yang sama mereka terus menumpukan perhatian ke arah hadapan. Arahkan murid untuk berhenti menggerakkan tangan mereka apabila mereka tidak lagi dapat melihat ibu jari mereka.

d. Minta murid untuk membandingkan kelebaran tangan mereka dengan pasangan mereka sebelum mereka tidak lagi dapat melihat ibu jari mereka.

e. Murid dengan bimbingan guru membuat rumusan bahawa penghujung garis penglihatan dikenali

sebagai pandangan sisi. Pandangan sisi kanak-kanak belum berkembang seperti orang dewasa.

Catatan/Media/BBM

Sukarnya Melintas

Page 12: Teacher's PKJR Notes

Sukarnya Melintas

39

Unit 3 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

3. Uji kaji 2 : Titik Buta a. Murid melakukan uji kaji secara berpasangan. Seorang pembaca dan seorang pelaku. b. Setiap pasangan dibekalkan sekeping kad titik buta untuk menentukan pembatasan pandangan sisi mengikut ukuran X 1 cm dari kiri dan • 1 cm dari kanan. Jalankan uji kaji berdasarkan langkah-langkah berikut: • Murid memegang kad pada paras mata lebih kurang sehasta ke hadapan. • Pastikan tanda X berada di sebelah kanan. • Tutup mata kanan dan lihat tanda X menggunakan mata kiri. • Fokus pandangan pada tanda X. • Gerakkan kad tersebut perlahan-lahan mendekati muka. c. Murid memberi pandangan hasil uji kaji yang dijalankan. d. Murid diminta menyusun prosedur uji kaji.

4. Murid membuat rumusan uji kaji tentang pembatasan penglihatan pandangan sisi adalah sangat penting untuk mereka memusingkan kepala dan LIHAT lalu lintas serta memastikan jika terdapat kenderaan.

Catatan/Media/BBM

Media 3.1Kad Titik Buta

Buku AktivitiAktiviti 5

Page 13: Teacher's PKJR Notes

42

Unit 3 Tahun 4Sukarnya Melintas

Tajuk 2 : Berfikir Sebelum Melintas

Kemahiran : Fokus Utama : 1.3 Aras 2 (i), (ii) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i) PKJR : 7.1.6 ,7.3.2, 7.3.3, 7.4.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) mendengar dan melaksanakan arahan melintas jalan raya dengan selamat. 2) mencatat beberapa rumusan berkaitan aktiviti cara melintas yang selamat menggunakan bahasa yang betul. 3) menyatakan elemen-elemen penting untuk melintas jalan raya yang perlu dipelajari dan dilatih.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 43)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata kerja Kosa kata : • lalu lintas • ruang sela • bola mata • berwaspada • bebendul jalan

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kajian Tempatan

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : Media 3.2 (Poster lima langkah melintas dengan selamat)

Buku Aktiviti : Aktiviti 6 (Menjawab soalan berdasarkan gambar)

Page 14: Teacher's PKJR Notes

Sukarnya Melintas

43

Unit 3 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 1. Murid bersoal jawab dengan guru tentang lima langkah untuk melintas jalan raya dengan selamat yang telah mereka pelajari dan mengetahui tentang lalu lintas yang datang dari semua arah perlu diberi perhatian. 2. Murid menyatakan masa dan ruang sela yang sesuai untuk melintas dengan selamat berdasarkan simulasi yang dijalankan di luar bilik darjah.

• Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan A dan Kumpulan B bergerak pada arah bertentangan di atas jalan raya buatan. (Kumpulan A dan B bertindak sebagai kenderaan) • Guru memberi arahan untuk mereka bergerak dalam situasi yang berbeza iaitu pergerakan kenderaan laju, perlahan dan jarak yang berbeza. • Guru mengarah beberapa murid untuk cuba melintas jalan raya tanpa berlanggar dengan kenderaan. • Murid memberi pandangan dan pendapat cara selamat untuk melintas tanpa berlaku perlanggaran berpandukan arah, ruang dan masa daripada aktiviti yang telah dijalankan. Contoh simulasi:

3. Murid dan guru membuat kesimpulan daripada dua aktiviti di atas, perlunya mereka memilih ruang sela yang selamat di antara kenderaan bergerak supaya mereka mempunyai banyak masa untuk melintas.

