pameran notes

24
Sejarah perkembangan dasar ekonomi Malaysia 1.0 DASAR EKONOMI BARU (DEB) 1.1 Pendahuluan Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk : Mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

Upload: png-fei-mun

Post on 05-Nov-2015

290 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Sejarah perkembangan dasar ekonomi Malaysia

1.0 DASAR EKONOMI BARU (DEB)1.1 PendahuluanDasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk : Mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.1.2 Rancangan-rancangan Dasar Ekonomi Baru Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata : Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya: Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga. Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera. Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

2.0 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN) 2.1 PendahuluanTahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. 2.2 Objektif Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. 2.3 Strategi Pelaksanaan DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut: Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan Bandar dan luar Bandar. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan Negara. Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi.DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut: Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin). Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi. Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat. Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. 2.4 Program Pelaksanan Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti berikut : a) Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan - Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan. b) Persaingan dalam pasaran antarabangsa - DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halangan-halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi. c) Wawasan 2020 - Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan Negara. d) Pembasmian Kemiskinan - Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Pengalaman telah menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah seperti yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos pengendalian estet yang serupa oleh sektor swasta. Tambahan pula anak-anak peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat untuk bekerja di luar bandar. Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandar-bandar.- Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini. Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka. - Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program berikut : Pendidikan dan latihan kesihatan Pengangkutan Perumahan Bekalan air dan elektrik Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain. Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil. e) Penyusunan semula masyarakat - Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Berhubung dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. Sebagai langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan. - DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise. Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak guna tenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. - Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan baru yang dijangka akan dapat diwujudkan dari tahun 1991-2000, kira-kira 55.8% akan diambil oleh Bumiputera (706,700 dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor pembuatan.) Di sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja, langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran. - Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan pengawalan dalam sektor swasta, sasaran secara kuantitatif yang khusus tidak ditetapkan dalam DPN. Langkah-langkah akan diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka. Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam perlu merancang dan menyelaras tindakan masing-masing dengan lebih berkesan dalam mewujudkan harta-harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN. - Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula modal saham. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

3.0 DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)3.1 PendahuluanDasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. 3.2 Pengubalan RRJP3 dan Dasar Wawasan Negara Pengalaman krisis kewangan asia tahun 1997-1998 Tujuan RRJP3 untuk mengukuhkan kekuatan sedia ada dan menangani kekurangan dan kekangan serta cabaran persiangan dunia. Tujuan DWN untuk membina bangsa Malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni Meneruskan usaha-usaha dalam rancangan pembangunan lepas di samping memperkukuh asas peralihan kepada sebuah Negara maju. Mengabungkan strategi utama DEB dan DPN.3.3 Teras Pembangunan DWNBagi menangani cabaran yang dihadapi oleh Negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial. Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut: membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi. menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah. mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro. mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat. mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan. meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.3.3 Dimensi Baru DWN Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berpengetahuan. Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping penarikan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang strategik. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil, orang asli dan kumpulan minoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan pendapatan 30 peratus terendah. Mencapai penyertaaan bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus terendah. Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan.Kesimpulannya, DWN merupakan pelengkap kepada DEB dan DPN. DWN adalah penting untuk menentukan matlamat wawasan 2020 untuk menjadi sebuah Negara maju dan perpaduan Negara tercapai.