4. Murid membuat rumusan aktiviti yang dijalankan dengan melengkapkan lembaran kerja.

Catatan/Media/BBM

Media 3.2Poster lima langkah melintas dengan selamat

Buku AktivitiAktiviti 6

Pengerakan murid A

Pengerakan murid B

Murid melintas

A A A A A A A

BBBBBBB

Nota:Pemilihan ruang sela adalah kompleks kerana melibatkan kelajuan dan masa.Pejalan kaki harus membuat perkiraan tentang kelajuan kenderaan (yang boleh berubah-ubah), masa untuk kenderaan-kenderaan tiba ke tempat melintas dan masa yang diperlukan untuk pejalan kaki melintas jalan raya. Kesemua perkiraan tersebut harus dilakukan dalam masa yang singkat dan apabila keadaan trafik berubah (contoh: pertukaran lampu isyarat, penambahan kenderaan yang keluar dari simpang dan lain-lain), perkiraan semula harus dilakukan.

Page 15: Teacher's PKJR Notes

47

Unit 4 Tahun 4

Tajuk 1 : Cermat dan Selamat

Kemahiran : Fokus Utama : 4.1 Aras 2 (i) Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i) PKJR : 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3, 5.1.4, 5.1.5, 5.1.6

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) menyatakan pendapat tentang cara yang selamat ketika berbasikal dengan ayat yang betul. 2) menulis karangan autobiografi ’Aku Sebuah Basikal’. 3) menyenaraikan ciri keselamatan yang perlu ada pada basikal dan penunggang basikal.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 48)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata adjektif Kosa kata : • ves keselamatan • pemantul cahaya • penebat • cerah • berfungsi • menjejak • penunggang • kenderaan • persekitaran Pengisian Kurikulum : Ilmu : PKJR Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai : berdikari bertanggungjawab berdisiplin KBT – KB : mengklasifikasi – BCB : mencatat

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 4.1 (Poster penunggang basikal dan basikal) • Video ‘Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 2’

Buku Aktiviti : • Aktiviti 7 (Mewarna dan melabel peralatan)

Keselamatan Berbasikal

Page 16: Teacher's PKJR Notes

48

Unit 4 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 1. Murid menyatakan cara mereka datang ke sekolah; • menaiki bas • menaiki kereta • berjalan kaki • berbasikal

2. Murid berbincang dan menyatakan pendapat secara berpandu tentang cara yang selamat ketika berbasikal.

• Memakai pakaian yang cerah untuk meningkatkan kebolehlihatan.

• Pastikan basikal berada dalam keadaan yang baik (semua komponen berfungsi).

• Pastikan saiz basikal bersesuaian (kaki boleh menjejak tanah dengan selesa apabila berhenti).

• Topi keledar berada dalam keadaan yang baik dan dipakai dengan betul.

• Lampu dan pemantul cahaya dipasangkan serta berfungsi.

• Tayar berada dalam keadaan yang baik serta anginnya mencukupi.

• Hendal basikal disarungkan dengan penebat pada hujungnya.

3. Murid menonton tayangan video segmen perjalanan menggunakan basikal. Setelah tamat, bincangkan perkara yang berkaitan dengan tayangan video tersebut:

• Apakah peralatan yang menjamin keselamatan berbasikal?

• Nyatakan tempat yang selamat dan tidak selamat untuk berbasikal (taman, padang permainan, lorong basikal, laluan pejalan kaki, jalan raya).

• Apakah pakaian berbasikal yang sesuai untuk memastikan keselamatan semasa berbasikal?

4. Murid melabel peralatan yang dapat meningkatkan keselamatan semasa berbasikal dalam aktiviti 7.

5. Murid menghasilkan sebuah karangan autobiografi yang berjudul ‘Aku Sebuah Basikal’.

6. Murid dipilih secara rawak untuk membaca hasil karangan mereka.

Catatan/Media/BBM

Media 4.1Poster ilustrasi penunggang basikal dan basikal

VideoKemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 2Segmen :‘Perjalanan menggunakan basikal’(09.35 – 11.10 minit)

Buku AktivitiAktiviti 7

Keselamatan Berbasikal

Page 17: Teacher's PKJR Notes

Tajuk 2 : Topi Keledar

Kemahiran : Fokus Utama : 4.1 Aras 2 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i) PKJR : 6.3.1, 6.3.2, 6.3.3, 6.3.4, 6.3.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) berbincang dengan mengemukakan pendapat tentang kebaikan memakai topi keledar. 2) menulis tiga kepentingan memakai topi keledar menggunakan ayat yang betul. 3) menyenaraikan langkah-langkah pemakaian topi keledar yang betul.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 53 - 54)

Sistem Bahasa : Ayat : ayat tunggal ayat majmuk Kosa kata : • penunggang • hentakan

Pengisian Kurikulum : KBT – KB : mengklasifikasi – BCB : mencatat Ilmu : PKJR Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai : berdikari bertanggungjawab berdisiplin

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 4.2 (Gambar topi keledar basikal) • Media 4.3 (Poster cara memakai topi keledar basikal dengan betul)

Buku Aktiviti :

Keselamatan Berbasikal

52

Unit 4 Tahun 4

Page 18: Teacher's PKJR Notes

Keselamatan Berbasikal

53

Unit 4 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 1. Pamerkan Media 4.2 atau jika boleh tunjukkan topi keledar basikal yang sebenar.

2. Murid dan guru berbincang untuk mengemukakan pendapat tentang:

• Mengapakah seseorang perlu memakai topi keledardengan betul? (Untuk perlindungan kepala jika terjatuh dari basikal.)

• Pada pendapat kamu mengapakah sesetengah orang tidak memakai topi keledar semasa menunggang basikal? (Contohnya, mereka mementingkan fesyen daripada keselamatan; rasa panas; tidak mampu)

• Apakah akan berlaku jika anda tidak memakai topi keledar semasa berbasikal? (Contohnya, kecederaan otak; lumpuh; kematian)

• Bagaimanakah topi keledar mampu melindungi penunggang basikal jika berlaku kemalangan?

(Menyerap hentakan dan meminimumkan perlanggaran atau gegaran otak ke tengkorak; menyebarkan tekanan hentakan ke kawasan yang lebih luas bagi mengurangkan keretakan tengkorak; menyerap sebahagian tekanan perlanggaran daripada kemalangan)

3. Murid melakukan satu uji kaji bagi menguji keberkesanan topi keledar melindungi kepala jika terjatuh dari basikal berdasarkan arahan yang diberi oleh guru.

4. Murid menulis kepentingan memakai topi keledar sebagai rumusan uji kaji dengan ayat yang betul dalam buku latihan.

Catatan/Media/BBM

Media 4.2Gambar topi keledar basikal

*BBMTelur rebuskadbod, polistiren, plastik

*Bahan maujud(topi keledar)

(* bahan tidak dibekalkan)

Page 19: Teacher's PKJR Notes

Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

5. Arahan-arahan berikut dapat membantu murid.• Bahagikan murid mengikut kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibekalkan sebiji telur rebus, kadbod, polistiren, plastik dan bahan-bahan lain.• Guru mendemonstrasikan telur rebus dijatuhkan ke lantai dari paras bahu. • Murid dan guru berbincang hasil daripada aktiviti tersebut. • Setiap kumpulan perlu mencipta topi keledar untuk telur tersebut menggunakan bahan-bahan yang disediakan. • Setiap kumpulan perlu menguji topi keledar ciptaan mereka dengan menjatuhkan telur tersebut. • Periksa keadaan telur dan bandingkan kerosakan yang dialami dengan telur pertama yang tidak dilindungi serta dengan kumpulan lain. • Nyatakan topi keledar yang paling efektif dan berikan alasannya.

6. Rumuskan pembelajaran menggunakan Media 4.3 dan topi keledar pelajar untuk mendemonstrasikan cara yang betul untuk memakai topi keledar.

Catatan/Media/BBM

Media 4.3Poster cara betul memakai topi keledar basikal

54

Unit 4Keselamatan Berbasikal

Page 20: Teacher's PKJR Notes

57

Unit 5 Tahun 4

Tajuk 1 : Peraturan Berbasikal

Kemahiran : Fokus Utama : 4.3 Aras 2 (i) Fokus Sampingan : 9.3 Aras 3 (i) PKJR : 5.1, 5.1.2, 5.1.3, 5.1.4, 5.1.5, 5.1.6, 5.1.7, 5.1.8, 5.1.9

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) memberikan pendapat dan alasan tentang risiko yang dihadapi oleh penunggang basikal. 2) murid menulis cadangan tindak balas terhadap situasi yang diberi. 3) menyatakan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya dan laluan yang selamat, untuk meningkatkan keselamatan semasa berbasikal secara bertatasusila