4.0 MODEL EKONOMI BARU (MEB)4.1 PendahuluanModel Ekonomi Baru (MEB) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Mac 2010. Ia terbahagi kepada 2 fasa. Fasa 1 bermula pada 30 Mac 2010. Sementara Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Secara formal, DEB sudah lama dihentikan pada 1990 dan digantikan dengan polisi-polisi lain. Model Ekonomi Baru berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih inovatif dan kreatif di samping lebih masa. Lonjakan berganda daya pengeluaran akan berlaku. Generasi muda terpaksa menerima liberalisasi perdagangan dan terpaksa bersaing dalam dunia global. Ia menjadi dasar supaya Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah negara yang berada pada peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi. Sektor ekonomi tempatan tidak cukup besar dan negara sangat bergantung pada sektor luar (external). Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa.Oleh itu Malaysia terpaksa membuka sektor-sektor ekonomi tertentu. Perjanjian-perjanjian antarabangsa perlu dipatuhi. Antaranya ialah WTO, AFTA dan lain-lain. Model Ekonomi Baru merupakan satu model yang menggantikan Dasar Ekonomi Malaysia. Lapan inisiatif yang akan diberikan tumpuan di dalam model ini adalah : Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi. Membangun tenaga kerja yang berkualiti yang akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing. Memperkukuhkan sektor awam. Melaksanakan tindakan alternatif yang telus mesra pasaran. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan. Meningkatkan sumber pertumbuhan. Memastikan pertumbuhan yang mapan

4.2 Empat Tonggak Transformasi Negara

4.3 Matlamat Model Ekonomi Baru

4.4 Ciri-ciri Model Ekonomi Baru MEB akan melahirkan Malaysia yang terkenal dengan transformasi kukuh. Ekonominya berpandukan pasaran, ditadbir urus dengan rapi, berintegrasi serantau, berorientasikan keusahawan dan iovatif. Sektor swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam pelaburan berpandukan pasaran. Kerajaan akan menjadi fasilitator yang cekap. Institusi kerajaan dengan tadbir urus yang rapi dan lebih cekap. MEB akan menyediakan rangka kerja dan persekitaran untuk melahirkan semangat keusahawaan. Inovasi dan teknologi terkini akan menjanakan produk, perkhidmatan dan proses kreatif.4.5 Kelebihan Model Ekonomi BaruManfaat untuk rakyat

Manfaat untuk peniagaan

Kesimpulannya, Model Ekonomi Baru (MEB) mengariskan bidang utama yang perlu diberi perhatian dalam bentuk lapan inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) untuk menghapuskan halangan dan sekatan yang menahan ekonomi Negara ini akan tercapai potensi maksimum. IPS adalah lebih bersifat terpilih dan memberi kesan kepada semua sektor ekonomi. Justeru, ia perlu dilaksanakan secara konsisten dan holistik bagi memastikan hasil yang diharapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan ETP dapat dicapai. Negara memerlukan satu anjakan paradigma bagi mencapai sasaran kerajaan untuk melahirkan Negara berpendapatan tinggi. Ia dapat dilakukan melalui beberapa program transformasi seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajan (GTP). Sama ada berjaya atau tidak ia bergantung kepada kecekapan mereka yang terbabit iaitu kerajaan memerintah, penjawat awam, pemimpin industri swasta dan khalayak awam.

BIBLIOGRAFIAsmaul-Husna. (n.d.). Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dilayari pada April 17, 2014 di http://zanas.wordpress.com/artikal/dasar-ekonomi-baru-deb/Awani, A. (2013, September 12). Jenis-jenis dasar ekonomi Malaysia. Dilayari pada April 17, 2014 di http://www.astroawani.com/news/show/jenis-jenis-dasar-ekonomi-malaysia-22070Azervin, J. (2012, Februari 8). Dasar-Dasar Ekonomi Malaysia. Dilayari pada April 18, 2014 di http://tugasanpelajarpengurusan.blogspot.com/2012/02/dasar-dasar-ekonomi-malaysia.htmlBaharuddin, S. A. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA . Malim, D. M. (2011, Julai 28). Model Ekonomi Baru. Dilayari pada April 18, 2014 di http://www.slideshare.net/impak/model-ekonomi-baruSaleh, H. M. (2011, Jun 20). Dasar-dasar kerajaan malaysia. Dilayari pada April 17 di http://www.slideshare.net/HALIFMS/10-dasar-dasar-kerajaan-malaysiaWar, M. (2013, Mac 3). Model ekonomi baru. Dilayari pada April 18, 2014 di http://www.slideshare.net/munnianwar/model-ekonomi-baru-meb