Aktiviti : (Rujuk muka surat 58)

Sistem Bahasa : Kata tanya : ayat tanya ayat majmuk Kosa kata : • topi keledar • papan tanda jalan • alat pemantul cahaya • penunggang

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganergaraan Nilai : mematuhi peraturan KBT – KB : pembelajaran kontekstual – TKP : interpersonal

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran :

Buku Aktiviti : • Aktiviti 8 (Menyesuaikan tindakan mengikut situasi) • Aktiviti 9 (Menulis risiko, bahaya, tindak balas dan cadangan kepada penunggang basikal)

Berbasikal dengan Selamat

Page 21: Teacher's PKJR Notes

58

Unit 5 Tahun 4

Aktiviti Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 1. Seorang murid berjalan di hadapan kelas dengan mata yang tertutup dan berbagai halangan seperti meja atau kerusi diletakkan di hadapan murid tersebut. Murid-murid lain menyatakan keadaan yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid tersebut.

2. Murid mendengar penerangan guru tentang keadaan yang boleh mendatangkan bahaya kepada penunggang basikal. Murid menerima penerangan maksud perkataan risiko.

3. Murid menyatakan pendapat dan alasan berkaitan persekitaraan jalan raya yang boleh mendatangkan risiko: i) Permukaan jalan raya yang berbeza seperti batu kerikil dan jalan yang basah. ii) Lubang berlopak dan penutup longkang. iii) Bonggol seperti bonggol jalan. iv) Objek tajam seperti batu dan kaca. v) Persimpangan. vi) Haiwan seperti kucing dan anjing yang melintas. vii) Kenderaan yang diletakkan kerana pintunya mungkin akan dibuka pada bila-bila masa.

4. Berdasarkan persekitaran jalan raya yang telah dinyatakan, murid berbincang tentang risiko yang dihadapi dan tindakan yang akan diambil dengan melengkapkan lembaran kerja.

5. Murid menulis tindak balas berdasarkan situasi yang diberi (Aktiviti 8 dan 9)

Catatan/Media/BBM

BBMKain penutup mata

BBMGambar: persekitaran jalan

BBMLembaran kerja

Buku AktivitiAktiviti 8, 9

Berbasikal dengan Selamat

Page 22: Teacher's PKJR Notes

Berbasikal dengan Selamat

61

Unit 5 Tahun 4

Tajuk 2 : Bahaya Semasa Berbasikal

Kemahiran : Fokus Utama : 2.2 Aras 2 (i) Fokus Sampingan : 5.1 Aras 2 (i) PKJR : 1.4.1, 1.4.7, 1.6.3, 1.6.5, 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3, 5.1.4, 5.1.5, 5.1.6, 5.1.7, 5.1.8, 5.1.9, 6.3.1, 6.3.2, 6.3.3, 6.3.4, 6.3.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) menyatakan bahaya yang dihadapi semasa berbasikal dengan bahasa yang betul. 2) membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3) menyatakan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya dan laluan yang selamat untuk meningkatkan keselamatan semasa berbasikal.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 62)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat penyata ayat majmuk Kosa kata : • berlopak • risiko • laluan kongsi • sepit udang • persimpangan

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kajian Tempatan Nilai : rasional berhati-hati KBT – KB : memberi pendapat

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 5.1 (Gambar penunggang basikal di jalan raya) • Media 5.2 (Kad imbasan ayat)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 10 (Menulis peraturan untuk berbasikal)

Page 23: Teacher's PKJR Notes

62

Unit 5 Tahun 4Berbasikal dengan Selamat

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 1. Guru mempamerkan gambar tunggal tentang penunggang basikal di jalan raya yang bergerak bersama-sama kenderaan yang lebih besar dan laju.

2. Murid berbincang tentang bahaya yang dihadapi oleh penunggang basikal, contoh : i) Penunggang basikal tidak jelas kelihatan kepada pengguna jalan raya yang lain. ii) Penunggang basikal menghadapi risiko yang tinggi jika kemalangan berlaku. iii) Bahaya tetap menanti walaupun di kawasan pejalan kaki terutama ketika kenderaan lain akan membelok atau mengundur. iv) Berbasikal di jalan raya yang permukaannya tidak rata atau rosak.

3. Murid menyatakan tempat yang lebih selamat untuk berbasikal seperti laluan kongsi dan lorong basikal kerana terpisah daripada kenderaan yang lebih besar dan laju.

4. Murid mendengar penerangan guru tentang peraturan dan undang-undang berbasikal dengan selamat.

5. Murid membaca peraturan-peraturan yang disediakan oleh guru dengan sebutan dan intonasi yang betul. i) Beri isyarat sebelum membelok atau berhenti. ii) Patuhi isyarat lalu lintas. iii) Berhati-hati akan kenderaan yang berada di bahu jalan. iv) Pakai pakaian yang berwarna cerah. v) Pakai topi keledar yang diikat dengan betul.

6. Murid membuat latihan bagi aktiviti 10.

Catatan/Media/BBM

Media 5.1Gambar penunggang basikal di jalan raya

Media 5.2 (Kad imbasan ayat)

Buku AktivitiAktiviti 10

Page 24: Teacher's PKJR Notes

67

Unit 6 Tahun 4

Tajuk 1 : Pengangkutan Awam di Malaysia

Kemahiran : Fokus Utama : 3.1 Aras 3 (ii) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 6.1.1, 9.1.1, 9.1.3, 9.1.4, 9.1.7

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) membentangkan maklumat tentang beberapa jenis pengangkutan awam di Malaysia. 2) menulis kelebihan dan kelemahan menggunakan pengangkutan awam. 3) menyatakan cara menggunakan pengangkutan awam secara berhemah.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 68)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata nama am Kosa kata : • pengangkutan awam • monorel • komuter

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kemahiran Hidup Nilai : bersyukur bertolak ansur KBT : membanding beza TKP : interpersonal

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : Media 6.1. Grafik tulang ikan (jenis-jenis pengangkutan awam) Media 6.2 Kad imbasan gambar dan perkataan pengangkutan awam di Malaysia

Buku Aktiviti : • Aktiviti 11 (Menyenaraikan peraturan dalam pengangkutan awam dan akibat jika tidak dipatuhi)

Perjalanan Selamat Menggunakan Pengangkutan Awam

Page 25: Teacher's PKJR Notes

Perjalanan Selamat Menggunakan Pengangkutan Awam

68

Unit 6 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 1. Murid mengenal pasti pengangkutan awam di Malaysia (rujuk Media 6.1). Contoh soalan: a) Apakah maksud pengangkutan awam? • Sebarang sistem yang mengangkut orang awam. b) Apakah jenis-jenis pengangkutan awam? • Jenis pengangkutan awam seperti teksi, monorel, LRT, bas, beca, komuter, van sekolah dan lain-lain. c) Apakah yang membezakan pengangkutan awam dengan kenderaan yang persendirian? • Kenderaan persendirian hanya digunakan oleh ahli keluarga. Kemudahan awam dikongsi bersama-sama orang lain. d) Apakah yang sewajarnya dilakukan apabila menggunakan pengangkutan awam? • Bertimbang rasa - kongsi ruang, beratur • Bertanggungjawab - menjaga kebersihan • Menepati masa • Tidak mengganggu penumpang lain • Menyediakan tambang yang secukupnya

2. Murid membentangkan maklumat tentang pengangkutan awam di Malaysia.

3. Murid berbincang tentang kelebihan dan kelemahan pengangkutan awam. 4. Murid menulis kelebihan dan kelemahan menggunakan pengangkutan awam. 5. Murid menyatakan golongan yang perlu dibantu semasa menggunakan pengangkutan awam dan cara membantu mereka?

6. Murid membuat latihan dalam aktiviti 11.

Catatan/Media/BBM

Media 6.1Grafik tulang ikan (Jenis-jenis pengangkutan awam)

Media 6.2(Kad imbasan gambar dan perkataan pengangkutan awam di Malaysia)

Buku Aktiviti Aktiviti 11

Page 26: Teacher's PKJR Notes

Perjalanan Selamat Menggunakan Pengangkutan Awam

Unit 6 Tahun 4

Tajuk 2 : Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab

Kemahiran : Fokus Utama : 4.4. Aras 2 (i) Fokus Sampingan : 8.4 Aras 1 (i) PKJR : 9.1.1, 9.1.2, 9.1.3, 9.1.4, 9.1.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) menyatakan kelakuan yang tidak selamat dan akibatnya jika tidak mematuhi peraturan penggunaan pengangkutan awam. 2) menyenaraikan beberapa peraturan penting ketika menaiki bas. 3) menyatakan cara menggunakan pengangkutan awam secara berhemah.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 73)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata nama am Kosa kata : • monorel • komuter • pengangkutan awam • keselamatan • kecederaan

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kemahiran Hidup Nilai : bersyukur bertolak ansur KBT – KB : mencirikan – TKP : interpersonal

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 2 Segmen: “Menaiki bas” (13.02 – 14.20 minit) “Menaiki LRT” (15.16 – 16.20 minit) Buku Aktiviti : • Aktiviti 12 (Tulis maksud papan tanda yang diberi) • Aktiviti 13 (Nyatakan peraturan dan akibat jika tidak dipatuhi)

72

Page 27: Teacher's PKJR Notes

Perjalanan Selamat Menggunakan Pengangkutan Awam

73

Unit 6 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 1. Murid menonton tayangan video, kemudian berbincang tentang tayangan video tersebut.

2. Murid menyatakan pelakuan yang selamat dan tidak selamat semasa menggunakan pengangkutan awam. Contoh: a) Melakukan perjalanan bersama-sama rakan atau orang dewasa. b) Mematuhi arahan. c) Jangan tolak-menolak. d) Jangan terburu-buru. e) Memberi keutamaan kepada orang tua atau orang kurang upaya.

3. Murid menjawab soalan guru. Contoh soalan: a) Pada pendapat kamu, apakah akibat sekiranya kamu tidak mematuhi peraturan semasa menggunakan perkhidmatan awam? b) Mengapakah kita perlu mematuhi peraturan semasa menaiki kenderaan awam? (Beri penekanan kepada murid tentang aspek-aspek keselamatan selepas turun dari bas seperti berdiri jauh dari bas dan melintas jalan selepas bas bergerak).

4. Murid membuat rumusan tentang peraturan dan langkah keselamatan yang perlu dilakukan semasa menaiki bas berpandukan video yang ditonton dan pengalaman sendiri.

5. Murid membuat latihan dalam aktiviti 12-13.

6. Murid melakukan simulasi menaiki bas dengan selamat. Arahan: i) Gunakan kapur untuk menandakan kawasan jalan raya, bebendul jalan, dan hentian bas seperti yang terdapat di perhentian bas sebenar. ii) Murid melakukan simulasi menaiki bas dengan selamat.

Catatan/Media/BBM

VideoKemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 2Segmen :‘Menaiki bas’(13.02 – 14.20 minit)‘Menaiki LRT’(15.16 – 16.20 minit)

Buku AktivitiAktiviti 12-13

Page 28: Teacher's PKJR Notes

77

Unit 7 Tahun 4

Tajuk 1 : Utamakan Keselamatan

Kemahiran : Fokus Utama : 6.3 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 9.2 Aras 2 (i) PKJR : 10.1.3, 10.1.6

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) membaca dan menyatakan fakta yang terdapat dalam kad permainan Roket Dilema. 2) mencatat nota sebab dan akibat sesuatu tindakan yang diambil berdasarkan situasi tertentu dalam bentuk grafik. 3) menyatakan akibat pengaruh rakan-rakan semasa membuat keputusan tentang situasi yang selamat di jalan raya.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 78)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata adjektif Kosa kata : • positif • negatif • bonceng • menghasut

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai : yakin diri KBT – KB : penyelesaian masalah

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 7.1 (Poster penyelenggaraan jalan raya) Media 7.2 (Roket Dilema)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 14 (Borang pengurusan grafik)

Dilema

Page 29: Teacher's PKJR Notes

Dilema

78

Unit 7 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 1. Guru menunjukkan gambar rangsangan iaitu poster penyelenggaraan jalan raya. Murid-murid diminta memberi pendapat mereka berdasarkan Media 7.1. Contoh: Pendapat positif:

• Jalan dibaiki untuk keselamatan pada masa hadapan. • Lorong pejalan kaki ditutup untuk mengelakkan berlakunya kecederaan. Pendapat negatif: • Jalan yang ditutup menyusahkan pengguna jalan raya. • Pembinaan berdekatan laluan pejalan kaki berbahaya jika ada kanak-kanak melaluinya.

2. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diminta menulis pada kertas sebak tentang senario mengganggu keselamatan jalan raya yang pernah mereka hadapi. Contohnya:

• Keadaan kelam-kabut dan berbahaya di pintu pagar sekolah pada waktu menghantar dan menjemput murid kerana terdapat banyak murid dan kenderaan. • Di pasar malam, orang meletakkan kenderaan sesuka hati dan bukan di tempat sewajarnya. • Berpayung di tepi jalan untuk menunggu bas.

3. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan wakil setiap kumpulan akan membalingkan dadu untuk mendapatkan situasi dalam permainan Roket Dilema. Kemudian murid membaca catatan yang terdapat pada kad Roket Dilema.

4. Setiap kumpulan akan berbincang dan melengkapkan borang grafik yang diedarkan berdasarkan situasi.

5. Setiap kumpulan akan membacakan jawapan yang dicatat.

6. Murid membuat rumusan dengan bimbingan guru.

Catatan/Media/BBM

Media 7.1Poster penyelenggaraan jalan raya

BBMKertas sebak

Media 7.2Permainan Roket Dilema

Buku AktivitiAktiviti 14

Page 30: Teacher's PKJR Notes

Dilema

85

Unit 7 Tahun 4

Tajuk 2 : Keselamatan di Jalan Raya

Kemahiran : Fokus Utama : 4.3 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i) PKJR : 10.1.2 , 10.1.3, 10.1.4, 10.1.8

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) memberi pendapat tentang sesuatu situasi keselamatan jalan raya yang ditunjukkan. 2) menulis karangan tentang pengalaman menggunakan pengangkutan awam. 3) menyatakan akibat pengaruh rakan-rakan semasa membuat keputusan tentang situasi yang selamat di jalan raya.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 86)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata arah Kosa kata : • kelam-kabut • menghantar • menjemput • meletakkan • pinggir

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Sains Nilai : berdikari KBT – KB : menganalisis

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 7.3 (Kad situasi)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 15 (Menulis akibat daripada setiap keputusan yang dibuat berkaitan dilema keselamatan jalan raya)

Page 31: Teacher's PKJR Notes

86

Dilema

Unit 7 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 1. Murid diminta membaca dan membuat keputusan berdasarkan situasi.

2. Murid berbincang dan memberi pendapat tentang sesuatu situasi keselamatan jalan raya berdasarkan kad situasi yang diberikan. 3. Murid diminta melengkapkan borang pengurusan grafik. Contoh: “Anda dan rakan anda dalam perjalanan balik dari sekolah dan perlu melintas jalan yang sibuk. Terdapat jejantas di situ, tetapi rakan anda cuba menghasut anda untuk tidak menggunakannya. Sebaliknya, berlari melintas jalan tersebut.”

4. Murid dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil dapatan dengan bimbingan guru untuk membuat keputusan yang positif.

5. Murid menulis karangan tentang pengalaman mereka menggunakan pengangkutan awam.

Catatan/Media/BBM

Media 7.3Kad situasi

Buku AktivitiAktiviti 15

Saya menggunakanjejantas

Saya tidakmenggunakan jejantas

Akibat positif

Akibat negatif

Page 32: Teacher's PKJR Notes

91

Unit 8 Tahun 4

Tajuk 1 : Kenali Jalan Raya di Malaysia

Kemahiran : Fokus Utama : 4.1 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i) PKJR : 1.1.4, 1.1.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) memberi respons tentang ciri-ciri jalan raya di Malaysia. 2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan grafik hierarki jalan raya dengan betul. 3) melengkapkan hierarki jalan raya di Malaysia dan menyatakan kepentingan merancang perjalanan.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 92)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat tunggal ayat majmuk Kosa kata : • lorong • plaza tol • kenderaan berat • kenderaan ringan

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kajian Tempatan Nilai : berhati-hati KBT – KB : mencirikan

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 8.1 (Rajah hierarki jalan raya di Malaysia) • Media 8.2 (Kad gambar jenis-jenis jalan raya di Malaysia)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 16 (Melengkapkan maklumat yang bersesuaian berdasarkan gambar)

Jalan Raya di Malaysia

Page 33: Teacher's PKJR Notes

92

Unit 8 Tahun 4

Aktiviti Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 1. Murid diperkenalkan jenis-jenis jalan raya yang terdapat di Malaysia.

2. Murid dan guru bersoal jawab. Contoh soalan: Apakah kenderaan yang menggunakan; • jalan tempatan • jalan bandaran • lebuh raya

3. Murid melihat rajah hierarki jalan raya di Malaysia.

4. Murid diperlihatkan dengan gambar jenis-jenis jalan raya di Malaysia.

5. Murid dan guru bersoal jawab tentang ciri-ciri jalan raya mengikut jenisnya. a) Apakah jenis permukaan jalan raya tersebut? b) Berapakah bilangan lorong yang ada? c) Adakah jalan tersebut mempunyai tol? d) Adakah jalan tersebut mempunyai lorong pejalan kaki atau lorong motosikal atau laluan kecemasan?

6. Murid memberi respons tentang ciri-ciri jalan raya di Malaysia. • Jalan Tempatan: - Terdapat di kawasan perumahan, kawasan kampung dan pekan-pekan kecil. - Hanya kenderaan ringan yang menggunakan jalan tersebut seperti basikal, motosikal, dan kereta. - Kenderaan bergerak dengan kelajuan sederhana. • Jalan Bandaran: - Jalan-jalan yang terdapat dalam bandar. - Pelbagai jenis kenderaan boleh lalu di jalan tersebut. - Kenderaan bergerak laju. • Jalan Negeri: - Menghubungkan antara dua buah negeri. - Pelbagai jenis kenderaan boleh lalu di jalan tersebut. - Kenderaan bergerak laju. • Jalan Persekutuan: - Terdapat di kawasan bandar raya seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan sebagainya. - Pelbagai jenis kenderaan boleh lalu di jalan tersebut. - Kenderaan bergerak laju. • Lebuh Raya: - Jarak laluan yang jauh. - Lebar biasanya dua atau tiga lorong. - Laluan sehala. - Mempunyai plaza tol. - Pengguna perlu membayar tol. - Kenderaan berat dan ringan boleh melalui jalan ini. - Kenderaan bergerak sangat laju.

7. Murid membina ayat berdasarkan bahan grafik.

Catatan/Media/BBM

Media 8.1Hierarki jalan raya di Malaysia.• Lebuh raya• Jalan persekutuan• Jalan negeri• Jalan bandaran• Jalan tempatan• Jalan kampung• Jalan kawasan perumahan

Media 8.2Kad gambar jenis-jenis jalan raya di Malaysia.

Buku AktivitiAktiviti 16

Jalan Raya di Malaysia

Page 34: Teacher's PKJR Notes

Tajuk 2 : Tiba dengan Selamat

Kemahiran : Fokus Utama : 6.5 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 2.1 Aras 2 (i) PKJR : 7.5.1, 7.5.2, 7.5.3, 7.5.4, 7.5.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) membaca maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan dengan betul. 2) bercerita tentang tanda dan isyarat jalan raya yang dilihat dengan bahasa yang betul. 3) menyatakan kepentingan merancang perjalanan untuk tiba ke destinasi.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 97)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata arah Kosa Kata : • mercu tanda • peta • jambatan • lokasi

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kajian Tempatan Nilai : rasional KBT – KB : menyelesaikan masalah mentafsir

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 8.3 (Kad jemputan perkahwinan)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 17 (Menandakan laluan yang mudah dan paling selamat) • Aktiviti 18 (Menombor dan melabel)

Jalan Raya di Malaysia

96

Unit 8 Tahun 4

Page 35: Teacher's PKJR Notes

97

Unit 8 Tahun 4

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 1. Murid membaca dan meneliti kad jemputan perkahwinan. 2. Murid dan guru bersoal jawab tentang maklumat dalam kad jemputan tersebut.

• Apakah kandungan kad tersebut? • Bilakah majlis tersebut diadakan? • Siapakah yang mengundang ke majlis tersebut?

3. Murid meneliti peta pada kad jemputan.

4. Murid menyatakan maklumat yang terdapat dalam peta tersebut. Contoh:

• Nama jalan • Bangunan atau mercu tanda • Sungai atau jambatan • Lampu isyarat • Kemudahan untuk melintas

5. Murid menandakan laluan yang mudah dan paling selamat untuk sampai ke destinasi yang disediakan pada peta. (Aktiviti 17)

6. Murid bercerita tentang perkara yang dapat dilihat sepanjang perjalanan berdasarkan bahan rangsangan. Contoh:

• Lampu isyarat • Jambatan • Lintasan pejalan kaki• Lorong basikal• Pulau pelindung

7. Murid membuat aktiviti 18.

Catatan/Media/BBM

Media 8.3Kad jemputan perkahwinan dengan peta.

Buku AktivitiAktiviti 17

Buku AktivitiAktiviti 18

Jalan Raya di Malaysia